You are on page 1of 35

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TENDER PELAKSANAAN PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA)


BAGI INISIATIF B1, B2 DAN B5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN TENDER

KOD TENDER : QT190000000045790


TEMPOH KONTRAK : DUA BELAS (12) BULAN

PERINGATAN:

1. Petender dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran


Dokumen Tender sebelum mengemukakan tawaran.

2. Kerajaan tidak melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak


sebagai orang ketiga di dalam tender dan / atau perjanjian ini. Sekiranya
Petender mempunyai sebarang permasalahan berkaitan tender dan / atau
perjanjian ini hendaklah dirujuk terus kepada pihak Kerajaan.

3. Keputusan tender ini adalah MUKTAMAD dan sebarang surat menyurat tidak
akan dilayan.

[1]
ISI KANDUNGAN

Dokumen Tender ini mengandungi perkara-perkara berikut:

I. KENYATAAN TAWARAN ........................................................................................... 3

II. TAKRIF ....................................................................................................................... 5

III. ARAHAN DAN SYARAT- SYARAT AM TENDER .................................................... 6

IV. ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KHAS TENDER .............................................. 28

V. HAL- HAL LAIN........................................................................................................ 33

[2]
I. KENYATAAN TAWARAN

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TENDER PELAKSANAAN PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA)


BAGI INISIATIF B1, B2 DAN B5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada Petender-Petender tempatan yang berdaftar


dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang seperti dibawah
yang masih sah dan berkuat kuasa.

210102 - Hardware (high end technology) - All types of server, mainframe, high
end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance;

210104 - Software/system development including maintenance-data entry/data


processing

210107 - ICT security and firewall, Encryption, PKI, Anti Virus

221110 – Khidmat latihan, tenaga pengajar dan moderator / negotiator

2. Tender dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan secara atas talian sepenuhnya.


Petender-petender yang ingin menyertai tender ini MESTILAH berstatus Ep-
enabled (mempunyai ID log masuk dan sijil digital yang telah diaktifkan).

3. Tawaran tender hendaklah dikunci masuk ke dalam sistem e-Perolehan sebelum


atau selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup tender.

4. Cara-cara mengunci masuk ke dalam Sistem e-Perolehan

4.1 Petender hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam


Dokumen Tender serta menyemak kandungan Dokumen Tender dengan
TELITI sebelum mengunci masuk di dalam sistem e-Perolehan. Kegagalan
mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan mengakibatkan
tawaran tender tersebut tidak akan dipertimbangkan.

[3]
4.2 Semua lampiran / borang dalam sistem e-Perolehan hendaklah diisi
dengan LENGKAP DAN JELAS serta MEMATUHI ARAHAN yang
dinyatakan.

4.3 Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan


membolehkan tender tersebut tidak akan dipertimbangkan/ditolak

5. Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya:

a. Petender LEWAT menyerahkan tawaran tender dengan lengkap dalam sistem


e-Perolehan; atau

b. Petender GAGAL memuatnaik dokumen wajib dengan lengkap ke dalam


sistem e-Perolehan.

6. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key-in) ke


dalam sistem e-Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup tender. Tawaran yang
lewat dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem e-Perolehan tidak akan
dipertimbangkan.

7. Petender dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta


oleh pihak Kementerian dalam dokumen tender. Bagi Petender yang gagal
mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Kementerian ini
mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Petender.

8. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana


tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di
atas penolakan sesuatu tawaran tender.

9. Iklan tender ini juga boleh dirujuk di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my, e-Perolehan dan MyPROCUREMENT. Petender
dinasihatkan untuk sentiasa melayari portal rasmi yang dinyatakan bagi
mendapatkan maklumat mengenai arahan-arahan terkini atau pindaan yang
dikeluarkan dari masa ke semasa.

[4]
II. TAKRIF

1. Kerajaan – Kerajaan Malaysia termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM), agensi-agensi di bawah pentadbiran KPM serta ketua jabatan/ pegawai/
kakitangan KPM yang diberi kuasa.

2. Kementerian – Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah bahagian /


jabatan / institusi / kakitangan / pegawai yang diberi kuasa untuk menguruskan
sesuatu perolehan dan perkara yang berkaitan dengannya.

3. BPM – Bahagian Pengurusan Maklumat.

4. BPL – Bahagian Perolehan

5. Hak Milik Kerajaan – Peralatan/Perkhidmatan yang telah berdaftar dan


diuruskan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

6. Petender Tempatan – Petender yang berdaftar dengan pendaftar perniagaan


dan Kementerian Kewangan yang alamatnya adalah tertera dalam Sijil Akuan
Pendaftaran Kontraktor yang diberi kebenaran oleh pegawai atasannya untuk
tujuan pengesahan.

7. Petender yang berjaya – satu atau lebih daripada seorang Petender yang
tendernya telah diluluskan dan setuju terima oleh KPM dan yang telah mematuhi
semua syarat yang terkandung di dalam tawaran ini.

8. Syarikat – Syarikat yang berdaftar di bawah Penubuhan Syarikat iaitu di bawah


Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
[Akta 197].

9. Peralatan – Segala bentuk perkakasan, perisian dan/atau apa-apa kelengkapan


mengikut spesifikasi termaktub dalam Jadual Spesifikasi.

10. Apa-apa istilah teknikal yang tidak ditakrifkan dalam dokumen ini hendaklah
ditafsirkan mengikut penggunaan atau takrif yang biasa digunakan dalam
industri atau profesion yang berkenaan.

[5]
III. ARAHAN DAN SYARAT- SYARAT AM TENDER

1. PERIHAL TENDER

1.1. Tawaran adalah dipelawa untuk TENDER PELAKSANAAN


PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) BAGI INISIATIF
B1, B2 DAN B5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.2. Semua Petender yang ingin menyertai tender Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian
Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang berkaitan seperti mana
yang diiklankan dan sijil pendaftaran yang masih berkuatkuasa.

1.3. Petender juga diwajibkan mempunyai ID e-Perolehan sebagai kemudahan


mengakses sistem e-Perolehan bagi tujuan mengunci masuk (key-in) dan
memuat naik (upload) tawaran tender secara atas talian (online).

1.4. Semua dokumen yang diserahkan oleh Petender, termasuk manual


teknikal hendaklah dalam Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris.
Sekiranya bahasa selain daripada bahasa yang dinyatakan di atas perlu
dibuat terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

1.5. Pelawaan adalah terikat kepada Arahan dan Syarat-syarat Am Tender,


Arahan dan Syarat-syarat Khas Tender serta syarat-syarat lain yang
terkandung di dalam dokumen tender ini. Semua Petender hendaklah
mematuhi sepenuhnya syarat-syarat tersebut apabila menyertai tender ini.

1.6 Petender hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat serta


menyemak kandungan dokumen tender dengan teliti sebelum membuat
tawaran dan mengisi borang melalui sistem e-Perolehan. Kegagalan
mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan menyebabkan
tawaran tender tersebut tidak dipertimbangkan.

1.7 Petender juga mestilah bersedia untuk dipanggil bagi memberi


keterangan atau persembahan (benchmarking input) berhubung
dengan tawaran yang dikemukakan kepada Kementerian ini jika perlu.
Kos keseluruhan bagi tujuan ini perlu ditanggung sendiri oleh Petender.

1.8 Petender dikehendaki mengemukakan surat kuasa (authorization letter)


yang diperoleh daripada pengeluar (Principal) atau pengedar sah
yang membenarkan atau menyokong pihaknya secara rasmi berhubung

[6]
pembekalan, jaminan produk dan khidmat sokongan bagi setiap item yang
ditawarkan oleh Petender semasa menghantar tawaran teknikal.
Petender hendaklah memastikan nama syarikat tidak dizahirkan
dalam surat tersebut tetapi dicatatkan nombor pendaftaran SSM.

1.9 Petender yang berjaya adalah bertanggungjawab sepenuhnya


terhadap segala urusan berhubung tender dan kontrak ini. Sebarang
permasalahan dengan Prinsipal atau pengedar berkaitan pembekalan,
jaminan dalam tempoh waranti, penyelenggaraan, khidmat sokongan atau
perkara-perkara lain hendaklah diselesaikan oleh Petender yang berjaya
tanpa melibatkan sebarang campur tangan pihak Kerajaan.

1.10 Kos penyertaan tender dan penyediaan dokumen tawaran adalah


ditanggung sendiri oleh Petender. Semua dokumen yang dihantar tidak
akan dikembalikan. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab atas apa-
apa jua kos yang terlibat.

1.11 Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat


untuk bertindak sebagai orang ketiga di dalam tender ini. Sekiranya
petender mempunyai sebarang permasalahan berkaitan tender ini
hendaklah dirujuk terus kepada pihak Kerajaan.

1.12 Kerajaan boleh membatalkan tender ini tanpa memberikan sebarang


alasan kepada semua Petender dan kos-kos yang terlibat semasa
penyediaan tender ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

2. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

2.1 Petender adalah dilarang daripada membuat tawaran, memberi atau


bersetuju untuk memberi kepada mana-mana pegawai Kerajaan
sebarang bentuk balasan atau hadiah, sebagai dorongan untuk atau
kerana melakukan atau bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan
yang berkait rapat dengan perolehan atau perlaksanaan Perjanjian ini
dan/atau mana-mana Perjanjian lain dengan Kerajaan Malaysia.

2.2 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau


memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah
kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan
suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
[7]
2.3 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak
yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan
segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah
merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

2.4 Tanpa prejudis kepada tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap


anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitam kontraktor atau
Petender boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694); dan

2.5 Mana-mana Kontraktor atau Petender yang membuat tuntutan


pembayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau
tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau
tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam
yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694).

2.6 Jika didapati berlakunya perlanggaran oleh kontraktor atau pekerja-


pekerjanya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan kontraktor)
berhubung dengan perolehan ini dan/atau mana-mana perolehan lain
dengan Kerajaan sehingga terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kerajaan
mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian yang dibuat dengan
kontraktor dan berhak mendapatkan apa-apa ganti rugi yang timbul
akibat perlanggaran tersebut oleh kontraktor.

[8]
3. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

3.1 Secara ringkasnya Integrity Pact merupakan satu proses pengisytiharan


oleh Petender untuk tidak menawarkan atau memberi rasuah bagi
mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu
kontrak dan bagi mempercepatkan sesuatu urusan Perolehan Kerajaan.
Tujuan utama Integrity Pact dilaksanakan dalam perolehan Kerajaan
adalah untuk:

a) Mengelak Petender daripada menawar atau memberi rasuah;

b) Menghendaki Petender melaporkan sebarang kesalahan rasuah


kepada Pihak Berkuasa; dan

c) Memastikan Kerajaan tidak menanggung ‘unnecessary costs’ dalam


pelaksanaan urusan perolehan.

3.2 Petender yang menghantar dokumen tender/sebut harga hendaklah


menandatangani Surat Akuan Pembida mengaku janji bahawa petender
tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk
mendapatkan kontrak.

[9]
4. SYARAT-SYARAT AM TENDER

4.1. Penyertaan Tender Dan Pendaftaran Petender

(a) Penghantaran Tawaran Tender oleh Petender melalui sistem e-


Perolehan dianggap sebagai Petender menerima serta mematuhi
segala arahan dan syarat-syarat tender ini.

4.2 Harga Tawaran

(a) Harga Tawaran petender hendaklah dikunci masuk dalam sistem e-


Perolehan.

(b) Harga yang dikemukakan hendaklah dalam Ringgit Malaysia


(RM) dan tempoh sah lakunya hendaklah tidak kurang daripada
180 hari dari tarikh tutup tender. Dalam tempoh tersebut pihak
Petender tidak dibenarkan sama sekali menarik balik tawaran harga
tersebut.

(c) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih (nett delivered price)
dan perlu meliputi semua kos termasuk kos membekal, menghantar,
memasang, mengkonfigurasi, melaksanakan penyenggaraan dalam
tempoh jaminan, khidmat sokongan, pembetulan dan
penambahbaikan isi kandungan bahan dan segala cukai kerajaan
yang berkaitan.

(d) Harga yang ditawarkan hendaklah mengambil kira semua kos yang
terlibat semasa atau selepas tawaran, kos pentadbiran dan lain-lain
kos yang berkaitan termasuk cukai semasa yang ditetapkan oleh
Kerajaan.

(e) Tawaran harga hendaklah juga mengambil kira fi perkhidmatan


bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap nilai
pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi
pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta sekiranya melibatkan sekali
bayaran sahaja (one-time payment) manakala sebanyak 0.4% bagi
setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum
RM4,800 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2 juta sekiranya
melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment). Fi yang
dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan
Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem ePerolehan.

(f) Petender adalah diingatkan supaya mengambil kira semua kos


yang terlibat semasa mengemukakan tawaran harga. Petender
dinasihati supaya jangan sesekali ‘under quote’ atau ‘over quote’
harga tawaran. Sebarang tuntutan kenaikan harga yang timbul akibat
daripada perbezaan tafsiran Kementerian dengan Petender

[10]
mengenai spesifikasi peralatan, perkakasan, perisian atau
perkhidmatan tidak akan dilayan.

(g) Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran harga terendah


atau mana-mana tawaran. Keputusan Kerajaan adalah
muktamad dan sebarang cadangan, bantahan atau rayuan tidak
akan dilayan.

(h) Harga yang diserahkan hendaklah mengikut mekanisme


penggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara
Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan. Contoh: RMX.XX.
Petender yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau
mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan
dipertimbangkan.

(i) Bagi barang-barang import (jika ada) yang bernilai lebih daripada
RM50,000.00 bagi satu item, tawaran hendaklah berasaskan kepada
harga percuma atas kapal (PAK) atau Free on Board (FOB)
termasuk kos pengangkutan dari kilang pembuat hingga ke
pelabuhan muatan (Port of Loading).

4.3 Offset

Petender dikehendaki mengambil kira situasi yang mana kos atau harga
berubah, ianya tidak boleh menjejaskan tawaran asal Petender.

4.4 Cadangan Tawaran Teknikal

(a) Petender dikehendaki mengunci masuk (key-in) tawaran teknikal ke


dalam sistem e-Perolehan dan menyerahkan cadangan tersebut
secara atas talian (on-line).

(b) Spesifikasi Petender juga hendaklah diisi di dalam Syarat Umum,


Jadual Spesifikasi Teknikal, dan Jadual Skop Kerja dan
dimuatnaik (upload) ke dalam sistem e-Perolehan.

(c) Petender tidak dibenarkan untuk mencatatkan nama syarikat di


mana-mana pun dalam dokumen Tawaran Teknikal. Kegagalan
Petender mematuhi syarat ini boleh menyebabkan tawaran Petender
tidak dipertimbangkan.

4.5 Katalog

(a) Setiap item yang ditawarkan mestilah disertakan dengan katalog.


Semua katalog mestilah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris sahaja. Katalog hendaklah di muatnaik ke dalam Sistem
e-Perolehan.

[11]
(b) Petender perlu menyatakan alamat laman web (URL) bagi mana-
mana item dengan lengkap (sekiranya ada) untuk tujuan rujukan.

(c) Katalog mestilah mempunyai beberapa ciri iaitu gambar atau gambar
rajah yang menunjukkan item berkenaan dan dinyatakan dengan
jelas butiran spesifikasi, jenama serta nombor model. Gambar atau
foto semata-mata tidak akan dianggap sebagai satu katalog
melainkan mempunyai segala butiran yang dinyatakan.

(d) Nama Petender atau sebarang pengenalan Petender (termasuk


pengenalan watermark) tidak boleh dicatatkan di atas katalog
yang disertakan atau mana-mana dokumen teknikal.

(e) Katalog hendaklah terdiri daripada ringkasan mengenai produk


sahaja. Tawaran yang tidak disertai dengan katalog boleh
menyebabkan tawaran Petender tidak dinilai.

(f) Petender dikehendaki untuk mengemukakan sampel item kepada


Kerajaan untuk dinilai sekiranya diminta oleh Kerajaan. Kos
pemberian sampel hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
Petender.

4.6 Barang-Barang Buatan Tempatan

(a) Petender yang menyertai tender ini hendaklah mengutamakan


Barangan Buatan Tempatan (Malaysia). Salinan surat daripada
pembuat hendaklah dilampirkan bersama-sama dokumen tender.
Pihak Petender adalah bertanggungjawab untuk merujuk kepada
Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mendapatkan
senarai pembekal barangan tempatan bagi item di dalam tender ini.

(b) Istilah barangan buatan tempatan adalah seperti ditakrif dalam Akta
Penjelasan Perindustrian (ICA) 1975 [Akta 156]. Antara takrif yang
berkaitan adalah seperti berikut:-

(i) ‘Pengilang’ ertinya seseorang yang mengambil bahagian


dalam apa-apa aktiviti pengilang;

(ii) ‘Aktiviti Pengilang’ dengan perubahan takrifnya dan


perbahasan seasalnya ertinya membuat, mengubah,
mengadun, menghiasi, memperkemas atau dengan cara lain
mengawit atau menyesuaikan apa-apa barang atau benda
memandang kepada penggunaan, penjualan, pengangkutan,
penyerahan atau pelupusannya dan termasuklah memasang
bahagian dan membaiki kapal tetapi tidak termasuk apa-apa
aktiviti-aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan
jual runcit atau jual borong;

[12]
(iii) ‘Keluaran’ ertinya apa-apa barang, benda, bahan atau
perkhidmatan yang dikeluarkan sebagai hasil apa-apa aktiviti
pengilangan dan termasuklah jenama keluaran; dan

(iv) Barang-barang yang dibuat dan dikeluarkan oleh pengilang di


dalam Zon Perdagangan Bebas ditakrifkan sebagai barangan
buatan tempatan yang dilabelkan sebagai ‘Buatan Malaysia’.

4.7 Tawaran Alternatif

Petender dibenarkan untuk membuat hanya satu (1) tawaran sahaja


dan tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan (alternative offer) bagi
mana-mana item yang dimasukinya. Mana-mana Petender yang tidak
mematuhi syarat ini, tawarannya tidak akan ditolak tetapi KPM cuma akan
membuat penilaian terhadap satu (1) tawaran sahaja daripada senarai
tawaran yang diberikan.

4.8 Bantahan ke Atas Spesifikasi

(a) Petender boleh membuat bantahan ke atas spesifikasi tender


sekiranya didapati spesifikasi tender menjurus kepada sesuatu
jenama sahaja. Bantahan boleh dibuat secara bertulis kepada
Bahagian Perolehan (BPL), Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan mengemukakan bukti-bukti yang jelas. Sesalinan surat
bantahan tersebut hendaklah disalinkan kepada Bahagian
Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

(b) Bantahan terhadap spesifikasi boleh dibuat oleh Petender dalam


tempoh empat belas (14) hari dari tarikh iklan tender.

(c) Sebarang bantahan daripada Petender akan diputuskan oleh wakil


Kementerian, wakil Perbendaharaan dan wakil daripada agensi lain
yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang tersebut.
Keputusan jawatankuasa adalah muktamad.

4.9 Tempoh Sah Laku Tender

(a) Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku (valid) dalam
tempoh tidak kurang daripada seratus lapan puluh (180) hari dari
tarikh tutup tender. Sebarang tuntutan kenaikan harga dalam
jangka masa sah laku tender tidak akan dilayan.

(b) Mana-mana Petender yang mengemukakan tempoh sah laku


kurang daripada tempoh sah laku yang ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan. Dalam keadaan berkecuali, Kerajaan boleh
meminta agar tempoh sah laku tawaran dilanjutkan sebelum tempoh
sah laku tawaran asal luput. Surat rasmi akan dikeluarkan oleh

[13]
Kerajaan kepada Petender untuk memohon persetujuan Petender
dan jawapan hendaklah diberikan secara bertulis.

(c) Petender yang bersetuju dengan permintaan Kerajaan untuk


melanjutkan tempoh sah laku tidak perlu mengubah tawaran asal
tetapi hanya dikehendaki melanjutkan tempoh sah laku tawaran
sahaja.

(d) Penolakan pelanjutan tempoh sah laku tawaran oleh Petender boleh
mengakibatkan Petender digugurkan daripada penilaian.

4.10 Kriteria Pemilihan Secara Umum Oleh Kerajaan

Pertimbangan akan diberikan keutamaan kepada perkara-perkara berikut:

(a) Memenuhi semua Syarat-Syarat Am dan Syarat-Syarat Khas tender;

(b) Harga yang ditawarkan sesuai dan munasabah;

(c) Latar belakang, pengalaman dan rekod kejayaan syarikat bagi skop
kerja yang sama atau hampir sama;

(d) Mempunyai kakitangan /pekerja yang mencukupi, berpengalaman,


berkemahiran, mempunyai sijil kelayakan dan bersesuaian dengan
tapak kerja dan skop/spesifikasi pembekalan/perkhidmatan;

(e) Ciri-ciri spesifikasi perkakasan, perisian, kelengkapan serta


perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keperluan Kementerian;

(f) Keupayaan syarikat untuk melaksanakan perkhidmatan dengan


cekap dalam tempoh masa yang ditetapkan;

(g) Mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh dan baik; dan

(h) Perkara-perkara lain yang menguntungkan Kerajaan yang memberi


kesan positif atau nilai tambah pada masa hadapan.

4.11 Jenis-Jenis Kesalahan Dan Tindakan/Hukuman Tatatertib

Jenis-jenis kesalahan dan tindakan/hukuman tatatertib yang boleh


dikenakan ke atas Petender merangkumi tetapi tidak terhad kepada
perkara-perkara berikut:

(a) Kesalahan Kerana Melanggar Syarat Pendaftaran Kementerian


Kewangan

i) Memalsu atau meminda maklumat/dokumen

ii) Memperdaya untuk taraf Bumiputera

[14]
iii) Membenarkan Sijil Akuan Pendaftaran digunakan oleh
individu/syarikat/firma perunding lain

iv) Gagal mematuhi syarat pendaftaran

v) Gagal mengemaskini maklumat syarikat/firma perunding

vi) Tidak memberi kerjasama dalam hal-hal urusan pendaftaran

(b) Kesalahan Kerana Melanggar Syarat Tender/Kontrak

i) Pemalsuan Maklumat/Dokumen

ii) Menarik diri

iii) Menolak Tawaran

iv) Pakatan Harga

v) Sub-kontrak atau assignment

vi) Gagal mengekalkan taraf Bumiputera sepanjang tempoh


kontrak berkuatkuasa

vii) Gagal mematuhi obligasi kontrak (Non-Performance)

 Lewat memberi bekalan/perkhidmatan

 Gagal memberi bekalan/perkhidmatan

 Gagal memberi bekalan/perkhidmatan berkualiti

 Gagal menepati spesifikasi

 Gagal menepati Terma Rujukan (TOR)/skop kerja


perunding

viii) Kesalahan berkaitan kapasiti firma perunding

 Firma perunding menghantar kakitangan yang kurang


berpengalaman untuk berurusan dengan Agensi
Kerajaan.

 Firma perunding menggantikan perkhidmatan


kakitangan yang diluluskan oleh Agensi dengan
kakitangan lain tanpa kelulusan Agensi.

[15]
 Firma perunding menggunakan perkhidmatan
perunding asing tanpa kelulusan Agensi dan
Perbendaharaan terlebih dahulu.

ix) Tidak membuat pembaharuan pendaftaran syarikat

x) Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas


tawaran dibuat

xi) Tidak mendepositkan Bon Pelaksanaan

xii) Tidak menandatangani dokumen perjanjian yang formal dan


salinan perjanjian tidak dijilid secukupnya

(c) Kesalahan Jenayah Dan Tanggungan Sivil

i) Kesalahan Jenayah

 Syarikat/firma perunding atau mana-mana ahli


Lembaga Pengarah atau mana-mana ahli pengurusan
telah melakukan jenayah dan disabitkan mahkamah.
Di antara kesalahan jenayah tersebut adalah rasuah,
penipuan dan pecah amanah.

ii) Tangungan sivil

 Syarikat/firma perunding yang dikenakan perintah


Penhutang Penghakiman (Judgement Debtor)
termasuk penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh
mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang
kuasa.

 Syarikat/pemilik/pengurusan yang telah diisytiharkan


bankrap oleh mana-mana mahkamah.

 Syarikat/Firma perunding yang diletakkan di bawah


perintah Penerimaan (Receivership) atau Pelikuidasi
(Liquidation).

(d) Jenis-jenis Tindakan/Hukuman Tatatertib

i) Amaran

ii) Denda

iii) Rampasan bon pelaksanaan

iv) Penamatan kontrak

[16]
v) Batal Kod Bidang

vi) Gantung pendaftaran

vii) Batal pendaftaran

viii) Pemilik modal/ahli Lembaga Pengarah syarikat


disenaraihitamkan

ix) Pembatalan taraf Bumiputera/pembuat

4.12 Surat Setuju Terima (SST)

(a) Kerajaan berhak mempersetujui mana-mana bahagian tender


sama ada kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya.
Kerajaan juga berhak untuk memilih lebih daripada satu (1)
Petender untuk satu-satu kontrak jika difikirkan memberi faedah
kepada Kerajaan.

(b) Kerajaan akan memberikan notis bertulis dalam bentuk


Surat Setuju Terima kepada Petender yang berjaya dalam jangka
masa sah laku tender atau jangka masa tambahan yang terlibat.

(c) Surat Setuju Terima mengandungi syarat-syarat lain sebagai


tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai pengubahsuaian
syarat-syarat yang terkandung dalam dokumen ini. Oleh yang
demikian, dokumen tender ini tidaklah boleh disifatkan sebagai
dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada Petender
menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai
itu diterima.

(d) Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah


atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab
penolakan sesuatu tawaran. Keputusan tender adalah muktamad
dan sebarang cadangan, bantahan atau rayuan tidak akan
dilayan.

(e) Keputusan tender akan disiarkan di laman web Kementerian.


Petender tidak dibenarkan untuk merujuk kepada Kementerian
ini untuk mendapatkan keputusan tender dengan apa-apa juga
cara sekalipun sebelum keputusan rasmi dikeluarkan. Sebelum
keputusan rasmi dikeluarkan, maklumat dianggap sulit dan tindakan
undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak
diberi kuasa untuk memperolehi, menyimpan serta mengedar
maklumat sulit tersebut.

[17]
4.13 Bon Pelaksanaan

(a) Petender yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon


Perlaksanaan dalam bentuk jaminan oleh institusi kewangan yang
berdaftar di Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
Surat Setuju Terima dengan nilai seperti berikut:

i) 0% bagi nilai kontrak bekalan/perkhidmatan yang kurang


daripada RM50,000.00 setahun

ii) 2.5% daripada nilai keseluruhan kontrak bagi kontrak


bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM200,000.00 tetapi
kurang dari RM500,000.00

iii) 5% daripada nilai keseluruhan kontrak bagi kontrak


bekalan/perkhidmatan yang bernilai lebih daripada
RM500,000.00 setahun

(b) Petender diberi pilihan untuk mengemukakan Bon Pelaksanaan


dalam mana-mana bentuk jaminan seperti berikut:

i) Jaminan Bank atau Syarikat Kewangan yang dikeluarkan


oleh Bank atau Syarikat Kewangan berlesen di bawah Akta
Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 312] yang
beroperasi di Malaysia; atau

ii) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank


berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] yang
beroperasi di Malaysia; atau

iii) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat


insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 [Akta
553] yang beroperasi di Malaysia; atau

iv) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful


yang berlesen di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312]; atau

v) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia


Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana
Malaysia (SME) yang beroperasi di Malaysia.

(c) Bon Pelaksanaan hendaklah kekal dan berkuatkuasa sehingga


dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas
obligasi terakhir mengikut mana yang terkemudian.

(d) Dalam keadaan di mana Petender gagal untuk melaksanakan


obligasinya atau tidak memenuhi keseluruhan terma-terma dan
syarat-syarat kontrak, Kerajaan berhak pada bila-bila masa untuk

[18]
mendapatkan keseluruhan atau sebahagian daripada jumlah wang
Bon Pelaksanaan tanpa menjejaskan hak-hak lain Kerajaan.

(e) Jika suatu bayaran dibuat kepada Kerajaan selaras dengan apa-apa
tuntutan di bawah Bon Pelaksanaan, Petender hendaklah
menyerahkan kepada Kerajaan jaminan dalam bentuk bon
tambahan supaya jumlah Bon Pelaksanaan dikekalkan pada setiap
masa pada nilai yang ditetapkan.

(f) Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah kontrak dilaksanakan


dengan sempurna dan memuaskan tertakluk kepada apa-apa
pindaan, pengubahsuaian, pengurangan atau potongan yang boleh
dibuat oleh Kerajaan berhubung apa-apa pelanggaran terma-terma
atau syarat-syarat oleh Petender.

(g) Bon Pelaksanaan hendaklah dihantar bersama-sama surat


perakuan ketulenan jaminan bon pelaksanaan.

4.14 Proses Pembekalan/ Perkhidmatan

(a) Cara Pesanan dan Pembekalan

i) Penyempurnaan kerja-kerja pembekalan atau pelaksanaan


perkhidmatan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan.

ii) Apa-apa pesanan tambahan (sekiranya ada) akan


dikeluarkan oleh Kerajaan dalam tempoh kontrak masih
berkuatkuasa dan Petender yang berjaya dikehendaki
membuat pembekalan atau menyediakan perkhidmatan
dengan harga dan syarat-syarat yang sama seperti mana
yang terkandung dalam kontrak asal.

iii) Kerajaan tidak menjamin dalam apa-apa keadaan sekalipun


bahawa bekalan atau perkhidmatan dalam tender ini akan
dipesan kesemuanya tetapi Petender yang berjaya hendaklah
bersedia melaksanakan kesemua bekalan atau perkhidmatan
mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan.

iv) Bagi maksud tender ini, semua pembekalan hendaklah


mengikut permintaan daripada pihak Kerajaan (constitutes an
order).

v) Penyerahan peralatan hendaklah dibuat kepada pegawai


yang diberi kuasa oleh Kerajaan pada waktu bekerja
mengikut negeri-negeri yang terlibat.

4.15 Terma Pembayaran


[19]
(a) Setiap tuntutan pembayaran hendaklah mengandungi suatu
perakuan bahawa pembekalan dan/atau perkhidmatan itu telah
dilaksanakan dengan sempurna. Perakuan hendaklah dibuat
menggunakan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian
dan Pentauliahan (SPP).

(b) Pembekal/Kontraktor diberi peringatan supaya mengemukakan


bil/tuntutan yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari
daripada tarikh bekalan atau perkhidmatan dibekalkan atau
kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan
segera. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan
pembayaran kepada pembekal/kontraktor jika bil/tuntutan tidak
dihantar dengan segera dalam tempoh empat belas (14) hari.

(c) Pembayaran untuk tiap-tiap tuntutan pembekalan dan/atau


perkhidmatan yang telah disempurnakan akan dibuat oleh Kerajaan
dalam tempoh empat belas (14) hari setelah semua dokumen
lengkap dan tiada perkara-perkara berbangkit (kuiri dokumen).
Pembekal/Kontraktor hendaklah atas arahan Kerajaan pada bila-bila
masa membekalkan dengan segera kepada Kerajaan apa-apa
maklumat yang diperlukan bagi menyokong tuntutan pembayaran
tersebut.

(d) Pembayaran akan dibuat berdasarkan pembekalan dan/atau


perkhidmatan sebenar yang telah disempurnakan dengan syarat
jumlah keseluruhan pembayaran tidak melebihi nilai kontrak.

(e) Semua pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM)


sahaja kepada akaun bank Petender yang berjaya.

(f) Bagi setiap pembayaran yang diproses menggunakan sistem


ePerolehan fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik adalah
sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada
had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM1.2
juta sekiranya melibatkan sekali bayaran sahaja (one-time payment)
manakala sebanyak 0.4% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan
tertakluk kepada had maksimum RM4,800 bagi pesanan Kerajaan
melebihi RM1.2 juta sekiranya melibatkan beberapa kali
pembayaran (multiple payment).

(g) Sekiranya ada unsur pemfaktoran oleh Petender yang berjaya


dengan mana-mana syarikat pemfaktoran yang diiktiraf oleh
Kerajaan, maka Kerajaan akan membayar terus kepada syarikat
pemfaktor berkenaan setelah mendapat pengesahan secara bertulis
daripada Petender yang berjaya dan syarikat pemfaktoran tersebut.

(h) Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai


perakuan bahawa pembekalan dan/atau perkhidmatan itu adalah
[20]
mengikut kualiti yang dikehendaki. Pembayaran oleh Kerajaan tidak
melepaskan Kontraktor daripada tanggungjawabnya yang berkaitan.

4.16 Waranti

(a) Tempoh waranti bagi perkakasan yang dibekalkan oleh Petender


adalah dua belas bulan (12) bulan bermula dari tarikh kuatkuasa
kontrak.

(b) Sekiranya Kerajaan mendapati perkakasan yang diberikan tidak


memuaskan atau rosak, bukan disebabkan oleh penyalahgunaan
atau kecuaian pihak Kerajaan, Petender hendaklah mengganti
peralatan yang tidak befungsi ke lokasi berkenaan, dalam tempoh
yang ditetapkan oleh Kerajaan tanpa apa-apa bayaran tambahan
kepada pihak Kerajaan.

(c) Sekiranya kontraktor gagal mengganti peralatan berkenaan dengan


memuaskan, maka pihak Kerajaan boleh sama ada:

i) Mendapatkan mana-mana pihak yang berkelayakan,


daripada Petender yang berjaya, untuk mengganti/ membaiki
alat-alat itu, semua kos penggantian/ pembaikan hendaklah
ditanggung oleh Petender yang berjaya; dan/ atau

ii) Memulangkan alat berkenaan dan Petender yang berjaya


hendaklah membayar denda, pampasan dan kos-kos yang
terlibat hasil pemulangan tersebut; dan/ atau

iii) Sekiranya kelambatan penggantian atau pembaikan mana-


mana alat yang tidak mengikut spesifikasi dengan
memuaskan, maka Kerajaan boleh mengenakan LAD/
Penalti/ Denda.

4.17 Perubahan Syarat-syarat

(a) Kerajaan sentiasa berhak dari semasa ke semasa mengubah syarat-


syarat yang terkandung dalam kontrak yang difikirkan sesuai bagi
melindungi kepentingan Kerajaan dan perkhidmatan awam amnya.
Semua pembekalan dan/atau perkhidmatan yang dikehendaki itu
hendaklah mengikut perubahan tersebut mulai dari tarikh yang
dinyatakan oleh Kerajaan.

(b) Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan


perbelanjaan bagi pengeluaran atau tempoh pengeluaran, maka
harga yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan
persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.

4.18 Kontrak

[21]
(a) Petender yang berjaya dikehendaki untuk mengikat suatu perjanjian
formal dengan Kerajaan. Jenis kontrak adalah Kontrak
Perkhidmatan.

(b) Arahan, Syarat-Syarat Am, Syarat-syarat Khas dan


syarat-syarat dalam surat tawaran adalah menjadi sebahagian
daripada syarat-syarat kontrak.

(c) Syarat-syarat dalam Jadual Harga, Syarat Umum, Jadual


Spesifikasi dan Jadual Pematuhan Skop Kerja serta syarat-syarat
dalam Surat Setuju Terima adalah menjadi sebahagian daripada
syarat-syarat kontrak.

(d) Kerajaan berhak mempersetujui tawaran Petender sama ada


kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau
mengubahsuai syarat-syarat kontrak. Setelah dipersetujui, maka
satu kontrak hendaklah dibuat di antara Kerajaan dengan Petender
mengikut syarat-syarat kontrak (termasuk syarat-syarat tambahan
atau yang diubahsuai yang tersebut di atas, jika ada) dan tidak ada
sebarang perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis pun boleh
disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.

(e) Petender yang berjaya dikehendaki menyediakan bilangan dokumen


kontrak yang mencukupi untuk diedarkan kepada agensi-agensi
yang terlibat. Kontrak-kontrak hendaklah dijilid kekal dan segala
perbelanjaan bagi penyediaan kontrak tersebut termasuk duti setem
serta kos-kos yang berkaitan hendaklah ditanggung sepenuhnya
oleh Petender yang berjaya.

4.19 Tempoh Kontrak

Tempoh kontrak adalah dua belas (12) bulan bermula daripada tarikh yang
dinyatakan dalam Surat Setuju Terima. Walau apa-apapun, Kerajaan
berhak untuk menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya dan tidak
terikat dengan Petender yang mana tempoh kontraknya tamat. Di dalam
tempoh tersebut, Kerajaan akan membuat penilaian pretasi Petender.

4.20 Nilai Kontrak

Nilai kontrak yang ditawarkan kepada Petender yang berjaya


merupakan nilai anggaran atau nilai syiling sahaja. Kerajaan tidak
menjamin bahawa kesemua pembekalan dan/atau perkhidmatan tersebut
akan dipesan kesemuanya. Kerajaan berhak memesan kesemua atau
sebahagian daripada nilai kontrak tersebut berdasarkan kepada keperluan
Kerajaan dari semasa ke semasa tertakluk kepada peruntukan mencukupi
yang diperolehi pada tahun semasa.

[22]
4.21 Hak Kerajaan Apabila Bekalan Dan/Atau Perkhidmatan Lewat
Dilaksanakan

(a) Petender yang berjaya hendaklah menyempurnakan bekalan


dan/atau perkhidmatan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

(b) Bagi hal bekalan dan/atau perkhidmatan yang lewat dilaksanakan


mengikut mana yang berkenaan oleh Kontraktor, Kerajaan boleh
melaksanakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau
lebih tindakan yang berikut:

i) menolak bekalan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan


oleh Kontraktor, menamatkan Perjanjian ini dan merampas
Bon Pelaksanaan; atau

ii) menolak bekalan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan


oleh Kontraktor, dan mendapatkan bekalan dan/atau
perkhidmatan yang dikehendaki itu daripada punca-punca
lain. Bagi hal yang sedemikian, jika kos memperolehi bekalan
dan/atau perkhidmatan itu daripada punca-punca lain
melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor dikehendaki
membayar kos yang lebih itu sebagai pampasan kepada
Kerajaan; atau

iii) setuju menerima bekalan dan/atau perkhidmatan itu dan


mengenakan denda lewat seperti formula atau kaedah yang
berikut:

Denda = V (T+D) x 5%
T

V - Nilai bekalan dan/atau perkhidmatan yang lewat


dibekal

T - Tempoh penyerahan yang ditetapkan

D - Bilangan hari lewat

4.22 Hak Kerajaan Apabila Bekalan Dan/Atau Perkhidmatan Rendah Kualiti

(a) Petender yang berjaya hendaklah memberikan bekalan dan/atau


perkhidmatan yang berkualiti dan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan.

[23]
(b) Jika didapati Kontraktor telah menyerahkan bekalan dan/atau
perkhidmatan yang rendah kualiti daripada contoh, kualiti, spesifikasi
atau terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, Kerajaan
boleh melaksanakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua
atau lebih tindakan yang berikut:

i) menolak bekalan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan


oleh Kontraktor, menamatkan Perjanjian ini dan mengambil
atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang
dalam Bon Pelaksanaan; atau

ii) menolak bekalan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan


oleh Kontraktor dan mendapatkan bekalan dan/atau
perkhidmatan yang dikehendaki itu daripada punca-punca
lain. Bagi hal yang sedemikian, jika kos memperolehi bekalan
dan/atau perkhidmatan itu daripada punca-punca lain
melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor dikehendaki
membayar kos yang lebih itu sebagai pampasan kepada
Kerajaan; atau

iii) menolak bekalan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan


oleh Kontraktor dan meminta Kontraktor menggantikan
bekalan dan/atau perkhidmatan itu dalam tempoh masa yang
ditetapkan oleh Kerajaan dan mengenakan denda lewat bagi
setiap kelewatan penggantian.

4.23 Ganti Rugi Dan Indemniti

(a) Petender yang berjaya hendaklah pada kos dan perbelanjaan sendiri
bertanggungjawab melindungi dan menanggung rugi Kerajaan
sepenuhnya terhadap sebarang bentuk tuntutan, tanggungan,
gantirugi, perbelanjaan, liabiliti, kerugian, dakwaan, guaman atau
apa-apa perbicaraan yang terpaksa ditanggung oleh atau dikenakan
ke atas Kerajaan berkaitan apa-apa kemalangan, kerosakan,
kecederaan atau kematian atau apa-apa jenis kerosakan harta
benda termasuk harta benda Kerajaan yang timbul akibat daripada
tindakan, kecuaian, peninggalan atau keingkaran Petender yang
berjaya termasuk wakilnya yang diberi kuasa, pegawai, kakitangan
dan pekerjanya.

(b) Petender yang berjaya hendaklah pada kos dan perbelanjaan sendiri
bertanggungjawab melindungi dan menanggung rugi Kerajaan
sepenuhnya terhadap semua dakwaan, tuntutan, liabiliti dan kos-kos
yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan bagi mana-mana bahagian
bekalan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Petender
yang berjaya yang melanggar hakcipta, rahsia perdagangan, paten,
tanda dagangan atau hak harta intelek lain mana-mana pihak.

[24]
4.24 Set-Off

Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang sah, terakru dan kena
dibayar oleh Kontraktor kepada Kerajaan, sama ada sebagai denda atau
pampasan, daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada
Kontraktor. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak
mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut
baki tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat
pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis tuntutan.
Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki tersebut daripada Kontraktor
melalui mana-mana perjanjian lain yang ditandatangani dengan Kerajaan,
sekiranya Kontraktor gagal membuat bayaran setelah tuntutan dibuat.

4.25 Penamatan

(a) Tanpa menjejaskan hak-hak lain Kerajaan, Kerajaan boleh dengan


memberi notis bertulis kepada Kontraktor dan dengan tiada apa-apa
tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan Perjanjian
yang dibuat dengan Kontraktor -

i) jika Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana


terma-terma dan syarat-syarat; atau

ii) jika Kontraktor itu sebagai orang perseorangan atau, apabila


Kontraktor itu adalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma
itu pada bila-bila masa menjadi muflis, atau suatu perintah
penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya
atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan
atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu
adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa
Kontraktor itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi
maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurus bagi
Pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-
keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat
sesuatu perintah penggulungan.

4.26 Penamatan Atas Sebab Kepentingan Nasional

(a) Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian dengan memberikan, tidak


kurang dari tiga puluh (30) hari, suatu notis bertulis kepada
Kontraktor, tanpa apa-apa tanggungjawab untuk memberikan apa-
apa sebab, jika Kerajaan berpendapat bahawa penamatan tersebut
adalah perlu untuk Kepentingan Nasional, Kepentingan
Keselamatan Nasional atau bagi maksud Polisi Kerajaan atau Polisi
Awam.

(b) Bagi maksud ini, apa yang merupakan "Kepentingan Nasional",


"Kepentingan Keselamatan Nasional", "Polisi Kerajaan" dan "Polisi
[25]
Awam" hendaklah dibuat dan ditentukan oleh Kerajaan dan
penentuan tersebut bagi semua maksud adalah muktamad dan tidak
boleh dicabar.

(c) Sekiranya Perjanjian ditamatkan atas sebab Kepentingan Nasional,


Kontraktor berhak mendapatkan pembayaran bagi bekalan dan/atau
perkhidmatan setakat yang telah dilaksanakan sehingga tarikh
penamatan atau apa-apa jumlah pembayaran yang munasabah
yang ditentukan oleh Kerajaan.

4.27 Penamatan Atas Sebab Rasuah, Aktiviti-Aktiviti Yang Tidak Sah Atau
Menyalahi Undang-Undang

(a) Jika Kontraktor, pekhidmat atau pekerjanya disabitkan oleh


mahkamah bagi kesalahan rasuah atau aktiviti-aktiviti yang tidak sah
atau menyalahi undang-undang berhubung Perjanjian ini dan/atau
mana-mana perjanjian lain yang ditandatangani Kontraktor tersebut
dengan Kerajaan, maka Kerajaan berhak untuk menamatkan
Perjanjian pada bila-bila masa dengan memberikan notis secara
bertulis dengan serta-merta kepada Kontraktor bagi tujuan
Penamatan Perjanjian ini tanpa menjejaskan apa-apa hak lain
Kerajaan.

(b) Dengan penamatan di bawah subklausa tersebut, Kerajaan berhak


ke atas segala kerugian, kos-kos, gantirugi dan perbelanjaan
(termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang
ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan Perjanjian.

(c) Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Pihak-Pihak dengan ini


bersetuju bahawa Kontraktor tidak berhak untuk mendapatkan apa-
apa bentuk kerugian termasuk kehilangan keuntungan, gantirugi,
tuntutan atau apa-apa pun berikutan daripada penamatan
Perjanjian.

4.28 Pertikaian

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Petender


mengenai pentafsiran, pengertian atau kuat kuasa persetujuan, atau hak
dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit
darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya
dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan
Petender, dirujuk kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik
oleh Kerajaan dan seorang oleh Petender. Tiap-tiap seorang yang dilantik
itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

4.29 Iklan

[26]
Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan dalam sebarang akhbar,
majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu
telah dihantar dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

4.30 Kerahsiaan

Semua maklumat yang berkaitan tawaran ini adalah sulit dan tidak boleh
digunakan untuk sebarang tujuan lain selain daripada tawaran ini sahaja.

4.31 Hak Milik

Semua data, statistik berkenaan data dan data yang tersimpan dalam
sistem yang terbit daripada dokumen ini adalah menjadi hak milik Kerajaan
sepenuhnya.

4.32 Bukan Tanggungan (non-liability)

Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan


fakta dan maklumat yang terkandung dalam dokumen ini.

4.33 Pertanyaan

Sebarang pertanyaan secara lisan tidak akan dilayan dan perlu dibuat
secara bertulis atau emel kepada Bahagian Perolehan (BPL). Dalam mana-
mana kes, jawapan lisan yang diberikan tidak akan mengikat pihak
Kerajaan.

4.34 Pindaan

Sebarang pindaan atau perubahan kepada perjanjian hendaklah dibuat


secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak.

4.35 Undang-Undang

Dokumen ini ditadbir oleh, dan hendaklah ditafsirkan selaras dengan


undang-undang semasa Malaysia,

4.36 Pematuhan Kepada Undang-Undang

Petender hendaklah mematuhi semua undang-undang, perintah dan


arahan yang diberikan kepada Petender oleh mana-mana pihak yang diberi
kuasa untuk berbuat demikian di bawah mana-mana undang-undang
terpakai.

4.37 Kesimpulan

(a) Petender adalah diminta membaca dan memahami keseluruhan


syarat-syarat yang dinyatakan di dalam dokumen tender ini.

[27]
Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di dalam
tender ini boleh menyebabkan cadangan Petender ditolak.

(b) Petender dinasihatkan agar berhati-hati terutamanya semasa


mengisi dokumen Jadual Harga dan Jadual Spesifikasi dengan
memberikan maklumat yang tepat. Maklumat yang tidak lengkap
boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dinilai.

(c) Petender dilarang untuk meletakkan sebarang tanda atau


pengenalan syarikat atau apa-apa identiti syarikat pada Jadual
Spesifikasi, Brosur, Katalog dan lain-lain dokumen sokongan
teknikal. Kementerian berhak mengeluarkan Jadual Spesifikasi,
Brosur, Katalog dan lain-lain dokumen sokongan teknikal daripada
proses penilaian jika didapati terdapat sebarang tanda pengenalan
syarikat termasuk watermark.

(d) Cadangan tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

IV. ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KHAS TENDER

1. PENDAHULUAN

Tawaran adalah dipelawa untuk TENDER PELAKSANAAN PEMBANGUNAN


ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) BAGI INISIATIF B1, B2 DAN B5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2. SYARAT-SYARAT KHAS

2.1 SPESIFIKASI TEKNIKAL

a) Spesifikasi teknikal yang diperlukan adalah seperti di Jadual


Spesifikasi. Jadual ini perlu diisi secara dalam talian (on-line)
melalui e-Perolehan.

b) Kerajaan tidak akan melayan sebarang tuntutan bagi bayaran


tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran petender dengan
tafsiran Kementerian ini mengenai penentuan tersebut.

c) Kerajaan berhak mengubah penentuan spesifikasi peralatan,


perisian dan perkhidmatan yang ditawarkan jika perlu. Perubahan
spesifikasi ini akan dimaklumkan kepada petender secara bertulis.

[28]
d) Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga
kelewatan untuk membuat cadangan spesifikasi melalui e-
Perolehan dan kelewatan menghantar dokumen sokongan oleh
petender.

2.2 SKOP KERJA

Petender yang dilantik perlu melaksanakan dan mematuhi skop kerja


seperti yang tertera di dalam Jadual Spesifikasi.

2.3 PASUKAN PROJEK

Petender MESTILAH menyediakan pasukan projek yang:

a) Berpengalaman dan berkemahiran dalam melaksanakan Pengurusan


Projek ICT mengikut standard industri; dan
b) Mempunyai pengalaman dan penglibatan dalam pembangunan
perancangan strategik organisasi dan perancangan strategik ICT

Keutamaan diberikan kepada Petender yang menyediakan


pasukan/personel yang mempunyai:

a) Persijilan profesional EA berkaitan yang diiktiraf serta


berpengetahuan;
b) Kemahiran mengenai The Open Group Architecture Framework’s
Architecture Development Methodology (TOGAF ADM); dan
c) Pengalaman teknikal dalam penggunaan perisian dan Enterprise
Architecture Tools.

2.4 HAK HARTA INTELEK

Semua komponen bekalan, perkhidmatan dan reka bentuk


pembangunan EA yang berkaitan dengan projek ini, termasuk semua
kandungan yang berkaitan, kod sumber (source code), lesen, Plan
Transformasi ICT KPM, metodologi dan kerangka MyGovEA, serahan
projek dan dokumentasi yang dibangunkan dalam sebarang media
(hardcopy/softcopy) bagi projek ini (termasuk di peringkat agensi)
adalah hak milik Kerajaan dan MESTILAH diserahkan kepada Kerajaan
sebelum tamat tempoh kontrak.

[29]
2.5 PENGALAMAN PETENDER

Petender dikehendaki menyenaraikan semua perkhidmatan dalam


pembangunan Enterprise Architecture dengan agensi kerajaan yang
sedang dan telah dilaksanakan dalam tempoh sekurang-kurangnya
empat (4) tahun kebelakangan ini dengan disertakan salinan muka
hadapan SST sebagai bukti (maklumat nama syarikat pada SST tersebut
hendaklah dipadamkan / dihitamkan). Maklumat ini adalah perlu bagi
membolehkan pihak Kerajaan menilai keupayaan dan pengalaman
petender.

2.6 PENGESAHAN PRESTASI KERJA PETENDER

Petender juga dikehendaki untuk mendapatkan pengesahan daripada


agensi-agensi Kerajaan terlibat berhubung prestasi syarikat bagi projek
yang sedang dan telah dilaksanakan. Maklumat-maklumat ini perlu
dikemukakan bersama-sama dokumen tender.

2.7 SERAHAN PROJEK

Petender yang berjaya MESTILAH menyedia dan mengemukakan semua


serahan projek, termasuk dokumentasi dan manual yang berkaitan tetapi
tidak terhad mengikut ketetapan Kerajaan seperti dalam LAMPIRAN 1
(TEKNIKAL) : SENARAI SERAHAN PROJEK. Petender juga perlu
menyerahkan dokumentasi dan manual kepada Kerajaan dalam bentuk
hardcopy (yang berkaitan) dan softcopy dalam jumlah salinan yang
ditetapkan oleh Kerajaan.

2.8 TEMPOH KONTRAK

Tempoh kontrak adalah selama dua belas (12) bulan. Tempoh kontrak ini
bermula daripada tarikh kuatkuasa kontrak yang dinyatakan dalam Surat
Setuju Terima. Walaubagaimanapun kerajaan berhak mengubah tempoh
kontrak sekiranya perlu.
.

2.9 LOKASI PROJEK

(a) Penempatan Pasukan Pembangunan EA adalah di lokasi projek.


Petender yang berjaya MESTILAH menyediakan kemudahan

[30]
sendiri bagi penempatan Pasukan Pembangunan EA di
Bahagian Pengurusan Maklumat, Menara 2, Presint 5.

(b) Petender MESTILAH menyediakan sendiri keperluan peralatan,


perkakasan dan perisian untuk pembangunan EA.

(c) Petender yang berjaya juga perlu menanggung kos bagi


mobilisasi PMO, pengangkutan, penempatan perkakasan dan
perjalanan ke luar stesen untuk pasukan projek Petender yang
perlu melakukan kerja luar dan lain-lain kos termasuk kos
mencetak laporan, komunikasi dan dokumentasi.

(d) Walau bagaimanapun, Kerajaan berhak membuat perubahan


terhadap Lokasi Projek dan akan memaklumkan kepada Kontraktor
secara bertulis.

2.10 PEMBAYARAN

2.10.1 Tuntutan pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Bahagian


Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh
bekalan/perkhidmatan disempurnakan.

2.10.2 Kontraktor hanya boleh membuat tuntutan bagi perkhidmatan yang


telah selesai dilaksanakan di lokasi sahaja.

2.10.3 Pembayaran untuk tiap-tiap tuntutan bekalan/perkhidmatan yang


telah disempurnakan akan dibuat dalam tempoh empat belas (14)
hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap dan tiada perkara-
perkara berbangkit (kuiri dokumen).

2.10.4 Dokumen sokongan lengkap yang mesti dikemukakan oleh pihak


syarikat kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM),
Kementerian Pendidikan Malaysia semasa membuat tuntutan
pembayaran adalah seperti berikut:

a. Invois
b. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) – Tuntutan kali pertama sahaja
c. Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) – Tuntutan kali pertama
sahaja

[31]
2.10.5 Semua pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

2.10.6 Pembayaran kepada Petender yang berjaya tidak boleh dianggap


sebagai perakuan bahawa barang-barang itu adalah mengikut
kualiti yang kehendaki. Bayaran oleh Kerajaan tidak melepaskan
Petender yang berjaya atas tanggungjawab yang berkaitan di dalam
kontrak ini.

2.11 Denda /Penalti Lewat Bekal Dan Tidak Mematuhi Service Level
Agreement (SLA).

2.11.1 Petender yang berjaya mestilah menyempurnakan kerja dalam


tempoh yang ditetapkan dalam kontrak.

2.11.2 Petender yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagal


mengikut jadual pelaksanaan projek, menyempurnakan
pembekalan, penghantaran, lewat penyelesaian masalah
(Resolution Time) dan lewat tindakbalas (Response Time) dalam
tempoh yang telah ditetapkan.

2.11.3 Jumlah denda akan ditolak daripada jumlah bayaran bagi setiap
bulan atau daripada bon pelaksanaan.

[32]
V. HAL- HAL LAIN

Jika ada kemusykilan/ masalah mengenai Spesifikasi, Skop Kerja dan Syarat-
syarat Khas , Petender bolehlah merujuk kepada Bahagian Pengurusan Maklumat,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

1) Puan Norhayati Binti Masah


Nama
2) Puan Sarina Binti Sabri

1) Ketua Penolong Setiausaha Kanan


Jawatan 2) Penolong Setiausaha Kanan

Alamat Seksyen Arkitektur dan Inovasi Digital


Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 6, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia

Telefon 1) 03-8870 6064

2) 03-8870 6065

Faks 03-8870 6819

Email yatimasah@moe.gov.my

sarina.sabri@moe.gov.my

Waktu Pejabat 9.00 pg – 4.00 ptg (Isnin hingga Jumaat)

[33]
Jika ada kemusykilan/ masalah mengenai Proses Perolehan/ Dokumen Tender,
Petender bolehlah merujuk kepada Bahagian Perolehan, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Nama 1) Puan Tengku Fuziah Binti Tengku Mahmud

2) Puan Zainun Binti Osman

Jawatan 1) Ketua Penolong Setiausaha


2) Penolong Setiausaha Kanan (ICT) 2

Alamat Bahagian Perolehan


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Telefon 1) 03 - 8884 6834

2) 03 - 8884 6854

Faks 03 - 8884 6894

Email tg.fuziah@moe.gov.my

zainun.osman@moe.gov.my

Waktu Pejabat 9.00 pg – 4.00 ptg (Isnin hingga Jumaat)

[34]
Jika ada kemusykilan/ masalah mengenai Sistem ePerolehan, Petender bolehlah
merujuk kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd.

Alamat Aras Bawah, Wisma Amtek, No. 15, Jalan Tandang, 46050
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu Pejabat 9.00 am – 5.30 pm (Isnin hingga Jumaat)

9.00 am - 1.00 tengahari (Sabtu, kecuali cuti umum)

Tel 03 – 7985 7700 / 7777

Faks 03 – 7985 7877

Email epc-pj@commercedc.com.my

[35]

You might also like