You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

1. Tarikh pelaksanaan 24 September 2013

2. Masa 8.00 pagi 12.00 tengah hari

3. Kumpulan Sasaran Murid tahun 4, 5 dan 6

4. Aktiviti yang dipertandingkan i. Futsal ii. Bola Baling iii. Bola Jaring

5. Tempat Dataran Minda SKAB dan Padang SKAB

6. Kewangan (Rujuk lampiran)

7. Ulasan Pada 24 September 2013, program 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan dengan jayanya. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan sejurus selepas itu aktiviti pertandingan permainan di jalankan. Sebanyak 3 kategori permainan dipertandingkan iaitu permainan futsal, bola baling dan bola jaring. Penyertaan melibatkan pemain-pemain dikalangan murid tahun4,5 dan 6 sahaja. Pertandingan adalah mengikut rumah pasukan masing-masing.

Pertandingan diadili oleh pengadil-pengadil yang berpengalaman dalam mengawal permainan yang diwakili oleh guru-guru SKAB. Justeru itu, segala perjalanan aktiviti berjalan dengan licin tanpa menjejaskan perjalanan program dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh para pengadil dalam setiap perlawanan.

Keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah telah diumumkan pada hari yang sama juga. Untuk permainan futsal, pasukan rumah Kuning telah berjaya mendapat johan manakala pasukan rumah Merah mendapat naib johan. Untuk permainan bola baling kategori lelaki, pasukan rumah Biru telah mendapat johan manakala pasukan rumah Kuning telah mendapat naib johan. Bagi kategori bola baling perempuan, rumah Hijau telah mendapat naib johan manakala rumah Biru telah mendapat naib johan. Akhir sekali, bagi permainan bola jaring, pasukan rumah Hijau telah mendapat johan, manakala pasukan rumah merah telah mendapat naib johan.

8. Analisis SWOT Strenght (kekuatan) Penglibatan murid yang sangat memberangsangkan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan mempengaruhi kejayaan dalam program yang dijalankan. Selain daripada itu, penglibatan semua guru dalam menjayakan program mengikut tugas khas juga merupakan tunjang belakang sepanjang program berlangsung. Weakness - (kelemahan) Tempat dan ruang semasa pertandingan berlangsung menyebabkan jadual pertandingan terpaksa dirombak semula supaya selari dengan masa yang ditetapkan. Oppurtunities (peluang)

Melalui program ini, dapat memupuk semangat kesukanan dikalangan murid dan minat dalam setiap pertandingan sukan yang akan dijalankan diperingkat sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah dapat mengesan bakat-bakat murid dalam permainan yang dipertandingkan. Thread (ancaman) Ancaman utama dalam program ini adalah masa. Peruntukan masa yang terlalu singkat yang diberikan oleh pihak pentadbir sedikit sebanyak menjejaskan jadual perlawanan yang pada asalnya dijalankan secara liga terpaksa diubah kepada kalah mati.

9. Kesimpulan dan Penambahbaikan Pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang besar. Diharapkan agar program 1 Murid 1 Sukan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang. Segala aktiviti melalui program ini perlu disusun dengan lebih baik dan sistematik agar program ini lebih bermakna dan dapat melonjakkan kecemerlangan sukan Sekolah Kebangsaan Air Baruk.

Laporan disediakan oleh:

. EN. SHAHRUL AZMI BIN SAHARUDDIN (PENYELARAS 1 MURID 1 SUKAN SKAB)

LAMPIRAN

1. Kertas Kerja 2. Kewangan 3. Senarai pemenang 4. Gambar

You might also like