You are on page 1of 2

PEMBANGUNAN PERTANIAN MELAKA SDN. BHD.

2.0 TERMA DAN SYARAT JUALAN TENDER


2.1 Pihak-pihak yang berminat dijemput untuk mengemukakan tawaran mereka
menggunakan Borang Tender (diisi sebagai Bahagian lll di sini) untuk pembelian
hartanah tersebut seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 1 (“hartanah”)
2.2 Borang Tender asal yang terkandung dalam Pakej Tender hendaklah digunakan
dalam penyerahan tender. Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. (PPMSB)
berhak untuk menolak sebarang penyerahan yang menggunakan salinan Borang
Tender.
2.3 Tender-tender hendaklah dikemukakan kepada PPMSB sebelum jam 3.00 petang
pada tarikh tutup 08 Mei 2019 ("Tarikh Tutup") dalam sampul surat bertutup yang
ditandakan "Kerja-kerja Pembersihan Kawasan Dan Penanaman Semula Sawit" ke
alamat berikut:
Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd.
Ladang Lembah Kesang,
Batu 19 ½, Jalan Jasin, Semujuk,
77300 Merlimau,
Melaka.

2.4 Sebarang dokumen tender yang diterima oleh pihak kami selepas Tarikh Tutup, akan
ditolak. Sebarang pelanjutan Tarikh Tutup bagi mengemukakan tender, sekiranya
ada, adalah berdasarkan pertimbangan PPMSB sahaja.

2.5 Jumlah sah tersebut akan dilupuskan sekiranya pihak tender menarik semula
tendernya atas apa sahaja alasan pada bila-bila masa selepas penyerahan tender.
Jumlah Sah oleh pihak tender yang tidak berjaya akan dikembalikan semula oleh
PPMSB kepada pihak tender tanpa faedah mahupun pampasan.

2.6 Keputusan untuk menerima sebarang tender oleh PPMSB adalah muktamad.

2.7 PPMSB berhak untuk tidak menerima sebarang tender dan tidak terikat dengan
mana-mana kewajipan bagi menerima tender tertinggi untuk hartanah tersebut
serta tidak terikat dengan mana-mana kewajipan untuk memberi penjelasan bagi
keputusannya.

2.8 Sekiranya tender yang tertinggi tidak sepadan atau tidak melebih harga minimum
yang dikehendaki, PPMSB boleh, atas budi bicara sebulatnya, memohon tiga tender
tertinggi untuk menghantar semula tawaran yang disemak semula tidak kurang
daripada jumlah asal yang ditawarkan.

2.9 Pihak tender yang diterima tender nya merupakan kontraktor dan akan
dimaklumkan tentang penganugerahan tendernya melalui surat anugerah ("Surat
Anugerah") yang dikirimkan kepada pihak tender melalui pos ke alamat yang
diberikan dalam tender dan Surat Anugerah yang telah dikirimkan akan disifatkan
telah diterima oleh pihak tender dalam perjalanan pos biasa.
PEMBANGUNAN PERTANIAN MELAKA SDN. BHD.
2.10 Sekiranya pihak tender gagal melaksanakan SPA dalam tempoh empat belas (14) hari
atau dalam tempoh lanjutan seperti yang ditetapkan oleh PPMSB , Sah akan
dilupuskan kepada PPMSB .
2.11 Pihak tender yang berjaya akan dianggap telah menawarkan untuk melaksanakan
kerja-kerja pembersihan kawasan dan penanaman semula sawit tersebut dengan
notis dan pengetahuan sepenuhnya bahawa semua skim atau cadangan skim
termasuk pelan susun atur, perkara, notis, caj dan tuntutan yang akan dipatuhi dan
dikeluarkan, bahawasanya mereka tidak mempunyai hak untuk membuat atau
mewujudkan sebarang bantahan atau permintaan yang berkenaan dengannya.

2.12 Penyertaan dalam tender oleh pengarah PPMSB , kakitangan dan juga pasangan
mereka adalah tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan.

You might also like