You are on page 1of 15

KONSEP, CIRI-CIRI, JENIS DAN KAEDAH PENTAKSIRAN

PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan
sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat
sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan
berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan
pengulangan semula dan sebagainya.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila
mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau
menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau
maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh
mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat
sebarang keputusan yang tepat.

DEFINISI KONSEP PENTAKSIRAN


Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang
mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan secara
kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau membuat kesimpulan bahawa
pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam
bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses
mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian
pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran
Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham
(2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan
dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada
suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat
tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah
melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan
oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan
penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

DEFINISI PENILAIAN

Penilaian boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat
pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu
benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai ;
The process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives
Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza
dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih
bersifat kuantitatif.
Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi
satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke
arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian,
adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam
keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui
ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian
itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah
keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi
hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau
data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang
diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun,
dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara
kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombornombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.
Jadi dapat disimpulkan bahawa penilaian merupakan satu proses mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.
DEFINISI PENGUKURAN
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka
tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana
seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu
supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli
mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli
berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan
nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.
Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat
berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan.
Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang
diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan
menggunakan proses tertentu.

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang
individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran
ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan
pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua
kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala
seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari
sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini
jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana
mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.
Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan
yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang
diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.
DEFINISI PENGUJIAN
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih
sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard
yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan,
100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert
bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di
atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang
menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan
dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)
Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah
prestasi murid yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran
ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang
guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran
yang telah dipelajari.
Rumusannya, pengujian merupakan satu atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sempel
tingkah laku. Hal ini menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan
dengan prestasi individu lain, atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

PERKAITAN PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN

TUJUAN PENTAKSIRAN
o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
o Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
o Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki
pengajaran-pembelajaran.
o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid.
o Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
o Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
o Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
CIRI - CIRI PENTAKSIRAN
Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
i) Keobjektifan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah.
iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati
tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
iv) Kekomprehensifan mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
KAEDAH PENTAKSIRAN
Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui;i) Pemerhatian
ii) Lisan dan
iii) Penulisan
Pemerhati:
Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis para pelajar.
Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan
dan sebagainya.
Lisan :
Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran,
perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti seperti
bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya.

Penulisan:
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para pelajar
seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta.
Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya
secara berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.

KESIMPULAN
Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu
proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan
satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Definisi
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dikenali sebagai Test Blue Print dan Test Specification adalah
merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi; paksi Kandungan(menegak) dan paksi
Aras Kemahiran(melintang)
Maklumat Dalam JSU
JSU mempunyai maklumat seperti berikut;
Kandungan ujian yang berupa topic-topik pelajaran
Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan
kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain
Bilangan item mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.
Langkah-langkah Membina JSU
1. Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Tentukan soalan yang akan dibina. Pembinaan soalan yang baik mestilah berasaskan
pertimbangan berikut;
Tujuan ujian diadakan
Masa yang diperuntukkan untuk ujian itu
Umur pelajar
Bilangan pelajar yang diuji
3. Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksanomi objektif pendidkan
Bloom
3 Domain - kognitif - aktiviti mental
- Afektif - menitikberatkan sikap, emosi dan perasaan
- Psikomotor - aktiviti fizikal

4. Apakah jenis ujian akan diuji?


Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei
Dan lain-lain
KAEDAH MEMBINA SOALAN OBJEKTIF
Jadual 1: Contoh Tajuk-tajuk Pengajaran Mengikut masa Belajar
Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa Belajar
1.1 Tatabahasa
32 jam
Penggolongan kata
Penanda wacana
Penjodoh bilangan
Imbuhan
1.2 Peribahasa
6 jam
Simpulan Bahasa
Perumpamaan
1.3 Membaca dan Memahami
12 jam
Menjawab 6 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Pancang petikan lebih kurang
150 perkataan
Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas
Jumlah 50 jam

Jadual 2: Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik


Bil Bidang/Topik/Topik Kecil Masa
Belajar Anggaran Jumlah Item Jumlah Item
1.1 Tatabahasa
32 jam
32 X 26
50
17
Penggolongan kata
Penanda wacana
Penjodoh bilangan
Imbuhan
1.2 Peribahasa
6 jam
6 X 26
50
3
Simpulan Bahasa
Perumpamaan
1.3 Membaca dan Memahami
Menjawab 6 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Pancang petikan lebih kurang
150 perkataan
12 jam

12 X 26
50
6
Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas
JUMLAH 50 26

Jadual 3 : Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Bil Bentuk Soalan Objektif
Kemahiran Kognitif
Bidang/Topik/Topik kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah
Item
1.1 Tatabahasa

32
1
1

2
1
1
1
1
1
1
1

2
1

17
Kata pinjaman
Kata ganti nama diri
Kata kerja transitif
Kata sifat
Kata ganda
Kata seru
Kata kerja terbitan
Kata sendi nama
Kata seerti
Kata antonim
Imbuhan apitan
Imbuhan awalan
Penanda wacana
Penjodoh bilangan
1.2 Peribahasa
6
1
3
Simpulan Bahasa
Perumpamaan 2
1.3 Membaca dan Memahami
12
4
1

1
6
Menjawab 6 soalan berdasarkan petikan yang dibaca.
Memberi erti perkataan berdasarkan petikan yang dibaca
JUMLAH 50 26

Contoh Soalan:
Soalan 1 hingga 10
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. _____________________itu sedang diberi taklimat oleh pihak pengurusan MAS sebelum
penerbangan berlepas ke New York. (Aras 1)
A. Pramugari
B. Peragawati
C. Peragawan
2. Ampunkan______________________tuanku,sebagai______________patik sedia menerima
hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang patik lakukan,sembah Pak Malau. ( Aras 1)
A. patik..tuanku
B. patik..hamba
C. tuanku..patik
D. tuanku.hamba
3. Fatimah sedang asyik_________________kain yang baru diangkatnya dari jemuran. ( Aras 2)
A. menjemur
B. Melipat
C. membelek
4. Memupuk kesedaran dikalangan pelajar tentang gejala sosial yang kian menular
adalah_____________________bagi membendung dari terus berleluasa. (Aras 3)
A. terlalu amat indah
B. amat penting sekali
C. sangat berguna amat
5. Cikgu Zamani sedang asyik______________________sajak sempena sambutan Hari Ibu yang
diadakan disekolahnya. (Aras 1)
A. penyampaian
B. mendeklamasikan
C. menyanyikan
6. Pesawah biasanya meletakkan______________________di tengah bendang bagi menghalau
burung yang datang memakan padi. (Aras 1)
A. kayu-kayuan
B. patung-patung
C. orang-orangan
7. Pilih ayat seruan yang betul. (Aras 4)
A. Aduh, besarnya rumah kamu yang baru siap di tepi sungai tu !
B. Wah, sakitnya kaki aku terpijak duri petang tadi !
C. Cis, malang betul nasib aku !
D. Nah,terimalah balasan di atas perbuatan yang kamu lakukan !

8. Murid-murid perempuan Sekolah Sri Intan yang mengikuti lawatan sambil belajar akan di bawa
melawat ke____________________tempat di negeri Kelantan minggu depan. (Aras 1)
A. beberapa
B. seluruh
C. segelintir
D. segenap
9. Ramlah menulis surat________________majikannya __________memaklumkan bahawa dia akan
bercuti selama empat hari untuk melawat neneknya yang sakit di kampung. (Aras 1)
A. demikepada
B. kepadauntuk
C. agar.pada
D. untuk daripada
10. ..dia miskin,..dia kaya dengan budi bahasa dan sopan
santun serta menghormati orang ledih tua daripadanya. (Aras 1)
A. Walhalkemudian
B. Bagaimanapun sementara
C. Walaupun .tetapi
11. Pelbagai pihak bantuan untuk mangsa banjir di kawasan
Pedalaman. (Aras 2)
A. memberikan
B. menyalurkan
C. menghulurkan
D. mengagihkan
12. Ibu membeli beberapa . Majalah Keluarga untuk dibaca ketika masa lapang.
(Aras 1)
A. buah
B. naskhah
C. naskah
D. lembar
13. Kehidupan Datuk Naning menjadi semakin .. setelah dia diisytiharkan muflis. (Aras
2)
A. daif
B. papa
C. dangkal
D. miskin
14. Penderitaan hidup keluarga Mak Limah ibarat . itu telah mendapat perhatian
wakil rakyat (Aras 2)
A. ikan di laut asam di darat
B. berpantang mati sebelum ajal
C. hidup segan mati tak mahu

D. kais pagi makam pagi,kais petang makan petang

15. Budin bersantai di tepi pantai untuk .. setelah seminggu penat bekerja.
(Aras 2)
A. mengambil angin
B. melepaskan lelah
C. melegakan nafas
D. merehatkan minda

16. Amalan ..sesama tetangga amat penting untuk memupuk semangat


kejiranan. (Aras 1)
A. tegur-menegur
B. bertegur sapa
C. tegur-meneguri
D. bertegur-tegur
17. Perangai Hamid yang .. telah menyebabkan dia dipinggirkan oleh
kawan-kawannya. (Aras 2)
A. ibarat tikus membaiki labu
B. umpama abu di atas tunggul
C. seperti kera mendapat bunga
D. bagai telor dihujung tanduk
18. Kak Su . dedaun kering yang bertaburan itu sebelum membakarnya. (Aras 2)
A. tersapu
B. bersapu
C. menyapu
D. penyapu
19. Tidak baik menengking ibu bapa dan orang tua. Perkataan seerti bagi menengking ialah (Aras 1)
A. menjerit
B. meraung
C. melolong
D. mengherdik

20. Kuih yang berbentuk bulat itu dijual dengan harga 50 sen sebiji. Perkataan berlawanan bagi
perkataan bulat ialah (Aras 1)
A. pipih
B. panjang
C. empat segi
D. lonjong

Soalan 21 hingga 26
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberi.

16, Jalan Kelicap 2/12,


Taman Kelicap Emas,
46800 Selayang ,
Selangor.
15 Mei 2009.

Menemui nenda yang kini berada di Bukit Selambau, semoga berada dalam keadaan sihat
hendaknya.
Nenda,
Ketika cucunda menulis surat ini, cucunda dan keluarga yang lain berada dalam keadaan sihat.
Cuma bonda sahaja yang kurang sihat kerana demam selsema.
Bagaimana keadaan kampung sekarang? Tentunya buah durian sudah gugur, buah rambutan sudah
kemerah-merahan, dan banyak lagi buah lain yang sudah masak dan boleh dipetik. Tidak sabar
rasanya cucunda menjamah buah-buahan tempatan hasil titik peluh nenda dan arwah datuk.
Untuk pengetahuan nenda, cuti pertengahan tahun tinggal dua minggu lagi. Ayahanda dan bonda
berjanji akan mengambil cuti selama seminggu untuk bersama-sama nenda. Kebetulan pula pada
masa ini musim buah-buahan. Nampaknya kami betul-betul langkah kanan.
Bagaimanakah nenda menjalani kerja sehari-harian? Nenda ada mengatakan bahawa nenda tidak
suka duduk di rumah kerana nenda berasa bosan. Walau bagaimanapun nenda janganlah bekerja
secara berlebihan. Cucunda bimbang akan kesihatan nenda. Jika rumput di halaman rumah sudah
panjang, upahlah orang untuk memotong dan membersihkannya.
Oh, ya! Sebelum terlupa, ayahanda ada berpesan agar nenda tidak bersusah payah menyediakan
pelbagai juadah seperti yang nenda lakukan sebelum ini. Bonda kan menyediakan makanan
kampung itu bersama-sama nenda nanti. Tambahan pula, kakanda Anita ingin belajar memasak laukpauk kampung daripada nenda. Nenda tidak perlulah risau dan kami berharap agar nenda dapat.
Kesejahteraan nenda amat besar ertinya kepada kami.
Sampai di sini sahaja yang dapat cucunda coretkan kepada nenda. Semoga kita bertemu lagi pada
masa lain. Akhir sekali, sambutlah salam manis dan rindu buat nenda daripada cucunda dan keluarga
di sini.
Cucundamu,
Mazlan

21. Di manakah Mazlan berada sekarang? (Aras 1)


A Di Bukit Selambau
B Di Taman Kelicap Emas
C Di rumah neneknya
D Di Selayang
22. Bilakah Mazlan menulis surat itu kepada neneknya ? (Aras 1)
A Pada 15 Mei 2009

B Pada 15 Mac 2009


C Semasa dalam cuti persekolahan.
D Selepas cuti persekolahan
23. Tujuan utama Mazlan menulis surat kepada neneknya adalah untuk (Aras 1)
A memaklumkan masalah kesihatan ibunya
B memaklumkan kepulangannya ke kampung
C menasihati neneknya supaya menjaga kesihatan
D menyatakan hasrat untuk menikmati buah-buahan tempatan
24. Mazlan menasihati neneknya agar tidak bekerja secara berlebihan kerana (Aras 1)
A bimbang kesihatan neneknya terganggu
B ada orang yang akan membantu neneknya memotong rumput
C bimbang neneknya akan cepat berasa bosan
D bimbang neneknya tidak suka duduk di rumah
25. Pernyataan berikut benar tentang petikan, kecuali (Aras 1)
A datuk Mazlan telah meninggal dunia
B Mazlan dan keluarga akan bercuti di rumah neneknya selama 7 hari
C kakak Mazlan ingin belajar memasak lauk-pauk kampung daripada nenek
D nenek Mazlan akan sakit jika tidak membuat sebarang kerja
26. Perkataan juadah dalam petikan bermaksud ? (Aras 2)
A nasi
B lauk-pauk
C kuih-muih
D minuman
KAEDAH MEMBINA SOALAN SUBJEKTIF
Jadual 1: Contoh Tajuk-tajuk Pengajaran Mengikut masa Belajar
Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa Belajar
1.1 Bahagian A
16 jam
Membina lima ayat lengkap
1.2 Bahagian B
18 jam
Karangan tidak berformat
Karangan berformat khas
1.3 Nilai murni
16 jam
Mencari nilai murni dalam petikan yang diberi. Kemudian murid-murid dikehendaki membuat ulasan
dalam satu perenggan. Panjang ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan
Jumlah 50 jam

Jadual 2: Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik


Bil Bidang/Topik/Topik Kecil Masa
Belajar Anggaran Jumlah Item Jumlah Item
1.1 Bahagian A
16 jam
16 X 6
50
2
Membina lima ayat lengkap
1.2 Bahagian B
17 jam
17 X 6
50
2
Karangan tidak berformat
Karangan berformat khas
1.3 Nilai murni
Mencari nilai murni dalam petikan yang diberi. Kemudian murid-murid dikehendaki membuat ulasan
dalam satu perenggan. Panjang ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan
17 jam
17 X 6
50
2
JUMLAH 50 26

Jadual 3 : Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Bil Bentuk Soalan Objektif
Kemahiran Kognitif
Bidang/Topik/Topik kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah
Item
1.1 Bahagian A
16
2
Membina ayat lengkap
Gambar 1
Gambar 2
1.2 Bahagian B
17
1
22
Karangan Cerita
Karangan fakta

1.3 Bahagian C
17
4
1

12
Petikan 1
Petikan 2
JUMLAH 50

You might also like