You are on page 1of 3

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah Pembinaan JSU Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu: (1) mengkaji sukatanpelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4)menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk -tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk. 2. Menganalisis Objektif Pengajaran Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakanrakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu: i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran: Kandungan Pengetahuan Tajuk Tajuk kecil Objektif Kognitif Kandungan Kemahiran Tajuk Tajuk kecil Objektif Psikomotor Kandungan Afek/Perasaan Tajuk Tajuk kecil Objektif Afektif Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat -ayat. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian. 4. Menentukan Bilangan Soalan Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU Langkah 1 : Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji. Langkah 2 : Tentukan soalan-soalan yang akan dibina itu. a. Soalan objektif (30 soalan) b. 1 markah bagi 1 item. c. Jumlah soalan bagi setiap topik dikira : = __Jumlah masa _ X Jumlah soalan Jumlah Masa Keseluruhan Langkah 3 : Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom 3 domain: i. Kognitif ii. Afektif iii. Psikomotor Domain kognitif (Aras daripada mudah kepada aras sukar) 6. Penilaian 5. Sintesis 4. Analisis 3. Aplikasi 2. Kefahaman 1. Pengetahuan Langkah 4 : Apakah jenis ujian yang akan diuji?

Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei Langkah 5 : Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei). Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar). Pemarkahan. Langkah 6 : Menyatakan mata pelajaran. Tingkatan. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

You might also like