You are on page 1of 2

LAPORAN AJK ORIENTEERING PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

3 PISMP PJ/BM/PK

Tarikh : 23 April 2014
Masa : 8.30 am 12.00 pm
Tempat : Pulau Tioman
Ketua : Razian Rashid
AJK : Vincent Andam


Sebelum:

Sebelum program Pendidikan Luar dijalankan, kami telah diberikan taklimat
mengenai salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan semasa program nanti. Dalam
orenteering, kami telah belajar banyak perkara baru dimana, Orienteering merupakan cara
untuk mengira bearing, skala dan seterusnya menghasilkan peta. Kami telah diajar oleh
pensyarah iaitu En. Hisham. Melalui aktiviti orenteering kami dapat mengengenalpasti
anatomi kompas seterusnya cara untuk membaca arah kompas yang tepat. Dalam
pengajaran beliau, kami telah melakukan simulasi di kawasan Jabatan Pendidikan Jasmani
dimana kami belajar mengukur bearing dan menghasilkan peta berdasarkan bacaan yang
didapati. Antara alatan yang digunakan semasa aktiviti berlangsung adalah kompas,
pembaris, pensel dan kertas. Simulasi tersebut bertujuan sebagai persediaan awal untuk
peserta program sebelum program sebenar dilalui.

Semasa:

Pada 32hb April 2014 bersamaan dengan hari rabu, kami telah menjalankan satu
lagi aktiviti yang terdapat dalam program pendidikan luar iaitu aktiviti orienteering. Aktiviti ini
bermula pada jam 8.30 am dimana kami diminta berkumpul di khemah agung untuk
mendengar taklimat daripada pensyarah iaitu en. Hisyam . Beliau menerangkan bahawa
aktiviti orienteering ini boleh dijalankan di seluruh kawasan Kg, Juara iaitu tapak lokasi
perkhemahan pendidikan luar. Setiap kumpulan dibekalkan kertas, kompas , pensel,
pembaris dan pita pelekat. Aktiviti orienteering ini dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi
pertama, setiap kumpulan akan diberikan blazer iaitu penanda bagi setiap checkpoint.
Sebanyak 11 blazer dibekalkan bagi setiap kumpulan. Selepas itu, setiap kumpulan harus
membaca bearing bagi setiap checkpoint yang telah ditanda dan di akhir aktiviti sesi
pertama adalah membuat peta berdasarkan bearing yang telah diambil. Untuk sesi kedua,
setiap peta dan bacaan bearing untuk setiap kumpulan dihantar kepada pensyarah iaitu en.
Hisyam dan bacaan bearing tersebut di undi agar setiap kumpulan tidak memperolehi
bacaan bering yang sama. Berdasarkan kepada bacaan bearing kumpulan lain, kami
diminta menghasilkan peta dan diberikan kertas untuk mengambil catatan bagi setiap
checkpoint . Tugasan untuk sesi kedua ini agak mencabar kerana setiap kumpulan harus
mencari checkpoint berdasarkan bacaan bearing yang telah diberikan. Aktiviti ini siap
dijalankan tepat pada jam 12.30 pm dimana semua kumpulan telah berjaya menyiapkan
tugasan masing- masing

Selepas:

Selepas sahaja aktiviti orienteering ini dijalankan , setiap kumpulan diminta
mengambil semula blazer yang telah dipasang di kawasan kg. Juara dan diletakkan di
kawasan khemah agong. Selepas itu, AJK orienteering menyemak semula alatan yang telah
digunakan sama ada cukup atau tidak. Untuk aktiviti seterusnya iaitu sesi amali, setiap
peserta disoal secara individu berkaitan dengan anatomi kompas dan cara penjagaan.


Isu/ Masalah Yang timbul:

Antara masalah yang timbul adalah dalam menghasilkan peta dan membuat bacaan
bearing. Hal ini mungkin disebabkan oleh tempoh latihan yang sangat terhad oleh para
peserta . Diharapkan agar untuk masa akan datang, persiapan rapi harus diberi perhatian
agar aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar dan setiap guru pelatih dapat menguasai setiap
kemahiran yang telah diberikan oleh pensyarah. Sekian

You might also like