You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CAHAYA MASAI


MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB BOLA JARING BIL. 1/(2018)

Tarikh : 2 Januari 2018

Masa : 7.20 pagi – 8.20 petang

Tempat : Makmal Sains 1, SK Taman Cahaya Masai

Pengerusi : Pn. Jane anak Jonathan (Ketua Penasihat Kelab)

Kehadiran : 79 / 79 orang

Turut Hadir (jika ada) : E. Mohd Azmiran bin Ab Aziz (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pn. Jane Anak Jonathan selaku Ketua Kelab Bola Jaring mengalu-alukan kedatangan
GPK Kokurikulum dan semua murid ke Mesyuarat Agung Kali Pertama ini.
1.3 Beliau kemudiannya menyemak kehadiran murid-murid dan guru-guru yang terlibat.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 AGENDA PENGURUSAN
4.1 LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA MURID 2018
4.1.1 Ketua Kelab Bola Jaring mengadakan undian secara demokratik untuk
memilih ahli-ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi dan AJK Kelab Bola Jaring.
4.1.2 Pemilihan AJK ini telah dijalankan oleh murid-murid sendiri dengan
bimbingan guru untuk memberi murid peluang mengendali mesyuarat
sendiri.
4.1.3 Jawatan yang telah dipertandingkan ialah Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari dan AJK setiap tahun.
4.1.4 Berikut merupakan lantikan baharu bagi AJK Kelab Bola Jaring 2018 dari
kalangan murid :

Pengerusi : Nurin Aina Bt. Azril Anuar


Naib Pengerusi : Qudratul Husna Bt. Erwan
Setiausaha : Duratun Najiha Bt. Sharil Nizam
Penolong Setiausaha : Effa Asjunainah Bt. Osthman
Bendahari : Nur Fatihah Afrina Bt. Mohammad Ferid
AJK : Nur Nisrina Bt. Mingan (Tahun 6)
: Cheryleen Binga A/K Raymond Chang (Tahun 6)
: Dian Alysa Bt. Zulkarnain (Tahun 5)
: Auni Bt. Ahmad (Tahun 5)
: Nur Najwa Auni Bt Abdul Hamid (Tahun 4)
: Nur Wafa Adawiyah Bt. Azman (Tahun 4)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1.5 Beliau meminta agar ahli-ahli jawatankuasa yang baru dilantik menjalankan
tugas dengan berdedikasi dan penuh komitmen.
4.1.6 Jika terdapat sebarang permasalahan,

Tindakan: Makluman

4.2 PROGRAM KELAB SEPANJANG TAHUN


4.2.1. Beliau menerangkan tentang Pertandingan Bola Jaring yang dijangka akan
diadakan pada bulan Mac.
4.2.2 Murid-murid yang berpotensi dan berminat untuk mewakili pasukan sekolah
dalam Pertandingan Bola Jaring diminta menyertai uji bakat yang akan
diadakan dalam masa terdekat.
4.2.3 Selain itu, Pn. Jane turut memaklumkan tentang program-program yang
bakal dilakukan sepanjang tahun 2018 seperti kelas teori permainan,
permainan kecil dan perlawanan di antara kelas.

Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN
Tiada

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang baik dari semua pihak.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.20 pagi dan akan disambung pada tarikh yang lain.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................……… ...............................……….
(DURATUN NAJIHA BT. SHAHRIL NIZAM) (JANE ANAK JONATHAN)
Setiausaha Murid, Penasihat,
Kelab Bola Jaring 2018 Kelab Bola Jaring 2018
SK Taman Cahaya Masai SK Taman Cahaya Masai
Tarikh : 3 Januari 2018 Tarikh : 4 Januari 2018

Disahkan oleh,

..........................................….........
(MOHD AZMIRAN BIN AB AZIZ)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Taman Cahaya Masai
Tarikh : 4 Januari 2018

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like