You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESSIONAL

Saya Muhammad Fais Bin Ismail merupakan seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran yang kini sedang menuntut pengajian di semester 6, akan menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal bagi tempoh selama 2 bulan (8 minggu). Sekolah ini berada di dalam kawasan daerah Menggatal berhampiran dengan Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum ini, saya sudah pernah menjalankan latihan praktikum selama sebulan di sebuah sekolah gred A iaitu Sekolah Kebangsaan Malawa, Kota Kinabalu, Sabah. Pengalaman sepanjang menjalankan praktikum memang bererti dan banyak membantu saya di dalam mempersiapkan dan melengkapkan diri untuk menjadi seorang bakal guru yang berjiwa pendidik untuk bertugas dan melaksanakan tanggungjawab di sekolah kelak. Sehubungan dengan itu, pada kali ini saya harus mengikuti pelaksanaan yang ditetapkan oleh Unit Praktikum IPG Kent untuk melaksanakan praktikum fasa 2 iaitu selama 2 bulan di sekolah yang berlainan untuk mencungkil secebis ilmu dan pengalaman yang bermakna dalam liku-liku pendidikan. Harapan saya sebelum menjalankan praktikum di sekolah baru saya ini bagi tempoh 2 bulan di Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal, ialah yang pertama sekali saya berharap agar kedatangan saya ke sekolah itu disenangi oleh semua pihak di sekolah itu. Harapan yang kedua pula ialah saya dapat mencari seberapa banyak ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang bermakna di sekolah itu. Harapan yang ketiga ialah sepanjang saya berada di sana, saya dapat membuat serba sedikit perubahan terhadap penguasaan kognitif murid-murid terutama dalam subjek Sains. Harapan yang keempat ialah, sepanjang saya dan rakan-rakan saya menjalankan praktikum di sekolah itu, aka nada program yang kami usahakan ataupun projek yang kami akan kendalikan sebagai sumbangan dan nukilan daripada pihak kami.

Sepanjang menjalankan praktikum nanti, saya ingin belajar bagaimana untuk menguruskan kelas dengan baik dengan kawalan yang bertaraf tinggi tanpa banyak mengeluarkan amaran malah lebihkan senyuman di dalam sesi p&p. selain itu, saya ingin belajar untuk menepati masa dimana seorang guru hendaklah masuk ke kelas tepat pada masanya supaya p&p lebih bermakna dan ianya merupakan suatu tanggungjawab. Selain itu juga, saya ingin belajar bagaimana untuk mengatur dan mengurus suatu majlis atau bengkel atau seminar yang diadakan yang melibatkan murid-murid khususnya. Selain daripada itu, saya ingin merasai perasaan menyayangi dan disayangi oleh murid-murid kerana sifat penyayang itu harus ada dalam diri setiap guru untuk mendidik anak bangsa untuk bekalan masa hadapan. Melalui guru pembimbing pula, saya ingin mendapatkan seberapa banyak pengalaman dan informasi terkini mengenai subjek yang saya ajar kelak. Semakin banyak saya mengenali orang itu maka semakin luas la pandangan dan maklumat yang kita perolehi. Saya berharap agar saya bersama 3 orang rakan seperjuangan menjalankan praktikum di sekolah ini akan membawa imej IPG Kent di mata para guru-guru di sekolah ini malahan kami akan sentiasa menjunjung matlamat kami untuk memberikan sumbangan kepada pihak sekolah berupa budi dan jasa bakti mengajar anak murid kami dan juga sumbangan berupa projek bantuan pondok menceriakan bilik anti-dadah sekolah ini untuk tujuan bersama. Salam ceria daripada saya kepada seluruh warga sekolah Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal; agar suatu hari nanti sekolah ini akan banyak melahirkan anak didik yang berjaya dan serba boleh pada masa hadapan; bak kata pepatah, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Tandatangan Guru Pelatih, .. (MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL) PISMP SN JANUARI 2011

Tandatangan Pensyarah ,

You might also like