You are on page 1of 16

Maksud kaedah ini ialah, guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk pelajaran atau isi pengajaran secara

lisan.
Bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan serta memberi kefahaman kepada pelajar, guru perlu menggunakan alat bantuan mengajar seperti gambar, carta atau LCD di samping dapat menarik minat pelajar dalam pelajaran tersebut. Melalui kaedah penerangan, guru perlu memastikan pelajar dapat memahami penerangan yang disampaikan oleh guru dalam sesuatu tajuk.

guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar di dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapan guru dengan jelas guru perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar. penerangan hendaklah diberikan pada masa yang sesuai seperti ketika menyampaikan pengajaran baru. Guru hendaklah menyampaikan penerangan dengan ringkas dan bernas. Setiap penerangan guru perlu diikuti dengan soal jawab secara lisan atau bertulis untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah disampaikan guru.

Strategi pengajaran berbentuk perbualan dikalangan pelajar di bawah seliaan guru. Pelajar diberi peranan aktif untuk mengemukakan pandangan atau pendapat sewaktu berbincang. Guru membimbing pandangan yang dikemukakan murid ke arah satu prinsip atau pandangan yang menyeluruh. Perbincangan mestilah berasaskan kepada dua prinsip : Kebebasan bersuara Mencari persefahaman.

1. 2.

a) b) c)

Tujuan kaedah ini ialah : Menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara murid tentang sesuatu topik. Merangsang minat pelajar Membimbing mereka mendapat pengetahuan yang baru.

Merancang dan menentukan isi utama dalam topik yang akan dibincangkan.

Memastikan setiap pelajar berpeluang memberi pendapat atau kemukakan soalan.


Menggalakkan penilaian secara objektif semasa idea berkenaan dikemukakan. Meringkaskan atau merumuskan idea-idea atau kesimpulan hasil dari perbincangan tersebut. Guru memulakan perbincangan dengan mengemukakan tajuk. Murid diminta memberi sumbangan idea atau pertanyaan sewaktu berbincang dan mendapat tindak balas dari murid lain. Perbincangan tidak dimonopoli oleh seorang pelajar sahaja. Guru berperanan memastikan perbincangan tidak keluar topik. Kaedah ini diaplikasikan oleh Rasulullah dalam menyampaikan ilmu dengan mengadakan musyawarah atau perbincangan dengan pengikutnya dalam memutuskan sesuatu perkara.

Melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar. Melibatkan aktiviti penerangan, demonstrasi guru, aktiviti pendengaran dan penglihatan serta amali dan percubaan pelajar. Memberi pelajar peluang berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Pengajaran Ibadah sangat sesuai menggunakan kaedah ini kerana tanpa tnjuk cara pelajar mungkin tidak dapat mempraktikkannya di luar waktu pembelajaran.

a) b) c) d) e)
f)

Antara tajuk yang memerlukan kaedah ini ialah : cara-cara menyucikan najis jenis-jenis solat tayammum haji mandi wajib wudhu Kaedah ini juga digunakan oleh Rasulullah ketika Jibril mengajarkan Nabi berwudhu dan bersembahyang.

Tujuannya ialah : 1. membolahkan murid melihat dan mengikuti setiap langkah dan pergerakan sesuatu ibadah yang bebentuk amali. 2. dapat melakukan sesuatu ibadah dengan betul dan sah mengikut syarak. 3. memberi motivasi kepada murid untuk melaksanakannya di luar waktu pembelajaran.

A)

Sebelum sesi pengajaran dimulakan :

1. 2. 3. 4.

tentukan objekti dan kandungan tunjuk cara berikan penerangan tentang tunjuk cara sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar yang diperlukan pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai untuk sesi pengajaran tunjuk cara 5. pastikan pelajar selesa sewaktu proses P&P dan keselamatan pelajar adalah terjamin.

B)

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran jalankan tunjuk cara apabila murid telah bersedia. perhatikan tindak balas pelajar galakkan penyertaan murid. tari perhatian murid tentang aspek-aspek penting dalam ibadah. pastikan demonstrasi tersebut dapat dilihat oleh semua pelajar. ulangi kembali aspek-aspek penting sebagai pengukuhan. pelajar dilibatkan dengan menyuruh mereka mengulangi demonstrasi. Selepas sesi tunjuk cara

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
C)

1. guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai tajuk yang dipelajari. 2. mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar 3. memberi aktiviti susulan.

Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Digunakan untuk memastikan murid-murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Guru mengemukakan soalan dan murid memberi jawapan yang sewajarnya. Kaedah ini digunakan oleh guru dalam matapelajaran al-Quran. Kaedah ini perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya merupakan pengukuran bagi mengetahui samaada murid-murid memahami atau tidak pengajaran yang disampaikan. Menerusi kaedah ini juga interaksi dua hala dapat diwujudkan, malah lebih daripada itu ianya dapat mengikis sikap malu untuk bertanya. Dalam hal ini guru akan memperdengarkan bacaan al-Quran dan kemudiannya menyoal murid tentang apakah surah di baca sebentar tadi. Murid yang memahami akan mengetahui apakah surah yang dibacakan.

1. Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas. 2. Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea. 3. Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat'. 4. Melakukan hentian di temnpat yang sepatutnya. 5. Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa didiskriminasi/ pilih kasih. 6. Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang tidak dapat menjawab. 7. Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru. 8. Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka gagal menjawab soalan.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2007), Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ismail Abas et.al. (2007), Pengenalan Pendidikan Islam, Seri Kembangan: UNITEM Sdn.Bhd. Habibah@Artini Ramlie dan Rahimi Md Saad (2008), Pendidikan Islam Tingkatan 3, Seri Kembangan : Open University Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa, Subang Jaya, Kumpulan Budiman.

You might also like