You are on page 1of 4

Laporan Larian Merdeka IPG Tengku Ampuan Afzan

Pada 4 September 2018, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Tengku


Ampuan Afzan telah mengajurkan Larian Merdeka. Larian ini diadakan di IPG Tengku
Ampuan Afzan Larian ini berlangsung dari pukul 7.30 hingga 12.30 petang. Larian ini
dimulakan di pintu pagar masuk IPG Tengku Ampuan Afzan. Larian ditamatkan di pintu
pagar IPG Tengku Ampuan Afzan juga. Larian ini dipisahkan mengikut kategori iaitu kategori
perempun dan lelaki. Kategori lelaki akan berlari sebanyak 10 km tetapi kategori
perempuan akan berlari sebanyak 8 km.

Sebelum dua minggu larian ini diadakan, Pihak Jpp telah membuat beberapa
persediaan. Bagi memastikan persediaan ini berjalan dengan lancar, pihak JPP telah
mengadakan mesyuarat 4 kali seminggu. Mereka telah mengagihkan tugas. Mereka juga
telah melantikkan semua ketua unit sebagai ‘Crew’ larian’. Pihak Jpp IPG Tengku Ampuan
Afzan telah mengadakan suatu mesyuarat dengan ‘Crew’ larian. Sebagai agenda
mesyuarat, mereka telah berbincang tentang laluan larian. Mereka telah menunjukkan
tempat-tempat perlu dijaga oleh ‘Crew’ larian. Sebanyak 30 hadiah disediakan bagi kategori
lelaki dan perempuan. Sebelum seminggu larian ini diadakan, Pihak jpp telah mengedarkan
baju kepada peserta serta ‘crew’ larian. Warna baju peserta ialah biru dan warna baju ‘crew’
larian ialah merah. Pihak telah jpp telah mencorakkan baju dengan cantik. Baju itu disukai
oleh semua peserta dan ‘crew larian’. Pada pukul 5 petang, pihak jpp telah membawa ‘crew’
larian untuk menunjikkan tempat yang perlu dijaga dengan berjalan kaki. Sebelum sehari
larian,

Pihak Jpp telah mengadakkan mesyuarat yang akhir dengan ‘crew’ larian’. Dalam
mesyuarat ini pihak jpp telah berbincang tentang cara mengatasi situasi kecemasan semasa
larian. Mereka juga telah mengagihkan makanan dan minuman kepada ‘crew larian’. Mereka
telah memberi arahan kepada ‘crew’ larian untuk mengagihkan makanan dan minuman
tersebut ahli kelas masing-masing. Semua ‘crew’ larian telah memastikan bilangan makanan
dan minuman adalah cukup. Pihak jpp telah memeriksa semua alatan yang akan digunakan
untuk larian supaya ia berada dalam keadaan yang baik. Pihak jpp telah memasang bunting
di pintu pagar masuk IPG Tengku Ampuan Afzan dan di astaka. Pihak juga telah memasang
alat pembesar suara di astaka. Mereka juga telah memeriksa alatan itu untuk memastikan
latan itu dalam keadaan baik.
Pada 4 September 2018, pihak jpp telah berkumpul di astaka untuk memastikan
aktiviti ini berjalan dengan lancar. Semua peserta dan pensyarah telah berkumpul di astaka
pada pukul 7.30 pagi. Sebagai agenda pertama, peserta telah mendaftarkan diri di kaunter
pendaftaran yang disediakan oleh pihak jpp. Pada pukul 8.00 pagi, aktiviti senamrobik
dijalankan. Aktiviti ini diketuai oleh saudara Ganenthiran A/L Ganesan dan ditemani oleh
rakan-rakan jpp. Aktiviti ini dijalankan selama 20 minit dengan iringan lagu. Tujuan aktiviti ini
dijalankan ialah untuk memanaskan badan dan menggelakkan kekejangan. Aktiviti ini juga
akan mengurangkan risiko kecederaan otot. Seterusnya lagu ‘Negaraku’ telah dimainkan.
Semua peserta telah mengibarkan bendera Jalur Gemilang sewaktu lagu tersebut
dimainkan. Pada pukul 8.30, Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan, Hj. Abdullah Bin Mohd
Yusof telah merasmikan Larian merdeka 2019. Beliau telah memberi ucapan rasmi. Dalam
ucapan beliau, beliau telah mengucapkan tahniah kepada pihak jpp IPG Tengku Ampuan
Afzan. Beliau juga berkata, aktiviti sebigini perlu dijalankan kerap kali supaya guru pelatih
menjadi lebih aktif dalam bidang sukan serta guru pelatih dapat menyihatkan tubuh badan.
Beliau telah menamatkan ucapannya dengan mengucap tahniah lagi kepada pihak jpp IPG
Tengku Ampuan Afzan.

Pada pukul 9.00 pagi, pengacara majlis telah mengarahkan peserta untuk bejalan
kaki ke pintu pagar masuk IPG Tengku Ampuan Afzan. Semua peserta telah sampai di pintu
pagar masuk ipg IPG Tengku Ampuan Afzan. Tepat pada pukul 9.15 pagi bunyi ‘horn’
ditiupkan. Semua peserta telah mula berlari. Pensayarah seramai dua orang telah mengikut
peserta dari arah belakang dengan menaiki kereta. Hal ini demikian kerana keselamatan
peserta dapat dijamin. Pihak jpp IPG Tengku Ampuan Afzan serta pensyarah telah membuat
rondaan menggunakan motosikal. Pihak jpp juga telah membekalkan makanan dan
minuman kepada setiap ‘crew larian’ supaya mereka akan memberikan makanan dan
minuman tersebut kepada pelajar yang bersa letih dan tidak mempunyai tenaga untuk
berlari. Selepas 1 setengah jam, peserta mula mendakati pintu pagar ipg masuk IPG Tengku
Ampuan Afzan. Pihak jpp telah bersedia dengan kupon penamat di pintu pagar masuk ipg
IPG Tengku Ampuan Afzan. Fungsi kupon ialah unuk menentukan 30 pelajar yang telah
berjaya menamatkn lariannya. Kupon ini diedarkan hanya untuk 30 pelajar yang berjaya
menamatkan lariannya. Pihak jpp telah bertunggu sehingga semua pelajar berjaya
menamatkan lariannya. Pihak jpp juga telah membuat rondaan yang terakhir untuk
memastikan tidak ada pelajar yang tersesat. Pihak juga telah mengarahkan semua peserta
bergerak ke astaka dan berkumpul di sana.
Pada pukul 11.30, pengacara majlis telah meminta semua peserta untuk duduk.
Agenda seterusnya ialah penyampaian hadiah. Pengarah telah menyampaikan pingat
kepada 30 peserta bagi kedua-dua kategori. Pemenang berasa gembira walaupun penat.
Pada pukul 12.10, YDP jpp IPG Tengku Ampuan Afzan telah menyampaikan ucapan
penutup. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada pihak jpp yang sudi
berkerjasamanya untuk menjayakan aktiviti ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada peserta dan penyarah yang memberi sokongan kepadanya. Tepat pada pukul
12.30, beliau telah menamatkan ucapannya. Peserta diminta bersurai oleh pengacara
majlis. Pihak jpp telah membersihkan astaka dengan mengumpul sampah. Mereka juga
telah menyusun atur alatan yang digunakan dengan rapi.

Maanfaat Larian Merdeka yang pertama ialah dapat melonjakkan semangat patriotik
dalam kalangan guru pelatih. Perkara ini akan melahirkan guru yang berwaspada dan setia
kepada negara. Larian ini juga akan menyihatkan tubah badan guru pelatih. Guru pelatih
dapat menjadi lebih aktif dan menggelakkan diri daripada jatuh sakit. Larian ini akan
meningkatkan hubungan silaturahim antara kaum yang berlainan agama. Hal ini disebabkan
oleh kerana guru pelatih akan bertegur antara satu sama lain semasa berlari. Melalui larian
ini , semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan larian Merdeka. Masyarakat berbilang
kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan
pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara.
Jelaslah di sini bahawa sambutan larian kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan
antara kaum.

Pihak Jpp telah mengedarkan borang malum balas kepada peserta selapas dua hari
larian ini belangsung. Tujuannya ialah untuk membaiki kelemahan mereka dan menaik
tarafkan cara pengelolahan aktivitinya.

Disediakan Oleh:

….………………………….

(RUBAN A/L UTHIRAPATHY),

Setiausaha,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Tengku Ampuan Afzan

You might also like