You are on page 1of 5

1.

IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM CHAN TUNG TUNG SHUTHAA/P AVADIYAN Tajuk 5
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

2. INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR Faktor utama yang harus diteliti


ialah : 1. Kemudahan 2. Kepakaran

3. KEMUDAHAN i. Kedudukan Sekolah (a) Kawasan bandar - Kewujudan


pertubuhan tertentu di bandar secara tidak langsung yang ada. - Di kawasan
bandar terdapat persatuan- persatuan yang diiktiraf oleh badan- badan
kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk
mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu

4. (b) Kawasan luar bandar Agak terhad kerana kepakaran di kalangan


guru dan orang luar amat kurang sekali. Penglibatan mereka dalam gerak
kerja kokurikulum sangat sedikit kerana mereka sibuk dengan tugas menyara
hidup. Kegiatan-kegiatan luar kelas juga terhad dan secara tidak langsung
mengehadkan penyertaan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti fizikal

5. ii. Kemampuan Kewangan Sekolah Peruntukan kewangan bergantung


kepada kapasiti pelajar. Sekolah yang mempunyai pelajar yang ramai
mempunyai peruntukan lebih banyak.

6. iii. Kemudahan-kemudahan Setiap kemudahan yang terdapat di sekolah


perlu dieksploitasi untuk digunakan semasa proses pemilihan aktiviti.
Sekiranya kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi, pihak pentadbiran
sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah
bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.

7. iv) Tenaga Pengajar Ketiadaan tenaga pengajar yang berkebolehan di


dalam sesuatu bidang sedikit sebanyak menjejaskan perancangan.
Pemilihan aktiviti berdasarkan kepada kepakaran guru. Latihan kemajuan
tenaga pengajar perlu dititik beratkan bagi membentuk guru yang
mempunyai pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal.

8. KEPAKARAN Para guru perlu mempunyai kepakaran untuk menangani


sebarang kemungkinan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.
Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin dalam aktivitiaktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sesuatu
kejadian yang tidak diingini berlaku.

9. Garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan risiko dalam


Pendidikan Jasmani: Pastikan bahawa murid yang menjalankan aktiviti
cergas Aktiviti yang dipilih perlu bersesuaian dengan umur dan kebolehan
murid Aktiviti yang dipilih perlu diluluskan oleh badan profesional dan

sekolah Guru yang mengendalikan aktiviti fizikal atau kokurikulum


mempunyai kepakaran Arahan yang diberikan jelas, betul dan pelakuan
memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan
terutama aktiviti yang berisiko seperti permainan ragbi. Kemudahan dan
peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.

10. PERKEMBANGAN MURID Di kategori kepada domain-domain berikut:


Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain
Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain
Psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Domain
Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar.

11. Domain Kognitif Menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif
ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah
dicapai kepada tahap yang sukar dicapai.

12. Taksonomi objektif domain kognitif Bloom

13. Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa


dan bertindak. Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan
pelajar dari mudah kepada yang lebih susah. Peringkat yang lebih rendah
perlu dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah.

14. (a) Pengetahuan - Bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea,


pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin,
1986). (b) Kefahaman - Keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara
yang bermakna.

15. (c) Aplikasi Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum,


prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am. Pengajaran
dan penilaian peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah
dalam kehidupan harian, selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan
guru dalam bilik

16. (d) Analisis Keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsurunsur kecil dan melihat pertalian antara unsur-unsur tersebut. Menekankan
kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang
mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.

17. (e) Sintesis Membawa maksud keupayaan menggabungkan unsurunsur dan bahagian- bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih
berstruktur, tersusun dan menyeluruh. (f) Penilaian Membawa maksud

keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui


pelajar. Membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja,
penyelesaian, bahan dan sebagainya.

18. Domain Afektif Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan


perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Objektif domain
afektif

19. (a) Penerimaan Bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk


menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Misalnya, penerima sedar akan
irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Contoh objektif peringkat ini ialah
pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal
dalam bilik darjah. (b) Gerak Balas Bermaksud seseorang akan bertindak
balas terhadap rangsangan yang diterima disetopikkan dia mempunyai motif
tersendiri untuk berbuat demikian.

20. (c) Penilaian - Bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu


perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. - Nilai ini, yang boleh
dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap
perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.

21. (d) Organisasi Membawa maksud seseorang itu boleh menyusun


semula nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal.
Contohnya, menerima peraturan sekolah seterusnya dapat mengawal diri
mengikut peraturan tersebut. (e) Perwatakan Bermaksud seseorang itu
mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya

22. Domain Psikomotor Adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota


fizikal seseorang. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif
domain psikomotor, daripada mudah kepada susah. Rajah 8.3: Domain
psikomotor

23. (a) Persepsi - Bermaksud seseorang itu mempersepsi kan satu


pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan hantaran dalam
permainan bola baling. (b) Persediaan - (Set) bermaksud seseorang bersedia
secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. (c)
Pergerakan Terkawal - (Guided Response) bermaksud seseorang itu dapat
melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran

24. (f) Pergerakan Suaian (Adaptive Response) bermaksud seseorang itu


dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu
keadaan tertentu. Melakukan pergerakan dengan cekap dan licin semasa
berhalangan. (g) Pergerakan Ciptaan (Originative Response) bermaksud

seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan
licin dalam sesuatu keadaan tertentu.

25. Domain Sosial Terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: 1.


Berhubung 2. Berkomunikasi 3. Melibatkan Diri 4. Berunding 5. Bekerjasama
6. Menghakimi 7. Memulakan 8. Menukar

26. (a) Berhubung - Membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain,


seperti membuat kontak mata (eye contact). (b) Berkomunikasi - Cuba
memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. (c)
Melibatkan Diri - Secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti
berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.

27. (d) Berunding - Berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. (e)


Bekerjasama - Bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan
sesuatu projek. (f) Menghakimi - Dapat bertindak untuk mendamaikan
sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan
satu pertengkaran.

28. (g) Memulakan - Dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang


baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di
tepi sungai. (h) Menukar - (Converting) berupaya menukarkan gaya hidup
ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar

29. PERALATAN DAN KEMUDAHAN Pertama sekali setiap sekolah harus


mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang lengkap. Mengikut
spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian
Pelajaran, setiap sekolah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya satu
padang dan gelanggang di setiap sekolah tersebut.

30. Pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan


pertandingan. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan
dan keselamatan pengguna perlu dititikberatkan.

31. Seterusnya pihak kementerian juga harus menyediakan peralatan dan


kemudahan tambahan yang lain bagi menambah peralatan dan kemudahan
yang sedia ada. Ini bagi memudahkan lagi sesi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sukan dan Jasmani ini di sekolah.
Dengan ini, pelajar juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan
dan kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka.

32. Ini akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan pengendalian


sesuatu peralatan sukan tersebut. Ini seterusnya membantu pelajar dalam
mengenal peralatan sukan tersebut dengan lebih mendalam dan merasai
cara penggunaan dan pengendaliannya sendiri. Peralatan dan kemudahan

yang lengkap ini boleh membantu guru dalam mengajarkan pelajar lebih
banyak jenis permainan sukan.

33. Sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika


melaksanakan aktiviti PJ, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang
berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan masa dan kos. Ini akan
memudahkan proses pengajarannya kerana dengan adanya peralatan dan
kemudahan yang ada ini, tidak ada masalah bagi seorang guru untuk
mengajar pelajar dalam proses pengajarannya. Peralatan dan kemudahan
sukan yang lengkap ini memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

34. Persekitaran budaya dan tempat Kebersihan Keselamatan Gaya hidup


sihat Penglibatan murid Interaksi Penyimpanan

35. kebersihan Murid berasa lebih selesa untuk menjalani aktiviti


pendidikan jasmani Menjaga kesihatan murid

36. Gaya hidup sihat Mengamalkan gaya hidup sihat Menjauhi aktiviti
yang membuang masa dan tidak berfaedah Menjauhi tingkah laku berisiko
yang membawa kepada stres

37. Penglibatan murid Murid perlu terlibat secara aktif dan selamat
Menghayati ilmu yang telah dipelajari Membina budaya pembelajaran
murid dalam pendidikan jasmani

38. keselamatan Kawasan persekitaran yang selamat Tempat yang


digunakan, sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh murid Keadaan
selamat meningkatkan keyakinan murid dalam melakukan aktiviti

39. Interaksi Komunikasi dua hala di antara murid dan guru Interaksi
yang kreatif Murid dapat menikmati proses P&P dengan lebih seronok
Interaksi murid dengan murid

40. Penyimpanan rekod Bukti menjalankan proses P&P Alat penilaian


untuk memerhatikan kemajuan dan perkembangan murid- murid
Mengetahui kemampuan dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid

You might also like