You are on page 1of 198

PROSIDING

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH)
(SPTMTE 2010)

22 – 23 September 2010

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Miri, Sarawak
PROSIDING
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH)
(SPTMTE 2010)

© Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak


Cetakan 2010

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa pun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Ketua Jabatan Matematik, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Miri, Sarawak.

ISBN 978-967-0162-00-3

Reka Bentuk Kulit: Iskandar Shah Bin Ibrahim

Diatur Huruf : Effendy Ngau & Fadzli Bin Ali Karim

Dicetak oleh Miri Printing Sdn. Bhd., Miri, Sarawak, Malaysia

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam
98009 Miri
Sarawak
Malaysia
Tel: 085-421201
Faks: 085-434178
PRAKATA

Salam Sejahtera

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Matematik Pendidikan


Rendah), PISMP bertujuan melahirkan guru am sekolah rendah dalam bidang Matematik
Pendidikan Rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
dan keterampilan profesionalisme. Program ini cuba menghasilkan pelajar yang berupaya
untuk merangkakan dan menjalankan penyelidikan untuk penambahbaikan pengajaran
dan pembelajaran.

Maka, kursus MTE3113 Penyelidikan Tindakan I dan MTE3115 Penyelidikan Tindakan


II telah ditawarkan dalam program ini. Kursus ini memberi pengetahuan tentang pelbagai
kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan asas penyelidikan. Ia juga meneroka cara-
cara memperolehi kemahiran merancang dan melaksana satu kajian tindakan,
menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi hasil
penyelidikan tindakan dalam bentuk laporan atau kertas kerja kajian. Kursus ini juga
memberikan peluang kepada pelajar mengorganisasikan satu seminar penyelidikan
tindakan dan membentangkan kertas penyelidikan tindakan dalam seminar itu.

Prosiding SPTMTE 2010 diterbitkan sempenan Seminar Penyelidikan Tindakan oleh


kumpulan pelajar Ambilan Januari 2007 yang bertempat di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak, Miri pada 22-23 September 2010. Dengan usaha gigih ahli
jawatankuasa, prosiding ini dapat disiapkan dengan jayanya dan merupakan prosiding
pertama yang dikeluarkan oleh Jabatan Matematik dan Pelajar PISMP (Matematik
Pendidikan Rendah) Ambilan Januari 2007.

Prosiding SPTMTE 2010 memuatkan 19 kertas yang telah dibentangkan pada seminar
dan dicetak dalam prosiding ini. Kertas dalam prosiding ini menjurus kepada
penyelidikan tindakan dalam pendidikan Matematik. Kepada penyumbang artikel, jutaan
terima kasih diucapkan.

Akhir kata, jutaan penghargaan kepada pihak pensyarah Jabatan Matematik, pensyarah
Jabatan Sains dan Pelajar PISMP (Matematik Pendidikan Rendah) Ambilan Januari 2007
kerana memberi sokongan yang tak terhingga dalam menjayakan SPTMTE 2010 dan
penerbitan prosiding ini. Segala kekurangan pihak kami memohon kemaafan dan
diharapkan akan dapat dijadikan pengajaran pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Dr Hu Laey Nee
Lu Chung Chin
KANDUNGAN

PRAKATA ii

APLIKASI PERMAINAN UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN 1


MURID-MURID DALAM TOPIK PECAHAN SETARA
Elania Daniel, Lee Chuo Hiong

KAEDAH MENCARI POLA: SATU KAEDAH PENGUASAAN


SIFIR PENDARABAN 7 10
Jacqueline Tiong Hoe Ding, Lu Chung Chin

KAJIAN TINDAKAN UNTUK MEMBANTU PESERTA TAHUN 4


MEMAHAMI HUBUNGAN INVERSI ANTARA PENDARABAN DAN
PEMBAHAGIAN 21
Annie Song Hie Ming, Rofizah Binti Rehot

KESAN PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK MAGIK DALAM


KEMAHIRAN MENDARAB 32
Azizi Bin Subeli, Hu Laey Nee

“MAGIC NUMBER MEMORIZATION”: SATU TEKNIK MENGUASAI


SIFIR DARAB TUJUH 42
Yong Bing Sing, Lu Chung Chin

MEMAHAMI KESAMAAN PECAHAN: MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MENOLAK PECAHAN WAJAR YANG BERBEZA
PENYEBUT DI KALANGAN MURID TAHUN EMPAT 53
Effendy Ngau, Abu Bakar Bin Abdullah

MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENINGKATKAN KEMAHIRAN


MENDARAB SIFIR 6, 7, 8 DAN 9 DENGAN MENGGUNAKAN JARI 65
Mohd Fairuz Bin Dollah, Mohammad Zailani Bin Jaya

MENAMBAHBAIKKAN PEMAHAMAN PECAHAN SAMA PENYEBUT:


‘TIMES TABLE AND FRACTION RECTANGLES’ 74
Laura Soon Kui Cai, Abu Bakar Bin Abdullah

MENENTUKAN KAEDAH YANG MENINGKATKAN PENCAPAIAN


MURID TAHUN 4 DALAM PENDARABAN 3 DIGIT DENGAN 2 DIGIT 84
Lee Siew Eng, Jong Chee Fook
MENEROKA KESAN PENGGUNAAN ‘FRACTION BARS’ DALAM
MENGAJAR PECAHAN SETARA DI KALANGAN MURID TAHUN 4 94
Sandra Anak William Sair, Habibah Binti Marzuki

MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM


PENOLAKAN DUA NOMBOR EMPAT DIGIT MELIBATKAN
PENGUMPULAN SEMULA DENGAN MENGGUNAKAN HANDS-ON KIT 104
Fadzli Bin Ali Karim, Lee Chuo Hiong

PENDEKATAN GAMBAR RAJAH DALAM MENGATASI MASALAH


KESALAHFAHAMAN PENAMBAHAN PECAHAN WAJAR PENYEBUT
TAK SAMA 114
Shirley Urai Lawai, Jong Chee Fook

PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF (BEKAS TELUR) UNTUK


MEMBANTU MURID TAHUN TIGA DALAM MEMAHAMI SIFIR ENAM 125
Jennie Lementan Anak Luwat, Mohd Johan Bin Jusoh

PENGGUNAAN JARI JEMARI UNTUK MEMUDAHKAN


MURID-MURID TAHUN 4 MENGHAFAL SIFIR 9 134
Iskandar Shah Bin Ibrahim, Asbullah Bin Basri

PENGGUNAAN TEKNIK MENAMBAH DARI KIRI DI KALANGAN


MURID TAHUN 3 143
Douglas Daniel Anak Nyelipi, Asbullah Bin Basri

PENGGUNAAN ‘PLACE VALUE HOUSE’ DAN ‘PLACE VALUE


POCKET’ DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI OPERASI
PENOLAKAN SECARA PENGUMPULAN SEMULA 151
Dayangku Nurhanis Binti Awangku Arni, Mohd Johan Bin Jusoh

PENINGKATAN PRESTASI MATEMATIK MURID-MURID TAHUN 5


MENERUSI STUDENT TEAMS ACHIEVEMENT DIVISIONS 159
Catherine Kiu Leh Jin, Hu Laey Nee

POCKET MULTIPLIER : SATU KAEDAH MEMBANTU PELAJAR


MEMPELAJARI SIFIR 8 169
Mohammad Hareezt Bin Mohamad Salehe, Mohammad Zailani Bin Jaya

‘TIC-TAC-TOE’-MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MENGUASAI


FAKTA ASAS SIFIR TUJUH 179
Sharon Yeo Tink Tink, Lu Chung Chin
APLIKASI PERMAINAN UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN
MURID-MURID DALAM TOPIK PECAHAN SETARA

ELANIA DANIEL1
LEE CHUO HIONG2

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pengaplikasian permainan
kad dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk pecahan setara. Reka bentuk
kajian ini adalah merupakan kajian tindakan 3 gelungan berdasarkan Model Kurt
Lewin. Peserta terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 yang mempunyai pencapaian
yang sederhana dan lemah dalam keputusan peperiksaan semester I, tahun 2010
yang lepas dalam matematik. Peserta-peserta kajian ini ditentukan melalui ujian
diagnostik dan temubual dengan ketua panitia matematik. Instrumen kajian yang
digunakan adalah ujian pencapaian yang merangkumi ujian pra, ujian pasca 1, ujian
pasca 2 dan ujian pasca 3. Selain itu, rekod permerhatian daripada penyelidik dan
rakan kritikal juga merupakan instrumen kajian yang digunakan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat 3 orang peserta telah menunjukkan min peningkatan
markah yang baik dari ujian pra ke ujian pasca 3 secara bertahap iaitu dalam
lingkungan gred C dan gred B . Manakala 2 murid dapat mengekalkan prestasi
yang markah dalam lingkungan gred A. Dengan ini, penyelidik dapat
menyimpulkan bahawa pengaplikasian permainan kad dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam tajuk pecahan setara khasnya murid-murid yang lemah.

ABSTRACT
The purpose of the study was to determine the effectiveness of application of card
game in the teaching and learning of Equivalent Fraction. The research model used
in this research is the Kurt Lewin’s 3 Cycles Model. The participants consisted of 5
pupils from Year 4 who were moderate and poor achievement in the previous
semester I, 2010 examination in mathematics. Participants’ selection data were
collected using diagnostic test and interview with mathematics class teacher, who is
also the Head of Mathematics Department of the school. The research instruments
for this study was collected using achievement test which are pre-test, post-test 1,
post-test 2 and post-test 3. Besides that, observation from researcher and critical
friend also are the instruments used in this research. The researcher’s findings
shows that 3 pupils are able to show increasement of marks from pre-test to post-
test 3 which is within grade C and grade B. Thus, the researcher concludes that the
Equivalent Fractions Card Game is effective to improve very poor pupils’
achievement in the topic of equivalent fractions.

PENDAHULUAN

Visi negara dan program pendidikan negara kita boleh dipertingkatkan


melalui masyarakat yang berpendidikan dan mahir dalam pengaplikasian dan
pelaksanaan pengetahuan dan kemahiran matematik. Visi negara ini boleh
direalisasikan dengan adanya masyarakat yang terbiasa dengan pengetahuan dan
penggunaan matematik dalam kehidupan seharian. Untuk merealisasikan visi ini,
masyarakat harus menggunakan matematik secara rutin. Seperti yang disebutkan
dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Matematik (2006), matlamat
dalam kurikulum matematik adalah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap
konsep nombor dan kemahiran pengiraan mudah yang dapat diaplikasikan dalam
rutin harian secara efektif dan bertanggungjawab dalam mengekalkan aspirasi
masyarakat dan negara yang telah membangun, dan pada masa yang sama untuk
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

digunakan sebagai landasan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


Kemahiran asas matematik bagi murid adalah merupakan suatu pemahaman yang
sangat penting agar murid dapat menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan
seharian. Murid-murid telah diajarkan dengan pemahaman konsep pecahan bermula
dengan maksud yang termudah dan penggunaan model yang mudah seperti maksud
bahagian-keseluruhan dan model lorekan (region model).

FOKUS KAJIAN

Pecahan mulai diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Tiga dalam sekolah


rendah. Pengenalan konsep pecahan dengan bantuan bahan konkrit dan kaedah
menarik yang lain biasanya tidak memberi masalah kepada guru matematik.
Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti iaitu murid menghadapi masalah dalam
pemahamanan konsep pecahan setara terutama sekali bagi murid-murid yang
sederhana dan lemah. Kaedah permainan telah diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk pecahan setara. Permainan yang digunakan
dalam kajian ini adalah merupakan permainan kad pecahan setara (Equivalent
Fractions Card Game). Pengaplikasian permainan kad pecahan setara ini
dilaksanakan bagi membantu murid meningkatkan kefahaman tentang konep
pecahan setara dan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam ujian pecahan
setara. Penggunaan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam matematik
terutamanya dalam tajuk pecahan setara adalah merupakan satu kaedah yang dapat
menarik minat murid terhadap pembelajaran dalam bilik darjah.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian:
1. Meningkatkan pencapaian murid dengan menggunakan kad permainan bagi
tajuk pecahan setara.
Soalan Kajian:
1. Adakah pengaplikasian permainan kad dapat meningkatkan pencapaian murid
bagi tajuk pecahan setara?

KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian adalah merupakan murid-murid yang terpilih daripada sebuah


kelas Tahun 4. Semua peserta merupakan murid-murid yang berumur 10 tahun.
Terdapat 30 orang murid dalam kelas tersebut, namun hanya 5 orang peserta yang
terpilih, iaitu terdiri daripada 3 murid perempuan dan 2 murid lelaki untuk diberikan
rawatan ini. Mereka merupakan murid-murid yang mempunyai pencapaian yang
sederhana dan lemah dalam keputusan peperiksaan semester I, tahun 2010 dalam
matematik. Ujian diagnostik dan temu bual dengan guru matematik telah
dilaksanakan dalam kajian ini bagi menentukan peserta yang sesuai dan untuk
menilai pencapaian peserta setelah mengikuti rawatan ini. Hasil daripada keputusan
ujian diagnostik, kelima-lima peserta ini memang sesuai untuk diberi rawatan.
Lingkungan markah yang diperoleh adalah dari 17% - 33%. Murid-murid yang
terpilih bagi kajian ini adalah merupakan murid-murid yang terdiri daripada
golongan sederhana dan lemah. Hasil temu bual dengan guru matematik, beliau

2
Elania Daniel & Lee Chuo Hiong

menyatakan kelima-lima orang murid yang terpilih dalam ujian diagnostik memang
memerlukan rawatan ini. Hasil temu bual dengan guru matematik menyatakan
masalah timbul apabila murid-murid tidak memahami konsep pecahan secara
keseluruhan dengan jelas dan tidak menguasai kemahiran mempermudahkan pecahan
dengan baik. Mereka juga berasa keliru dengan cara menyelesai dan
mempermudahkan pecahan yang selari dengan pecahan setara dan keliru sama ada
untuk mendarab atau membahagi nombor yang sama pada penyebut dan pengangka
pecahan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, guru boleh mencuba beberapa kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan seperti permainan konseptual
agar murid-murid dapat memahami konsep pecahan setara sebagai suatu cara
mempermudah pecahan dengan senang. Peserta yang telah terpilih harus diberi
motivasi agar mereka dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam tajuk ini.

PROSEDUR TINDAKAN

Untuk menjalani penyelidikan ini, penyelidik meminta izin daripada pihak


pentadbir sekolah dan guru matematik berkenaan untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi topik yang hendak dikaji selidik di dalam bilik
darjah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, penyelidik mengesan
kekuatan dan kelemahan dari pelbagai aspek contohnya penglibatan murid-murid dan
guru. Penyelidik membuat perancangan yang rapi untuk memperoleh maklumat
melalui proses sebelum dan selepas memilih peserta yang sesuai. Setelah mengenal
pasti masalah yang timbul, penyelidik membuat perancangan bagi mengatasi
masalah-masalah tersebut. Penyelidik mula-mula mengenalpasti masalah yang
timbul bagi topik yang hendak dikaji iaitu pecahan setara di kalangan murid-murid.
Penyelidik telah menggunakan kaedah ujian diagnostik untuk tujuan mengenalpasti
kesesuaian peserta dalam masalah yang dihadapi dan temu bual dengan guru
matematik yang juga merupakan Ketua Panitia Matematik sekolah tersebut untuk
mendapatkan maklumat yang boleh membantu penyelidik mengesan dan memahami
masalah-masalah dengan sepenuhnya. Kemudian penyelidik menganalisis maklumat
yang telah dikumpul mengguanakan kaedah ujian diagnostik dan temu bual dengan
guru matematik. Lima peserta telah dipilih untuk diberi rawatan ini. Peserta-peserta
tersebut telah dilabel dengan peserta B, E, I, R dan X. Kelima-lima peserta ini terdiri
daripada 3 murid perempuan dan 2 murid lelaki. Penyelidik kemudian memberi
ujian-pra kepada kelima-lima peserta tersebut sebelum menjalankan rawatan.
Penyelidik ingin mendapatkan markah pencapaian peserta sebelum menjalankan
rawatan keatas mereka. Penyelidik telah menggunakan model Kurt Lewin 3 gelungan
dalam kajian ini. Penyelidik mula melaksanakan rawatan iaitu pengaplikasian kad
permainan (Equivalent Fractions Card Game) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada gelung pertama. Tiga gelungan telah digunakan untuk
mendapatkan keputusan pencapaian peserta. Proses ini berterusan dalam gelung 2
dan gelung 3. Dalam setiap gelungan, terdapat empat proses yang terlibat iaitu
perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

3
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

CARA PENGUMPULAN DATA

Data-data sepanjang kajian dikumpulkan dengan menggunakan instrumen-instrumen


yang berikut:

i. Ujian Pencapaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Ujian pencapaian yang terdiri daripada ujian pra, ujian pasca1, pasca 2 dan
pasca 3. Penyelidik mendapatkan sumber instrumen daripada rujukan buku-buku
aktiviti matematik dan rujukan internet untuk membina intrumen ini. Sebelum
melaksanakan ujian pra dan ujian pasca, penyelidik telah dibantu oleh guru panitia
matematik untuk menyemak kesesuaian dan kebolehpercayaan soalan-soalan
tersebut. Terdapat 20 soalan yang terkandung dalam ujian pra dan ujian pasca
tersebut. Aras kesukaran soalan-soalan adalah mudah dan sederhana. Markah
keseluruhan bagi ujian pra dan ujian pasca ialah 100%. Ujian pra telah diberi kepada
peserta sebelum penyelidik mengaplikasikan kad permainan dalam pengajaran dan
pembelajaran pecahan setara. Ujian-ujian tersebut telah ditadbir sendiri oleh
penyelidik dengan bantuan guru matematik kelas tersebut dan rakan kritikal. Masa
30 minit diberikan untuk menyelesaikan kesemua soalan ujian pra. Setelah
melaksanakan rawatan dengan penggunaan kad permainan dalam pengajaran dan
pembelajaran pecahan setara pada gelungan pertama, penyelidik menjalankan ujian
pasca 1 dan ditadbir oleh penyelidik sendiri sambil dibantu oleh rakan kritikal. Ujian
ini dilaksanakan untuk mendapatkan keputusan pencapaian peserta setelah diberi
rawatan pada pertama kalinya. Keputusan ujian pasca 1 akan dibandingkan dengan
keputusan ujian pra sebelum ini.
Proses rawatan diteruskan pada gelungan 2, penyelidik kemudian memberi
ujian pasca kali kedua. Penyelidik menggunakan soalan yang sama dengan ujian
pasca 1 untuk tujuan membandingkan peningkatan pencapaian peserta. Keputusan
yang diperoleh pada ujian pasca 2 akan dibandingkan dengan keputusan ujian pasca
1 untuk melihat peningkatan yang diperoleh peserta setelah diberi rawatan untuk kali
kedua. Penyelidik kemudian meneruskan lagi memberi rawatan pada gelungan 3 dan
memberi ujian pasca kali ketiga dengan menggunakan soalan yang sama dengan
ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Penyelidik sendiri mentadbir ujian kali ini. Gelungan
ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi pencapaian keputusan yang diperoleh peserta
setelah tiga kali rawatan diberikan.

ii. Pemerhatian oleh penyelidik dan rakan kritikal

Pemerhatian tidak berstruktur oleh penyelidik dan pemerhatian berstruktur


oleh rakan kritikal ketika proses rawatan dijalankan keatas peserta kajian.
Pemerhatian telah dilaksanakan bagi tujuan memerhatikan tingkah laku peserta
dalam bilik darjah dan memerhatikan hasil kerja peserta melalui buku latihan
matematik. Aspek-aspek pemerhatian yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran:


a. Duduk di tempat sendiri semasa guru mengajar
b. Bercakap bersama rakan-rakan
c. Duduk di tempat rakan lain
d. Duduk di tempat sendiri dan buat kerja
e. Memberi respon kepada guru semasa sesi soal jawab

4
Elania Daniel & Lee Chuo Hiong

2. Hasil kerja murid:


a. Kemas dan bersih
b. Sentiasa hantar buku kerja/latihan
c. Prestasi dalam latihan (Gred A,B,C)
d. Membuat pembetulan pada soalan yang salah

Berikut adalah menrupakan hasil rekod pemerhatian semasa proses rawatan di dalam
bilik darjah.
Rekod Pemerhatian oleh Rakan Kritikal
Pemerhatian Berstruktur:

Tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan


pembelajaran

No. Perkara √ x

1 Duduk di tempat sendiri semasa guru mengajar √

2. Bercakap bersama rakan-rakan x

3. Berjalan di dalam kelas x

4. Duduk di tempat rakan lain x

5. Duduk di tempat sendiri dan buat kerja √

6. Memberi respon kepada guru semasa sesi soal jawab √

Hasil kerja murid

1. Kemas dan bersih √

2. Sentiasa hantar buku kerja √

3. Prestasi dalam latihan √


(Grade A,B,C) (A)

4. Membuat pembetulan pada soalan yang salah x

5
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

CARA MENGANALISIS DATA

Semua hasil dapatan data diambil melalui ujian pencapaian iaitu ujian pra dan
ujian pasca. Semua markah pencapaian peserta ditukar ke dalam bentuk peratusan.
Perbandingan markah setiap peserta bagi ujian pencapaian dilakukan iaitu ujian pra-
ujian pasca 1, pasca 1-pasca 2 dan pasca 2-pasca 3. Purata markah ujian pencapaian
setiap peserta dikira pada akhir penyelidikan. Hasil dapatan kesemua ujian ini telah
dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 (MS EXCEL) iaitu
penjadualan data-data dan graf. Dalam kaedah ini, penyelidik menganalisis markah
pencapaian peserta dalam bentuk peratusan bagi ujian pra dan ujian pasca untuk
topik pecahan setara. Selain daripada memfokuskan kepada pencapaian di kalangan
peserta, analisa juga dilakukan terhadap pemerhatian secara tidak berstruktur dan
berstruktur terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pecahan setara seperti
memerhatikan tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah dan memerhatikan hasil
kerja murid melalui buku latihan matematik. Tujuan penyelidik berbuat demikian
adalah kerana faktor ini berkait rapat dengan penguasaan konsep dan minat
pembelajaran di kalangan murid-murid. Pengaplikasian kad permainan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pecahan setara telah dilaksanakan bagi mengatasi
masalah yang dihadapi.

DAPATAN KAJIAN

1. Keputusan Ujian Pra-Ujian Pasca 1-Pasca 2-Pasca 3


Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra-Ujian Pasca 1-Pasca 2-Pasca 3
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Ujian Pasca Ujian Purata
Peserta (%) 1 2 Pasca 3 Markah
(%) (%) (%) (%)
B 20 40 40 50 37.5
E 30 35 70 95 57.5
I 90 100 95 95 95
R 95 95 95 95 95
X 45 60 80 90 68.7

Rajah 2 : Keputusan Ujian Pra-Pasca 1-Pasca 2-Pasca 3


6
Elania Daniel & Lee Chuo Hiong

Hasil dapatan daripada Jadual 1 dan Rajah 2 menunjukkan keputusan


kesemua ujian pencapaian yang diambil oleh peserta sepanjang menjalankan rawatan
tersebut. Jadual 1 diatas merupakan jadual keputusan setiap peserta dari ujian pra ke
ujian pasca 1, pasca 2 dan pasca 3. Setelah menganalisis data, keputusan yang
diperolehi menunjukkan peserta telah dapat mencapai pencapaian yang
memberansangkan iaitu purata peningkatan markah sebanyak 95% dari ujian pra ke
ujian pasca 3. Kesemua ujian yang telah diambil oleh peserta menunjukkan
peningkatan dari masa ke semasa. Keputusan yang meningkat dapat dilihat daripada
Rajah 2 yang memberikan gambaran yang jelas berkenaan dengan peningkatan
pencapaian setiap peserta dalam kesemua ujian iaitu sebanyak 95%. Peserta B
menunjukkan peningkatan dengan fasa yang perlahan dan bertahap, bermaksud
peserta ini berubah daripada markah gred D iaitu dengan markah 20% hingga gred C
dengan 50% dan purata markah yang diperolehi ialah 37.5%. Peserta E menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan. Dia berganjak dari gred D iaitu 30% hingga
ke gred A iaitu 95% dan purata markah yang diperoleh ialah 57.5%. Peserta I pula
menunjukkan pencapaian yang sangat baik dari mula kelas rawatan dan dia mendapat
markah 90% pada ujian pra dan100% pada ujian pasca 1, namun markah untuk ujian
pasca 2 dan 3 kekal pada 95%. Purata markah yang diperoleh peserta I ialah 95%.
Peserta R menunjukkan markah yang kekal iaitu dalam lingkungan gred A iaitu 95%
dari ujian pra hingga ke ujian pasca 3 dan purata markah yang diperoleh ialah 95%.
Manakala peserta X juga serupa dengan peserta B yang menunjukkan peningkatan
secara berperingkat, iaitu peserta ini berganjak dari gred C dengan 45%, gred B
dengan 60% hingga ke gred A iaitu 90%. Secara keseluruhannya, peningkatan gred
yang dicapai oleh peserta adalah memberangsangkan. Peserta B, E dan X merupakan
peserta yang lemah menunjukkan peningkatan yang ketara, berbanding dengan
peserta yang sederhana iaitu peserta I dan R menunjukkan pengekalan prestasi yang
memberangsangkan iaitu gred A. Purata pencapaian tertinggi bagi kesemua ujian
pencapaian ini adalah dalam lingkungan 95%.

2. Rumusan Pemerhatian

Pemerhatian secara tidak berstruktur dan berstruktur oleh penyelidik dan


rakan kritikal yang dilakukan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pecahan
setara seperti memerhatikan tingkah laku murid dalam bilik darjah dan
memerhatikan hasil kerja murid melalui buku latihan matematik memberikan
dapatan yang memuaskan. Penyelidik mendapati bahawa tingkah laku peserta yang
baik mempengaruhi pemahaman konsep topik yang dipelajari dan melalui
pengaplikasian kad permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pecahan
setara telah membolehkan peserta memahami konsep pecahan setara dan berminat
dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran topik ini.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Secara kesimpulan, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa bahawa


pengaplikasian permainan kad dalam pengajaran dan pembelajaran topik pecahan
setara berkesan meningkatkan pencapaian murid yang lemah dalam topik pecahan
setara. Di samping itu, kad permainan juga dapat mengekalkan prestasi murid yang
sederhana dalam topik pecahan setara. Melalui permainan ini, pemahaman konsep
peserta dalam topik ini telah dapat dipertingkatkan. Apabila peserta melaksanakan
permainan, ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada peserta dalam topik

7
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

ini. Sebagai kesimpulan bagi kajian ini, penyelidik dapat mengesan dengan
penggunaan permainan kad pecahan setara (Equivalent Fractions Card Game) dapat
membantu meningkatkan pemahaman tentang konsep topik yang dikatakan sukar
untuk difahami bagi peserta. Kaedah ini telah disokong oleh pengkaji lain yang juga
mengkaji tentang keberkesanan pengaplikasian permainan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu, Gan (2003) menyatakan bahawa melalui permainan, ianya dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam topik yang diajar. Dia juga mengatakan
bahawa permainan merupakan satu alat atau medium yang sangat berkuasa dalam
meningkatkan kemahiran matematik kerana permainan menyediakan pemikiran yang
logik, seronok dan berkemahiran. Penglibatan murid dalam sebarang permainan
dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran matematik. Kajian ini juga
dikukuhkan lagi dalam Rey et al. (2005) yang menyatakan pemahaman konsep
matematik dapat dipertingkatkan dengan penglibatan murid secara berkesan dalam
aktiviti yang dianjurkan bagi mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep topik
yang dikaji. Pengetahuan sedia ada murid (retention) juga boleh diperkembangkan
melalui pengalaman melaksanakan aktiviti permainan. Rowe (1999) juga
menyatakan alasan kuat untuk memperkenalkan permainan dalam kelas matematik
adalah kerana semangat, keseronokan dan penglibatan yang menyeluruh yang
dialami oleh murid-murid semasa melibatkan diri dalam aktiviti permainan. Dalam
kajiannya, kaedah permainan adalah cara yang efektif untuk melatih dan
meneguhkan pengetahuan sedia ada murid-murid.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan di sekolah, penyelidik mendapati


kaedah permainan juga boleh diaplikasikan di dalam topik yang lain juga. Ini adalah
kerana permainan merupakan satu cara yang menarik dan menyeronokkan dalam
mempelajari matematik. Melalui permainan, murid-murid dapat berinteraksi antara
satu sama lain dan ini dapat meningkatkan kemahiran sosial di kalangan murid yang
sederhana dan lemah dalam matematik dan juga dapat meningkatkan sikap
keberanian dan yakin dalam menyelesaikan masalah matematik. Penyelidik juga
ingin melanjutkan kajian ini dengan masa yang lebih panjang agar keberkesanan
permainan dapat dilihat dengan lebih jelas dan nyata lagi dalam topik yang lain
selain dalam topik yang dikaji ini. Penyelidik juga ingin menambah bilangan peserta
dalam kajian akan datang agar lebih ramai murid yang sederhana dan lemah dapat
dibantu secara berkesan bagi meningkatkan pemahaman dan pencapaian dalam
matematik. Kaedah ini juga boleh diaplikasikan di dalam kelas pemulihan. Seperti
kita sedia maklum, permainan merupakan satu kaedah yang menyeronokkan murid.
Dengan ini, murid-murid yang lemah dapat berasa seronok dan mula minat dengan
mata pelajaran yang dianggap sukar untuk dikuasai ini, iaitu matematik. Dengan
adanya kajian-kajian yang dilakukan di sekolah-sekolah, ini dapat membantu
merealisasikan objektif sistem pendidikan seperti yang tercatat dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Matematik (2006), iaitu pemahaman tentang
konsep nombor dan kemahiran asas dalam pengiraan dapat diaplikasikan ke dalam
kehidupan seharian secara efektif dan berkesan.

8
Elania Daniel & Lee Chuo Hiong

RUMUSAN

Daripada kajian yang telah dilakukan, penyelidik dapat mengenalpasti


masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 dalam penguasaan
konsep pecahan setara. Kaedah permainan diaplikasikan oleh penyelidik dalam
mengatasi masalah tersebut. Penyelidik dapat menyimpulkan bahawa objektif kajian
iaitu meningkatkan pencapaian murid dengan menggunakan kad permainan bagi
tajuk pecahan setara telah tercapai dan persoalan bagi kajian iaitu sama ada
pengaplikasian permainan kad dapat meningkatkan pencapaian murid bagi tajuk
pecahan setara ini juga telah terjawab di mana pengaplikasian permainan Equivalent
Fractions Card Game dapat membantu murid dalam meningkatkan pencapaian
dalam topik ini. Murid juga dapat memahami konsep dan menjadi lebih seronok
murid dalam mempelajari topik ini.

RUJUKAN

Gan, T. H. (2003). Instructional Games for Basic Skills in Mathematics. Maktab Perguruan Sarawak
Miri.
Ministry of Education Malaysia. (2006). Year 4 Mathematics Curriculum Speicictions of
Intergrated Curriculum for Primary Schools. Kuala Lumpur: Curriculum Development
Centre.
Reys, R. E., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., and Smith, N. L. (2007). Helping Children
Learn Mathematics, (8th ed.). United States of America: John Wiley & Sons, Inc.
Rowe, J. C. (1999). An experiment in the use of game in the teaching of Mental Arithmetic. 11 South
Avenue, Littleover. Deaby DE6BA 8FF8BC0d01 – PDF-Adobe Reader. [online]
http://www.google.com/search?ie=UTF- 8&oe=UTF
8&sourceid=navclient&gfns=1&q=Judith+C.+Rowe [2010, June, 29]

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1elania_dane87@yahoo.com, 2leechuohiong@gmail.com

9
KAEDAH MENCARI POLA: SATU KAEDAH PENGUASAAN
SIFIR PENDARABAN 7

JACQUELINE TIONG HOE DING1


LU CHUNG CHIN2

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan
Kaedah Mencari Pola untuk murid-murid Darjah Empat dalam penguasaan sifir
pendaraban 7. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang pelajar Tahun
Empat dari salah sebuah sekolah di Miri yang gagal menguasai jadual pendaraban 7.
Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temuramah, soal selidik, serta ujian pra dan
ujian pasca. Pemerhatian digunakan sebagai kaedah dalam memerhati responsif
pelajar-pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah
temuramah dan soal selidik juga digunakan untuk mengenalpasti keyakinan diri
pelajar-pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik. Ujian pra dan ujian
pasca digunakan untuk menilai penguasaan peserta dalam penguasaan sifir
pendaraban 7. Keputusan kajian ini telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan
mencari pola sangat berkesan dalam membantu pelajar-pelajar menguasai sifir
pendaraban 7 serta dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam pembelajaran
Matematik.

ABSTRACT
Action research was conducted to evaluate the effectiveness of the research by using
the method looking for the pattern to master the students’ learning in multiplication
time table 7. Participants in this study consisted of 10 Year Four students from one
of the school in Miri, who are unable to master the multiplication time table 7. Data
was collected through observation, interviews, questionnaires, pre test and post test.
Observation is used as a method in observing the response of pupils during the
teaching and learning. Interview and questionnaires are also used to identify
students’ confidence in learning Mathematics. Pre test and post tests are used to
access masterty of the participants in mastering multiplication time table 7. This
result shows that by using the method of looking for the pattern is effective in
helping students in mastering the multiplication time table 7 and enhance the
students’ confidence in learning Mathematics.

PENDAHULUAN

Matematik lebih daripada sekadar ilmu nombor yang diajar oleh guru di
sekolah dan baik dinikmati atau ditakuti oleh banyak pelajar. Matematik merupakan
disiplin penting diiktiraf di seluruh dunia dan perlu ditingkatkan dalam pendidikan
untuk membekali pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai
pendidikan tinggi, kerjaya aspirasi dan untuk mencapai kepuasan prestasi.
Dari pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik semasa praktikum di
sekolah rendah, didapati bahawa pelajar mempunyai masalah yang sama dalam
penguasaan sifir pendaraban. Dengan itu, amalan mengajar dengan kaedah dan
teknik diperlukan untuk mengatasi masalah penguasaan Matematik dalam sifir
pendaraban serta meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran
Matematik.
Jacqueline Tiong & Lu Chung Chin 

FOKUS KAJIAN

Pembelajaran Matematik merupakan subjek yang penting di mana ia telah


diajarkan dan dipelajari sejak peringkat sekolah rendah. Sifir pendaraban penting
dalam Matematik. Tanpa pengetahuan tentang sifir pendaraban, secara automatiknya
operasi pembahagian juga tidak dapat dikuasai oleh pelajar juga. Menurut Steel &
Funnell (2001), beliau telah menyatakan bahawa “pelajar sekolah rendah belajar sifir
pendaraban melalui meja dengan menulis rangkaian angka dengan “melihat mereka”,
membaca mereka dan mendengar kaset. Malangnya, jika asas fakta sifir pendaraban
tidak diperlukan selama bertahun-tahun di sekolah rendah, kemungkinan besar
mereka juga tidak akan dipraktikkan secara struktur di sekolah menengah”.
Kekurangan sikap keyakinan diri juga telah merupakan salah satu punca di
mana kebanyakan pelajar takut akan pembelajaran Matematik. Menurut kata
Ashcraft dan Kirk (2001), beliau telah menggambarkan kepercayaan umum bahawa
disebabkan “mengelak Matematik dan penguasaan mereka lebih kurang dari
Matematik yang tidak dapat dielakkan dan kualitinya hanya kurang kompeten
disebabkan atas kecemasan individu dalam Matematik”.
Dalam kajian ini, sifir pendaraban tujuh ditumpukan. Hal ini kerana dengan
pengajaran sifir pendaraban tujuh dapat mengembangkan pengetahuan yang baru
melalui Kaedah Mencari Pola.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian dalam penyelidikan adalah bertujuan untuk


1. Membangunkan keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran Matematik.
2. Meningkatkan penguasaan sifir pendaraban 7 bagi pelajar yang lemah
dalamnya.

Soalan kajian dalam penyelidikan adalah


1. Adakah pelajar menunujukkan peningkatan dalam keyakinan diri mereka
dalam pembelajaran Matematik?
2. Adakah pelajar menunjukkan peningkatan dalam penguasaan sifir pendaraban
7?

KUMPULAN SASARAN

Seramai 10 orang peserta dipilih dalam penyelidikan kajian ini. Peserta-


peserta adalah terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan dari Tahun
Empat E (4E) di salah satu sebuah sekolah, tempat menjalani praktikal di Miri.
Peserta-peserta yang dipilih adalah sangat lemah dalam penghafalan sifir pendaraban
tujuh dan gagal dalam ujian sifir pendaraban tujuh serta kekurangan keyakinan diri
dalam pembelajaran Matematik.

11 

 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010) 

PROSEDUR TINDAKAN TINDAKAN II

• Kaedah II
• Ujian Pasca

PERANCANGAN I

• Temubual guru
(pembelajaran pelajar)
• pemerhatian (kerja pelajar)
• Kumpul data: pemerhatian,
temubual, soal selidik, ujian
pra dan ujian pasca

TINDAKAN I
REFLEKSI I
LINGKARAN • Ujian Pra
• Analisis data PENYELIDIKAN • Temubual
dan interpretasi TINDAKAN (keyakinan
data peserta)
• Kaedah I

PEMERHATIAN I

• Perhatikan pembelajaran
peserta dalam
penggunaan Kaedah I

REFLEKSI II PEMERHATIAN II

• Analisis data and • Perhatikan


interpretasi data pembelajaran peserta
• Kesimpulan dari hasil dalam penggunaan
(objektif tercapai) Kaedah II

Rajah 1: Lingkaran Penyelidikan Tindakan


(Adapted from Jean McNiff & Jack Whitehead, All You Need To Know About Action
Research, 2006)

12 

 
Jacqueline Tiong & Lu Chung Chin 

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian tindakan ini, kaedah pemerhatian telah digunakan untuk


memerhati sikap dan konsentrasi peserta terhadap pembelajaran Matematik. Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, aspek-aspek yang diperhatikan adalah perhatian
peserta terhadap pembelajaran. Sikap kerjasama dan minat belajar juga diperhatikan.
Pemerhatian ini telah dilakukan semasa pengajaran Kaedah 1 untuk Kitaran 1 dan
Kaedah 2 untuk Kitaran 2. Menurut Bolaji (2005), kajian tentang pengaruh sikap
pelajar terhadap Matematik telah mendapati bahawa kaedah guru Matematik serta
personality amat penting terhadap sikap positif pelajar terhadap Matematik.

Jadual 1: Aspek-aspek diperhatikan


Aspek Ciri-ciri
Sikap kerjasama, minat, perhatian
Konsentrasi tumpuan mata, ikut arahan, penyertaan

Kaedah menemubual juga telah digunakan dalam kajian tindakan ini. Sepuluh
soalan struktur temubual telah digubah dari Pengesahan Struktur Temubual untuk
mengukur keyakinan terhadap Matematik, komputer dan sikap dalam penggunaan
Teknologi untuk belajar Matematik oleh Gerald J. Fogarty, Patricia Cretchley, Chris
Harman, Nerida Ellerton dan Nissim Konki dari University of Southern Quessland
untuk menyelidik keyakinan diri pelajar terhadap pembelajaran Matematik.
Instrumen yang diukur antara 50% - 100% dikira sebagai peserta yang mempunyai
keyakinan yang tinggi dan untuk 49% dan ke bawah dikira sebagai peserta
mempunyai keyakinan yang rendah terhadap pembelajaran Matematik. Kaedah ini
dilakukan kepada sepuluh orang peserta sebelum tindakan kajian diambil.

Soal selidik Skala Likert juga digunakan untuk menguji keyakinan peserta
terhadap pembelajaran Matematik selepas kajian tindakan diambil. Soal selidik ini
adalah berdasarkan 4 skala berdasarkan artikel “Students Attitude Towards
Mathematics and Academic Achievement in Some Selected Secondary Schools in
Southwestern Nigeria oleh YARA, Philias Olatunde”.

Jadual 2: Huraian Darjat Skala Likert


Darjat Huraian
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Setuju
4 Sangat setuju

Ujian pra dan pasca juga digunakan dalam pengumpulan data. Ujian pra
diberikan sebelum kajian tindakan dilakukan manakala ujian pasca diberi kepada
peserta selepas kajian tindakan untuk menguji kebolehan pelajar menguasai dalam
sifir pendaraban 7. Perbandingan ujian pra dan pasca dibuat untuk menunjukkan
peningkatan penguasaan peserta dalam pembelajaran sifir pendaraban 7.

13 

 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010) 

CARA MENGANALISIS DATA

Dalam kaedah pemerhatian, sikap dan konsentrasi peserta diperhatikan


sebelum dan selepas dan juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri
yang diperhatikan dalam aspek sikap adalah kerjasama, minat dalam pembelajaran
Matematik dan tumpuan semasa proses P&P. Bagi aspek tumpuan pula, ciri-ciri
seperti penumpuan mata, ikuti arahan serta penyertaan dalam aktiviti diperhatikan.
Dua daripada tiga ciri yang dipenuhi menunjukkan peserta mempunyai sikap dan
konsentrasi yang baik yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Perbandingan data
ditunjukkan dalam peratusan grafik di Rajah 2.
Kaedah temubual dijalankan sebelum kajian tindakan dibuat. Tujuan
temubual ini adalah untuk menilai pengetahuan dan keyakinan serta minat peserta
terhadap pembelajaran Matematik. Data yang dikumpul dianalisis dan ditaksirkan
dalam peratusan (100%) di mana 0% - 49% dinyatakan sebagai mempunyai nilai
keyakinan yang rendah manakala 50% - 100% dinyatakan sebagai mempunyai nilai
keyakinan yang tinggi dalam pembelajaran Matematik. Semasa kaedah ini dijalankan,
gangguan persekitaran perlu diutamakan dan dipertimbangkan supaya tidak
mempengaruhi keputusan pada akhirmya.
Pengumpulan data (Jadual 6) dengan penggunaan Skala Likert dalam soal
selidik dapat dikira dengan menggunakan cara pengiraan di bawah:
Pemilihan untuk darjat adalah seperti berikut:
1 mengandungi a = 1 x a = w
2 mengandungi b = 2 x b = x
3 mengandungi c = 3 x c = y
4 mengandungi d = 4 x d = z

= (w + x + y + z )

jumlah items x jumlah peserta

Jadual 3: Darjat Skala Likert Terhadap Keyakinan Peserta


Dalam Pembelajaran Matematik
Darjat Huraian
1 – 1.6 Tidak ada keyakinan
1.7 – 2.4 Keyakinan rendah
2.5 – 3.2 Keyakinan sederhana
3.3 – 4.0 Keyakinan tinggi

Kuiz pendek sifir pendaraban 7 telah dibuat sebagai ujian pra kepada semua
pelajar Kelas 4E sebagai set induksi sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula
untuk bertujuan menilai kemampuan pelajar terhadap sifir pendaraban. Ujian pra dan
ujian pasca digunakan untuk menguji prestasi peserta dalam menguasai sifir
pendaraban 7. Perbandingan ujian pra dan ujian pasca ditunjukkan dalam bar graf
dalam Rajah 3A dan Rajah 3B.

14 

 
Jacqueline Tiong & Lu Chung Chin 

DAPATAN KAJIAN

Selepas kajian tindakan “Looking For The Pattern” dan “Magic


Multiplication Time Table 7”, peserta menunjukkan minat serta rasa ingin tahu
tentang pembelajaran pengetahuan yang baru dalam menguasai sifir pendaraban 7.
Mereka juga telah memberi kerjasama dan saling menolong antara satu sama lain.
Melalui pemerhatian dibuat, dapat dirumuskan bahawa sikap dan tumpuan peserta
pada keyakinan terhadap pembelajaran Matematik telah meningkat berbanding
dengan sebelum kajian tindakan dibuat. Jadual di bawah menunjukkan keputusan
keseluruhan sebelum dan selepas kajian tindakan tentang keyakinan peserta.

Jadual 4: Keputusan Sebelum Dan Selepas Kajian Tindakan


Terhadap Keyakinan Peserta
Sikap Konsentrasi
Sebelum Selepas Sebelum Selepas
1 3 1 2

Rajah 2: Perbandingan Sebelum Dan Selepas Kajian Tindakan Dalam


Keyakinan Peserta Terhadap Pembelajaran Matematik

Melalui temubual, para peserta telah menyatakan bahawa mereka tidak


tertarik dan tidak mempunyai keyakinan dalam pembelajaran Matematik. Mereka
juga menyatakan bahawa mereka mengalami masalah dalam menguasai sifir
pendaraban 7. Berdasarkan Jadual 5, boleh dirumuskan bahawa terdapat 86% orang
peserta memiliki keyakinan yang rendah dan hanya terdapat 14% orang peserta yang
menyatakan bahawa mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dalam pembelajaran
Matematik.

15 

 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010) 

Jadual 5: Keputusan Temubual Bagi Sepuluh Peserta


Ya Tidak
Soalan-soalan/Bilangan Peserta
(√) (X)
1. Adakah anda suka akan subjek Matematik? 1 9
2. Adakah anda mendapati bahawa belajar 2 8
Matematik adalah suatu yang menarik?
3. Adakah anda mempunyai keyakinan dalam 2 8
pembelajaran Matematik?
4. Adakah anda mampu menjawab semua soalan 1 9
Matematik yang diberikan oleh guru?
5. Adakah anda mendapati bahawa pembelajaran 0 10
Matematik itu mudah?
6. Adakah anda berasa pembelajaran Matematik itu 2 8
menarik?
7. Adakah anda mendapati Matematik itu satu mata 1 9
pelajaran yang senang dikuasai?
8. Adakah anda mempunyai daya pemikiran 3 7
Matematik?
9. Bolehkah anda menguasai sifir pendaraban 7 0 10
dengan baik?
10. Adakah anda mendapati bahawa penyelesaian 2 8
masalah dalam Matematik itu menarik?
Jumlah 14 86

Pada umumnya, keputusan telah menunjukkan bahawa para peserta telah


mempunyai peningkatan dalam keyakinan mereka terhadap pembelajaran Matematik
selepas kajian tindakan dilaksanakan dengan menunjukkan respon yang positif
terhadap keyakinan diri dalam pembelajaran Matematik. Mereka telah dapat
menguasai sifir pendaraban 7 dengan jayanya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
6.

Jadual 6: Respond Peserta Terhadap Keyakinan Mereka Dalam Pembelajaran


Matematik Selepas Kajian Tindakan Dijalankan
Items
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Participants
1 3 4 3 4 4 4 3 4 4 3
2 4 2 4 3 4 4 3 4 3 4
3 3 3 4 4 4 3 4 3 4 4
4 4 4 3 4 3 2 4 2 4 3
5 2 3 1 4 2 4 2 3 4 3
6 4 3 4 4 4 4 4 3 3 4
7 1 4 4 3 2 3 2 4 4 2
8 4 3 4 1 3 4 4 3 4 3
9 4 4 2 3 4 2 4 3 4 4
10 2 4 4 4 3 4 4 3 2 4

16 

 
Jacqueline Tiong & Lu Chung Chin 

Pengiraan keputusan soal selidik Skala Likert dapat dibuat seperti di bawah:

1 mengandungi 3 :1x 3= 3
2 mengandungi 13 : 2 x 13 = 26
3 mengandungi 30 : 3 x 30 = 90
4 mengandungi 54 : 4 x 54 = 216

3 + 26 + 90 + 216

10 peserta x 10 items

= 3.35

Keputusan ini telah menunjukkan bahawa peserta mempunyai keyakinan


yang tinggi dalam pembelajaran Matematik selepas kajian tindakan dilaksanakan
yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
Dalam ujian pra dan ujian pasca, keputusan juga telah menunjukkan bahawa
peserta telah mempunyai markah peningkatan dalam penguasaan sifir pendaraban 7
pada Jadual 7.

Jadual 7: Perbandingan Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca


Dalam Penguasaan Sifir Pendaraban
Peserta-peserta Ujian Pra Ujian Pasca
1 1 2
2 1 1
3 2 11
4 2 7
5 2 12
6 2 7
7 2 6
8 3 11
9 3 6
10 3 11

Keputusan ujian pra dan ujian pasca dapat ditunjukkan dalam graf di bawah.

17 

 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010) 

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Melalui keputusan temubual serta soal selidik telah menunjukkan


peningkatan keyakinan peserta terhadap pembelajaran Matematik. Para peserta telah
mendapati bahawa pembelajaran Matematik itu menyenangkan dan penting dalam
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Menurut Kolasa dan Miller (1996),
beliau menyatakan bahawa penggunaan potensi multimedia persembahan dapat
meningkatkan pemahaman pelajar serta menarik minat pelajar untuk belajar
Matematik. Penemuan ini selari dengan kajian tindakan di mana para peserta dapat
belajar secara berkesannya dengan kaedah pengajaran yang baru berbanding dengan
amalan tradisional, iaitu menghafal sifir pendaraban tanpa memahami tujuannya.
Secara keseluruhannya, analisis data telah menunjukkan bahawa terdapat
lapan orang peserta mempunyai peningkatan dalam ujian pasca berbanding dengan
ujian pra. Terdapat seorang peserta telah mencapai markah penuh dan ini telah
menunjukkan jumlah kenaikan keseluruhan nilai yang sangat tinggi. Keputusan ini
telah menunjukkan bahawa dengan menggunakan kaedah mencari pola dapat
membantu pelajar menguasai sifir pendaraban 7. Hanya terdapat seorang peserta
yang tidak mempunyai perubahan drastik dalam skor ujian. Hal ini mungkin berlaku
disebabkan peserta mempunyai masalah kesuliatan dalam pembelajaran dan juga
pengaruh yang diberikan oleh guru walaupun strategi pembelajaran yang berbeza
digunakan.
Pada kesimpulannya, objektif untuk membangunkan keyakinan pelajar
terhadap pembelajaran Matematik serta peningkatan dalam penguasaan sifir
pendaraban 7 di kalangan pelajar yang lemah telah tercapai. Para pelajar dapat
menguasai sifir pendaraban tujuh dengan penuh keyakinan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Aspek yang paling penting dalam pembelajaran sifir pendaraban 7 adalah


untuk memiliki peringatan yang kuat dalam mencari pola. Kajian yang dicadangkan
boleh dilakukan sepanjang tahun dalam satu kelas agar pengaruh pelaksanaan dapat
diukur dengan lebih tepat. Dicadangkan kaedah ini dapat diaplikasikan dengan
kemahiran Matematik pada tahun yang lain terutamanya pada topik and kemahiran
yang belum pernah dikaji untuk menilai keberkesannya kaedah mencari pola dalam
sifir pendaraban 7.
Selain itu, kajian tindakan ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah di bandar
Miri serta diperluas untuk sekolah di luar bandar. Tujuannya adalah untuk
mengenalpasti kesan dari perbezaan situasi pembelajaran, gaya hidup, persepsi warga
serta pelajar-pelajar di kawasan luar bandar dengan pembelajaran di bandar.
Kajian tindakan ini juga disarankan bahawa boleh dilakukan di sekolah
mengikut perisian untuk membandingkan keberkesanan pembelajaran antara kelas
kecerdasan tinggi dengan kelas kecerdasan rendah.
Tambahan pula, juga diharapkan bahawa soalan struktur dalam soal selidik
haruslah adalah secara positif dalam persepsi pelajar. Contohnya, “Saya mempunyai
sikap keyakinan diri dalam pembelajaran Matematik.” Hal ini penting untuk
mengelakkan kekeliruan pelajar terhadap soalan-soalan yang ditujukan terutamanya
kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam pemahaman Bahasa Inggeris supaya pelajar
tidak akan bersikap pesimistik. Situasi ini biasanya berlaku di bangku sekolah kerana
pelajar masih belum mentah dalam pemikiran mereka.
18 

 
Jacqueline Tiong & Lu Chung Chin 

RUMUSAN

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian tindakan yang melihat kepada
keyakinan peserta terhadap pembelajaran Matematik dan pencapaian penguasaan
sifir pendaraban 7 untuk peserta Tahun Empat setelah diajar dengan menggunakan
Kaedah Mencari Pola dan juga melihat keberkesanan kaedah yang digunakan.
Dapatan kajian telah dapat menjawab objektif dan persoalan kajian. Dari segi
pencapaian keyakinan peserta terhadap pembelajaran Matematik, didapati pada
keseluruhannya hasil kajian mendapati bahawa peserta menunjukkan peningkatan
dalam keyakinan mereka terhadap pembelajaran Matematik seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2 dan Jadual 6, berbanding dengan keputusan yang ditunjukkan pada
Jadual 5 sebelum kajian tindakan dilaksanakan.
Dari segi pencapaian penguasaan sifir pendaraban 7 juga telah menunjukkan
peningkatan dalam markah ujian pasca berbanding dengan markah ujian pra. Secara
keseluruhannya, terdapat 90% orang peserta telah menunjukkan peningkatan
manakala hanya terdapat 10% orang peserta yang menunjukkan tidak ada sebarang
perubahan dalam skor ujiannya.
Dapatan ini memerlukan kajian yang seterusnya dengan mengambil kira
cadangan penambahbaikan oleh guru bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian
seterusnya yang mungkin tertumpu kepada permasalahan mengapa wujudnya
perbezaan pencapaian pelajar dalam penguasaan sifir pendaraban 7 perlu diberikan
perhatian.
Keberkesanan Kaedah Mencari Pola yang dikaji telah menunjukkan bahawa
pada keseluruhannya peserta bersetuju menyatakan bahawa kaedah tersebut sesuai
digunakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang memerlukan
penambahbaikan seperti tempoh masa perlaksanaan kaedah, bilangan pelajar dalam
sesuatu kelas dan juga bilangan tenaga pengajar. Guru-guru juga perlu memainkan
peranan yang lebih aktif dan kreatif dalam menjalankan aktiviti pengayaan dan
pengukuhan.
Pada kesimpulannya, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa Kaedah
Mencari Pola yang digunakan berkesan untuk meningkatkan keyakinan pelajar
terhadap pembelajaran Matematik serta meningatkan pencapaian penguasaan dalam
sifir pendaraban 7.

19 

 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010) 

RUJUKAN
Ashcraft, M. H., Kirk, E. P., & Hopko, D. (1998). On The Cognitive Consequences Of
Mathematics Anxiety. In C. Donlan (Ed.), The Development Of Mathematical Skills
(pp.175-196). London: UCL Press.
Bolaji, C. 2005: A Study Of Factors Influencing Students’ Attitude Towards Mathematics In The
Junior Secondary Schools; Mathematics teaching in Nigeria.
Retrieved on Nov. 2005 [Online] Available: http://www2.ncsu.edu/ncsu/aern/bolajim.html. [2010,
August 19]
Gerard J. Fogarty, Patrica Cretchley, Chris Harman et al. (1999). Validation Of A Questionnaire To
Measure Mathematics Confidence, Computer Confidence, And Attitudes To the Use of
Technology For Learning Mathematics, University of Southern Queensland.
Jean McNiff & Jack Whitehead. (2006). All You Need To Know About Action Research, SAGE \
Publications Ltd.
Kolasa KM & Miller MG (1996). New Developments In Mathematics Education Using Multimedia
Presentation Technology. J. Math. Educ., 28:7-13.
Steel, S., & Funnell, E. (2001). Learning multiplication facts: A study of children taught by discovery
methods in England. Journal of Experimental Child Psychology, 79(1), 37-55.
YARA, Philias Olatunde. (2009). Students Attitude Towards Mathematics and Academic Achievement
in Some Selected Secondary Schools in Southwestern Nigeria. European Journal of Scientific
Research Vol.36 No.3 (2009), pp.336-34
Available: http://www.eurojournals.com/ejsr_36_3_02.pdf.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
1 2
Email: jacqthoeding14885@yahoo.com, adyabc@gmail.com

20 

 
KAJIAN TINDAKAN UNTUK MEMBANTU PESERTA TAHUN 4
MEMAHAMI HUBUNGAN INVERSI ANTARA
PENDARABAN DAN PEMBAHAGIAN

ANNIE SONG HIE MING1


ROFIZAH REHOT2

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membantu peserta menemui dan memahami hubungan inversi antara
pendaraban dan pembahagian. Kajian ini dilaksanakan di kalangan peserta Tahun 4 yang
berprestasi lemah bagi topik yang berkenaan dengan pendaraban dan pembahagian. Prestasi
peserta adalah ditentukan melalui ujian diagnostik dan 5 orang peserta telah dipilih bagi
mereka yang mendapat keputusan markah dalam lingkungan 0-40 (%). Instrumen yang
digunakan dalam kajian ialah ujian penghafalan sifir 2 hingga 9, ujian pra, ujian pasca I, II,
III dan borang soal selidik. Ujian penghafalan sifir 2 hingga 9 dan ujian pra diberi kepada 5
orang peserta sebelum kajian dilaksanakan. Ujian pasca I dibagi kepada peserta setelah segi
tiga Multi-Vision digunakan untuk mengajar dan membimbing peserta untuk mencari
hubungan inversi antara pendaraban dan pembahagian ataupun “fakta keluarga” daripada
nombor-nombor yang diberi. Selepas itu, segi tiga Multi-Vision akan digunakan semula
bersamaan dengan pengaplikasian strategi pembelajaran penemuan di kalangan peserta
diikuti dengan ujian pasca II and III. Borang soal selidik akan diberi kepada peserta dan
diisi untuk tujuan refleksi sewaktu kajian itu selesai. Data daripada kajian ini akan
dianalisis melalui aspek-aspek frekuensi dan peratusan. Keputusan kajian ini menunjukkan
kesan positif kepada prestasi peserta yang menjurus kepada pembelajaran matematik dalam
penguasaan hubungan inversi pendaraban dan pembahagian.

ABSTRACT
The aim of this research was to help participants to discover and understand the inverse
relationship between multiplication and division. This research had been implemented
among Year 4 participants with weak performance for the related topics of multiplication
and division. Participants’ performance was clarified through the diagnostic test and 5
participants were selected from 29 pupils in a class who had obtained the marks between
the range of 0-40 (%). The instruments used to collect information for this research were
memorization test of multiplication tables 2 to 9, pre-test, post-test I, II, III and interview
form. Memorization test of multiplication tables 2 to 9 and pre-test were given to the 5
participants before carrying out the research. Then, post-test I would be given to the
participants after the Multi-Vision Triangle had been used to teach and guide participants
to find out the inversion between multiplication and division or the “fact family” from the
given numbers. After that, the Multi-Vision Triangle was implemented again together with
the application of Discovery Learning strategy among the participants followed by post-test
II and III. Interview form would give to participants to fill in once the research had
completed for reflective purpose. The data of the research would be analyzed through the
aspects of frequency and percentage. The result of the research had shown the positive
impact to participants’ performance toward mathematics learning in mastering the
inversion between multiplication and division.
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

PENDAHULUAN

Pelaksanaan kajian ini adalah untuk membantu peserta menyedari dan


memahami hubungan inversi antara pendaraban dan pembahagian. Sewaktu
murid-murid belajar mengenai pendaraban dan pembahagian, mereka biasanya
hanya mengingati langkah dan formula untuk menyelesaikan sesuatu soalan tanpa
memahaminya. Cikgu mengajar matematik yang sedia ada daripada menekankan
pemahaman dalam penyelesaian matematik (Freudenthal, 1973 seperti yang
dinyatakan dalam Armanto, 2002).
Ini menyebabkan sebahagian besar murid kurang memahami kedua-dua
operasi tersebut apatah lagi menyedari tentang hubungan inversi antara
pendaraban dan pembahagian di mana kedua-duanya adalah berkaitan rapat antara
satu dengan yang lain. Apabila murid-murid memahami konsep inversi kedua-dua
operasi ini, mereka akan mendapati bahawa pembelajaran pendaraban dan
pembahagian adalah menyenangkan sekiranya mereka tahu tentang konsep dan
“fakta keluarga” bagi nombor-nombor antara pendaraban dan pembahagian.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini menekankan pemahaman peserta terhadap hubungan inversi


antara pendaraban dan pembahagian. Ini dapat meningkatkan pemahaman peserta
Tahun 4 terhadap operasi pendaraban dan pembahagian dan bukannya membantu
mereka menguasai sifir pendaraban 2 hingga 9.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk:


i. Mengenal pasti sama ada segi tiga Multi-Vision dapat membantu peserta
mengetahui hubungan inversi antara pendaraban dan pembahagian.
ii. Menganalisis keberkesanan penggunaan strategi pembelajaran penemuan oleh
peserta untuk memahami hubungan inversi antara pendaraban dan pembahagian.

Persoalan kajian adalah seperti berikut:


i. Adakah segi tiga Multi-Vision dapat membantu peserta mengetahui konsep
inversi pendaraban dan pembahagian?
ii. Sejauh mana strategi pembelajaran penemuan membantu meningkatkan
pemahaman peserta terhadap konsep inversi pendaraban dan pembahagian?

KUMPULAN SASARAN

5 orang peserta telah dipilih daripada sebuah sekolah rendah di Miri.


Mereka adalah peserta Tahun 4 dari kelas yang sama. Kajian ini tidak mempunyai
penekanan khusus tentang jantina, bangsa, latar belakang keluarga dan status
ekonomi peserta.

22
Annie Song Hie Ming & Rofizah Rehot

Penyertaan penuh peserta adalah penting dan respon para peserta akan
dinilai dari semasa ke semasa dalam keseluruhan proses kajian ini. Maklumat
peserta bagi kajian ini adalah seperti berikut:

o Jantina : 4 perempuan dan seorang lelaki


o Umur : 10 tahun
o Kelas : 4 Bestari
o Tahap / Kemampuan: lemah

PROSEDUR TINDAKAN

Pada mulanya, peserta perlu menyelesaikan ujian penghafalan sifir 2


hingga 9 dalam masa 30 minit diikuti dengan ujian pra. Masa yang diberi untuk
menyelesaikan ujian pra ialah 30 minit juga.
Pada kitaran pertama, proses pengajaran dan pembelajaran tentang konsep
inversi pendaraban dan pembahagian melalui segi tiga Multi-Vision akan
dilaksanakan dalam lingkungan masa 1 jam. Selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran, ujian pasca I diberikan kepada peserta yang akan
menyelesaikannya dalam masa 30 minit.
Untuk kitaran kedua, strategi pembelajaran penemuan akan diterapkan di
mana peserta mencari hubungan inversi antara ketiga-tiga nombor keluarga fakta
diri sendiri melalui bantuan bahan manipulatif, iaitu segi tiga Multi-Vision.
Peserta akan menulis tiga nombor keluarga fakta atas kad yang diberi dan mencari
hubungan inversi nombor-nombor tersebut selari dengan kad simbol pendaraban
dan pembahagian tanpa bimbingan daripada guru.
Seterusnya, peserta mencari hubungan inversi bagi nombor-nombor
keluarga fakta yang lain. Ini membantu untuk meningkatkan pemahaman peserta
terhadap konsep inversi pendaraban dan pembahagian. Dalam sesi ini, guru hanya
berperanan sebagai fasilitator dan menyemak hubungan inversi yang ditemui oleh
para peserta. Kemudian, peserta diberikan 30 minit untuk menyelesaikan ujian
pasca II.
Pada kitaran ketiga, para peserta akan menyelesaikan ujian pasca III, iaitu
kertas terakhir dalam kajian ini. Tujuannya adalah untuk mengetahui setakat mana
penguasaan peserta terhadap konsep inversi pendaraban dan pembahagian
berdasarkan pemahaman dan pengetahuan mereka yang sebelumnya tanpa
memerlukan bantuan manipulatif.
Akhir sekali, peserta perlu mengisi borang temubual yang terdiri daripada
10 soalan. Temubual ini dijalankan bertujuan untuk menilai hasil kajian ini di
kalangan peserta. Hasil temubual boleh dijadikan sebagai rujukan bagi penyelidik
di masa depan nanti.

CARA PENGUMPULAN DATA

Data atau maklumat untuk kajian ini dikumpul melalui ujian penghafalan
sifir 2 hingga 9, ujian pra, ujian pasca I, II, III dan borang temubual. Semua ujian

23
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

ini diberikan selepas ujian diagnostik. Ujian diagnostik digunakan untuk memilih
peserta yang diperlukan dalam pelaksanakan kajian ini.
Ujian penghafalan adalah terdiri daripada sifir 2 hingga 9. Peserta perlu
menjawab soalan-soalan ujian ini dalam tempoh masa 30 minit. Untuk ujian pra,
peserta perlu menjawab 20 soalan matematik yang berkaitan dengan konsep
inversi untuk operasi pendaraban dan pembahagian. Struktur soalan untuk ujian
pasca I dan II adalah sama dengan ujian pra. Soalan bagi ketiga-tiga ujian ini
dipastikan berada dalam tahap yang sama dan sesuai dengan kemampuan peserta.
Ujian pasca III mempunyai 10 soalan matematik yang juga menekan
kepada konsep hubungan inversi pendaraban dan pembahagian. Masa yang
diperuntukan untuk peserta menyiapkan setiap keempat-empat ujian itu adalah 30
minit. Untuk sesi temubual, peserta perlu mengisi borang temubual yang terdiri
daripada 10 soalan yang perlu dijawab dengan jawapan dalam bentuk “Ya” atau
“Tidak”.

CARA MENGANALISIS DATA

Data kajian ini dianalisis berdasarkan keputusan ujian penghafalan sifir 2


hingga 9, ujian pra dan ujian pasca I, II, III. Ujian penghafalan melibatkan sifir 2
hingga 9 dan digunakan untuk mengetahui sejauh mana peserta menguasai sifir-
sifir tersebut. Ujian ini bagi membantu pengkaji mengetahui masalah peserta
dalam penguasaan sifir tertentu.
Ujian pra bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman peserta
terhadap konsep inversi pendaraban dan pembahagian. Melalui ujian pra, dapat
diketahui sama ada peserta sedar atau tidak akan hubungan inversi bagi kedua-dua
operasi pendaraban dan pembahagian.
Ujian pasca I diberikan kepada peserta dalam sesi kitaran pertama. Mereka
akan melengkapi ujian pasca I selepas sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru
dengan penggunaan bahan manipulatif, iaitu segi tiga Multi-Vision. Ujian pasca I
dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana segi tiga Multi-Vision
membantu para peserta mendalami konsep inversi untuk operasi pendaraban dan
pembahagian.
Seterusnya, pemahaman peserta terhadap hubungan inversi pendaraban
dan pembahagian akan dikenal pasti melalui ujian pasca II. Ujian ini diberikan
pada kitaran kedua melalui aplikasi strategi pembelajaran penemuan. Peserta akan
mencari hubungan inversi antara beberapa set nombor keluarga fakta diri sendiri
berdasarkan pengetahuan mereka yang sebelumnya mengenai pendaraban dan
pembahagian. Ujian pasca II membantu pengkaji mengenal pasti keberkesanan
pelaksanaan strategi pembelajaran penemuan dan penggunaan segi tiga Multi-
Vision dalam mengukuhkan lagi pemahaman peserta tentang konsep inversi.
Dalam kitaran ketiga pula, peserta harus menyelesaikan ujian pasca III
tanpa bergantung pada bahan manipulatif (Multi-Vision Triangle). Tujuannya
adalah untuk memastikan sama ada peserta sudah dapat menguasai konsep inversi
atau tidak.

24
Annie Song Hie Ming & Rofizah Rehot

Temubual dijalankan pada sesi akhir kajian ini. Peserta akan memberi
pandangan mereka mengenai subjek matematik dan proses keseluruhan kajian
tersebut. Setiap maklumat dan hasil daripada sesi temubual amat penting kerana
ianya merupakan sumber yang berguna bagi seseorang penyelidik untuk
merenung kembali tentang aspek-aspek yang perlu diubahsuai ataupun
dipertingkatkan lagi dalam kajian yang telah dilaksanakan itu.

DAPATAN KAJIAN

Carta 1: Peratusan penguasaan peserta 1 hingga 5 dalam ujian pra, ujian pasca I
dan II.

25
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Carta 2: Peratusan penguasaan peserta 1 hingga 5 dalam ujian pasca III.

Carta 1 menunjukkan dapatan kajian mengenai peratusan penguasaan


peserta 1 hingga 5 dalam ujian pra, ujian pasca I dan II. Carta 2 pula adalah
berkenaan dengan peratusan penguasaan ujian pasca III bagi peserta 1 hingga 5
masing-masing. Keputusan keempat-empat ujian bagi setiap peserta diperjelaskan
dalam jadual berikut.

Peserta
1 2 3 4 5
Ujian (%)

Ujian Pra 85 35 60 60 40

Ujian Pasca I 80 20 55 75 35

Ujian Pasca II 100 70 55 65 40

Ujian Pasca III 100 100 100 100 100

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Perbandingan ini dibuat berdasarkan keputusan peserta dalam ujian pra,


ujian pasca I, ujian pasca II yang terdiri daripada 20 soalan dan juga ujian pasca
III yang mempunyai 10 soalan. Tujuannya adalah untuk menganalisis prestasi
setiap peserta dan sebab bagi mereka untuk memiliki keputusan ujian tersebut
masing-masing.

26
Annie Song Hie Ming & Rofizah Rehot

Peserta 1:
Dalam ujian pra dan ujian pasca I, kesalahannya lebih kepada soalan
pembahagian. Ujian pasca I mempunyai satu soalan berkenaan sifir 12. Dia belum
menguasai sifir 12 dengan sepenuhnya kerana murid-murid sekolah rendah hanya
belajar sifir 2 hingga 9 sahaja. Hal ini menyebabkan dia kehilangan 5 markah
dalam ujian ini (1 soalan = 5 markah). Segi tiga Multi-Vision membantu peserta 1
lebih jelas dengan konsep inversi pendaraban dan pembahagian. Pemahamannya
diperkukuhkan melalui pelaksanaan strategi pembelajaran penemuan bersama
dengan penggunaan segi tiga Multi-Vision. Hal ini terbukti daripada
keputusannya yang sangat baik (100%) dalam ujian pasca II.

Peserta 2:
Dia belum menguasai sifir 2 hingga 9 dan banyak menggunakan kaedah
penambahan berulang untuk menjawab soalan-soalan ujian yang diberikan itu.
Ketika memperkenalkan segi tiga Multi-Vision, peserta 2 belum jelas dengan
operasinya. Situasi ini menyebabkan dia tidak mengerti tentang konsep inversi
yang disampaikan dan mendapat keputusan yang tidak baik untuk ujian pasca I.
Namun, dia menunjukkan peningkatan prestasi yang tinggi dalam ujian pasca II
(70%) dan mempunyai keputusan yang baik dalam ujian pasca III (100%). Hal ini
demikian kerana pemahamannya diperkukuhkan ketika dia belajar mencari
hubungan inversi antara pendaraban dan pembahagian melalui strategi
pembelajaran penemuan bersama dengan penggunaan segi tiga Multi-Vision.

Peserta 3:
Dia menulis sifir yang berkaitan di atas kertas ujian dan juga
menggunakan kaedah penambahan berulang dalam menyelesaikan soalan-soalan
ujian. Kaedah ini boleh menyelesaikan soalan ujian yang diberi tetapi memerlukan
masa yang lama. Peserta 3 kurang berminat untuk mempelajari konsep inversi
pendaraban dan pembahagian. Motivasi perlu ditekankan untuk peserta 3 dalam
pembelajaran konsep inversi kerana ianya merupakan suatu aspek penting yang
harus diketahui oleh murid-murid ketika mereka belajar mengenai topik
pendaraban dan pembahagian.

Peserta 4:
Berdasarkan keputusannya dalam ujian pasca I, segi tiga Multi-Vision
telah membantunya untuk mempunyai pemahaman yang lebih jelas tentang
hubungan inversi antara pendaraban dan pembahagian selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan konsep tersebut. Ini boleh diperlihatkan
melalui peningkatan keputusannya dalam ujian pasca I berbanding dengan ujian
pra. Peserta 4 menunjukkan sedikit penurunan dalam keputusan ujian pasca II.
Kesalahan yang dilakukannya lebih kepada soalan pembahagian juga. Tidak ada
masalah baginya untuk mengaplikasikan strategi pembelajaran penemuan dalam
pembelajaran konsep inversi pendaraban dan pembahagian. Dia dapat menemui
beberapa set hubungan inversi antara 3 nombor keluarga fakta oleh diri sendiri.

27
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Peserta 4 hanya perlu berusaha lebih untuk menguasai sifir-sifir yang berkait rapat
dengan konsep pembahagian.

Peserta 5:
Peserta 5 memahami konsep inversi melalui perlaksanaan segi tiga Multi-
Vision dan strategi pembelajaran penemuan tetapi dia mudah melupai apa yang
dia pelajari selepas itu. Peserta 5 yang belum menguasai sifir juga
menyebabkannya memperoleh keputusan sedemikian. Tanpa dinafikan bahawa
dia juga menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan-soalan pembahagian.
Peserta 5 memerlukan lebih banyak masa dan latihan untuk mengingati dan
menguasai konsep inversi pendaraban dan pembahagian. Pada masa yang sama,
adalah perlu memastikan bahawa peserta 5 telah memahami fakta-fakta asas untuk
kedua-dua operasi itu. Memahami fakta-fakta asas membantunya untuk
menguasai konsep inversi dengan lebih mudah. Bimbingan yang lebih diperlukan
oleh peserta 5 juga.
Menurut Robinson (n.d.), pembelajaran mengenai pendaraban dan
pembahagian adalah lebih lambat daripada penambahan dan penolakan. Hal ini
menyebabkan murid menjadi kurang mempraktik tentang pendaraban dan
pembahagian berbanding dengan operasi penambahan dan penolakan. Akibatnya,
pelajar yang kurang pendedahan terhadap pendaraban dan pembahagian adalah
kurang jelas dengan hubungan antara pendaraban dan pembahagian. Operasi
pendaraban dan pembahagian lebih kompleks. Oleh sebab itu, hubungan inversi
antara pendaraban dan pembahagian adalah lebih sukar difahami berbanding
dengan penambahan dan penolakan.
Reys et al. (2007) menyatakan bahawa murid tidak belajar fakta
pendaraban dan pembahagian secara berasingan. Mereka belajar fakta
pembahagian 72 ÷ 8 = 9 dengan menghubungkaitkannya dengan fakta pendaraban
8 × 9 = 72. Ini menunjukkan pembahagian adalah berkait rapat dengan
pendaraban dan tidak mungkin untuk memisahkan kedua-dua operasi tersebut
(Troutman & Lichtenberg, 2003).
Secara keseluruhannya, kelima-lima peserta dapat mengetahui dan
memahami hubungan inversi antara pendaraban dan pembahagian pada akhir
kajian ini. Peserta-peserta sendiri dapat menemui beberapa set hubungan inversi
antara 3 nombor dan ini memberi mereka idea tentang “fakta keluarga” juga.
“Fakta keluarga” adalah hubungan pendaraban dan pembahagian antara tiga
nombor yang berkaitan (Mackie, 2010). Pemahaman konseptual mengenai ”fakta
keluarga” akan membantu murid mevisualisasikan hubungan antara pendaraban
dan pembahagian (Oswego City School District Elementary Test Prep Center
Studyzone.org, 2001-2010). Pemahaman para peserta boleh terbukti melalui
keputusan mereka yang baik dalam ujian pasca III (100%).
Strategi pembelajaran penemuan adalah pembelajaran berasaskan
konstruktivis. Murid akan menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang sedia
ada untuk mengetahui fakta-fakta dan hubungan baru yang dipelajari (Bruner,
1915). Dengan itu, dapatan kajian menunjukkan keberkesanan penggunaan
strategi pembelajaran penemuan dan segi tiga Multi-Vision untuk membantu

28
Annie Song Hie Ming & Rofizah Rehot

peserta memahami konsep inversi bagi kedua-dua operasi pendaraban dan


pembahagian seperti yang diterapkan dalam objektif kajian ini.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Beberapa aspek telah disarankan untuk kajian ini. Pertama, kajian ini
boleh dijalankan untuk satu kelas dan bukan untuk beberapa orang peserta sahaja.
Keputusan yang diperolehi daripada satu kelas adalah lebih tepat dan ini akan
menjamin keberkesanan kajian tersebut.
Kedua, kajian ini adalah untuk peserta Tahun 4 dan pengkaji hanya boleh
mengetahui prestasi untuk peserta Tahun 4 sahaja. Dengan itu, kajian ini
dicadangkan agar boleh dijalankan di kalangan murid-murid Tahun 3 untuk
mengetahui masalah mereka dan tahap pemahaman mereka terhadap konsep
inversi pendaraban dan pembahagian memandangkan murid-murid Tahun 3 sudah
mempelajari sifir 2 hingga 9.
Kajian ini boleh dijalankan bagi murid-murid Tahun 2 juga. Penyelidik
hanya perlu menngubahsuaikan tahap soalan tersebut kerana murid-murid Tahun
2 hanya mempelajari sifir 2 hingga 5 dalam sukatan pelajaran mereka. Situasi ini
membolehkan seseorang penyelidik mengetahui tahap pemahaman murid-murid
Tahun 2 terhadap kedua-dua operasi itu dan membantu mereka yang mempunyai
kesukaran dalam penguasaan sifir 2 hingga 5 sebelum mereka menjurus ke sifir 6
hingga 9 nanti.
Ketiga, para peserta dalam kajian ini adalah mereka yang berprestasi
rendah. Hal ini demikian kerana kajian ini bertujuan untuk membantu peserta
yang memiliki prestasi yang lemah dalam pembelajaran subjek matematik dan
memberi panduan kepada mereka untuk memahami dan menguasai hubungan
inversi pendaraban dan pembahagian.
Kajian tersebut juga boleh dilaksanakan di kalangan para peserta yang
mempunyai prestasi belajar yang berbeza dalam pembelajaran mereka. Ini
membolehkan penyelidik mengetahui keberkesanan pengaplikasian segi tiga
Multi-Vision dan strategi pembelajaran penemuan dalam mempelajari konsep
inversi antara peserta berdasarkan tahap kemampuan belajar yang berlainan.
Keempat, kajian ini boleh diaplikasikan untuk murid-murid dari sekolah
luar bandar dan pedalaman. Penyelidik akan mempunyai kesempatan untuk
menilai prestasi murid-murid luar bandar dan pedalaman dalam penguasaan
konsep inversi melalui segi tiga Multi-Vision dan strategi pembelajaran penemuan.
Penyelidik juga dapat mengetahui sejauh mana segi tiga Multi-Vision dan strategi
pembelajaran penemuan membantu murid-murid luar bandar dan pedalaman
dalam mempelajari dan menguasai konsep inversi pendaraban dan pembahagian.
Kelima, pemikiran strategi lain yang boleh dilaksanakan untuk
memperjelaskan lagi konsep inversi untuk fakta pendaraban ialah
“commutativity” strategi (axb=bxa). Hasil pendaraban adalah sama tanpa
mengambil kira urutan faktor-faktor pendaraban itu. Strategi untuk pendaraban ini
juga diterapkan dalam operasi tambahan (a+b=b+a). Dengan itu, “commutativity”

29
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

strategi merupakan strategi asal untuk membantu pelajar mempelajari fakta


pendaraban (Reys et al., 2007).
Seperti yang kita tahu, pembahagian adalah operasi pembalikan
pendaraban. Sewaktu menyelesaikan soalan pembahagian, murid harus mencari
faktor yang belum diketahui apabila produk dan beberapa faktor lain yang telah
diberi. Ini menjelaskan bahawa pemahaman tentang fakta-fakta pembahagian
adalah sangat penting bagi seseorang murid. Ini memudahkan mereka untuk
menjawab soalan pembahagian dan mempunyai pemahaman yang lebih jelas
tentang sifat pembahagian dan hubungannya dengan operasi pendaraban.
“Think multiplication” adalah satu pendekatan produktif untuk belajar
operasi pembahagian. Jika murid jelas tentang fakta-fakta pendaraban, mereka
akan mendapatkan jawapan 54 ÷ 9 dengan memikirkan “9 darab dengan nombor
apa agar sama dengan 54”. Di sekolah, murid-murid terdedah kepada
pembelajaran pendaraban dahulu. Keadaan tersebut membolehkan murid-murid
menerapkan apa yang mereka ketahui dalam pembelajaran pembahagian
disebabkan hubungannya dengan fakta pendaraban.
Jadi, saranan keenam mengesyorkan penggunaan “Think multiplication”
kerana ianya merupakan strategi pemikiran cekap dalam memahami konsep
pembahagian. “Think multiplication” membantu murid-murid mengingati fakta
pendaraban dengan cepat dan juga merupakan prasyarat yang penting untuk
pembahagian cekap (Reys et al., 2007).
Dengan itu, “commutativity” strategi dan “Think multiplication”
merupakan strategi pemikiran yang akan dipertimbangkan terlebih dahulu untuk
dipelajari oleh murid-murid dalam mempelajari fakta-fakta pendaraban dan
pembahagian. Strategi-strategi ini adalah pendekatan yang sangat berkesan bagi
murid-murid untuk memahami dan menyedari hubungan inversi pendaraban dan
pembahagian selain mempelajari fakta-fakta mengenai kedua-dua operasi ini.

RUMUSAN

Peserta mempunyai pandangan dan pemahaman yang jelas terhadap


konsep inversi melalui penggunaan segi tiga Multi-Vision. Namun,
pengaplikasian bahan manipulatif bersama dengan strategi pembelajaran
penemuan akan membantu mengukuhkan lagi pemahaman peserta tentang konsep
inversi yang ditekankan. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan keberkesanan
perlaksanaan strategi pembelajaran penemuan dan segi tiga Multi-Vision dalam
peningkatan penguasaan konsep inversi pendaraban dan pembahagian di kalangan
peserta.

30
Annie Song Hie Ming & Rofizah Rehot

RUJUKAN

Armanto, D. (2002). Teaching Multiplication and Division Realistically in Indonesian Primary


Schools: A Prototype of Local Instructional Theory. [Online]. Available:
http://doc.utwente.nl/58710/1/thesis_Armanto.pdf. [2010, June 23].
Bruner, J. (1915). Discovery Learning (Bruner). [Online]. Available:
http://www.learning theories.com/discovery-learning-bruner.html. [2010, June 24].
Mackie, B. (2010). Math Site. [Online]. Available:
http://www.bellaonline.com/articles/art57615.asp. [2010, August 13].
Oswego City School District. (2001-2010). Elementary Test Prep: Math 4 Test (Grades 3-4)
Inverse Operations. [Online]. Available:
http://www.studyzone.org/testprep/math4/k/inversel.cfm. [2010, August 13].
Reys, R. E., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., & Smith, N. L. (2007). Helping Children Learn
Mathematics, Eighth Edition. United States: John Wiley and Sons, Inc.
Robinson, K. M. (n.d.). A Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion
on Multiplication/Division Inversion Problems. [Online]. Available:
http://csjarchive.cogsci.rpi.edu/Proceedings/2006/docs/p2032.pdf. [2010, August 13].
Troutman, A. P., & Litchtenberg, B. K. (2003). Mathematics A Good Beginning, Sixth Edition.
United States: Thomson / Wadsworth Publishing.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1ann_ashm@hotmail.com, 2zunnurain@hotmail.com

31
KESAN PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK MAGIK
DALAM KEMAHIRAN MENDARAB
 
 
 
AZIZI SUBELI1
HU LAEY NEE2

ABSTRAK
Ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalam
Matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam sifir.
Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah kotak magik dalam
mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam
kemahiran mendarab. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa
pengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban.
Lima peserta dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, temubual, pemerhatian, dan dokumen.
Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati
bahawa kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian
pelajar dalam sifir 6 sehingga sifir 9, kemahiran mendarab, dan sikap pelajar. Dapatan
kajian juga menunjukkan terdapat lima masalah yang wujud berikutan dengan
pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru tentang
arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah kotak
magik, (2) peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina
kotak magik, (3) nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi ditulis
besar, (4) peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis
nombor dengan betul, dan (5) kesilapan dalam proses mengumpul semula.

ABSTRACT
Many students are facing the problems in learning the multiplication skills in
mathematics. This is caused by the pupils problem in the times tables. Thus, this study
was conducted to determine the effect of magic box method in learning times tables 6 to
9 and applied the method in multiplication skills. The researcher also reviewed the
problems that existed when the method is applied in solving problems involving
multiplication. Five participants are involved in this study. The instruments used in this
study are Pre-Test, Post Test, Progressive Test, interviews, observations, and
documents. The data collections were analyzed descriptively. The results showed that
the magic box method brought a positive impact on student achievement in times tables
6 to 9, multiplication skills and attitudes. The findings also shows that there are five
problems that exist due to the application of magic box method in learning
multiplication which are (1) participants confused about the direction of counting small
parcels while searching the answer using the magic box, (2) participants confused
where to start writing the number in constructing the magic box, (3) the number in the
box that should be written in small number was written in big number, (4) the
participants are careless in the process of adding two digits numbers and careless in
writing the numbers correctly, and (5) errors in the process of grouping.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk
dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasai
subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada

 
 
Azizi Subeli & Hu Laey Nee
 

pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju
dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi
memenuhi keperluan negara di masa hadapan. Dalam perubahan dasar tersebut, ia
turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik dianggap sebagai satu
subjek yang amat penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah
rendah.
Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dipelajari oleh murid-
murid. Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik kerana
menghadapi masalah dalam menguasai konsep operasi asas. Terdapat empat operasi
asas dalam Matematik. Operasi asas tersebut adalah tambah, tolak, darab, dan
bahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yang
menjadi fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran
tersebut. Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah sangat
penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih komplek di
dalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai subjek-
subjek lain seperti subjek Sains. Kemahiran matematik tidak hanya diaplikasi dalam
subjek Matematik. Sebaliknya, kemahiran matematik diaplikasi di dalam subjek-
subjek dan bidang-bidang lain termasuk dalam urusan seharian manusia.
Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang
sukar dikuasai murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan
murid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan
kemahiran mendarab. Pada dasarnya, punca masalah ini adalah kerana murid
bermasalah dalam menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan
“The number facts of multiplication are more difficult for some
students because the patterns are less obvious and the number are
larger. However, there are students who count the addition facts but
know the multiplication facts. This phenomena occurs because the
students are instruct to memorize the multiplication facts, but are
allowed to count the addition facts.”

FOKUS KAJIAN

Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu
bagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab kerana mereka
lemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak
adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini memfokus
kepada satu kaedah iaitu kaedah kotak magik dalam membantu murid untuk
menguasai sifir daripada sifir 6 sehingga sifir 9 seterusnya dapat menjawab soalan
pendaraban melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Pendekatan kaedah
kotak magik yang digunakan pengkaji dalam kajian ini ada diperkenalkan dalam
Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5 Kementerian Pelajaran Malaysia
(2004).
Kotak magik adalah grid yang mengandungi susunan nombor tertentu bagi
tujuan pendaraban. Kotak magik tersebut terdiri daripada sembilan petak. Dalam
petak-petak berkenaan, nombor-nombor tertentu disusun bagi tujuan pendaraban.
Pendaraban menggunakan kaedah kotak magik sebenarnya mengaplikasikan corak
nombor dalam memudahkan pendaraban kerana ia melibatkan susunan nombor yang
membentuk corak nombor yang tertentu. Berikut merupakan kotak magik bagi sifir 7
sehingga sifir 9.

33 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

2 4 6 1 2 3
4 2 2 4 6

8 0 2 4 5 6
4 3 1 1 3 5

4 6 8 7 8 9
5 3 1 2 4

Rajah 1: Kotak magik sifir 6 Rajah 2: Kotak magik sifir 7

2 4 6 1 2 3
7 6 5 8 7 6

8 0 2 4 5 6
4 4 3 5 4 3

4 6 8 7 8 9
2 1 2 1

Rajah 3: Kotak magik sifir 8 Rajah 4: Kotak magik sifir 9

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu:

a. Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah kotak magik terhadap


pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9.
b. Menilai keberkesanan kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran
mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit.
c. Mengenal pasti masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak
magik dalam menyelesaikan soalan darab melibatkan nombor 5 digit dengan
2 digit dan 1 digit.

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

a. Adakah pengaplikasian kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang


positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9?
b. Adakah kaedah kotak magik berkesan dalam membantu murid mempelajari
kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit
dan 1 digit?
c. Apakah masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak magik
dalam menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor 5 digit dengan 2
digit dan 1 digit?

34 
 
Azizi Subeli & Hu Laey Nee
 

KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 5 di sebuah
sekolah di Miri. Kajian ini melibatkan lima orang murid iaitu dua orang murid lelaki
dan tiga orang murid perempuan. Kesemua peserta yang terlibat dalam kajian ini
adalah berumur sebelas tahun.
Berdasarkan markah penilaian akhir tahun 2009, pencapaian peserta-peserta
kajian dalam subjek Matematik adalah dalam kategori sangat lemah di mana
kesemua peserta yang dipilih dalam kajian ini memperolehi markah kurang daripada
40%. Melalui maklumat daripada guru subjek Matematik yang mengajar mereka,
peserta-peserta ini merupakan murid yang memang dalam kategori lemah di dalam
kelas mereka.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini berbentuk kajian tindakan dan pengkaji menggunakan model Kurt
Lewin sebagai panduan melaksanakan kajian. Model Kurt Lewin melibatkan lima
langkah utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan,
melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas
segala tindakan. Kerangka konseptual kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.
Dalam mengenal pasti aspek amalan, pengkaji telah mengenal pasti aspek
amalan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menemubual guru subjek Tahun 5
secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dan menganalisis markah penilaian akhir tahun 2009.
Selepas masalah dikenal pasti, satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah
telah direkabentuk. Tindakan seterusnya adalah memilih strategi untuk
menyelesaikan masalah yang wujud dan mengenal pasti instrumen bagi proses
pengumpulan data. Sebelum sesi rawatan dijalankan, pengkaji telah menjalankan
Ujian Pra ke atas peserta-peserta kajian.
Langkah seterusnya adalah memberi rawatan menggunakan strategi yang
telah ditentukan. Dalam langkah ini, kaedah kotak magik telah dipilh oleh pengkaji
bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Rawatan bagi kitaran pertama
melibatkan lima sesi manakala rawatan bagi kitaran kedua hanya melibatkan dua
sesi. Langkah seterusnya bagi memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut
model Kurt Lewin adalah membuat penilaian terhadap strategi yang telah dipilih dan
dijalankan ke atas peserta kajian. Tujuan penilaian tersebut adalah bagi menentukan
keberkesanan strategi atau rawatan yang telah diberikan terhadap peserta. Penilaian
bagi kajian ini dibuat dengan menganalisis data mengikut alat kajian yang telah
ditetapkan.
Selepas membuat penilaian, langkah seterusnya dalam model Kurt Lewin
adalah membuat refleksi terhadap rawatan yang telah diberikan terhadap peserta
kajian. Selepas mengambil kira data yang telah dikumpul dan keputusan daripada
data yang telah dikumpul, pengkaji meneruskan satu lagi kitaran bagi
penambahbaikan dan untuk mengatasi masalah yang wujud dari kitaran pertama.
Selepas kelemahan dalam kitaran pertama itu dikenalpasti, pengkaji menjalankan
kitaran kedua. Penggunaan strategi diperbaiki dalam kitaran kedua. Strategi yang
diperbaiki adalah dari segi bagaimana membina kotak magik dengan pantas,
penekanan kepada saiz kotak magik yang sesuai dan penekanan dalam membuat
anak panah yang lebih sesuai bagi mengelak kekeliruan.

35 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

MENGENAL PASTI ASPEK MERANCANG


AMALAN ‐ Menyelesaikan masalah
‐ Pernyataan masalah dengan menggunakan kaedah
a. Temubual tidak rasmi kotak magik.
b. Pemerhatian tidak berstruktur ‐ Pengumpulan data
c. Analisis markah Ujian Akhir a. Ujian Pra
Tahun 2009. b. Ujian Pasca
  c. Ujian Progresif
d. Temubual
e. Pemerhatian
f. Dokumen

Kitaran
Seterusnya TINDAKAN/IMPLEMENTASI
‐ Melaksanakan strategi yang
telah dipilih

REFLEKSI

- Menganalisis dan menilai MELIHAT KESAN TINDAKAN


- Membuat refleksi mengenai ‐ Menganalisis data
keberkesanan tindakan menggunakan;
berdasarkan data yang dikumpul a. Ujian Pra
  b. Ujian Pasca
c. Ujian Progresif
d. Temubual
e. Pemerhatian
f. Dokumen
 

(Diadaptasi dari Bahagian Pendidikan Guru, 2002)


Rajah 5: Kerangka Konseptual

CARA PENGUMPULAN DATA

 Dalam kajian ini, enam instrumen telah digunakan pengkaji untuk membuat
pengumpulan data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, Temubual,
Pemerhatian, dan dokumen.
Ujian Pra mengandungi seratus soalan berkenaan dengan sifir 2 sehingga sifir
9 diberikan kepada peserta dimana soalan tidak mengikut urutan sifir tertentu
manakala Ujian Pasca mengandungi seratus soalan yang hanya melibatkan sifir 6
sehingga sifir 9. Namun begitu, bagi menguji kebolehan peserta kajian dalam sifir 6
sehingga sifir 9 hanya 48 soalan sahaja yang terlibat. Oleh itu, terdapat soalan-soalan

36 
 
Azizi Subeli & Hu Laey Nee
 

yang berulang dan tidak mengikut urutan sifir yang berkenaan. Bagi Ujian Progresif,
hanya lima soalan yang telah dikemukakan. Soalan Ujian Progresif ini melibatkan
soalan pendaraban nombor 5 digit dengan 1 digit dan 2 digit.
Bagi instrumen temubual, sembilan soalan temubual telah digunakan oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap penggunaan
kaedah kotak magik dalam mempelajari sifir dan kemahiran mendarab. Dalam kajian
ini juga, pemerhatian telah dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian yang digunakan adalah berbentuk pemerhatian tidak berstruktur.
Perkara yang diperhatikan adalah seperti sikap dan kesilapan peserta dalam
mengaplikasikan kaedah kotak magik. Selain itu, dokumen dalam bentuk hasil kerja
peserta kajian iaitu latihan juga merupakan sebahagian daripada data dalam kajian
ini. Hasil kerja peserta disemak dan dianalisis bagi mengesan masalah yang timbul
semasa penggunaan strategi kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran
mendarab.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam kajian ini dianalisis menggunakan peratusan
dan min. Setiap soalan membawa pemberat sebanyak 1%. Bagi menentukan markah
setiap peserta, kaedah yang digunakan adalah dengan menentukan sama ada peserta
menjawab setiap soalan dengan jawapan yang betul atau salah. Setiap soalan yang
dijawab salah akan menyebabkan markah ditolak 1%. Ujian Progresif dalam kajian
ini juga dianalisis menggunakan peratusan dan min. Setiap soalan membawa
pemberat 20%. Markah yang diperolehi peserta adalah ditentukan melalui sama ada
jawapan yang diberikan adalah betul atau salah.
Data yang diperolehi melalui temubual telah dianalisis berdasarkan respon
peserta-peserta kajian. Pengkaji akan menilai sama ada peserta memberikan maklum
balas yang positif ataupun negatif terhadap setiap soalan yang diajukan. Bagi
menganalisis hasil pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji akan menilai sama
ada murid menunjukkan minat atau tidak terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji juga menganalisis apakah kesilapan yang
dilakukan murid dalam menjawab soalan pendaraban. Proses memerhati kesilapan
murid dalam menjawab soalan pendaraban dilakukan semasa murid membuat
latihan.
Hasil kerja peserta sepanjang kajian dianalisis untuk mengesan masalah yang
timbul semasa penggunaan strategi kaedah kotak magik dalam mempelajari
kemahiran mendarab. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh peserta dalam
menjawab soalan dinilai dan ditemakan mengikut jenis kesilapan yang sama.

DAPATAN KAJIAN

Kesan Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Terhadap Pencapaian

Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam
kitaran pertama kajian.

37 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Jadual 1: Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pasca 1(%) Perbezaan Markah (%)
P1 51 97 46
P2 64 93 29
P3 62 100 38
P4 50 87 37
P5 76 92 16

Daripada Jadual 1, didapati bahawa terdapat perbezaan markah yang telah


dicapai oleh kesemua peserta kajian. Perbezaan adalah positif dimana berlaku
peningkatan markah oleh kesemua kelima-lima peserta kajian. Bagi peserta P1,
peningkatan markah yang dicapai adalah sebanyak 46%, peserta P2 adalah sebanyak
29%, peserta P3 adalah sebanyak 38%, peserta P4 adalah sebanyak 37% , dan peserta
P5 adalah sebanyak 16%.

Jadual 2: Markah Ujian Pasca bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Peserta Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%) Perbezaan Markah (%)
P1 97 94 3
P2 93 89 4
P3 100 100 0
P4 87 98 11
P5 92 100 8

Jadual 2 menunjukkan perbandingan markah Ujian Pasca kitaran pertama


dengan kitaran kedua kajian. Dalam ujian tersebut, seorang peserta mengekalkan
markah yang sama, dua orang peserta telah mencapai peningkatan markah manakala
dua orang peserta telah mencapai penurunan markah. Peserta P1 dan peserta P2 telah
memperolehi penurunan markah iaitu sebanyak 3% bagi peserta P1 dan 4% bagi
peserta P2. Peserta P4 dan peserta P5 pula telah memperolehi peningkatan markah
iaitu sebanyak 11% bagi peserta P4 dan 8 % bagi peserta P5. Bagi peserta P3,
prestasi yang cemerlang telah dikekalkan dengan mendapat markah 100% dalam
Ujian Pasca bagi kedua-dua kitaran kajian.

Jadual 3: Markah Ujian Progresif bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Peserta Ujian Progresif 1 Ujian Progresif 2 Perbezaan Markah (%)


(%) (%)
P1 100 60 40
P2 60 100 40
P3 60 100 40
P4 60 60 0
P5 80 100 20

Jadual 3 menunjukkan perbandingan markah Ujian Progresif kitaran pertama


dan kitaran kedua kajian. Berdasarkan analisis data bagi Ujian Progresif seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3, tiga orang peserta telah mencapai peningkatan markah
dalam kedua-dua kitaran kajian, seorang peserta mengekalkan markah kitaran
pertama dalam kitaran kedua kajian, dan seorang peserta telah mencapai penurunan

38 
 
Azizi Subeli & Hu Laey Nee
 

markah kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Peserta yang mendapat
peningkatan markah adalah peserta P2 iaitu sebanyak 40%, peserta P3 sebanyak
40%, dan peserta P5 20%. Peserta yang mengekalkan markah kitaran pertama dalam
kitaran kedua adalah peserta P4 manakala peserta yang mendapat penurunan markah
pula adalah peserta P1. Markah yang dikekalkan peserta P4 dalam kedua-dua kitaran
kajian adalah 60% manakala penurunan markah yang dialami peserta P1 adalah
sebanyak 40%.

Jadual 4: Min markah setiap ujian

Jenis ujian Min (%)


Ujian Pra 60.6
Ujian Pasca kitaran pertama 93.8
Ujian Pasca kitaran kedua 96.2
Ujian Progesif kitaran pertama 72.0
Ujian Progresif kitaran kedua 84.0

Jadual 4 pula menunjukkan min markah bagi semua jenis ujian yang
dijalankan dalam kajian ini. Min markah yang dicapai oleh kelima-lima peserta
kajian dalam Ujian Pra adalah sebanyak 60.6% dan meningkat sehingga 93.8% dan
96.2% dalam Ujian Pasca kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Min markah
Ujian Progresif kitaran pertama pula adalah 72.0% dan meningkat sehingga 84.0 %
dalam kitaran kedua kajian. Jika dibuat perbandingan, berlaku peningkatan min
sebanyak 33.2% dalam Ujian Pra dengan Ujian Pasca kitaran pertama kajian. Min
markah Ujian Pasca telah meningkat lagi sebanyak 2.4% dalam kitaran kedua jika
dibandingkan dengan min markah kitaran pertama kajian. Jika dibuat perbandingan
Ujian Progresif pula, min markah telah meningkat sebanyak 12.0% bagi kedua-dua
kitaran kajian.

Kesan Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Dalam Mempelajari Kemahiran


Mendarab

Hasil analisis instrumen temubual dan pemerhatian mendapati pengaplikasian


kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran mendarab memberikan kesan
yang positif kepada peserta dimana kaedah tersebut berkesan dalam membantu
peserta dalam mempelajari kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit
dengan 2 digit dan 1 digit.
Daripada temubual didapati bahawa empat daripada lima peserta malas
menghafal sifir. Keempat-empat peserta tersebut menyatakan bahawa kaedah kotak
magik yang diperkenalkan dalam kajian ini mudah difahami, dapat memberi lebih
keyakinan dalam menjawab soalan pendaraban, dapat membantu menyelesaikan
soalan melibatkan operasi darab, mereka memahami dan suka menggunakan kaedah
tersebut, dapat menjawab soalan melibatkan operasi darab walaupun tidak hafal sifir,
dan mereka lebih berminat dengan subjek matematik setelah mempelajari kaedah
tersebut. Namun, seorang peserta yang rajin menghafal sifir menyatakan bahawa
kaedah kotak magik mudah difahami dan suka menggunakan kaedah tersebut tetapi
kaedah tersebut tidak menambah keyakinan beliau dalam menjawab soalan
pendaraban dan minat beliau terhadap subjek matematik tetap sama selepas
diperkenalkan dengan kaedah kotak magik.

39 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Hasil pemerhatian mendapati, peserta-peserta kajian telah menunjukkan sikap


yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka didapati lebih
berminat dan bermotivasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
disamping mereka nampak ceria dan seronok sepanjang preoses pengajaran dan
pembelajaran. Semua peserta juga didapati suka mempelajari subjek matematik
dimana mereka suka menghadiri kelas kajian dan mereka sentiasa patuh dengan
arahan guru. Apabila diberi arahan untuk menyelesaikan soalan di papan hitam,
mereka didapati berebut untuk pergi ke hadapan dan menyelesaikan soalan tersebut.

Masalah Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik

Hasil analisis data mendapati terdapat lima masalah yang wujud berikutan
pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban melibatkan nombor 5 digit
dengan 2 digit dan 1 digit. Masalah-masalah tersebut adalah:
1. Peserta keliru tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan
menggunakan kaedah kotak magik.
2. Peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak
magik.
3. Peserta menulis nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi
ditulis besar.
4. Peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis
nombor dengan betul.
5. Peserta melakukan kesilapan dalam proses mengumpul semula yang seterusnya
menyebabkan jawapan akhir menjadi salah.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Daripada dapatan kajian didapati bahawa pengaplikasian kaedah kotak magik


telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6
sehingga sifir 9. Kesan ini ditunjukkan melalui dapatan bahawa berlaku peningkatan
dalam min markah dalam semua jenis ujian yang dijalankan kepada peserta kajian
dalam kedua-dua kitaran kajian. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Yusniza
Mohamad Yusoff (2004) dan Rizal Jusoh (2005) dimana berlaku peningkatan dalam
Ujian Pra dan Ujian Pasca setelah kajian dijalankan ke atas responden.
Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah kotak magik adalah berkesan
dalam membantu murid mempelajari kemahiran mendarab melibatkan nombor 5
digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit. Hasil analisis temubual dan pemerhatian
yang mendapati setelah diperkenalkan dengan kaedah kotak magik, peserta yang
tidak hafal sifir lebih seronok, ceria, dan suka mempelajari subjek matematik.
Mereka juga didapati yakin bahawa kaedah tersebut dapat membantu mereka
menyelesaikan soalan darab walaupun mereka tidak hafal sifir. Dapatan ini adalah
selaras dengan dapatan Faddren Jingan (2006) yang mendapati kaedah yang
diperkenalkannya dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Matematik. Hasil
kajian ini juga senada dengan dapatan Aida Ibrahim (2006) yang mendapati telah
berlaku peningkatan dari segi minat, sikap, dan pencapaian murid dalam Matematik
setelah tindakan dijalankan ke atas responden kajiannya.
Melalui analisis, dirumuskan bahawa terdapat lima masalah dalam
pengaplikasian kaedah kotak magik dalam menyelesaikan soalan darab yang
melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Masalah-masalah berkenaan
adalah berhubungkait dengan arah menghitung petak kecil, tempat mula menulis

40 
 
Azizi Subeli & Hu Laey Nee
 

nombor semasa membina kotak magik, saiz nombor, proses penambahan dua
nombor dan menulis nombor dengan betul, dan kemahiran mengumpul semula.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian lanjutan, beberapa cadangan telah disarankan seperti berikut:

1. Kajian boleh dilanjutkan kepada murid-murid dalam tahun lain seperti Tahun 4
dan Tahun 3 memandangkan kajian ini hanya melibatkan murid Tahun 5.
2. Kaedah kotak magik ini boleh dilanjutkan kepada sifir 2 sehingga sifir 9
memandangkan kajian ini hanya melibatkan sifir 6 sehingga 9 untuk tahap murid-
murid yang berbeza.
3. Pengaplikasian kaedah kotak magik ini boleh dilanjutkan untuk melibatkan
pendaraban menggunakan digit pendarab yang lebih besar.

RUMUSAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan kaedah kotak
magik dalam mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah
tersebut dalam kemahiran mendarab. Hasil analisis kajian, didapati kaedah kotak
magik telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian dan sikap pelajar.
Kajian ini juga telah mengesan beberapa masalah yang timbul dalam
mengaplikasikan kaedah kotak magik.

RUJUKAN
Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melalui
Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13.
Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan  Untuk
Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam  database ERIC Digital
Dissertations. [Online]. Available: http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/
search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0
=Alternative+Math+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExtSe
arch_SearchType_0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accno=E
D376355&_nfls=false. [2010, Mac 23].
Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah  Sifir dalam
Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan
Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16. 
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rizal Jusoh. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Sambil
Belajar dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun 2005. Diterbitkan oleh
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan Maktab Perguruan Perlis:
Maktab Perguruan Perlis, 173-185.
Yusniza Mohamed Yusoff. (2004). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Angka Melebihi 2 Digit
Dengan 2 Digit Bagi Murid-murid Tahun 4. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004: Maktab
Perguruan Perlis, 115-127.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1ajiji87@yahoo.com, 2huln1234@gmail.com

41 
 
“MAGIC NUMBER MEMORIZATION”:
SATU TEKNIK MENGUASAI
SIFIR DARAB TUJUH

YONG BING SING1


LU CHUNG CHIN2

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau sikap pembelajaran murid
sebelum dan semasa pelaksanaan “Magic Number Memorization,” mengenal pasti
faktor-faktor utama murid sekolah rendah gagal menghafal sifir darab serta
membandingbezakan markah murid dalam ujian sifir sebelum dan selepas
mempelajari strategi “Magic Number Memorization.” Penyelidikan tindakan ini telah
dilaksanakan sebanyak dua kitaran dalam masa empat minggu. Seramai empat orang
murid Tahun 4A di sebuah sekolah rendah bahagian Miri telah dipilih sebagai
responden kajian ini. Sikap responden terhadap strategi “Magic Number
Memorization” dikaji melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Faktor-faktor
utama responden gagal menghafal sifir darab diselidik melalui soal selidik dan temu
bual. Pencapaian responden dalam ujian sifir dinilai melalui ujian pra dan ujian pasca.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memiliki sikap pembelajaran yang
positif semasa pembelajaran strategi “Magic Number Memorization.” Faktor-faktor
utama responden gagal menghafal sifir ialah pengurusan masa dan tempat serta faktor
peribadi. Hasil kajian menunjukkan 75% responden telah mencapai peningkatan
markah dalam ujian sifir selepas pembelajaran strategi “Magic Number
Memorization.”

ABSTRACT
This action research was carried out to investigate the pupils’ attitude before and
during the implementation of Magic Number Memorization method, identify the main
factor(s) of pupils failing to memorize multiplication tables and distinguish any
difference in pupils’ scores for the multiplication table test before and after learning
Magic Number Memorization method. This action research was carried out for two
cycles within four weeks. There were four participants from class Year 4A in a
primary school in Miri had been chosen. The participants’ attitude towards the
learning strategy Magic Number Memorization was investigated through survey,
interview and observation. The main factor(s) of participants failing to memorize
multiplication tables was identified via survey and interview. The achievement of
participants in the multiplication table test was assessed by pretest and post-test. The
research findings showed that the participants had positive attitudes during the
implementation of Magic Number Memorization method. The main factors of students
failing to memorize multiplication tables were time and place management and
personal factor. The research findings illustrated that 75% of the participants had
shown improvement in multiplication table test after the learning of Magic Number
Memorization method.

PENDAHULUAN

Di Malaysia, Matematik merupakan mata pelajaran teras di sekolah rendah.


Seperti yang ditegaskan oleh Curriculum Development Centre (PKK) (2006),
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menfokuskan penimbaan ilmu murid dalam
konsep asas. Dengan itu, Matematik sekolah rendah Malaysia menekankan empat
konsep operasi asas, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Sifir darab diperkenalkan
kepada murid sekolah rendah semasa Tahun 2. Mengikut Ellis-Christensen (2010),
sifir darab terbentuk daripada titik pertemuan dua nombor pada satu grid yang
mempunyai aksi-x dan aksi-y.
Yong Bing Sing & Lu Chung Chin

FOKUS KAJIAN

Antara keempat-empat operasi asas Matematik, operasi darab dan bahagi


selalunya merupakan kelemahan utama murid sekolah rendah. Fokus kajian ini adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, iaitu mengukur tahap penguasaan sifir darab
di kalangan murid sekolah rendah dan sejurus membantu mereka menguasai sifir tujuh
dengan strategi “Magic Number Memorization.” Dengan itu, pencapaian mereka
dalam ujian sifir akan meningkat serta kemahiran aritmetik mereka untuk darab dan
bahagi juga dipertingkatkan. Berdasarkan Principle and Standard For School
Mathematic (NCTM, 2000), Matematik merupakan satu bidang integrasi
pembelajaran. Dengan menguasai fakta asas Matematik, ini akan menyenangkan
pembelajaran murid tidak kira dalam Matematik atau subjek lain.
Dengan itu, satu strategi pembelajaran “Magic Number Memorization” telah
diperkenalkan kepada murid dalam penyelidikan tindakan ini. Ia merupakan satu idea
yang dimodifikasi dari kajian Faddreen Jingan (2006) yang bertemakan Kaedah
Mudah Sifir. Pertama, dapatkan satu kad magik yang berpetak sembilan. Isikannya
dengan nombor asas 1 hingga 9 (rujuk Rajah 2.1). Kemudian, isikan nombor magik
untuk baris pertama dengan 0, 1, 2 dari kiri ke kanan (Rajah 2.2). Seterusnya, isikan
nombor magik untuk baris kedua dengan 2, 3, 4 (rujuk Rajah 2.3) dan diikuti oleh
baris ketiga dengan 4, 5, 6 (rujuk Rajah 2.4). Akhirnya, semua nombor dalam
sembilan petak tersebut merupakan sifir darab tujuh.

Rajah 1: Kerangka konseptual penyelidikan tindakan

7 4 1 07 14 21 07 14 21 07 14 21

8 5 2 8 5 2 28 35 42 28 35 42

9 6 3 9 6 3 9 6 3 49 56 63

2.1 2.2 2.3 2.4

Rajah 2: Proses menambahkan nombor magik bagi “Magic Number Memorization”

43
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian adalah:

1. Meninjau sikap pembelajaran murid sebelum dan semasa pembelajaran strategi


“Magic Number Memorization.”
2. Mengenal pasti faktor-faktor utama murid gagal menghafal sifir.
3. Membandingbezakan markah murid dalam ujian sifir sebelum dan selepas
pembelajaran strategi “Magic Number Memorization.”

Soalan kajian adalah:

1. Bagaimanakah sikap pembelajaran murid sebelum dan semasa pembelajaran


strategi “Magic Number Memorization?”
2. Apakah faktor-faktor utama murid gagal menghafal sifir?
3. Adakah perbezaan markah murid dalam ujian sifir sebelum dan selepas
pembelajaran strategi “Magic Number Memorization?”

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini adalah empat orang responden yang terpilih
daripada 42 orang murid Tahun 4A di sebuah sekolah rendah bahagian Miri.
Responden-responden ini dipilih tanpa mengira faktor jantina, namun tahap
penguasaan mereka bagi Matematik dan sifir darab adalah hampir sama.

PROSEDUR TINDAKAN

Penyelidikan tindakan ini mengaplikasikan kedua-dua pendekatan kualitatif


dan kuantitatif. Ia dilaksanakan secara dua kitaran dalam masa empat minggu melalui
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sebelum waktu persekolahan dan
waktu sit-in dengan adanya kebenaran dari pihak sekolah.
Langkah-langkah dalam prosedur tindakan adalah berasaskan model Kurt
Lewin (Mok, 2010). Pengumpulan data awal dibuat dengan temu bual lisan ringkas
dengan guru Matematik sekolah, diikuti kajian terhadap keputusan ujian pertengahan
semester murid dan hasil kerja murid. Lepas itu, satu kuiz sifir dua hingga sembilan
telah diberikan kepada semua murid Tahun 4A. Masa peruntukan kuiz ini adalah 15
minit. Berdasarkan keputusan kuiz, empat orang murid telah dipilih sebagai
responden. Kemudian, temu bual fasa 1 diadakan dengan responden dan diikuti oleh
soal selidik.
Sebelum ujian pra diberikan, satu ujian rintis diadakan di kalangan murid
Tahun 4B untuk menjangka masa peruntukan ujian. Selepas itu, strategi pembelajaran
“Magic Number Memorization” diperkenalkan. Strategi ini dijalankan dengan bantuan
objek konkrit, iaitu kad magik. Seterusnya, ujian pasca 1 diberikan kepada para
responden. Ini merupakan langkah-langkah dalam kitaran pertama yang
mengutamakan pembelajaran sahaja (McNiff and Whitehead, 2006).
Dalam kitaran kedua, satu penambahbaikan dan pengukuhan untuk strategi
“Magic Number Memorization” telah dilaksanakan. Diikuti ialah ujian pasca 2 dan
temu bual fasa 2. Kitaran kedua penyelidikan tindakan ini menumpukan perhatian
pada reaksi dan tindakan lanjutan responden terhadap strategi pembelajaran baru
(McNiff and Whitehead, 2006).

44
Yong Bing Sing & Lu Chung Chin

CARA PENGUMPULAN DATA

Soal selidik

Borang soal selidik ini diubahsuai daripada Gardner (2004) dan disemak oleh
penyelia sebelum ditadbir untuk meningkatkan kesahihan dan kebolehpercayaannya.
Terdapat empat dimensi yang mengandungi lima item masing-masing dalam borang
ini. Empat dimensi tersebut ialah kepercayaan murid terhadap kegunaan sifir,
pengurusan masa dan tempat, pengaruh luar dan faktor peribadi responden. Soal
selidik ini merangkumi 20 item berbentuk negatif dan ditadbir mengikut Skala Likert
dengan skala 5 poin. Pemeringkatan kesesuaian item merujuk kepada pemeringkatan
skala Likert dibahagikan kepada skala 1 (sangat setuju), skala 2 (setuju), skala 3 (tidak
pasti), skala 4 (tidak setuju) dan skala 5 (sangat tidak setuju). Jumlah skor minimum
bilangan nombor skala ialah 100 manakala skor maksimum ialah 500. Semasa
pentadbiran soal selidik, item soal selidik dibaca kepada responden untuk memastikan
kesahihan dan kebolehpercayaan data yang dikumpul daripada responden.

Temu bual

Temu bual secara berkumpulan telah diadakan di kalangan responden. Terdapat


lima soalan dalam temu bual fasa 1 dan dua soalan dalam temu bual fasa 2. Temu bual
fasa 1 telah diadakan sebelum soal selidik agar kebolehpercayaan jawapan yang
diberikan oleh responden lebih tinggi. Manakala temu bual fasa 2 diadakan selepas
ujian pasca 2. Rekod anekdot yang diubah suai daripada Gonzalez-Mena (2005)
digunakan dalam sesi temu bual. Sebelum rekod anekdot ditadbirkan, pemeriksaan
penyelia telah dilaksanakan untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaannya.

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dilaksanakan dengan bantuan rekod anekdot seperti yang


digunakan dalam instrumen temu bual. Pemerhatian ini merangkumi lima aspek, iaitu
perhatian, penyertaan, kepatuhan, hasil kerja dan mimik muka responden. Setiap
aspek merangkumi tiga ciri-ciri masing-masing seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Aspek dan ciri-ciri responden


Aspek Ciri-ciri
Perhatian Tumpuan mata, tidak bercakap, tidak bermain
Penyertaan “Hands on”, tidak membuat kerja lain, berbincang
dengan kawan
Kepatuhan Mengisi nombor asas, mengisi nombor magik,
menunjukkan hasil kerja kepada guru
Hasil kerja Urutan nombor 1 – 9 yang betul, nombor magik yang
betul, senarai sifir darab tujuh yang betul
Mimik muka Senyum, tidak menguap, tidak mengerutkan kening

Ujian pra dan ujian pasca

Ujian ini diberikan dalam bentuk kertas dan pensel sebelum dan selepas
pembelajaran strategi “Magic Number Memorization.” Setiap kertas ujian dirujuk dan

45
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

diperiksa oleh penyelia untuk menjamin kesahihan dan kebolehpercayaanya. Terdapat


9 soalan sifir darab tujuh dalam ujian pra dan ujian pasca 1 dengan masa peruntukan
sebanyak 30 saat. Manakala untuk ujian pasca 2, terdapat 30 soalan sifir darab tujuh
dan masa peruntukannya ialah satu minit.

CARA MENGANALISIS DATA

Soal selidik

Untuk mengkaji sikap pembelajaran responden sebelum pembelajaran strategi


“Magic Number Memorization,” terlebih dahulu mengira jumlah bilangan skala 1, 2,
3, 4 dan 5 masing-masing. Kemudian, dapatkan jumlah besar nombor skala dan skor
minnya. Terdapat lima nilai sempadan markah untuk skor min seperti dalam Jadual 2.
Untuk mencari faktor utama yang mempengaruhi responden gagal menghafal
sifir, carikan hasil tambah semua skala dan skor minnya untuk setiap dimensi.
Dimensi dengan jumlah skor min yang paling rendah merupakan faktor utama
kegagalan responden.

Jadual 2: Nilai sempadan skor min untuk soal selidik


Nilai sempadan skor min 1.0 – 1.8 1.9 – 2.6 2.7 – 3.4 3.5 – 4.2 4.3 – 5.0
Sangat Sangat
Sikap pembelajaran Lemah Memuaskan Baik
lemah baik

Temu bual

Hasil temu bual untuk kedua-dua fasa dijadualkan.

Pemerhatian

Hasil pemerhatian dianalisis berdasarkan lima aspek. Responden akan


dikategorikan sebagai mengamalkan sesuatu aspek itu dalam proses pembelajarannya
jika mereka berjaya menunjukkan sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri-ciri
dalam setiap aspek tersebut.

Ujian pra dan ujian pasca

Formula untuk pengiraan markah bagi ujian pra dan ujian pasca adalah
manakala untuk ujian pasca 2 pula adalah , n mewakili bilangan
soalan yang dijawab dengan betul. Untuk lulus ujian tersebut, responden dikehendaki
mendapatkan sekurang-kurangnya 40% dan ke atas. Perbandingan markah antara ujian
pra dan ujian pasca 1 serta antara ujian pasca1 dan ujian pasca 2 dibuat. Skor min dan
sisihan piawai untuk markah ujian juga dikira. Nilai sempadan untuk markah ujian
adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Nilai sempadan untuk markah dan gred ujian


Nilai sempadan markah 0% - 39% 40% - 59% 60% - 79% 80% - 100%
Gred Lemah Baik Sangat baik Cemerlang

46
Yong Bing Sing & Lu Chung Chin

DAPATAN KAJIAN

Soal selidik

Berdasarkan data yang terkumpul bagi bilangan nombor setiap skala, skor
minnya adalah 2.7875. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa responden mempunyai
sikap yang memuaskan sebelum pembelajaran strategi “Magic Number
Memorization.” Manakala berdasarkan Jadual 4, dimensi pengurusan masa dan tempat
mempunyai skor min yang terendah (min 9.25). Boleh dikatakan bahawa pengurusan
masa dan tempat merupakan faktor utama responden gagal menghafal sifir.
Bilangan nombor skala 1 ialah 25 1 x 25 = 25
Bilangan nombor skala 2 ialah 12 2 x 12 = 24
Bilangan nombor skala 3 ialah 17 3 x 17 = 51
Bilangan nombor skala 4 ialah 7 4 x 7 = 28
Bilangan nombor skala 5 ialah 19 5 x 19 = 95
Jumlah 22 + 24 + 51 + 28 + 95 = 223
223
Min = 2.7875
20 × 4

Jadual 4: Skor min bagi setiap dimensi dalam soal selidik


Min
Kepercayaan murid terhadap kegunaan sifir 12.25
Pengurusan masa dan tempat 9.25
Pengaruh luar 17.00
Peribadi 18.00

Temu bual

Berdasarkan hasil temu bual fasa 1 dalam Jadual 5, kesemua responden


menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Matematik dan sifir darab. Terdapat dua
responden mengatakan bahawa mereka menggunakan cara menghafal dengan otak
manakala dua orang responen lagi mengatakan bahawa mereka menggunakan jari
tangan untuk mengira dan mendapatkan hasil darab yang diingini. Sebab-sebab yang
diberikan oleh mereka bagi kegagalan dalam penghafalan sifir adalah lebih cenderung
kepada faktor peribadi. Sifir termudah bagi keempat-empat responden adalah berbeza
namun terdapat dua orang responden menyatakan sifir tujuh merupakan sifir tersusah.
Berdasarkan hasil temu bual fasa 2 dalam Jadual 6, responden menunjukkan
respon yang lebih aktif dan giat. Penterjemahan bahasa telah berkurang dalam sesi ini
berbanding dengan sesi pertama. Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan
dalam sesi ini adalah lebih kurang sama dengan sesi pertama. Kedudukan responden
untuk sesi temu bual ini telah bertukar untuk mengurangkan peluang mereka bercakap
dan bermain semasa temu bual dijalankan. Keempat-empat responden menyuarakan
kesukaan mereka terhadap sifir darab. Mereka berpendapat bahawa strategi “Magic
Number Memorization” amat menarik minat mereka dengan keunikan dan kegunaan
kad magik yang boleh dijadikan sebagai penanda buku. Pandangan responden
disokong oleh teori Piaget di mana kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun akan
belajar secara maksimum dengan adanya objek konkrit (Bhattacharya and Han, 2001).
Semua responden lebih menggemari strategi baru berbanding yang lama.

47
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Jadual 5: Hasil temu bual fasa 1


1 2 3 4 5
Soalan
Termudah Tersusah
Responden Susah, malas
Ya Ya 2 7 Hafalan otak
1 mengira
Responden Pengiraan
Ya Ya 10 7 Pelupa
2 jari tangan
Responden Susah, malas
Ya Ya 7 12 Hafalan otak
3 menghafal
Responden Pengiraan Banyak kerja rumah,
Ya Ya 5 8
4 jari tangan malas menghafal

Jadual 6: Hasil temu bual fasa 2


Soalan 1 2
Responden 1 Ya Strategi baru
Responden 2 Ya Strategi baru
Responden 3 Ya Strategi baru
Responden 4 Ya Strategi baru

Pemerhatian

Berdasarkan hasil pemerhatian dalam Jadual 7, kesemua responden


menumpukan perhatian mereka dalam kedua-dua kitaran kecuali Responden 1 yang
gagal menumpukan perhatiannya dalam kitaran pertama. Secara keseluruhannya,
kesemua responden melibatkan diri dengan giat dan aktif dalam kedua-dua kitaran
kecuali Responden 3 yang gagal memenuhi aspek kepatuhan dalam kedua-dua kitaran
Responden 3 bercakap dengan kawan sebelah, tidur di atas meja dan bermain seorang
diri. Pada akhir sesi untuk kedua-dua kitaran, semua responden dapat menunjukkan
hasil kerja mereka kecuali Responden 3 yang gagal menyiapkan kerjanya dalam
kitaran pertama. Sepanjang dua kitaran ini, hanya seorang responden sahaja yang
menunjukkan wajah gembira dalam kitaran pertama manakala dalam kitaran kedua,
terdapat tiga orang responden menunjukkan wajah yang gembira.

Jadual 7:Hasil pemerhatian semasa pelaksanaan “Magic Number Memorization”


Aspek Kitaran Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4
1 0 / / /
Perhatian
2 / / / /
1 / / / /
Penyertaan
2 / / / /
1 / / 0 /
Kepatuhan
2 / / 0 /
1 / / 0 /
Hasil kerja
2 / / / /
1 ☺
Mimik muka
2 ☺ ☺ ☺
Ujian pra dan ujian pasca

Jadual 8 menunjukkan rumusan pencapaian markah responden dalam ujian, N


ialah bilangan responden. Berdasarkan Jadual 8, terdapat 50% responden lulus ujian

48
Yong Bing Sing & Lu Chung Chin

pra, 75% lulus ujian pasca 1 dan 100% lulus ujian pasca 2. Pada masa yang sama,
bilangan responden yang mendapat gred cemerlang dalan ketiga-tiga ujian semakin
bertambah manakala yang mendapat gred lemah pula semakin menurun. Dalam ujian
pasca 2, semua responden lulus. Secara keseluruhannya, semua responden
menunjukkan peningkatan markah sekiranya membandingkan markah mereka dalam
ujian pra dengan ujian pasca 2.
Jadual 9 menunjukkan bahawa skor min mereka untuk ketiga-tiga ujian ini
semakin bertambah manakala sisihan piawai mereka pula semakin menurun.
Memandangkan nilai skor min bagi setiap ujian adalah lebih tinggi daripada sisihan
piawai, dengan itu, boleh dikatakan bahawa keputusan ini telah menepati dan
mencapai hasil pembelajaran yang diingini (Mills, 2003). Rajah 3 menunjukkan
pencapaian markah responden secara individu.

Jadual 8: Rumusan pencapaian markah responden dalam ujian


Ujian pra Ujian pasca 1 Ujia pasca 2
Gred (Markah)
N % N % N %
Cemerlang (80% - 100%) 0 0 1 25 3 75
Sangat baik (60% - 79%) 0 0 2 50 1 25
Baik (40% - 59%) 2 50 0 0 0 0
Lemah (0% - 40%) 2 50 1 25 0 0
Jumlah 4 100 4 100 10 100

Jadual 9: Skor min dan sisihan piawai markah ujian


Ujian Min Sisihan piawai
Ujian pra 30.25 16.50
Ujian pasca 1 64.00 23.12
Ujian pasca 2 81.75 13.62

Rajah 3: Perbandingan markah ujian

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan soal selidik menunjukkan skor min keseluruhan ialah 2.7875.
Boleh dikatakan bahawa responden mempunyai sikap pembelajaran yang memuaskan
sebelum pembelajaran “Magic Number Memorization.” Hasil dapatan temu bual

49
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

menunjukkan bahawa semua responden menunjukkan minat terhadap Matematik dan


sifir darab semasa pembelajaran strategi baru. Manakala hasil dapatan pemerhatian
menunjukkan para responden memberikan respon positif terhadap pembelajaran
strategi baru. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan Janting anak Ringkai (2005)
bahawa strategi alternatif selain hafalan memori klasik adalah lebih digemari
responden. Begitu juga dengan kajian See dan Siu (1992) yang menunjukkan hasil
dapatan yang mirip bahawa pengenalan strategi pembelajaran baru dapat
mengurangkan kebosanan murid dalam pembelajaran. Menurut Piotrowski (n.d.),
penggunaan alat bantu visual ialah salah satu wahana yang boleh meningkatkan daya
ingatan murid dalam pembelajaran. Dalam kajian ini, kad magik telah digunakan
sebagai alat bantu belajar. Secara keseluruhannya, Responden 3 mempunyai sikap
pembelajaran yang lebih lemah berbanding tiga orang responden lain. Pendek kata,
sebelum pembelajaran strategi “Magic Number Memorization”, responden
mempunyai sikap pembelajaran yang memuaskan manakala semasa pembelajaran
strategi “Magic Number Memorization”, responden menunjukkan sikap yang positif.
Berdasarkan keputusan soal selidik, dimensi pengurusan masa dan tempat
memberikan skor min yang terendah dan boleh dikatakan bahawa faktor ini ialah salah
satu faktor utama responden gagal menghafal sifir darab. Menurut hasil temu bual,
sebab-sebab yang diberikan oleh responden lebih cenderung kepada faktor peribadi.
Boleh dirumuskan bahawa faktor masa dan tempat adalah berkaitan rapat dengan
faktor peribadi responden. Kedua-duanya merupakan faktor-faktor utama kegagalan
responden. Seperti yang ditegaskan dalam teori Katz (1960), sikap seseorang individu
adalah bergantung kepada tujuan atau fungsi yang ingin dicapai. Perubahan sikap
seseorang individu adalah bergantung kepada kepercayaan dan perasaan dirinya.
Kajian Yeung dan Leung (n.d.) menegaskan kepentingan sikap dan perasaan murid
dalam proses pembelajaran mereka. Dengan itu, dapat dijangka bahawa sekiranya
strategi pembelajaran yang lebih menarik dan baru dapat diperkenalkan pada masa
dan tempat yang strategik, minat pembelajaran responden pasti akan meningkat.
Keputusan responden menunjukkan bahawa terdapat perbezaan markah yang
ketara antara ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Responden 2, 3 dan 4
menunjukkan peningkatan markah secara berterusan dan ketara. Responden 1
meningkatkan markahnya dalam ujian pasca 1 tetapi markahnya telah menurun sedikit
dalam ujian pasca 2. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Faddreen Jingan (2006)
yang menunjukkan dapatan bahawa tidak 100% responden menguasai sifir darab
tetapi semua responden menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan darab
selepas mempelajari Kaedah Mudah Sifir. Kajian Thesok Kumar (2009) menunjukkan
bahawa aktiviti ”hands-on” akan meningkatkan kemahiran pendaraban. Dalam
penyelidikan tindakan ini, semua responden meningkatkan pemarkahan mereka dalam
ujian pasca 2 berbanding ujian pra yang tanpa menggunakan kad magik.
Secara konklusinya, strategi “Magic Number Memorization” dapat membantu
responden mendapatkan sifir darab tujuh mengikut urutan memandangkan 100%
responden meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian pasca 2 berbanding ujian
pra. Namun, strategi ini nampaknya kurang efisyen bagi responden dalam
mendapatkan sifir darab tujuh secara rawak. Pada hakikatnya, responden sepatutnya
bukan sahaja pandai menghafal sifir, tetapi juga pandai mengaplikasikannya (Guskov,
2010). Menurut Mills (2003), triangulasi bermaksud penggunaan pelbagai instrumen
untuk menjawab persoalan kajian. Semua objektif dalam kajian ini dijawab tanpa
bergantung kepada satu instrumen sahaja. Kesemuanya berjaya dicapai dengan
pentadbiran soal selidik, pemerhatian, temu bual, ujian pra atau ujian pasca.

50
Yong Bing Sing & Lu Chung Chin

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk melancarkan pelaksanaan penyelidikan tindakan, adalah penting untuk


mengenal pasti punca kelemahan responden dan seterusnya mengatasinya supaya hasil
dapatan kajian mencapai tahap maksimum. Dalam kajian ini, kegagalan responden
dalam menyenaraikan sifir darab tujuh telah berjaya diatasi dengan menyenaraikan
nombor asas secara menegak setelah mengisikannya dalam kad berpetak. Seterusnya,
baru tambahkan nombor magik. Hasil kerja responden menunjukkan kehebatan
strategi ini setelah penambahbaikan berdasarkan kelemahan responden.
Kebolehpercayaan dapatan kajian akan meningkat sekiranya masa
pelaksanaannya dipanjangkan dan kelas tambahan berupa tuisyen yang menegaskan
pembelajaran sifir darab dapat diwujudkan. Sekiranya masa dapat dipanjangkan, sifir
darab lain turut berpeluang diperkenalkan kepada responden. Hal ini demikian kerana
cara mengorganisasikannya adalah berasaskan konsep yang sama.
Selain itu, batasan kajian wujud pada kejujuran dan keikhlasan responden
semasa pengumpulan data. Dengan itu, pelbagai instrumen kajian telah dijalankan
untuk meningkatkan kesahihan dan kebolehpercayaan dapatan kajian bagi setiap
objektif kajian (Nahid Golafshani, 2003). Jika terdapat seorang pembantu yang dapat
merekodkan video sepanjang pelaksanaan strategi “Magic Number Memorization” ini,
data terkumpul akan lebih boleh dipercayai dan tepat. Selain itu, dapatan kajian akan
lebih boleh dipercayai sekiranya sampel kajian dapat dipertambahkan atau kajian ini
dapat digeneralisasikan kepada kelas lain sebagai kelas kawalan.
Untuk kajian lanjutan, pembelajaran kooperatif boleh dilaksanakan. Kaedah
pembelajaran ini akan membolehkan responden saling membantu dan berkongsi idea
dalam proses pembelajaran mereka. Justeru itu, tahap pembelajaran respoden akan
mencapai maksimumnya berbanding dengan pembelajaran individu (Mafune, 2009).

RUMUSAN

Penyelidikan tindakan ini berjaya dijalankan untuk meninjau sikap


pembelajaran responden sebelum dan semasa pelaksanaan strategi “Magic Number
Memorization”, mengenal pasti faktor-faktor utama kegagalan responden dalam
menghafal sifir darab dan membandingbezakan pencapaian markah responden dalam
ujian sifir sebelum dan selepas mempelajari “Magic Number Memorization.” Batasan
utama penyelidikan tindakan ini ialah kesuntukan masa pelaksanaan. Penyelidikan
pembelajaran strategi “Magic Number Memorization” dalam menguasai sifir darab
lain boleh dilanjutkan sebagai panduan kepada guru-guru sekolah dan penyelidik lain
dalam mempertingkatkan tahap penguasaan sifir darab murid sekolah rendah.
RUJUKAN

Bhattacharya, K. and Han, S. (2001). Piaget and cognitive development. In M. Orey (Ed.), Emerging
perspectives on learning, teaching, and technology. [Online]. Available: http://www.coe.uga.e
du/epltt/piaget.htm. [2007, March 8]
Curriculum Development Centre. (2006). Integrated Curriculum for Primary Schools - Curriculum
Specification Mathematics Year 5. Putrajaya: Ministry of Education Malaysia.
Ellis-Christensen, T. (2010). What is a Multiplication Table? [Online]. Available: http://www.squidoo.c
om/multiplication. [2010. March 15]
Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir. Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan IPTAR. Sarawak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-
16.
Gardner, R. C. (2004). Attitude/Motivation Test Battery: International AMTB Research Project.
[Online]. Available: http://publish.uwo.ca/~gardner/docs/englishamtb.pdf. [2010, July 31]

51
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Guskov, V. (2010). Times Tables – Myths and Reality. [Online]. Available: http://www.edarticle.com/k
-12-subject-areas/mathematics/times-tables-a%80-myths-and-reality.html. [2010, July 21]
Gonzalez-Mena, J. (2005). Resources for Observation and Reflection. Boston: McGraw Hill.
Janting anak Ringkai. (2005). Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-murid Tahun 5
Menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10. [Online]. Available: http://www.ipbl.edu.my/BM/penyeli
dikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janting.pdf. [2010, July 20]
Katz, D. (1960). The Functional Approach to -the Study of Attitudes, Public Opinion Quarterly
[Abstract]. 24, 163-204. Retrieved from http://poq.oxfordjournals.org/cgi/content/abstract/24/
2/163. [2010, July 20]
Mafune, P. (2009). Teaching and Learning Model. [Online]. Available: http://hagar.up.ac.za/catts/learn
er/cooplrn/B3a.htm. [2009, July 28]
McNiff, J. and Whitehead, J. (2006). All You Need To Know About Action Research, London: Sage
Publications.
Mills, G. E. (2003). Action Research A Guide For The Teacher Researcher. (Second Edition). New
Jersey: Pearson Education.
Mok, Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nahid Golafshani. (2003, December). Understanding Reliability and Validity in Qualitative Research.
[Online]. Available: http://peoplelearn.homestead.com/Med HOME/QUALITATIVE/Reliab.V
ALI DITY.pdf. [2010, 15 July]
National Council of Teachers of Mathematics. (2000). Standards for School Mathematics. [Online].
Available: http://standards.nctm.org/document. [2010, January 25]
Piotrowski, N. (n.d.). How traditional memorization and recitation techniques help students develop
strong cognitive abilities. [Online]. Available: http://www.helium.com/items/1655149memoriz
ation-recitation-techniques-cognitive-abilities-children-skills. [2010, July 1]
See, Shing Yeung and Siu, Fai Liu. (1992). Helping Primary Pupils Memorize the Multiplication Table
[Abstract]. 3(1), 79-86. [Online]. Available: http://www.fed.cuhk.edu.hk/ceric/pej/0301/03010
79.htm. [2010, June 10]
Thesok Kumar.(2009). Action Research for the Effective Ways to Improve the Multiplication Skills of
Year 3 Students. [Online]. Available: http://thesok19.blogspot.com/2009/05/action-research-
for-effective-waysto.html. [2010, January 25]
Yeung, Kim Wai Thomas and Leung, Hing Keung. (n.d.) New ideas in teaching the Multiplication
Table in Primary Mathematics Education. [Online]. Available: http://math.unipa.it/~grim/AK
eung& Leun g.PDF. [2010, July 6]

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1yongbs7@hotmail.com, 2adyabc@gmail.com

52
MEMAHAMI KESAMAAN PECAHAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENOLAK PECAHAN WAJAR YANG BERBEZA PENYEBUT
DI KALANGAN MURID TAHUN EMPAT

EFFENDY NGAU1
ABU BAKAR ABDULLAH2

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran belajar
tentang penolakan pecahan wajar yang berlainan penyebut di kalangan murid Tahun
Empat. Kajian ini menggunakan perwakilan konkrit untuk mengajar pecahan setara.
Ia mengesan implikasi perwakilan tersebut terhadap pemahaman responden tentang
pecahan termasuk kebolehan responden untuk melakukan operasi tolak pecahan.
Responden kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun Empat dari dua buah
kelas yang berbeza. Mereka diajar berkaitan dengan unit dalam masa empat minggu.
Data telah dikumpul daripada Ujian Pra, Ujian Pasca, hasil kerja responden, soal
selidik dan temu ramah. Data dianalisis menggunakan kaedah kualitatif dan
kuantitatif. Kesemua item dikodkan untuk pemahaman presedur dan pemahaman
konsep dan dikategorikan mengikut tahap kecekapan. Kesemua item melibatkan
pecahan wajar dan penolakan pecahan dikodkan untuk pola kesalahan. Keputusan
menunjukkan responden mendapat skor markah yang tinggi selepas mempelajari
unit. Kajian ini membantu guru untuk mempertingkatkan kaedah pengajaran melalui
pembelajaran. Kesimpulan dibuat berkaitan bagaimana perwakilan konkrit
mempengaruhi pemahaman responden terhadap pecahan.

ABSTRACT
This action research was to enhance the learning skills of subtracting
proper fractions with different denominators among primary four pupils. This
research used concrete representations for teaching fraction equivalence. It traced
the implications of the representations on the respondent’s comprehension of
fractions as well as their ability to perform subtraction with fractions. The
respondents in the research were five primary four pupils from two different classes.
They were taught about the unit in approximately four weeks. The data were
collected from pretest, posttests, respondents work samples, questionnaire and a
semi-structured interview. Qualitative and quantitative analyses were used to
analyze the data. Items were coded for procedural and conceptual understanding
and categorized into levels of proficiency. Items involving fraction equivalence and
subtraction with fractions were coded for error patterns. The result shown that
respondents scored higher marks in the posttest after learned the unit. This research
helped to improve teacher’s teaching method through learning. Conclusions were
drawn about how the concrete representations affected respondent comprehension
with fractions.

PENDAHULUAN

Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu


pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik iaitu
membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian. Matematik pada peringkat
sekolah rendah ialah satu matapelajaran asas semua murid dan ia menekankan
kepada kefahaman konsep, Bahasa Matematik dan penguasaan mengira serta
kemahiran penyelasaian masalah dalam situasi harian. Namun, terdapat juga di
kalangan murid masih tidak menguasai kemahiran dan konsep penolakan nombor
pecahan walaupun sudah berada di Tahun 6. Menurut Driver (1986), pemahaman
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

konsep sedia pada seseorang murid adalan antara perkara asas yang penting. Dalam
pembelajaran Matematik, terdapat beberapa konsep dan kemahiran asas yang perlu
dikuasai bagi memastikan seseorang itu boleh menyelesaikan masalah Matematik
(Wheeler, 1993).
Kelemahan dalam Matematik adalah disebabkan oleh kegagalan untuk
menguasai kemahiran asas yang diperlukan terutamanya yang melibatkan empat
operasi asas, membuatkan pengiraan tanpa memahami konsep Matematik yang
dipelajari. Dari pengalaman lalu, pendekatan yang digunakan kebanyakan guru
adalah berbentuk ‘chalk and talk’ dan berpusatkan guru. Alat bantu mengajar
sememangnya sukar didapati dan jarang digunakan oleh guru semasa pengajaran.
Diharapkan melalui perbincangan di dalam kertas ini dapat membantu para pendidik
melihat dengan lebih jelas dan menghayati masalah yang dihadapai oleh murid dalam
mempelajari konsep pecahan setara dan kemahiran menolak nombor pecahan. Para
pendidik diharapkan agar dapat memikirkan dan merancang tindakan yang
bersesuaian untuk membantu murid mempelajari topik ini di semua peringkat.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan tinjauan awal iaitu melalui penelitian terhadap hasil kerja murid
di dalam buku kerja dan buku latihan, penyelidik memfokuskan kajian tindakan ini
terhadap pemahaman responden dalam menguasai pecahan setara dan penolakan
nombor pecahan wajar yang berbeza penyebut. Ini bagi membantu mereka
menguasai konsep dan kemahiran yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Ini
kerana terdapat ramai murid Tahun 4 yang masih belum menguasai kemahiran tolak
pecahan dan antara sebabnya adalah kerana salah faham terhadap konsep tolak
nombor pecahan. Pecahan menjadi satu halangan besar bagi ramai murid kerana
kurikulum lebih menumpukan kepada simbol dan operasi tanpa mendirikan
pemahaman konseptual yang kuat yang diperlukan dalam pecahan (Reys et al.,
2007).
Penggunaan perwakilan konkrit diaplikasikan dalam pengajaran tindakan
bagi memperkukuhkan pemahaman konsep nombor pecahan di kalangan responden
terutamanya yang melibatkan pecahan setara dan operasi tolak. Fokus kajian juga
merangkumi salah faham dan pola kesalahan yang dihadapi responden untuk
menguasai kemahiran yang melibatkan pemahaman prosedur dan pemahaman
koseptual. Kajian ini juga memberi fokus kepada tahap pencapaian pemahaman
responden terhadap penolakan pecahan setelah mempelajari pecahan setara. Amat
penting bagi murid untuk menguasai kemahiran asas pecahan setara dan penolakan
pecahan disebabkan tajuk pecahan sangat penting kerana berhubung rapat dengan
tajuk lain seperti nombor perpuluhan dan peratus. Satu cara yang efektif untuk
belajar adalah dengan menguasai konteks masalah dan mendedahkan murid dengan
aplikasi dunia nyata berdasarkan prosedur (Perlmutter et al. 1997)
Murid mempunyai latar belakang yang berbeza pencapaiannya dalam
Matematik. Untuk menghadapi golongan murid seumpama ini, guru perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut keupayaan
murid supaya murid menguasai kemahiran asas dan konsep Matematik yang
dipelajari. Mendirikan pemahaman konsep asas pecahan setara membantu penting
bagi responden untuk melakukan operasi tolak pecahan. Menurut Reys et al. (2007),
kefahaman terhadap pecahan setara adalah pusat kepada pemahaman pecahan dan

54
Effendy Ngau & Abu Bakar Abdullah

membolehkan murid untuk melakukan operasi (tambah, tolak, darab dan bahagi)
terhadap nombor pecahan tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tidakan ini adalah untuk:


1. Mengenalpasti tahap pencapaian pemahaman responden terhadap operasi tolak
pecahan akibat pembelajaran pecahan setara.
2. Mengenalpasti pola kesalahan dan salah faham di kalangan responden ketika
menolak pecahan wajar yang berbeza penyebut.
3. Mencari cara untuk mengatasi pola kesalahan dan salah faham untuk menolak
pecahan wajar yang berbeza penyebut di kalangan responden.

SOALAN KAJIAN

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk menjawab soalan-soalan berikut:


1. Apakah tahap pencapaian pemahaman responden terhadap operasi tolak pecahan
akibat pembelajaran pecahan setara?
2. Apakah pola kesalahan dan salah faham di kalangan responden ketika menolak
pecahan wajar yang berbeza penyebut?
3. Apakah cara untuk mengatasi pola kesalahan dan salah faham untuk menolak
pecahan wajar yang berbeza penyebut di kalangan responden?

RESPONDEN

Responden kajian ini adalah lima orang murid lelaki Tahun 4 yang lemah
dalam Matematik. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam topik
pecahan dan daripada hasil kerja iaitu menerusi buku kerja dan buku latihan
termasuklah pencapaian mereka di dalam Ujian Progresif di peringkat sekolah.
Kesemua mereka agak perlahan mempelajari Matematik terutamanya dalam topik
pecahan. Di samping itu, penguasaan mereka terhadap darab dan bahagi juga adalah
rendah. Mereka tidak dapat untuk menghafal sifir dengan betul terutamanya sifir
3,4,6,7 dan 8, bahkan juga keliru untuk membezakan antara darab dan bahagi.
Mereka dipilih untuk menjadi responden kerana mereka secara sukarela untuk
mengikuti kesemua aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan penguasaan mereka
terhadap matapelajaran Matematik.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian tindakan ini mengaplikasikan Model Kurt Lewin untuk menjalankan


proses kajian. Sebanyak dua kitaran dilakukan untuk mendapatkan hasil yang
maksima iaitu untuk mengatasi beberapa salah faham dan pola kesalahan yang
dihadapi di kalangan responden dalam kemahiran tolak pecahan wajar ini. Penyelidik
merancang satu pengajaran tindakan yang tersusun dalam beberapa sesi yang
memberikan tumpuan kepada kelemahan murid.
Pengajaran tindakan dilaksanakan dalam bentuk koperatif, di mana responden
disatukan dalam kumpulan. Penyelidik melaksanakan aktiviti dan responden akan
berbincang dalam kumpulan dan pada masa yang sama penyelidik sebagai fasilitator
dan sentiasa membantu responden sekiranya terdapat sebarang kekeliruan atau salah
faham. Keputusan dikaji dan penyelidik membuat refleksi dapatan untuk
penambahbaikan. Satu siri tindakan untuk kitaran kedua yang sesuai dilaksanakan
55
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

untuk membantu responden mengatasi masalah di kitaran pertama. Pengajaran


tindakan menggunakan perwakilan konkrit adalah seperti berikut:

Pengajaran Pecahan Setara


Pada awalnya pengajaran menggunakan kaedah gambar untuk mengajar pecahan
setara pada kitaran pertama tetapi tidak membuahkan hasil yang baik. Pada kitaran
kedua, penyelidik telah mengaplikasikan kaedah lipatan kertas (paper folding)
melibatkan pengalaman responden dalam kehidupan seharian seperti dalam Jadual 1.
Menurut Perlmutter et al. (1997), satu cara yang efektif untuk belajar adalah dengan
menguasai konteks masalah dan mendedahkan murid dengan aplikasi dunia nyata
berdasarkan prosedur. Pengajaran ini melibatkan banyak contoh nombor pecahan
wajar yang lain bagi memperkukuhkan pemahaman responden.

Jadual 1: Pengajaran Pecahan Setara Menggunakan Kaedah Lipatan Kertas

Di sini ada setengah biji kek. (sekeping kertas


dilipat sekali membentuk dua bahagian yang
sama saiz. Lorekkan satu bahagian dan
bahagian tersebut mewakili )
Garisan lipatan

Di sini ada dua per empat bahagian daripada


sebiji kek. (Lipat kertas tersebut sekali lagi
dan kawasan berlorek sekarang ialah )

Di sini ada empat per lapan daripada sebiji


kek. (Lipat kertas tersebut sekali lagi dam
kawasan berlorek sekarang ialah )

Bahagian berlorek pada kertas tidak berubah, maka pecahan yang diwakili oleh kawasan berlorek juga
tidak berubah sama sekali. Maka, . Dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga pecahan ini
merupakan pecahan setara. Pengukuhan konsep dan kemahiran pecahan setara dikuatkan dengan
penggunaan garis nombor (number line) untuk kefahaman.

Pengajaran diteruskan dengan penerapan algoritma pengiraan secara sistematik


seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Langkah-langkah Mendapatkan Pecahan Setara


No. Pecahan Tindakan Langkah Pecahan Setara

Darab pengangka dan = setara dengan


1.
penyebut dengan 2

Bahagi pengangka dan = setara dengan


2.
penyebut dengan 2

56
Effendy Ngau & Abu Bakar Abdullah

Pengajaran Pengajaran Tolak Pecahan


Dalam pengajaran yang melibatkan operasi tolak nombor pecahan, penyebut kedua-
dua pecahan adalah sama sebelum melakukan penolakan. Pengajaran tindakan ini
melibatkan perwakilan konkrit iaitu penggunaan transparensi. Sebagai contoh:
Tolak:

Perhatikan bahawa ukuran keseluruhan kedua-duanya adalah sama. Penyebut mesti


sama, maka dalam kes ini 6 adalah gandaan bagi 3. Penyebut yang lebih kecil
(nombor 3) didarab dengan satu nombor supaya sama dengan penyebut yang lebih
besar (nombor 6). Tulis semula pacahan setara itu menggunakan penyebut yang baru.
Lukiskan satu segi empat tepat yang dibahagikan kepada enam bahagian yang sama.
adalah senilai dengan ,

Tulis semula persamaan nombor pecahan iaitu tolak: . Tolak pengangka sahaja
dan biarkan penyebut dalam pacahan setara iaitu 6. Lorekkan empat daripada enam
bahagian yang dilukis. Bagi melaksanakan operasi tolak menggunakan tranparensi,
dua bahagian daripada empat bahagian berlorek dipadam.

Peringatan: Jangan sesekali menolak penyebut!


=

Akhir sekali, tuliskan jawapan dalam bentuk termudah sekiranya perlu. Bahagikan
nombor pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama (2). Untuk pecahan
termudah, responden merujuk kepada bar pecahan bagi mendapatkan jawapan.

57
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Maka, – =

CARA MENGUMPUL DATA

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan instrumen berikut iaitu


Ujian Pra/Pasca, temu bual, sampel kerja responden dan soal selidik untuk
mengumpul data.

Ujian Pra/Pasca
Ujian Pra dilaksanakan sebelum pengajaran tindakan bertujuan untuk menilai
penguasaan kemahiran konsep pecahan setara serta pemahaman konsep penolakan
nombor pecahan wajar. Ujian Pasca ditadbir selepas tindakan dilaksanakan untuk
mengukur keberkesanan pengajaran tindakan. Ujian-ujian ini mengandungi satu set
soalan meminta responden menjawab dan menerangkan pemahaman terhadap unit
yang dipelajari untuk memastikan responden diuji pada tahap sebenar sebelum dan
selepas tindakan dilaksanakan.

Temu Bual
Dalam kajian ini, penyelidik telah menemu bual kesemua responden. Dalam temu
bual ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan pecahan setara,
pecahan dalam bentuk termudah dan operasi tolak pecahan. Temu bual ini
dilaksanakan sebelum dan selepas tindakan dijalankan.

Sampel Kerja Responden


Hasil kerja responden merangkumi latihan di dalam buku latihan dan buku kerja
diteliti dan dikaji untuk melihat penguasaan responden dalam topik yang dikaji
termasuk mengenalpasti salah faham dam pola kesalahan yang dilakukan.

Soal Selidik
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas dari responden sejauh
mana pemahaman responden dalam kemahiran pecahan setara dan menolak nombor
pecahan serta kemahiran yang lain selepas diberikan pengajaran tindakan. Di
samping itu, ia juga menilai persepsi responden kajian terhadap pengajaran tindakan
dan persepsi terhadap Matematik secara am. Soal selidik ini dijalankan ke atas
kelima-lima orang responden kajian.

CARA MENGANALISIS DATA

Data dianalisis menggunakan teknik kualitatif dan kuantitatif. Data diagihkan


mengikut kategori dan dikod mengikut kesesuaian berdasarkan sampel kerja murid
secara keseluruhan sebelum pemilihan responden dan jangkaan penyelidik terhadap
jawapan responden. Kategori tahap pemahaman prosedur pecahan setara dikodkan
seperti dalam Jadual 3. Ia kemudiannya diperingkatkan mengikut tahap prosedur
yang tinggi, sederhana dan rendah (lihat Jadual 5). Kod F, H, M dan I mewalkili
prosedur yang tepat dan berada pada tahap tinggi. Kod J, K, P, L dan N diletakkan
pada tahap sederhana kerana terdapat sedikit kesalahan pada prosedur. Kod G dan O
pula mewakili tahap prosedur rendah mewakili jawapan yang salah atau tiada
jawapan.
58
Effendy Ngau & Abu Bakar Abdullah

Jadual 3: Kod Memetakan Pemahaman Prosedur Bagi Pecahan Setara

F Pengangka dan penyebut dibahagi/didarab dengan nombor yang sama


G Jawapan salah – kesalahan tidak berpola
Mempermudahkan pecahan dan/atau mengganda pengangka dan penyebut,
H
tiada langkah ditunjukkan
I Hanya mempermudahkan pecahan, tiada langkah ditunjukkan
J Pengangka dan penyebut didarab atau dibahagi dengan nombor berlainan
Dibahagi atau didarab dengan nombor bulat tidak sama dengan satu tetapi
K mendapat jawapan yang betul (cth: x 2 = ; . x 3 = )
Didarab dengan nombor setara kepada satu untuk mendapatkan jawapan, tiada
L
langkah kerja ditunjukkan
M Pengangka dan penyebut difaktor, kemudian faktor sepunya dihapuskah
N Pengangka dan penyebut ditolak atau ditambah dengan nombor yang sama
P Satu jawapan betul, satu jawapan salah
O Tiada jawapan

Bagi tahap pemahaman konseptual, responden diminta untuk menerangkan


jawapan menggunakan gambar atau perkataan dan dikategorikan seperti dalam
Jadual 4. Ia juga dibahagi kepada pemahaman konseptual tahap tinggi, sederhana dan
rendah (lihat Jadual 5).

Jadual 4: Kod Memetakan Pemahaman Konseptual Bagi Pecahan Setara

I Menerangkan prosedur pengiraan menggunakan perkataan


Melukis perwakilan bagi kedua-dua pecahan tetapi tidak membuat hubung
II
kait antara perwakilan
Melukis perwakilan bagi kedua-dua pecahan tetapi tidak membuat unit
III
keseluruhan yang sama saiz
Melukis perwakilan bagi kedua-dua pecahan dan menunjukkan nilai yang
IV
sama untuk bahagian berlorek dalam kedua-dua perwakilan
V Tanggapan salah dengan tiada ciri yang diketahui
O Tiada jawapan

Kod IV adalah tahap tinggi manakala kod I, II dan III merupakan tahap
sederhana. Kod V dan O pula pada tahap rendah kerada banyak kesalahan atau tiada
jawapan diberikan.

Jadual 5: Kriteria Tahap Pemahaman Prosedur dan Pemahaman Konseptual

Tahap Prosedur
Tinggi (T) Menggunakan proses yang betul dan mendapat jawapan tepat
Proses mengandungi sedikit kesalahan atau langkah penyelesaian
Sederhana (S)
kurang tepat, akan menghasilkan jawapan yang tepat atau salah
Rendah (R) Proses salah, jawapan salah atau tanpa respon
Tahap Konseptual
Mewakilkan kedua-dua pecahan dan membuat hubungkait di antara
Tinggi (T)
bahagian setara pecahan

59
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Mewakilkan kedua-dua pecahan tetapi tidak menunjukkan


Sederhana (S) hubungkait di antara bahagian setara; atau mewakilkan kedua-dua
pecahan tetapi tidak menggunakan satu padanan unit.
Rendah (R) Perwakilan mengandungi kesalahan utama atau tiada jawapan
Keputusan ujian dianalisis. Kod untuk setiap jawapan diatur dalam satu
jadual untuk menunjukkan frekuensi bagi setiap kategori termasuk hubungan antara
kod prosedur dan kod konseptual (lihat Jadual 6).

Jadual 6: Kod Analisis Ujian Pra, Ujian Pasca I & II Bagi Pecahan Setara

Pemahaman Konseptual (Lihat Jadual 4)


I II III IV V O
S S S T R R
F T - - - 5 - -
Pemahaman Prosedur

G R - - - - 1 1
(Lihat Jadual 3)

H T - - 1 - - -
I T - - - - - -
J S - 2 1 - - -
K S - - 1 - - -
L S - - - - - -
M S - - - - - -
N S - - 1 - - -
P S - 1 - - - -
O R - - - - - 1
Petunjuk:
Hitam = Ujian Pra Hijau = Ujian Pasca I Merah = Ujian
Pasca II

Data daripada hasil kerja responden dan temu duga juga dianalisis untuk
mendapat keputusan yang lebih sahih. Bagi pola kesalahan yang dilakukan oleh
responden dikodkan seperti dalam Jadual 7.

Jadual 7: Kod Memetakan Pola Kesalahan Pada Operasi Tolak Nombor Pecahan

Pola Kesalahan
0 tiada jawapan
1 menolak terus pengangka dan penyebut tanpa menyamakan penyebut
2 menolak terus pecahan secara terbalik
3 mendapatkan penyebut yang sama
4 kesalahan tidak berpola
5 menambah pengangka dan menolak penyebut
6 menambah selain daripada menolak
Instrumen:
- Ujian Pra - Hasil Kerja Responden
- Ujian Pasca - Temu Bual

60
Effendy Ngau & Abu Bakar Abdullah

DAPATAN KAJIAN

Penyelidik mengenalpasti pemahaman responden terhadap pacahan. Daripada


analisa yang dibuat, penyelidik telah mengenalpasti beberapa salah faham dan pola
kesalahan yang dilakukan dalam Ujian Pra dan hasil kerja responden. Antaranya:
1. Menambah pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama untuk
mendapatkan pecahan setara. Contoh:
2. Menyamakan konsep bahagi dengan darab. Contoh:
3. Menolak pengangka dan penyebut secara terus. Contoh:
4. Menolak pengangka dan penyebut secara songsang. Contoh:
5. Menambah pengangka tetapi menolak penyebut. Contoh:
6. Kesalahan yang tidak berpola. Contoh:

Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh responden disebabkan oleh salah faham
konsep dan aplikasi idea yang salah. Murid akan mengaplikasikan idea yang
dipelajari tentang nombor bulat kepada pecahan dan ini menjurus kepada masalah
(National Research Council, 2001).

Rajah 1: Markah Responden Dalam Tiga Ujian

Berdasarkan Rajah 1, didapati responden menunjukkan peningkatan yang


sangat mendadak selepas pengajaran tindakan dilaksanakan dengan pencapaian
markah yang tinggi dalam Ujian Pasca II. Empat daripada lima responden berjaya
menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan tepat walaupun pada Ujian Pra,
skor markah mereka sangat rendah malah ada yang langsung tidak dapat menjawab
soalan dengan betul. Ini menunjukkan pengajaran menggunakan perwakilan konkrit
yang dilaksanakan bersesuaian dan berjaya mendirikan dan mengukuhkan
pemahaman responden terhadap kemahiran dan konsep menolak pecahan wajar.

Jadual 8: Markah Purata Responden Dalam Tiga Ujian

Ujian Pra Pasca I Pasca II


Min Markah (%) 16 56 96

Secara keseluruhannya, pencapaian responden terus meningkat terutamanya


selepas pengajaran tindakan kitaran kedua. Secara purata, skor markah responden

61
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

dalam Ujian Pasca II adalah 96% berbanding hanya 16% dalam Ujian Pra dan 56%
dalam Ujian Pasca I. Salah faham dan pola kesalahan yang dilakukan oleh responden
sebelum pengajaran tindakan dapat diatasi dengan baik.

Jadual 9: Keputusan Responden Dalam Aspek Yang Dikaji Secara Purata

Pecahan Setara Pecahan Teringkas Tolak Pecahan


Ujian Pra 20% 60% 0%
Ujian Pasca I 60% 80% 40%
Ujian Pasca II 100% 100% 80%

Komponen ujian mengandungi dua domain yang besar iaitu pecahan setara
dan operasi tolak pecahan wajar yang berbeza penyebut termasuk pecahan dalam
bentuk teringkas. Berdasarkan Jadual 9, penguasaan responden terhadap pecahan
setara mempengaruhi kebolehan responden untuk menolak pecahan. Dapatlah
dikatakan bahawa apabila responden berjaya menguasai kemahiran pecahan setara
dengan baik maka ia juga memberikan kesan yang baik kepada peningkatan
penguasaan responden dalam menolak pecahan wajar yang berbeza penyebut.

Jadual 10: Tahap Pemahaman Responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pemahaman Prosedur Pemahaman Konseptual


Tahap
Pra Pasca I Pasca II Pra Pasca I Pasca II
Tinggi 40% 60% 100% - 40% 80%
Sederhana 20% 20% - 40% 20% 20%
Rendah 40% 20% - 60% 40% -

Pemahaman responden dalam menyelesaikan masalah dibahagikan kepada


dua iaitu kemahiran prosedur dan kemahiran konseptual. Kecekapan responden
dalam kedua-dua kemahiran ini sangat penting bagi mereka menyelesaikan masalah.
Selepas pengajaran tindakan, tahap kemahiran responden dalam dua aspek ini sangat
memberangsangkan iaitu masing-masing 100% dan 80% pada tahap tinggi selepas
kitaran kedua. Dalam Ujian Pra, responden banyak melakukan kesilapan sama ada
pada langkah algoritma atau mengaplikasikan konsep yang salah.
Dalam kajian ini, cara untuk mengatasi pola kesalahan dan salah faham untuk
menolak pecahan wajar yang berbeza penyebut di kalangan responden adalah dengan
menggunakan perwakilan konkit iaitu Kaedah Lipatan Kertas (pecahan setara) dan
Kaedah Tranperensi (tolak pecahan). Perwakilan merupakan bahasa kepada
Matematik (Coulombe & Berenson, 2001), perwakilan idea Matematik sangat
penting untuk perkembangan konseptual (Ball, 1988).
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, didapati respon yang diberikan
selepas pengajaran tindakan amat memuaskan. Responden mula meminati
matapelajaran Matematik khususnya topik pecahan yang melibatkan pecahan setara
dan penolakan pecahan wajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan membantu
meningkatkan kefahaman responden. Kelemahan sebilangan responden dalam
operasi darab dan bahagi mempengaruhi jawapan yang diberikan. Sikap mereka yang
kurang melakukan tugasan yang diberikan di rumah mengakibatkan mereka belajar
dengan agak perlahan. Melalui pengajaran tindakan, salah faham responden dapat
diatasi melalui penggunaan perwakilan konkrit untuk membina pemahaman konsep
yang dipelajari.

62
Effendy Ngau & Abu Bakar Abdullah

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Strategi pengajaran kajian tindakan yang telah dirancang dan dilaksanakan


dalam penyelidikan ini membuahkan hasil yang positif iaitu menampakkan kemajuan
yang ketara di kalangan responden dan peratusan kesalahan bagi kemahiran yang
diselidik berkurangan. 80% responden berjaya menguasai kemahiran penolakan
pecahan wajar yang berbeza penyebut dan menguasai pecahan setara setelah
pengajaran tindakan. Menerusi soalan-soalan pengukuhan, responden berjaya
menjawabnya dengan baik. Kajian ini telah menunjukkan bahawa responden lebih
berminat dalam matapelajaran Matematik khususnya bagi subtopik penolakan
pecahan wajar. Responden mendapat markah yang rendah dalam Ujian Pra
disebabkan kekeliruan terhadap algoritma atau aplikasi algorithma yang tidak
bersesuaian (Kelly et al., 1990).
Responden menunjukkan peningkatan yang ketara di dalam pemahaman dan
kemahiran pecahan setara dan penolakan nombor pecahan wajar yang berbeza
penyebut. Penyelidik telah mengaplikasikan beberapa pendekatan pengajaran
Matematik iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada yang telah diketahui
kepada yang belum diketahui serta mengaitkan pengalaman lama dengan bahan
pengajaran. Membantu murid mengembangkan kefahaman konseptual yang
diperlukan adalah lebih baik dilakukan dengan menekankan penggunaan perwakilan
– fizikal, gambar, lisan, dunia nyata dan simbol (Cramer, Post & DelMas, 2002).
Kajian tindakan telah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
responden. Langkah yang diambil ini adalah selaras dengan keperluan untuk
menyediakan pengetahuan dan kemahiran Matematik kepada responden yang
mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan
kemahiran tersebut mereka berkemampuan untuk menangani cabaran dalam
kehidupan harian. Sekiranya responden tidak berjaya seperti yang diharapkan,
mereka patut diberi cara lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian tindakan lanjutan, beberapa aspek perlu dipertingkatkan bagi


mendapatkan keputusan yang lebih mantap. Antaranya:
1. Menambahkan bilangan responden kajian.
2. Menjangkau murid Tahun 5 dan Tahun 6 termasuk sekolah menengah.
3. Menjalankan kajian di pelbagai sekolah termasuk sekolah di kawasan luar bandar.
4. Kajian turut merangkumi keempat-empat operasi asas.

RUMUSAN

Kepelbagaian teknik dan perwakilan konkrit untuk menyelesaikan operasi


tolak nombor pecahan dapat membantu responden memahami konsep dan kemahiran
yang dipelajari serta berjaya mengubah sikap dan tanggapan mereka ke arah yang
lebih positif. Peningkatan dalam penguasaan kemahiran unit yang dikaji ditunjukkan
kerana terdapat perubahan dalam amalan P&P. Penyelidik telah menerapkan
penggunaan perwakilan konkrit untuk membina pemahaman responden yang lebih
kukuh. Seseorang murid akan melakukan kesalahan semasa menjawab soalan yang
diberikan, kesalahan tersebut perlu dianalisis dan tindakan yang bersesuaian diambil
untuk mengatasinya. Untuk memahami Matematik, guru harus faham bagaimana
murid berjaya mempelajarinya dengan baik (Ball, 1993). Kejayaan dalam P&P
melibatkan usaha dan komitmen 100% daripada guru dan murid.
63
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

P&P yang berkesan memerlukan kepelbagaian kaedah dan aktiviti. Bahan


bantu mengajar yang sesuai perlu disediakan dan pelaksanaan P&P dengan
menggunakan alat bantu mengajar yang konkrit dapat meningkatkan lagi pemahaman
murid terhadap sesuatu kosep yang abstrak. Semasa berhadapan dengan satu konsep
atau satu proses, seorang murid memberi fokus pada apa jua pengalaman secara
umum dan menghubungkan maklumat tersebut dengan maklumat yang telah
diketahui (Ashok, 2002). Semoga lebih banyak kajian tindakan dijalankan untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan murid dalam matapelajaran Matematik khasnya
melibatkan topik pecahan.

“Students have their own way of learning, so teach them in the way they learn!”

RUJUKAN
Ashlock, R. B. (2002). Error patterns in computation (8th ed.). Upper Saddle River, NJ: Merrill
Prentice Hall.
Ball, D. L. (1988). Unlearning to teach mathematics. East Lansing: Michigan State University,
National Center for Research on Teacher Education.
Ball, D. L. (1993). Halves, pieces, and twoths: Constructing and using representational contexts in
teaching fractions. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.
Cramer, K. A., Post, T. R., & delMas, R. C. (2002). Initial fraction learning by fourth- and fifth-grade
students: A comparison of the effects of using commercial curricula with the effects of using the
rational number project curriculum. Journal for Research in Mathematics Education, 33(2), 111.
Coulombe, W. N., & Berenson, S. B. (2001). Representations of patterns and functions. Reston, VA:
NCTM.
Driver, R. (1986). Pupils And Paradigms: A Review Of Literature Related To The Concept
Development In Adolescent Science Students. Studies in Science Education. 5, 61 – 84.
Kelly, B., Gersten, R., & Carnine, D. (1990). Student error patterns as a function of curriculum
design: Teaching fractions to remedial high school students with learning disabilities. Journal of
Learning Disabilities, 23, 23-29.
National Research Council. (2001). Adding it up: Helping children learn mathematics. Washington,
DC: National Academy Press.
Perlmutter, J., Bloom, L., Rose, T., & Rogers, A. (1997). Who uses math? Primary children’s
perceptions of the uses of mathematics. Journal of Research in Childhood Education, 12, 58-70.
Reys R.E et al. (2007). Helping Children Learn Mathematics (8th Edition). United States of America:
John Wiley & Sons, Inc.
Wheeler, D. (1993). Algebraic thinking in high school students: their conceptions of generalisation
and justification. Montreal, Canada: Concordia University, Mathematics Department.

Jabatan Matematik,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1ngau0501@yahoo.com.my., 2abubakarsp@yahoo.com

64
MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENDARAB SIFIR 6, 7, 8 DAN 9
DENGAN MENGGUNAKAN JARI

MOHD FAIRUZ DOLLAH1


MOHAMMAD ZAILANI JAYA2

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 3 di sebuah
sekolah di bandaraya Miri meningkatkan kemahiran mendarab sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan
menggunakan jari pada kedua-dua belah tangan. Kajian tindakan ini menggunakan
instrumen kajian ujian pra dan ujian pasca, temubual tidak berstruktur dan senarai semak.
Teknik pengiraan sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan menggunakan jari pada kedua-dua belah tangan
diperkenalkan di dalam kajian tindakan ini. Dapatan kajian dianalisis dengan
menggabungjalinkan dapatan dari ketiga-tiga instrumen kajian yang digunakan untuk
memberi makna dan membuat refleksi kajian. Responden kajian terdiri daripada lima orang
murid yang mempunyai prestasi yang lemah dan sederhana dalam matapelajaran
Matematik. Dapatan kajian menunjukkan antara faktor yang menyebabkan responden tidak
dapat menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9 adalah disebabkan nombor pendarab yang bernilai besar
dan sukar untuk mengaplikasikan teknik penambahan berulang. Kajian juga menunjukkan
terdapat peningkatan pencapaian responden dalam menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9. Empat
responden, iaitu sebanyak 80% menunjukkan peningkatan dari segi markah ujian pra 1,
ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Responden A meningkat sebanyak 50%, responden B
meningkat 90%, responden C meningkat 10% dan responden E meningkat sebanyak 30%.
Jumlah keseluruhan peningkatan ialah sebanyak 34%. Cuma Responden D sahaja
mencatatkan penurunan sebanyak 10%. Kajian tindakan ini sedikit sebanyak memberi
peluang kepada guru-guru matapelajaran Matematik untuk mencuba kaedah yang
diperkenalkan atau sebagai teknik alternatif untuk membantu murid yang lemah dalam
mendarab sifir 6, 7, 8 dan 9. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kajian ini telah
mendatangkan kesan-kesan positif seperti peningkatan dari segi tahap minat dan
penglibatan responden terhadap aktiviti pembelajaran. Selain itu, responden juga
menunjukkan kesan pembelajaran yang lebih baik.

ABSTRACT
The purpose for this action research carried out was to help the students in Year 3 at one of
the schools in Miri to increase their level of skills in multiplication of 6, 7, 8 and 9. For this
purpose, they were required to use their fingers on both hands. The research which was a
combination of quantitative and qualitative skills had used pre-test and post-test, an
unstructured interview and the list of observation as the research’s instruments. The
outcome from these instruments is combined to explain the meaning of the research. In the
meantime, the combination of instruments aimed to write for the research’s reflection. The
respondents consisted of five students which have different ability and level of
understanding in Mathematics. They were in weak and moderate levels. Factor that caused
the respondents having difficulties in mastering that specific multiplication was the
multipliers of 6, 7, 8 and 9 having the large number of multiplier. In addition, it was quite
tough for them to apply the repeating addition’s technique. Four respondents which were
80% showed an increase for their marks in pre test 1, post test 1 and post test 2. The result
for respondent A increased about 50%, respondent B increased 90%, respondent C
increased 10% and respondent E showed an increased for 30%. However, respondent D
showed the decrease which was 10% in all three tests. Thus, by using the finger’s method
which had been introduced in this research, the result had showed an increase in mastering
the multiplication skill among the respondents. On the other hand, this research gave an
opportunity to the mathematic’ teacher to apply the new method as an alternative technique
in helping the weak students solving the multiplication of 6, 7, 8 and 9. The implications for
this research showed the positive outcomes like an increase of the consecration and their

 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

participation towards the activities. In the meantime, the respondents also showed an
excellent result in the effectiveness of their learning.

PENDAHULUAN

Matematik bertunjangkan empat operasi; iaitu operasi tambah, operasi tolak,


operasi darab dan operasi bahagi. Malaysia juga turut tidak ketinggalan untuk
mengikut trend pembelajaran ini dengan menyediakan kurikulum Matematik yang
berasaskan empat operasi tersebut di Tahap 1. Pengajaran kesemua operasi tersebut
adalah mengikut urutan, di mana operasi tambah dan operasi tolak diajar terlebih
dahulu pada Tahun 1 (Curriculum Development Centre, 2002), diikuti oleh operasi
darab dan operasi bahagi pada Tahun 2 (Curriculum Development Centre, 2003).
Semua operasi berkenaan bukan hanya diajar secara asas, namun ianya diajar secara
berterusan dengan pengaplikasian pada topik-topik lain. Walau bagaimanapun,
pengajaran operasi-operasi berkenaan tidak selancar seperti termaktub di dalam
perancangan kurikulum (Poon, 2005). Permasalahan acap kali timbul ketika para
guru mengajar operasi darab terhadap murid-murid di sekolah rendah.
Perkara ini juga terjadi pada murid-murid Tahun 3 Bestari di salah sebuah
sekolah di bandaraya Miri. Kebanyakkan daripada mereka boleh menguasai sifir 1, 2,
3, 4 dan 5. Namun, mereka tidak dapat menghafal sifir seterusnya, iaitu sifir 6, 7, 8
dan 9.

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini bersandarkan kepada usaha untuk mengenalpasti punca


dan mencari langkah yang sesuai dengan murid yang lemah dalam mendarab sifir 6,
7, 8 dan 9. Kebanyakkan murid dalam Tahun 3 Bestari belum dapat menguasai sifir
6, 7, 8 dan 9. Hal ini dapat diketahui apabila pengkaji sendiri mengajar topik
“Multiplication As Repeated Addtion” dalam kelas berkenaan. Sebelum memulakan
setiap proses pengajaran, pengkaji meminta murid-murid untuk membaca sifir
secara beramai-ramai, tanpa merujuk buku. Namun, apabila tiba hari untuk membaca
sifir 6, murid-murid dengan jelas sekali gagal untuk membaca dengan betul.
Maka, pengkaji menanyakan beberapa orang murid untuk mengesahkan
keadaan tersebut. Melalui kenyataan murid-murid berkenaan, mereka benar-benar
belum menghafal sifir 6, 7, 8 dan 9.

“...sifir 6, 7, 8 dan 9 susah cikgu..banyak kira..sifir dia besar sangat...”


Responden Kajian

Murid-murid menyatakan mereka tidak dapat menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9 kerana


sifir-sifir berkenaan mempunyai nombor pendarab yang bernilai besar dan hal ini
menyebabkan mereka sukar untuk mengaplikasikan teknik penambahan berulang.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut:


1. Mengenalpasti faktor kesukaran murid untuk menjawab soalan darab yang
melibatkan sifir 6, 7, 8 dan 9.
2. Merancang tindakan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan darab
yang melibatkan sifir 6, 7, 8 dan 9.

66 
 
Mohd Fairuz Dollah & Mohammad Zailani Jaya  

3. Menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid


mendarab sifir 6, 7, 8 dan 9.

Ketiga-tiga objektif kajian disandarkan kepada tiga soalan kajian berikut:


1. Apakah faktor yang menyebabkan murid lemah dalam menguasai sifir darab
6, 7, 8 dan 9?
2. Apakah tindakan yang boleh diambil untuk membantu murid menguasai sifir
darab 6, 7, 8 dan 9?
3. Adakah tindakan yang diambil mampu meningkatkan kemahiran mendarab
sifir 6, 7, 8 dan 9 di kalangan murid?

KUMPULAN SASARAN

Responden kajian tindakan ini terdiri daripada 5 orang murid yang


mempunyai pencapaian yang berbeza dalam matapelajaran Matematik. Terdapat
murid yang agak pandai, sederhana dan lemah. Mereka merupakan antara murid
kelas 3 Bestari, kelas kedua dan terakhir dalam pencapaian di salah sebuah sekolah
di bandaraya Miri.

PROSEDUR TINDAKAN

Pendekatan hafalan dilihat mendatangkan kebosanan kepada murid untuk


belajar sifir. Ditambah lagi murid sendiri mengaku belajar sifir adalah sesuatu
perkara yang susah (Faddreen Jingan, 2006). Teknik penambahan berulang pula
melibatkan proses ‘lupa’ dan kompleks akan mempengaruhi jawapan akhir murid
(Seethadevi, 2001). Maka, cara mudah sifir dengan mengira menggunakan jari
diperkenalkan dalam kajian ini, iaitu khas untuk membantu murid yang lemah dalam
sifir 6, 7, 8 dan 9. Berikut ialah cara menggunakan teknik ini :

Jari Jumlah jari yang dilipat Jumlah jari yang berdiri


Nombor dari sebelah dalam dari sebelah luar
6 1 4
7 2 3
8 3 2
9 4 1

Jadual 1. Jumlah Jari Yang Perlu Dilipat Dan Beridiri Untuk Mewakilkan Nombor.
Contoh : 6 x 7

Jari kiri menunjukkan 6 Jari kanan menunjukkan 7

Rajah 1. Menunjukkan Nombor Dengan Menggunakan Jari-jemari Pada kedua-dua


Tangan Untuk 6 x 7

67 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Kiri Kanan
Jari 1 2 1+2=3 30
Tidur

Jari 4 3 4 x 3 = 12 + 12
Bangun
42
Jadual 2. Penterjemahan Dari Jari-jemari.

Pada kitaran kedua, jadual seperti di atas telah diringkaskan untuk memudahkan
responden untuk menjawab soalan secara praktikal.

1  3  4  5
2  6 

1  +  2 = 3 0
7  8 9 10  11

4  x  3 = +1 2 12 

4  2 13 

Rajah 2. Menunjukkan Langkah Pengiraan Sifir 6, 7, 8 Dan 9 Tanpa Jadual

1. Menulis nombor pada sleeping finger.


2. Menulis ‘+’sebelah 1.
3. Menulis nombor pada sleeping fingers pada jari-jari kanan – 2.
4. Menulis ‘=’ sebelah 2.
5. Menulis hasil tambah 1 + 2 = 3
6. Menulis ‘0’, 3 menjadi 30.
7. Menulis nombor pada standing fingers pada jari-jari kiri. – 4.
8. Menulis ‘x’ di sebelah 4.
9. Menulis nombor pada standing fingers di jari-jari kanan – 3.
10. Menulis ‘=’.
11. Menulis hasil darab 4 x 3 = 12.
12. Buat garisan dan mencari hasil tambah 30 + 12..
13. Menulis hasil tambah sebgai jawapan akhir.

Pengajaran teknik ini mengambil masa selama 5 hari, iaitu selama 300 minit.

CARA PENGUMPULAN DATA

Pelaksanaan kajian ini adalah bersandarkan pada tiga instrumen kajian, iaitu
temubual tidak berstuktur, senarai semak dan ujian pra dan ujian pasca Ketiga-tiga
instrumen ini digunakan sebelum, semasa dan selepas pengenalan teknik pengiraan
sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan menggunakan jari.

68 
 
Mohd Fairuz Dollah & Mohammad Zailani Jaya  

Temubual Tidak Berstuktur


Penggunaan instrumen temubual adalah secara tidak langsung, iaitu
digunakan pada masa yang dirasakan sesuai, tidak diatur dan soalannya merupakan
soalan-soalan yang tidak berstruktur. Soalan-soalan adalah ditanya secara kebetulan,
selalunya apabila pengkaji merasakan sesuai pada masa tersebut. Temubual secara
sistematik dilihat kurang efektif kepada responden kerana mereka seolah-olah
kelihatan cemas apabila mereka dipanggil dan bercakap secara bersemuka dan
keseorangan dengan pengkaji.

Senarai Semak
Senarai semak digunakan bagi melihat gelagat responden sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran yang memperkenalkan teknik mengira sifir darab 6, 7,
8 dan 9 dengan menggunakan jari. Untuk menggunakan instrumen ini, pengkaji
mencatatkan segala respon yang ditunjukkan oleh responden melalui gerak badan,
emosional, percakapan dan juga hasil kerja para responden, selain menggunakan
borang senarai semak pemerhtian. Catatan dibuat secara personal ketika sesi
mengajar di dalam kelas, membuat refleksi selepas kelas dan ketika sesi temubual
dijalankan. Namun, perihal tindak balas semua responden dibuat secara menyeluruh
dan disimpulkan dengan ringkas sepanjang kitaran 1 dan 2 kajian ini dilaksanakan.

Ujian pra dan ujian pasca


Ujian pra dan ujian pasca merupakan instrumen untuk menilai pencapaian
responden melalui markah yang diperolehi di dalam ujian-ujian tersebut. Ujian pra
diberi pada 22 Mac dan ujian pasca 1 diberi pada 29 Mac. Ujian pasca 2, iaitu ujian
akhir diberi pada 5 April.

CARA MENGANALISIS DATA

Dapatan daripada ketiga-tiga instrumen digabungjalinkan agar makna dari


maklumat-maklumat yang diperolehi menjadi dapatan secara langsung dari
responden. Setelah mendapat data melalui ketiga-tiga instrumen berkenaan, proses
menganalisis data dibuat. Dapatan digunakan untuk merangka dan memberi makna
kajian dan membuat refleksi kajian.

Temubual Tidak Berstuktur


Maklumat dianalisis secara terus dari pemahaman pengkaji sendiri melalui tutur kata
dan maksud yang disampaikan oleh responden. Segala kenyataan yang dibuat oleh
responden-responden ditafsir secara terus maknanya.

Senarai Semak
Senarai semak terhadap responden di dalam kajian ini dibuat melalui dua cara. Cara
pertama ialah berdasarkan borang senarai semak pemerhatian yang dirangka terlebih
dahulu, sebelum kajian dilaksanakan. Selain itu, pemerhatian juga dibuat secara
langsung melalui perilaku dan tutur kata para responden. Ekspresi muka responden
juga diambil kira untuk memahami isi hati para responden. Pengkaji menggunakan
pengalaman pengkaji sendiri menilai dan mentafsir tingkah laku responden, selain
menggabungkan dengan kaedah temubual untuk mendapatkan kepastian terhadap isi
hati para responden.

69 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Ujian pra dan ujian pasca


Kemajuan dilihat melalui dua cara, iaitu secara individu dan secara keseluruhan.
Formula berikut digunakan untuk melihat kemajuan tersebut:

Kemajuan individu : (ujian pasca 1 – ujian pra 1) +


(ujian pasca 2 – ujian pasca1)
Kemajuan keseluruhan : hasil tambah semua kemajuan individu ÷ 5

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian digunakan untuk menjawab soalan-soalan kajian yang telah


ditetapkan pada awal pelaksanaan kajian tindakan ini.

Soalan Kajian 1
Apakah faktor yang menyebabkan murid lemah dalam menguasai sifir darab 6, 7, 8
dan 9?

Faktor yang menyebabkan responden tidak menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9 adalah


kerana sifir berkenaan mempunyai nombor pendarab yang bernilai besar.

“..sifir lain susah..kerana besar sangat..”


Responden C

Responden juga sukar untuk menggunakan teknik penambahan berulang untuk sifir
6, 7, 8 dan 9.

Rajah 3. Penambahan Berulang Yang Berbentuk Kiraan “tally” Yang Melibatkan


Sifir Yang Besar Sukar Diaplikasikan Oleh Murid Untuk Sifir 6, 7, 8 Dan 9.

Faktor kelemahan responden dalam Matematik juga mempengaruhi pencapaian


mereka dalam menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9.

“...terdapat pelbagai jenis murid mengikut keupayaan di kelas 3 Bestari. Terdapat


murid yang boleh mengikuti P&P, ada juga yang lemah dan terpaksa hadir kelas
pemulihan...”
Guru 1

70 
 
Mohd Fairuz Dollah & Mohammad Zailani Jaya  

Responden Markah Ujian (%)


Progresif 1 PKSR 1
A 78 46
B 44 48
C 51 41
D 25 20
E 18 28

Jadual 3. Rekod Keputusan Prestasi Matetamtik 2010

Soalan Kajian Kedua


Apakah tindakan yang boleh diambil untuk membantu murid menguasai sifir darab
6, 7, 8 dan 9?

Teknik yang diperkenalkan ialah teknik mengira jawapan sifir darab 6, 7, 8 dan 9
dengan menggunakan jari pada kedua-dua tangan. Melalui teknik ini, responden
dikehendaki menunjukkan ayat Matematik sifir darab dengan menggunakan jari
(rujuk Prosedur Kajian).

Soalan Kajian Ketiga


Adakah tindakan yang diambil mampu meningkatkan kemahiran mendarab sifir 6, 7,
8 dan 9 di kalangan murid?

Ujian pra 1, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 menunjukkan terdapat peningkatan
pencapaian responden dalam menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9.

Ujian Ujian Perkembangan


Ujian Ujian Ujian pasca 1 pasca 2 responden
Responden pra 1 pasca 1 pasca 2 – Ujian – Ujian dalam
(%) (%) (%) pra 1 pasca 1 menggunakan
(%) (%) teknik kajian
(%)
A 50 70 100 20 30 50
B 0 30 90 30 60 90
C 70 20 80 -50 60 10
D 40 10 30 -30 20 -10
E 10 40 40 30 0 30
Kemajuan Keseluruhan 34%

Jadual 4. Menunjukkan Peratusan Peningkatan Pencapaia Responden Di Dalam


Ujian Pra 1 Dan Ujian Pasca 1 Kitaran 1 Dan Ujian Pasca 2 pada Kitaran 2

Faktor peningkatan ini dipengaruhi oleh mudah untuk faham, kelainan dan
keseronokkan teknik kajian yang diperkenalkan. Para responden mudah faham
dengan teknik yang daijar dan senang diaplikasikan dalam ujian pasca.

“...saya suka kira darab guna jari..best..dapat guna tangan...sebelum ni tak


pernah..faham kira pakai tangan..”
Responden A
71 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

“...ya...(apabila ditanya senang atau tidak kira pakai jari)..faham..”


Responden C
“..suka kira guna jari..ya..(apabila ditanya faham atau tidak saya ajar)..pakai jari
faham..best...sebab pakai jari...”
Responden D

Manakala, faktor penurunan Responden D mungkin disebabkan gagal untuk


mengaplikasikan teknik yang diajar di dalam ujian pasca.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Faktor Kelemahan Responden Untuk Menguasai Sifir 6, 7, 8 dan 9


Penyumbang utama terhadap kelemahan Matematik di peringkat rendah
adalah kelemahan dalam kemahiran asas, terutamanya yang melibatkan operasi
mendarab (Yusniza Mohammed Yussof, 2004).. “...sifir lain (6, 7, 8 dan 9) susah..”.
Begitulah pengakuan responden kajian. Kesukaran tersebut timbul akibat daripada
faktor kegagalan responden untuk menggunakan teknik penambahan berulang kerana
sifir-sifir berkenaan mempunyai nombor pendarab yang bernilai besar. Proses
penambahan berulang yang melibatkan nombor-nombor bernilai besar ini menjadi
rumus yang kompleks untuk para responden. Proses yang kompleks ini akan
mempengaruhi jawapan responden pada jawapan akhir mereka (Seethadevi, 2001).

Teknik Yang Diperkenalkan Kepada Responden Untuk Menguasai Sifir 6, 7, 8


dan 9
Pendekatan kaedah tradisional, iaitu kaedah hafalan dilihat mendatangkan
rasa bosan kepada murid-murid untuk mengikuti pembelajaran (Faddreen Jingan,
2006). Teknik yang diperkenalkan ialah teknik mengira jawapan sifir darab 6, 7, 8
dan 9 dengan menggunakan jari-jemari. Teknik ini dilihat lebih praktikal (Janting
Ringkai, 2005).Teknik ini diharapkan dapat menarik minat responden kerana murid-
murid yang tidak dapat melibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana guru sering mengamalkan kaedah eksposisi dalam
penyampaiannya.

Keberkesanan Teknik Yang Diperkenalkan


Berdasarkan dapatan kajian, teknik yang diperkenalkan berjaya membaiki
pencapaian responden dalam menguasai kemahiran mendarab sifir 6, 7, 8 dan 9.
Peningkatan secara konkrit, iaitu 4 orang responden menunjukkan kemajuan yang
positif sebanyak 50% untuk Responden A, 90% untuk Responden B, 10% untuk
Responden C, 30% untuk Responden E dan hanya seorang responden mengalami
penurunan sebanyak 10%. Secara keseluruhan, para responden mencatatkan
kemajuan sebanyak 34%. Sekiranya murid dapat memahami dengan jelas setiap
subjek atau bab dalam matapelajaran sudah pasti hal ini akan meningkatkan minat
mereka terhadap matapelajaran tersebut (Saleha Salleh, 2006). Menurut Buck (1984)
dalam kajian Mohd Khalil Bin Mohd Yusoof (2005) menyatakan bahawa melalui
muka atau dikenali istilah air muka merupakan gambaran kepada keadaan jiwa
manusia. Keseronokkan ini juga diakui oleh sendiri para responden melalui temubual
yang telah dibuat. Teknik yang diperkenalkan ini memudahkan responden untuk
mengelakkan mengingati langkah kerja dan rumus yang panjang di dalam minda
mereka melalui kaedah penambahan berulang. Proses ‘lupa’ dan kesukaran

72 
 
Mohd Fairuz Dollah & Mohammad Zailani Jaya  

mengaplikasikan rumus yang kompleks akan mencatat mutu jawapan dan seterusnya
mempengaruhi jawapan akhir pelajar (Seethadevi, 2001).

CADANGAN KAJIAN

Kajian lanjutan kepada kajian tindakan ini amatlah digalakkan dengan


melibatkan responden lain, namun hendaklah berpencapaian sederhana sahaja dalam
sifir. Kuantiti responden juga boleh diubah kepada lebih banyak untuk memberi
kepelbagaian data dan dapatan kajian. Tempoh pelaksanaan kajian masa depan
dicadangkan agar mengambil masa yang lebih lama agar responden berpeluang
untuk mendalami lebih lanjut teknik ini dan seterusnya menguasai teknik ini.
Pengkaji juga hendaklah menyedari akan isu yang dikaji ini merupakan isu yang
agak sukar ditangani kerana ianya bukan sahaja memerlukan taraf kognitif dan
mental murid, malah ianya juga melibatkan sikap murid. Kesungguhan murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menjadi halangan utama pengkaji.
Maka, kesungguhan pengkaji hendaklah membatasi halangan tersebut untuk menjadi
motivasi kepada pengkaji meneruskan kajian ini.

RUJUKAN
Curriculum Development Centre. (2002). Curriculum Specifictaion Mathematics Year 1. Kuala
Lumpur: Ministry of Education Malaysia.
Curriculum Development Centre. (2003). Curriculum Specifictaion Mathematics Year 2. Kuala
Lumpur: Ministry of Education Malaysia.
Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir. Dlm.
Prosiding Seminar Penyelidikkan Pendidikan 2006. Sarawak : Institut Perguruan Tun Abdul
Razak Kota Semarahan Sarawak, 10-16.
Farm, C. M.. (2007). Penglibatan murid yang Aktif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik :
Satu Cabaran di Sebuah Sekolah Pedalaman. Dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan
Penyelidikkan Pendidikan Guru 2007. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia, 55-68.
Janting Anak Ringkai (2005). Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-murid
menguasai sifir darab 1 hingga 10. [Online]. Available:
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janting.pdf 
[2010, April 23]. 
Mohd Khalil Bin Mohd Yusoof. (2005). Emosi dan Perasaan. Dlm. Jurnal Paradigma. Jabatan
Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan (R&D), Institut Perguruan
Tuanku Bainun Bukit Mertajam : Pulau Pinang, 111-113
Poon, C. Y.. (2005). Kurikulum yang dihasratkan dan Kurikulum yang Dilaksanakan Pengajaran
Penyelesaian Masalah KBSM. Dlm. Jurnal Penyelidikan Pendidikan MPS. Sarawak :
Maktab Perguruan Sarawak, 11-26.
Saleha Salleh. (2005). Kajian Tindakan Masalah Pelajar Tingkatan 3 Tidak Hadir Kelas Tambahan
2005 Bagi Matapelajaran Sains Dan Matematik. Dlm. Seminar Penyelidikan Pendidikan
2006. Selangor : Institut Perguruan Islam Selangor, 22-52.
Seethadevi Narayanan. (2001). Pengajaran dan Pembelajaran Rumus Secara Berkesan Dalam
Matematik Tambahan. Dlm. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2000,
57-63.
Yusniza Bt. Mohammed Yussof. (2004). Meningkatkan Kemahiran Mendarab angka Melebihi 2 Digit
Dengan 2 Digit Bagi Murid-murid Tahun 4. Dlm. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004. Perlis
: Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan, Maktab Perguruan
Perlis, Perlis, Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan, 115-127.

Jabatan Matematik,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1workahooligunz@yahoo.com, 2mohdzailani@hotmail.com
73 
 
MENAMBAHBAIKKAN PEMAHAMAN PECAHAN SAMA PENYEBUT:
‘TIMES TABLE AND FRACTION RECTANGLES’

LAURA SOON KUI CA11


ABU BAKAR ABDULLAH2

ABSTRAK
Objektif utama kajian ialah mencari cara menambahbaikkan pemahaman pecahan di
kalangan peserta. Pembelajaran konsep pecahan merupakan suatu masalah di antara
empat peserta ini kerana mereka tidak boleh menukar pecahan ke bentuk paling mudah
selepas menambah. Sampel kajian ini terdiri daripada 4 orang peserta tahun empat dari
kelas terbaik. Satu ujian diagnostik telah diadakan untuk memilih peserta untuk kajian
ini mengikut keputusan dan tanpa bias. Data kajian dikutip secara kuantitatif dan
kualitatif. Data kualitatif pula dibuat melalui temu bual. Data kuantitatif dikumpulkan
melalui 5 soalan ujian yang dianalisis secara deskriptif dengan melihat peratus skor
ujian pra dan pasca. Peserta dapat menambah pecahan tetapi tidak dapat
menukarkannya ke bentuk termudah selepas menambah pecahan kerana tidak dapat
melihat hubungan antara penyebut dan pengangka. Dalam pusingan pertama, pengkaji
menggunakan cara jadual sifir. Melalui hasil kajian dalam pusingan pertama,
keputusan menunjukkan bahawa peserta masih kurang memahami cara ini. Dalam
pusingan kedua, pengkaji menggunakan cara ‘fraction rectangles’ untuk menukarkan
pecahan ke bentuk termudah. Peserta lebih memahami cara ini kerana mereka dapat
membandingkan saiz pecahan dan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan
pada akhir kajian. Ia membuktikan bahawa penggunaan alat manipulatif dapat
meningkatkan prestasi peserta. Pengkaji menyarankan supaya menggunakan kaedah
yang sama atau kaedah penyelesaian masalah untuk mengatasi masalah ini pada masa
akan datang.

ABSTRACT
The main objective of this research was to find out ways on how to improve the
participants’ comprehension in fractions. Learning fraction was a problem among
these participants because they could not change the fractions to the simplest form
after adding them. The participants in this research are three girls and one boy from
the best Primary 4 class. A diagnostic test was carried out to choose these participants
based on their results and without bias. The data were collected in a qualitative and
quantitative way. The qualitative data was done through an interview. As for
quantitative data, it was done through five subjective questions which were analyzed in
a descriptive manner through analysis of pretest and post test results. They could add
the fractions but could not change the fractions to the simplest form after the adding
the fractions as they could not see the relationship between the numerator and
denominator in fractions. In the first cycle, the researcher used the method of times-
tables. From the result of the first cycle, the participants were still unable to
comprehend fully although there were some improvements. In the second cycle, the
researcher tried the method of Fraction Rectangles to change the fractions to the
simplest form. They could understand this method better as they could compare the
size of fractions and showed good improvements after method 1 and 2 was carried out.
This proved that hands-on manipulative could improve the participants’ performance
if it is used during teaching and learning process. The researcher suggests using these
two methods in helping students or problem solving method to overcome this problem
in future.
Laura Soon Kui Cai & Abu Bakar Abdullah

PENDAHULUAN
  Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 3 April 2001. Satu daripada
sembilan Cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik,
progresif dan inovatif. Negara kita bukan sahaja berharap masyarakat kita akan
menjadi pengguna sains dan teknologi tetapi juga menjadi penyumbang dalam
bidang ini. Maka, pengetahuan matematik yang kukuh dan mantap akan menjadi
pra-syarat untuk mencapai matlamat ini di masyarakat kita. Namun, pembelajaran
Matematik merupakan suatu masalah di kalangan pelajar di Malaysia, terutamanya
pecahan. Pelajar sekolah rendah tidak dapat menukarkan pecahan kepada bentuk
termudah.Contohnya, dua per tiga. Dalam pembelajaran Matematik, mereka perlu
menghubungkait Matematik dalam fikiran mereka. Simbol tidak boleh memberikan
arahan dan menjamin pemahaman konseptual matematik. Tiga perkara utama yang
perlu dipertimbangkan untuk mempelajari Matematik, iaitu perkembangan otak,
pengalaman fizikal (hormon) dan interaksi sosial. Contohnya, menghubungkait apa
yang dengan dipelajari dalam persekitaran, berinteraksi dengan objek melalui deria,
bersosial dan bukan setakat demonstrasi oleh guru sahaja (Davidson, 1990).
Mengikut Troutman (1994), maklumat biasanya diberikan dalam tiga bentuk, iaitu
lisan (verbal), simbol dan graf. Sekiranya alat manipulatif digunakan bersama lisan,
simbol dan graf, ia akan membantu murid mendalami sesuatu konsep dengan lebih
mudah (Troutman, 1994). Behr et.al (1983) juga menggambarkan kepentingan
bentuk luaran manipulatif. Ia melibatkan empat kombinasi iaitu simbol, lisan,
gambar dan situasi dunia nyata yang saling berkaitan. Pelajar harus menghubungkait
setiap kombinasi untuk membina pemahaman dalam pengetahuan matematik. Kajian
di England, Jepun, China, dan Amerika Syarikat juga menyokong idea bahawa
pembelajaran matematik dan pemahaman matematik pelajar akan lebih berkesan jika
alat manipulatif digunakan (Heddens, 1984).

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian diberikan kepada cara menambahbaikkan masalah pembelajaran


murid dalam menukarkan pecahan kepada bentuk termudah. Jadi, alat manipulatif
telah digunakan dalam kajian tindakan ini untuk membantu murid dalam memahami
penukaran pecahan kepada bentuk termudah dan melihat keberkesanan alat
manipulatif sama ada ia dapat meningkatkan prestasi murid atau tidak.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif am kajian ini ialah mengenal pasti kesukaran murid dalam


mempelajari penambahan pecahan. Objektif khusus kajian ialah menyiasat
keberkesanan penggunaan alat manipulatif dalam pengajaran penambahan pecahan
penyebut sama.

Terdapat dua soalan dalam kajian ini, iaitu:


1. Apakah kesukaran yang dihadapi oleh murid semasa penambahan pecahan?
2. Adakah prestasi pencapaian akan meningkat sekiranya alat manipulatif
digunakan semasa proses pengajaran penambahan pecahan penyebut sama?

75 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan empat orang murid tahun empat. Tiga murid adalah
murid perempuan manakala seorang lagi ialah murid lelaki. Dari segi pencapaian
akademik, prestasi mereka adalah baik dan sederhana, dengan mendapat sekurang-
kurangnya gred C dalam mata pelajaran Matematik.

PROSEDUR TINDAKAN

Prosedur pertama : Mereka ujian diagnostik


Prosedur kedua : Ujian Diagnostik
Prosedur Ketiga : Ujian Pra
Prosedur keempat :Menggunakan times-tables sebagai alat manipulatif dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji memberikan 1 set
sifir kepada setiap murid untuk menjadi rujukan apabila
1 1
diperlukan. Soalan + diberikan kepada murid dan
4 4
meminta mereka supaya menjawabnya. Cari sifir yang
mempunyai nombor 2 dan 4 dalam sifir di row yang sama
kecuali sifir 1. Sifir 2 telah dipilih. Nombor di atas (1)
merujuk kepada pengangka manakala nombor di bawah
1
(2) merujuk kepada penyebut. Jadi, bentuk teringkas ialah .
2

× 1 2
1 1 2
2 2 4

Gambar 1 : Sebahagian daripada Sifir 1 dan 2


Prosedur Kelima : Ujian Pasca 1
Murid-murid menghadapi ujian pasca 1. Pengkaji merekodkan
markah yang diperoleh dan membuat perbandingan dengan
ujian pra.
Prosedur Keenam : Pengkaji melaksanakan kitaran kedua, iaitu menggunakan
‘fraction rectangles’.Pengkaji menerangkan maksud pecahan.
Menurut Mok Soon Sang (2003), pecahan adalah sebahagian
daripada sebuah objek / daripada keseluruhannya. Bahagian
luar pecahan mewakili 1.Bahagian pecahan diperkenalkan,
iaitu 1, setengah, satu perdua sehingga satu persepuluh.Ia
adalah untuk membolehkan murid membuat perbandingan saiz
pecahan. Contohnya, saiz setengah adalah lebih besar daripada
satu pertiga. Soalan “ Cari hasil tambah satu perempat dan satu
perempat.” diberi untuk dijawab. Murid-murid mewarnakan
pecahan tersebut. Hasil tambah sebelum ia ditukarkan kepada

76 
 
Laura Soon Kui Cai & Abu Bakar Abdullah

bentuk termudah ialah dua perempat.Murid mewarnakan dua


daripada empat bahagian. Pengkaji meminta murid membuat
perbandingan ke bahagian paling atas di mana bahagian
pecahan itu mempunyai saiz yang sama. Saiz satu perdua
adalah sama. Jadi, bentuk pecahan yang termudah ialah satu
perdua.

1 1
2 2

1 1 1
3 3 3

1 1 1 1
4 4 4 4

1
Gambar 2: Fraction Rectangles dari hingga Satu
4

( Diubahsuai dari Ferrie, et.al, 2003)


Prosedur Ketujuh : Ujian Pasca 2
Murid-murid melalui ujian pasca 2. Pengkaji merekodkan
markah yang diperoleh dan membuat perbandingan dengan
ujian pasca 1.
Prosedur Kelapan : Temuduga
Temuduga dijalankan dengan murid dijalankan dengan murid melalui
soalan terbuka dan tertutup. Ia adalah untuk mengenal pasti tahap
pemahaman murid (Jones, 1994).
CARA PENGUMPULAN DATA
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen:
(a) Ujian Diagnostik
(b) Ujian Pra dan Pasca 1 & 2
(c) Temubual

77 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik terdiri daripada 8 soalan subjektif penambahan operasi
pecahan. Jawapan hendaklah ditukarkan kepada pecahan termudah sekiranya
diperlukan. Ia adalah berdasarkan struktur dan format Sukatan Pelajaran Matematik
KBSR Tahun 4 (PPK, 2006). Murid tahun 4 mempelajari penambahan dua pecahan
dengan penyebut yang sama hingga 10 hingga bentuk yang paling mudah dengan 1
sebagai pengangka yang sama atau berbeza untuk kedua- dua pecahan. Ujian
diagnostik dijalankan unuk membezakan jika pelajar dapat memahami konsep
matematik dengan betul (Bell, 1986).
Ujian Pra dan Pasca
Ujian ini mengandungi 5 soalan. Murid-murid dikehendaki menjawabnya
dalam masa lima belas minit. Ujian pra dilaksanakan sebelum tindakan dilaksanakan.
Ujian Pasca 1 dan 2 masing-masing dilaksanakan selepas kitaran 1 dan 2
dilaksanakan. Ia juga adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat peningkatan
dalam pencapaian murid dan keberkesanan alat manipulatif yang digunakan.
Temubual
Temu bual dijalankan selepas ujian diagnostik, pra dan pasca dijalankan.
Temubual dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas bersemuka dengan lebih
tepat tentang pemahaman konseptual murid (White et.al, 1992). Soalan dalam
temubual mempunyai dua jenis, iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Respon
temubual yang menyokong tindakan kajian akan menunjukkan keberkesanan kajian
tindakan ini. Ia dijalankan di luar waktu persekolahan.
CARA MENGANALISIS DATA
Data kajian telah dianalisikan seperti berikut :
Ujian Diagnostik
Data ujian diagnostik dianalisikan dalam bentuk peratus markah ujian dan
min. Markah ujian dikategorikan kepada empat tahap, iaitu cemerlang (80 -100) ,
baik (60-79) , memuaskan(40-59) dan lemah (0-39). Data pencapaian
dipersembahkan dalam bentuk carta bar. Markah ini diubahsuai dari CBSE Grading
System.
Ujian Pra/Pasca
Data ujian Pra/Pasca adalah dalam bentuk peratus markah ujian. Seterusnya,
ia dianalisiskan mengikut min. Markah ujian dikategorikan kepada empat tahap, iaitu
cemerlang (80 -100) , baik (60-79) , memuaskan(40-59) dan lemah (0-39). Data
pencapaian dipersembahkan dalam bentuk carta bar. Markah ini diubahsuai dari
CBSE Grading System.
Temubual
Temubual telah dijalankan mengikut masa di luar masa persekolahan. Ia
adalah untuk mendapat kerjasama daripada murid agar data kajian mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan terhadap fokus kajian. Temubual dianalisis
berdasarkan respons yang diberikan .

78 
 
Laura Soon Kui Cai & Abu Bakar Abdullah

DAPATAN KAJIAN
1. Ujian Diagnostik

Markah Murid dalam Ujian Diagnostik


100 87.5
80 62.5 62.5 62.5
60
40
20
0
A B C D

Graf 1 : Markah Murid dalam Ujian Diagnostik

Jadual 1 : Markah Murid dalam Ujian Diagnostik

Murid Soalan Markah (%) Tahap


Betul
A 1,2,3,5,6 62.5 Baik
B 1,2,3,4,5,6,7 87.5 Cemerlang
C 1,2,3,5,6 62.5 Baik
D 1,2,3,5,6 62.5 Baik

Dalam ujian diagnostik, soalan penambahan tidak memerlukan penukaran ke


bentuk teringkas kecuali soalan 4 dan 7. Soalan 8 memerlukan pemahaman
konseptual satu yang memerlukan nombor pengangka dan penyebut yang sama.
Semua murid dapat menjawab soalan 1,2,3,5,6 dengan betul. Murid B menjawab
soalan 7 dengan betul Semua murid menjawab soalan 8 dengan salah. Seorang murid
telah mendapat markah yang cemerlang manakala tiga murid mendapat markah baik
dalam ujian ini. Contoh kesalahan adalah seperti di gambar 3, 4 dan 5.

Hasil Kerja Murid


Gambar 3 : Tiada Penukaran ke bentuk Termudah Semakan Pengkaji

79 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

Hasil Kerja Murid Semakan Pengkaji


Gambar 4 : Tiada Penukaran ke bentuk Termudah

Hasil Kerja Murid


Gambar 5 : Tidak Memahami Konsep 1 Semakan Penyelidik
2. Ujian Pra dan Pasca 1 & 2
Ujian Pra, Pasca 1 dan 2 telah dijalankan untuk menilai prestasi murid dalam
kajian penyelidikan ini. Sekiranya terdapat peningkatan markah dalam ujian pasca 1
dan 2 berbanding markah ujian pra, maka tindakan yang dijalankan dalam kajian ini
menunjukkan keberkesanannya. Jadual 2 telah menunjukkan peningkatan hasil tahap
pencapaian dari ujan pra sehingga ujian pasca 2. Dari ujian pra ke ujian pasca 1, min
telah meningkat sebanyak 35 markah. Dari ujan pasca 1 ke ujian pasca 2, min
pencapaian murid telah meningkat sebanyak 10 markah.

Jadual 2 : Perbandingan Markah antara Empat Orang Murid dari Ujian Pra ke
Ujian Pasca 2

Murid Ujian Pra (%) Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%)
A 20 60 80
B 40 80 80
C 20 40 60
D 20 60 60
Min 25 60 70

80 
 
Laura Soon Kui Cai & Abu Bakar Abdullah

Jadual 3: Peratus Perubahan Markah Keseluruhan antara Ujian Pra, Ujian Pasca 1
dan 2

Ujian Pra Ujian Pasca


Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2 Peratus
Perubahan
Gred Markah
Kuantiti % Kuantiti % Kuantiti % Keseluruhan dari
Ujian Pra

Cemerlang 0 0 1 25 2 50 Meningkat 50%


(80-100)
Baik 0 0 2 50 2 50 Meningkat 50%
(60-79)
Memuaskan 1 25 1 25 0 0 Menurun 25%
(40-59)
Lemah 3 75 0 0 0 0 Menurun 75%
(0-39)

Berdasarkan Jadual 3, pencapaian murid telah meningkat secara keseluruhan.


Pencapaian telah meningkat kepada tahap cemerlang dan baik. Di ujian pasca 1,
untuk tahap cemerlang, ia telah meningkat dari 0% kepada 25 % (1 murid) dan
meningkat lagi ke tahap 50%(2 murid) pada akhir ujian pasca 2. Untuk gred baik,
ia meningkat dari 0% kepada 50% (2 murid) di ujian pasca 1 dan kekal untuk ujian
pasca 2. Untuk tahap memuaskan, jumlah murid yang berada di tahap ini semakin
berkurangan dari 25% ke 0% pada akhir ujian pasca 2. Untuk tahap lemah pula,
jumlah murid yang berada di tahap ini semakin berkuranagan dari 3 orang (75%)
kepada sifar (0%). Ia menunjukkan keberkesanan penggunaan alat manipulatif
dalam pengajaran penukaran penambahan pecahan ke bentuk teringkas.

Graf 2: Bilangan Murid untuk Setiap Gred dalam Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan 2

81 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

3. Temubual
Melalui analisis temubual, pengkaji mendapati murid masih agak kurang jelas
dengan saiz pecahan. Contohnya, mereka menganggap saiz pecahan kek yang
mempunyai empat bahagian adalah lebih besar daripada tiga bahagian. Ini adalah
mungkin kerana soalan 2 agak mengelirukan. Namun, semua murid dapat
menukarkan pecahan kepada bentuk termudah selepas cara 1 dan 2 diperkenalkan.
Murid juga menyatakan bahawa mereka lebih suka guru mengajar dengan
menggunakan alat manipulatif.
REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Prestasi murid dari uji diagnostik hingga ujian pasca 2 telah


meningkat. Murid dapat memahami konsep lebih baik selepas hands-on manipulative
digunakan dalam pengajaran penambahan pecahan.. Hal ini juga menunjukkan
penggunaan alat manipulatif semasa proses pengajaran dan pengajaran adalah satu
kemestian untuk membantu murid . Kajian tambahan juga menunjukkan bahawa
kegiatan yang berfokus kepada penggunaan bahan fizikal yang tepat untuk
memahami konsep pecahan adalah penting untuk mempromosikan dan
meningkatkan isu kritis matematik sebagai komunikasi, penyelesaian masalah, dan
matematik sebagai pemikiran (Krach, 1998). Keberkesanan alat manipulatif
menyumbang kepada konseptualisasi dan pemahaman matematik. Kedua-dua cara
yang digunakan dalam kajian penyelidikan ini adalah sesuai untuk menyelesaikan
masalah murid dalam penukaran pecahan kepada bentuk teringkas.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Tindakan dilaksanakan dalam kajian ini boleh dikembangkan dengan
menggunakan soalan penyelesaian masalah. Melalui ini, pemikiran kritis dan kreatif
dapat diterapkan di antara murid. Dari pengalaman pengkaji, prestasi murid
bergantung pada amalan dan gaya mengajar seorang guru selain alat bantu
pengajaran dan pembelajaran dan senario mengajar. Biasanya, guru menggunakan
kaedah yang sama untuk mengajar semua murid. Jadi, dalam kajian lanjutan, lebih
dari satu kaedah mesti digunakan semasa menyampaikan pengetahuan kepada murid.
RUMUSAN
Kajian ini telah menunjukkan kepentingan alat manipulatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia dibuktikan apabila murid menunjukkan peningkatan
prestasi dari ujian pra ke ujian pasca 1 dan 2. Jikalau alat manipulatif terus digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, maka ia memberi impak yang besar
dalam pencapaian Matematik pada masa akan datang. Kajian tindakan ini boleh
dianggap sebagai pemulihan.

82 
 
Laura Soon Kui Cai & Abu Bakar Abdullah

RUJUKAN
Analysis of Repertory Grid Interview. Retrieved from
http://www.enquirewithin.co.nz/HINTS/skills5.htm [ 2010, July 15]
Behr, M. J., Lesh, R. A., Post, T. R., & Silver, E. A. (1983). Rational number concepts.In R. A.
Lesh & M. Landau (Eds.), Acquisition of mathematics concepts and processes. Orlando:
Academic Press, Inc.: 91-126
Davidson, N (1990). Cooperative learning in Mathematics: A Handbook for Teachers. USA : Addison
Wesley Publishing Company Inc, 23
Ferrie, L., Fox, S., Hansen, A., Mooney, C., Wrathmell, R. (2003). Primary Mathematics Knowledge
and Understanding. Great Britain : British Library.
Heddens, J. (1984). Today's Mathematics: Concepts and Methods in Elementary School
Mathematics. Chicago: Science Research Associates.
Jones, K., Kershaw, L., Sparrow, L. (1994). Number sense and computation in the classroom,
Mathematics, Science and Technology Education Centre, Perth. Edith Cowan University.
Mok Soon Sang (2003). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
PPK (2006). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 KBSR., Pusat Perkembangan
Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Staff Berita Semasa. Cabaran Wawasan 2020 Malaysia. Retrieved from
http://beritasemasa.com/cabaran-wawasan-2020-malaysia-dasar-visi [2010, June 15].
Troutman, A. P., Lichtenberg, B.K. (1994). Mathematics, A Good Beginning. California: Brooks/Cole
Publishing Company.
White, R., & Gunstone, R.(1992). Probing understanding. New York: The Falmer Press.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1bernadette_laura_soon@yahoo.com, 2abubakarsp@yahoo.com

83 
 
MENENTUKAN KAEDAH YANG MENINGKATKAN PENCAPAIAN
MURID TAHUN 4 DALAM PENDARABAN
3 DIGIT DENGAN 2 DIGIT

LEE SIEW ENG 1


JONG CHEE FOOK 2

ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kaedah yang meningkatkan pencapaian murid
Tahun 4 dalam topik Pendaraban 3 digit dengan 2 digit. Kajian ini dijalankan kepada
salah satu kelas Tahun 4 dari sebuah sekolah di Bandar Miri yang mempunyai
pencapaian subjek Matematik yang kurang memuaskan. Seramai 3 orang murid dipilih
untuk membuat eksperimen dalam kajian ini. Murid-murid tersebut telah didedahkan
dengan dua kaedah penyelesaian yang baru untuk menyelesaikan soalan Pendaraban 3
digit dengan 2 digit iaitu dengan menggunakan cara melukis dan memisahkan 2 digit
pada nombor kedua. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian pra, ujian pasca (gelungan
1 dan gelungan 2) dan soal selidik. Ujian pra dan ujian pasca (gelungan 1 dan gelungan 2)
diberikan kepada murid selepas pengajaran dan pembelajaran kaedah melukis dan
memisahkan 2 digit pada nombor kedua selesai dilaksanakan untuk menilai pencapaian
murid dalam topik Pendaraban 3 digit dengan 2 digit. Soal selidik diberikan kepada
murid untuk mengumpul data terhadap pandangan mereka tentang kaedah baru yang
diajar untuk membuat soalan yang berkaitan dengan topik ini. Data kajian yang
diperoleh dianalisis dengan cara min markah. Hasil kajian menunjukkan terdapat
peningkatan pencapaian selepas penggunaan kaedah melukis memberikan kesan positif
iaitu mendapat Gred Cemerlang 80-100 (A) dalam aspek pencapaian murid Tahun 4
terhadap pembelajaran tajuk Pendaraban 3 digit dengan 2 digit.

ABSTRACT
The aim of this research is to determine the method of improving Year 4 pupils’
achievement in Multiplication 3 digits by 2 digits. This research focused on one of the
Year 4 classes in Miri School which obtained poor achievement in their Mathematics
subject. 3 participants would be selected for the purpose of this research. The
participants would be exposed to two different methods which known as drawing and
separating the 2 digits of the second number methods. The instruments used are pre-test,
post-test (cycle 1 and cycle 2) and survey form. Pre-test and post-test (cycle 1 and cycle 2)
are given to the students after the teaching and learning of the drawing and separating
the 2 digits of the second number methods to evaluate the achievement of the students on
the topic of Multiplication of 3 digits by 2 digits. Survey form is given to students to
gather feedback from the pupils about new methods taught to solve the questions
regarding with the topic. The data of the research is analysed with the method of mean
score. Research result has shown drawing method gave the most positive impact to the
Year 4 pupils’ achievement toward mathematics learning in Multiplication of 3 digits by
2 digits as they scored Grade Excellent 80-100 (A).

PENDAHULUAN
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran penting di sekolah. Mata pelajaran
matematik memerlukan murid untuk mempelajari empat operasi asas, seperti
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Pengkaji mendapati bahawa
sebahagian besar murid menghadapi kesukaran ketika membuat soalan pendaraban. Hal
Lee Siew Eng & Jong Chee Fook
 

ini sangat penting bagi guru Matematik untuk membantu murid mendapatkan
pengetahuan asas dalam pendaraban. Melalui ketiga-tiga praktikum di sekolah yang
berbeza, pengkaji mendapati bahawa sebahagian besar murid tidak boleh menguasai
soalan pendaraban 3 digit dengan 2 digit. Hal ini terjadi kerana soalan jenis ini
melibatkan terlalu banyak digit dan murid keliru ketika mendarabkan nombor digit yang
kedua. Murid selalu keliru semasa meletakkan nombor pada nilai tempat yang berbeza
dan ini menyebabkan mereka tidak mampu menguasai pendaraban dengan baik. Menurut
Hughes dan Burns (2010), mengatakan bahawa murid tidak memahami setiap cara yang
digunakan untuk menyelesaikan soalan pendaraban 3 digit dengan 2 digit. Ini kerana
mereka selalu keliru dengan peletakkan nombor pada setiap nilai tempat yang berbeza.

FOKUS KAJIAN
Menurut Charlesworth dan Lind (2007), nilai tempat merupakan salah satu topik
yang paling penting dan sukar difahami dalam geometri. Oleh sebab itu, persiapan untuk
mengajar matematik harus menjadi keutamaan bagi guru. Matematik adalah subjek yang
sukar untuk belajar dan diajar. Menurut Brown (2003), murid harus memiliki
kemampuan untuk mencari cara-cara dalam mewakili nombor seperti membuat tanda,
mengenali dan menulis nombor. Pada peringkat awal, murid perlu mengembangkan
pemahaman tentang apa yang digunakan untuk mewakili nombor. Selain itu, murid juga
diberikan kemampuan untuk memahami operasi menghubungkaitkan antara satu sama
lain (Seefeldt dan Galper, 2008). Cauley (2007) menekankan pemodelan dapat
memperluaskan pengetahuan murid dan menyokong pemahaman mereka. Hal yang
demikian dapat membantu murid dalam mengingati dan menggunakan cara yang sesuai
untuk mewakili matematik. Seseorang murid boleh membuat matematik dengan cara
yang mereka pilih daripada grafik matematik. Ini akan mendorong mereka untuk melukis
pelbagai jenis model supaya murid-murid dapat membuat soalan dengan penuh yakin.
Nilai tempat digunakan dalam sistem nombor untuk membolehkan nombor yang sama
untuk membawa nilai yang berbeza berdasarkan kedudukannya, misalnya tempat yang
mempunyai nilai tertentu (Mooney et al., 2003). Troutman dan Lichtenberg (2003)
menerangkan bahawa model adalah penting bagi murid namun, untuk belajar cara
pengiraan yang cekap, murid perlu menghafal fakta pendaraban.
Hasil ujian semester yang diambil daripada murid Tahun 4, pengkaji mendapati
kebanyakkan murid lemah dalam operasi pendaraban yang melibatkan 3 digit dengan 2
digit. Akibatnya, murid tidak boleh mencapai skor markah tinggi dalam ujian.
Berpandukan kesalahan yang dibuat oleh murid, pengkaji mendapati bahawa murid tidak
dapat memahami nilai tempat dengan betul. Ini dapat dibuktikan ketika mereka menulis
nombor pada nilai tempat puluh, ratus dan ribu yang salah. Untuk mengelakkan murid
membuat kesalahan yang sama, guru Matematik perlu menekankan pada nilai tempat
nombor tersebut kerana ini adalah salah satu kemahiran penting dalam pendaraban 3 digit
dengan 2 digit.
Pengkaji mendapati bahawa semua murid telah diajar menggunakan kaedah
“partial product” dan “lattice” di sekolah. Akan tetapi, masih banyak murid yang keliru
dengan kaedah “partial product” dan “lattice” yang menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai pendaraban 3 digit dengan 2 digit dengan betul. Oleh itu, dua jenis kaedah
iaitu kaedah melukis dan memisahkan 2 digit pada nombor kedua telah dilaksanakan
dalam pendaraban 3 digit dengan 2 digit. Guru menyuruh murid menggunakan gambar,

85 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)    

“tally” atau menulis nombor untuk meningkatkan keyakinan murid dalam matematik
(Worthington dan Carruthers, 2003). Menurut Brown (2003), murid perlulah mengingati
fakta-fakta matematik dan mengembangkan kemahiran mereka dan menggunakan strategi
dalam subjek matematik.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN


Tujuan menjalankan kajian ini adalah untuk mencapai objektif berikut:
a. Membantu murid untuk meningkatkan kemahiran murid dalam pendaraban 3 digit
dengan 2 digit dengan menggunakan kaedah melukis.
b. Membantu murid untuk meningkatkan kemahiran murid dalam pendaraban 3 digit
dengan 2 digit dengan menggunakan kaedah memisahkan 2 digit pada nombor
kedua.
c. Menentukan kaedah yang paling berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid
Tahun 4 dalam Pendaraban 3 digit dengan 2 digit.

Untuk mencapai tujuan dari kajian ini, pengkaji telah menjawab soalan-soalan seperti
berikut:
a. Adakah kaedah melukis membantu dalam meningkatkan pencapaian murid?
b. Adakah kaedah memisahkan 2 digit pada nombor kedua membantu dalam
meningkatkan pencapaian murid?
d. Kaedah manakah yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid Tahun 4
dalam Pendaraban 3 digit dengan 2 digit?

KUMPULAN SASARAN
Pengkaji telah menjalankan kajian yang melibatkan murid yang mempunyai
pencapaian keputusan yang sama rata untuk ujian diagnostik dan ujian semester. 3
peserta lelaki (X, Y dan Z) dari Tahun 4 telah dipilih untuk melaksanakan kajian ini
selepas ujian diagnostik dan pemerhatian ujian semester dan dokumentari yang
dikumpulkan oleh pengkaji semasa pengajaran dan pembelajaran dalam pendaraban 3
digit dengan 2 digit. Mereka telah dipilih berdasarkan ujian purata mereka yang hanya
mencatatkan sebanyak 33% sahaja daripada peperiksaan ujian semester. Pengkaji
memilih peserta ini bagi melibatkan mereka dalam program pemulihan untuk melihat
sama ada para peserta dapat memenuhi objektif kajian ini. Daripada Jadual 1.0, 3 peserta
(X, Y dan Z) adalah murid Tahun 4 lelaki yang berada dalam usia 10 tahun. Peserta X
dan Y ialah kaum Kenyah, manakala peserta Z ialah Iban. Daripada jadual tersebut, jelas
menunjukkan bahawa para peserta X dan Y hanya mampu mencatatkan sebanyak 35%,
sedangkan peserta Z hanya mencapai 30% dalam peperiksaan Matematik mereka.
Jadual 1.0: Keputusan Ujian Semester Matematik bagi peserta

Peserta Kaum Keputusan ujian semester Matematik (%)


X Kenyah 35
Y Kenyah 35
Z Iban 30

86 
 
Lee Siew Eng & Jong Chee Fook
 

PROSEDUR TINDAKAN
Terdapat empat langkah asas dalam gelungan kajian penyelidikan yang
dikemukakan oleh Kurt Lewin seperti perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan
refleksi. Langkah pertama ialah perancangan untuk memulakan penyelidikan yang
merupakan langkah yang paling sukar untuk diatasi. Pengkaji harus mengetahui bahagian
yang ingin dikenalpasti untuk penambahbaikan di mana para peserta boleh meningkatkan
pencapaian dan mereka akan mempunyai motivasi untuk melakukannya (Claire, n.d.).
Sebelum pengkaji melakukan kajian, pengkaji perlu membuat perancangan iaitu
mengetahui topik matematik yang sesuai digunakan untuk kajian ini. Sebanyak tiga kali
praktikum di sekolah, pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap murid kelas
Tahun 4 serta berdasarkan kepada ujian semester mereka bagi membuat penyelidikan ini.
Pengkaji mendapati bahawa sebahagian besar murid tidak boleh menguasai soalan-soalan
yang melibatkan pendaraban 3 digit dengan 2 digit dengan betul. Selain itu, pengkaji
mendapati bahawa banyak murid tidak dapat menjawab soalan pendaraban 3 digit dengan
2 digit. Pengkaji juga mendapati banyak murid cuai dalam menjawab soalan-soalan yang
diberikan oleh guru. Oleh sebab itu, pengkaji memutuskan untuk melakukan kajian dalam
topik ‘Menentukan Kaedah Yang Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 dalam
Pendaraban 3 digit dengan 2 digit’.
Langkah yang kedua ialah pelaksanaan. Pengkaji memberikan ujian diagnostik
untuk semua orang murid kelas Tahun 4 bagi menyelesaikan satu set kertas soalan yang
berkaitan dengan pendaraban 3 digit dengan 2 digit. Ujian diagnostik ini perlu dilakukan
agar pengkaji boleh memilih peserta yang sesuai untuk menjalani program pemulihan
sepanjang penyelidikan ini. Pengkaji hanya akan memilih 3 peserta sahaja. Mereka yang
telah dipilih adalah murid yang mendapat markah di antara 40% dan 50% dalam ujian
diagnostik. Mereka dipilih kerana pencapaian mereka hampir sama dan ini memudahkan
pengkaji untuk membuat pengajaran dan pembelajaran pada gelungan 1 dan gelungan 2.
Daripada hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa 3 peserta tersebut tidak boleh
menguasai topik pendaraban 3 digit dengan 2 digit dengan baik kerana mereka sering
meletakkan nilai digit pada nilai tempat yang salah.
Ujian pra telah diberikan untuk mereka menyelesaikan soalan dengan
menggunakan kaedah “partial product” atau “lattice” yang biasa diajar oleh guru
mereka di dalam kelas. Daripada hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa 3 peserta tidak
boleh menguasai topik tersebut dengan baik kerana mereka tidak boleh meletakkan digit
pada nilai tempat yang betul. Oleh itu, pengkaji telah melaksanakan kaedah melukis.
Guru telah memberikan penjelasan tentang kaedah melukis, diikuti dengan lembaran
kerja untuk meningkatkan pemahaman peserta. Selepas itu, ujian pasca akan diberikan
kepada peserta untuk menguji pemahaman mereka dengan menggunakan kaedah melukis
dalam pendaraban 3 digit dengan 2 digit. Pada gelungan 1, pengkaji mendapati peserta
boleh memperoleh skor markah lebih tinggi dalam ujian pasca (gelungan 1) jika
dibandingkan dengan ujian pra. Dalam ujian pasca (gelungan 2), peserta akan
menggunakan kaedah memisahkan 2 digit pada nombor kedua untuk menyelesaikan
soalan pendaraban 3 digit dengan 2 digit supaya peserta dapat menguasai kaedah ini
dengan lebih mudah serta memahami nilai tempat dan tidak akan mengelirukan.
Langkah ketiga ialah pemerhatian. Pengkaji akan membuat analisis data
berdasarkan kepada gelungan 1 dan gelungan 2. Pengkaji kemudian akan mendapatkan

87 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)    

maklum balas daripada peserta dengan mengumpulkan data menggunakan borang soal
selidik (YA atau TIDAK).
Langkah terakhir ialah refleksi. Pengkaji akan menilai keberkesanan hasilnya dan
akan dibandingkan untuk menentukan kaedah yang terbaik agar dapat membantu peserta
untuk meningkatkan pencapaian peserta dalam penyelesaian soalan pendaraban 3 digit
dengan 2 digit.

CARA PENGUMPULAN DATA

Proses kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan gabungan, yang bermaksud


pengkaji akan menggunakan kaedah kuantitatif (ujian pra dan ujian pasca) dan kaedah
kualitatif (borang soal selidik).
Ujian pra dan ujian pasca akan digunakan untuk menguji 3 peserta yang dipilih
untuk menyelesaikan 5 soalan subjektif ujian pra. Para peserta harus menjawab semua
soalan dalam masa 30 minit. Pada gelungan 1 (ujian pasca), peserta dikehendaki
menggunakan kaedah melukis untuk menyelesaikan soalan pendaraban 3 digit dengan 2
digit yang terdiri daripada 5 soalan subjektif sama soalan dengan ujian pra. Pada
gelungan 1 (ujian pasca), 30 minit akan digunakan untuk menguji murid dengan
menggunakan kaedah melukis. Pada gelungan 2 (ujian pasca), peserta pula akan
menggunakan kaedah memisahkan 2 digit pada nombor kedua. Terdapat 5 soalan
subjektif yang berlainan soalan dengan ujian pra dan ujian pasca (gelungan 1). Murid
dikehendaki menjawabnya dalam masa 30 minit.
Dalam kaedah kualitatif pula terdiri daripada borang soal selidik yang digunakan
oleh pengkaji dan para peserta akan menanda YA atau TIDAK pada borang yang
diberikan kepada mereka. Borang soal selidik ini terdiri daripada 8 soalan.

CARA MENGANALISIS DATA


Pada bahagian ini, pengkaji akan mengumpul data daripada ujian pra dan ujian
pasca pada gelungan 1, ujian pasca pada gelungan 2 dan borang soal selidik. Ujian pra
telah diberikan kepada murid dengan menggunakan kaedah “partial product” dan
“lattice” untuk menguji tahap pencapaian dan kesilapan yang sering dibuat oleh mereka
semasa membuat soalan pendaraban 3 digit dengan 2 digit.
Melalui ujian pasca (gelungan 1) dan ujian pasca (gelungan 2), pengkaji akan
mengetahui kaedah yang mudah dan dapat meningkatkan pemahaman peserta ketika
menyelesaikan soalan pendaraban 3 digit dengan 2 digit.
Melalui borang soal selidik, pengkaji juga dapat mengetahui sama ada peserta
dapat meningkatkan pencapaian dalam pendaraban 3 digit dengan 2 digit dengan
menggunakan kaedah baru ini (kaedah melukis dan memisahkan 2 digit pada nombor
kedua). Malah, dapat menentukan sama ada murid dapat menguasai pendaraban 3 digit
dengan 2 digit. Selain itu, pengkaji juga dapat mengetahui bahawa peserta lebih
memahami nilai tempat seperti Sa, Puluh, Ratus dan Ribu selepas pengajaran dan
pembelajaran kaedah baru (kaedah melukis dan memisahkan 2 nombor pada digit kedua).
Melalui kaedah “partial product” atau “lattice”, pengkaji mendapati bahawa
peserta tidak fokus pada nilai tempat yang betul semasa membuat soalan pendaraban 3
digit dengan 2 digit. Kesalahan kedua yang sering dibuat oleh peserta ialah mereka tidak
mendarabkan jumlah kedua-dua nombor untuk mencari jawapan. Hal ini menunjukkan

88 
 
Lee Siew Eng & Jong Chee Fook
 

bahawa peserta selalu cuai ketika menjawab soalan pendaraban 3 digit dengan 2 digit.
Bahagian yang paling penting adalah menumpukan perhatian semasa menjawab soalan
matematik. Selain itu, peserta harus menguasai konsep pendaraban 3 digit dengan 2 digit
sehingga mereka boleh menjawab soalan dengan betul. Bagi membantu pengkaji untuk
menguasai pendaraban 3 digit dengan 2 digit, pengkaji boleh membuat dua kaedah baru
seperti melukis dan memisahkan 2 digit pada nombor kedua untuk membiarkan mereka
mempunyai pemahaman yang lebih baik pada nilai tempat. Melalui kaedah yang telah
diajar kepada peserta dalam gelungan 1 dan gelungan 2, pengkaji mendapati bahawa
kaedah baru yang diajarkan adalah lebih mudah daripada distributif atau “lattice method”
yang diajar oleh guru mereka di kelas.

DAPATAN KAJIAN
Jadual 2.0: Perbezaan Keputusan Ujian Pra (%) dan Ujian Pasca (%) pada Gelungan 1

Gred Ujian Pra Ujian Pasca

(Gelungan 1)

Peserta % Peserta %
Cemerlang X 100
80 –100 (A) Y 100
Z 80
Baik
60 – 79 (B)
Memuaskan X 40
40 – 59 (C)
Lemah Y 0
0 – 39 (D) Z 0

Gelungan 1

Berdasarkan kepada Jadual 2.0 dalam ujian pra pada gelungan 1, terdapat 3 peserta (X, Y
dan Z) gagal dalam peperiksaan ketika mereka diminta untuk membuat pendaraban 3
digit dengan 2 digit dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah “partial
product” dan “lattice”. Peserta Y dan Z mendapat 0% (Lemah) dalam ujian pra,
manakala salah seorang peserta X mendapat 40% dalam ujian pra iaitu Memuaskan (C).
Ujian Pasca pada gelungan 1, semua peserta mendapat Cemerlang (A), peserta X didapati
100% sedangkan Y dan Z peserta mendapatkan 80% di ujian pasca yang menggunakan
kaedah melukis ketika melakukan soalan pendaraban 3 digit dengan 2 digit.

Gelungan 2

Daripada Graf 1A, dalam ujian pasca (gelungan 1), 3 peserta boleh mencapai skor
markah lebih tinggi daripada ujian pasca (gelungan 2). Peserta X dan Y mencatatkan
sebanyak 100% dalam ujian pasca (gelungan 1), sedangkan peserta Z mencatatkan

89 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)    

sebanyak 80% dalam ujian pasca (gelungan 1). Pada gelungan 2, peserta X dan Y
mendapat 60% dalam ujian pasca, sedangkan peserta Z hanya mendapat 20%. Akhir
sekali pada gelungan 2 dalam ujian pasca, peserta X dan Y mendapat 60% iaitu dalam
kategori Baik (B) setelah menggunakan kaedah memisahkan 2 digit pada nombor kedua,
sedangkan peserta Z mendapat 20% iaitu di kategori Lemah (D).

Keputusan Ujian Pasca (Gelungan 1) dan Ujian Pasca


(Gelungan 2)
100
90
80
70
Markah (%)

60
50
40
30
20
10
0
Peserta X Peserta Y Peserta Z
Ujian Pasca(Gelungan 1) 100 100 80
Ujian Pasca(Gelungan 2) 60 60 20

Graf 1A:Perbezaan Keputusan Ujian Pasca antara Gelungan 1 dan Gelungan 2

Jadual 3.0 menunjukkan analisis yang dikumpulkan daripada 3 peserta dengan


berpandukan kepada kertas ujian mereka. Daripada ujian ini, pengkaji telah mencatatkan
masa yang digunakan oleh peserta untuk menyelesaikan 5 soalan dengan menggunakan
kaedah melukis dan memisahkan 2 digit pada nombor kedua jika dibandingkan dengan
kaedah “partial product” atau “lattice” yang biasa diajar di sekolah.

Jadual 3.0: Contoh peninjauan sepanjang kajian dilaksanakan

Ujian Kaedah “partial Kaedah melukis Memisahkan 2


product” atau “lattice” (Kaedah baru) digit pada
(kaedah traditional) nombor kedua
(Kaedah baru)
Peserta yang 3 peserta Tiada peserta 1 peserta
gagal ≤ 50%
Masa (minit) 30 minit 30 minit 30 minit

90 
 
Lee Siew Eng & Jong Chee Fook
 

Keputusan boleh dilihat daripada Jadual 3.0 iaitu bilangan peserta yang gagal ≤
50% dengan menggunakan kaedah “partial product” atau “lattice” (kaedah tradisional),
melukis dan memisahkan 2 digit pada nombor kedua (kaedah baru). Selain itu, pengkaji
telah menggunakan soalan kajian melalui borang soal selidik untuk menilai respon
peserta dalam pendaraban 3 digit dengan 2 digit dalam gelungan 1 dan gelungan 2.
Daripada Jadual 4.0, jumlah min keseluruhan bagi peserta X dalam ujian pasca
pada gelungan 1 dan ujian pasca pada gelungan 2 adalah sebanyak 80%, manakala
peserta Y mendapat 70% min dalam kedua-dua ujian pasca (gelungan 1 dan gelungan 2).
Jumlah min untuk peserta Z adalah terendah iaitu jumlah keseluruhan min untuk peserta
Z dalam ujian pasca (gelungan 1 dan gelungan 2) hanya mencecah 50%.

Jadual 4.0: Pengiraan min untuk Ujian Pasca (Gelungan 1) dan Ujian Pasca (Gelungan 2)

Peserta Ujian Pasca Ujian Pasca Jumlah min (%)


(Gelungan 1) (Gelungan 2) Ujian Pasca + Ujian Pasca
(%) (%) (Gelungan 1) (Gelungan 2)
2
Peserta X 100 60 80
Peserta Y 80 60 70
Peserta Z 80 20 50

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN


Pengkaji mendapati bahawa punca peserta tidak dapat menguasai pendaraban 3
digit dengan 2 digit dengan baik adalah selaras dengan dapatan Stacey dan Vincent (2004)
yang telah mengatakan bahawa kebanyakkan murid Tahun 3 dan 4 tidak memahami nilai
tempat dan sukar dipelajari oleh murid. Faktor kelemahan murid dalam matematik telah
dikaitkan dengan kemahiran asas, pemahaman konsep dan kecuaian (Bhasah Abu Bakar
et al., 2009). Oleh itu, pendekatan melukis dan memisahkan 2 nombor pada digit kedua
diaplikasikan dalam mengatasi masalah kesalahfahaman tersebut.
Penemuan kajian ini menyimpulkan bahawa para peserta akan mampu
mendapatkan skor tinggi dalam ujian pasca pada gelungan 1 jika dibandingkan dengan
ujian pra (kaedah-kaedah tradisional seperti “lattice” atau “partial product”. 3 peserta
(X, Y dan Z) gagal dalam ujian diagnostik ketika mereka diminta untuk membuat
pendaraban 3 digit dengan 2 digit dengan menggunakan kaedah tradisional “lattice” atau
“partial product”. Hal ini kerana kaedah tradisional tidak menarik dan kurang
didedahkan dengan nilai tempat jika dibandingkan dengan kaedah melukis yang
digunakan oleh para peserta dalam ujian pasca pada gelungan 1 dan kaedah memisahkan
2 digit pada nombor kedua dalam ujian pasca pada gelungan 2 . Kedua, ini terjadi kerana
para peserta tidak menguasai kaedah tradisional (“partial product” atau “lattice”) dalam
membuat pendaraban 3 digit dengan 2 digit, sehingga mereka mendapat keputusan yang
Lemah (D) dalam ujian pra mereka. Merujuk pada Mooney et al., (2003), nilai tempat
adalah amat penting kerana nilai tempat dapat membantu dalam pemahaman algoritma
bertulis. Terdapat seorang peserta gagal (≤ 50%) dalam ujian pasca pada gelungan 2 yang
menggunakan kaedah memisahkan 2 digit pada nombor kedua. Hal ini menunjukkan

91 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)    

bahawa kaedah melukis adalah kaedah yang paling berkesan bagi para peserta untuk
memahami pendaraban 3 digit dengan 2 digit.
Sebagaimana yang disebutkan dalam soal selidik mengenai pencapaian peserta
dalam topik pendaraban 3 digit dengan 2 digit, kaedah baru diajar adalah sangat berkesan
dalam erti bahawa kaedah ini dapat membantu para peserta untuk mencari jawapan
pendaraban 3 digit dengan 2 digit dengan lebih mudah. Menurut Worthington dan
Carruthers (2003), menggalakan murid-murid untuk melukis gambaran atau menulis
“tally” dan nombor kerana dapat memberikan keyakinan kepada murid ketika mereka
menyelesaikan soalan matematik.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Ada beberapa aspek perlu ditempuhi oleh pengkaji tentang bagaimana untuk
meningkatkan kajian serta membuat cadangan untuk kajian pada masa depan. Aspek
pertama ialah mencipta lebih banyak variasi bahan dalam pengajaran dan pembelajaran
selain kertas atau pensil supaya dapat memahami konsep abstrak matematik dengan
mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah tradisional (“partial product” atau
“lattice method”).
Selain itu, pengkaji boleh melakukan kajian dengan menggunakan dua kelas, dan
bukan menggunakan 3 peserta hanya daripada satu kelas sahaja. Ini kerana, data lain
yang dikumpulkan dapat memenuhi ketepatan daripada hasil yang diperolehi.
Aspek yang terakhir ialah pengkaji bukan hanya boleh melakukan kajian di
sekolah bandar, tetapi kajian juga boleh dilakukan di sekolah lain. Untuk menjamin
ketepatan kajian, pengkaji boleh membuat penyelidikan di persekitaran yang berbeza.
Misalnya, sekolah yang mempunyai pelbagai peringkat pencapaian akademik.

RUMUSAN
Melalui kajian ini, pengkaji menyimpulkan bahawa kaedah terbaik untuk
mengajar pendaraban 3 digit dengan 2 digit adalah dengan menggunakan kaedah melukis.
Hal ini dapat disokong melalui keputusan ujian pasca peserta pada gelungan 1 dan borang
soal selidik peserta juga digunakan untuk menilai respon peserta dalam soalan
pendaraban 3 digit dengan 2 digit yang menggunakan kaedah melukis adalah lebih
mudah daripada kaedah memisahkan 2 digit pada nombor kedua. Hal ini terjadi kerana
pemodelan adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan pemahaman murid tentang
cara mewakili matematik (Cauley, 2007).
Berdasarkan keputusan ujian pasca pada gelungan 1 dan ujian pasca pada
gelungan 2, keputusan peserta adalah lebih baik daripada ujian pasca pada gelungan 1.
Hal ini menunjukkan bahawa kaedah melukis adalah lebih baik daripada kaedah
memisahkan 2 digit pada nombor kedua semasa membuat soalan pendaraban 3 digit
dengan 2 digit. Ini dibuktikan dengan dua peserta mendapat markah penuh dalam ujian
pasca pada gelungan 1 dengan menggunakan kaedah melukis. Para peserta tidak
mendapat markah baik dalam ujian pasca pada gelungan 2 kerana kaedah memisahkan 2
digit pada nombor kedua adalah kurang mudah jika dibandingkan dengan kaedah melukis.
Peserta harus menghafal fakta sebelum mereka mula membuat pendaraban 3 digit dengan
2 digit. Troutman dan Lichtenberg (2003) menyatakan bahawa menghafal fakta
pendaraban akan membantu murid untuk belajar cara pengiraan dengan lebih efisien.

92 
 
Lee Siew Eng & Jong Chee Fook
 

Selain itu, kaedah melukis jauh lebih mudah bagi peserta untuk memahami kerana
memisahkan nilai tempat dalam jadual adalah mudah difahami. Daripada hasil kajian,
pengkaji membuat kesimpulan bahawa kaedah melukis menimbulkan lebih minat murid
dan memudahkan pemahaman mereka dalam nilai tempat untuk menyelesaikan soalan
pendaraban 3 digit dengan 2 digit.

RUJUKAN

Brown, T. (2003). Meeting the standards in primary mathematics a guide to the ITTNC. Routledge Falmer.
Bhasah Hj. Abu Bakar, Abu Bakar Nordin, Noor Shah Saad dan Nor’ain Mohd Tajudin. (2009).
Pencapaian Dan Penguasaan Konsep Dalam Matematik Peringkat Spm. Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Tanjung Malim. [Online]. http://bhasahabubakar.blogspot.com/. [2010, September 9]
Cauley, H. M. (2007). Education Psychology (Twenty-First Edition). Mc Graw Hill Lont Emporang
Learning. Series United States, America.
Charlesworth, R., and Lind, K. K. (2007). Mathematics and Science For Young Children (Sixth Edition).
Wadsworth Cengage Learning USA.
Hughes, F. G., and Burns, P. C. (2010). The Elementary School Journal, Vol. 75, No. 7 (Apr., 1975), pp.
452-457. The University of Chicago Press. [Online]. http://www.jstor.org/pss/1000770. [2010,
Julai 5]
Mooney, C., Ferrie, L., Fox, S., Hansen, A., and Wrathmell, R. (2003). Primary Mathematics: Knowledge
And Understanding Second Edition. Great Britain.
Stacey, P. K., and Vincent, D. J. (2004). Understanding Place Value: A case study of the Base Ten Game.
Department of Education Science and Training. Australia. [Online].
http://www.dest.gov.au/NR/rdonlyres/5D4B0095-AA36-4ED9-BD50-
07A931B22C91/1645/understanding_place_value.pdf. [2010, September 9]
Seefeldt, C., and Galper, A. (2008). Active experiences for active children mathematics.second edition.
Pearson, Merrill prentice hall.
Taylor, C. (n.d.) Doing Action Research. The University of Leicester and Bishop Grosseteste.
Troutman ,A. P., and Lichtenberg, B. K. (2003). Mathematics A Good Beginning (Sixth Edition).
Thomson Wadsworth United States, America.
Worthington, M., and Carruthers, E. (2003). Children’s mathematics. Paul Chapman.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1engeng86@hotmail.com, 2jongcf@yahool.com
 

93 
 
MENEROKA KESAN PENGGUNAAN ‘FRACTION BARS’ DALAM
MENGAJAR PECAHAN SETARA DI KALANGAN
MURID TAHUN 4

SANDRA WILLIAM SAIR1


HABIBAH MARZUKI2

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meneroka tentang penggunaan “fraction bars’ dalam
pengajaran dan pembelajaran sub-topik pecahan setara. Peserta adalah pelajar-pelajar tahun
4 yang lemah dalam matematik terutamanya dalam sub-topik pecahan setara. Data
dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temuduga dengan guru serta peserta dan
juga melalui pemerhatian terhadap peserta. Hasil analisis data mendapati bahawa 4
daripada 5 responden telah menunjukkan peningkatan di dalam ujian pasca mereka setelah
menggunakan “fraction bars” untuk mencari pecahan setara. Keputusan tersebut
menunjukkan bahawa “fraction bars” adalah suatu manipulatif yang sangat bagus di dalam
pengajaran dan pembelajaran pecahan setara dan telah membawa kesan yang positif
terhadap pengajaran dan pembelajaran pecahan.

ABSTRACT
This research was implemented to explore the use of fraction bars in teaching equivalent
fractions. Participants were year 4 pupils with weak background in Mathematics
specifically in the sub-topic equivalent fractions. Data were collected by giving pre-test and
post-test, interviews with participants as well as the teacher and also through observation.
Results from analyzing the data found that 4 out of 5 pupils have shown improvement in
their post test after using the fraction bars. Results shows that fraction bars are excellent
manipulative in teaching pupils equivalent fractions as well as bringing positive effects in
the teaching and learning of fraction.

PENDAHULUAN

Matematik sentiasa berada di sekeliling kita, kita mempelajari matematik ke


mana sahaja kita pergi malah kita menggunakannya setiap hari untuk membaca jam atau
membeli barang di kedai. Ini menunjukkan betapa pentingnya matematik dalam hidup
kita dan apa yang lebih penting lagi adalah bagaimana kita mengaplikasikan matematik
yang telah kita pelajari dalam kehidupan seharian kita.
Menurut Van de Walle (2010), matematik adalah lebih daripada sekadar
menyiapkan latihan atau meniru segala proses yang diterangkan oleh guru. Membuat
matematik bermaksud memikirkan strategi penyelesaian masalah, mengaplikasikan
pendekatan tersebut, melihat sama ada ia menuju ke arah penyelesaian masalah dan
menyemak semula untuk memastikan jawapan adalah logik.
Dalam situasi normal di sekolah, kebanyakan pelajar tidak tahu kenapa mereka
perlu belajar matematik malah ada yang mempersoalkan keperluan untuk
mempelajarinya. Persoalan sebegini timbul kerana pendidik jarang sekali mahu
menerangkan kenapa pelajar perlu mempelajari sesuatu kemahiran dalam matematik dan
sering mengabaikan pembinaan konsep di kalangan pelajar serta tidak mengalakkan
mereka untuk berfikir. Latih tubi dan menghafal adalah jauh lebih penting bagi
Sandra William Sair & Habibah Marzuki

kebanyakan pendidik kerana ingin memastikan pelajar mereka cemerlang dalam


peperiksaan.
Begitu juga dengan topik pecahan, ramai pelajar tidak tahu kenapa mereka perlu
mempelajarinya. Dalam matematik, pecahan merupakan salah satu topik yang paling
susah untuk diajar namun ia memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembelajaran matematik dan juga kehidupan kita. Jikalau tiada pecahan, sesuatu yang
mudah seperti membuat kek mungkin akan menjadi sukar. Adalah sesuatu yang menarik
untuk diketahui apabila pelajar yang cemerlang dalam ujian yang melibatkan pecahan
turut kurang mahir dalam memahami bagaimana pecahan digunakan dalam kehidupan
seharian (http://www.mathworksheetscenter.com).

FOKUS KAJIAN

Kajian adalah berfokus kepada membantu peserta dalam memahami konsep


pecahan setara serta meneroka penggunaan ‘Fraction Bars’ dalam membantu guru
mengajar pecahan setara. Konsep pecahan setara merupakan salah satu kunci utama
untuk digarap semasa menggunakan pecahan (Haylock, 2006). Pecahan setara adalah
penting untuk membanding beza pecahan dan melakukan operasi asas yang melibatkan
pecahan. Oleh sebab itu, pengkaji telah memilih untuk memberi fokus kepada
pemahaman konsep pecahan setara dengan harapan agar peserta akan faham dan
memberi mereka alternatif lain dalam mempelajari topik pecahan setara selain daripada
kaedah tradisional yang sering diajar kepada mereka selama ini.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian
i) Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari
pecahan setara.
ii) Meneroka kesan penggunaan ‘Fraction Bars’ dalam pengajaran dan
pembelajaran pecahan setara.

Soalan Kajian
i) Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari
pecahan setara?
ii) Adakah penggunaan ‘Fraction Bars’ telah memberi kesan postif ke atas pengajaran
dan pembelajaran pecahan setara.

KUMPULAN SASARAN

Peserta terdiri daripada pelajar tahun empat yang berusia 10 tahun di dalam
sebuah sekolah di kawasan Miri. Kajian telah dijalankan dengan 5 orang peserta semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dan juga pada sebelah petang setelah pelajar tiada
kelas. Peserta terdiri daripada tiga orang pelajar perempuan dan dua orang pelajar lelaki.
Mereka dipilih berdasarkan keputusan ujian pra dan latar belakang mereka dalam
Matematik (Ujian Pertengahan Semester). Para peserta juga adalah mereka yang lemah
dalam melakukan operasi darab dan operasi bahagi. Mereka memperolah pecahan setara

95
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

melalui satu cara sahaja iaitu mendarab atau membahagikan penyebut dan penama
dengan nombor yang sama.

PROSEDUR TINDAKAN

Model Kurt-Lewin digunakan sebagai rujukan untuk menjalankan kajian


tindakan ini. Bahagian Pendidikan Guru (2002) telah mencadangkan proses berikut yang
mempunyai lima tahap seperti berikut.

Rajah 1: Kerangka Konseptual

Di tahap pertama, pengkaji mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa proses


pengajaran dan pembelajaran pecahan setara. Pengkaji mendapati ramai peserta yang
tidak faham akan konsep pecahan setara dan ini telah menyumbang kepada kesukaran
pelajar mendapatkan pecahan setara bagi sesuatu pecahan.
Di tahap dua, pengkaji telah membuat perancangan untuk mengatasi masalah
tersebut. Satu jalan penyelesaian yang ingin dicuba adalah dengan menggunakan
‘Fraction Bars’. Dengan itu, pengkaji merancang untuk meneroka penggunaan ‘Fraction
Bars’ di kalangan peserta. Beberapa aktiviti yang sesuai dirancang dengan menggunakan
‘Fraction Bars’ sebagai bahan manipulatif utama. Tiga instrumen yang sesuai telah
dibuat untuk mengutip data. Instrumen tersebut adalah ujian pra dan ujian pasca,
temubual dengan peserta serta temubual dengan guru matematik dan pemerhatian.
Aktiviti yang dilaksanakan dalam kitar pertama adalah membandingkan ‘fraction
bars’ satu persatu bagi mencari pecahan setara. Contohnya seperti berikut:
96
Sandra William Sair & Habibah Marzuki

2
Cari pecahan setara bagi pecahan
5.
2
5

1 1 1 1 1
5 5 5 5 5

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
10 10 10 10 10 10 10 10 10 10

2 4
4
10Pecahan setara bagi 5 adalah 10 .
Setelah melaksanakan kitar pertama, didapati peserta mengambil masa yang lama untuk
membanding pecahan kerana mereka perlu mencari dan membanding satu persatu setiap
‘fraction bars’. Dengan itu, untuk kitar seterusnya, pengkaji menyuruh peserta melekat
kesemua ‘fraction bars’ yang telah dibuat untuk dijadikan ‘fraction chart’. Contohnya
1
adalah seperti berikut: Cari semua pecahan setara untuk
2
1
2

1 1
2 2
1 1 1
3 3 3
1 1 1 1
4 4 4 4
1 1 1 1 1
5 5 5 5 5
1 1 1 1 1 1
6 6 6 6 6 6
1 1 1 1 1 1 1
7 7 7 7 7 7 7
1 1 1 1 1 1 1 1
8 8 8 8 8 8 8 8
1 1 1 1 1 1 1 1 1
9 9 9 9 9 9 9 9 9
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
10 10 10 10 10 10 10 10 10 10

97
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

1 2 3 4 5
Pecahan setara bagi adalah , , dan .
2 4 6 8 10
‘Fraction chart’ didapati lebih sistematik, mudah digunakan dan peserta tidak akan
mudah untuk menghilangkannya. Perbandingan juga lebih mudah dibuat tanpa
membuang masa mencari ‘fraction bars’ satu persatu.
Di tahap tiga, segala perancangan dilaksanakan mengikut apa yang telah
dirancang di tahap dua. Di tahap ini, segala data dikumpul dengan menggunakan
instrumen yang telah dibuat. Pengkaji juga menjaga etika ketika mengutip data dari
peserta terutamanya semasa temubual. Meskipun pemerhatian adalah pada tahap
keempat, namun sebenarnya ia turut dilakukan semasa pelaksanaan tindakan.
Di tahap kelima, analisis dan penilaian data dibuat, pengkaji membuat refleksi
dari kesemua tahap-tahap yang telah dilaksanakan. Daripada refleksi tersebut, beberapa
kekurangan masih didapati dalam pelaksanaan tindakan dan pengkaji bercadang untuk
membuat kitar yang kedua dengan mengubahsuai dan memperbaiki cara penggunaan
‘Fraction Bars’ di dalam aktiviti dengan peserta.

CARA PENGUMPULAN DATA

Data dikumpul oleh pengkaji sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dan pada sebelah petang selepas habis sesi persekolahan. Instrumen yang telah dibina
oleh pengkaji dipakai untuk mengumpul data. Instrumen-instrumen tersebut adalah ujian
para dan ujian pasca, temubual dan pemerhatian.

i) Ujian pra dan ujian pasca


Ujian pra diberikan kepada peserta untuk melihat sejauh manakah pemahaman peserta
dalam topik pecahan setara dan mengenalpasti kelemahan mereka dalam mencari
pecahan setara. Selain itu, ujian pra akan membantu dalam menjawab perseolan pertama
kajian. Melalui ujian pra, pengkaji dapat merancang aktiviti dan strategi yang sesuai
untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan
pembelajaran pecahan setara. Pengkaji telah memilih untuk meneroka ‘Fraction bars’
dan satu ujian pasca dijalankan selepas penggunaannya. Ujian pasca ini adalah sebagai
penentu sama ada ‘Fraction Bars’ telah mendatangkan kesan positif dalam pengajaran
dan pembelajaran pecahan setara.

Important note when devising these test are (i) the pretest may have question which
differ in form of wording from the post-test, though the two tests must test the same
content and (ii) the level of difficulty must be the same in both tests.
(Louis Cohen, Lawrence Manion and Keith Morrison, 2007)

ii) Pemerhatian

Observation is the process of gathering open-ended, firsthand information by observing


people and places at a research site. The data was collected using fieldnotes and
drawings; fieldnotes are text (words) recorded by the researcher during observation in a
qualitative study.
(Creswell, 2008)

98
Sandra William Sair & Habibah Marzuki

Dengan itu, pemerhatian digunakan untuk memerhatikan perlakuan peserta sebelum


menggunakan ‘Fraction Bars’ dan selepas menggunakan ‘Fraction bars’. Pemerhatian
digunakan semasa peserta membuat ujian pra dan ujian pasca, temubual dan semasa
melakukan aktiviti yang telah dirancang berkenaan dengan penggunaan ‘Fraction Bars’.
Kesemua pemerhatian dicatat dalam nota lapangan. Pemerhatian dibuat untuk melihat
sama ada peserta tertarik untuk menggunakan ‘Fraction Bars’ dan sama ada mereka
lebih berminat untuk turut serta dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di dalam kelas.

iii)Temubual
Temubual dijalankan selepas ujian pra diberikan dan juga selepas ujian pasca
dilaksanakan. Temubual dijalankan selepas ujian pra untuk mendapatkan maklumat
tentang kefahaman pelajar tentang pecahan dan pecahan setara serta masalah-masalah
yang mereka hadapi berkaitan topik ini. Temubual dengan guru turut dilaksanakan untuk
mengetahui apakah masalah yang mereka sering hadapi semasa mengajar topik pecahan
setara.

Open-ended questions were asked since participants can best voice their experiences
freely without being strained by any perspective of the researcher or past research.
(Cresswell, 2008)

Soalan berbentuk separa berstruktur dikemukakan kepada guru dan peserta agar mereka
dapat menyuarakan pendapat mereka dengan lebih bebas tanpa terikat kepada apa-apa
jawapan tetap.

Group interviewing can be useful with children, as it encourage interaction between the
group rather than simply a response to an adult’s question. Group interviews of children
might also be less intimidating for them than individual interviews.
(Cohen, 2007)

Memandangkan pengkaji akan berinteraksi dengan peserta yang berumur 10 tahun,


temubual berkumpulan digunakan agar mereka agar memberi respon yang lebih
memberangsangkan kerana kanak-kanak dilihat akan lebih yakin dan berani apabila
bersama dengan rakan-rakan mereka yang lain. Seramai lima orang peserta akan
ditemubual serentak dan seorang guru akan ditemubual pada masa yang berasingan.

CARA MENGANALISIS DATA

Analisis data dibuat secara kualitatif bersesuaian dengan instrument yang telah
dibuat.

Qualitative data is often subjective, rich, and consists of in-depth information normally
presented in the form of words. Analyzing qualitative data entails reading a large
amount of transcripts looking for similarities or differences, and subsequently finding
themes and developing categories
(Wong, 2008)

99
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

i) Ujian pra dan ujian pasca


Markah untuk ujian pra dan ujian pasca direkodkan ke dalam sebuah jadual dan
kemudiannya markah tersebut ditukar kepada peratus. Peratusan setiap ujian-ujian
tersebut kemudian dibandingkan dan dipersembahkan semula dalam bentuk graf palang
supaya perbandingan lebih mudah dibuat dan sebarang perubahan juga dapat dilihat
dengan jelas.

ii) Pemerhatian
Segala catatan di dalam nota lapangan dibandingkan dan refleksi dibuat selepas melihat
segala catatan tersebut. Pemerhatian akan turut dibandingkan dengan data yang dikutip
dari temubual dan ujian-ujian. Ini untuk mengesahkan lagi data-data yang telah dikutip
dan dikaitkan untuk melihat keselarian data.

iii) Temubual
Jawapan-jawapan temubual dicatatkan oleh pengkaji semasa temubual sedang
dilaksanakan. Apa-apa sahaja jawapan peserta telah dicatatkan tanpa mengubahnya
dalam apa jua bentuk. Peserta juga diberitahu bahawa mereka bebas memberi pendapat
dan ia tidak akan dinilai. Tiada jawapan yang salah atau betul dalam temubual yang
dilaksanakan. Kesemua jawapan kemudian dianalisis dan dikategorikan dalam tema
mereka sendiri dan akhirnya dikodkan dalam bentuk jadual.

DAPATAN KAJIAN

i) Ujian pra dan ujian pasca


Empat daripada lima peserta telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca mereka
setelah menggunakan ‘Fraction Bars’ seperti dalam graf di bawah. Ini menunjukkan
penggunaan ‘Fraction Bars’ telah memberi kesan yang positif kepada peserta.

100

80

60 Ujian pra 
Ujian pasca 1
40 Ujian pasca 2

20

0
PA PB PC PD PE

Rajah 2: Markah ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2


ii) Pemerhatian
Daripada pemerhatian pengkaji, peserta nampak berminat dan tertarik untuk
menggunakan ‘Fraction Bars’. Ini dirumus daripada penglibatan peserta yang aktif. Pada
mulanya, pengkaji membiarkan peserta mewarnakan fraction bars mereka mengikut

100
Sandra William Sair & Habibah Marzuki

kreativiti masing-masing. Ini bagi mengalakkan pemikiran kreatif dan peserta akan lebih
tertarik dengan warna-warna yang terang. Semua peserta sangat fokus dalam melakukan
aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pengkaji.

iii)Temubual
(a) Temubual dengan guru matematik
What is your opinion about the topic fraction?
Not easy to teach.

How do you teach fraction to pupils?


First, I introduce the concept of fractions and focus a lot on it with the help of concrete
objects. I take quite some time on the concept because I notice that when they
understand the concept, it will be much easier for them to move on to the next level of
doing fractions. After pupils understand the concept, I will slowly move to abstract
understanding.

Have you ever use other alternatives besides what you had said just now to teach
equivalent fraction?
Yes, one of it is using the PPSMI teaching aids software. This makes teaching and
learning interactive and can make pupils understand more.

How does the pupils’ response to the topic fraction and the way you teach them?
They like the method used – “hands on and minds on” as the pupils interact with the
teaching aid use.

What are the difficulties you always encountered during teaching and learning of this
topic?
One of the most common problems I found is the difficulties in converting fraction to
percent (%), find the denominators especially among average learners and slow
learners.

Have you ever use the fraction bars before? Does it bring positive effects to you and
your pupils?
Yes.

Temubual di atas adalah hasil temubual dengan seorang guru matematik dan seperti
yang dijangka pecahan sememangnya satu subjek yang sukar diajar. Beliau menyatakan
pelajar suka apabila dibenarkan bermain dan meneroka sesuatu alat bantu mengajar.
Oleh itu, ‘Fraction Bars’ sememangnya akan memberikan peluang untuk peserta
bermain dan mengalami sendiri pembinaannya. Ini akan menimbulkan keseronokkan
dan seterusnya minat di dalam diri peserta, apabila peserta mula minat mereka akan
mudah menerima apa yang diajar serta memahami apa yang diajar. Guru ini turut
menyatakan masalah di mana pelajar sukar mencari penyebut. Ini secara tidak langsung
berkaitan dengan masalah mencari pecahan setara. Kemungkinan besar, pelajar sukar
mencari mencari penyebut sesuatu pecahan kerana mereka tidak pandai mendarab atau
tidak tahu nombor apa untuk didarab.

101
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

(b) Temubual dengan peserta

Hasil analisis temubual adalah seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Respon positif dan negatif dari peserta

Kategori Subkategori Kekerapan


P N
Minat Subjek matematik 3 2

Topik pecahan 1 4

Pemahaman atau Keperluan pecahan 2 3


pengetahuan
Konsep pecahan 1 4

Konsep pecahan setara 1 4

Masalah-masalah dalam Pendaraban atas bawah 0 5


pecahan
Fraction bars Memudahkan peserta 5 0

Konsep pecahan setara setelah 4 1


menggunakan Fraction Bars

Daripada jadual di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa ramai peserta yang tidak
meminati matematik kerana ia dianggap subjek yang sukar dan begitu juga dengan topik
pecahan. Peserta juga tidak tahu akan kegunaan pecahan dan hanya mempelajarinya
kerana ia diajar di sekolah. Selain itu, didapati masalah utama peserta dalam mencari
pecahan setara adalah keliru nombor apa untuk didarab. Malah ada yang belum
menghafal sifir dan ini amat sukar bagi mereka. Tetapi setelah menggunakan ‘Fraction
Bars’, ramai yang mendapati ia nya lebih mudah walaupun proses pembinaannya adalah
sukar. Tetapi kesukaran tersebut hanyalah pada permulaan sahaja dan penggunaan
‘Fraction Bars’ lebih membawa makna kerana ia berbentuk konkrit.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Persoalan-persoalan kajian secara keseluruhannya dapat dijawab daripada


dapatan-dapatan yang telah diperolehi. Masalah utama bagi pelajar-pelajar lemah dalam
mencari pecahan setara adalah kerana terlalu bergantung kepada kaedah tradisional yang
memerlukan kemahiran yang baik dalam pendaraban. Peserta pula terdiri daripada
mereka yang lemah dalam pendaraban dan ini membuatkan mereka lebih ketinggalan
jauh dalam pelajaran dan semakin tidak meminati matematik. namun begitu, setelah
Fraction bars diperkenalkan, mereka sekurang-kurangnya mempunyai pilihan untuk
memilih kaedah mana untuk digunakan selain daripada kaedah tradisional. Dengan
merujuk kepada ‘Fraction Bars’, peserta sedikit sebanyak telah faham akan konsep
pecahan setara dan turut memahami pecahan sebagai sebahagian daripada “whole”.

102
Sandra William Sair & Habibah Marzuki

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian mungkin boleh dijalankan lagi dengan menambah bilangan peserta kajian
dan memasukkan mereka yang berbeza tahap pencapaian. Selain itu, tempoh masa
kajian mungkin boleh dipanjangkan lagi agar pengkaji dapat melihat lebih banyak kesan
daripada penggunaan dan lebih banyak kitar boleh dibuat untuk penambahbaikan.
Penggunaan ‘Fraction Bars’ juga adalah terhad digunakan hanya semasa kelas
ataupun latihan biasa. Ia secara umumnya adalah untuk membuatkan para peserta
memahami konsep pecahan setara. Jika mempunyai tempoh masa yang lebih banyak
lagi, mungkin kitar seterusnya boleh diguna untuk melatih peserta melukis ‘Fraction
Bars’ agar boleh digunakan dalam peperiksaan atau latihan-latihan biasa.
Ia juga dibina dalam bentuk segiempat tepat, ia dikhuatiri akan membuatkan
pelajar berfikir akan pecahan sebagai segiempat tepat. Oleh itu, pengkaji bercadang
untuk meneroka lagi bentuk-bentuk lain atau alternatif lain dalam menereangkan konsep
pecahan setara.

RUMUSAN

Penerokaan mana-mana alat bantu mengajar amatlah penting dalam pengajaran


dan pembelajaran matematik. Pendidik tidak seharusnya bergantung kepada cara
tradisional sahaja dan tidak peka dengan pembaharuan baru dalam dunia pendidikan.
Namun begitu, pendidik juga harus berhati-hati dalam memilih mana-mana alat bantu
mengajar dan harus mempelajarinya dengan mendalam sebelum mengaplikasikannya di
dalam kelas. Dikhuatiri penggunaannya tidak akan membawa makna kepada pelajar
malah membuatkan mereka semakin keliru. Sesuatu manipulatif haruslah digunakan
dengan baik agar membawa manfaat kepada semua pelajar.

RUJUKAN

Cohen, Louis et. al. (2007). Research Methods in Education: Sixth Edition. USA and Canada. Roultedge.
Creswell, John W. (2008). Educational Research: planning, conducting, and evaluating quantitative and
qualitative research. New Jersey. Pearson Merill Prentice Hall.
Haylock, Derek. (2006). Mathematics explained for primary teachers: third edition. London. Sage
Publications.
How we use fractions everyday and don't even realize it. (n.d.). [Online]. Available:
http://www.mathworksheetscenter.com/mathtips/fractionseveryday.html. [2010, Julai 10]
Van de Walle, John A. (2010). Elementary and middle school mathematics: teaching developmentally –7th
Edition. Boston. Pearson.
Wong, L.P., (2008) Data Analysis in Qualitative Research: a Brief Guide to Using Nvivo. Malaysian
Family Physicians , 3 (1). 14-20.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
1 2
Email: sol_street189@yahoo.com, bibmarzuki@yahoo.com

103
MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM
PENOLAKAN DUA NOMBOR EMPAT DIGIT MELIBATKAN
PENGUMPULAN SEMULA DENGAN HANDS-ON KIT

FADZLI BIN ALI KARIM1


LEE CHUO HIONG2

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian murid Tahun 4 yang sangat
lemah dalam menyelesaikan masalah penolakan dua nombor 4 digit yang
melibatkan proses pengumpulan semula. Seramai enam orang murid Tahun 4 di
sebuah sekolah rendah di bandar Miri, Sarawak telah dipilih sebagai peserta kajian.
Peserta-peserta kajian ini dikenalpasti melalui kaedah temubual bersama guru
matapelajaran Matematik merangkap ketua panitia Matematik, tinjauan terhadap
buku kerja peserta dan ujian diagnostik. Reka bentuk kajian ini ialah kajian
tindakan dua gelungan berasaskan model Kurt Lewin. Rawatan kajian ini
berfokuskan kepada penguasaan proses penolakan melibatkan pengumpulan semula
dengan menggunakan hands-on kit yang direka cipta oleh penyelidik sendiri.
Instrumen kajian untuk menentukan prestasi pencapaian peserta ialah melalui ujian
pra,ujian pasca 1, dan ujian pasca 2. Pemerhatian oleh penyelidik dan rakan kritikal
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang kajian juga turut digunakan
untuk meningkatkan kesahan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukan bahawa
min pencapaian peserta telah meningkat sebanyak 28.33% dalam gelungan pertama
dan 71.67% dalam gelungan kedua. Rekod pemerhatian daripada penyelidik dan
rakan kritikal masing-masing menunjukkan bahawa peserta lebih mudah menguasai
konsep penolakan dua nombor 4 digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan
menggunakan hands-on kit. Dengan itu, hands-on kit yang digunakan dapat
membantu meningkatkan pencapaian murid yang sangat lemah dalam proses
penolakan dua nombor 4 digit yang melibatkan pengumpulan semula.

ABSTRACT
The action research is to improve Year 4 very poor pupils’ achievement in
subtraction of two four digit numbers that involve regrouping with hands-on kit. Six
Year 4 pupils from a Miri town primary school are selected as the survey’s
participants. The identifying of participants is through interview with subject
teacher who is also the Head Of Mathematics Department, review of the pupils’
exercise books and diagnostic test. This is a double cycle action research which is
based on Kurt Lewin’s Model. Treatment for this research is focusing on the
mastering of subtraction of two four digit numbers that involve regrouping with
hands-on kit that created by the researcher. Research methodology in determining
the achievement of participants is via pre-test, post-test 1 and post-test 2. In
addition, the observation done by the researcher and critical friend during the
teaching and learning process are conducted to increase the finding’s validity.
Research findings show that average increasement of the participants is 28.33% for
the first cycle and 71.67% at the second cycle. Observation that recorded from both
researcher and critical friend show that the participants are easier to understand
the concept of subtraction of two four digit numbers that involves regrouping with
the aid of the hands-on kit. Thus, the hands-on kit that being used can improve year
Fadzli Ali Karim & Lee Chuo Hiong

4 very poor pupils’ achievement in subtraction of two four digit numbers that
involve regrouping.

PENDAHULUAN

Operasi penolakan ialah merupakan salah satu daripada empat kemahiran


asas yang perlu dikuasai oleh murid dalam usaha untuk menguasai matapelajaran
Matematik. Sepertimana yang kita sedia maklum, matematik ialah salah satu
keperluan harian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan tujuan
pendidikan yakni melahirkan individu seimbang dalam jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Dalam Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah juga telah terkandung
hasrat kerajaan untuk membina pemahaman murid mengenai konsep nombor dan
kemahiran asas mengira yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan
pada masa yang sama, murid dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian penyelidikan tindakan ini adalah untuk meningkatkan


pencapaian murid Tahun 4 yang sangat lemah dalam menyelesaikan masalah
penolakan dua nombor 4 digit yang melibatkan proses pengumpulan semula. Dua
aspek telah ditekankan dalam kajian ini iaitu proses penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula dan konsep nilai tempat. Menurut Hamden bin Gani (2006),
pemilihan carta nilai tempat yang lebih sistematik harus dilakukan dengan berhati-
hati bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan proses pengumpulan
semula. Liping Ma (1999) menyatakan operasi tolak samada melibatkan
pengumpulan semula atau tidak, adalah fasa yang penting dalam pemahaman tentang
kemahiran matematik. Untuk menguasai pengiraan dalam bentuk lazim, seseorang
individu itu perlu menguasai pemahaman tentang konsep nilai tempat (Claire
Mooney Et. Al., 2003). Ini bermakna penguasaan nilai tempat sekaligus merupakan
asas kepada penguasaan pengiraan dalam bentuk lazim. Ini merupakan langkah
pertama untuk seseorang membuat proses pengiraan.

OBJEKTIF KAJIAN

Mempertingkatkan pencapaian murid yang sangat lemah dalam penolakan dua


nombor empat digit yang melibatkan proses pengumpulan semula dengan
menggunakan hands-on kit.

105
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

SOALAN KAJIAN

Adakah hands-on kit dapat meningkatkan pencapaian murid yang sangat lemah
dalam penolakan dua nombor empat digit yang melibatkan proses pengumpulan
semula?

KUMPULAN SASARAN

Penyelidikan tindakan ini melibatkan enam orang murid tahun 4 yang sangat lemah
dalam operasi penolakan dua nombor empat digit yang melibatkan proses
pengumpulan semula. Peserta-peserta terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang
perempuan. Kesemua peserta berumur dalam lingkungan umur 10 tahun. Peserta-
peserta ini telah dikenalpasti melalui tiga kaedah, iaitu:
(i) Temubual bersama guru kelas/matapelajaran
Temubual bersama guru kelas yang mengajar kelas tersebut. Hasil daripada
temubual tersebut, guru kelas telah mengklasifikasikan lima orang murid
yang lemah dalam penolakan yang melibatkan proses pengumpulan semula.
(ii) Ujian diagnostik
Ujian diagnostik yang terdiri daripada 10 soalan telah dijalankan untuk
seluruh kelas. Hasil analisis markah ujian diagnostik menunjukkan bahawa
terdapat murid yang sangat lemah dalam operasi penolakan dua nombor
empat digit yang melibatkan proses pengumpulan semula. Seramai enam
orang murid telah dikenalpasti untuk menjadi peserta dalam penyelidikan
tindakan ini. Lima daripadanya adalah sepadan dengan nama yang telah
diberikan oleh guru kelas semasa proses temubual.
(iii) Tinjauan terhadap buku latihan murid
Tinjauan ini telah dilaksanakan ke atas beberapa orang peserta. Aspek yang
ditekankan ialah melihat sejauh mana murid bermasalah dalam penolakan
melibatkan pengumpulan semula. Hasil tinjauan yang dilakukan mendapati
peserta lemah dalam konsep nilai tempat dan menghalang mereka dari
menyelesaikan masalah penolakan yang melibatkan proses pengumpulan
semula.
Hasil daripada ketiga-tiga kaedah tersebut telah menunjukkan bahawa keenam-enam
peserta yang telah dipilih tersebut memang memerlukan rawatan khas hands-on kit
untuk mengatasi masalah operasi penolakan dua nombor empat digit yang
melibatkan proses pengumpulan semula.

PROSEDUR KAJIAN

Penyelidikan tindakan yang telah dijalankan adalah berdasarkan kepada model Kurt
Lewin 2 gelungan. Prosedur kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

106
Fadzli Ali Karim & Lee Chuo Hiong

Gelungan Pertama

i. Perancangan
Dalam langkah pertama yang dijalankan ini, penyelidik telah membuat
pemerhatian akan permasalahan yang timbul dalam kelas yang diajar.
Penyelidik telah mendapati bahawa terdapat murid yang mempunyai masalah
dalam operasi penolakan dua nombor empat digit yang melibatkan proses
pengumpulan semula. Dengan itu, penyelidik telah mencipta hands-on kit
untuk membantu peserta-peserta. Pemilihan para peserta adalah berdasarkan
laporan temubual, ujian diagnostik dan tinjauan terhadap buku latihan peserta.
Untuk menjawab persoalan kajian, hands-on kit yang dicipta adalah
berteraskan penguasaan nilai tempat dan pengumpulan semula.

ii. Pelaksanaan
Sebelum rawatan terhadap peserta dijalankan, ujian pra telah diberikan
kepada peserta. Untuk gelungan pertama, penyelidik telah mengutamakan
pemahaman terhadap konsep nilai tempat. Ini dilaksanakan selari dengan
setiap nilai tempat hands-on kit adalah berlainan perwakilan warna untuk
mengelakkan kekeliruan. Dengan itu, proses pengumpulan semula dapat
dilakukan dengan penukaran beads warna yang mewakili nilai tempat tertentu.
Peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu setiap kumpulan 3 orang
peserta. Sesi rawatan telah dijalankan sebanyak dua kali untuk setiap
gelungan sebelum ujian diberikan kepada peserta. Ujian pasca 1 telah
diberikan kepada peserta untuk menilai sejauh mana keberkesanan hands-on
kit dalam membantu peserta.

iii. Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan dalam dua bahagian iaitu:
a) Pemerhatian penyelidik
b) Pemerhatian berstruktur rakan kritikal
Pemerhatian telah dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran untuk sesi
rawatan peserta. Pemerhatian oleh penyelidik dan rakan kritikal lebih
berfokuskan kepada penglibatan peserta dan sejauh mana hands-on kit
berupaya membantu peserta dalam penguasaan konsep operasi penolakan
melibatkan pengumpulan semula.

iv. Refleksi
Hasil dari pemerhatian dari penyelidik dan rakan kritikal telah mendapati
hands-on kit berupaya menarik minat peserta untuk mempelajari konsep
penolakan yang melibatkan pengumpulan semula dan nilai tempat. Ini selari
dengan peningkatan pencapaian hasil dari ujian pasca 1 para peserta. Masalah
yang didapati dari gelungan pertama ini ialah terdapat peserta yang pasif
dalam aktiviti kumpulan. Terdapat juga peserta yang masih keliru dengan
konsep penukaran nilai tempat apabila berdepan dengan angka kosong (0).

107
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Gelungan Kedua

i. Perancangan
Dari gelungan pertama, permasalahan yang berlaku ialah penglibatan peserta
pasif dan angka kosong (0) dalam pengumpulan semula. Untuk itu,
penyelidik telah merancang untuk lebih memfokuskan kepada untuk
menggalakan penglibatan peserta-peserta yang pasif dalam gelungan pertama
dan penerangan tentang angka kosong (0).

ii. Pelaksanaan
Soalan yang diajukan pada peserta adalah satu persatu. Seorang peserta
dikehendaki untuk menjawab soalan yang diberikan dengan hands-on kit,
manakala dua lagi dari kumpulan tersebut mencuba untuk menjawab tanpa
hands-on kit. Setelah itu, kumpulan terbabit membincangkan permasalahan
tersebut. Untuk angka kosong (0) dalam soalan ujian, angka tersebut
dikumpul semula terlebih dahulu sebelum melakukan penolakan.

iii. Pemerhatian
Pemerhatian untuk gelungan kedua selari dengan gelungan pertama.
Perbandingan pencapaian antara gelungan pertama dan gelungan kedua telah
dilakukan untuk membanding beza peningkatan peserta. Penyelidik dan rakan
kritikal berfokuskan kepada penerangan peserta tentang konsep penolakan
yang melibatkan pengumpulan semula kepada rakan kumpulan. Penukaran
angka kosong (0) dalam soalan juga telah ditekankan dalam proses
pemerhatian.

iv. Refleksi
Dalam gelungan kedua ini, didapati peserta kini lebih aktif dalam
penyelesaian masalah yang diberi. Pergaulan antara peserta juga lebih
konsisten dengan adanya peluang masing-masing untuk penggunaan hands-
on kit tersebut. Jika proses rawatan diteruskan, adalah tidak mustahil
sekiranya proses penolakan dua nombor empat digit yang melibatkan proses
pengumpulan semula tidak menjadi masalah kepada para peserta.

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam proses pengumpulan data, penyelidik telah menggunakan kaedah gabungan


kualitatif dan kuantitatif. Dalam bahagian kuantitatif, penyelidik telah menggunakan
ujian pencapaian seperti berikut:-
i. Ujian pra
ii. Ujian pasca 1
iii. Ujian pasca 2
Ketiga-tiga ujian yang tersebut mempunyai kandungan soalan yang sama. Ianya
diperlukan untuk proses pembandingbezaan pencapaian keputusan-keputusan ujian.
Ujian pra telah diberikan sebelum proses rawatan diberikan. Ujian pasca 1 telah
diberikan pada akhir sesi gelungan pertama. Ujian pasca 2 pula telah diberikan pada
108
Fadzli Ali Karim & Lee Chuo Hiong

akhir sesi gelungan kedua. Soalan-soalan ujian pencapaian yang digubalkan telah
disemak oleh ketua panitia Matematik untuk menentukan kesahan dan
kebolehgunaan sesuatu soalan tersebut. Setiap ujian mengandungi sepuluh soalan. Ini
bagi memudahkan pengiraan permarkahan.
Seterusnya, dalam bahagian kualitatif, penyelidik telah menggunakan instrumen
berikut:
i. Pemerhatian tidak berstruktur oleh penyelidik
ii. Pemerhatian berstruktur oleh rakan kritikal
Dalam kedua-dua pemerhatian tersebut, penyelidik telah memfokuskan kepada
penggunaan hands-on kit. Selain itu, penglibatan peserta juga telah dititikberatkan.
Pemerhatian dari penyelidik dan rakan kritikal lebih berfokuskan kepada penglibatan
peserta dan sejauh mana hands-on kit berupaya membantu peserta dalam penguasaan
konsep operasi penolakan melibatkan pengumpulan semula. Penukaran angka
kosong (0) dalam soalan juga telah ditekankan dalam proses pemerhatian. Penyelidik
dan rakan kritikal juga telah berfokuskan kepada penerangan individual peserta
tentang konsep penolakan yang melibatkan pengumpulan semula kepada rakan
kumpulan.

CARA MENGANALISIS DATA

Penganalisisan data adalah berdasarkan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang


telah dijalankan. Dalam proses pemarkahan untuk ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian
pasca 2, penyelidik telah menggunakan bentuk peratusan (%). Setiap soalan yang
dijawab dengan betul akan diberikan 10 peratus. Ini adalah disebabkan untuk
memudahkan pengiraan jumlah markah keseluruhan untuk ujian terbabit. Daripada
itu, markah tersebut akan dikira minnya dan perbandingan dari setiap ujian pra, ujian
pasca 1 dan ujian pasca 2. Hasil daripada perbandingan tersebut, peningkatan markah
dicatatkan.
Dari segi analisis secara kualitaitif, catatan pemerhatian penyelidik dan rakan
kritikal dibandingkan. Fokus kedua-dua pemerhatian pada gelungan pertama ialah
berfokuskan kepada penglibatan peserta dan sejauh mana hands-on kit berupaya
membantu peserta dalam penguasaan konsep operasi penolakan melibatkan
pengumpulan semula. Manakala dalam gelungan kedua pula ialah lebih berfokuskan
kepada penerangan peserta tentang konsep penolakan yang melibatkan pengumpulan
semula kepada rakan kumpulan. Penukaran angka kosong (0) dalam soalan juga telah
ditekankan dalam proses pemerhatian. Hasil catatan pemerhatian kedua-dua pihak
dibandingkan dan dapatan tidak berstruktur oleh penyelidik digunakan sebagai
sebahagian daripada proses refleksi penyelidik untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil daripada pemerhatian penyelidik dan rakan kritikal, ianya telah
digunakan untuk menentukan sejauh manakah hands-on kit dapat membantu peserta
dalam penguasaan konsep penolakan dua nombor empat digit yang melibatkan
pengumpulan semula.

109
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

DAPATAN KAJIAN

Diagram 1: Skor Peserta Untuk Ujian Pra, Ujian Pasca 1 Dan Ujian Pasca 2

Dengan merujuk kepada Diagram 1, semua peserta yang telah dilabelkan A,


B, C, D, E dan F menunjukkan peningkatan dalam kemahiran penolakan dua nombor
empat digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam ketiga-tiga ujian pra, ujian
pasca 1 dan ujian pasca 2. Dengan bantuan hands-on kit, para peserta telah
meningkat dari kategori julat skor sangat lemah iaitu 0%-20% ke kategori yang lebih
baik. Hasil daripada ujian pra, min keseluruhan pencapaian peserta hanya 10%. Nilai
ini telah meningkat sebanyak 28.33% dalam ujian pasca 1, yakni min perolehan
peserta ialah 38.33%. Untuk ujian pasca 2, min keseluruhan pencapaian peserta
menaik kepada 81.67%. Dengan merujuk kepada julat skor permarkahan, semua
peserta telah berjaya mencapai keputusan sekurang-kuranngnya70% dan ke atas pada
akhir gelungan kedua. Ini merupakan satu pencapaian yang cukup
memberangsangkan. Kesimpulannya, pencapaian murid dalam operasi penolakan
dua nombor empat digit yang melibatkan proses pengumpulan semula dapat
dipertingkatkan dengan penggunaan hands-on kit. Hasil pemerhatian dari penyelidik
dan rakan kritikal juga telah mendapati bahawa hands-on kit telah berjaya membantu
dalam menarik minat peserta untuk menggunakan bahan tersebut dalam proses
pengajaran dan pembelajaran topik penolakan. Kesimpulan daripada penyelidikan ini
didapati bahawa hands-on kit telah membantu peserta dalam operasi penolakan dua
nombor empat digit yang melibatkan pengumpulan semula.

110
Fadzli Ali Karim & Lee Chuo Hiong

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan keputusan keseluruhan yang diperolehi, dapat dirumuskan


bahawa penggunaan hands-on kit dapat membantu murid yang sangat lemah dalam
penolakan dua nombor empat digit yang melibatkan pengumpulan semula. Hamden
bin Gani (2006), telah menyatakan pemilihan carta nilai tempat harus dipilih dengan
teliti untuk pengajaran penolakan yang melibatkan pengumpulan semula. Dengan
penggunaan hands-on kit, penyelidik telah mendapati kesemua peserta telah
menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian mereka. Ini selaras dengan hasil
dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Hamden bin Gani (2006).
Carson-Dellola (1992), dalam bukunya ada menyatakan kepentingan bahan
manupulatif dalam mempelajari konsep asas. Penguasaan konsep adalah amat
penting dalam topik penolakan. Dalam kajian ini, penggunaan hands-on kit telah
membantu peserta untuk menguasai konsep asas penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula. Setelah itu barulah peserta dapat menjawab soalan yang
diberikan kepada mereka dalam bentuk abstrak (lazim) tanpa menggunakan hands-on
kits. Ini selaras dengan pernyataan dari Hope Martin (2000), dimana dengan
penggunaan hands-on kit, guru –guru dapat membantu murid dalam kecemerlangan
dalam sesuatu topik.
Penggunaan hands-on kit dalam pengajaran dan pembelajaran salah satunya
berfokus kepada pengajaran nilai tempat sa sehingga ribu. Kefahaman mengenai
hubungkait antara nilai tempat mampu mendorong kepada proses pengiraan yang
betul. Ini turut dinyatakan oleh Claire Mooney Et. Al. (2003), bahawa ianya
merupakan komponen yang penting untuk murid mempunyai kefahaman yang tinggi
tentang nilai tempat sebelum mereka menguasai pengiraan dalam bentuk lazim.
Penyusunan digit-digit dengan betul dalam bentuk lazim menentukan pengiraan yang
betul. Oleh itu, ianya amat penting bagi murid menyusun digit – digit tersebut
dengan betul mengikut nilai tempat yang betul.
Salah faham mengenai konsep penolakan melibatkan pengumpulan semula
boleh timbul akibat dari kelemahan dalam pemahaman nilai tempat, Steven Chinn
(2004). Setelah proses penyelidikan tindakan 2 gelungan, adalah didapati dapatan
kajian selari dengan pernyataan Steven Chinn dalam bukunya. Oleh itu, penguasaan
nilai tempat adalah dititikberatkan dalam penggunaan hands-on kit yang digunakan
dalam penyelidikan ini.
Walaupun operasi penolakan merupakan salah satu topik terawal dalam
sukatan pelajaran, ianya akan merumitkan proses pengajaran dan pembelajaran
murid jika tidak menguasai kemahiran ini. John A. Van de Walle (2004) telah
menyatakan bahawa penguasaan konsep asas dapat membantu murid dalam memberi
respon dengan cepat dalam persoalan. Liping Ma (1999) turut menyatakan bahawa
pemahaman yang mendalam dalam kemahiran matematik yakni dalam konteks ini
ialah kemahiran penolakan, perlu bagi murid untuk memiliki kemahiran bagi
kesesuaian pembelajaran.
Dalam penyelidikan tindakan ini, dapatan kajian mendapati bahawa hands-on
kit mampu mengurangkan salah konsep dalam bidang nilai tempat, proses penolakan
dan proses pengumpulan semula. Dapatan kajian adalah disokong oleh dapatan
kajian dari dalam dan luar negara.

111
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Penggunaan hands-on kit yang telah digunakan oleh penyelidik dalam


penyelidikan tindakan ini telah menunjukkan keefektifannya dalam membantu
peserta dalam proses penolakan. Dengan itu, penyelidik bercadang supaya kajian
lanjutan dijalankan dalam konteks yang lebih luas untuk memanfaatkan lebih ramai
murid.
Dalam memperkenalkan hands-on kit, saiz kelas yang diaplikasikan untuk
proses pengajaran dan pembelajaran boleh ditambah kepada bilangan yang lebih
besar. Namun begitu, kesesuaian bilangan pengguna untuk satu hands-on kit perlu
disesuaikan.
Disamping itu juga, guru-guru boleh berkongsi tentang idea hands-on kit.
Penggunaan bahan ini boleh diaplikasikan di sekolah-sekolah lain yang mana
mempunyai permasalahan yang sama. Sepertimana yang kita sedia maklum,
perkongsian ilmu adalah sesuatu yang amat penting. Pihak sekolah, terutamanya dari
Panitia Matematik boleh bertukar maklumat tentang cara yang efektif untuk
mempelajari penolakan dua nombor empat digit yang melibatkan pengumpulan
semula. Dengan perbincangan yang berterusan dari masa ke semasa, maka masalah
penolakan yang melibatkan pengumpulan semula ini mungkin dapat diminimakan.
Kawasan pedalaman merupakan kawasan yang menjadi aspek utama dalam
aspirasi Negara pada masa kini. Ini bermakna guru-guru yang mengajar di kawasan
pedalaman perlu memberikan inisiatif yang lebih untuk murid-murid. Penggunaan
hands-on kit ialah sesuatu yang praktikal. Guru-guru boleh menggunakannya atau
memodifikasikan hands-on kit tersebut berdasarkan keadaan semasa di tempat
mengajar. Dengan ini, guru dapat menjimatkan masa dan wang untuk penghasilan
sendiri bahan bantu mengajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan amat
memerlukan bahan bantu mengajar yang konkrit. Sepertimana yang kita sedia
maklum, kelas pemulihan diadakan untuk mengukuhkan sesuatu konsep dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan hands-on kit ini, adalah
diharapkan dapat membantu murid untuk mengukuhkan konsep penolakan dua
nombor empat digit yang yang melibatkan proses pengumpulan semula.
Penambahan adalah pembalikan bagi operasi penolakan. Menurut Andria P.
Troutman dan Betty K. Lichtenberg (2003), kedua-dua proses penambahan dan
penolakan adalah berkaitan antara satu sama lain. Berdasarkan teori ini, penggunaan
hands-on kit untuk penolakan dapat juga diaplikasikan dalam proses penambahan.

RUMUSAN

Hasil daripada dapatan keseluruhan penyelidikan tindakan ini, penyelidik


telah mendapati bahawa pencapaian semua peserta telah meningkat. Dengan ini,
objektif kajian telah tercapai dan persoalan kajian telahpun terjawab. Adalah
dirumuskan bahawa hands-on kit yang telah dicipta berkesan untuk meningkatkan
pencapaian murid yang sangat lemah dalam operasi penolakan dua nombor empat
digit yang melibatkan proses pengumpulan semula.

112
Fadzli Ali Karim & Lee Chuo Hiong

RUJUKAN
Claire mooney, Lindsay Ferrie, Sue Fox, Alice Hansen, Reg Wrathmell (2003) Primary Mathematics
Knowledge and Understanding. Great Britain: Bell & Bain Ltd, Glasgow,
Hope Martin (2000). Multiple Intelligences and Standards-Based Mathematics. United States Of
America: SkyLight Training and Publishing Inc:5
Jennifer Suggate, Andrew Davis And Maria Goulding (1998). Mathematics knowledge For Primary
Teachers. Great Britain: David Fulton Publishers
Liping Ma (1999). Knowing And Teaching Elementary Mathematics. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates, Publishers: 2
Steven Chinn (2004). The Trouble With Mathematics. NY: Routledge Falmer taylor & Francis group,
London: 41
Susan Ohanian (1995) Math As A Way Of Knowing. United States Of America: Stenhouse Publishers
The Galef Institute

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1fadzlialikarim@gmail.com 2leechuohiong@gmail.com

113
PENDEKATAN GAMBAR RAJAH DALAM MENGATASI MASALAH
KESALAHFAHAMAN PENAMBAHAN PECAHAN
WAJAR PENYEBUT TAK SAMA

SHIRLEY URAI LAWAI 1


JONG CHEE FOOK 2

ABSTRAK
Topik pecahan didapati menjadi suatu topik yang sukar difahami oleh ramai murid
sekolah rendah. Murid-murid mengalami kesukaran dalam memahami konsep pecahan
dan seterusnya menjadi punca kepada masalah kesalahfahaman dalam operasi
penambahan pecahan yang mempunyai penyebut tak sama. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengkaji keberkesanan pengaplikasian pendekatan gambar rajah untuk mengatasi
masalah kesalahfahaman dalam penambahan pecahan wajar penyebut tak sama. Peserta
kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 5. Empat instrumen kajian telah
digunakan iaitu ujian pra, ujian pasca I, ujian pasca II dan temu bual separa berstruktur.
Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskritif dengan menggunakan peratus dan
mencari keputusan min setiap ujian untuk tujuan perbandingan secara keseluruhan.
Penyelidik menggunakan Model Kurt Lewin dalam menjalankan kajian ini di mana dua
kitaran telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah kesalahfahaman
telah berjaya dikurangkan berdasarkan peningkatan keputusan ujian.

ABSTRACT
Fraction has long been the stumbling block for many primary pupils due to their lack of
understanding in fraction concept and subsequently became the cause of misconception
in the addition of proper fraction with different denominators. The purpose of this study
was to determine the effectiveness of the Diagrammatic Approach application to
improve the learning of addition of fraction among four Year 5 participants. Researcher
used pre test, post test I and post test II to measure the effectiveness of the approach.
The collected data were analyzed descriptively by using percentage and finding mean
result. Researcher applied the Kurt Lewin’s Model in conducting this research. There
were two cycles involved in this research. The findings revealed that the approach
manage to help reducing the misconception occurred in the addition of proper fraction
with different denominators.

PENDAHULUAN

Wawasan 2020 telah menggariskan sembilan cabaran yang harus dihadapi


untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Cabaran keenam dalam Wawasan 2020 berhasrat untuk mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh ke
hadapan demi membentuk sebuah negara maju dari segi teknologi untuk bersaing
secara positif dengan negara lain.
Selaras dengan hasrat keenam dalam Wawasan 2020, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui fasa-fasa reformasi sejak kemerdekaan demi
untuk mengadaptasikan informasi terkini teknologi dengan kurikulum negara kita
(Noraini Idris, 2001). Berikutan hal tersebut, kurikulum Matematik juga tidak
ketinggalan dalam mengalami reformasi. Kandungan kurikulum Matematik meliputi
pengetahuan dan kemahiran matematik yang sesuai dengan keupayaan murid serta
relevan dengan keperluan dalam era teknologi dan maklumat.
Namun, terdapat juga topik yang menyebabkan murid mengalami
permasalahan dalam mempelajari matematik terutamanya pecahan. Hasil kajian lepas
Shirley Urai Lawai & Jong Chee Fook

membuktikan bahawa topik pecahan merupakan suatu topik yang paling sukar
dipelajari (Behr, 1992; Nickson, 1998; Kim, 1999; Hanson, 2000; seperti yang
dinyatakan oleh Suhaidah Tahir dan Md Nor Bakar, 2005) kerana ia bersifat abstrak
terutamanya apabila melibatkan penambahan pecahan penyebut tak sama.

FOKUS KAJIAN

Menurut Cathcart et al. (2006), topik pecahan merupakan suatu ilmu


pengetahuan yang bersifat abstrak di mana ia memerlukan suatu perwakilan yang
nyata dan boleh dilihat untuk mengenali pecahan dengan jelas. Simbol pecahan
a
dalam bentuk sukar difahami terutamanya murid sekolah rendah. Walaupun topik
b
pecahan telah diperkenalkan sejak Tahun 3, namun masih terdapat murid yang tidak
memahami konsep pecahan dengan jelas. Jadi, masalah pemahaman konsep pecahan
ini akan berlanjutan sehingga Tahun 6.
Berdasarkan pengalaman penyelidik sepanjang tempoh praktikum dan hasil
tinjauan awal mengenai topik pecahan, penyelidik mendapati bahawa peserta
mengalami masalah kesalahfahaman mengenai konsep penambahan pecahan di mana
mereka menambah terus pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan
penyebut.
Keputusan ujian diagnostik menunjukkan bahawa peserta mengalami masalah
kesalahfahaman yang sama di mana mereka menyelesaikan operasi penambahan
pecahan wajar penyebut tak sama dengan mengaplikasikan prosedur penambahan
nombor bulat. Masalah kesalahfahaman yang dilakukan oleh peserta adalah seperti
a c a+c
berikut : + = . Dapatan ujian diagnostik ini adalah selaras dengan
b d b+d
kenyataan Chinn (2004) dan Helene et al. (2005) yang menyatakan bahawa murid
keliru dengan penambahan nombor bulat dengan pecahan. Murid mengalami
kekeliruan kerana tidak dapat mengaitkan perhubungan antara pengetahuan sedia ada
dengan skema pengetahuan yang baru (Burns, 1992).
Hasil dapatan temubual tidak berstruktur bersama murid menunjukkan
bahawa mereka tahu untuk mendarab sesama penyebut namun, mereka tidak
memahami sebab berbuat demikian dan lupa untuk mendarab pengangka dengan
penyebut yang sama. Situasi ini diterangkan dengan lebih lanjut dengan kenyataan
Burns (1992) di mana murid-murid terlalu bergantung kepada kaedah prosedural
penambahan pecahan dengan mendarab sesama penyebut. Justeru, murid-murid akan
menghafal prosedur penambahan dan menjadi mudah lupa sehingga membawa
kepada masalah kesalahfahaman dalam penambahan pecahan (Walle, 2004).
Penyelidik berasa sangat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh
peserta tersebut. Menurut Chinn (2004), perwakilan pecahan dengan menggunakan
sesuatu yang boleh dilihat dan konkrit dapat menerangkan dengan lebih jelas
hubungan antara simbol pecahan dengan gambar rajah. Clausen – May (2006)
menghuraikan dengan lebih lanjut kenyataan Chinn (2004) dengan menyatakan
bahawa perkaitan antara grafik dan prosedur boleh dilihat dengan jelas melalui
gambar rajah yang dilukis berikutan pemahaman telah diperkaya dengan sesuatu
yang boleh dilihat menerusi gambar rajah. Maka, penyelidik menggunakan
pendekatan gambar rajah untuk membantu peserta meningkatkan kefahaman mereka
dalam penambahan pecahan wajar penyebut tak sama. Penyelidik menggunakan
gambar rajah untuk mewakili pecahan agar peserta dapat membanding beza dua

115 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

pecahan wajar penyebut tak sama. Berdasarkan gambar rajah yang telah dilukiskan,
peserta dapat memahami bahawa penambahan pecahan wajar yang mempunyai
penyebut tak sama, penyebutnya harus disamakan terlebih dahulu sebelum proses
penambahan boleh berlaku.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah :


i) Membantu mengatasi kesalahfahaman dalam penambahan pecahan wajar
penyebut tak sama dengan menggunakan pendekatan gambar rajah.
ii) Mengenal pasti masalah yang dihadapi peserta selepas pendekatan gambar
rajah diaplikasikan untuk membantu mengatasi masalah kesalahfahaman
dalam penambahan pecahan wajar penyebut tak sama.

Soalan kajian adalah:


i) Adakah pendekatan gambar rajah dapat membantu mengatasi masalah
kesalahfahaman peserta dalam penambahan pecahan wajar penyebut tak
sama?
ii) Apakah masalah yang dihadapi peserta selepas pengaplikasian pendekatan
gambar rajah dalam penambahan pecahan wajar penyebut tak sama?

KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian ini terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan perempuan Tahun
5 iaitu dari sebuah sekolah rendah di Miri. Peserta kajian ditentukan melalui
pencapaian ujian diagnostik, keputusan min subjek matematik dalam peperiksaan I
dan II 2010, pemerhatian tidak berstruktur penyelidik dan menepati kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan. Peserta dipilih kerana kesukaran dalam penambahan pecahan
wajar penyebut tak sama bermula dari Tahun 4. Profil peserta boleh diringkaskan
seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Profil Peserta Kajian

x Keputusan Min
Peserta Jantina Ujian Diagnostik, ( ) Sikap
12 Peperiksaan I dan II, %
P1 L 8 21.5 Baik
P2 L 8 22.0 Baik
P3 P 8 23 Baik
P4 P 7 17.5 baik

PROSEDUR TINDAKAN

Reka bentuk kajian penyelidikan yang telah digunakan adalah kajian tindakan
yang mengadaptasikan model Kurt Lewin (Mok, 2010). Dalam kajian ini, penyelidik
telah menggunakan dua kitaran dalam pengaplikasian pendekatan gambar rajah bagi
mengatasi masalah kesalahfahaman dalam penambahan pecahan penyebut tak sama.
Dalam Kitaran pertama, penyelidik menggunakan Rawatan I untuk
membantu peserta dalam memahami konsep pecahan. Seterusnya, proses dalam
Rawatan I juga turut membantu peserta untuk mengetahui konsep asas dalam
penambahan pecahan wajar penyebut tak sama. Proses dalam Kitaran 1 boleh dilihat

116 
 
Shirley Urai Lawai & Jong Chee Fook

dalam Rajah 1. Sekiranya terdapat masalah yang dihadapi oleh peserta dalam Kitaran
I, maka penyelidik akan memperbaiki sesi dalam Rawatan II semasa di Kitaran 2.
Pendekatan gambar rajah yang diaplikasikan dalam penambahan pecahan
penyebut tak sama adalah seperti berikut:

1 1
Contoh soalan : + =
2 3
Langkah 1 : Lukiskan kedua-dua pecahan tersebut.

1
Langkah 2 : Cerakinkan setiap bahagian dalam kepada tiga bahagian mengikut
2
1
jumlah penyebut . Pastikan bahagian yang telah dilorekkan
3
sebelumnya dilorekkan.

1
Langkah 3: Cerakinkan setiap bahagian dalam kepada dua bahagian mengikut
3
1
jumlah penyebut untuk mendapatkan jumlah penyebut yang sama.
2
Lorekkan bahagian pecahan yang sama.

Langkah 4 : Kedua-dua pecahan mempunyai pecahan setara masing-masing dan


1 1 5
proses penambahan boleh dilakukan. Jumlah kepada + =
2 3 6

117 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Proses kitaran yang dijalankan dalam kajian ini adalah seperti Rajah 1.

Mengenal pasti masalah


kesalahfahaman dalam operasi
penambahan pecahan wajar
penyebut tak sama melalui
tinjauan awal.

KITARAN I

MERANCANG
MERANCANG
KITARAN II Merancang
Memilih peserta dari
penambahbaikan
murid Tahun 5
dalam Rawatan II

TINDAKAN
Ujian pra diberikan.
TINDAKAN
Rawatan I
Rawatan II

PEMERHATIAN
Menjalankan ujian pasca I PEMERHATIAN
Menjalankan ujian pasca II

REFLEKSI
Menjalankan temu bual separa REFLEKSI
berstruktur untuk mengenal pasti Refleksi berkenaan
masalah yang dihadapi selepas perubahan dalam keputusan
pengaplikasian pendekatan ujian peserta dalam ujian
gambar rajah diberikan. pasca II

Menentukan keberkesanan pendekatan gambar rajah dalam mengatasi masalah


kesalahfahaman dalam penambahan pecahan penyebut tak sama

Rajah 1: Rangka Konsepsual Kajian

118 
 
Shirley Urai Lawai & Jong Chee Fook

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan


kualitatif dalam mendapatkan data. Penyelidik telah menggunakan instrumen ujian
pra, ujian pasca I, ujian pasca II dan temu bual separa berstruktur dalam menentukan
keberkesanan serta menilai tindakan dalam Kitaran I.
Ujian pra diberikan kepada peserta untuk mengesan kelemahan mereka dalam
operasi penambahan pecahan wajar penyebut tak sama secara teliti. Pada masa ini,
rawatan dengan menggunakan pendekatan gambar rajah belum lagi diberikan kerana
penyelidik ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi masalah yang dihadapi
oleh peserta dalam operasi tambah pecahan wajar penyebut tak sama.
Ujian pasca I diberikan untuk melihat pencapaian peserta selepas Rawatan I
diberikan. Soalan yang digunakan adalah selari dengan ujian pra. Perbandingan
antara ujian pra dengan ujian pasca I akan dibuat untuk mengenalpasti sama ada
terdapat kemajuan berlaku.
Temu bual yang dijalankan adalah berbentuk separa berstruktur dan
dijalankan bersama peserta selepas ujian pasca I iaitu setelah Rawatan I diberikan.
Penyelidik akan menemu bual peserta berkenaan masalah yang dihadapi sepanjang
mengaplikasikan pendekatan gambar rajah dalam operasi penambahan pecahan wajar
penyebut tak sama dalam Kitaran I. Data yang diperoleh adalah bertujuan untuk
penambahbaikan yang dilakukan dalam Kitaran II.
Ujian pasca II diberikan untuk mengukur pencapaian peserta selepas
menjalani Rawatan II. Keputusan ujian pasca II akan dibandingkan dengan ujian
pasca I untuk melihat keberkesanan pengaplikasian pendekatan gambar rajah dengan
lebih mendalam lagi.

CARA MENGANALISIS DATA

Penyelidik menggunakan kaedah deskritif iaitu peratus dan min dalam


pengiraan data untuk menentukan keberkesanan pengaplikasian pendekatan gambar
rajah. Dalam analisis data kuantitatif, jumlah soalan iailah 10 item di mana setiap
item soalan diberi 1 markah. Penyelidik akan menukarkan jumlah skor ujian kepada
peratusan. Kemudian, min keputusan setiap dapatan ujian dikira. Pengiraan min
tersebut adalah bertujuan untuk membanding bezakan pencapaian peserta secara
keseluruhan. Data diwakilkan dalam bentuk jadual dan graf untuk memudahkan
perbandingan dilakukan. Manakala hasil temubual dianalisis dengan mengeluarkan
isi-isi penting iaitu kelemahan semasa menggunakan pendekatan gambar rajah dalam
Kitaran I. Kelemahan yang telah dikenalpasti akan dibaiki dalam Kitaran II.

DAPATAN KAJIAN

Penyelidik menganalisis dapatan kajian secara deskritif dengan menggunakan


kaedah peratusan dan mencari keputusan min untuk tujuan membanding bezakan
hasil keputusan. Terdapat dua jenis perbandingan yang dibuat untuk menentukan
keberkesanan pendekatan gambar rajah dalam penambahan pecahan penyebut tak
sama iaitu melalui perbandingan keputusan ujian dan perbandingan keputusan min
ujian secara keseluruhan. Jadual 2 menunjukkan perbandingan yang ketara antara
ujian pra, ujian pasca I dan II.

119 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

a) Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pasca I dan Ujian Pasca II

Jadual 2: Perbandingan Keputusan Ujian Pra, Pasca I dan Pasca II

Peserta Ujian, %

Pra Pasca I Pasca II

P1 0 60 90

P2 0 90 90

P3 100 100 100

P4 0 60 80

Berdasarkan Jadual 2, terdapat perubahan dalam keputusan ujian yang ketara bagi
peserta P1, P2 dan P4 di mana markah terdahulu dalam ujian pra adalah 0% telah
berganjak kepada 60%, 90% dan 60% masing-masing dalam ujian pasca I; 90%,
90% dan 80% masing-masing dalam ujian pasca II. Manakala, peserta P3 mengalami
keputusan yang malar bermula dari ujian pra hingga ke ujian pasca II di mana dapat
mengekalkan keputusannya iaitu 100%.

b) Perbandingan Keputusan Min Setiap Ujian

Keputusan min untuk ujian pra, ujian pasca I dan ujian pasca II boleh dilihat
melalui Rajah 2 seperti berikut:

Rajah 2 Perbandingan Keputusan Min Ujian Pra, Pasca I dengan Pasca II

Berdasarkan Rajah 2, keputusan min ujian pra peserta ialah 25%, keputusan min
ujian pasca I peserta ialah 77.5% manakala keputusan min ujian pasca II ialah 90%.
Secara keseluruhannya, keputusan min peserta meningkat dari ujian pra sehingga
ujian pasca II secara berterusan.

120 
 
Shirley Urai Lawai & Jong Chee Fook

c) Temubual Separa Berstruktur

Daripada hasil temubual tidak berstruktur yang dijalankan bersama peserta


selepas Kitaran I dijalankan, penyelidik mendapati bahawa terdapat dua kelemahan
yang dihadapi dalam menggunakan pendekatan gambar rajah untuk membantu
mengatasi masalah kesalahfahaman penambahan pecahan wajar penyebut tak sama
iaitu kekeliruan semasa proses pencerakinan pecahan dan masa yang lama diambil
untuk melukis pecahan. Maka, pengubahasuaian untuk membaiki kelemahan yang
dikesan dilakukan dalam Kitaran II. Pengubahsuaian yang dilakukan adalah pada
helaian kertas jawapan serta cara penyampaian pendekatan gambar rajah yang
dilakukan secara interaksi individu bersama peserta supaya pemahaman terhadap
konsep penambahan pecahan wajar penyebut tak sama menggunakan pendekatan
gambar rajah dapat dipertingkatkan.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Penyelidik mendapati bahawa punca peserta mengalami masalah


kesalahfahaman dalam operasi penambahan pecahan wajar penyebut tak sama adalah
selaras dengan dapatan Suhaidah Tahir (2006) yang telah menyatakan bahawa
kesalahan murid bukan disebabkan kesalahan prosedural semata-mata tetapi
berasaskan kesalahan pemahaman konsep pecahan. Dalam konteks kajian ini, peserta
didapati mengalami kesalahfahaman dalam penambahan pecahan. Oleh itu,
pendekatan gambar rajah diaplikasikan dalam membantu mengatasi masalah
kesalahfahaman tersebut melalui perwakilan pecahan dengan menggunakan gambar
rajah.
Peserta P1, P2 dan P4 mengalami masalah kesalahfahaman dalam
penambahan pecahan penyebut tak sama di mana mereka terus menambah
pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. Manakala, peserta P3
tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan penambahan dengan
menggunakan kaedah prosedur penambahan melalui pendaraban penyebut. Namun,
P3 tidak memahami sebab untuk mendarab sesama penyebut.
Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa peserta P1, P2, P3 dan P4
menunjukkan perubahan positif dalam setiap ujian yang telah dijalankan.
Peningkatan keputusan mereka membuktikan bahawa pelaksanaan Rawatan I dan
Rawatan II telah membantu peserta memahami konsep penambahan pecahan wajar
penyebut tak sama dengan baik.
Perubahan keputusan ujian dalam Jadual 2 ini selaras dengan dapatan Chang
et al. (2003) di mana apabila seorang murid dapat memahami konsep penambahan
pecahan, maka pemahaman dalam proses penambahan yang dilakukan secara
prosedural turut meningkat. Berdasarkan latihan dengan menggunakan pendekatan
pencerakinan gambar rajah untuk menyelesaikan penambahan pecahan, peserta dapat
melihat perbezaan yang ketara di antara pecahan yang mempunyai penyebut tak
sama di mana bilangan bahagian untuk kedua-dua pecahan tidak sama. Oleh itu,
peserta dapat memahami penambahan nombor bulat tidak dapat diaplikasikan dalam
penambahan pecahan. Melalui gambar rajah yang telah dilukis, kefahaman peserta
dapat ditingkatkan.
Manakala Rajah 2 iaitu perbandingan keputusan min bagi setiap ujian yang
telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan berlaku. Peratus
peningkatan keputusan untuk ujian pra ke ujian pasca I adalah sebanyak 52.5%.

121 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Peratus peningkatan ini adalah disebabkan Rawatan I yang telah diberi. Peserta
menjadi lebih faham terhadap konsep pecahan di mana mereka dapat memahami
a
makna pecahan dalam bentuk simbol, dan mewakilkannya dalam bentuk gambar
b
rajah.
Peserta menjadi lebih faham apabila mereka mampu untuk mengaitkan
makna simbol dengan gambar rajah pecahan. Dapatan ini bertepatan dengan
kenyataan Cathcart et al. (2006) di mana beliau menyatakan bahawa topik pecahan
merupakan ilmu pengetahuan yang abstrak. Maka, pembelajaran topik pecahan
seharusnya menggunakan perwakilan yang konkrit dan boleh dilihat seperti gambar
rajah. Clausen – May (2006) menyokong pernyataan Cathcart et al. (2006) dengan
menyatakan perkaitan antara grafik dengan prosedural penambahan pecahan dapat
dilihat dengan lebih jelas. Apabila penambahan pecahan dilakukan dengan
menggunakan gambar rajah, murid akan dapat meneruskan proses penambahan
pecahan yang selebihnya tanpa perlu menggunakan proses penambahan secara
prosedural.
Manakala peratus peningkatan dari ujian pasca I ke ujian pasca II adalah
sebanyak 12.5%. Ini terjadi apabila penyelidik memperbaiki kelemahan dalam
Kitaran I. Dalam Kitaran II, penyelidik cuba untuk mengurangkan penggunaan masa
untuk melukis setiap pencerakinan gambar rajah dalam proses penambahan. Selain
itu, strategi Rawatan II yang telah dijalankan telah diubahsuai menjadi sesi
pengajaran dan pembelajaran interaksi satu dan perseorangan bersama peserta.
Penyelidik menerangkan pendekatan gambar rajah secara spesifik kepada setiap
peserta.
Pengaplikasian pendekatan gambar rajah ini didapati berkesan digunakan
dalam mengatasi kesalahfahaman peserta dalam operasi penambahan pecahan wajar
penyebut tak sama. Keberkesanan pendekatan ini adalah selaras dengan kenyataan
Chinn (2004) dan Gan (2005) di mana penggunaan model untuk mewakilkan
pecahan dapat membantu meningkatkan kefahaman murid.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan pendekatan gambar rajah


untuk mengatasi masalah kesalahfahaman dalam operasi penambahan pecahan wajar
penyebut tak sama dalam membantu mengatasi masalah kesalahfahaman konsep
pecahan. Pengaplikasian pendekatan gambar rajah menunjukkan peningkatan
keputusan peserta. Penyelidik juga boleh mengaplikasikan pendekatan gambar rajah
untuk menyelesaikan operasi penolakan pecahan wajar penyebut tak sama.
Pendekatan gambar rajah yang digunakan untuk operasi penolakan pecahan wajar
penyebut tak sama seperti berikut:

122 
 
Shirley Urai Lawai & Jong Chee Fook

2 1
Contoh : - =?
3 2
Langkah 1: Lukiskan kedua-dua pecahan tersebut.

1 1
Langkah 2 : Cerakinkan mengikut bilangan penyebut . Selepas pencerakinan
3 2
1 4
tersebut, akan menjadi
3 6

‐ 

4 1
6 2
1
Langkah 3 : Ulangi Langkah 2 dengan cerakinkan kepada tiga bahagian kerana
2
2 1 3
penyebut adalah 3. akan menjadi .
3 2 6


4 3
6 6
Selepas kedua-dua pecahan melalui proses pencerakinan, bilangan penyebut akan
menjadi setara iaitu 6. Maka, operasi penolakan pecahan wajar penyebut tak sama
boleh dilaksanakan.
2 1 1
Jawapan - = seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
3 2 6

Selain itu, pendekatan gambar rajah ini juga boleh diintegrasikan dengan
penggunaan kertas transperancy. Penggunaan kertas transperancy boleh menjimat
masa murid-murid untuk melukis setiap gambar rajah pecahan yang dicerakinkan.
Murid-murid hanya perlu menekap kertas transperancy ke atas gambar rajah pecahan
yang telah dilukis dan membuat pencerakinan di atas kertas tersebut. Langkah ini
telah banyak menjimatkan masa dan juga boleh digunakan untuk setiap soalan.

123 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, pendekatan gambar rajah ini telah berjaya membantu


mengatasi masalah kesalahfahaman peserta dalam operasi penambahan pecahan
wajar penyebut tak sama. Masalah kesalahfahaman ini timbul apabila murid-murid
mempunyai kefahaman yang rapuh terhadap konsep asas pecahan. Maka, pecahan
haruslah diwakili oleh sesuatu yang konkrit dan dapat dilihat untuk membantu murid
mengaitkan makna simbol dengan pecahan yang dilukis.

RUJUKAN

Burns M. (1992). About teaching Mathematics: A K – 8 Resource. America : Math Solutions


Publications
Cathcart W. G., Pothier Y. M., Vance J. H., and Bezuk N. S. (2006). Learning Mathematics in
Elementary and Middle Schools : A Learner – Centered Approach. Columbus. Pearson
Merrill Prentice Hall.
Chang, H. N., Goh, K. C., Chui, S. P. and Tan, L. C. (2003). Penyelidikan tindakan ke arah
peningkatan kemahiran menguasai konsep operasi tambah dan tolak pecahan yang penyebut
tak senilai. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2003. Perlis : Unit
Penyelidikan dan Pembangunan, Maktab Perguruan Perlis, Behor Pulai, 01000 KAngar,
Perlis Indera Kayangan.
Chinn S. (2004). The Trouble With Maths. London. RoutledgeFalmer Taylor and Fracis Group.
Clausen – May T. (2006). Teaching Mathematics pupils with different learning styles. Great Britain.
The Creswell Press.
Gan Teck Hock, Wong Woy Chun, Mohd. Nordin Abdullah, Lau Tun Kong, Haslan Manja,
Maimunah Hj Mohd. Tahir, AB Rahim Ahmad, Sapiah Yusoff and Teh Kim Hong.
(2005).The Teaching of Primary Mathematics. Miri. Maktab Perguruan Sarawak.
Helene J. Sherman, Lloyd I. Richardson and George J. Yard. (2005). Teaching children who struggle
with Mathematics: A systematic approach to analysis. New Jersey: Pearson Merrill Prentice
Hall
Mok S. S. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan : Perancangan dan perlaksanaan penyelidikan
tindakan. Perak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noraini Idris.(2001).Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Selangor: Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.
Suhaidah Tahir and Md Nor Bakar (2005). Fractions? Why is it so difficult? When does the problem
start? Paper presented at 3rd International Qualitative Research Convention 2005, 21-23
August 2005. Johor Bahru.
Suhaidah Tahir (2006). Pemahaman konsep matematik pelajar : Apakah peranan institut pendidikan
guru? Dalam Jurnal Pendidikan, Bil 10 2005 Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1shirleyurai@yahoo.com, 2jongcf@yahoo.com

124 
 
PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF (BEKAS TELUR)
UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN TIGA
DALAM MEMAHAMI SIFIR ENAM

JENNIE LEMENTAN LUWAT 1


MOHD JOHAN JUSOH 2

ABSTRAK
Tujuan penyelidikan kajian ini untuk menilai keberkesanan penggunaan bahan
manipulatif (bekas telur) untuk membantu murid tahun tiga dalam memahami sifir
enam. Peserta kajian merupakan murid tahun tiga di salah sebuah sekolah di Miri.
Terdapat lima orang peserta dipilih yang mempunyai pencapaian yang lemah dalam
matematik. Peserta kajian didedahkan dengan cara penggunaan bahan manipulatif
dalam memahami sifir enam. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian
pra dan ujian pasca, pemerhatian dan temu bual. Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan
untuk menilai keberkesanan penggunaan bahan manipulatif untuk membantu murid
tahun tiga dalam memahami sifir enam. Pemerhatian dan temu bual juga digunakan
untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan penggunaan bahan manipulatif untuk
membantu murid dalam memahami sifir enam. Kaedah deskriptif digunakan untuk
menganalisis data. Hasil dapatan kajian mendapati peserta menunjukkan skor
pencapaian yang tinggi dalam menggunakan bahan manipulatif (bekas telur) untuk
memahami sifir enam. Dapat dirumuskan bahawa penggunaan bekas telur sebagai
bahan manipulatif berkesan untuk membantu murid tahun tiga dalam memahami sifir
enam.

ABSTRACT
The purpose of the study was to determine the effectiveness of using manipulative
materials (egg trays) to help year three pupils in understanding the multiplication table
of six. The participants were primary three pupils in one of the school in Miri. There
were five participants selected with weak performance in mathematics. The participants
were exposed the usage of manipulative materials in understanding the multiplication
table six. The instruments used in this action research were pre-test and post-test,
observations and interviews. Pre-test and post-test were carried out to evaluate the
effectiveness of manipulative in understanding multiplication table six. Observations
and interviews are used for getting the responses of effectiveness in using manipulative
materials (egg trays) to understand the multiplication table of six. Descriptive method
used to analyze the data. Participants showed high performance after the treatments
given to them. The research findings proved that the used of manipulative in
understanding multiplication table six was effective.

PENDAHULUAN

Pengetahuan matematik boleh dikategorikan sebagai sesuatu kemahiran yang meluas


untuk diterokai. Fakta matematik secara tidak langsung boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Fakta asas pendaraban merupakan salah satu daripada
kemahiran yang penting dalam pengajaran matematik. Terdapat empat fakta asas
yang perlu dikuasai oleh murid seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Namun demikian, menurut hasil kajian
laporan Nazir (1994) yang menyatakan bahawa operasi darab merupakan operasi
paling sukar di kalangan semua murid. Dengan ini, penguasaan fakta asas perlu
dikuasai dari tahap satu untuk memudahkan murid memahami konsep asas sifir
dengan baik selaras dengan hasil kajian Stanley (2007). Ini kerana fakta asas darab
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)
 

matematik merupakan tunjang dalam menguasai kemahiran untuk penyelesaian


masalah dan memahami konsep asas dalam matematik. Walau bagaimanapun,
permasalahan dalam menguasai dan memahami sifir darab asas ini boleh diatasi
dengan pelbagai cara salah satunya adalah dengan menggunakan bahan manipulatif
(bekas telur) dalam membantu murid untuk memahami dan menguasai konsep asas
sifir.

FOKUS KAJIAN

Masalah pemahaman dan penguasaan sifir pendaraban merupakan masalah


yang sentiasa timbul dalam subjek matematik. Permasalahan ini terjadi kerana
terdapat faktor-faktor seperti murid malas dan susah untuk menghafal sifir seperti
yang dinyatakan oleh Faddereen (2006) dalam kajiannya. Menurut Juliana (2005)
dalam kajiannya menyatakan bahawa murid tidak suka ingat sifir kerana mereka
berpendapat bahawa ia terlalu mengelirukan dan menyusahkan. Dalam kajian
Marion(2006) pula menyatakan bahawa murid perlu mengambil masa yang lama
dalam menyelesaikan masalah pendaraban akibat daripada murid menghadapi
masalah dalam mencongak fakta asas mendarab. Nazeri (2003) juga menyatakan
kurangnya pendedahan dalam kaedah menguasai fakta asas perdaraban yang
berkesan juga turut menyumbang kepada permasalahan murid dalam memahami dan
menguasai sifir asas. Permasalahan ini menjadi semakin serius apabila terdapat
segelintir murid yang bakal menduduki UPSR masih belum menguasai sifir asas
pendaraban. Fenomena ini menyebabkan ramai murid tercicir dalam subjek
matematik dan menganggap matematik sebagai mata pelajaran yang susah. Dengan
terjadinya permasalahan ini, penyelidik prihatin akan keseriusan masalah
pemahaman dan penguasaan sifir asas di kalangan murid di sekolah ini.
Melalui pengalaman berpraktikum yang lepas, penyelidik telah ditugaskan
untuk mengajar topik pendaraban bagi murid tahun tiga. Penyelidik mendapati
terdapat murid yang masih lemah dalam memahami konsep asas sifir enam.
Kelemahan murid dalam memahami konsep asas sifir enam ini dikesan melalui
pencapaian murid dalam skor kuiz dan pemerhatian terhadap latihan murid.Hasil
temu bual bersama guru juga mendapati murid menghadapi masalah dalam sifir
enam kerana sifir enam sukar diingat dan melibatkan nombor penilai yang lebih
besar. Oleh yang demikian, penyelidik memfokuskan kajian ini dengan
memperkenalkan cara baru dalam membantu murid tahun tiga iaitu menggunakan
‘bekas telur’ sebagai bahan manipulatif untuk memahami sifir enam. Penggunaan
bahan manipulatif adalah untuk memanipulasi alatan untuk mengira, menyenggara
alatan mengikut situasi masalah dalam matametik, menggalakkan murid untuk
menjadi lebih kreatif, memudahkan murid menyelesaikan permasalahan dalam
matematik dan merangsang pengetahuan sedia ada murid.
Menurut Lai (2007) menyatakan bahawa penggunaan bahan konkrit atau
penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran matematik sebagai perwakilan atau
model yang sesuai untuk membantu murid dalam menterjemahkan masalah dalam
bentuk matematik. Gan (2007) turut menyatakan bahawa penggunaan bahan
manipulatif merupakan pendekatan major dalam penerokaan untuk memudahkan
murid-murid membaiki diri dalam menguasai asas keempat-empat operasi (tambah,
tolak, darab dan bahagi). Hasil kajian Gan dan Lai (2007) ini dapat disimpulkan
bahawa penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) merupakan bahan yang sesuai
untuk membantu murid tahun tiga dalam memahami sifir enam.

126 
 
Jennie Lementan Luwat & Mohd. Johan Jusoh

 
Kesimpulannya, murid dapat memupuk minat untuk memahami konsep asas
sifir enam dan dapat meningkatkan keupayaan pemikiran kritis mereka. Penggunaan
bahan manipulatif juga mudah digunakan dan dapat membantu murid yang lemah
dalam memahami konsep asas sifir enam ini. Kepentingan penggunaan bahan
manipulatif ini dapat memberikan pengalaman aktif kepada murid untuk meneroka,
menguasai dan memahami konsep sebenar sifir enam dengan lebih teliti.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya, objektif kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut :

(i) Mengkaji keberkesanan penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) dalam


membantu murid tahun tiga memahami sifir enam.

PERSOALAN KAJIAN:

Untuk mencapai objektif ini, kajian ini perlu menjawab soalan kajian dalam kajian
ini seperti berikut :

(i) Adakah penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) berkesan dalam


membantu murid tahun tiga memahami sifir enam?

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk kajian ini adalah terdiri daripada murid Tahun tiga
(sembilan tahun) di sebuah sekolah di Miri. Pemilihan murid tahun tiga sebagai
peserta kajian kerana murid ini menghadapi masalah dalam memahami konsep
sebenar sifir enam. Topik sifir enam juga merupakan kesinambungan sifir yang
dipelajari oleh murid pada tahun ini. Dengan pengenalan cara baru dalam memahami
sifir enam dapat mengukuhkan kefahaman murid. Berdasarkan ujian diagnostik yang
telah dijalankan, murid yang dipilih untuk kajian ini mempunyai tahap pencapaian
yang lemah dalam matematik. Dengan ini, lima orang peserta yang dipilih sebagai
peserta kajian yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan dua orang lelaki.

127 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)
 

PROSEDUR TINDAKAN
PERANCANGAN

- Pemerhatian
- Temu bual PELAKSANAAN
( Kenal pasti masalah)
KITARAN
-Ujian Diagnostik
KE- 2
(Pilih Peserta)
- Ujian Pra
- Kenalkan Cara
Baru (Bahan
REFLEKSI
Manipulatif
- Murid masih - Ujian Pasca (I)
kurang mahir dan
keliru dalam
PEMERHATIAN
menggunakan
bahan manipulatif -Memerhati peserta dalam
(skor pencapaian) penggunaan bahan
manipulatif

Rajah 1: Rangka Konseptual Kajian

Dalam Rajah 1 ini merupakan rangka konseptual kajian di mana ia


berdasarkan model Kurt –Lewin. Penyelidik telah menggunakan dua kitaran dalam
menjalankan kajian ini. Dengan ini, penyelidik menjalankan ujian pra dan ujian
pasca, pemerhatian tidak berstruktur dan temu bual tidak berstruktur dalam mengkaji
keberkesanan penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) untuk membantu murid
dalam memahami sifir enam.
a) Langkah pertama, penyelidik memberikan ujian diagnostik sifir enam kepada
murid. Ujian ini bertujuan untuk memilih peserta bagi kajian ini.
b) Langkah kedua, selepas ujian pra dijalankan, penyelidik memperkenalkan cara
baru iaitu menggunakan bahan manipulatif ( bekas telur) dalam membantu murid
dalam memahami sifir enam.
Pelaksanaan kaedah ini adalah seperti berikut :
Bekas telur

Bekas Telur

1. Penyelidik memperkenalkan ‘bekas telur’ kepada peserta kajian.

2. Penyelidik meletakkan 6 biji buah pada petak pertama dalam bekas6 biji buah 


telur yang
mewakili ( 1 x 6 = 6).
3. Penyelidik membuat demonstrasi dan menerangkan kepada peserta bahawa
satu petak mewakili 6 biji buah.

6 biji buah 
128 
 
Jennie Lementan Luwat & Mohd. Johan Jusoh

4. Penyelidik meletakkan 6 biji buah yang lain ke dalam petak kedua dalam
bekas telur. Dalam bekas telur sekarang, terdapat dua belas biji buah di
mana terdapat dua petak diwakili enam biji buah setiap satu petak. Penyelidik
membuat penerangan dengan lebih mendalam mengenai penguasaan sifir
enam menggunakan bahan ini.
5. Penyelidik akan membuat penerangan dan demostrasi sehingga dua belas
petak dengan menggunakan enam biji buah.

c) Langkah keempat, penyelidik menjalankan ujian pasca (I) untuk menguji


kebolehan peserta kajian dalam menggunakan bahan manipulatif ini untuk
memahami dan mengingati sifir enam. Ujian Pasca (II) diberikan kepada peserta
kajian pada kitaran kedua untuk mengukuhkan asas kefahaman peserta kajian dalam
menggunakan kaedah ini.

CARA PENGUMPULAN DATA

Data yang dikumpul menggunakan tiga jenis instrumen dalam kajian ini

seperti berikut :

a) Ujian Pra dan Ujian Pasca


Ujian Pra dan Ujian Pasca mengandungi dua belas soalan. Ujian Pra ditadbir
sebelum tindakan dilaksanakan. Peserta mengambil ujian ini pada waktu
kelas matematik. Ujian Pasca ditadbirkan selepas tindakan dilaksanakan.
Ujian Pra dan Ujian Pasca dikumpul dengan mendapatkan keputusan untuk
mengumpulkan maklumat peserta bertujuan untuk menilai keberkesanan
penggunaan bekas telur dalam membantu murid untuk memahami sifir enam.

b) Pemerhatian

Pemerhatian tidak berstruktur telah digunakan untuk menilai keberkesanan


penggunaan bekas telur dalam membantu murid untuk memahami sifir enam.
Penyelidik mencatat pemerhatian yang dilakukan dalam nota lapangan untuk
memudahkan penyelidik membuat rumusan bagi isi penting yang ada dalam
pemerhatian yang telah dilakukan.

c) Temu bual

Dalam kajian ini, penyelidik telah menemu bual tiga orang guru untuk
memberikan pendapat terhadap penggunaan bekas telur dalam membantu
murid untuk memahami sifir enam. Temu bual ini dilaksanakan pada sesi
waktu rehat. Contoh soalan temu bual adalah seperti berikut :
i) Apakah masalah operasi yang paling sukar dipelajari oleh murid?
ii) Apa pendapat tuan/puan mengenai penggunaan ‘bekas telur’ sebagai
bahan manipulatif dapat membantu murid dalam memahami sifir enam?  
 
CARA MENGANALISIS DATA

Data kajian telah dianalisis seperti berikut :

129 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)
 

a) Ujian Pra dan Ujian Pasca

Data Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah dalam bentuk statistik desktiptif dengan
menggunakan peratusan. Setiap satu soalan akan dianalisis dengan untuk
mendapatkan nilai peratusan bagi setiap soalan. Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
telah dicatatkan dalam bentuk jadual dan dibanding bezakan dalam bentuk graf.

a
FORMULA : × 100%
12
*a = jumlah soalan yang betul bagi 12 soalan yang disediakan

b) Pemerhatian

Pemerhatian dianalisis dengan kaedah merumuskan isi penting dalam aspek yang
diperhatikan. Setiap aspek yang diperhatikan akan direkod pada nota lapangan.
Berpandukan isi penting yang dicatat, penyelidik membuat rumusan berkaitan
dengan penilaian penggunaan bahan manipulatif dalam membantu murid untuk
memahami sifir enam.

c) Temu bual

Data temu bual dianalisis melalui analisis kandungan maklum balas yang diterima.
Penyelidik mencatat kandungan maklum balas positif atau maklum balas negatif
yang diberikan oleh guru dalam bentuk jadual.

DAPATAN KAJIAN

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra dan Ujian Pasca telah ditadbir kepada peserta untuk menilai keberkesanaan
penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) dalam membantu murid untuk
mrmahami sifir enam. Jika terdapat peningkatan dalam skor pencapaian dalam ujian
pasca (II) berbanding dengan ujian pra maka tindakan yang dilaksanakan dalam
kajian ini telah menunjukkan keberkesanannya.
Berikut ialah analisis skor pencapaian ujian pra dan ujian pasca :

Jadual 1 : Perbandingan Skor Pencapaian Peserta Dalam Peratusan

PESERTA SKOR PENCAPAIAN DALAM PERATUSAN (%)


UJIAN PRA UJIAN PASCA UJIAN PASCA
(I) (II)
P1 33.33 66.67 100
P2 33.33 91.67 91.67
P3 33.33 60 100
P4 25 33.33 91.67
P5 33.33 33.33 100
   

130 
 
Jennie Lementan Luwat & Mohd. Johan Jusoh

Rajah
2:
Perba
nding
an
Skor Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 1 dan Rajah 2 menunjukan perbandingan skor peratusan ujian pra dan
ujian pasca. Pada ujian pra ini dijalankan, setiap peserta lemah dalam memahami dan
menguasai sifir enam dengan hanya memperoleh 25 % dan 33.33%. Namun,
pengenalan kepada kaedah baru iaitu penggunaan bahan manipulatif (bekas telur)
dalam membantu murid tahun tiga untuk memahami sifir enam, penyelidik
mendapati setiap peserta mendapat pencapaian skor peratusan meningkat pada ujian
pasca (I) iaitu P1,P2,P3 dan P4 masing-masing mendapat skor sebanyak 66.67%,
91.67%, 60% dan 33.33%. P5 pula mendapat skor pencapaian yang sama iaitu
33.33%. Pada ujian pasca (II) pula, setiap peserta menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan dalam menggunakan bahan manipulatif (bekas telur) dalam
membantu murid memahami sifir enam. Peserta P1, P3 dan P5 mendapat skor
pencapaian sebanyak 100%. Bagi peserta P2 dan P4 mendapat skor pencapaian
sebanyak 91.67%.
Dapatan kajian ini menunjukkan tindakan yang dilaksanakan oleh penyelidik
telah menepati objektif kajian iaitu penggunaan bahan manipulatif (bekas telur)
berkesan untuk membantu peserta dalam memahami sifir enam.

Analisis Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian ini, penyelidik dapat menilai keberkesanan dalam
penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) untuk membantu murid dalam
memahami sifir enam. Penyelidik mendapati peserta kajian mahir dalam
menggunakan bahan manipulatif untuk memahami konsep asas sifir enam. Peserta
mudah faham akan konsep asas sifir enam dengan bantuan bahan manipulatif ini.
Dengan ini, penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) berkesan digunakan dalam
membantu murid untuk memahami konsep asas sifir enam dan seterusnya menguasai
sifir enam.

Analisis Temu bual


Dapatan temu bual telah menunjukkan guru memberikan maklum balas yang
positif terhadap keberkesanan dalam penggunaan bahan manipulatif (bekas telur)
untuk membantu murid dalam memahami sifir enam.Berikut merupakan contoh
131 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)
 

pandangan yang diberikan oleh guru berdasarkan soalan yang ditanya oleh
penyelidik :
“Ya. Ia boleh membantu murid memahami konsep sifir sebenar”
“ A..Hha..boleh diperkenalkan untuk membantu murid,yala hafal sifir enam”
“Okey..dapat membantu murid dalam kuasai sifir enam”
Dalam pada itu, guru juga mencadangkan bahawa penggunaan kaedah lain juga amat
perlu untuk memudahkan murid untuk memahami dan seterusnya menguasai sifir
enam dengan baik.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Daripada dapatan kajian, penyelidik berpandangan bahawa tindakan yang


dilaksanakan dalam kajian ini iaitu keberkesanan dalam penggunaan bahan
manipulatif (bekas telur) untuk membantu murid dalam memahami sifir enam dan
seterusnya menguasai sifir enam.
Dalam jadual 1 dan rajah 2 menunjukkan skor peratusan ujian pra dan ujian
pasca. Peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam memahami sifir
enam dengan menggunakan bahan manipulatif (bekas telur). Peningkatan skor ini
memberikan kesan bahawa murid lebih cenderung menggunakan bahan manipulatif
dalam memahami sesuatu konsep asas sifir enam. Pemahaman konsep asas sifir
enam ini dapat membantu murid dalam mengaplikasikan kemahiran sifir ini untuk
menyelesaikan masalah pendaraban. Namun demikian, penyelidik mendapati peserta
P2 mendapat skor pencapaian pada ujian pasca (I) dan ujian pasca (II) kekal sama
adalah disebabkan kecuaian yang dilakukan dalam pengiraan. Bagi Peserta P5 pula,
mendapat pencapaian skor yang sama pada ujian pra dan ujian pasca (I) disebabkan
oleh peserta ini belum mahir sepenuhnya dan keliru dalam menggunakan bahan ini .
Melalui dapatan ini, penyelidik mendapati bahawa murid lebih seronok dan
mudah untuk memahami seterusnya menguasai sifir enam dengan baik kerana
mempunyai pengalaman yang aktif dalam memahami konsep asas. Ini selaras dengan
Faddreen (2006) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid menguasai sifir asas. Ini
disokong oleh kajian Mario (2006) juga menyatakan pengubahsuai cara atau strategi
baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat memberikan
keseronokan kepada murid untuk menguasai sifir asas darab.Hasil dapatan kajian
melalui pemerhatian dan temu bual juga mendapati murid dapat menguasai sifir
enam dengan baik kerana pemahaman mereka dalam konsep asas sifir enam ternyata
lebih jelas.
Kesimpulannya, penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) berkesan dan
dapat membantu murid dalam memahami dan seterusnya menguasai sifir enam.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dapatan kajian daripada ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian dan temu
bual hanya terbatas kepada kumpulan peserta yang dikaji iaitu hanya melibatkan lima
orang peserta murid tahun tiga menjadi peserta kajian. Dengan ini,penyelidik
berpendapat bahawa kajian ini boleh dijalankan ke atas jumlah murid yang besar
untuk membantu lebih ramai lagi murid terutama murid yang lemah supaya mereka
dapat menggunakan bahan manipulatif ini dalam memahami konsep asas sifir.
Tempoh pelaksanaan kajian ini juga boleh dilanjutkan untuk memberi peluang
132 
 
Jennie Lementan Luwat & Mohd. Johan Jusoh

 
kepada murid lain dalam menggunakan bekas telur dalam memahami konsep asas
sifir. Pada kitaran kedua, penyelidik juga beranggapan jika mempunyai lebih masa,
penyelidik akan memberikan soalan yang berbentuk dua digit dengan satu digit untuk
melihat keberkesanan murid dalam mengaplikasikan konsep asas sifir enam dalam
menyelesaikan masalah pendaraban. Penggunaan bahan manipulatif ini juga boleh
digunakan dalam kelas pemulihan untuk membantu murid yang lemah dalam
memahami konsep asas sifir. Hasil dapatan kajian, penyelidik mendapati pencapaian
skor peratusan meningkat dengan memberangsangkan dengan adanya penggunaan
bahan manipulatif yang mudah digunakan, ringan dan dapat digunakan untuk sifir
asas yang lain iaitu bermula daripada sifir enam sehingga sifir dua belas dalam
memudahkan murid untuk memahami konsep asas sifir. Murid lebih mudah faham
konsep asas dan seronok dalam menggunakan bekas telur dalam membuat Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dalam membuat
keputusan dan penyelesaian masalah. Dengan ini, permasalahan dalam memahami
konsep asas sifir dapat diatasi dengan adanya pengenalan kaedah ataupun cara baru
yang berkesan dalam membantu murid dalam memahami sifir .

RUMUSAN

Hasil daripada analisis kajian, penyelidik mendapati kajian ini menepati


objektif kajian dan hasilnya menunjukkan kesan positif untuk murid memahami
konsep asas sifir enam berdasarkan skor pencapaian peserta kajian dalam ujian pra
dan ujian pasca. Penggunaan bahan manipulatif (bekas telur) dapat memberikan
pengalaman aktif dan menyeronokan dalam memahami konsep asas sifir enam.
Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk sifir asas yang lain untuk membantu murid
dalam mahir menyelesaikan masalah pendaraban.

RUJUKAN
Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Darab dengan Kaedah Mudah Sifir.Prosiding
Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006 Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Integrated Curriculum For Primary School Curriculum Specification Year 5. (2006). Curriculum
Development Centre : Ministry of Education Malaysia.
Gan Teck Hock. (2007). Mastering Basic Facts of Addition and Subtraction through “Finger
Arithmetic”. Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBL. Institut Perguruan Batu Lintang.
Juliana Binti Sepawie.(2005). “ Enda Nemu Sifir, Cikgu!’’ dalam Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan 2005. Maktab Perguruan Batu Lintang
Lai Kim Leong. (2007). Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah Dengan Menggunakan
Strategi Melukis Gambar Rajah. Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBL. Institut Perguruan Batu
Lintang.
Laporan Kajian Mengenai Pembelajaran dan Penguasaan Fakta-fakta Asas Matematik Murid Tahap
I Sekolah Rendah 1994. Jemaah Nazir Institusi Pendidikan . Kuala Lumpur
Mario Ganny Michael. (2006). Meningkat Kemahiran Mencongak Fakta Asas Darab Di Kalangan
Murid-murid Sk. Beladin Melalui Pendekatan Permainan Domino dalam Prosiding Seminar
Kajian Penyelidikan 2006. Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Stanley Gawing Jawang.(2007). Masalah Penguasaan Fakta Asas Darab Di Dua Buah Sekolah
Rendah Dalam Bahagian Sarikei dalam Jurnal IPERA Edisi Khas Jilid 18 Mei 2007: Percetakan
Nasional Malaysia Berhad.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1jl210587@yahoo.com, 2johanjusoh@yahoo.com

133 
 
PENGGUNAAN JARI JEMARI UNTUK MEMUDAHKAN
MURID-MURID TAHUN 4 MENGHAFAL SIFIR 9

ISKANDAR SHAH IBRAHIM1


ASBULLAH BASRI2

ABSTRAK
Matematik ialah satu matapelajaran yang memerlukan murid-murid menguasai
kemahiran mengira dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat melalui proses pengajaran dan
pembelajaran, didapati murid kebanyakan lemah dalam menguasai operasi
mendarab terutamanya yang melibatkan sifir 9. Sehubungan dengan itu,
pengkaji mendapati amat perlu kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan
untuk meningkatkan daya ingatan murid dalam menghafal sifir 9 bagi murid-
murid Tahun 4 dengan menggunakan kaedah jari jemari yang disertakan
dengan latih tubi. Peserta kajian adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 4
seramai 10 orang. Kajian ini melibatkan ujian pra, ujian pasca, latih tubi dan
soal selidik. Pelaksanaan tindakan adalah dengan memperkenalkan
penggunaan jari jemari selama seminggu dalam satu sesi pengajaran (60 minit)
bagi satu pengajaran. Dapatan kajian telah mendapati tindakan yang
dilaksanakan telah dapat membantu meningkatkan daya ingatan peserta dalam
menghafal sifir 9 di mana ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan
sebanyak 100%. Dapatan daripada soal selidik juga menunjukkan
maklumbalas positif daripada peserta dimana semua peserta yang terlibat
bersetuju dengan tindakan pengkaji. Secara keseluruhan, pengkaji amat
berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan berdasarkan dapatan kajian.
Walaubagaimanapun, penambahbaikan perlu dilakukan untuk meningkatkan
kemahiran murid bagi memantapkan lagi kajian ini.
.
ABSTRACT
Mathematics is a subject that requires pupils to master skills in the basic
operation of counting, addition, subtraction, multiplication and division. Based
on the survey carried out during the teaching and learning process, the pupils
were identified to have difficulty in multiplication, especially in mastering the
multiplication facts of 9. In line with that, researcher discovered that the
implementation of fingers arithmetic method is applicable to improved the
pupils’ memorization in multiplication facts of 9 among Year 4 pupils. Study
participants consisted of 10 pupils of Year 4. The study involved pre-test, post-
test, exercises and questionnaire. The implementation of action is to promote
the use of fingers for a week in a teaching session (60 minutes) for a
lesson. The finding of this study was that the action has been implemented to
help improve memory in participants to memorize the nine tables in the pre
and post tests showed an increase of 100%. The findings of the survey showed
positive feedback from the participants when all participants involved agree
with the procedure taken. Overall, the researcher is very satisfied with the
actions carried out based on the findings. However, improvements need to be
done to improve pupils' skills to enhance their study in multiplication facts of 9.
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

PENDAHULUAN

Matematik adalah satu matapelajaran teras. Penguasaan matapelajaran ini


perlu bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Ini kerana, pada peringkat ini, murid
perlu diperkukuhkan dengan kemahiran konsep asas tambah, tolak, darab dan bahagi.
Masalah utama dalam matapelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah ialah
kelemahan dalam menguasai konsep asas kemahiran mendarab. Dalam kajian ini,
pengkaji mendapati bahawa murid-murid sangat lemah dalam menghafal sifir
terutamanya sifir 9. Faktor inilah yang menyebabkan murid-murid tidak dapat
menyelesaikan massalah yang berkaitan operasi mendarab terutamanya menggunakan
sifir 9.Pengkaji berusaha untuk meneruskan kajiannya dalam penggunaan kaedah jari
jemari untuk memastikan murid-murid tidak ketinggalan jauh kebelakang dalam
penggunaan sifir 9. Pelbagai kaedah telah digunakan dan pengkaji tertarik dengan
penggunaan jari jemari kerana ianya mudah dipelajari dan difahami oleh murid-murid
terutamanya yang lemah dalam sifir 9. Pengkaji membantu murid-murid yang telah
dipilih sebagai peserta untuk bersama-sama belajar dan menghayati penggunaan jari
jemari sebagai suatu yang kreatif dalam menghafal sifir 9. Pengkaji berharap masalah
murid-murid dalam menghafal sifir 9 dapat diatasi dengan adanya kaedah yang kreatif
ini dan usaha semua murid untuk memberi lebih perhatian dalam belajar
menggunakan kaedah jari jemari ini.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa murid-murid begitu


lambat menjawab soalan yang melibatkan operasi darab terutamanya sifir 9. Keadaan
ini disebabkan oleh murid-murid tidak menghafal sifir 9. Selain itu juga, murid-murid
sangat lemah dalam asas mendarab. Masalah ini semakin menular di semua sekolah
dan menjadi masalah utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
operasi darab sifir 9. Teknik mengingat semula sifir dan menulis pada kertas sebelum
menjawab yang diamalkan oleh murid-murid akan mengambil masa yang panjang.
Akibatnya, murid akan kesuntukan masa dan menyebabkan murid gagal menjawab
soalan tersebut. Situasi sebegini menjadikan murid putus asa dan menganggap
Matematik satu matapelajaran yang sukar dan mereka tidak berminat untuk belajar.
Masalah ini merupakan satu masalah yang kritikal kerana setiap murid harus
menghafal sifir 9 untuk memudahkan mereka menjawab soalan-soalan Matematik.
Melalui kajian yang dibuat, pengkaji berusaha untuk memperkenalkan satu
teknik yang menggunakan jari jemari untuk memudahkan murid-murid menghafal
sifir 9. Teknik jari jemari ini memang sesuai untuk murid yang mempunyai masalah
dalam menghafal sifir 9 kerana ianya ringkas dan tidak melibatkan murid-murid
mengingat nombor yang banyak. Teknik ini memberi peluang dan memudahkan
murid-murid untuk lebih bersemangat dalam menghafal sifir 9. Teknik ini merupakan
salah satu idea atau kreativiti penyelidik di dalam usaha membantu murid-murid
untuk menguasai sifir 9. Menurut Ainon Mohd. (1999), pemikiran kreatif merupakan
satu ideologi yang berkesan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi
dengan tenang dan mengekalkan sikap positif di dalam jiwa kita. Pemikiran kreatif
adalah satu teknik berfikir yang dicipta oleh pakar-pakar merupakan teknik yang
diada-adakan dan bukanlah teknik yang semulajadi. Setelah mengamalkan
penggunakan teknik pemikiran kretif, lama kelamaaan teknik ini menjadi ilmiah.
Pendek kata, pemikiran kreatif merupakan satu teknik yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah dengan penciptaan idea-idea baru yang kreatif lagi berkesan.

134
Iskandar Shah Ibrahim & Asbullah Basri

Dengan pelaksanaan aktiviti atau teknik ini, maka, ia diharapkan akan dapat
membantu menyelesaikan masalah menghafal sifir 9 disamping menjadikan murid-
murid berminat untuk belajar Matematik.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut:


a) Mengenalpasti mengapa murid-murid tidak hafal sifir 9.
b) Menghurai keberkesanan teknik jari jemari yang telah digunakan untuk
membantu murid-murid menghafal sifir 9.
c) Menilai keberkesanan penggunaan latih tubi dalam teknik jari jemari
untuk memudahkan lagi murid menghafal sifir 9.
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
a) Apakah masalah yang dihadapi oleh murid-murid untuk menghafal
sifir 9?
b) Adakah teknik jari jemari dapat mengubah murid-murid dalam
menghafal sifir 9?
c) Adakah penggunaan latih tubi dapat menjadikan murid-murid lebih
lagi menghafal sifir 9?

KUMPULAN SASARAN

Antara kriteria-kriteria yang dipilih untuk kumpulan sasaran adalah berdasarkan :


a) Sepuluh murid yang terdiri daripada lima murid lelaki dan lima murid
perempuan.
b) Peserta merupakan murid tahun 4 Fatanah yang berumur 10 tahun.
c) Tahap pencapaian peserta ialah dalam kategori sederhana dan lemah.
d) Peserta ini mempunyai minat dalam Matematik dan sentiasa menumpukan
perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

PROSEDUR TINDAKAN

Tindakan yang dilaksanankan adalah melalui sesi pengajaran dan


pembelajaran di dalam dan luar kelas dalam jangka masa dua minggu untuk dua masa
pengajaran dan pembelajaran (60 minit).
Langkah pertama ialah memberikan ujian pra kepada semua murid Tahun 4
Fatanah. Ujian pra ini diberikan untuk melihat sejauh mana kemampuan murid-murid
dalam menghafal sifir 9 disamping memilih peserta untuk melaksanakan kajian.
Peserta yang dipilih ialah seramai 10 orang iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan.
Langkah kedua ialah melaksanakan penggunaan jari jemari untuk menghafal
sifir 9. Pelaksanaan ini mengambil masa selama 60 minit waktu pengajaran dan
pembelajaran.
Di dalam pelaksanaan ini, pengkaji akan menerangkan kaedah jari jemari ini
untuk menghafal sifir 9.
a) Murid akan meletakkan tangan ke atas meja dan melabelkan jari mereka dari 1 –
10.

135
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

b) Untuk menyelesaikan masalah 1x9, murid akan menggunakan kaedah jari seperti
di bawah:

Jari akan dikira bermula


daripada jari yang tidak
dilipat. Ini bermaksud 1x9
bersamaan dengan 9.

c) Seterusnya, untuk mencari hasil darab 5x9, murid masih boleh menggunakan
kaedah ini.

Empat jari pertama bernilai


puluh dan lima jari nilai sa.
Ini bermaksud 45. Ini
menjawab persoalan
5x9=45.

d) Kaedah ini boleh digunakan untuk menjawab sifir 9.

Langkah seterusnya, pengkaji akan memberikan ujian pasca. Ujian pasca


merupakan ulangan daripada ujian pra kerana semua soalan adalah sama. Peserta
dikehendaki menjawab semua soalan dengan mengaplikasikan kaedah yang telah
dipelajari.
Pada pusingan kedua. Pengkaji akan memberikan latih tubi yang berbentuk
ujian dan peserta dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 30 minit.
Soalan latih tubi ini mempunyai 5 soalan dan peserta dikehendaki menjawab semua
soalan dengan menggunakan kaedah yang telah dipelajari.

CARA PENGUMPULAN DATA

Soalan ujian pra dan ujian pasca

Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Bagi
ujian pra, 20 soalan mengenai tajuk yang dikaji dikemukakan untuk dijawab oleh
peserta. Ujian pasca merupakan ujian yang sama tetapi peserta perlu menjawab
menggunakan kaedah jari jemari yang telah diajar.

Selepas selesai menjawab ujian pasca, kesemua 10 orang peserta dikehendaki


menandakan borang soal selidik. Borang ini mempunyai 6 item yang perlu
memerlukan jawapan Ya atau Tidak.

136
Iskandar Shah Ibrahim & Asbullah Basri

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra
Ujian pra dibuat untuk melihat sejauh mana murid menguasai sifir 9. Pengkaji
memberikan ujian pra ini bertujuan untuk memilih peserta untuk menjalankan kajian
tindakan berkaitan kaedah jari jemari untuk menghafal sifir 9. Ujian pra ini
merangkumi keseluruhan ujian untuk pemilihan peserta mengikut kesesuaian
kebolehan peserta. Ujian pra ini ditadbirkan pada masa proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Ujian pra ini mempunyai 20 soalan yang berkaitan dengan
sifir 9. Soalan-soalan ini dibuat untuk melihat sejauh mana murid-murid dapat
menghafal sifir 9. Ujian pra dianalisis dalam bentuk peratus (%).

Ujian Pasca
Ujian pasca ini adalah salah satu instrumen yang digunakan untuk mengkaji
dan menilai tahap kemampuan peserta dalam menghafal sifi 9. Ujian pasca dibuat
selepas pelaksanaan kaedah jari jemari untuk menghafal sifir 9. Pelaksanaan
dilakukan pada waktu pengajaran dan pembelajaran dan ujian pasca diberi selepas
sehari pelaksanaan dilakukan. Ujian pasca merupakan ulangan ujian pra dan soalan-
soalan ini sepenuhnya sama seperti ujian pra. Ujian pasca dibuat untuk menilai
keberkesanan penggunaan kaedah jari jemari untuk menghafal sifir 9. Ujian pasca
akan dianalisis dan dihuraikan dalam bentuk peratus. (%).

Latih Tubi
Latih tubi digunakan untuk menguji kecerdasan peserta dalam menghafal sifir
9 menggunakan kaedah jari jemari. Latih tubi ini diberi pada pusingan kedua kajian
tindakan untuk melihat dengan lebih lagi keberkesanan kajian yang dilakukan oleh
pengkaji. Soalan-soalan latih tubi ini merupakan soalan yang berkaitan dengan sifir 9.
Terdapat lima soalan di dalam latih tubi ini. Keputusan daripada latih tubi ini akan
dianalisis dalam bentuk peratus. (%). Berikut merupakan contoh soalan latih tubi yang
diberikan kepada peserta.\

Soal Selidik
Soal selidik merupakan sejenis borang yang perlu diisi untuk menilai
kesesuaian kaedah jari jemari untuk menghafal sifir 9. Soal selidik ini akan diberikan
kepada peserta dan peserta akan mengisi borang tersebut mengikut keikhlasan dan
pemahan peserta masing-masing. Soal selidik digunakan untuk mendapat persepsi
peserta kajian terhadap keberkesanan kaedah jari jemari untuk menghafal sifir 9. Soal
selidik ini mengandungi 6 item. Soal Selidik dianalisis dalam bentuk peratus (%).

137
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa :

Pusingan Pertama

Jadual 1 : Peningkatan Peratusan Peserta Selepas Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bil Peserta Jantina Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Perbezaan (%)
1 A L 33.3 % 100% 66.7 %
2 B P 41.6 % 100% 58.4 %
3 C L 41.6 % 100% 58.4 %
4 D P 66.7 % 100% 33.3 %
5 E L 58.3 % 100% 41.7 %
6 F L 29.2 % 100% 70.8 %
7 G P 29.2 % 100% 70.8 %
8 H P 10 % 95% 85 %
9 I L 58.3 % 100% 41.7 %
10 J P 58.3 % 100% 41.7 %

Rajah 1 : Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta yang paling lemah di dalam ujian pra menunjukkan peningkatan yang
begitu cemerlang kerana daripada 10% permakahan yang diperoleh, beliau dapat
meningkatkan peratusannya di dalam ujian pasca iaitu sebanyak 85%. Peserta ini
memperoleh peratusan tertinggi di dalam peningkatan kedua-dua ujian kerana beliau
telah mendapat 95% kelulusan untuk ujian pasca.
Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa setiap peserta menunjukkan
peningkatan yang mendadak di dalam ujian pasca. Kesemua peserta memberikan
peningkatan di dalam ujian pasca walaupun pada asalnya ujian pra menunjukkan
peratusan yang kurang memuaskan. Kaedah jari jemari ini begitu berkesan dalam
menjadikan seoranh individu dapat menguasai dan menghafal sifir 9.

138
Iskandar Shah Ibrahim & Asbullah Basri

Pusingan kedua

Jadual 2 : Pencapaian Murid-Murid Tahun 4 Fatanah Dalam Ujian Latih Tubi

Bil Peserta Jantina Markah Peratus (%)


1 A L 4/5 80%
2 B P 4/5 80%
3 C L 5/5 100%
4 D P 5/5 100%
5 E L 5/5 100%
6 F L 5/5 100%
7 G P 5/5 100%
8 H P 5/5 100%
9 I L 5/5 100%
10 J P 5/5 100%

Rajah 2 : Peratusan di dalam Latih Tubi

Berdasarkan jadual dan rajah di atas, peratusan kelulusan latih tubi


menampakkan hasil yang sangat cemerlag. Kesemua peserta memberikan peratusan
diatas 80% dan 8 daripada peserta lulus 100% dalam latih tubi. Ini menunjukkan
bahawa kaedah jari jemari memang sesuai untuk menghafal sifir 9 dengan pantas dan
mudah. Semua peserta menunjukkan tanda yang positif dalam menghafal sifir 9.

139
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

Jadual 2 : Analisis Soal Selidik

Bil. Item Ya Tidak


BIL % BIL %
1 Saya telah menguasai sifir 9 10 100 - 0

2 Saya dapat menjawab soalan congak 8 80 2 20


dengan pantas

3 Saya rasa lebih yakin untuk menjawab 10 100 -


soalan berkaitan dengan sifir 9

4 Saya rasa kaedah ini mudah untuk 9 90 1 10


dipelajari dan difahami

5 Sekarang saya suka belajar Matematik 9 90 1 10

6 Saya akan menggunakan kaedah ini di 10 100 - 0


masa akan dating

JUMLAH BESAR 10

Dalam jadual 5, data telah menunjukkan sebanyak 100% talah menyatakan


mereka telah menguasai dan menghafal sifir 9 selepas menggunakan kaedah jari
jemari. Hanya 80% menyatakan bahawa mereka dapat menjawab soalan congak
dengan pantas manakala 20% masih kurang kepantasan dalam menjawab soalan
congak. Semua peserta menyatakan bahawa mereka merasa lebih yakin untuk
menjawab soalan yang berkaitan dengan sifir 9. Selain itu, peserta juga bersetuju
bahawa mereka akan menggunakan kaedah ini di masa akan datang. Namun egitu,
terdapat dua peserta yang tidak ersetuju bahawa kaedah ini mudah untuk dipelajari
dan difahami. Begitu juga dengan minat untuk belajar Matematik. Seorang peserta
masih menyatakan bahawa dia masih tidak suka belajar Matematik dan secara
individu, dia masih merasakan Matematik ialah satu matapelajaran yang susah.

Secara keseluruhannya, dapatan daripada data soal selidik telah membuktikan


bahawa peserta berpandangan positif terhadap tindakan yang dilaksanakan oleh
pengkaji. Ternyata kaedah penggunaan jari jemari dapat membantu peserta untuk
menghafal sifir 9 dan menguasai kemahiran mendarab sifir 9.

140
Iskandar Shah Ibrahim & Asbullah Basri

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Daripada dapatan kajian, pengkaji berpandangan bahawa tindakan yang


dilaksanakan dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan kemahiran dan penghafalan
sifir 9 melalui penglibatan murid. peningkatan yang diperolehi daripada ujian pra dan
pasca adalah tinggi. Selain itu juga berdasarkan latih tubi yang berunsurkan
ujian,peserta dapat memberikan hasil yang begitu baik kerana secara keseluruhannya
semua peserta mencapai peratusan meksimum iaitu 100%.
Pengkaji mendapati bahawa soalan yang diberikan kepada peserta begitu
sesuai kerana ia melibatkan operasi darab dan sifir 9. Malahan juga, teknik yang
digunakan dan dilaksanakan lebih kepada menghafal sifir iaitu penggunaan jari jemari.
Oleh itu, soalan untuk ujian pra dan pasca memang sesuai dengan kajian yang
dijalankan. Begitu juga dengan latih tubi yang diberikan kerna bentuk soalan sesuai
dengan permasalahan yang dikaji dan kaedah yang digunakan sesuai dan mudah
untuk peserta mencari jawapan.
Secara kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa hasil dapatan kajian
memberikan sesuatu yang positif kerana penggunaan jari jemari dalam menghafl sifir
9 memang berkesan dan sesuai untuk peserta menguasai sifi 9 dengan mudah dan
pantas. Dengan ini, pengkaji begitu berpuas hati dengan kajian yang telah dijalankan
melalui kaedah jari jemari ini.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Setelah pengkaji berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dalam masalah


yang dihadapi oleh peserta, pengkaji bergerak terus untuk mencari pula jalan
penyelesaian. Dengan adanya kaedah penggunaan jari jemari dalam menghafal sifir 9,
peserta yang mempunyai masalah ini akan dapat jalan penyelesaian dengan mudah.
Peserta tidak perlu menggunakan apa-apa bahan yang banyak dan melibakan kos
kerana alat yang diperlukan hanyalah tangan dan akal fikiran mereka. Penguasaan
peserta dalam menghafal sifir pada mulanya membuat mereka sangat tertekan kerana
sifir 9 dikatakan begitu susah. Namun begitu, dengan adanya kaedah penggunaan jari
jemari ini, peserta dapat menghafal sifir 9 dengan mudah kerana kaedah ini sangat
mudah untuk difahami dan dikuasai. Peserta dapat meningkatkan daya ingatan mereka
dalam sifir 9 dan dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan sifir 9.

RUMUSAN

Manusia dilahirkan di dunia ini dalam keadaan yang tidak sempurna


pemikiran mereka melainkan Allah swt yang Maha berkuasa. Namun, Allah telah
memberikan akal fikiran kepada kita untuk berfikir. Keistimewaan ini digunakan
dengan sebaik mungkin untuk mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang
dihadapi. Pengkaji berharap agar kajian yang telah dijalankan memberikan manfaat
dan kebaikan kepada peserta khususnya dan kepada diri sendiri amnya. Segala
permasalahan yang dihadapi sepanjang membuat kajian menjadi titik tolak kepada
pengkaji untuk mencari jalan seterusnya dalam memantapkan lagi kaedah jari jemari
dalam menghafal sifir 9.

141
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)

RUJUKAN

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 1996. Seni Berfikir Kreatif, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Rizal bin Jusoh (2005). Maktab Perguruan Perlis, Perlis: Prosiding – Seminar Penyelidikan Pendidikan
Tahun 2005 [Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Smbil
Belajar.], 173-185.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1muizzs13_shah@yahoo.com, 2awas7471@yahoo.com

142
PENGGUNAAN TEKNIK MENAMBAH DARI KIRI DI KALANGAN
MURID TAHUN 3

DOUGLAS DANIEL NYELIPI1


ASBULLAH BASRI2

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid dalam salah sebuah kelas
Tahun 3 di sebuah sekolah di Miri untuk menguasai kemahiran menambah
menggunakan teknik menambah dari kiri. Seramai lima orang murid telah dipilih
sebagai peserta kajian berdasarkan keputusan Ujian Progresif. Ujian Pra telah
digunakan untuk mengenalpasti kesilapan yang sering dilakukan dalam proses
penambahan dan juga untuk melihat tahap peserta kajian dalam operasi tambah.
Ujian Pasca diberikan selepas setiap sesi untuk menilai peningkatan peserta kajian.
Satu temu bual telah dijalankan selepas pengajaran teknik penambahan dari kiri
untuk mengetahui minat murid-murid dalam Matematik dan penguasaan kemahiran
menambah dengan menggunakan teknik ini. Pemerhatian telah dilaksanakan setiap
sesi rawatan untuk melihat sikap dan tingkahlaku peserta. Soal selidik telah
ditadbirkan selepas ujian pasca untuk mengetahui tahap penguasaan teknik
menambah dari kiri oleh murid-murid. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan teknik menambah dari kiri adalah berkesan dalam membantu
meningkatkan pencapaian murid-murid dalam menyelesaikan soalan tambah.

ABSTRACT
This study is about to help pupils in one of the classes in Year 3 in one of the school
in Miri Division to master the addition skill by using adding from the left. Five
participants were chosen from the result of the Progressive Test. Pretest was used
to identify the mistake that made by the participants and also to determine the level
of ability of the participants in addition. Interview was conducted after applying the
technique of adding from the left to know the pupils’ interest in Mathematics and
addition by using this technique. Observation was conducted during each session to
observe their attitude and behavior throughout the session. Questionnaires were
implemented after the post test to know whether the pupils have mastered the
technique of adding from the left. The result of the study showed that the technique
of adding from the left was effective in helping pupils to increase their achievement
in solving the addition question.

PENDAHULUAN

Untuk membantu murid-murid dalam menanam minat terhadap Matematik,


para pengkaji pendidikan banyak membuat kajian terhadap aspek kemahiran dalam
Matematik. Fokus para pengkaji pendidikan Matematik selalu berubah-ubah.
Biasanya, fokus di beri kepada kemahiran-kemahiran yang merupakan masalah besar
kepada pelajar seperti penyelesaian masalah. Memang wajar kajian dijalankan ke
arah ini memandangkan tujuan muktakhir pendidikan matematik adalah untuk
membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas matematik supaya ia dapat
menguasai penyelesaian masalah seharian. Dalam PPK (2005), menyatakan bahawa
Matematik merupakan mata pelajaran teras yang perlu dikuasai oleh para pelajar.
Menurut Reys (2007) dan Kennedy (2000), terdapat empat fakta asas yang perlu
dikuasai oleh murid iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Musser (2006)
juga mengatakan bahawa murid-murid mula belajar keempat-empat operasi semasa
belajar di aras satu di sekolah rendah. Operasi tambah merupakan yang paling mudah

 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)
 

di antara keempat-empat operasi ini. Namun begitu menurut Gan (2005), masih
terdapat segelintir murid belum dapat menguasai kemahiran operasi asas.

FOKUS KAJIAN

Murid sering menghadapi masalah dalam operasi yang melibatkan


penambahan kerana mereka sering melakukan kesilapan dalam langkah penggiraan
dan juga lemah dalam fakta asas tambah. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah
berfokus kepada satu teknik iaitu teknik menambah dari kiri untuk membantu murid
menyelesaikan soalan penambahan. Teknik ini merupakan salah satu daripada teknik
yang digunakan dalam mental aritmetik. Pada kebiasaannya, dalam menyelesaikan
masalah penambahan dalam bentuk lazim murid akan mula mengira dari kanan ke
kiri. Namun dalam teknik ini ianya adalah terbalik iaitu dari kiri ke kanan. Teknik ini
diubahsuai sedikit untuk memenuhi tahap murid yang menerima rawatan supaya
mereka mampu untuk menyelesaikan soalan berkaitan penambahan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan dalam proses penambahan.


2. Menilai keberkesanan teknik menambah dari kiri terhadap pencapaian murid
dalam menambah 2 nombor dalam lingkungan 10 000.
3. Menilai keberkesanan teknik menambah dari kiri dalam menyelesaikan
soalan tambah dalam Matematik.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah kesilapan yang sering dilakukan dalam proses penambahan?


2. Adakah teknik menambah dari kiri berkesan terhadap pencapaian murid
dalam menambah 2 nombor dalam lingkungan 10 000?
3. Adakah teknik menambah dari kiri berkesan dalam menyelesaikan soalan
tambah dalam Matematik?

KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid
Tahun 3 di sebuah sekolah di Miri. Peserta adalah terdiri daripada 3 orang murid
lelaki dan 2 orang murid perempuan. Kesemua peserta adalah berumur sembilan
tahun. Para peserta telah dipilih berdasarkan pencapaian Ujian Progresif yang
dijalankan oleh pihak sekolah dimana 5 orang peserta kajian ini mendapat markah
yang rendah.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model kajian Kurt Lewin sebagai
panduan dalam melaksanakan kajian. Terdapat empat langkah di dalam model Kurt
Lewin iaitu mengenalpasti dan merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan
tindakan, memerhati kesan tindakan dan membuat refleksi. Seterusnya adalah kitaran
kedua dengan menggunakan langkah yang sama untuk memperbaiki kelemahan pada
kitaran yang pertama.

144 
 
Douglas Daniel Nyelipi & Asbullah Basri
 

Mengenalpasti 

Merancang 

Refleksi  Pelaksanaan  

Pemerhatian 

Rajah 1. Model Kajian Kurt Lewin

Rajah di bawah menunjukkan langkah dalam penggiraan menggunakan


teknik menambah dari kiri. Penggiraan dimulakan dari baris yang paling kiri sekali
dan diikuti baris yang seterusnya ke sebelah kanan.

1 32 4
+ 5 98 7
6 00 0
1 00 0
21 0
+ 1 1
7 1 3 1

Rajah 2: Teknik Menambah Dari Kiri

CARA PENGUMPULAN DATA

Kajian ini menggunakan lima kaedah pengumpulan data. Instrumen kajian


yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca, temu bual, pemerhatian, dan soal
selidik. Sebanyak sepuluh soalan mengenai operasi tambah diberikan kepada peserta
kajian dalam Ujian Pra. Tempoh masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah
20 minit. Soalan yang sama diberikan di dalam Ujian Pasca tetapi peserta
dikehendaki menjawab dengan menggunakan teknik penambahan dari kiri. Tempoh
masa yang sama juga diberikan untuk menjawab soalan iaitu selama 20 minit. Ujian
Pasca dijalankan sebanyak dua kali iaitu semasa kitaran yang pertama dan kitaran
yang kedua. Temu bual yang mengandungi 6 soalan digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap penggunaan teknik menambah
dari kiri dalam menyelesaikan soalan penambahan. Pemerhatian telah dibuat
sepanjang sesi rawatan untuk merekodkan sikap dan kelakuan peserta kajian semasa

145 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)
 

menggunakan teknik penambahan dari kiri. Pemerhatian yang dijalankan adalah


berbentuk pemerhatian tidak berstruktur. Selepas selesai menjawab soalan dalam
ujian pasca, kajian instrumen soal selidik telah diberikan kepada peserta kajian untuk
mengetahui sama ada mereka telah mahir menggunakan teknik penambahan dari kiri.
Peserta kajian perlu menandakan borang soal selidik yang mempunyai 6 item yang
memerlukan jawapan Ya atau Tidak.

CARA MENGANALISIS DATA

Keputusan ujian pra dan ujian pasca pertama dan ujian pasca kedua dianalisis
dengan kaedah peratusan. Setiap soalan membawa markah sebanyak 10%. Perbezaan
markah di antara ujian pra dan ujian pasca pertama akan dianalisis. Kemudian,
perbezaan markah ujian pasca pertama dengan ujian pasca kedua akan dianalisis.
Perbezaan markah diantara kedua-dua ujian tersebut adalah untuk menentukan
peningkatan setiap peserta. Kesilapan yang dilakukan semasa Ujian Pra juga
dianalisis dan direkodkan. Terdapat 6 soalan telah diajukan kepada setiap peserta
kajian. Maklum balas yang diberikan oleh setiap peserta akan dinilai sama ada ianya
adalah positif ataupun negatif. Pengkaji akan menilai sikap dan kelakuan peserta
kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Aspek yang
diperhatikan dan dinilai adalah dari segi minat, keyakinan dan kecekapan peserta
kajian dalam menggunakan teknik penambahan dari kiri.
Untuk mengetahui setakat mana penguasaan peserta menguasai teknik
penambahan dari kiri peserta dikehendaki untuk menjawab soalan yang diberikan.
Peserta perlu menjawab soalan soal selidik dengan YA atau TIDAK. Pengiraan tahap
penguasaan peserta menjawab soalan-soalan tersebut adalah seperti berikut:

Jika tahap penguasaan adalah 80% - 100% menunjukkan mereka menguasai


teknik penambahan dari kiri. Jika tahap penguasaan adalah 50% - 79% menunjukkan
mereka menguasai sesetengah daripada teknik penambahan dari kiri. Jika tahap
penguasaan adalah 0% - 49% menunjukkan mereka belum menguasai teknik
penambahan dari kiri.

DAPATAN KAJIAN

Daripada Ujian Pra yang telah dijalankan oleh peserta kajian, semua
kesilapan mereka telah diperhatikan dan direkodkan. Terdapat beberapa kesilapan
utama yang sering dilakukan oleh peserta kajian dalam menyelesaikan soalan tambah
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Yang pertama ialah kesilapan
mengumpul semula iaitu seperti salah menaikkan nombor, lupa menaikkan nombor
dan lupa menambah nombor yang dinaikkan. Kesilapan yang kedua ialah kelalaian
iaitu kesilapan yang disebabkan oleh kecuaian murid dalam langkah mengira.
Kesilapan yang ketiga ialah algoritma cacat iaitu murid beranggapan bahawa
sebarang digit ditambah dengan digit sifar jawapannya adalah sifar.

146 
 
Douglas Daniel Nyelipi & Asbullah Basri
 

Jadual 1: Jenis kesilapan lazim dalam operasi tambah

Bil. Jenis Kesalahan Contoh Kesalahan


2
1 5
Salah menaikkan nombor
+ 1 7
4 1

1 5
Kesilapan mengumpul Lupa menaikkan nombor
1. + 1 7
semula
2 2

1
1 5
Lupa menambah nombor
+ 1 7
yang dinaikkan
2 2

1
1 5
2. Kecuaian dalam langkah penggiraan + 1 7
3 3

1
6 0
Algoritma cacat (sebarang digit ditambah dengan digit
3. + 6 6
sifar jawapannya adalah sifar)
1 2 0

Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 dalam
kitaran pertama kajian. Daripada Jadual 2, didapati bahawa terdapat perbezaan
markah yang telah dicapai oleh hampir kesemua peserta kajian kecuali Peserta B.
Perbezaan tersebut adalah perbezaan yang positif dimana berlaku peningkatan
markah oleh Peserta A, C, D dan E. Bagi Peserta A, peningkatan markah yang
dicapai adalah sebanyak 10%, Peserta C adalah sebanyak 20%, Peserta D adalah
sebanyak 40%, dan Peserta E adalah sebanyak 30%. Manakala Peserta B tiada
berlaku sebarang perubahan.

147 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)
 

Jadual 2: Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 1

Perbezaan
Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pasca 1 (%)
markah (%)
A 10 20 10
B 10 10 0
C 30 50 20
D 40 80 40
E 20 50 30

Jadual 3 menunjukkan perbezaan markah Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2


dalam kitaran kedua kajian. Daripada Jadual 3, didapati bahawa terdapat perbezaan
markah yang telah dicapai oleh kesemua peserta kajian. Perbezaan tersebut adalah
perbezaan yang positif dimana berlaku peningkatan markah oleh kesemua kelima-
lima peserta kajian. Bagi Peserta A, peningkatan markah yang dicapai adalah
sebanyak 40%, Peserta B adalah sebanyak 40%, Peserta C adalah sebanyak 30%,
Peserta D adalah sebanyak 20% , dan Peserta E adalah sebanyak 10%.

Jadual 3: Markah Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Perbezaan
Peserta Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%)
markah (%)
A 20 80 60
B 10 50 40
C 50 80 30
D 80 100 20
E 50 70 20

Daripada temubual didapati bahawa kelima-lima peserta mengatakan bahawa


mereka kurang mahir dalam operasi tambah. Peserta kajian juga menyatakan bahawa
teknik menambah dari kiri adalah mudah untuk difahami dan suka menggunakan
kaedah tersebut serta dapat membantu menyelesaikan soalan melibatkan operasi
tambah. Tiga daripada lima peserta kajian menyatakan bahawa mereka dapat lebih
keyakinan dalam menjawab soalan tambah. Dari segi sikap mereka pula, empat
daripada lima peserta menyatakan bahawa mereka lebih berminat dengan subjek
Matematik setelah mempelajari kaedah tersebut.
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap kelima-
lima peserta kajian, mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam menggunakan
teknik menambah dari kiri untuk menyelesaikan soalan tambah yang diberikan
kepada mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mendapati

148 
 
Douglas Daniel Nyelipi & Asbullah Basri
 

bahawa hampir kesemua peserta kajian berkeyakinan untuk menggunakan teknik ini
untuk menjawab soalan tambah. Hanya seorang sahaja yang masih ragu-ragu untuk
menggunakan teknik ini dan masih menggunakan caranya yang lama. Didapati empat
daripada lima peserta kajian adalah cekap dalam menggunakan teknik ini semasa
menyelesaikan soalan tambah.
Rajah di sebelah menunjukkan data yang dikumpul melalui soal selidik yang
telah dijalankan terhadap peserta kajian. Daripada data yang dikumpul, responden
yang menjawab YA adalah 83.33%. Ini menunjukkan bahawa peserta kajian telah
menguasai teknik menambah dari kiri. Para peserta tidak dapat menguasai
sepenuhnya teknik ini adalah kerana mereka kurang didedahkan untuk
menggunakannya dari awal lagi. Ianya juga disebabkan mereka masih belum
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menggunakan teknik menambah dari kiri.

Jadual 4: Data terkumpul dari Soal Selidik

Jawapan
Item
Ya Tidak
1 5 0
2 5 0
3 4 1
4 3 2
5 4 1
6 4 1
Jumlah 25 5

= x 100%

= 0.8333 x 100%
= 83.33%

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Melalui dapatan kajian, pengkaji telah mengesan beberapa kesilapan yang


sering dilakukan oleh murid semasa mereka menyelesaikan soalan tambah. Dapatan
kajian telah menyenaraikan tiga kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh murid
iaitu pengumpulan semula, kelalaian dan kesilapan sifar.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan teknik menambah dari
kiri adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam menambah 2
nombor dalam lingkungan 10 000. Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan markah
setiap peserta di dalam setiap Ujian Pasca yang telah diberikan.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa penggunaan teknik menambah
dari kiri adalah berkesan dalam menyelesaikan soalan tambah dalam Matematik. Ini
dibutikan melalui hasil analisis temubual dan pemerhatian yang telah dijalankan
menunjukkan setelah menggunakan teknik menambah dari kiri murid lebih berminat

149 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010)
 

dan seronok terhadap matapelajaran Matematik. Mereka lebih yakin menjawab


soalan tambah dengan menggunakan teknik ini.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian selanjutnya,pengkaji boleh membuat kajian seperti:


1. Kajian dijalankan terhadap semua tahun iaitu dari tahun 1 sehingga Tahun 6
kerana kajian ini hanya melibatkan Tahun 3 sahaja.
2. Kajian dijalankan kepada kelompok yang lebih besar lagi iaitu melibatkan
semua murid Tahun 3.
3. Kajian melibatkan 3 nombor kerana kajian ini hanya melibatkan 2 nombor
sahaja.
4. Kajian melibatkan lingkungan hasil tambah yang lebih besar kerana kajian ini
hanya dalam lingkungan hasil tambah 10 000 sahaja.
5. Kajian hendaklah dijalankan dalam jangka masa yang panjang supaya
kesannya terhadap penguasaan dan pencapaian murid lebih meningkat.

RUMUSAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah meyenaraikan tiga kesilapan lazim yang
sering dilakukan oleh murid dalam operasi tambah iaitu kesilapan mengumpul
semula, kecuaian dalam langkah penggiraan dan algoritma cacat. Oleh itu, satu
strategi yang berkesan digunakan untuk memudahkan penguasaan operasi tambah di
kalangan murid. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa teknik menambah dari kiri
adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan
tambah dalam Matematik. Oleh hal yang demikian, diharap kajian ini dapat
membantu para guru untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah bagi menolong murid mereka yang lemah dalam operasi tambah.

RUJUKAN

Gan Teck Hock. (2007). Mastering Basic Facts Of Addition And Substraction Through “Finger
Arithmetic”dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Diterbitkan oleh Institut
Perguruan Batu Lintang: Institut Perguruan Batu Lintang.
Kennedy L.M. and Tipps S. (2000). Guiding Children’s Learning of Mathematics.
Wadsworth/Thomsom Learning. United States of America.
Musser G.L, Burger W.F and Peterson B.E. (2006). Mathematics for elementary teachers: a
contemporary approach. 7th Edition. John Wiley & Sons, Inc. United States of America.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Matematik. Kuala Lumpur.
Reys R.E Lindquist, Lambdin, Smith. (2007). Helping Children Learn Mathematics. 8th Edition. John
Wiley & Sons, Inc. United States of America.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1douglasdaniel_87@yahoo.com, 2awas7471@yahoo.com

150 
 
PENGGUNAAN ‘PLACE VALUE HOUSE’ DAN ‘PLACE VALUE POCKET’
DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI OPERASI
PENOLAKAN SECARA PENGUMPULAN SEMULA

DAYANGKU NURHANIS AWANGKU ARNI1


MOHD JOHAN JUSOH2

ABSTRAK
Operasi penolakan telah diajar sejak dahulu lagi, tetapi murid-murid masih mempunyai
masalah untuk memahami bagaimana operasi tersebut bertindak, terutamanya melibatkan
penolakan secara pengumpulan semula. Kajian ini dibuat untuk menilai keberkesanan
penggunaan ‘Place Value Pocket’ dan ‘Place Value House’, menganalisis jenis item atau
soalan yang paling sukar dihadapi murid dalam melakukan penolakan secara
pengumpulan semula, serta kaedah mana yang paling digemari murid dalam melakukan
dan memahami penolakan secara pengumpulan semula. Para peserta terdiri daripada 11
orang, iaitu 5 orang murid biasa dan 6 orang murid pemulihan. Data dikutip melalui ujian
pra dan ujian pasca, kaedah pemerhatian dan soal selidik. Hasil keputusan yang
dijalankan menunjukkan lebih dari setengah peserta mencapai keputusan yang
memberangsangkan dalam ujian pasca, jka dibandingkan dengan ujian pra. Salah seorang
peserta menunjukkan peningkatan yang ketara dengan mendapat markah penuh dalam
ujian pasca. Keputusan juga menunjukkan peserta menghadapi masalah apabila
penolakan secara pengumpulan semula yang melibatkan sifar di bahagian tengah bentuk
lazim. Secara keseluruhannya, penggunaan ‘Place Value House’ dan ‘Place Value
Pocket’ berpotensi untuk membantu murid dalam memahami penolakan secara
pengumpulan semula.

ABSTRACT
Subtraction has been a part of mathematics since ages ago, yet until now the pupils were
still struggling to understand the way it works, especially involving subtraction with
regrouping. The study examined the effectiveness of using ‘Place Value House’ and
‘Place Value Pocket’, analyse which type of items or questions that pupils face the most
difficulties in doing subtraction with regrouping, and to see which method that most
pupils prefer to do in understanding subtraction with regrouping. The participants
consisted of 11 pupils, five normal academic pupils and six remedial class pupils. The
data for this study was collected using the pre-test and post-test, observation and
questionnaires. The results indicated that more than half of the participants achieved
significantly higher marks in the post-test, if to compare with the pre-test. A participant
shows great improvement by obtaining full marks in the post-test. The results also show
that the participants faced most problems in doing subtraction with regrouping when the
subtraction algorithm involved zero in the middle of the algorithm. Overall, the usage of
‘Place Value House’ and ‘Place Value Pocket’ indeed have the potential to help pupils in
doing and understanding subtraction with regrouping.

PENDAHULUAN

Dalam sebahagian besar kelas-kelas di Malaysia, kebanyakan murid masih lemah


dalam penguasaan kemahiran asas, terutamanya kemahiran yang berkaitan dengan
empat operasi aritmetik, iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

yang terus-menerus menjadi alasan utama bagi prestasi yang kurang memberangsangkan
dalam matematik. Murid dapat memperbaiki kelemahan penguasaan kemahiran asas ini
dengan menyelesaikan masalah pengiraan menggunakan alat bantu mengajar seperti
butang (counter), manipulatif asas sepuluh dan carta nilai tempat (Sherman, Richardson,
& Yard, 2005). Menurut Kirkpatrick (2001), kajian menunjukkan bahawa pengalaman
murid menggunakan model konkrit untuk mewakili ratusan, puluhan dan satuan
berpotensi membantu murid untuk menangani isu-isu nilai tempat dalam operasi
penolakan.
Pengetahuan tentang nilai tempat penting untuk pemahaman tentang operasi
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dan perkembangan selanjutnya
bagi perpuluhan dan peratusan. Pengetahuan yang melibatkan nilai tempat melibatkan
pemahaman mengenai kedudukan sebuah angka satu digit dan nilai pertukaran ketika
bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain. Pemahaman yang kurang tentang
prosedur seperti pengumpulan semula dalam penolakan berasaskan kepada kurangnya
pemahaman nilai tempat.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk melaksanakan penggunaan 'Place Value House'
dan 'Place Value Pocket' dalam membantu murid untuk memahami operasi penolakan
secara pengumpulan semula supaya murid faham mengapa mereka harus melakukan
operasi tersebut dengan betul. Aspek-aspek ini adalah sangat penting dalam
mengenalpasti keperluan mengajar pemahaman yang betul terhadap operasi dan
menumpukan perhatian pada konsep operasi.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Meninjau keberkesanan penggunaan 'Place Value House' dan 'Place Value


Pocket' dalam melakukan operasi penolakan secara pengumpulan semula.
2. Menganalisis jenis item atau soalan yang paling sukar dihadapi oleh murid
dalam melakukan operasi penolakan secara pengumpulan semula.
3. Melihat kaedah yang mana di antara 'Place Value House' dan 'Place Value
Pocket' yang menjadi cara yang paling digemari oleh murid untuk memahami
operasi penolakan secara pengumpulan semula.

Berdasarkan objektif kajian di atas, kajian ini ialah untuk menjawab soalan-soalan
berikut:

1. Adakah penggunaan 'Place Value House' dan 'Place Value Pocket' berkesan
dalam melakukan operasi penolakan secara pengumpulan semula?
2. Apakah jenis item atau soalan yang paling sukar dihadapi oleh murid dalam
melakukan operasi penolakan secara pengumpulan semula?
3. Yang manakah kaedah di antara 'Place Value House' dan 'Place Value Pocket'
yang merupakan cara yang paling digemari oleh murid untuk memahami
operasi penolakan secara pengumpulan semula?
152
Dayangku Nurhanis Awangku Arni & Mohd Johan Jusoh

KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian terdiri daripada 11 orang murid Tahun 3 di salah sebuah sekolah
luar bandar di Miri, di mana murid-murid tersebut terdiri daripada 3 lelaki dan 8
perempuan. Murid-murid tersebut dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu 5 orang
murid kelas biasa dan 6 orang murid kelas pemulihan.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini dijalankan mengikut kajian tindakan satu kitaran seperti berikut:

Ujian Pra Pra-pemerhatian

Murid menjawabsoalan Mengajar penolakan


berkaitan penolakan secara pengumpulan
secara pengumpulan semula menggunakan
semula kaedah tradisional

Penggunaan ‘Place Penggunaan ‘Place


Value Pocket’ Value House’

Memberi pendedahan Memberi pendedahan


tentang penggunaan tentang penggunaan
‘Place Value Pocket’ ‘Place Value House’

Ujian Pasca Temubual

Murid menjawab soalan Menemubual murid untuk


berkaitan penolakan mendapatkan respons
secara pengumpulan mengenai kedua-dua
semula kaedah yang digunakan

Rajah 1: Prosedur Tindakan

CARA PENGUMPULAN DATA

(a) Ujian pra dan ujian pasca yang melibatkan soalan-soalan yang berkaitan dengan
operasi penolakan secara pengumpulan semula.

153
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

(b) Temubual secara separa formal di kalangan peserta kajian iaitu murid-murid
Tahun 3 di salah sebuah sekolah luar bandar di Miri.
(c) Pemerhatian sebelum dan selepas penggunaan kedua-dua kaedah ‘Place Value
House’ dan ‘Place Value Pocket’.

CARA MENGANALISIS DATA

Analisis ujian pra dan ujian pasca dilakukan dengan menggunakan kaedah
kuantitatif. Keputusan ujian pra dan ujian pasca akan dianalisis dengan menggunakan
kaedah pengiraan peratusan. Data pemerhatian dan temubual secara separa formal
digunakan untuk mengkaji tentang penggunaan ‘Place Value House’ dan ‘Place Value
Pocket’.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan dari ujian pra dan pasca dan analisis item

Jadual 1 dan 2 menunjukkan markah yang diperolehi oleh semua peserta sebelum
dan selepas menggunakan 'Place Value House' dan 'Place Value Pocket':

Peserta Markah (x / 15) Markah Ujian Pra (%)


A 7 / 15 46.66
B 6 / 15 40
C 7 / 15 46.66
D 4 / 15 26.66
E 7 / 15 46.66
F 6 / 15 40
G 0 / 15 0
H 0 / 15 0
I 0 / 15 0
J 13 / 15 86.66
K 2 / 15 13.33
Jadual 1: Markah yang diperolehi peserta sebelum penggunaan kedua-dua
kaedah ‘Place Value House’ dan ‘Place Value Pocket’

Berdasarkan Jadual 1, peserta J mendapat markah tertinggi iaitu 87%, dan


mendapat 13 soalan betul dari 15 soalan. Peserta ini merupakan salah seorang murid
yang sering mendapat pencapaian yang tertinggi untuk matematik. 7 peserta lain hanya
mendapat markah yang sederhana, dari sekitar 13% sehingga 47%. Terdapat juga peserta
yang mendapat markah 0%, iaitu terdiri daripada tiga peserta, iaitu Peserta G, H dan I.
Tiga peserta tersebut merupakan murid kelas pemulihan, dan mereka sangat lambat dan
lemah dalam melakukan operasi penolakan secara pengumpulan semula.

Peserta Markah (x / 15) Markah (%)


A 15 / 15 100
B 12 / 15 80

154
Dayangku Nurhanis Awangku Arni & Mohd Johan Jusoh

C 7 / 15 46.66
D 13 / 15 86.66
E 10 / 15 66.66
F 13 / 15 86.66
G 10 / 15 66.66
H 7 / 15 46.66
I 2 / 15 13.33
J 12 / 15 80
K 7 / 15 46.66
Jadual 2: Markah yang diperolehi peserta selepas penggunaan kedua-dua kaedah
‘Place Value House’ dan ‘Place Value Pocket’

Berdasarkan Jadual 2, daripada kesemua 11 peserta, lebih dari setengah peserta


iaitu sebanyak 9 peserta menunjukkan pencapaian yang sangat memberangsangkan
dengan mencapai markah yang lebih tinggi dari ujian pra sebelumnya. Pesrta J yang
mendapat markah tertinggi dalam ujian pra, iaitu 87% mengalami penurunan dalam
ujian pasca di mana peserta tersebut hanya mendapat 80%, mungkin disebabkan
kecuaian. Hanya seorang peserta yang tidak mengalami perubahan markah, iaitu Peserta
C, yang mendapat markah 47% dalam ujian pra dan ujian pasca. Peserta G,H dan I yang
pada mulanya mendapat 0% dalam ujian pra juga menunjukkan peningkatan yang baik
dengan mendapatkan beberapa soalan yang betul.

Peserta Item
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Markah
A / / / / / / / 7
B / / / / / / 6
C / / / / / / / 7
D / / / / 4
E / / / / / / / 7
F / / / / / / 6
G 0
H 0
I 0
J / / / / / / / / / / / / / 13
K / / 2
Jumlah 6 5 2 1 7 4 3 2 2 2 6 0 5 1 6
jawapan
betul
Jadual 3: Analisis soalan sebelum penggunaan kedua-dua kaedah ‘Place Value
House’ dan ‘Place Value Pocket’

Berdasarkan analisis item dari ujian pra, markah tertinggi diperolehi Peserta K,
yang mendapat 13 soalan yang betul dari 15 soalan. Tiga peserta mendapat semua
jawapan yang salah untuk soalan-soalan, iaitu peserta G, H dan I. Kesemua peserta yang
berada di kelas pemulihan sangat lemah dalam melakukan operasi penolakan,
terutamanya secara pengumpulan semula.
155
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Peserta Item
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Markah
A / / / / / / / / / / / / / / / 15
B / / / / / / / / / / / / 12
C / / / / / / / / 7
D / / / / / / / / / / / / 13
E / / / / / / / / / / 10
F / / / / / / / / / / / / 13
G / / / / / / / / / 10
H / / / / / / 7
I / / 2
J / / / / / / / / / / / 12
K / / / / / / 7
Jumlah 9 7 8 5 10 8 7 7 7 5 9 2 5 8 6
jawapan
betul
Jadual 4: Analisis soalan selepas penggunaan kedua-dua kaedah ‘Place Value
House’ dan ‘Place Value Pocket’

Berdasarkan Jadual 4, soalan atau item no. 4 dan 12 meruapakan antara soalan
yang sukar dijawab oleh murid ketika melakukan operasi penolakan secara
pengumpulan semula. Masalah ini banyak berpunca dari kedudukan “0” sebagai
pemegang nilai tempat. Kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menolak apabila
“0” berada di bahagian atas atau tengah algoritma.

Dapatan dari temubual dan pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian dan temubual bersama peserta mengenai kaedah yang


paling mereka gemari, kebanyakan mereka memilih ‘Place Value House’ sebagai kaedah
yang paling digemari kerana mudah untuk memahami konsep penolakan secara
pengumpulan semula melalui kaedah ini. Mereka kurang gemar menggunakan ‘Place
Value Pocket’ kerana terpaksa memadam dan menulis semula nombor di atas bahan
tersebut.

REFLEKSI KAJIAN DAPATAN

Setelah data dikumpul dan dianalisis, saya mendapati bahawa kesemua peserta
faham akan penggunaan ’Place Value House’ dan ’Place Value Pocket’, hasil dari
pemerhatian dan temubual bersama mereka. Ini juga dapat diperhatikan melalui dapatan
ujian pasca di mana terdapat peningkatan yang signifikan, yang juga menunjukkan
pemahaman mereka ke atas penggunaan kedua-dua kaedah tersebut untuk melakukan
operasi penolakan secara pengumpulan semula. Melalui temubual dan pemerhatian ke
atas kedua-dua kaedah, didapati bahawa sebanyak 55% murid memilih ’Place Value
House’ sebagai kaedah yang paling mereka gemari. Mereka memilih kaedah ini kerana
faham akan konsep yang digunakan dalam kaedah ini iaitu melaui penceritaan. Analisis

156
Dayangku Nurhanis Awangku Arni & Mohd Johan Jusoh

melalui ujian pra dan pasca juga mendapati bahawa kebanyakan murid paling sukar
untuk menjawab soalan penolakan secara pengumpulan semula apabila ”0” berada di
baris atas atau tengah algoritma.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Salah satu cara yang baik ialah untuk membuatkan murid yakin dengan
penggunaan operasi penambahan dan penolakan yang ditulis dalam format melintang,
dengan menggunakan strategi mental dan tidak formal, sebelum mereka diperkenalkan
pada algoritma format letak menegak. Melalui perbincangan terbuka dan pengajaran
khusus tentang beberapa strategi mental tentang pengajaran algoritma tersebut boleh
membantu murid untuk lebih yakin dalam melakukan sebarang pengiraan. Bilangan
murid juga boleh ditambah untuk penggunaan kedua-dua kaedah ini. Kaedah ‘Place
Value House’ dan ‘Place Value Pocket’ juga boleh dimurnikan lagi dengan penggunaan
ICT untuk menarik perhatian murid.

RUMUSAN

Secara keseluruhan, penggunaan kaedah 'Place Value House' dan 'Place Value
Pocket' boleh membantu murid untuk memahami operasi penolakan secara
pengumpulan semula. Keputusan ujian pasca jelas menunujukkan peningkatan setelah
penggunaan kedua-dua kaedah tersebut. Kedua-dua kaedah masing-masing mempunyai
kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, namun fungsinya tetap sama iaitu
membantu murid untuk memahami operasi penolakan secara pengumpulan semula.

157
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

RUJUKAN

Bender, W.N. (2005). Differentiating Math Instruction: Strategies That Work For K-8 Classrooms.
California: Corwin Press.
Chick, H.L., Baker, M.K. & Pham, T. (n.d. ) Probing Teachers’ Pedagogical Content Knowledge:
Lessons from the Case of the Subtraction Algorithm. Retrieved from
www.merga.net.au/documents/RP132006.pdf
Haylock, D. (2006). Mathematics Explained for primary teachers (3rd ed.). London: Sage
Publications.
Heddens, J.W. & Speer, W.R. (2006). Today’s Mathematics: Concepts, Classroom Methods, and
Instructional Activities. New Jersey, NJ: John Wiley & Sons, Inc.
Houssart, J. (2004). Low Attainers in Primary Mathematics: The Whisperers and the Maths Fairy.
London: RoutledgeFalmer.
Jarvis, D. (2008). Exploring Addition and Subtraction. Retrieved from www.nipissingu.ca/faculty/danj/
educ4274/.../S2G2.pdf
Kajornboon A. B. (n.d. ) Using Interviews as Research Instruments. Retrieved from
http://www.culi.chula.ac.th/ e-Journal/bod/Annabel.pdf
Martinez, J. G. R. & Martinez, N. C. (2001). Reading and Writing to Learn Mathematics: A Guide and a
Resource Book. Boston: Allyn & Bacon.
Riedesel, C. A., Schwartz, J. E. & Clements, D. H. (1996). Teaching Elementary School Mathematics (6th
ed.). Massachusetts, MA: Allyn & Bacon.

Schwieger, R. D. (1999). Teaching Elementary School Mathematics: A Problem-Solving Approach.


California, CA: Wadsworth Publishing Company.
Van De Walle, J. A. (2001). Elemantary and Middle School Mathematics: Teaching Developmentally (4th
ed.). New York: Longman.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1annyss_arnie@hotmail.com, 2johanjusoh@yahoo.com

158
PENINGKATAN PRESTASI MATEMATIK MURID-MURID TAHUN 5
MENERUSI STUDENT TEAMS ACHIEVEMENT DIVISIONS

CATHERINE KIU LEH JIN1


HU LAEY NEE2

ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan model Student Teams
Achivement Divisions (STAD) dalam meningkatkan prestasi murid-murid tahun 5
bagi matapelajaran matematik di sebuah sekolah rendah di Miri, Sarawak. Refleksi
praktikum mendapati bahawa prestasi akademik dan sikap terhadap matematik murid-
murid tahun 5 di sekolah kajian adalah lemah. Oleh sedemikian, kajian ini
mengaplikasikan STAD model dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Terdapat 4 peserta dalam kajian ini. Peserta-peserta ini dibahagikan kepada dua
pasukan. Skor dasar setiap peserta diperolehi daripada purata markah daripada ujian-
ujian matematik dahulu. Ujian pasca dijalankan sekali selepas pelaksanaan STAD
model selama dua minggu. Tiga ujian pasca dijalankan dalam tempoh masa enam
minggu. Data kajian dikumpulkan dengan menerusi ujian pra dan pasca, soal selidik
dan pemerhatian. Penyelidik juga menganalisis sikap para peserta terhadap matematik
dan kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik.
Markah peserta bagi ujian pra dan tiga ujian pasca dibandingkan dengan
menggunakan peratusan untuk memperoleh markah peningkatan mereka. Kesalahan-
kesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik dianalisis
menerusi ujian-ujian pasca. Keputusan positif yang diperolehi daripada kajian ini
telah menunjukkan bahawa STAD model dapat meningkatkan prestasi akademik
murid-murid tahun 5 juga sikap mereka terhadap matematik.

ABSTRACT
This purpose of this study was to investigate the effectiveness of the Student Teams
Achievement Divisions (STAD) model in enhancing year 5 pupils’ performance in
mathematics subject in one of the primary schools in Miri, Sarawak. The practicum
reflection discovered that the year 5 pupils’ mathematics academic performance and
their attitudes towards mathematics was poor. Therefore, this study suggested that
STAD model to be implemented in the teaching and learning of mathematics. There
were 4 participants in this study. The participants were put into teams of two. Each
participant’s base score was obtained from the average score of their previous tests in
mathematics prior the implementation. A post test was carried out after the STAD
model was implemented for two weeks. Three post tests were carried out in 6 weeks.
The data of this study was collected by using the pre and post tests, questionnaire and
observation. Researcher also analysed participants’ attitude towards mathematics
and their common errors in the mathematics. Their scores in the pre test and three
post tests were compared by using percentage to show their improvement scores. The
common errors made by the participants in mathematics were analysed through the
post tests. Through the observation, participants were observed based on their
interest, participation and social interaction. The positive results obtained from this
study had shown that the STAD model enhanced the year 5 pupils’ academic
performance in mathematics and their attitude towards mathematics.

PENDAHULUAN

Menerusi pemerhatian dan refleksi pengajaran dan pembelajaran kelas


matematik semasa praktikum di sekolah, didapati bahawa murid-murid jarang atau
tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan.
Murid-murid yang lemah dalam matematik hilang minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran matematik apabila mereka tidak dapat memahami dan mengikut rentak
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kesan daripada itu, prestasi murid-
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

murid tersebut dalam matematik adalah lemah dan secara langsungnya


mempengaruhi sikap mereka terhadap subjek matematik. Selain itu, didapati juga
kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid–murid juga menyebabkan
prestasi matematik mereka lemah.
Menurut Orlich et al. (2007), pembelajaran kooperatif mengukuhkan lagi
pergantungan positif antara murid-murid dengan mengajar mereka bekerjasama dan
belajar dalam bentuk berkumpulan. Ia merupakan satu pendekatan yang menyusun
aktiviti-aktiviti kelas kepada pembelajaran akademik dan sosial di mana murid-murid
digalakkan untuk belajar dalam bentuk berkumpulan atau pasukan. Pembelajaran
kooperatif merupakan satu pendekatan yang menekankan kerja berkumpulan yang
meminimumkan berlakunya situasi yang tidak menyenangkan dan memaximumkan
pengalaman belajar dan kepuasan kesan daripada bekerjasama dalam pasukan yang
mempunyai prestasi yang tinggi (Felder dan Brent2, 2008).
Dalam Wong (2007), Slavin (1980) mengatakan bahawa model STAD
mendatangkan peningkatan yang positif terhadap prestasi akademik murid-murid.
Armstrong et al. (1998) mengatakan bahawa murid-murid mengomenkan bahawa
STAD menjadikan pembelajaran seronok dan isi kandungan pembelajaran lebih
senang untuk difahami. Berdasarkan Gan and Wong (1995) yang dipetik daripada
Wong (1998), pembelajaran kooperatif secara positifnya memperbaiki sikap peserta-
pesertanya terhadap pembelajaran matematik. Semua pembelajaran kooperatif adalah
untuk meningkatkan penyertaan murid-murid dalam pembelajaran. Pembelajaran
adalah paling efektif apabila murid-murid secara aktifnya melibatkan diri dalam
perkongsian idea dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan akademiknya (Effandi
Zakaria dan Zanaton Iksan, 2006). Pembelajaran kooperatif menekankan interaksi
sosial dan hubungan antara ahli-ahli kumpulan dan juga teman-teman sekelas
(Effandi Zakaria et al., 2010). Huang (2008) berpendapat bahawa kesilapan dan
kelemahan murid-murid dapat diatasi dengan mudah melalui aktiviti perbincangan
dalam kumpulan dan saling bantu-membantu antara ahli kumpulan.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah mengaplikasikan model STAD, iaitu salah satu
daripada model-model pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik di dalam kelas untuk meningkatkan prestasi murid-murid tahun 5.
Peningkatan prestasi mereka difokuskan dari aspek prestasi akademi. Selain itu,
perubahan sikap mereka terhadap matematik selepas kajian juga diperhatikan. Kajian
ini juga memerhati dan menganalisis kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh
murid-murid dalam matematik yang membawa kesan negatif terhadap prestasi
matematik mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu:


(a) mengkaji keberkesanan model STAD dalam meningkatkan prestasi akademik
murid-murid tahun 5 dalam subjek matematik.
(b) menentukan sama ada aplikasi model pembelajaran kooperatif – model STAD
dapat mengubah sikap murid-murid terhadap matematik.
(c) menganalisis kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid-murid
dalam menjawab soalan-soalan matematik.

160
Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

SOALAN KAJIAN

Persoalan dalam kajian ini adalah:


(a) Adakah pelaksanaan model STAD meningkatkan prestasi akademik murid-
murid tahun 5 dalam matematik? Apakah kemajuan yang ditunjukkan oleh
murid-murid bagi prestasi akademik selepas pelaksanaan model STAD?
(b) Adakah model STAD mengubah sikap murid-murid terhadap matematik?
Apakah perubahannya?
(c) Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid-murid tahun 5
dalam menjawab soalan-soalan matematik? Adakah model STAD dapat
membantu mereka untuk mengurangkan kesalahan-kesalahan lazim dalam
matematik?

KUMPULAN SASARAN

Terdapat 4 orang peserta dalam kajian ini. Semua peserta adalah murid-murid
lelaki dari tahun 5 yang berumur 11 tahun yang berasal daripada sebuah sekolah
rendah kebangsaan di luar bandar Miri. Peserta-peserta ini dinamakan sebagai P1, P2,
P3, dan P4. Mereka merupakan orang Kedayan. Prestasi matematik mereka adalah
dalam linkungan lemah dan sederhana. Peserta-peserta telah menduduki ujian
matematik sebanyak 5 kali. Purata markah untuk 5 ujian tersebut diambil sebagai
keputusan ujian pra mereka. Keputusan tesebut boleh dirujuk menerusi Jadual 1.

Jadual 1: Purata Markah Matematik Peserta-pesertaTahun 2009


Peserta Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Purata Markah Matematik
1 2 3 4 5 Tahun 2009 (%)
P1 49 65 54 58 60 286/5 ≈ 57
P2 22 44 48 50 54 218/5 ≈ 44
P3 27 38 47 45 29 186/5 ≈ 37
P4 27 43 34 38 40 182/5 ≈ 37

PROSEDUR TINDAKAN

Menurut O'Brien (1998) yang diadaptasi dari Susman (1983), terdapat lima
peringkat bagi setiap kitaran kajian. Rajah 1 digubahsuai dari Susman (1983).

Kitaran Seterusnya Mendiagnosis

Menentukan Pembelajaran Perancangan Tindakan

Menilai Pelaksanaan Tindakan

Rajah 1: Model Kajian

161
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Dalam langkah mendiagnosis,masalah kajian didiagnosis menerusi


pemerhatian. Prestasi matematik murid-murid tahun 5 yang lemah menjadi isu
tumpuan untuk diselesaikan.
Seterusnya, langkah perancangan tindakan dijalankan. Model STAD dipilih
untuk diaplikasikan bagi meningkatkan prestasi matematik murid-murid tahun 5.
Jadual pelaksanaan model STAD disediakan sebelum pelaksanaan model STAD
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas.
Dalam langkah pelaksanaan pelan tindakan, 4 orang peserta dibahagikan
kepada dua kumpulan berdasarkan tahap pencapaian mereka. Setiap kumpulan mesti
mempuyai seorang ahli dengan prestasi akademik yang baik dan seorang ahli yang
lemah dalam prestasi akademiknya.
Seterusnya empat-langkah kitaran, iaitu pengajaran, belajar kelompok, ujian,
dan penghargaan kelompok. Penyelidik pada mulanya menjalankan pengajaran
matematik kepada kelas menerusi arahan langsung, perbincangan dan lain-lain.
Seterusnya, peserta-peserta diminta untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk
menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberikan. Ahli-ahli dalam satu pasukan atau
kumpulan haruslah memastikan bahawa pasangan kumpulan mereka memahami dan
dapat menguasai kemahiran dan ilmu yang diajarnya.
Selepas dua minggu menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara
berkelompok, ujian matematik dijalankan. Setiap ahli pasukan dikehendaki untuk
menduduki ujian matematik secara individu tanpa bantuan ahli-ahli pasukan yang lain.
Peningkatan markah bagi setiap ahli dalam satu pasukan ditambahkan untuk
mendapat markah pasukan. Pasukan yang memperoleh markah pasukan yang
tertinggi akan memperoleh penghargaan berkumpulan.
Dapatan untuk kitaran pertama ini dinilai dan dianalisis dalam langkah
menilai. Langkah menentukan pembelajaran dijalankan bertujuan untuk menentukan
sama ada prestasi matematik para peserta meningkat. Jikalau keputusan yang
diperolehi tidak memuaskan, kitaran seterusnya akan dijalankan dari langkah
mendiagnosis hingga menentukan pembelajaran untuk memperbaiki keputusan dalam
kitaran pertama. Kitaran-kitaran ini akan dijalankan berulang kali sehingga mencapai
keputusan yang dikehendaki.

CARA PENGUMPULAN DATA

Kajian ini melibatkan tiga instrumen iaitu instrumen ujian pencapaian, soal
selidik dan pemerhatian. Ujian pencapaian digunakan untuk menilai keberkesanan
model STAD dalam meningkatkan prestasi akademik peserta-peserta dalam
matematik. Purata markah bagi lima ujian matematik yang diduduki oleh para peserta
pada tahun 2009 digunakan sebagai markah dasar para peserta. Ujian pasca terdiri
daripada 10 soalan objektif dan 20 soalan subjektif. Ujian Pasca dijalankan sekali
selepas pelaksanaan model STAD selama dua minggu. Manakala kesalahan-
kesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik dikesan
melalui langkah penyelesaian peserta dalam ujian pencapaian ini.
Soal selidik digunakan untuk menilai perubahan sikap para peserta terhadap
matematik pada akhir kajian selepas pelaksanaan model STAD dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik di dalam kelas. Soal selidik yang berformat 4 Skala Likert
digunakan untuk kajian ini. Ia mengandungi 18 soalan di mana 8 soalan untuk
menyelidik minat peserta-peserta dalam pembelajaran matematik, 6 soalan untuk
mengkaji penguasaan peserta-peserta terhadap konsep dan kemahiran matematik dan
4 soalan untuk mengkaji sosial interaksi antara para peserta.

162
Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

Pemerhatian dibuat untuk mengumpul kuanlitatif data. Menerusi pemerhatian,


kelakuan dan penglibatan para peserta dibuat secara tidak formal di dalam kelas.
Selain itu, pemerhatian juga dicatatkan di bahagian refleksi di rancangan pengajaran
dan pembelajaran harian dan juga dalam bentuk jurnal.

CARA MENGANALISIS DATA

Data yang dikumpulkan melalui ujian pencapaian dianalisiskan menggunakan


peratusan. Jumlah markah bagi 10 soalan objektif adalah 20% di mana 2% untuk
setiap soalan objektif yang dijawab betul. Jumlah markah bagi 20 soalan subjektif
ialah 80% di mana markah bagi setiap soalan subjektif adalah berbeza. 1% hingga 3%
diberikan berdasarkan tahap kesukarannya. Markah dasar bagi ujian pra dan markah
bagi ujian-ujian pasca dicatatkan dalam jadual yang berbeza untuk membuat
perbandingan markah ujian para peserta sebelum dan selepas pelaksanaan model
STAD dan seterusnya ditunjukkan dalam bentuk graf palang.
Soal selidik yang dikumpul pada akhir kajian dianalisis berdasarkan bilangan
responden, iaitu bilangan peserta yang memilih “Sangat tidak bersetuju”, “tidak
bersetuju”, “bersetuju” dan “sangat bersetuju” dicatatkan. Soal selidik juga dianalisis
berdasarkan juga jenis soalannya, iaitu mengikut minat, penguasaan ilmu
pengetahuan dan interaksi sosial.
Hasil daripada pemerhatian dianalisis berdasarkan aspek kelakuan, interaksi
sosial, dan penglibatan para peserta semasa mengaplikasikan model STAD dalam
pengajaran dan pembelajaran harian.

DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian ini merangkumi prestasi akademik peserta-


peserta, sikap para peserta terhadap matematilk, dan kesalahan-kesalahan lazim yang
dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik.

Prestasi Akademik
Kitaran Pertama

Rajah 2: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Peserta

Daripada Rajah 2, dapat diperhatikan bahawa semua peserta kajian


mempunyai peningkatan bagi prestasi akademik matematik jika dibandingkan dengan
markah ujian pra dan ujian pasca 1. Peserta P2 mempunyai markah peningkatan
sebanyak 28% (dari 44 % ke 72%), peserta P1 sebanyak 24% (dari 57 % ke 81%),
peserta P4 sebanyak 15% (dari 37% ke 52%) dan peserta P3 sebanyak 9% (meningkat
dari 37 ke 46%). Menerusi pemerhatian, didapati para peserta belajar dengan lebih
berkesan jika belajar dalam bentuk berkumpulan, pembetulan kesalahan-kesalahan
163
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

ahli-ahli sekumpulan dan berkongsi ilmu pengetahuan matematik antara satu sama
lain. Prestasi akademik para peserta dipertingkatkan jika dibandingkan dengan
prestasi akademik mereka semasa belajar daripada guru matematik sahaja. Kitaran
kedua diwujudkan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam kitaran pertama, iaitu
ketidakmampuan menghafal sifir matematik dan kekurangan latihan. Untuk
mengatasi masalah-masalah tersebut, para peserta diajar untuk membina jadual sifir
dan diberikan latihan yang mencukupi untuk dibuat pada masa lapang.

Kitaran Kedua

Rajah 3: Perbandingan Ujian Pasca 1 dan Pasca 2 Peserta

Berdasarkan Rajah 3, didapati markah ujian pasca 2 bagi semua peserta


meningkat berbandingkan ujian pasca 1. Peserta P4 mempunyai markah peningkatan
sebanyak 12% (dari 52% ke 64%), peserta P3 sebanyak 11% (dari 46% ke 57%),
peserta P1 sebanyak 5% (dari 79% ke 87%) dan peserta P2 sebanyak 5% (dari 70%
ke 77%). Kitaran ketiga diwujudkan bagi mengatasi masalah peserta-peserta tidak
menyelesaikan latihan yang diberikan dalam masa yang ditentukan yang diperhatikan
dalam kitaran kedua ini. Sistem Token diwujudkan bersamaan model STAD untuk
mengatasi masalah ini.

Kitaran Ketiga

Rajah 4: Perbandingan Ujian Pasca 2 dan Ujian Pasca 3 Peserta

Rajah 4 menunjukkan markah ujian pasca 3 bagi semua peserta meningkat


berbandingkan ujian pasca 2. Peserta P3 mempunyai peningkatan markah sebanyak
13 % (dari 57% ke 70%), peserta P2 sebanyak 7% (dari 77% ke 84%), peserta P4
sebanyak 6% (dari 64% ke 70%) dan peserta P1 sebanyak 5% (dari 87% ke 92%).
Masalah yang wujud dalam kitaran ini adalah peserta-peserta menjadi lebih
materialistik kesan daripada Sistem Token. Mereka hanya membuat latihan yang
dibagi dalam masa yang ditentukan jikalau ada hadiah dibagikan.
164
Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

Sikap terhadap Matematik

Jadual 2: Analysis Minat Peserta terhadap Matematik


No. Bilangan Peserta
Soalan Sangat Tidak Setuju Sangat
tidak setuju Setuju
setuju
1. Saya suka belajar dalam kumpulan. 1 3
4. Aktiviti berkumpulan meningkatkan
minat saya dalam belajar matematik. 2 2
5. Pengajaran dan pembelajaran
matematik menjadi lebih
menyeronokkan dengan pelaksanaan 2 2
aktiviti-aktiviti berkumpulan.
8. Saya menunggu-nunggukan waktu
matematik kerana saya boleh belajar
dengan kawan-kawan saya. 1 3
13. Saya suka berkongsi ilmu pengetahuan
matematik saya dengan rakan-rakan
saya. 4
15. Saya suka menyertai aktiviti
berkumpulan dengan selalunya. 2 2
16. Saya harap dapat terus belajar
matematik dalam kumpulan dengan 1 3
kawan-kawan saya.
18. Belajar dalam bentuk kumpulan adalah
tidak sesuai bagi saya. 4
Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa minat para peserta meningkat selepas
aplikasi model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Mereka lebih
berminat dan seronok belajar matematik dalam bentuk berkumpulan bersama dengan
rakan-rakan mereka.

Jadual 3: Analisis Penguasan Ilmu Pengetahuan Matematik Peserta


No. Bilangan Peserta
Soalan Sangat Tidak Setuju Sangat
tidak setuju Setuju
setuju
3. Adalah senang bagi saya mempelajari
matematik dengan belajar dengan 4
rakan-rakan saya.
6. Aktiviti berkumpulan tidak membantu
saya dengan banyak dalam 3 1
mempelajari matematik.
7. Belajar dalam kumpulan
membolehkan saya lebih memahami 1 3
matematik.
10. Saya masih menghadapi kesukaran
dalam mempelajari matematik selepas 3 1
aktiviti berkumpulan dijalankan.

165
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

14. Keputusan matematik saya meningkat


selepas menyertai aktiviti 4
berkumpulan.
17. Saya dapat menyelesaikan kebanyakan 4
soalan matematik selepas aktiviti
berkumpulan dijalankan.

Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa peserta-peserta berasa dapat


menguasai ilmu pengetahuan matematik selepas pelaksanaan model STAD.

Jadual 4: Analisi Interaksi Sosial antara Peserta di dalam Kelas


No. Bilangan Peserta
Soalan Sangat Tidak Setuju Sangat
tidak setuju Setuju
setuju
2. Saya suka belajar dengan kawan. 4
9. Saya dapat berkomunikasi dengan
lebih baik dengan kawan-kawan saya
selepas belajar dalam kumpulan bagi 1 3
subjek matematik.
11. Akitviti berkumpulan memberi
peluang kepada saya untuk mengambil 4
bahagian dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik secara aktif.
12. Belajar secara berkumpulan
membolehkan saya mempunyai 1 3
hubungan positif dengan rakan-rakan
saya yang lain.
Dapatan yang diperolehi menerusi Jadual 4 menunjukkan bahawa hubungan
antara para peserta menjadi lebih rapat selepas pelaksanaan model STAD dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Interaksi positif antara para peserta telah
wujud.

Kesalahan-kesalahan Lazim Dalam Matematik

Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat 4 jenis kesalahan lazim yang


dilakukan oleh peserta-peserta. Kesalahan-kesalahan lazim tersebut ialah kesalahan
pemahaman, kesalahan kecuaian, kesalahan memproses dan kesalahan mengekod.
Kesalahan pemahaman dilakukan akibat para peserta tidak memahami permintaan
soalan atau definisi perkataan-perkataan tertentu dalam soalan-soalan matematik.
Kesalahan kecuaian dilakukan apabila peserta-peserta cuai semasa menjawab soalan-
soalan matematik seperti tersalah salin. Kesalahan memproses berlaku apabila
peserta-peserta melakukan kesalahan semasa menyelesaikan soalan-soalan matematik
seperti tercicir langkah, tersalah kira dan sebagainya. Kesalahan mengekod dilakukan
apabila peserta-peserta dapat menjawab soalan-soalan matematik yang diberikan
dengan langkah yang betul tetapi memberi jawapan dalam format yang tidak tepat
dan tidak diterima. Peningkatan markah para peserta yang ditunjukkan dalam ujian-
ujian pasca telah membuktikan bahawa model STAD dapat membantu mengurangkan
kesalahan-kesalahan lazim para peserta semasa menjawab soalan matematik dalam
ujian.
166
Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Keputusan positif yang diperolehi daripada ujian-ujian pasca menunjukkan


bahawa aplikasi model STAD dapat meningkatkan prestasi akademik matematik
peserta-peserta tahun 5. Model STAD membolehkan mereka mengambil bahagian
dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas matematik dengan aktifnya dan
seterusnya membantu mereka lebih memahami ilmu pengetahuan dan kemahiran
matematik yang diajar. Keputusan ini disokong oleh dapatan Slavin (1980) yang
dipetik dari Wong (2007).
Dalam kajian ini, peserta-peserta telah menunjukkan bahawa mereka semakin
berminat dalam pembelajaran matematik di dalam kelas selepas model STAD
diaplikasikan. Dapatan ini disokong oleh dapatan Armstrong et al. (1998). Model
STAD juga membantu mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran matematik
yang dipelajari oleh para peseserta sebagaimana yang disokong oleh dapatan Effandi
Zakaria dan Zanaton Iksan (2006). Selain itu, interaksi positif antara peserta-peserta
juga telah diwujudkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Effandi Zakaria et al.
(2010). Terdapat 4 jenis kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh para peserta,
iaitu kesalahan pemahaman, kesalahan kecuaian, kesalahan memproses dan kesalahan
mengekod. Kesalahan-kesalahan lazim para peserta dalam matematik juga dapat
dikurangkan selepas apilkasi model STAD. Dapatan Huang (2008) menyokong hasil
dapatan ini.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan kajian ini, dicadangkan masa kajian dapat dipanjangkan dengan


melibatkan lebih banyak topik matematik yang lain supaya keberkesanan dan
kesahihan kajian ini dapat diperlihatkan. Selain itu, kajian keberkesanaan model
STAD dalam meningkatkan prestasi murid-murid boleh dilanjutkan bagi subjek-
subjek lain seperti Sains, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Kajian tentang masalah
yang wujud dalam kitaran ketiga, iaitu pengaruh Sistem Token ke atas sikap murid-
murid terhadap matematik boleh dibuat dengan mengkaji dari aspek keburukan dan
kebaikannya. Selain itu, kajian ini boleh dijalankan di sekolah bandar kerana cara
belajar murid-murid di sekolah bandar adalah berbeza.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan mendatangkan kesan


yang positif. Prestasi matematik bagi peserta-peserta meningkat selepas pelaksanaan
model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas. Prestasi
akademik peserta-peserta meningkat dan mereka menunjukkan perubahan positif
dalam sikap mereka terhadap subjek matematik selepas mengaplikasikan model
STAD. Jenis-jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam
matematik juga ditentukan dan didapati model STAD dapat membantu peserta-
peserta dalam mengurangkan kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan. Beberapa
cadangan lanjutan kajian juga telah disarankan.

167
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

RUJUKAN

Armstrong et al. (1998). Student Teams Achievement Divisions (STAD) in a twelfth grade classroom:
Effect on student achievement and attitude. [Online]. Available: http:
//findarticles.com/p/articles/mi_qa3823/is_199804/ai_n8783828/ [2010, February 10].
Effandi Zakaria, Lu Chung Chin, and Mohd. Yusoff Daud. (2010). The Effect of Cooperative Learning
on Students’ Mathematics Achievement and Attitude towards Mathematics. Journal of Social
Science, 6(2), 275. [Online]. Available: http://www.scipub.org/fulltext/jss/jss62272-275.pdf.
[2010, August 2].
Effandi Zakaria and Zanaton Iksan. (2006). Promoting Cooperative Learning in Science and
Mathematics Education: A Malaysia Perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science
and Technology Education, 3(1), 35-39. [Online]. Available : http://www.ejmste.com/
EJMSTEv3n1_Zakaria&Iksan.pdf . [2010, February 3].
Felderl, R.M. and Brent2, R. (n.d). Cooperative Learning. [Online]. Available: htt://www4.
ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/CLChapter.pdf. [2010, February 25]
Huang, Lieu Sanng. (2008). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD ke atas
Prestasi Matematik Tingkatan Satu Bagi Topik Algebra. Open University Malaysia.: Thesis
of Undergraduate.
Kennedy, L.M. and Tipps, S. (1999). Guiding Children’s Learning of Mathematics (9th edition).
Belmont: Wadworth / Thomson Learning.
O’Brien, R. (1998). An Overview of the Methodological Approach of Action Research. [Online].
Available: http://www.web.net/~robrien/papers/arfinal.html. [2010, February 24].
Orlich, D.C. et al. (2007). Teaching Strategies: A Guide to Effective Instruction (8th edition). New
York: Houghton Mifflin.
Wong, Ai Chu. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Kooperatif Model STAD ke atas Prestasi
Matematik Bagi Topik Integer. Open University Malaysia: Thesis of Undergraduate.
Wong, Siew Ming. (1998). The Effectiveness of Cooperative Learning on Mathematics Achievement
and Change in Attitudes Towards Mathematics Among Preservice Teachers of Heterogeneous
Ability Majoring in Mathematics in Sarawak Teacher Training College. Jurnal Pendidikan
MPS. 1(1): 82-89.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1kiu_jin@hotmail.com, 2huln1234@gmail.com

168
POCKET MULTIPLIER : SATU KAEDAH MEMBANTU PELAJAR
MEMPELAJARI SIFIR 8

MOHAMMAD HAREEZT MOHAMAD SALEHE1


MOHAMAD ZAILANI JAYA2

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sama ada penggunaan teknik grafik dapat
membantu murid menguasai sifir melalui konsep penambahan berulang. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tindakan. Bahan visual yang
digunakan mengaplikasikan kombinasi visual dan pergerakkan diberi nama ‘pocket
multiplier’. Data kajian di kumpul melalui ujian pra-pasca, temubual, dan nota
catatan pemerhatian guru. Peserta kajian yang dipilih untuk kajian ini ialah 4 orang
murid tahun 4 disebuah kelas yang sama dari sebuah sekolah di Daerah Miri. Model
yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah model Kurt Lewin (1890 –
1947). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahan visual ‘Pocket Multiplier’
dapat meningkatkan daya ingatan dan pemahaman murid dalam menguasai sifir 8.
Murid juga memberi respon yang memberangsangkan semasa meggunakan ‘Pocket
Multiplier’ sebagai medium pembelajaran sifir 8. Ini dapat dilihat melalui
peningkatan pencapaian peserta kajian pada ujian pasca yang mendapat markah
80% ke atas. Ini mengubah konsepsi minda murid bahawa belajar matematik boleh
menjadi seronok sama seperti bermain permainan. Ini bakal membawa perubahan
dalam sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan cara alternatif kepada
corak proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Sehubungan dengan itu, para
guru juga mampu meningkatkan kualiti proses pengajaran dan meningkatkan kualiti
penguasaan murid terhadap mata pelajaran matematik.

ABSTRACT
Purpose of this research is to use graphic (visual) approach to help student
understand the concept of multiplication as a repeated addition. This research is
conducted using action research method. The visual tool that is used in this research
is based on movement and visual, that is called ‘Pocket Multiplier’. The data of the
research is gained from pre-post test, interview and field notes of teacher
observation. Participant of the research is four students from the same class of year
5 in one school in Miri District. The model of the research is based on Kurt Lewin’s
Model (1890 – 1947). Research finding shows that the use of visual aids helps
improve the student ability to remember and understand multiplication table 8 well.
This is shown by the post test result that all participant get mark 80% and above.
The students also enjoy remembering and learning multiplication using the ‘Pocket
Multiplier’. This open their mind to the idea of learning mathematics can be as fun
as playing games. This will change how our education system works, by introducing
alternative ways to teach mathematics concept. This will also improve teacher’s
quality in teaching and also improve student’s mastery of mathematics subject.

PENDAHULUAN

Kemahiran mendarab merupakan satu kemahiran asas yang terdapat dalam


mata pelajaran matematik. Ia memerlukan murid menguasai beberapa teknik tertentu
untuk memahami konsep mendarab. Antara teknik-teknik yang perlu dikuasai oleh
murid ialah mengumpul semula dan penambahan berulang. Ini nyatakan oleh D.
Haylock & A.Cockburn (2003) bahawa “repeated addition” adalah satu konsep yang
penting dalam memastikan murid dapat memahami proses pendaraban dengan baik.
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPMTE 2010)

Pelbagai cara telah diperkenalkan untuk membantu murid-murid mempelajari


teknik ini dengan berkesan. Berdasarkan pengalaman penyelidik, sifir merupakan
cara yang paling selalu digunakan di sekolah untuk meningkatkan pemahaman murid
dalam konsep mendarab.
‘Pocket Multiplier’ merupakan satu keadah yang penyelidik pelajari melalui
sebuah bengkel pada Disember 2009 (16-18 Disember 2009). Melalui kaedah ini
penyelidik yakin mampu menarik minat murid mempelajari konsep pendaraban satu
digit dengan satu digit . Ia lebih menfokuskan kepada kemahiran pengulangan
penambahan. Teknik pengulangan penambahan adalah seperti berikut;

Rajah 1 : Konsep penambahan berulang dalam sifir 8

Berikut pula konsep penambahan berulangan yang digunakan oleh ‘Pocket


Multiplier’ untuk mempermudahkan pemahaman murid terhadap konsep pendaraban.
Ia lebih berkonsepkan penambahan terus dari jawapan asal atau lebih dikenali
sebagai ‘add-on’. Rajah 2 menunjukkan konsep ‘add-on’ yang digunakan oleh
‘pocket multiplier’ dalam mempermudahkan pelajar mempelajari sifir.

Rajah 2 : Konsep ‘add-on’ yang dipraktikan dalam ‘Pocket Multiplier’


FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk memperkenalkan satu kaedah iaitu ‘pocket
multiplier’ untuk membantu murid belajar sifir 8 dengan lebih berkesan. Kajian
dilakukan untuk menjawab beberapa isu kajian yang diketengahkan.
Sebagai seorang guru, penyelidik sedar akan perbezaan tahap individu dalam
menguasai pelajaran yang dipelajari. Oleh yang demikian penyelidik telah bertekad
untuk memperkenalkan teknik yang berbeza dan lebih menarik dari teknik yang biasa
dipelajari oleh murid sebelum ini. Murid-murid diharapkan dapat melakukan
pengiraan yang berkaitan pendaraban dengan tepat, dan dalam masa yang sama
memahami konsep pendaraban itu sendiri. Teknik ini juga seronok untuk digunakan,
oleh yang demikian murid dapat mempelajarinya sifir dengan seronok tanpa berasa
bosan.
Sering kali kita melihat murid didedahkan dengan penggunaan ‘times table’
untuk mempelajari sifir melalui kaedah penghafalan atau ‘rote learning’. Konsep
kaedah ini adalah ‘drilling’ yang menekankan pengulangan hingga hafal. Murid akan
menghafal set nombor yang tersenarai dalam setiap sifir sehingga mengingati mereka.
Kaedah ini kurang berkesan untuk murid yang lemah daya ingatan. Ini adalah kerana
konsep pemahaman murid terhadap proses pendaraban terbatas dengan jawapan
hafalan semata-mata. Ia juga belum cukup untuk membina konsep pendaraban yang

170
Mohammad Hareezt Mohamad Salehe & Mohd Zailani Jaya

jitu dalam diri seorang murid. Sesetengah murid akan mengalami masalah apabila
melakukan pendaraban melibatkan nombor lebih daripada 13 berlaku. Mereka tidak
mampu untuk mendapatkan jawapan kerana tidak mempunyai memori tentang
jawapan dan tidak mengetahui cara sebenar atau konsep asas proses pendaraban.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian;
a. Menggunakan kaedah ‘pocket multiplier’ sebagai satu alternatif untuk
mempelajari sifir 8.
b. Mendapatkan respon guru dan murid terhadap penggunaan ‘pocket multiplier’
dalam mempelajari sifir 8.
c. Menguji keberkesanan ‘pocket multiplier’ dalam membantu murid mempelajari
sifir 8.

Persoalan kajian;
a. Adakah murid dapat memahami penggunaan kaedah ‘pocket multiplier’ untuk
mempelajari sifir 8?
b. Apakah respon guru dan murid terhadap pengunaan ‘pocket multiplier’ dalam
mempelajari sifir 8?  
c. Adakah ‘pocket multiplier’ dapat membantu murid mempelajari sifir 8 dengan
berkesan? 

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 4 orang murid Tahun 4 Effisyen yang


terdiri 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan menghadapi masalah dalam mengingati
sifir 8 dan tidak dapat melakukan pendaraban 2 nombor satu digit dengan betul.
Peserta kajian yang telah dikenal pasti ini adalah merujuk daripada keputusan ujian
diagnostik dan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap murid-murid kelas 4
Effisyen.

PROSEDUR TINDAKAN

Bagi mengatasi masalah penguasaan sifir 8 dan kemahiran pendaraban,


penyelidik telah merancang 2 gelungan sesi aktiviti (Model Kurt Lewin, 1890 – 1947)
untuk melaksanakan penggunaan ‘pocket multiplier’ dalam membantu peserta kajian.
Di akhir setiap sesi gelungan, peserta akan menjawab soalan lembaran kerja bagi
mengukur penguasaan mereka terhadap apa yang telah dipelajari pada setiap aktiviti.

CARA PENGUMPULAN DATA

Langkah-langkah mengumpul data


i) 1 jam setiap minggu diperuntukkan oleh penyelidik untuk mengadakan aktiviti
dan sesi perjumpaan. (lampiran 3, 4 dan 5)
ii) Penyelidik bertindak sebagai pelaksana di dalam melaksanakan kajian tindakan
ini. Sementara guru-guru dan juga murid lain turut terlibat secara tidak
langsung semasa ujian pra dan dalam membuat pemerhatian.

171
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPMTE 2010)

iii) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan.
Pemerhatian juga dilakukan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran,
melalui semakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra.
iv) Dua sesi temubual dijalankan terhadap peserta kajian untuk melihat respon
peserta terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas
menggunaan ‘pocket multiplier’.
v) Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian, manakala ujian pasca dijalankan
pada akhir tempoh kajian. Keputusan ujian pra dan ujian pasca dianalisi bagi
mengetahui perubahan prestasi murid.
vi) Soalan ujian pra dan ujian pasca yang hampir sama bagi melihat samada murid
sudah menguasai kemahiran yang dipelajari.

Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik digunakan dalam kajian ini untuk mengesan sejauh manakah
keseriusan masalah yang dihadapi oleh murid dan bertujuan untuk memilih peserta
yang bakal dijadikan peserta kajian.

Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian dibuat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Di samping itu juga pemerhatian juga
di buat melalui respon murid kepada soalan-soalan yang diajukan secara lisan,
semakan kerja rumah dan latihan bertulis.

Temu bual
Temu bual dilakukan secara tidak formal. Ianya dijalankan terhadap guru dan peserta
kajian yang mempunyai masalah dalam menguasai sifir 8. Temu bual bertujuan
untuk mengetahui respon guru dan murid tentang penggunaan ‘pocket multiplier’.

Ujian pra dan Ujian pasca


Ujian pra dan pasca dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid-murid
terhadap sifir 8. Ujian pra dijalankan sebelum bermula sesi bimbingan bermula.
Ujian pra juga bertujuan untuk mengesan kelemaham peserta dalam penguasaan sifir
8. Ujian pra dilakukan keatas semua murid dalam kelas 4 Efisien.

CARA MENGANALISIS DATA

Data mentah bagi kajian ini dianalisis secara deskriptif dan naratif. Data ini
kemudiannya akan dihubungkaitkan dengan soalan kajian yang dinyatakan oleh
penyelidik pada awal kajian;

Ujian diognastik
Ujian diagnostik diberikan untuk mengenal pasti peserta kajian yang bakal
dipilih.4 orang peserta yang mendapat markah terendah dari ujian diagnostik di
ambil menjadi peserta kajian. Keputusan ujian diagnostik disusun dan diolah dalam
bentuk jadual. Murid diketagorikan kepada 5 gred A, B, C, D, dan E. Murid yang
menjawab 15 hingga 13 soalan betul akan digredkan A. Murid yang menjawab 12
hingga 10 jawapan betul akan diketegori dalam gred ‘B’. Gred ‘C’ pula ialah murid
yang menjawab 9 hingga 7 soalan dengan betul. Murid yang menjawab 6 hingga 4
soalan betul akan digredkan ‘D’. Murid yang hanya dapat menjawab sekurang-
kurangnya 3 soalan dengan betul hanya akan diberikan gred ‘E’. Peratusan murid

172
Mohammad Hareezt Mohamad Salehe & Mohd Zailani Jaya

yang mendapat gred tertentu ditentukan untuk melihat sejauh mana keseriusan
masalah yang dialami oleh murid-murid kelas tersebut.

Pemerhatian hasil kerja murid


Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian dibuat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada sesi aktiviti satu hingga
aktiviti yang ketiga. Di samping itu juga pemerhatian juga di buat melalui respon
murid kepada soalan-soalan yang diajukan secara lisan, semakan kerja rumah dan
latihan bertulis. Pemerhatian akan dianalisis melalui pengambilan kata kunci atau
‘keywords’ untuk menjawab persoalan kajian yang berkaitan. Pemerhatian terhadap
hasil kerja murid akan dianalisis melalui aspek peningkatan dan penurunan prestasi
murid dari semasa ke semasa. Hasil kerja murid dikumpul melalui pemberian
lembaran kerja pada setiap peringkat dalam sesi bimbingan. Pemerhatian terhadap
perubahan perangai murid juga dilakukan, data direkod menggunakan borang
pemerhatian akan dianalisis melalui kiraan kekerapan.

Temu bual
Temu bual dilakukan secara tidak formal. Ianya dijalankan terhadap murid-
murid yang mempunyai masalah dalam menguasai sifir 8 dan guru kelas 4 Effisyen.
Temu bual adalah bertujuan untuk mendapatkan respon dan maklum balas daripada
peserta kajian dan juga guru terhadap penggunaan kaedah ‘pocket multiplier’
sepanjang kajian dilaksanakan. Ini adalah untuk mendapatkan data bagi soalan kajian
yang kedua. Analisis temu bual dibuat melalui penekanan terhadap ‘keywords’ dan
pemerhatian reaksi murid apabila di temu bual.

Ujian pra
Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan peserta kajian
terhadap sifir 8. Ujian dijalankan sebelum bermula sesi bimbingan bermula. Ujian
pra juga bertujuan untuk mencari punca sebenar kelemahan peserta kajian dalam
penguasaan sifir 8. Ujian pra dilakukan keatas peserta kajian sahaja. Ujian dinilai
melalui peratusan jawapan yang betul. Data yang dikumpul kemudiannya direkodkan
didalam sebuah jadual dan akhir sekali akan dibandingkan dengan ujian pasca di
akhir kajian. Perbandingan ini diharapkan dapat memperlihatkan keberkesanan
‘pocket multiplier’.

Ujian pasca
Ujian pasca dijalankan bagi menguji tahap peningkatan di akhir kajian. Ini
adalah bagi melihat sejauh mana penguasaan peserta kajian terhadap sifir 8. Ujian
dijalankan di akhir kajian dimana kaedah ‘pocket multiplier’ telah diajar dan
digunakan oleh peserta kajian. Ujian pasca dilakukan keatas peserta kajian sahaja.
Ujian dinilai melalui peratusan jawapan yang betul. Data yang dikumpul
kemudiannya direkodkan didalam sebuah jadual dan dibandingkan dengan ujian pra
yang dilakukan pada awal kajian. Perbandingan ini diharapkan dapat
memperlihatkan keberkesanan kaedah ‘pocket multiplier’.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan keputusan ujian diagnostik yang didapati, seramai 1 orang


(2.5%) murid mendapat gred E. Manakala 3 Orang (7.5%) murid telah mendapat
gred D. ini menunjukkan bahawa 4 orang murid gagal menjawab soalan berkaitan

173
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPMTE 2010)

sifir 8 dan pendaraban yang dikemukakan. Walaupun jumlahnya tidak ramai, tetapi
hal ini boleh dianggap serius jika tindakan segera tidak diambil. Ini adalah kerana
mendarab adalah salah satu daripada 4 operasi utama dalam matapelajaran
Matematik. Berdasarkan keputusan yang didapati dalam ujian diagnostik, 4 orang
murid tersebut dipilih untuk menjadi peserta dalam kajian penyelidik kerana murid-
murid tersebut lemah dalam penguasaan sifir 8 dan proses pendaraban. 4 orang murid
ini juga menunjukkan kurang minat terhadap matapelajaran Matematik, oleh yang
demikian penyelidik juga berharap apabila diberi bimbingan menggunakan ‘pocket
multiplier’ minat murid terhadap matapelajaran Matematik dapat berubah.
Bermula pada 5 Julai 2010 penyelidik telah menjalankan kajian terhadap 4
orang murid tahun 4 Effisyen. Masa 1 bulan diperlukan oleh penyelidik untuk
mengumpul data dan maklumat daripada peserta kajian. Pemilihan peserta merujuk
kepada keputusan ujian diagnostik yang dijalankan. Ianya bagi mengenal pasti murid
yang menghadapi masalah dalam penguasaan sifir 8 dan tidak dapat menyelesaikan
soalan pendaraban. Penyelidik memperkenalkan kepada peserta kajian kaedah
“pocket multiplier” sebagai satu kaedah yang boleh membantu mereka mempelajari
sifir 8 dengan berkesan. Keputusan kajian dikumpul berdasarkan pemerhatian, temu
bual dan ujian pra dan pasca. Semakan latihan dan hasil kerja murid juga diambil
untuk menjadi bahan data kajian yang dijalankan.
Pemahaman murid dapat dinilai melalui keputusan ujian pra dan ujian pasca,
dan hasil pemerhatian oleh penyelidik, rakan kritikal dan guru kelas semasa sesi
aktiviti 1,2 dan 3 yang dijalankan penyelidik. Pemahaman peserta kajian juga dinilai
melalui jawapan peserta kajian semasa sesi temu bual. Data daripada lembaran kerja
juga diambil untuk membuktikan fakta ini. Borang pemerhatian digunakan semasa
melaksanakan pemerhatian keatas peserta kajian pada setiap sesi bimbingan yang
dijalankan oleh penyelidik. Borang pemerhatian ini diisi bagi melihat perubahan
tingkah laku yang berlaku ke atas peserta kajian sepanjang beliau menggunakan
kaedah ‘pocket multiplier’ untuk mempelajari sifir 8.
Daripada keputusan ujian pra dan pasca penyelidik mendapati peningkatan
yang amat memberangsangkan iaitu majoriti peserta kajian mencatatkan kenaikan
sebanyak 80%. Peningkatan ini membuktikan bahawa pengenalan kaedah “pocket
multiplier” telah berjaya meningkatkan pemahaman dan penguasaan peserta kajian
dalam terhadap sifir 8 dan proses pendaraban.
Hasil daripada analisis borang pemerhatian penyelidik mendapati 3 daripada
4 orang peserta kajian amat tertarik dengan penggunaan ‘pocket multiplier’. Hasil
daripada pemerhatian semasa sesi bimbingan peserta kajian menunjukkan
pemahaman terhadap penggunaan ‘pocket multiplier’. Ini dapat dilihat apabila
peserta kajian berminat dan dapat menjawab beberapa soalan lisan yang penyelidik
kemukakan semasa sesi aktiviti. Antara respon yang dinyatakan oleh peserta kajian
adalah seperti “4 x 8 jawapannya (mengira ‘smileys’ yang terdapat dalam ‘pocket
multiplier) 32 cikgu”, dan ‘senang saja guna ni.. kira saja ni (sambil menunjuk ☺)
cikgu..’. Melalui pemerhatian penyelidik juga majoriti peserta kajian menggunakan
‘pocket multiplier’ untuk menjawab soalan lembaran kerja pada setiap sesi.

Daripada kajian yang dijalankan, terbukti ‘pocket multiplier’ telah mampu


membantu murid dengan berkesan dalam mempelajari sifir 8 dan konsep pendaraban.
Ini dapat dilihat daripada keputusan murid dari ujian pra hingga ke ujian pasca
seperti di dalam Jadual 1. Dapat dilihat daripada keputusan yang diperolehi oleh
setiap peserta kajian mencatatkan peningkatan yang konsisten bermula daripada ujian
pra hingga ke ujian pasca. Ini menunjukkan semakin banyak pendedahan terhadap

174
Mohammad Hareezt Mohamad Salehe & Mohd Zailani Jaya

penggunaan ‘pocket multiplier’, semakin tinggi penguasaan peserta kajian terhadap


sifir 8 dan proses pendaraban. Ini berjaya membuktikan bahawa kaedah ‘pocket
multiplier’ dapat membantu murid dengan berkesan dalam mempelajari sifir 8 dan
proses pendaraban.
Jumlah Jawapan Yang Betul
Murid
Ujian Pra Ujian Pasca
Murid A 2 14
Murid B 3 15
Murid C 3 15
Murid D 4 15
Jadual 1 : Perbandingan pencapaian individu dalam ujian pra dan ujian pasca serta
latihan 1,2, dan 3.

Jumlah Jawapan Yang Betul


Murid
Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3
Murid A 2 4 5
Murid B 3 4 5
Murid C 3 5 5
Murid D 3 5 5
Jadual 1 : Perbandingan pencapaian individu dalam ujian pra dan ujian pasca serta
latihan 1,2, dan 3.

Hasil pemerhatian awal melihat murid bersifat kurang minat dan ragu-ragu
dalam mempelajari sifir kerana konsep pendaraban yang lemah. Peserta kajian juga
tidak mempunyai keyakinan dan minat untuk mempelajari matapelajaran matematik,
apatah lagi konsep pendaraban. Akan tetapi setelah didedahkan dengan kaedah
‘pocket multiplier’ peserta kajian mula menunjukkan kesan positif. Keberkesanan
‘pocket multiplier’ penyelidik ukur dengan membanding beza keputusan ujian pra
dan ujian pasca seperti dalam Graf 1. Daripada graf tersebut rata-rata peserta kajian
mendapat keputusan yang amat memberangsangkan. Peningkatan sebanyak 90%
dicatatkan oleh peserta kajian dalam ujian pasca. Ini menunjukkan keberkesanan
kaedah ‘pocket multiplier’ dalam membantu murid mempelajari sifir 8 dengan
berkesan.

Graf 1 : Perbandingan markah ujian pra dan pasca

175
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPMTE 2010)

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Penggunaan kaedah ‘pocket multiplier’ untuk mempelajari sifir 8

Berdasarkan dapatan kajian terbukti bahawa ‘Pocket multiplier’ telah


membantu peserta menguasai sifir 8 dan membantu mereka menjawab soalan
berkaitan pendaraban dengan mudah. Ini boleh dilihat di mana dalam ujian pra,
peserta telah melakukan banyak kesilapan dalam menjawab soalan berkait dengan
sifir 8. Manakala, setelah diperkenalkan ‘pocket multiplier’ kepada peserta, mereka
lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk menjawab soalan yang diberikan. Peserta
juga tertarik dengan ‘pocket multiplier’ kerana ianya seronok untuk digunakan.
Penggunaan kaedah ini telah terbukti keberkesanannya dalam membantu peserta
kajian mempelajari sifir 8 dengan baik. Perubahan tingkah laku yang berlaku ke atas
peserta kajian membuktikan bahawa penggunaan kaedah ‘pocket multiplier’
mendatangkan kesan positif terhadap murid.
Berdasarkan kajian Chai M.L (2009) minat seseorang murid terhadap sesuatu
topik dapat diubah dengan pendekatan yang betul dan menarik. Dalam kajian Chai,
beliau memilih seorang murid yang tidak berminat dalam mempelajari mata
pelajaran Matematik dan memperkenalkan satu tindakan yang dapat membantu
murid tersebut. Hasil kajian yang beliau laksanakan terbukti dengan pendekatan yang
menarik dan bersesuai dapat membantu murid untuk mempelajari sesuatu. Perubahan
tingkah laku merupakan satu elemen penting yang penyelidik perhatikan apabila
menperkenalkan kaedah ‘pocket multiplier’ kepada peserta kajian. Ternyata minat,
keyakinan, dan tahap keinginan untuk mempelajari sifir peserta kajian berjaya
ditingkatkan apabila pengenalan terhadap kaedah ‘pocket multiplier’ diperkenalkan.
Ini dapat dilihat semasa ujian pasca dijalankan terhadap peserta kajian, dan
didapati mereka telah berjaya menjawab 15 soalan dengan betul. Peserta kajian
kelihatan yakin dan bersemangat apabila menjawab ujian pasca yang dilakukan.
Hanya terdapat sedikit kesalahan pada penambahan nombor oleh seorang murid
akibat daripada kecuaian.
Kesimpulannya, penggunaan ‘pocket multiplier’ adalah salah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang boleh diadaptasikan di dalam kelas. Teknik ini
telah diuji dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
membantu murid dalam menguasai sifir dan konsep pendaraban.

Respon guru dan murid terhadap pengunaan ‘pocket multiplier’ dalam


mempelajari sifir 8

Berhubung dengan respon terhadap penggunaan ‘pocket multiplier’ dalam


mempelajari sifir 8, didapati guru dan peserta kajian bersikap positif terhadap
penggunaan teknik tersebut. Rata-rata memperkatakan bahawa kaedah ‘pocket
multiplier’ ini membawa kesan yang positif keatas pembelajaran murid, khasnya
dalam mempelajari sifir. Guru dan perserta kajian kedua-duanya tertarik dengan cara
penggunaan ‘pocket multiplier’. Kombinasi grafik dan pergerakan telah berjaya
menarik minta peserta kajian dan guru akan penggunaan ‘pocket multiplier’ ini
dalam proses pembelajaran.
Ini terbukti berdasarkan kajian Galvin (2009), yang membuktikan
penggunaan grafik dapat membantu peserta kajian memahami pembelajaran bentuk
muka bumi dengan kad grafik bergambar. Dalam kajian penyelidik, penyelidik juga
mengaplikasikan visual, ditambah pula dengan pergerakan untuk menarik minat

176
Mohammad Hareezt Mohamad Salehe & Mohd Zailani Jaya

peserta kajian dalam mempelajari sifir 8. Respon yang positif dapat dilihat apabila
peserta kajian dan guru kelas tertarik dengan penggunaan kaedah ini yang kreatif dan
menarik.
Sesi temubual yang dijalankan secara tidak formal keatas guru dan peserta
kajian selepas selesai menjalani aktiviti bimbingan. Ianya dijalankan bagi
mendapatkan pandangan dan respon daripada peserta kajian dan guru terhadap teknik
yang telah diperkenalkan. Berdasarkan respon-respon tersebut penyelidik
merumuskan bahawa teknik ‘pocket multiplier’ mendapat respon positif daripada
guru dan peserta kajian.
Dari sesi temubual yang dijalankan dapat disimpulkan bahawa pelajar amat
berminat apabila menggunakan ‘pocket multiplier’. Mereka merasakan bahawa
teknik ini menarik dan telah dapat membantu mereka menguasai sifir 8 dan
menyelesaikan soalan berkonsepkan pendaraban dengan mudah.

Kaedah 'pocket multiplier’ membantu murid mempelajari sifir 8

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan dalam pencapaian murid.


Ianya dapat dilihat melalui perbandingan ujian pra dan pasca. Ternyata penggunaan
‘pocket multiplier’ telah membantu peserta dalam menyelesaikan soalan pendaraban
berkaitan dengan sifir 8. Merujuk jadual 3 , 4 orang murid kumpulan sasaran kajian
telah berjaya memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan. 3 orang murid
telah berjaya menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. Kesilapan seorang
peserta hanya kerana kecuaian semasa penambahan jawapan akhir.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Keberkesanan ‘pocket multiplier’ dalam membantu murid menyelesaikan


masalah menguasai sifir 8 dan pemahaman konsep pendaraban tidak dapat dinafikan.
Dari hasil dapatan kajian, membuktikan penggunaan kaedah ini mampu mewujudkan
aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan semasa mempelajari sifir dan konsep
pendaraban. Penyelidik berpendapat bahawa ‘pocket multiplier’ boleh diperluaskan
lagi penggunaannya kepada sifir-sifir lain dan dalam menjawab soalan pendaraban
yang lebih besar.
Penyelidik juga ingin mencadangkan untuk kajian seterusnya, penggunaan
‘pocket multiplier’ dalam mempelajari sifir dan konsep pendaraban dilakukan kepada
kumpulan sasaran yang lebih besar di mana-mana sekolah rendah. Ini adalah untuk
membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab dan membantu
meningkatkan kesedaran murid akan betapa menariknya pembelajaran matematik.
Dapatan kajian tersebut nanti dapat melihat tahap keberkesanan ‘pocket multiplier’
dalam skala yang lebih besar.
Selain itu, penyelidik juga berpendapat pendekatan yang sama juga akan
dapat digunakan kepada fakta asas tambah, tolak dan bahagi dalam kajian seterusnya.
Ini kerana konsep melipat dan membuka boleh diketegorikan sebagai operasi tambah
dan tolak, manakala bahagian lipatan pula merupakan konsep yang dapat digunakan
untuk penerangan operasi pembahagian.
Untuk kajian yang seterusnya, penyelidik mencadangkan ianya dilaksanakan
dalam jangka masa yang lebih lama, ini adalah untuk menguji sama ada kaedah
‘pocket multiplier’ ini mampu meningkatkan ingatan jangka panjang murid seperti
mana yang penyelidik harapkan.

177
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPMTE 2010)

Penambahbaikan dari segi kreativiti juga patut diterapkan, ini kerana ia


dilihat sebagai satu nilai yang mampu menarik minat murid untuk mempelajari
sesuatu, termasuklah untuk mempelajari sifir. Melalui pemerhatian, penyelidik
mendapati peserta kajian telah melakukan beberapa pengubahsuaian yang menarik
serta kreatif. Pengubahsuaian kreatif ini telah memperlihatkan pesonaliti kanak-
kanak yang suka akan benda-benda baru dalam mempelajari sesuatu.

RUMUSAN

Pada awalnya, telah dikenal pasti seramai 4 orang pelajar dalam kelas 4 Effisyen
yang tidak boleh menguasai sifir dengan baik. Peserta kajian juga gagal menjawab
soalan pendaraban bagi 2 nombor satu digit yang dikemukan dalam ujian pra. Setelah
diperkenalkan kepada ‘pocket multiplier’, peserta telah berjaya memahai konsep
pendaraban. Ini dapat dilihat melalui cara peserta menjawab soalan-soalan latihan
berkaitan pendaraban dengan yakin. Bersyukur kerana kajian tindakan yang
dijalankan ini telah berjaya membantu menyelesaikan masalah penguasaan sifir
darab oleh murid. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan
minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.

RUJUKAN
Aida I. (2006) Meningkatkan kemahiran murid mencongak fakta asas darab melalui pendekatan
permainan domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13.
Chai M. L (2009) “Oh, Itunya Darab!” Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 3, 112-24.
Chinn, S. (2005) The Trouble With Maths :London and New York ; RoutledgerFalmer
Derek, H. and Anne C (2003). Understanding Mathematics in the Lower Primary Years : A Guide for
teachers of children 3-8. Great Britain: Paul Chapman Publishing.
Martin, H. (2000) Multiples Intelligences and Standard-Based Mathematics United state of America ;
SkyLight Professional Development
Mok, S.S (2001) Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Semester 2. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman SDN BHD.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1mhareezt@yahoo.com, 2mohdzailani@hotmail.com

178
‘TIC-TAC-TOE’-MEMBANTU MURID TAHUN LIMA
MENGUASAI FAKTA ASAS SIFIR TUJUH

SHARON YEO TINK TINK1


LU CHUNG CHIN2

ABSTRAK
Penyelidikan kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid dalam salah sebuah
kelas Tahun 5 di sebuah sekolah di Miri untuk menguasai sifir tujuh dengan
menggunakan ‘Tic-Tc-Toe’. Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan sebanyak dua
kitaran dalam masa empat minggu. Empat orang pelajar yang lemah dalam topik
pendaraban telah dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan keputusan ujian pra. Satu
temu bual telah dijalankan sebelum pengajaran ‘Tic-Tac-Toe’ untuk mengetahui
minat murid-murid dalam Matematik dan penguasaan pendaraban. Pemerhatian telah
dilaksanakan setiap sesi pembelajaran ‘Tic-Tac-Toe’ untuk mengenal pasti reaksi
murid-murid. Soal selidik telah ditadbirkan selepas ujian pasca untuk mengetahui
tahap penguasaan ‘Tic-Tac-Toe’ oleh murid-murid. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa ‘Tic-Tac-Toe dapat membantu murid-murid menguasai sifir tujuh.

ABSTRACT
This study is about helping pupils in one of the classes in Year 5 to master the
multiplication table seven by using Tic-Tac-Toe. This research was done in two
cycles in four weeks time. Four participants who were poor in multiplication were
chosen from the result of the pretest. Interview was conducted before applying the
Tic-Tac-Toe to know the pupils’ interest in Mathematics and multiplication.
Observation was conducted during each session to observe their attitude throughout
the session. 5-Likert Scale was implemented after the post test to know whether the
pupils have mastered Tic-Tac-Toe. The result of the study showed that Tic-Tac-Toe
was effective in helping pupils to master multiplication seven.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan mata pelajaran teras yang perlu dikuasai oleh para
pelajar. Terdapat empat fakta asas yang perlu dikuasai oleh murid iaitu operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid-murid mula belajar keempat-empat operasi
semasa belajar di aras satu di sekolah rendah. Pendaraban ialah pengelompokan set
dan penambahan berulang-ulang. Curiculum Development Center (2006) menyatakan
bahawa murid-murid harus menguasai fakta asas sebelum menguasai topik-topik
dalam Matematik. Murid-murid pada masa kini sukar untuk menguasai fakta asas sifir
darab. Pelajar akan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah Matematik
sekiranya mereka gagal menguasai sepenuhnya sifir darab. Situasi ini akan
menjejaskan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Matematik. Oleh yang
demikian, guru harus memastikan murid-murid telah menguasai sifir darab untuk
melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di kelas.

FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada peningkatan kemampuan murid-


murid dalam penguasaan fakta asas sifir tujuh supaya mereka boleh menyelesaikan
soalan pendaraban dalam Matematik. Penguasaan fakta asas darab adalah sangat
penting dalam Matematik. Murid-murid akan menghadapi masalah dan sukar
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

menjawab soalan pendaraban jika mereka gagal menguasai fakta asas mendarab.
Dalam kajian ini, peserta tidak dapat memberi jawapan yang betul dalam ujian pra
yang diberikan. Menurut Reys et al. (2007), pembelajaran fakta asas sifir akan
membantu murid-murid dalam mengelolakan pemikiran mereka dan membuat
hubungan antara nombor-nombor tersebut dengan menggunakan strategi yang sesuai.
Strategi tersebut perlu diimplementasikan untuk memudahkan murid-murid
menguasai fakta asas sifir tujuh. Oleh itu, strategi ‘Tic-Tac-Toe’ perlu diperkenalkan
dalam kajian ini untuk memudahkan murid-murid menguasai fakta asas sifir tujuh.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti penguasaan murid-murid dalam fakta asas sifir tujuh.


2. Mengenal pasti reaksi murid-murid terhadap strategi ‘Tic-Tac-Toe’.
3. Keberkesanan menggunakan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dalam pembelajaran sifir
tujuh.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap penguasaan murid-murid dalam fakta asas sifir tujuh?


2. Apakah reaksi murid-murid terhadap strategi ‘Tic-Tac-Toe’?
3. Sejauh manakah keberkesanan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dalam pembelajaran
sifir tujuh?

KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian terdiri daripada 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan Tahun 5
yang didapati mempunyai masalah dalam penguasaan fakta asas pendaraban. Mereka
ini adalah di kalangan murid-murid yang lemah. Mereka telah dipilih kerana mereka
tidak dapat menjawab soalan mengenai fakta asas sifir tujuh.

‘TIC-TAC-TOE’
0–1–2 7  4 1

Langkah 1 : 2–3–4 8 5 2

4–5–6 9 6 3

7x1 7x2 7x3


07 14 21
7x4 7x5 7x6
28 35 42
Langkah 2 :
7 x 7 49 7 x 856 7 x 963

Rajah 1: Strategi ‘Tic-Tac-Toe’

180 
 
Sharon Yeo Tink Tink & Lu Chung Chin

PROSEDUR TINDAKAN

Kitar 1

Kitar 2

Rajah 2: Tindakan yang diambil sepanjang kajian dilaksanakan


Menurut Mok (2010), rajah di atas diubah suai dari Model Kurt Lewin.

CARA PENGUMPULAN DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dalam ujian pra, 10 soalan mengenai fakta asas sifir tujuh telah dikemukakan
untuk dijawab oleh keempat-empat peserta. Tempoh masa 10 minit telah diberikan
kepada mereka untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Daripada keputusan ujian pra
yang telah diberikan menunjukkan kelemahan dalam penguasaan sifir tujuh oleh
keempat-empat peserte tersebut. Ujian pasca merupakan ujian yang sama tetapi
peserta perlu menjawab dengan menggunakan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ yang telah
diajar.

Temu Bual

Temu bual yang mengandungi 6 soalan ini telah ditujukan kepada keempat-
empat peserta pada masa yang sama sebelum pengajaran dan pembelajaran ‘Tic-Tac-
Toe’ untuk mengenal pasti minat mereka. Mereka menjawab soalan-soalan tersebut
berdasarkan pengalaman yang didapati semasa pembelajaran Matematik.

181 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Pemerhatian

Pemerhatian telah dibuat untuk merekodkan respons peserta selepas


pengajaran dan pembelajaran strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dalam kitar 1 dan kitar 2.
Perbezaan kelakuan peserta amat penting selepas mereka mempelajari strategi
tersebut dalam kitar 1 dan kitar 2.

Soal Selidik

Selepas selesai menjawab soalan dalam ujian pasca, satu soal selidik ringkas
telah ditadbirkan. Terdapat dua bahagian dalam soal seldidik ini. Dalam bahagian A,
4 orang peserta perlu menandakan borang soal selidik yang mempunyai 10 item yang
memerlukan jawapan Ya (1) atau Tidak (2) untuk mengetahui sama ada peserta telah
mahir menggunakan strategi ‘Tic-Tac-Toe’.
Selepas itu, untuk memantapkan lagi hasil dapatan kajian, penyelidik telah
menggunakan instrumen Skala Likert 5-Poin dalam bahagian B untuk mengetahui
kepentingan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dalam penguasaan fakta asas sifir tujuh. Keempat-
empat peserta perlu menjawab 10 item yang terdapat dalam borang Skala Likert 5-
Poin. Kepentingan strategi ini terhadap peserta diuji menggunakan Skala Likert 5-
Poin di antara ‘1=amat tidak setuju’ dan ‘5=amat setuju’. Untuk memastikan item
dalam Skala Likert 5-Poin mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi,
instrumen tersebut telah dirujuk kepada pensyarah dan guru pembimbing sekolah.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Keputusan ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis dengan mengira
perbezaan markah peserta dalam kedua-dua ujian tersebut. Perbezaan markah dikira
untuk mengetahui sama ada peserta mempunyai peningkatan dalam menyelesaikan
soalan sifir tujuh. Perbezaan markah 70% - 100% bermakna peserta telah menguasai
strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dan berkeupaya untuk menyelesaikan soalan sifir tujuh.
Perbezaan markah 40% - 69% bermaksud peserta hanya berupaya menguasai
sesetengah kemahiran strategi ‘Tic-Tac-Toe’. Perbezaan markah 0% - 39% bermakna
peserta belum menguasai strategi yang diajar dan mereka gagal menyelesaikan soalan
sifir tujuh.

Temu Bual

Penyelidik dapat mengetahui respons peserta dalam mata pelajaran Matematik


melalui temu bual yang dilaksanakan secara individu. Setiap peserta memberi respons
berdasarkan pengalaman yang didapati dan minat dalam Matematik. Penyelidik
mencatat respons yang diberi oleh peserta dan mengenal pasti kemampuan mereka
dalam fakta asas tujuh. Temu bual juga boleh mengeratkan hubungan di antara
penyelidik dan peserta yang memudahkan kajian ini diimplementasikan.

182 
 
Sharon Yeo Tink Tink & Lu Chung Chin

Pemerhatian

Dapatan pemerhatian mempunyai kesahan yang kukuh kerana penyelidik


boleh memerhatikan tingkah laku peserta selepas pembelajaran strategi ‘Tic-Tac-Toe’
dalam kitar 1 dan kitar 2 (Brown). Aspek-aspek yang perlu diperhatikan adalah
seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Aspek dalam Pemerhatian Peserta

Aspek Ciri-ciri
Perhatian Minat dalam strategi ‘Tic-Tac-Toe’, melukis ‘Tic-Tac-Toe’
tanpa gangguan
Kecekapan Kebolehan melukis ‘Tic-Tac-Toe’
Keyakinan Penglibatan melakukan kerja, masa untuk melukis ‘Tic-Tac-Toe’
Integrasi Interaksi dengan kawan

Soal Selidik

Penyelidik akan mengetahui sama ada peserta telah menguasai strategi ‘Tic-
Tac-Toe’ dengan melaksanakan soal selidik kepada mereka dalam bahagaian A.
Peserta perlu menjawab soalan soal selidik dengan Ya (1) atau Tidak (2). Pengiraan
peserta menjawab soalan-soalan tersebut adalah seperti berikut:

Keempat-empat peserta yang menjawab 1 dalam 10 item adalah 60% - 100%


bermakna mereka telah memahami dan menguasai strategi ‘Tic-Tac-Toe’. Semua
peserta yang menjawab 1 dalam 10 item ialah 30% - 59.9% bermaksud mereka masih
belum menguasai strategi ‘Tic-Tac-Toe’. Satu kemungkinan yang menyebabkan
peserta belum mahir ialah mereka kekurangan masa untuk berlatih ‘Tic-Tac-Toe’.
Peserta yang menjawab 1 dalam 10 item adalah 0% - 29.9% bermaksud mereka tidak
menguasai ‘Tic-Tac-Toe’ dan tidak akan menggunakan strategi ini untuk
menyelesaikan soalan sifir tujuh.

Selain itu, Skala Likert 5-Poin dalam bahagain B telah diimplementasikan


untuk mengetahui kepentingan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ kepada murid-murid. 10 item
dalam Skala Likert 5-Poin menyokong objektif kajian ini. Pengiraan purata Skala
Likert 5-Poin adalah seperti berikut:

Nilai maksimum bagi purata ialah 5 manakala nilai minimum ialah 1. Jika
nilai purata adalah dari 4.3 – 5.0, ini bermaksud ‘Tic-Tac-Toe’ adalah sangat penting
untuk mereka. Mereka telah menguasai strategi ini. Nilai purata dari 3.5 – 4.2
bermakna strategi ini adalah penting tetapi mereka hanya menggunakan strategi ini
apabila mereka mahu sahaja. Nilai purata dari 2.7 – 3.4 bermaksud peserta tidak
selalu menggunakan strategi. Mereka akan mempelajari strategi ini tetapi tidak akan

183 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

mengaplikasikannya. Nilai purata dari 1.9 – 2.6 bermakna strategi ini tidak membantu
peserta dalam menyelesaikan soalan sifir tujuh. Mereka belajar sifir hanya kerana
paksaan guru. Jika nilai purata dari 1.0 – 1.8 bermaksud ‘Tic-Tac-Toe’ tidak penting
kepada peserta. Mereka mudah lupa akan strategi yang diajar. Mereka rela
menggunakan cara sendiri untuk menyelesaikan soalan sifir tujuh.

DAPATAN KAJIAN

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Keputusan peserta dalam ujian pra dan ujian pasca adalah seperti Jadual 2.
Jadual 2: Keputusan Peserta dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Perbezaan
Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)
markah (%)
A 10 100 90
B 20 100 80
C 10 100 90
D 0 100 100

Peserta

Rajah 3: Graf Ujian Pra dan Ujian Pasca

Graf di atas menunjukkan perbezaan markah bagi keempat-empat peserta


adalah dari 80% - 100%. Semua peserta mendapat markah 100% dalam ujian pasca.
Ini menunjukkan bahawa peserta boleh menggunakan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ untuk

184 
 
Sharon Yeo Tink Tink & Lu Chung Chin

menyelesaikan semua soalan fakta asas sifir tujuh dalam ujian pasca. Strategi ini
banyak membantu mereka dalam menyelesaikan soalan sifir tujuh.

Temu Bual

Dalam temu bual, keempat-empat peserta menyatakan bahawa mereka


berminat dalam mata pelajaran Matematik. Matematik adalah mengenai nombor. Tiga
orang daripada peserta menyatakan bahawa topik pendaraban adalah topik yang
paling susah dalam Matematik. Mereka tidak menghafal dan menguasai sifir tujuh
walupun disuruh oleh guru di sekolah. Guru di sekolah tidak mengajar strategi yang
mudah untuk membantu murid-murid dalam penguasaan sifir. Ekoran daripada itu,
mereka tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberi. Apabila disuruh untuk
menyelesaikan soalan pendaraban, mereka akan merujuk kepada sifir yang ada pada
belakang buku latihan. Peserta menjawab sifir 6, 7 dan 8 adalah paling susah untuk
dikuasai kerana penglibatan nombor besar.

Pemerhatian

Pemerhatian dibuat selepas peserta telah belajar Tic-Tac-Toe dalam kitar 1


dan kitar 2. Aspek-aspek yang telah dipenuhi oleh peserta adalah seperti Jadual 3 dan
Jadual 4.

Jadual 3: Aspek dipenuhi peserta (Kitar 1)

Peserta Aspek Dipenuhi


A Tiada aspek dipenuhi
B Interaksi
C Perhatian, Kecekapan, Keyakinan, Integrasi
D Perhatian, Kecekapan, Integrasi

Jadual 4: Aspek dipenuhi peserta (Kitar 2)

Peserta Aspek Dipenuhi


A Semua aspek dipenuhi
B Semua aspek dipenuhi
C Semua aspek dipenuhi
D Semua aspek dipenuhi

Soal Selidik

Jadual 5 menunjukkan hasil soal selidik yang dikumpul daripada peserta


dalam bahagian A.

185 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Jadual 5: Data yang dikumpul dari Soal Selidik

Jawapan
Item
Ya (1) Tidak (2)
1 4 0
2 4 0
3 3 1
4 2 2
5 1 3
6 2 2
7 3 1
8 4 0
9 1 3
10 2 2
Jumlah 26 14

= x 100%

= 0.65 x 100%
= 65%
Daripada data yang dikumpul, peserta yang menjawab ‘1’ adalah 65%. Ini
bermakna peserta telah menguasai strategi ‘Tic-Tac-Toe’. Data menunjukkan peserta
akan menggunakan strategi ini sepenuhnya untuk menyelesaikan soalan sifir tujuh.

Data yang dikumpul dari bahagian B iaitu Skala Likert 5-Poin ditunjukkan
dalam Jadual 6. Jadual ini mengandungi item, peserta dan skala yang dipilih oleh
peserta.

Jadual 6: Data dikumpul dari Skala Likert 5-Poin

Item
Peserta 
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

A 5 5 3 5 5 5 4 5 4 4
B 4 5 3 5 4 5 4 5 4 5
C 5 4 3 5 4 3 4 4 4 5
D 5 4 3 4 4 4 5 4 4 5

Cara kerja untuk (bilangan peserta memilih 1 skala x skala) adalah seperti beikut:
Bilangan peserta yang memilih skala 1 ialah 0, 1 x 0 = 0
Bilangan peserta yang memilih skala 2 ialah 0, 2 x 0 = 0
Bilangan peserta yang memilih skala 3 ialah 5, 3 x 5 = 15
Bilangan peserta yang memilih skala 4 ialah 18, 4 x 18 = 72

186 
 
Sharon Yeo Tink Tink & Lu Chung Chin

Bilangan peserta yang memilih skala 5 ialah 17, 5 x 17 = 85


= 0 + 0 + 15 +72 +85
= 172

= 4.3
Purata hasil dapatan dari Skala Likert 5-poin ialah 4.3. Purata yang tinggi ini
menunjukkan peserta memahami dan mempunyai minat dalam topik pendaraban.
Mereka sedar akan kepentingan pengguasaan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ untuk
membolehkan mereka menyelesaikan soalan sifir tujuh. Mereka mengaplikasikan
strategi ‘Tic-Tac-Toe’ untuk membantu mereka dalam penguasaan sifir tujuh.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Salah satu objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti penguasaan murid-
murid dalam penguasaan sifir tujuh. Ujian pra telah ditujukan kepada murid-murid
Tahun 5. Empat peserta telah dipilih berdasarkan keputusan ujian pra ini. Penyelidik
dapat mengenal pasti kemampuan peserta dalam menjawab soalan fakta asas sifir
tujuh. Temu bual juga dilaksanakan untuk mengenal pasti kemampuan peserta dalam
pendaraban. Oleh itu, pengajaran strategi ‘Tic-Tac-Toe’ perlu diimplementasikan
untuk membantu peserta menguasai fakta asas sifir tujuh.
Kesusahan murid-murid untuk menguasai fakta asas sifir disokong oleh
Guskov yang menyatakan bahawa mereka mudah lupa sifir jika mereka hanya
menghafal sifir tanpa menggunakan apa-apa strategi. Faddreen Jingan (2006)
menjalankan satu kajian mengenai penguasaan murid-murid dalam fakta asas sifir
dengan menggunakan strategi sendiri.
Reaksi peserta dapat dikenal pasti dengan pemerhatian yang dibuat.
Penyelidik memerhatikan reaksi peserta dalam beberapa aspek dalam Kitar 1 dan
Kitar 2 untuk mengenal pasti perbezaan peserta dalam kedua-dua kitar tersebut dan
seterusnya mengenal pasti kitar yang berkesan untuk pengajaran sifir tujuh. Brown
(2003) menghuraikan corak nombor adalah penting untuk pembelajaran murid-murid
dalam mata pelajaran Matematik. Susunan nombor yang unik dan menarik dapat
membantu murid-murid menguasai fakta asas sifir tujuh dengan jayanya.
Keberkesanan peserta menggunakan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dalam
pembelajaran sifir tujuh dapat dikenal pasti daripada data yang dikumpul. Ujian pasca
telah diberikan kepada peserta untuk mengenal pasti peningkatan mereka dalam
pembelajaran ‘Tic-Tac-Toe’. Semua peserta berjaya menjawab soalan yang
dikemukakan. Data yang diperolehi dalam soal selidik juga menyokong keputusan
ujian pasca yang menunjukkan peserta telah menguasai strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dan
strategi ini penting untuk menguasai fakta asas sifir tujuh.
Cooper (1994) telah melaksanakan satu kajian yang hampir serupa mengenai
keberkesanan ‘Tic-Tac-Toe Math’ yang berpetak untuk membantu murid-murid
dalam penyelesaian soalan sifir tujuh. Artherton (2010) menyatakan bahawa manusia
memerlukan satu strategi yang menarik untuk membantu kita dalam ingatan jangka

187 
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

panjang. Kajian ini menyokong keberkesanan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ untuk membantu


murid-murid menguasai sifir tujuh.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini sangat berguna dan dapat membantu semua tahap murid-murid
dalam penguasaan fakta asas sifir tujuh. Dalam kajian ini, strategi ini hanya
diaplikasikan kepada 4 peserta Tahun 5. Strategi ini boleh ditujukan kepada semua
tahap murid-murid di sekolah rendah dari pelbagai kebolehan murid-murid untuk
mendapatkan keputusan kajian yang lebih mantap.
Strategi ‘Tic-Tac-Toe’ ini diperkenalkan kepada murid-murid untuk
menguasai fakta sifir tujuh. Walau bagaimanapun, strategi yang berlainan (6 dan 8)
juga patut diperkenalkan untuk memudahkan murid-murid menguasai fakta asas sifir
tersebut.
Disebabkan kesuntukan masa, penyelidik hanya memilih empat peserta dalam
menjayakan kajian ini. Semakin besar saiz peserta, semakin tepat keputusan yang
diperolehi daripada kajian tersebut. Penyelidik juga boleh menggunakan pelbagai cara
untuk pengumpulan data supaya keputusan yang didapati lebih tepat.
Penyelidik boleh mengaplikasikan strategi ‘Tic-Tac-Toe’ ini secara
berpasangan. Dengan ini, mereka berupaya berinteraksi dan saling membantu jikalau
menghadapi masalah semasa mempelajari strategi ini.

RUMUSAN

Dalam kajian ini, penyelidik boleh mengenal pasti penguasaan murid-murid


dalam fakta asas sifir tujuh melalui ujian pra dan temu bual yang dilaksanakan.
Reaksi murid-murid terhadap strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dapat dikenal pasti dengan
pemerhatian yang dibuat dalam kitar 1 dan kitar 2. Keberkesanan menggunakan
strategi ‘Tic-Tac-Toe’ dalam pembelajaran sifir tujuh juga boleh dikenal pasti dalam
kajian ini melalui soal selidik yang ditadbirkan.
Kajian ini diimplementasikan untuk peserta-peserta dalm kajian ini kerana
mereka tidak dapat menguasai fakta asas sifir tujuh. Oleh itu, satu strategi yang
berkesan perlu diperkenalkan untuk memudahkan penguasaan fakta asas sifir dalam
diri murid-murid. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa strategi ‘Tic-Tac-Toe’ ini
menyumbang kepada murid-murid dalam kajian ini untuk menguasai fakta asas sifir
tujuh. Keberkesanan strategi ini membolehkan peserta mempelajari sifir tujuh dan
seterusnya berupaya menyelesaikan soalan pendaraban dalam Matematik. Kajian ini
boleh dijadikan panduan kepada guru-guru sekolah lain untuk pengajaran fakta asas
sifir tujuh. Kesimpulannya, guru di sekolah perlu menerapkan strategi yang menarik
untuk memudahkan murid-murid mempelajari fakta asas sifir.

188 
 
Sharon Yeo Tink Tink & Lu Chung Chin

RUJUKAN

Atherton, J. (2010). Memory. [Online]. Available:http://www.learningandteaching.info/learning/


memory.htm [2010, July 4]
Brown, L. (n.d.). Observational Field Research. [Online].
Available:http://www.socialresearchmethods.net/tutorial/Brown/lauratp.htm [2010, July 1]
Brown, T. (2003). Meeting The Standards In Primary Mathematics. London and New York:
RoutledgeFalmer Taylor and Francis Group.
Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital
Dissertations. [Online].
Available:http://www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/search/recordDetails.jsp?
searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0=Alternative+Math+Tech
niques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExtSearch_SearchType_0=kw&
_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accno=ED376355&_nfls=false.
[2010, June 23]
Curriculum Development Centre (2006). Integrated Curriculum for Primary Schools Curriculum
Specifications Mathematics. Putrajaya: Ministry of Education Malaysia.
Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir. Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan IPTAR. Sarawak: IPTAR, 10-16
Guskov, V. (n.d). Times Tables-Causes of Difficulties (1-3). [Online]. Available:
http://www.eioba.com/a124602/times_tables_causes_of_difficulties_1_3 [2010, July 8]
Reys et al. (2007). Helping Children Learn Mathematics. United States of America: Wiley.
Mok, Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1sharonttyeo@hotmail.com, 2adyabc@gmail.com

189 
 

You might also like