You are on page 1of 3

LAPORAN TUGASAN AJK PADANG

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun
dan dikendalikan oleh mahasiswa guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan yang
akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat. KOT pada tahun ini telah
dikendalikan dan dijalankan oleh guru pelatih Semester 4 Ambilan Jun Tahun 2019. Tujuan
KOT ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih IPG menonjolkan
bakat yang terpendam dalam bidang sukan olahraga. Bukan itu sahaja, melalui KOT ini guru
pelatih dapat mempelajari cara mengurus, melaksanakan dan menilai kemampuan untuk
menganjurkan kejohanan sukan terutamanya ketika di sekolah nanti.

Sebelum KOT, pelantikan ahli jawatankuasa KOT dijalankan secara berperingkat.


Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa padang bagi kejohanan olahraga tahunan
(KOT) pada tahun 2021. Seramai 47 orang guru pelatih dilantik sebagai ahli jawatankuasa
padang. Mesyuarat KOT kedua diadakan untuk perbincangan tentang tugas-tugas yang
perlu dilakukan dalam penyediaan padang. Antara tugas-tugas tersebut ialah pembinaan
trek bagi acara balapan dan acara padang. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan di
mana satu kumpulan bertugas untuk acara balapan manakala kumpulan kedua bertugas
untuk acara padang. Kami juga telah melakukan satu perbincangan tentang pelan padang
bersama-sama dengan pensyarah iaitu Encik Ramit. Penyediaan bahan dan alatan bagi
persiapan padang ialah minyak hitam, cat semburan, pita ukur, pasir dan kereta tolak.

Semasa KOT, kami telah membuat trek bagi acara balapan dan acara padang
dengan bimbingan En. Ramit. Saya telah mempelajari ilmu yang baharu dan mendapat
pengalaman yang unik tentang penyediaan padang melalui KOT ini. Saya juga telah
membantu AJK alatan menyediakan alatan bagi acara balapan dan acara padang. Kami
telah mengurus acara padang iaitu lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan sebagainya
untuk KOT ini. Kami juga telah memastikan semula tiada penghalang atau benda tajam di
trek padang sebelum acara dimulakan bagi keselamatan para peserta KOT. Saya juga telah
membantu AJK peralatan untuk meletakkan blok permulaan sebelum acara dimulakan di
trek acara padang masing-masing. Kami telah membuat pemeriksaan pemain sebelum
masuk ke padang supaya keselamatan sentiasa terjamin. Saya juga telah memasang
bendera sepanjang balapan.
Selepas KOT, kami juga telah membantu AJK peralatan mengemas balik dan
menyimpan alatan-alatan yang digunakan untuk persediaan padang. Saya juga telah
membantu AJK kebersihan untuk membersihkan padang supaya semua peralatan dipulang
balik. Akhir sekali, kami telah mengadakan sesi perbincangan dan refleksi tentang
perjalanan program KOT. Kami dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan dalam tugasan
yang dijalankan sepanjang KOT sebagai AJK persediaan padang. Saya juga dapat
mengetahui cadangan penambahbaikan dalam AJK persediaan padang supaya dapat
diperbaiki ketika di sekolah nanti. Secara kesimpulannya, acara KOT bagi tahun ini berjalan
dengan lancar dan mendapat sokongan serta pengalaman yang baharu daripada seluruh
pihak.
RUJUKAN

Althafunisa. (2010, March). Blogspot . Retrieved from Kejohanan Olahraga Tahunan Kot
IPG: http://althafunisa-ilhamhati.blogspot.com/2010/03/kejohanan-olahraga-tahunan-
kot-ipg.html

Dr, Y. b. (2018, Ogos ). Any Flip . Retrieved from Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-6:
https://anyflip.com/fuya/yzvt/basic

Hatira, M. (2015, Jun). Academia. Retrieved from Buku Olahraga :


https://www.academia.edu/23166522/BUKU_OLAHRAGA

IPGM. (2020, Februari). Laman Web Rasmi IPG Kampus Kent . Retrieved from Kejohanan
Olahraha Tahunan 2020 : http://ipkent.edu.my/ipgkkt2/index.php/145-
kokurikulum/313-kejohanan-olahraga-tahunan-2020

Malaysia, B. S. (2012). Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang


Olahraga . In B. S. Malaysia, Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan
Padang Olahraga (p. 350). Selangor : KPM.

Malaysia, K. P. (2016, Mei). IPGM. Retrieved from Kejohanan Olahraha Tahunan IPG :
https://www.ipgktb.edu.my/news.php?readmore=14

You might also like