You are on page 1of 8

PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W)

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,59990 Lembah Pantai,Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur

DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH


(DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

(TUGASAN INDIVIDU)

NAMA ANGKA GILIRAN NO.KP KUMPULAN KOD & MATA PELAJARAN PENSYARAH

: KHAIRIL IZAMUDDIN BIN ZAHARI : 2012192320005 : 871116-06-5775 :D : PENDIDIKAN JASMANI ( PJK 2102 W ) : CIK TAN YAN IM

PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W) LAPORAN PELAKSANAAN PERMAINAN KANAK-KANAK ( BRING 4 FUTURE ) KATEGORI SERANGAN TARIKH HARI MASA TEMPAT : : : : 25 Mac 2014 Rabu 9.00 pagi IPG KBM / Padang Sekolah / Padang bersimen

PENGENALAN Permainan ini merupakan salah satu program sukaneka kanak -kanak yang

dikendalikan oleh guru pelatih Diploma Perguruan Lepasan Ijazah DPLI,j-QAF Bahasa Arab ambilan Khas 2012, yang sedang menjalankan Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di setiap sekolah masing-masing. Pelaksanaan program ini merupakan tugasan wajib bagi subjek Pendidikan Jasmani ( PJK2102 W ). Tugasan wajib ini bagi pelajar-pelajar DPLI j-QAF untuk merancang dan melaksanakan satu program

permainan kanak-kanak yang melibatkan murid-murid di sekolah masing-masing.

OBJEKTIF 1. Membina disiplin murid-murid dengan peraturan permainan yang perlu dipatuhi. 2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid serta murid dan murid. 3. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru.

PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W) 4. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

( RANGKA KERJA PANDUAN PERMAINAN GALAH PANJANG )

PELAKSANAAN Permainan kanak-kanak yang dikelolakan oleh guru pelatih DPLI j-QAF Bahasa Arab telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Program ini telah berlangsung pada 26 Mac 2014 bersamaan hari Rabu. Permainan kanak-kanak yang berasaskan permainan tradisional ini diadakan kerana mengikuti kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani ( PJK2102 W).Bermula seawal jam 9 pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam kawasan bersimen. Pelan tapak permainan berukuran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Antara keperluan atau alatan yang disediakan dan digunakan ialah pita pelekat sebagai penanda garisan, wisel, pundi kacang dan juga bakul. Sekiranya dilaksanakan di atas padang boleh menggunakan tepung atau tali sebagai penanda garisan. Selepas menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu institut,program diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ajk pelaksana. Bacaan ikrar ini sebagai satu simbolik kepada setiap peserta agar mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat.Selesai bacaan ikrar tersebut, setiap pasukan menunjukkan tepukan gemuruh untuk pasukan masing-masing.

PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W) Seterusnya,taklimat ringkas daripada penyelaras permainan telah diadakan sebagai acara pembukaan. Selesai taklimat para pemain telah menjalankan aktiviti memanaskan badan dan seterusnya mula bergerak masuk ke tapak permainan dan mengambil tempat masing-masing. Acara permainan berlangsung selama 10 minit bagi setiap serangan kemudian pasukan bertahan pula membuat serangan. Skor markah dikira melalui jumlah pundi kacang yang berjaya dikumpulkan di dalam bakul. Permainan tradisional adalah satu aspek pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenali juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang seperi lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan mempunyai beberapa peraturan-peraturan ringkas yang telah persetujui oleh jawatankuasa pelaksanaan. Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan juga startegi.Pada hari permainan tersebut, permainan yang dijalankan ialah permainan berbentuk serangan kawasan yang menjadikan galah panjang sebagai asas permainan.

Pada pusingan pertama, strategi yang peserta-peserta yang digunakan kurang berkesan, maka permainan tersebut menjadi agak perlahan temponya sehingga tamat waktu yang diperuntukan.Namun, pada pusingan kedua,persaingan lebih banyak ditunjukkan oleh setiap peserta yang mengambil bahagian dengan menggunakan strategi yang lebih berkesan dari pusingan pertama. Bagi pasukan yang seri telah bermain dalam pusingan ketiga dimana peserta-peserta dapat menunjukan satu

PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W) persaingan yang sihat dari segala aspek fizikal dan mental khususnya jalan penyelesaian bagi memenangi permainan tersebut yang menuntut kepada kreativiti berfikir sebuah pasukan khususnya. Antara kesalahan yang dapat dikesan oleh pihak pengadil semasa permainan ini dijalankan ialah peserta bertahan tidak berada pada garisan dengan betul. Ini menimbulkan masalah ketidakadilan dalam permainan. Sebaliknya peserta melakukan kesalahan yang jelas didalam padang.Semasa program dijalankan,program ini dapat mempamerkan kesungguhan semua peserta menggunakan fizikal dan mental mereka untuk memenangi acara ini. Pada peringkat awal,para peserta dilihat seperti tercari-cari rentak permainan. Apabila pusingan kedua bermula,para peserta melihatkan perubahan dalam permainan.. Sungguhpun terdapat beberapa peraturan tambahan dikenakan, namun permainan ini yang berasaskan galah panjang sangat menghiburkan para peserta secara keseluruhannya. Permainan ini ditamatkan sebelum waktu

tengahari,yang diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada peserta.

Disediakan oleh,

1 April 2014

_______________________________ (KHAIRIL IZAMUDDIN BIN ZAHARI) Guru pelatih DPLI j-QAF Bahasa Arab, Ambilan Khas 2012, IPG Kampus Bahasa Melayu, 59990 lembah pantai, Kuala Lumpur.

PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W) REFLEKSI Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid sekolah. Ini jelas dapat dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga menekankan aspek jasmani, emosi, intelek dan juga sosial. Pendidikan Jasmani begitu menekankan aspek-aspek tersebut.Ini dapat dijelaskan pergerakan dalam Pendidikan Jasmani, interaksi antara murid, kreatif dalam membuat pergerakan, dan mendidik murid supaya lebih bijak mengawal emosi semasa aktiviti jasmani.Pengurusan dan Permainan kanak-kanak yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa urutan dan prosedurprosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik. Pertandingan permainan kanak-kanak ini merupakan suatu acara yang dianjurkan oleh guru pelatih Diploma Perguruan Lepasan Ijazah DPLI,j-QAF Bahasa Arab ambilan Khas 2012. Pelaksanaan program ini merupakan tugasan wajib bagi subjek Pendidikan Jasmani ( PJK2102 W ). Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan baik. KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAM MASA MERANGKA TUGASAN DAN MENGELOLA PERTANDINGAN Setelah selesai permainan ini, kekuatan yang dapat dilihat adalah dari segi tindakan yang diambil dengan mengadakan mesyuarat. Mengadakan mesyuarat atau perbincangan adalah sangat penting.Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu perkara, menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbincangan untuk sesuatu perkara yang akan berlaku sepanjang program ini. Jika dilihat pula kepada konsep permainan ini iaitu serangan,ia boleh juga diaplikasikan dalam permainan-permainan tradisional yang lain.Selain itu,permainan yang dijalankan ini adalah bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan sentiasa menunjukan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap acara. Jika dilihat dari aspek fizikal,permainan ini dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dengan aktiviti berjalan,berlari,kelajuan ke hadapan,mengundur dan sebagainya. Dari aspek sosioemosi pula,permainan ini dapat memupuk ciri kepimpinan seseorang peserta dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling. Dari

sudut,kognitif,peserta dapat mengatur strategi untuk menang dengan berfikir dan bertindak dengan pantas.

PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W) Namun, beberapa kelemahan yang timbul sepanjang program berlangsung antaranya syarat yang ditetapkan kurang berkesan iaitu hanya 2 orang yang dibenarkan menyerang di dalam satu masa. Hal ini menyebabkan sukar untuk pasukan menyerang melepasi halangan. Syarat yang ditetapkan perlu diubah iaitu semua pemain dalam pasukan dibenarkan bermain dalam satu masa mengikut keberkesanan strategi yang mereka cipta. Apabila berlaku perubahan syarat,permainan dilihat lebih rancak dan menguji ketahanan fizikal setiap peserta. Apabila melihat kepada saiz tapak permainan ketika itu,ruang yang digunakan agak terhad. Ini menampakkan sedikit kekurangan yang ada di dalam permainan ini. Sekiranya tapak permainan ini dibesarkan mengikut saiz tubuh peserta mungkin lebih menarik dan mudah untuk memenangi acara

khususnya.Penggunaan pundi kacang dilihat tidak relevan kerana apa yang ingin diterapkan ialah serangan kawasan yang perlu kepada rampasan sesuatu barang. Sekiranya bola yang digunakan lebih relevan dan bersesuaian berbanding pundi kacang yang kecil dan susah dirampas. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Terdapat pelbagai cadangan yang ada untuk mengatasi kelemahan atau masalah yang timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan mengelolakan program dengan lebih baik pada masa akan dantang. Belajar melalui pengalaman.Untuk mengelola permainan kanak-kanak ini memerlukan perancangan awal dan sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu sendiri, dimana ia memerlukan ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan beretika.Seterusnya kertas kerja yang dihantar hendaklah menepati aspekaspek yang diperlukan di dalamnya. Jika tidak, maka kertas kerja tersebut tidak boleh diluluskan dan hendaklah disunting semula agar pihak yang meluluskan kertas kerja tersebut kelak tidak dipersalahkan jika terdapat sebarang insiden yang tidak dingini berlaku terutamanya memberikan kesan yang buruk kepada semua.Mesyuarat hendaklah dijalankan dengan baik dan betul.. Setiap masalah yang ditimbulkan didalam mesyuarat hendaklah diselesaikan dengan sempurna dan memuaskan hati setiap pihak.Persiapan awal adalah sangat penting agar semasa program yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah sangat penting supaya setiap jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk menjalankan program yang dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau jawatankuasa menjalankan tugasan yang diberikan. Ringan sama dijinjing, berat sama

PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W) dijunjung.Juga terdapat beberapa perkara yan perlu diberi perhatian pada masa mencari permainan yang sesuai. Antaranya ialah jenis permainan yang dipertandingkan adakah sesuai atau tidak dengan matlamat dan isi yang ingin disampaikan pada peserta. Masa yang diperlukan adakah sesuai dan tidak memberikan masalah kepada waktu lain. Alatan dan kemudahan yang ada juga memainkan peranan penting. Ini membuktikan bahawa jika alatan dan kemudahan yang digunakan tidak sesuai, maka ini akan menimbulkan masalah. Alatan pundi kacang yang digunakan perlu ditukar kepada bola kerana lebih bersesuaian dengan permainan. Ia juga dapat memberi gambaran sebenar tentang sesuatu permainan. Peserta yang mengambil bahagian juga perlu dipastikan. Ini supaya tidak timbul sebarang masalah kelak. Contohnya jika sudah ditetapkan berapa jumlah peserta, dan rancang jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Jika tidak, pembaziran boleh berlaku yang menyebabkan kemungkinan kos yang perlu dibelanjakan lebih daripada jumlah wang yang diperoleh.Untuk yang demikian, borang penyertaan boleh digunakan. Ini bermaksud, perserta yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian perlulah memberikan borang penyertaan. Pihak pengelola akan dapat membuat jangkaan awal berapa jumlah peserta kelak. Selain itu, surat sokongan juga boleh digunakan untuk memastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian tanpa dan sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri.

You might also like