You are on page 1of 1

2.

Nyatakan butiran maklumat berkaitan keselamatan yang disampaikan dalam satu


perhimpunan sekolah yang turut anda sertai dalam format laporan.

Antara butiran berkaitan keselamatan yang disampaikan oleh guru besar dalam satu
perhimpunan pada 22 Sept. 2014 bersamaan dengan hari isnin yang lepas adalah Murid
dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya
individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan
pengembalian peralatan tersebut. Memandangkan minggu tersebut adalah minggu bagi aktiviti
sukan, guru besar menegaskan bahawa murid- murid haruslah meminta kebenaran daripada
guru bahagian sukan sekiranya ingin meminjam apa- apa barang di stor. Selain itu, Murid perlu
melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan
bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan.
Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan
yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama
dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan. Selain itu, Sentiasa mematuhi peraturan
sekolah dan mempraktikkan nilai-nilai murni seperti memberi salam , menghormati guru dan
orang lain, bersopan-santun, menepati masa serta tidak membuat bising dan menjerit-jerit.
Tidak berlari, berkejaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah semasa waktu pembelajaran.
Tidak melepak, berdua-duan dan makan di setiap tangga blok.

You might also like