You are on page 1of 2

Laporan Aktiviti Perkhemahan

Perhimpunan Pagi

Pada setiap hari, perhimpunan pagi akan diadakan pada pukul 6.30 pagi. Unit-
unit beruniform yang bertugas pada hari berkenaan akan menguruskan sesi
perhimpunan pagi. Sesi ini akan dimulakan dengan senaman pagi yang akan
dikendalikan oleh ahli-ahli dalam unit beruniform yang bertugas. Setelah selesai
senaman pagi pula akan diikuti dengan latihan kawad kaki. Latihan kawad kaki ini
telah memberi peluang kepada semua pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2016 untuk
mengulang kaji kemahiran-kemahiran asas kawad kaki yang telah dipelajari sebelum
ini. Di samping itu, sesi perhimpunan pagi akan diteruskan dengan istiadat menaikkan
bendera yang akan dijalankan serentak dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ . Selepas
itu, setiap unit beruniform akan melaporkan kekuatan ahli-ahli dalam sesuatu unit
beruniform pada hari berkenaan. Seterusnya, kem komander atau penolong kem
komander akan memberi taklimat ataupun peringatan kepada semua pelajar guru
sebelum sesi perhimpunan pagi berakhir.

Orienteering

Sesi orienteering ini akan dijalankan di sekitar kawasan Kem Mutiara, Pusat
Kokurikulum Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dikendalikan oleh pegawai pusat
kokurikulum ini. Sesi ini telah dilaksanakan dalam bentuk pertandingan ‘Treasure
Hunt’ yang memerlukan para pelajar guru untuk mengaplikasikan kemahiran-
kemahiran penggunaan kompas, kemahiran pembacaan peta dan sebagainya
supaya dapat berjaya menuju ke destinasi yang ditujui. Pertandingan ini akan
dijalankan dalam bentuk kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli dan
akhirnya jumlah kumpulan yang terbentuk ialah 35 kumpulan. 35 kumpulan yang
terbentuk ini akan dilepaskan secara beransur-ansur dan pelepasan sebanyak 6
kumpulan akan dibuat setiap kali. Kiraan masa bermula pada saat sesuatu kumpulan
itu dilepaskan sehingga selesai menyempurnakan tugasan. Dengan menggunakan
peta, kompas dan lain-lain yang telah disediakan,setiap kumpulan perlu menuju ke
tempat (checkpoint) untuk mendapatkan cop barulah boleh menuju ke checkpoint
yang seterusnya. Kumpulan yang menggunakan masa yang tersingkat untuk
menyempurnakan tugasan dikira sebagai pemenang.

Radio Amateur

Sesi radio amateur dikendalikan oleh En. Mohd. Sabri bin Othman yang
memiliki lesen Kelas A dalam radio amateur. Kod radio beliau ialah 9M2MSO. Dalam
sesi ini, semua pelajar guru telah diberi pendedahan yang mendalam tentang apa itu
radio amateur, fungsi, kegunaan dan sebagainya. Ujian perlu diambil jika ingin
mendapatkan lesen radio amateur. Beliau juga telah mengatakan bahawa terdapat
prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam penggunaan radio amateur. Antaranya
termasuklah tidak boleh bercakap atau berbincang tentang urusan berkaitan
perniagaan di samping tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif seperti isu politik dan
keagamaan. Sekiranya didapati bersalah, seseorang itu akan dijatuhi hukuman
penjara selama 3 tahun. Selepas ceramah disampaikan oleh beliau, sesetengah
pelajar guru mendapat peluang keemasan untuk berhubung dengan pemegang radio
amateur yang lain dengan menggunakan radio amateur. Mereka telah berpeluang
untuk berinteraksi dengan pemegang-pemegang radio amateur yang lain.

You might also like