You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN,


SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2018


SEMESTER 2 TAHUN 2

TUGASAN 2 :
LAPORAN REFLEKTIF

Nama Pelajar : AHMAD LUTFIL HADI BIN MOHD YUSOF


Angka Giliran : 2018312340037
No. Kad Pengenalan : 990114106571
Kumpulan /Unit : PISMPPJ 1618
Kod Kursus : PJMS 3092
Nama Kursus : PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
SUKAN
Nama Pensyarah : PUAN CANDRAWATI BINTI HJ IBRAHIM
Tarikh Hantar : 31.03.2020

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Pada 7 Mac hingga 8 Mac 2020 semua pelajar kelas PISMPPJ 1618 ditugaskan untuk
mengelolakan satu kejohanan “Karnival Sukan Permainan Antara Blok Kediaman Pelajar
IPGKTAR 2020”. Kejohanan tersebut dianjurkan oleh kesemua pelajar dari kelas PISMPPJ
1618 dan melibatkan hampir keseluruhan warga IPGKTAR. Karnival tersebut berlangsung di
IPGKTAR sepenuhnya. Karnival ini mempertandingkan 4 jenis sukan iaitu sukan Bola
Sepak, Bola Baling, Badminton dan Bola Jaring. Kelas telah dibahagikan kepada 4
kumpulan yang terdiri dari 5 orang pelajar untuk menguruskan satu sukan.

Untuk memastikan kelancaran program sepanjang berlangsungnya karnival ini pasukan


saya telah dipilih untuk menguruskan sukan bola sepak. Kami telah bersetuju untuk
melakukan sistem 9 sebelah untuk sukan bola sepak dalam karnival ini. Blok yang
bertanding untuk pertandingan ini ialah Blok Akasia dan Blok Bakawali. Setiap blok pula
diwajibkan menghantar dua pasukan untuk setiap blok. Satu pasukan perlu melengkapkan
12 pemain, 9 pemain utama dan 3 orang pemain simpanan. Kami juga telah memberitahu
ketua kumpulan untuk setiap pasukan blok untuk menyediakan pakaian yang berlainan dari
pasukan lain supaya tidak berlaku masalah semasa hari pertandingan. Kami juga telah
menyediakan baju bib untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku
semasa hari kejadian. Sukan bola sepak hanya mengambil satu hari sahaja untuk
dipertandingkan iaitu hanya pada 7 Mac 2020. Setiap perlawanan berlangsung selama 15
minit dan dimainkan dalam bentuk liga. Keseluruhannya menjadikan sebanyak 6 perlawanan
dilangsungkan pada hari tersebut.

Sebenarnya terdapat beberapa isu semasa dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan
selepas pengelolaan pertandingan bola sepak ini. Terdapat banyak jenis isu semasa dalam
Pendidikan Jasmani dan Sukan, dan ada diantaranya yang dapat dikaitkan dengan sukan
bola sepak yang berlangsung di dalam Karnival yang dianjurkan ini. Menurut Gardiner
(2016), salah satunya ialah isu keganasan dalam sukan. Masih terdapat beberapa pelajar
yang bermain secara kasar dan kotor walaupun telah diingatkan untuk tidak melakukan
sedemikian. Sebagai seorang siswa guru dan merupakan salah seorang pengadil bagi
pertandingan bola sepak pada hari itu, saya telah bertindak untuk melayangkan kad kuning
dan memberi amaran kepada pemain tersebut. Sebagai seorang siswa guru, kita
seharusnya faham dan bermain tanpa menggunakan emosi semata-mata. Saya terpaksa
melayangkan kad dan memberi amaran kepadanya untuk mengelakkan berlaku sebagai
pergaduhan dan kekasaran semasa berlangsungnya perlawanan itu. Hal ini demikian
kerana, di sekolah nanti kita perlulah tegas terhadap perkara ini untuk melahirkan atlet yang
mempunyai disiplin yang tinggi.
Selain itu, isu semasa yang dapat dilihat ialah etika dalam sukan. Menurut Hassan
(1999), terdapat beberapa pelajar peserta yang gagal memahami undang-undang
pertukaran pemain semasa berlangsungnya pertandingan bola sepak dalam karnival ini.
Sudah diingatkan berkali-kali bahawa pertukaran hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja
dan pemain yang sudah keluar tidak boleh masuk semula ke padang menggantikan pemain
lain. Akan tetapi, masih terdapat peserta yang tidak faham dan cuba untuk melanggar
peraturan tersebut. Sekalu siswa guru hal ini perlu diambil serius, saya selaku pengadil yang
bertugas sempat menghalang perkara itu dari berlaku dan memberikan amaran kepadanya.
Dan di setiap perlawan, sebelum bermulanya permainan perkara ini diulang untuk
mengelakkan kejadian ini. Kita sebagai bakal guru bukan sahaja mahu melahirkan atlet yang
berjaya, masalah kita perlulah berusaha melahirkan individu yang dapat memahami undang-
undang dan bertindak mengikut arahan.

Daripada pemerhatian saya, berdasarkan, kekuatan yang dapat dilihat dalam


pertandingan bola sepak dalam karnival ini ialah dari segi peralatan. Segala peralatan
mencukupi dan tiada sebarang masalah dihadapi oleh pengelola mahupun peserta.
Peralatan dipinjam beberapa hari awal sebelum hari pertandingan untuk mengelakkan
sebarang masalah. Alatan-alatan tersebut juga berjaya dipulangkan dalam keadaan yang
baik dan dalam bilangan jumlah yang sama. Contoh alatan yang dipinjam ialah bola sepak,
baju bib, scoreboard, jam randik dan tiang sepakan sudut. Seterusnya, anggota yang
bertugas untuk mengelola sukan bola sepak melakukan tugasan dengan baik. Aktiviti
berlangsung dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Semua pengadil, pencatat masa,
menjalankan tugas dengan baik. Bagi ahli kumpulan lain selain bola sepak, mereka juga
hadir untuk membantu untuk memudahkan aktiviti. Tidak lupa juga kepada beberapa ahli
sukarelawan yang membantu menjadi pengambil bola ataupun ‘ball picker’ untuk
melancarkan karnival ini. Oleh sebab itu, peralatan yang mencukupi dan jumlah anggota
pengelola merupakan kekuatan dalam pertandingan bola sepak ini.

Berdasarkan pengelolaan karnival ini juga, saya dapati terdapat kelemahan juga iaitu
dari segi permukaan padang. Walaupun IPGKTAR menyediakan padang bola sepak, saya
tidak dapat mengatakan bahawa padang tersebut berada dalam kualiti yang baik.
Permukaan padang yang tidak rata dan terdapat banyak lubang di atas padang tersebut
boleh membahayakan pemain. Keadaan boleh menjadi lebih teruk jika cuaca hujan pada
hari tersebut namun mujur cuaca memberikan kerjasama dengan baik. Hal ini menyebabkan
kami pihak pengadil berpesan kepada mereka untuk bermain dengan berhati-hati untuk
mengelakkan sebarang kecederaan. Sepanjang pertandingan berlangsung, terdapat 2
orang pemain yang mengalami kecederaan. Oleh sebab itu, sayang merasakan keadaan
padang merupakan kelemahan yang terdapat dalam pertandingan bola sepak karnival ini.
Jika dilihat pada kelemahan yang terdapat semasa pertandingan kami, mungkin terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memperbaik pengelolaan
kami pada masa akan datang. Dari segi permukaan padang, saya mencadangkan padang
bola sepak tersebut dipotong rumput dengan rata sebelum digunakan. Ini untuk memberikan
kualiti permukaan lebih rata dan selamat digunakan. Selain itu, saya juga mencadangkan
padang bola sepak tersebut supaya tidak digunakan sekurang-kurangnya seminggu
sebelum hari pertandingan. Hal ini demikian kerana apabila padang tersebut selalu
digunakan permukaan padang tersebut akan menjadi lebih teruk dab berlubang-lubang.
Perkara ini sangat bahaya kepada pemain. Jika padang tersebut tidak digunakan, rumput
dipotong dan dijaga dengan baik saya percaya kualiti padang tersebut akan menjadi lebih
baik dan dapat mengelakkan pemain daripada tecerdera. Oleh sebab itu, memotong rumput
padang bola sepak dan melarang penggunaan padang tersebut seminggu sebelum hari
pertandingan merupakan cadanagan yang baik untuk penambahbaikkan pada masa akan
datang.

Kesimpulannya, tugasan pengelolaan ini merupakan tugasan yang memerlukan


kerjasama yang tinggi oleh semua pihak. Pada pandangan saya, kelas PISMPPJ 1618 telah
memberikan kerjasam yang terbaik untuk pengelolaan dan pengurusan “Karnival Sukan
Permainan Antara Blok Kediaman Pelajar IPGKTAR 2020”. Saya mengharapkan kelas
PISMPPJ 1618 akan memberikan kerjasama lebih baik lagi pada masa akan datang.
RUJUKAN

Gardiner, S., Boyes, S., Welch, R., Naidoo, U., & O'Leary, J. (2016). Sports Law. Routledge.

Hassan, Z. H. (1999). Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan (PJK): isu dan pelaksanaannya.
LAMPIRAN

You might also like