You are on page 1of 9

Kebitaraan Permainan Bola Tampar : Kajian di Sebuah

Sekolah Daerah Jitra

Nur Syafawati Binti Zulkifli


312-2-syafawati@epembelajaran.edu.my

Farihah Binti Hussain, PhD


dr_farihah@ipgkda.edu.my

Abstrak
Kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam merealisasikan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu
melahirkan pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek iaitu aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Kokurikulum merupakan salah satu pendidikan tidak formal yang berlaku
di luar bilik darjah di mana para pelajar dapat menambah ilmu, kemahiran dan pengalaman
baharu yang tidak didapati di dalam bilik darjah. Kajian ini berbentuk kajian kes, dengan
menggunakan pendekatan kualitatif. Secara umumnya kajian ini bertujuan kebitaraan
pemain bola tampar dalam membuat servis penghantaran bola ke pihak lawan dan
memerihalkan kebitaraan jurulatih bola tampar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.
Pengkaji telah menyatakan permasalahan kajian yang wujud dalam isu kebitaraan
permainan bola tampar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMJ) iaitu kekurangan
pelapis muda yang mahir membuat penghantaran servis atas bahu ke arah pihak lawan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa para pemain lebih mahir menggunakan servis
bawah bahu berbanding servis atas bahu. Walau bagaimanapun, terdapat tindakan yang
telah dijalankan pihak sekolah dan cadangan penambahbaikan oleh pengkaji bagi
mengurangkan masalah ini.
Kata kunci: Kebitaraan sekolah, Bola tampar sekolah, Servis atas dan bawah.

1.0 Pengenalan
Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bitara bermaksud tiada taranya atau
hanya satu-satunya, manakala kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya.
Sehubungan dengan itu, kebitaraan sekolah bermaksud keunikan atau keistimewaan yang
mampu dikuasai oleh seluruh pelajar di sebuah sekolah yang berupaya untuk
mencerminkan identiti atau watak sesebuah sekolah. Menurut Ab.Halim (2004) yang
menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan telah menggariskan pelaksanaan kokurikulum
di sekolah di mana aktiviti ini dinamakan sebagai aktiviti kumpulan. Aktiviti ini dijalankan di
luar bilik darjah bertujuan untuk menambah, mengukuhkan serta mengamalkan ilmu,
kemahiran dan pengalaman yang baharu bagi para pelajar. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan individu yang cemerlang dan
seimbang dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kini,
penekanan terhadap kedua-dua aspek iaitu kurikulum dan kokurikulum perlu diberi perhatian
bagi menyeimbangkan sistem pendidikan dengan sempurna. Proses pembinaan seseorang

1
individu perlu dilakukan dengan berterusan dan menyeluruh tanpa ada pemisahan antara
kurikulum dan kokurikulum (Ab. Alim, 2004; Tam Yeow Kwai, 2010).

Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum (2009), terdapat 19 jenis


pasukan badan beruniform, 45 jenis persatuan dan kelab serta 43 jenis sukan dan
permainan yang boleh dijalankan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Merujuk surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985 yang telah dilampirkan di
bahagian lampiran, menjelaskan bahawa setiap murid sama ada dari sekolah kerajaan atau
bukan kerajaan diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan
Beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab serta satu aktiviti sukan atau permainan dan
permainan bola tampar adalah satu alternatifnya.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bitara bermaksud tiada taranya
atau hanya satu-satunya, manakala kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya.
Sehubungan dengan itu, kebitaraan sekolah bermaksud keunikan atau keistimewaan yang
mampu dikuasai oleh seluruh pelajar di sebuah sekolah yang berupaya untuk
mencerminkan identiti atau watak sesebuah sekolah. Oleh itu, satu kajian yang bersifat
kualitatif ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Kedah yang bertujuan
untuk memerihalkan kebitaraan pemain dalam membuat servis penghantaran bola tampar.
Servis adalah pukulan yang dibuat untuk memulakan permainan atau dilakukan selepas
mendapat mata atau berjaya tamatkan servis di gelanggang lawan.

2.0 Permasalahan Kajian


John Dewey (1910) dalam bukunya Bagaimana Kita Berfikir menjelaskan bahawa dalam
kaedah saintifik sesuatu penyelidikan itu harus bermula dengan kesusahan, pengalaman
atau permasalahan. Permasalahan kajian adalah isu, kontroversi atau keprihatinan yang
ingin dikaji (Creswell, 2005: 61). Pengkaji telah menyatakan permasalahan kajian yang
wujud dalam isu kebitaraan permainan bola tampar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
(SMJ) iaitu kekurangan pelapis muda yang mahir membuat penghantaran servis atas bahu
ke arah pihak lawan. Servis atas bahu pula bermaksud servis yang dilakukan dengan
memukul bola dari atas dan ia lebih kuat berbanding servis bawah bahu menyebabkan pihak
lawan tertekan serta sukar untuk menerima bola. Kebanyakan pemain hanya mahir
membuat servis bawah bahu dan ini memudahkan pihak lawan menerima bola.

Kajian daripada seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang diamanahkan
untuk menjadi jurulatih sementara di sekolahnya telah menjalankan satu kajian terhadap

2
murid-murid yang terpilih dan mempunyai bakat dalam permainan bola tampar. Tujuan
kajian tersebut adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas servis atas dalam
permainan bola tampar. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temu buat
bagi melaksanakan kajian ini dan mendapati bahawa rata-rata murid mampu melakukan
servis atas dalam permainan bola tampar tetapi tidak mengetahui teknik yang betul kerana
tidak pernah diberikan pendedahan dengan lebih mendalam.

3.0 Objektif Kajian


Terdapat dua objektif kajian yang digariskan dalam kajian ini iaitu;
3.1 Memerihalkan kebitaraan jurulatih bola tampar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jitra.
3.2 Memerihalkan kebitaraan pemain bola tampar dalam membuat servis
penghantaran bola ke pihak lawan.

4.0 Persoalan Kajian


Bagi mencapai objektif kajian, persoalan kajian dirangka bagi menjawab beberapa soalan
kajian seperti berikut;
4.1 Bagaimanakah kebitaraan jurulatih bola tampar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jitra?
4.2 Bagaimanakah kebitaraan pemain bola tampar dalam membuat servis
penghantaran bola ke pihak lawan?

5.0 Peserta Kajian / Kumpulan Sasaran


Peserta kajian dalam kajian ini merupakan guru Penolong Kanan Kokurikulum dan pengetua
sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.

6.0 Metodologi Kajian


Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengumpul data tentang permainan
bola tampar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Menurut Taylor dan Bogdan (1984)
menyatakan bahawa data kualitatif adalah berbentuk deskriptif yang berupa kata-kata lisan
atau tulisan tentang tingkah manusia yang dapat diamati dan diperhatikan. Data kualitatif
terbahagi kepada tiga jenis bahagian iaitu hasil pemerhatian, hasil perbicaraan dan bahan
tertulis (Patton, 1990). Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian

3
sebagai cara atau kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden bagi
menghasilkan satu kajian yang sempurna. Temu bual dan pemerhatian merupakan antara
pendekatan terbaik dalam penyelidikan atau sesuatu kajian di mana ia mempunyai ciri
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Pengkaji telah mengadakan temu bual bersama Penolong Kanan Kokurikulum dan
pengetua sekolah SMK Jitra bagi mendapatkan data dan maklumat yang tepat. Salah satu
cara meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data kualitatif utama yang
dikutip oleh pengkaji adalah dengan melalui pengesahan dengan tandatangan terhadap
data temu bual (Kurasaki, 2000; Bogdan & Biklen, 2003; Griffee, 2005; Buchbinder, 2011;
Mero-Jaffe, 2011; Widodo, 2014). Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memohon
tandatangan daripada peserta kajian sebagai bukti yang kukuh dalam mendapatkan data.
Pengkaji mengkodkan temu bual bersama pengetua sekolah dengan peserta kajian 1 (PK1)
dan bersama Penolong Kanan Kokurikulum dengan peserta kajian 2 (PK2). Pengkaji telah
membuat pemerhatian dengan melihat aktiviti-aktiviti permainan bola tampar yang
dijalankan di dalam buku majalah sekolah ini.

7.0 Dapatan Kajian / Analisis Tinjauan Masalah


Kelemahan bola
Kekuatan bola tampar di SMK
tampar SMK Jitra
Jitra

Kebitaraan
permainan bola
Kesan terhadap tampar di SMK
kebitaraan Jitra Cadangan
permainan bola
penyelesaian yang
tampar SMKJ
perlu dilakukan

Rajah 1.0. Kebitaran permainan bola tampar

PK1 menyatakan pada permulaan temu bual bahawa Sekolah Kebangsaan Jitra sangat
dikenali dengan permainan bola tampar di antara salah satunya selain daripada akademik
yang cemerlang. Hal ini turut menjadikan permainan tersebut sebagai kebitaraan di sekolah
mereka kerana terdapat beberapa murid yang menjadi pemain bola tampar berjaya
melayakkan diri mereka di peringkat negeri dan kebangsaan.

“ SMJ (nama pendek bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra) ini,


kebitaraannya adalah sukan bola tampar dan ada pelajar kami yang

4
berjaya mewakilkan diri ke peringkat negeri dan ada juga di peringkat
kebangsaan ”
(PK1/180221/TB1)

Melalui temu bual yang telah dijalankan bersama PK 2, beliau menjelaskan bahawa
SMK Jitra mempunyai seorang jurulatih bola tampar yang sangat handal dan ini turut
menjadikan pemain-pemain bola tampar banyak didedahkan dengan kemahiran dan teknik
yang betul dalam bola tampar.

“ Kami mempunyai seorang jurulatih yang handal dalam bola tampar


iaitu Cikgu Hanif yang juga merupakan guru di sekolah ini ”
(PK2/240221/TB2)

PK2 menjelaskan kekuatan yang dimiliki oleh permainan bola tampar di sekolah ini
yang menyebabkan sekolah ini memilih permainan bola tampar sebagai identiti SMJ. Pada
pertengahan temubual, PK 2 menjelaskan bahawa terdapat beberapa isu atau kelemahan
dalam permainan bola tampar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra iaitu permainan ini
semakin kekurangan pelapis muda yang mahir membuat servis atas. Kebanyakan para
pemain hanya mahir dalam kemahiran servis bawah dan ini akan menyebabkan pihak lawan
mudah menerima bola di samping mempunyai peluang yang besar untuk mengalahkan SMK
Jitra.

“ Kekuatan permainan bola tampaq (bola tampar) kat sini (di sini)
adalah mempunyai gelangang yang banyak untuk depa (mereka)
berlatih, barisan pemain sedia ada yang kuat dan ada di antara depa
(mereka) pernah masuk (mewakili) ke peringkat negeri dan
kebangsaan “.
(PK2/250221/TB3)

“ Tapi (tetapi) ada juga kelemahan dalam permainan ni. Depa (mereka)
reti (tahu) pukul bola guna servis bawah ja (sahaja). Servis atas depa
(mereka)kurang sikit “.
(PK2/250221/TB3)

Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan bersama PK2, beliau turut menjelaskan
kesan kepada kebitaraan permainan bola tampar jika kelemahan tersebut tidak dapat
dibendung. Antaranya, permainan bola tampar di SMK Jitra akan semakin merudum dan
tidak lagi dipandang oleh sekolah lain sebagai sekolah yang gah dalam permainan bola
tampar.

5
“Kalau kata kelemahan ini kita tak (tidak) tangani, kemungkinan besar
permainan ini akan menggugatkan nama sekolah ini yang
menjadikannya sebagai kebitaraan sekolah “
(PK2/250221/TB3)

Pengkaji melakukan pemerhatian melalui melihat buku majalah sekolah sahaja


kerana terdapat faktor yang menghalang pengkaji daripada melihat sendiri pertandingan
atau latihan yang dilakukan oleh pemain bola tampar. Hal ini kerana pada tahun Mac 2020,
seluruh negara termasuklah negara Malaysia telah dilanda pandemik Covid-19 membuatkan
seluruh sekolah di negara ini terpaksa ditutup buat sementara. Oleh kerana itu, pihak
kerajaan Malaysia telah mengarahkan supaya para pelajar serta guru perlu menjalankan
pembelajaran secara dalam talian. (Berita Harian, 2020) telah menyiarkan akhbar yang
bertajuk “laksana PdP secara dalam talian”. Maka, secara tidak langsung perkara ini turut
menjejaskan program atau pertandingan-pertandingan yang melibatkan sukan. Selain itu,
jurulatih juga tidak boleh melatih para pemainnya secara bersemuka. Melalui buku majalah
sekolah, pengkaji mendapati sekolah ini sangat aktif dalam menghantar para pemainnya ke
pertandingan-pertandingan dari pelbagai peringkat.

8.0 Tindakan Yang Dijalankan


Menurut Omardin (1999), dalam pengurusan kegiatan kokurikulum di sekolah bidang tugas
dan peranan pentadbir sekolah merupakan tunjang dan tenaga penggerak dalam
pelaksanaannya. Kokurikulum di sekolah perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan
sekolah kerana pengurusan yang baik akan menyumbang kepada sahsiah diri murid yang
tinggi dari aspek kepimpinan yang sejati (Wong Huey Ling, 2007). Pihak sekolah telah
memainkan peranan dengan baik dengan melakukan beberapa tindakan bagi menangani
dan membendung masalah ini. Antara tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah adalah
memohon pertolongan daripada jurulatih luar untuk membantu jurulatih bola tampar yang
sedia di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra bagi melatih para pemain. Hubungan yang
baik antara sekolah dan pihak luar dilihat mampu memberi manfaat sekiranya terdapat
sebelah pihak yang memerlukan pertolongan. Selain itu, pihak sekolah juga telah
mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan mengasah kemahiran para pemain hampir
setiap petang. Gelanggang bola tampar yang banyak menjadikannya mudah untuk para
pemain berlatih untuk mempertingkatkan lagi kemahiran yang sedia ada. Sehubungan
dengan itu, jelaslah bahawa pihak sekolah telah sedaya upaya melakukan beberapa
tindakan dalam menangani isu ini bagi mengekalkan kebitaraan sekolah.

6
9.0 Cadangan Penambahbaikan

Pendapat yang dinyatakan oleh Abdul Alim Abd. Rahim (2004), bahawa pentadbiran,
pengurus dan guru sekolah perlu merancang gerak kerja kokurikulum yang dilaksanakan.
Perancangan yang baik perlu diteruskan dan dikekalkan supaya proses pembelajaran masih
diteruskan walaupun banyak halangan yang mendatang seperti pandemik Covid-19 yang
melanda pada ketika ini. Untuk mempertingkatkan kokurikulum di sekolah-sekolah,
penyertaan para guru adalah sangat penting (Abu Bakar Nordin, 1991). Terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan kepada pihak sekolah bagi membendung
isu ini daripada berlarutan. Antara cadangannya adalah dengan mengadakan satu kem
latihan bola tampar di SMJ melibatkan antara jurulatih bola tampar dengan para pemain
sebaik sahaja sekolah dibenarkan bersemuka. Kem ini adalah untuk mengajar kemahiran-
kemahiran asas seperti servis, menyangga (digging), mengumpan (setting) dan rejam
(spike) dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul.

Selain itu, pihak sekolah turut dicadangkan supaya meneruskan memberi pengajaran
kepada para pemain walaupun dalam keadaan pandemik dan tidak dibenarkan bersemuka.
Jurulatih bola tampar boleh memberi atau menghantar pautan video dan video yang
berkaitan dengan permainan bola tampar melalui perantaraan aplikasi Whatsapp atau
Telegram. Melalui cadangan ini, para pemain dapat mempraktikkannya di rumah masing-
masing. Pengkaji mengharapkan supaya cadangan penambahbaikan yang diutarakan ini
mampu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah agar kebitaraan bola
tampar di Sekolah Menengah Jitra terus berkekalan.

10.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Kajian mengenai permainan bola tampar di sekolah menengah kurang dilihat dan
dilakukan oleh para pengkaji menyebabkan sumber rujukan menjadi sedikit. Kebanyakan
kajian yang dilakukan adalah mengenai permainan-permainan yang lain seperti bola sepak,
bola jaring dan badminton. Hal seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana permainan bola
tampar pada masa kini juga semakin mendapat nama di seantero dunia. Pemupukan dan
galakan terhadap permainan ini perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah kerana sekolah
merupakan pihak pertama yang mampu mendidik dan melatih para pelajar. Oleh itu,
pengkaji mengharapkan supaya lebih banyak kajian mengenai permainan bola tampar
dilakukan seperti kajian mengenai kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam
permainan bola tampar dan kajian tentang cara menarik minat pelajar untuk menyertai
permainan ini. Akhir sekali, pengkaji turut mengharapkan supaya kajian mengenai

7
kebitaraan sesebuah sekolah perlu dijalankan supaya sekolah-sekolah tersebut dapat
dikenali oleh masyarakat luar.

11.0 Refleksi
Melalui pendekatan temu bual dan pemerhatian yang telah dilakukan, pengkaji telah
memperoleh banyak data dan maklumat bagi melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan
juga, pengkaji turut mendapat nasihat dan galakan daripada pihak sekolah supaya tidak
penat dalam meneruskan pengajian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara
yang perlu diperbaiki oleh pengkaji untuk melakukan kajian-kajian yang seterusnya pada
masa hadapan. Antara perkara yang perlu diperbaiki adalah melakukan tinjauan dan
maklumat serba sedikit mengenai sekolah tersebut agar memudahkan dan
mempercepatkan proses kajian. Selain itu, pengkaji perlu merancang dengan teliti serta
bersiap sedia dengan soalan yang perlu ditanya kepada peserta kajian bagi melancarkan
proses temu bual yang akan dijalankan. Akhir sekali, pengkaji perlu lebih yakin dan berani
untuk melakukan atau menanyakan kepada pihak sekolah jika terdapat sebarang persoalan
yang terlintas di dalam minda.

Rujukan

Ab.Alim Abd Rahim (2004): Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Penerbit
Oxford Sdn. Bhd.
Abd. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor Darul
Ehsan: Penerbit Fajar Bakti.
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku Panduan Pengurusan
Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grafik, Sdn. Bhd.
Bogdan, RC, & Biklen, SK. 2003. “Data analysis and interpretation”. Qualitative research for
education: An introduction to theory and methods, 4.
Buchbinder, Eli. 2011. “Beyond checking: Experiences of the validation interview”.
Qualitative Social Work, 10(1), 106-122.
Griffee, Dale T. 2005. “Research Tips: Interview Data Collection”. Journal of Developmental
Education, 28(3), 36-37.
Kamus Dewan, 1994. Snt. Ke-3. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kurasaki, Karen S. 2000. “Intercoder reliability for validating conclusions drawn from open-
ended interview data”. Field methods, 12(3), 179-194.
Mero-Jaffe, Irit. 2011. “‘Is that what I said?’Interview transcript approval by participants: an
aspect of ethics in qualitative research”. International journal of qualitative methods,
10(3), 231-247.

8
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury
Park, CA: Sage Publications, Inc.
Tam Yeow Kwai (2010): Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Taylor, SJ & R Bogdan. 1984. Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for
Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.
Widodo, Handoyo Puji. 2014. “Methodological considerations in interview data transcription”.
International Journal of Innovation in English Language Teaching and Research,
3(1), 101-107.
Wong Huey Ling (2007). Tahap penglibatan pelajar di sekolah menengah dalam aktiviti
kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan. Tesis
Sarjana tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like