You are on page 1of 7

PERSIAPAN PADANG

Bagi kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini kelas Mtematik telah
dikehendaki untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi persiapan padang. Jadi setiap ahli
kelas telah bertungkus lumus bagi meyiapkan padang bagi acara yang melibatkan
sukantara dan juga hari saringan. Setiap kerja kerja bagi meyiapkan padang akan
dilaksanakan oleh ahli kelas Matematik ketika ada masa masa terluang di mana mereka
sangat bijak dalam membahagikan waktu bagi menyiapkan tugas mereka. Antara
persiapan yang tekah dilaksanakan oleh ahli kelas Matematik ialah bagi menyiapkan
trek larian untuk acara sukantara, tapak bagi acara lontar peluru dan juga lompat jauh.
Kemudian setelah selesai acara sukantara, kami telah melaksanakan pula kerja kerja
bagi menyiapkan trek larian, lompat tinggi, lempar cakera dan tarik tali bagi acara
saringan yang berlangsung selama 2 hari.
Pada hari kejohanan pula kelas Matematik telah menyiapkan semua peralatan
yang diperlukan bagi setiap acara balapan dan padang supaya perjalanan kejohanan ini
akan berjalan dengan lancar.

Sesi taklimat sebelum memulakan tugasan untuk menyiapkan padang.

TEKNIKAL
Kejohanan yang bermula pada 23 Februari 2015 dan berakhir pada hari
kemuncaknya iaitu pada 28 Februari 2015 telah menyaksikan 4 buah rumah sukan
berentap antara satu sama lain. Kami selaku kumpulan Matematik turut diberi tugas di
bahagian teknikal. Kekuatan seramai 30 orang ahli kumpulan Matematik dimanfaatkan
semaksimum mungkin pada setiap acara dalam Kejohanan Balapan dan Padang ini.
Kami berasa bersyukur semua acara dipertandingkan dapat dijalankan dengan
sempurna disebabkan kecekapan ahli-ahli Kumpulan Mateamatik di bahagian teknikal
yang sanggup turun awal untuk menyiapkan alatan yang diperlukan walaupun terpaksa
berpanas di tengah padang.

Pegawai-pegawai di bahagian teknikal sedang menyediakan alatan untuk acara lompat


tinggi.

Pegawai teknikal di bahagian acara rejam lembing sedang memeriksa keadaan alatan
sebelum acara bermula.

Pegawai teknikal di bahagian balapan sedang memeriksa keadaan trek larian


Pegawai teknikal pada bahagian acara lompat jauh turut ditempatkan.

Walaupun cuaca agak panas namun semangat untuk berkhidmat bagi menjayakan
kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang turut dijayakan dengan sempurna. Diharapkan pada tahun hadapan kejohanan
seperti ini dapat dianjurkan lagi dengan semangat kesukanan yang tinggi. Akhir kata,
majulah sukan untuk IPG.

MAJLIS PERASMIAN

Perasmian telah dimulakan dengan perarakkan masuk kontinjen-kontinjen rumah


4 rumah sukan IPG Kampus Pulau Pinang iaitu rumah Makia, Boronia, Hosta dan
Keria.Peraarakkan ini telah menampakkan sebilangan ahli rumah sukan bersama-sama
dengan maskot rumah sukan yang kreatif di mana penggunaan watak animasi dan
unsur alam dijadikan teras utama idea mereka Perarakan masuk ini diikuti dengan
dengan perarakan masuk bendera kejohanan dan seterusnya upacara menaiikan
bendera.

Lintas masuk rumah sukan Keria dan Boronia

Majlis perasmian secara rasminya dimulakan dengan ucapan daripada ketua


projek olahraga iaitu Muhammad Hafizuddin. Antara penekanan utama yang diberikan
adalah menyentuh aspek bilangan murid yang tidak menjadi sebab mengapa acara
olahraga tidak diteruskan. Kata-katanya juga di ulas dan disokong oleh Pengarah IPG
Kampus Pulau Pinang, Tuan Haji Khaled bin Haji Ahmad dalam ucapan perasmiannya
selepas ucapan daripada ketua projek. Bagi gimik perasmian, pengarah IPG Kampus

Pulau pinang melepaskan tembakan yang diserahkan oleh En Abu Zaki kepada
pengarah sebagai tanda bermulanya acara kemuncak olahraga.

Ucapan Pembukaan Ketua Projek

Ucapan Perasmian oleh Pengarah IPGKPP

Gimik Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan

MAJLIS PENUTUPAN.
Sebelum majlis penutupan berlangsung, upacara penyampaian hadiah
dijalankan dengan seberapa segera memandangkan keadaan cuaca yang semakin
panas. Namun begitu majlsi masih berjalan dengan baik dengan sambutan dan
sorakkan daripada rumah sukan berjaya menghangatkan lagi suasana.

Upacara Penyampaian Hadiah Sebelum majlis Penutup


Majlis penutupan berlansung dengan ringkas iaitu melalui ucapan penutup
daripada Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang. Antara intisari ucapan daripada
pengarah adalah ucapan tahniah kepada pengurusan projek walaupun dengan bilangan
pelatih guru yang semakin berkurangan.

Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-45

You might also like