You are on page 1of 12

CONDITION APPRAISAL

SISTEM PENGHAWA DINGIN DI KLINIK MATA,


HOSPITAL SELAYANG
SELANGOR DARUL EHSAN

PREPARED DATE : 06 Feb 2013

TECHNICAL REPORT – RC/041/FEMS/CA/2012-01

…………………….. ………………………….. …………………………..


Prepared By: Checked By: Approved By:

Mohd Haneef .Bin Rozainy B. Nohamad Che Norizah Bt. Muhammad


Ismail Tech. Manager,FEMS Operation Manager
Asst .Eng. Mechanical

This Report is distributed to the following parties;


Director, Selayang Hospital 1 Copy
Engineer, Selayang Hospital 1 Copy
Radicare (M) Sdn Bhd, HQ 1 Copy
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

_____________________________________________________________

KANDUNGAN
_________________________________________________________________

i. OBJEKTIF 3

ii. PENGENALAN 3-7

iii. KEADAAN SEMASA 7-8

iv. CADANGAN 8

v. ANGGARAN KOS NAIKTARAF 9-11

vi. KESIMPULAN 11

vii. LAMPIRAN 12

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
2
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

i) OBJEKTIF

Objektif utama laporan penilaian keadaan ini disediakan adalah bagi


mengenalpasti permasalahan dan cadangan kerja naiktaraf bagi sistem
penyamanan udara di Hospital Selayang yang dinyatakan sepertimana dibawah;

1) Permasalahan suhu dan kelembapan relatif di dewan bedah GOT 9,10,11

& 12.

2) Cadangan naiktaraf sistem penyaman udara.

3) Anggaran kos naiktaraf

ii) PENGENALAN

Sistem penyejukan yang digunakan di Bangunan Hospital Selayang ini


adalah daripada sistem penyejukan berpusat ‘centralized chill water
system’.Sistem penyejukan berpusat ini terletak di kawasan loji utama iaitu di
kawasan ‘basement’. Berikut merupakan komponen asas yang menjanakan
sistem penyejukan berpusat tersebut:-

i. Penyejuk-’Chiller’

________________________________________________________________________
3
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

ii. Pam air sejuk-’Chill water pump’


iii. Menara penyejuk-’Cooling tower’
iv. Pam air pemeluwap-’Condenser water pump’
v. Unit kendalian udara-‘Air handling unit’

Gambar dibawah menunjukkan komponen asas yang terdapat di loji


penyejukan berpusat bagi Hospital Selayang:-

Gambar 1; Menunjukkan unit ’chiller’ yang terdapat di loji penyejukan berpusat.

________________________________________________________________________
4
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

Gambar 2; Menunjukkan unit ’chill water pump’ yang terdapat di loji


penyejukan berpusat.

Gambar 3; Menunjukkan unit ‘cooling tower’ yang terdapat di loji penyejukan


berpusat.

________________________________________________________________________
5
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

Gambar 4; Menunjukkan unit ’condenser water pump’ yang terdapat di loji


penyejukan berpusat.
Sistem penyejukan berpusat ini digunakan bagi menjana air yang telah
disejukkan ke unit penyaman udara yang terdapat di bangunan Hospital
Selayang.Sistem penyejukan berpusat ini adalah beroperasi 24 jam sehari.Berikut
disertakan jenis unit penyamanan udara yang terlibat secara langsung dengan
sistem penyejukan berpusat ini:-
1) Air Handling Unit – 58 unit
2) Fan Coil Unit – 687 unit
Pada asasnya, ‘chiller’ yang terdapat diloji penyejukan ini adalah bertindak
sebagai penyejuk.Proses penyejukan ini dihasilkan di unit ‘evaporator’ dimana
gas penyejuk daripada jenis ‘R134A’ digunakan sebagai agen penyejukan bagi
menyejukkan air yang di salurkan ke dalam unit ‘evaporator’ ini. Seterusnya, air
yang telah disejukkan di unit ‘evaporator ‘ini akan diagihkan dengan
menggunakan ‘chill water pump’ ke ‘air handling unit’ dan juga ‘fan coil unit’
mengikut lokasi yang terlibat. Gambarajah 5, menunjukkan komponen utama
bagi sistem penyejukan berpusat ,’centralized chill water system’.

________________________________________________________________________
6
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

Gambarajah 5; Menunjukkan komponen utama bagi sistem penyejukan berpusat.

Gambarajah 6; Menunjukkan aliran bagi proses penyejukan berpusat,


’centralized chilled water system’.

iii) KEADAAN SEMASA.

________________________________________________________________________
7
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

Sistem penyaman udara ‘air handling unit’ yang dgunakan bagi Bilik Bedah
GOT 9,10,11 dan 12 adalah ditunjukkan seperti jadual dibawah;

Bil No. Air Handling Unit Bilangan Bilik OT Bilik OT


1 512 2 GOT 9 & 10
2 513 2 GOT 11 & 12

Spesifikasi rekabentuk asal bagi semua dewan bedah yang dinyatakan


diatas adalah ditunjukkan seperti jadual dibawah;

Kelembapan
Bil Dewan Bedah Suhu (˚ C)
Relatif (%)
1 GOT 9,10,11 & 12 20-24 50-60
Pada masa kini, ‘air handling unit’ yang beroperasi untuk kegunaan bilik
bedah 9, 10, 11 dan 12 tidak dapat beroperasi pada kecekapan yang maksimum.
Faktor usia ‘Air Handling Unit’ yang telah melebihi 13 tahun merupakan
penyumbang utama kepada kemerosotan kecekapan unit tersebut dimana secara
purata unit tersebut adalah beroperasi 24 jam sehari. Tambahan lagi, rekabentuk
asal sistem telah tidak praktikal untuk digunapakai bagi memenuhi keperluan di
bilik bedah pada masa kini iaitu pada piawaian suhu (20±2 ˚C) dan kelembapan
relatif (55±5%).

IV) CADANGAN

Berdasarkan kepada rekabentuk asal bagi suhu (20-24˚C) dan


kelembapan relatif (50-60%), pihak kami mencadangkan agar kerja menaiktaraf
iaitu dengan penambahan ‘pre cool air handling unit’ beserta sistem kawalan
dijalankan bagi memenuhi keperluan bilik bedah seperti berikut;

1) Suhu piawai, 18-22 ˚C @ 20±2 ˚C.

________________________________________________________________________
8
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

2) Kelembapan relatif, 50-60% @ 55±5%.

Penambahan baru sistem ’ pre cool air handling unit’ beserta sistem
kawalan adalah dicadangkan kerana kapasiti penyejukan sediaada adalah tidak
mengcukupi bagi membekalkan spesifikasi suhu diantara 18-22 ˚C dan
kelembapan relatif 50-60%. Naiktaraf ini adalah amat disyorkan bagi menjamin
kelancaran operasi di bilik bedah seperti berikut;

1) Pembekalan suhu antara 18-22 ˚C ke dewan bedah secara langsung


akan memberikan keselesaan sepenuhnya kepada pengguna dewan
bedah dan seterusnya dapat memenuhi piawaian semasa.
2) Pengawalan kelembapan relatif antara 50-60% secara tidak langsung
akan dapat meminimakan kadar jangkitan.

V) ANGGARAN KOS NAIKTARAF

Berikut adalah disertakan anggaran kos naik taraf pemasangan dua set
‘pre cool air handling unit’ seperti berikut:-

Anggaran
Bil Keterangan Kerja Lokasi Kuantiti
Kos (RM)
Kerja membekal dan memasang unit
‘pre cool air handling unit’ bagi
mencapai spesifikasi suhu 18-220C
dan kelembapan relatif 50-60%.
Skop Kerja Sivil
1 Kerja awalan penyediaan ‘AHU Plant room level 2 Lot 15,000.00
concrete base’ bagi menempatkan ‘air 6

________________________________________________________________________
9
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

handling unit’.
Skop Kerja Mekanikal
Membekal dan memasang baru ‘pre
cool air handling unit’ beserta set
‘filter’ seperti mana berikut;
Brand: Acson
Model: ADM2 1010
Plant room level
2 Motor Power: 3 KW 2 Set 80,000.00
6
Fan model: FDA400CM
Fan pulley: SPZ 160x2-2012x30
Motor pulley: SPZ 100x2-1610x28
Air flow: 5700 CFM
Volt/Phase/Hz: 415/3/50
Membekal, modifikasi dan memasang
baru sesalur udara beserta aksoseri
Plant room level
3 berkaitan dari ‘pre cool air handling 2 Lot 45,000.00
6
unit’ ke ‘air handling unit sediaada,
512 & 513’.
Membekal, modifikasi dan memasang
baru pepasangan ‘chill water piping
supply & return’ beserta pepasangan Plant room level
4 2 Lot 50,000.00
berkaitan dari sumber ‘chill water 6
piping’ yang berdekatan ke ‘pre cool
air handling unit’.
Skop Kerja Elektrikal
Membekal dan memasang baru ‘tap
off unit 125 Amp’ dari sumber kuasa
‘essential’ berdekatan beserta Plant room level
5 2 lot 40,000.00
kelengkapan pemasangan panel 6
kawalan yang berkaitan untuk sistem
kawalan ‘pre cool air handling unit’.
6 Membekal dan memasang ‘controller Plant room level 2 lot 45,000.00

________________________________________________________________________
10
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

system’ seperti , ‘temperature sensor,


humidity sensor, actuator valve, flow
switch, 2 step 6kw & 3kw heater
element ’ beserta pepasangan lain
6
yang berkaitan untuk kawalan sistem
‘pre cool air handling unit’ bagi
mencapai suhu 18-220C dan
kelembapan relatif 50-60%.
Plant room level
7 Kerja pembersihan tapak 1 Lot 2,000.00
6
Plant room level
8 Pengujian dan pentauliahan 1 Lot 3,000.00
6

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 280,000.00

VI) KESIMPULAN

Merujuk kepada keterangan yang telah diberikan diatas, cadangan


penambahan ‘pre cool air handling unit ’ amat disyorkan bagi menjamin suhu di
dewan bedah dapat di capai diantara 18-22 0C dan kelembapan relatif 50-60%.
Secara tidak langsung ia akan memberi keselesaan sepenuhnya kepada
pengguna dewan bedah.

________________________________________________________________________
11
Radicare (M) Sdn Bhd Laporan Penilaian Keadaan

LAMPIRAN

________________________________________________________________________
12

You might also like