You are on page 1of 1

LAPORAN PELAKSANAAN PERMAINAN TRADISIONAL (SEMASA)

Giliran kami untuk melaksanakan permainan tradisional kami adalah pada sesi pagi 6 Mac 2013 bertempat di kawasan tapak perkhemahan BIG IPG Kampus Kent. Pada asalnya, kawasan permainan adalah di padang IPG Kampus Kent namun oleh kerana padang tersebut digunakan oleh para pelatih PGSR untuk melaksanakan aktiviti Mini KOT mereka, kami telah dipindahkan ke lokasi yang lain. Permainan yang kami pilih untuk carnival ini ialah Lumba Dalam Karung Peserta yang ditetapkan untuk menjadi peserta kami ialah para pelajar dari unit PISMP Kajian Sosial. Sebelum permainan kami bermula, kami mengarahkan peserta untuk berkumpul di kawasan permainan. Setelah itu, kami memulakannya dengan memberikan sedikit taklimat tentang cara permainan tersebut dimainkan. Setelah memberikan taklimat, kami membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. Terdapat sebanyak 6 kumpulan keseluruhannya. Sistem pertandingan yang kami gunakan ialah sistem kalah mati. Oleh itu, kami menjalankan sebanyak 2 pusingan saringan dan 2 kumpulan teratas dalam setiap pusingan akan mara ke peringkat akhir Pada pendapat saya, kekuatan semasa pelaksanaan permainan ini ialah kami dapat menyediakan kawasan permainan dengan baik dan dalam hal ini aspek keselamatan adalah menjadi keutamaan kami. Arahan yang kami berikan jelas, sistem pertandingan yang digunakan juga adil dan tidak menyakiti mana-mana pihak. Selain itu, antara kekuatan kami yang lain ialah pengurusan kami juga baik. Hal ini kerana permainan ini dapat dijalankan dengan lancar. Bagi kelemahan pula, apa yang dapat kami sedari ialah kami ketiadaan papan markah ataupun lebih dikenali sebagai score board. Hal ini menyukarkan peserta untuk mengetahui kedudukan semasa mereka. Selain itu, borang keputusan rasmi yang kami sediakan pula kurang kemas dan ia masih boleh diperbaiki.

You might also like