You are on page 1of 198

Persatuan Guru STEM Malaysia ©,2020

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan
dalam sistem simpanan kekal atau dipindahkan ke dalam sebarang bentuk atau sebarang cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin
daripada penulis.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Koleksi Ilmiah Pendidikan Kajian Tindakan Edisi 2020 disunting Oleh Nur Farhana Ramli,
Norhana Bakhary

Diterbitkan oleh:
Persatuan Guru STEM Malaysia
(PPM-013-10-16042018)
STEMUPM Laboratory Fakulti Sains,
Universiti Putra Malaysia, 43400,
Serdang , Selangor

Reka bentuk kulit : Siti Nabilah Kasdi


Rupa Taip Teks : Times New Roman
Saiz Taip Teks : 12 / 18

E-ISBN : e978-967-18115-1-1
LEMBAGA EDITOR
PENASIHAT
DR NURZATULSHIMA KAMARUDIN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM
EN NOORSUHAILY BIN ALI MRSM JOHOR BAHRU, JOHOR
PN LEE SAW IM SMK BINTANG UTARA, KUALA LUMPUR

KETUA EDITOR
DR NUR FARHANA RAMLI SEKOLAH DALAM HOSPITAL PPUKM
DR NORHANA BAKHARY PPD SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

SIDANG EDITOR
DR CHIN CHEE KEONG IPG KAMPUS TUANKU BAINUN ,PULAU PINANG
DR NAJIHAH MUSTAFFA SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH, PERAK
DR FATIMAH RAMLI SMK KHIR JOHARI, BERANANG, SELANGOR
DR INTAN BAIZURA A GHANI SMAP LABU , NEGERI SEMBILAN
DR KHOO CHWEE HOON IPG KAMPUS KENT, SABAH.
DR NORAZLINDA MOHD DARBY MAKTAB TENTERA DIRAJA, KUALA LUMPUR
DR NORHANA BAKHARY PPD SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
DR SUHAIMI ZAKARIA @ OTHMAN SM SAINS MUAR, JOHOR
DR SUHAIZA MAT SAID SMA SETIU, TERENGGANU
DR WAN NOR FADZILAH WAN HUSIN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, PUTRAJAYA
DR WAN NOOR ADZMIN MOHD SABRI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, NEGERI SEMBILAN
DR ANIS DIYANA HALIM SM SAINS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR
DR RAHAYU JOHARI SM SAINS REMBAU, NEGERI SEMBILAN
DR NORAZLA MUSTAFA SM SAINS TUANKU SYED PUTRA, PERLIS
DR ASMAWATI MOHAMAD ALI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG, PAHANG
DR BAVANI A/P NAGESWANA ROW SK ST PAUL, NEGERI SEMBILAN
TS DR PAJUZI AWANG IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, TERENGGANU
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya telah lahir siri buku Koleksi Ilmiah
Pendidikan yang juga merupakan penerbitan pertama dari Persatuan Guru STEM Malaysia
(PGSM). Buku ini merupakan kesinambungan dari program Konfren Pengajaran dan
Pembelajaran, Cabaran STEM Maya PGSM 2020.

Pertamanya, saya bagi pihak seluruh ahli Persatuan Guru STEM Malaysia ingin mengucapkan
terima kasih kepada Pusat STEM Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Universiti
Putra Malaysia atas kerjasama yang diberikan. Saya yakin, kerjasama seperti ini sangat membantu
para guru dalam mengembangkan profesionalisma mereka.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan program ini terutamanya kepada pasukan penerbitan atas kesungguhan dan komitmen
mereka. Tidak lupa juga kerjasama yang diberikan oleh para perserta dalam membantu kelancaran
penghasilan buku ini.

Penghargaan ini juga diberikan kepada semua ahli Persatuan Guru STEM Malaysia dan rakan
strategik PGSM yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi kejayaan ini. Semoga
lebih banyak kejayaan yang kita dapat cipta dalam memartabatkan pendidikan khususnya
pendidikan STEM di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

En Noorsuhaily Bin Ali


Pengerusi
Persatuan Guru STEM Malaysia
PRAKATA

Salam sejahtera.

Saya amat bangga dengan kejayaan Persatuan Guru STEM Malaysia menerbitkan Koleksi Ilmiah
Pendidikan yang melibatkan hasil penyelidikan daripada warga pendidik dari seluruh Malaysia.
Penyelidikan merupakan amalan yang penting bagi menangani isu dalam bilik darjah. Amalan
baik, inovasi, penilaian dan kajian tindakan dalam pendidikan STEM memainkan peranan yang
penting dalam usaha melahirkan modal insan yang berdaya saing secara global.

Buku ini merupakan platform bagi para pendidik untuk membuat perkongsian penyelidikan
masing-masing. Diharap dengan adanya perkongsian ini dapat memberi suntikan dalam usaha
memperkasakan STEM untuk menyediakan murid-murid menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan
pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Para pembaca juga boleh membuat rujukan adaptasi idea baru
dalam pelaksanakan aktiviti pendidikan di institusi masing-masing.

Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua penulis yang sudi mengambil bahagian
dalam penerbitan koleksi ilmiah PGSM ini. Tidak lupa juga merakamkan jutaan terima kasih
kepada Pasukan Editor yang bertungkus lumus untuk membuat penyuntingan untuk
menghasilkan koleksi ilmiah yang berkualti. Syabas, anda semua hebat!

Akhir kata saya berharap agar penerbitan penyelidikan pada kali ini dapat memberi manfaat
kepada semua warga pendidik.

Puan Lee Saw Im


Timbalan Pengerusi Persatuan Guru STEM Malaysia
Pengerusi Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Kebangsaan 2020
ISI KANDUNGAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA JAWI BAGI MURID TAHUN 4 IBNU SINA
DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK HURUF JAWI ( j-BOX)
Noraishah A.Rahman 1
AMALAN TERBAIK PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) ABAD KE 21
“JAWABLAH SAYANG”
Noraini Bajoori 9
TEKNIK LaLaBi: KETEPATAN BACAAN PENGUKURAN DENGAN MENGGUNAKAN
MIKROMETER DALAM KALANGAN MURID KELAS MEKANIKAL
Md Nasser Samsudin 14
PENGGUNAAN MODEL BAR DALAM PENGUASAAN PENAAKULAN BERKADAR
Ng Yan Mei , Effandi Zakaria & Mohd Effendi @ Ewan Mohd.Matore 20
KAEDAH LOCUS IN CARTESIAN PLANE : MENGGUNAKAN PENDEKATAN `HANDS ON`
DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID 3 CEKAL DALAM KONSEP LOKUS
DALAM DUA DIMENSI
Ruhaya Mohamed & Minah Selamat 29
KAJIAN AWAL: DATA STORAGE SYSTEM FOR MATERIALS RESEARCH AND
INNOVATION AT KOLEJ KOMUNITI SELANDAR (DaSRnI)
Norzahirah Zainuddin, Siti Soraya Mohd Sapuan & Sharifah Nadiyah Razali 36
USING SCREENCASTIFY APPLICATION AS A MEDIUM OF FEEDBACK FOR STUDENTS
Norkhalilie Zulkifli 42
PENGGUNAAN TEKNIK ‘MAGIC BOX’ DALAM MENGIMBANGI PERSAMAAN KIMIA
DENGAN BETUL
Nur Afiqah Yahaya 49
PENGGUNAAN YOUTUBE MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN FAKTA SAINS
DI KALANGAN MURID BUMIPUTERA DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
Law Sie Tung & Wong Chung Ching 58
SIMULASI HANDS ON SiMoPTek DALAM TOPIK PERGERAKAN PLAT TEKTONIK
Iwana Ivy Abdullah 65
VidMap-Q: MENINGKATKAN KEMAHIRAN KONSEPTUAL BAGI TOPIK IMMUNE
RESPONSE
Zulkefli Shahruddin, Afiqah Mohamed, Fatimah Ismail & Aidawati Maruddin 74
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN D-Minus DALAM PEMBELAJARAN
MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH
Goh Kok Ming 81
PENGGUNAAN APLIKASI ZOOM UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KETIDAKHADIRAN
GURU MELALUI PEMBELAJARAN PERSIDANGAN VIDEO
Wan Noor Meeraisha Wan Jamaluddin & Dani Asmadi 93
PENGGUNAAN GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH
Mohd Fadli Ahdon & Hasniza Harun 99
PENGGUNAAN SIMULATOR SIFAT GAS UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
MEMAHAMI TAJUK GAS PELAJAR MATRIKULASI
Amal Harun & Dani Asmadi Ibrahim 106
PENGGUNAAN PAPAN DART ATOM DALAM MENINGKATKAN KEBOLEHAN PELAJAR
MENJAWAB DAN MELUKIS STRUKTUR ELEKTRON ATOM BAGI TOPIK STRUKTUR
ATOM, JADUAL BERKALA DAN IKATAN KIMIA
Hairunnisa Khalid 114
PROGRAM SUPER 5 - UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENERANGKAN
ELEKTROLISIS LARUTAN AKUEUS
Lee Saw Im 121
MODEL ENZIM & GRAF: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID 4 SAINS DALAM
KONSEP TINDAKAN ENZIM
Minah Selamat 130
TEKNIK KaTa-G DALAM MENJANA IDEA MEMBINA AYAT DENGAN CEPAT DAN
EFEKTIF
Mohd Sallehudin Mohd Hailani 138
STONES AND STICKS: MENINGKATKAN PENGUASAAN OPERASI TAMBAH DAN TOLAK
INTEGER SERTA ALGEBRA DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4B
Maslihah Hashim 147
KAEDAH MENGHAFAL IMBUHAN DENGAN MENGGUNAKAN LAGU “PREFIXES SONG”
UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGIRAAN PERTUKARAN UNIT DALAM
MATA PELAJARAN FIZIK
Wan Suharti Wan Kamaruddin 156
APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN SMART SINGING DALAM MEMPERTINGKATKAN
KOSA KATA DAN PRESTASI PENCAPAIAN BAHASA ARAB – SATU KAJIAN TINDAKAN
BAGI MURID TAHUN 5 OMAR
Mohd Riduan Nazarudin & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff 167
PENGGUNAAN KIT SMART WUDUK 2.0 BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN
MENGINGAT DAN PENAAKULAN RUKUN WUDUK MURID 1 POSITIF SK KAMPUNG
TUN RAZAK, MELAKA
Nur Azeeyatty Abdul Rahim 172
MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN DAN MENARIK MINAT MURID UNTUK
MELIBATKAN DIRI DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN BAHASA ARAB
TERHADAP TOPIK TANDA BARIS DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “UNIQUE GLOVE”
Siti Salia Mohd Ali 184
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA JAWI
BAGI MURID TAHUN 4 IBNU SINA DENGAN
MENGGUNAKAN KOTAK HURUF JAWI ( j-BOX)
Noraishah A.Rahman
Sekolah Kebangsaan Rumbia, Melaka.
Emel : bushro_1@yahoo.com

Abstrak
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran mengeja jawi bagi murid tahun 4 Ibnu
Sina dengan menggunakan kotak huruf jawi (j-BOX). Seramai 10 orang murid yang mempunyai tahap
pencapaian lemah, terlibat dalam kajian ini. Untuk mengukur tahap penguasaan murid, pengkaji
melaksanakan pengumpulan data melalui tiga cara iaitu pemerhatian, temubual dan ujian pra & post. Kajian
ini berbentuk kuantitatif berdasarkan soalan yang diberikan. Dapatan daripada penggunaan kotak huruf jawi
atau j-BOX, analisis membuktikan terdapat peningkatan ketara dalam kemahiran mengeja jawi dan
menyambung huruf tunggal menjadi perkataan. Penggunaan j-BOX merupakan satu pendekatan bermain
sambil belajar dengan menggalakkan murid mengingat padanan huruf dan mencantum huruf menjadi
perkataan.Murid secara tidak langsung mengetahui bentuk huruf tunggal, awal, tengah dan akhir. J-BOX
yang berwarna warni, menarik minat murid untuk mencuba sehingga berjaya mendapat ejaan yang betul.

Kata kunci : kotak huruf jawi, meningkatkan kemahiran mengeja.

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu


Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program j-QAF iaitu jawi, al-quran, arab
dan fardu ain pada tahun 2005. Jawi adalah sebahagian daripada komponen Pendidikan Islam dengan
pendekatan 1 waktu dalam masa seminggu. Ujian jawi perlu diadakan setiap 6 bulan sekali bagi memastikan
murid sentiasa dinilai supaya murid yang masih tidak menguasai perlu mengikuti intervensi yang sesuai
seperti Kem Cemerlang Jawi (KCJ). Pengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam menjadikan
pengkaji sentiasa berfikir bagaimana ingin menyelesaikan masalah murid tidak boleh membaca
jawi.Walaupun murid telah berada di tahap 2, masih ada yang tidak dapat mengeja jawi dengan baik
walaupun telah menerima pendedahan seawal pra sekolah lagi. Disebabkan murid tidak tahu mengeja jawi,
kesannya murid tidak dapat membaca teks jawi dan akhirnya tidak memahami isi pengajaran guru. Objektif
pembelajaran sukar dicapai bagi murid yang tidak tahu membaca jawi. Murid ini sering merungut kerana
sukar untuk membaca tulisan jawi apatah lagi membina ayat jawi. Berdasarkan pemerhatian saya, murid
cepat hilang fokus dan kurang memberi perhatian semasa pembelajaran disebabkan perkara asas yang tidak
dikuasai. Murid ini juga sukar menjawab soalan peperiksaan kerana tidak memahami kehendak soalan
Pendidikan Islam yang disediakan dalam tulisan jawi. Latihan yang diberikan biasanya tidak dibuat.
Menyedari bahawa satu inovasi jawi perlu dicipta untuk memudahkan murid menukar huruf rumi
kepada huruf jawi begitu juga sebaliknya, maka saya menghasilkan satu inovasi yang saya namakan sebagai
j-BOX iaitu kotak huruf jawi yang merujuk kepada kotak-kotak padanan huruf jawi dan rumi. Setiap muka
kotak ini mengandungi huruf tunggal, huruf awal, huruf tengah dan huruf akhir.Pelbagai warna yang
diberikan pada setiap muka kotak, akan menarik minat murid untuk belajar menyambung huruf. Di samping
itu, murid akan merasa seronok kerana mereka boleh belajar mengingat padanan huruf jawi sambil bermain
dengan santai.

2.0 Fokus Kajian


Kajian ini memfokuskan 10 murid lemah membaca jawi dan mendapat markah 40% dan ke bawah
dalam pentaksiran jawi yang diadakan pada bulan Februari. Melalui semakan buku latihan dan instrumen

1
pentaksiran, 10 orang murid ini tidak dapat membina ayat menggunakan tulisan jawi. Sekiranya saya tidak
melakukan intervensi kepada 10 orang murid ini, kemungkinan besar mereka masih buta huruf dalam
membaca jawi apabila melangkah ke tahun 5 dan tahun 6. Bagi murid yang lain, mereka sekurang-
kurangnya telah dapat membaca jawi. Jadi saya telah menyediakan latihan pengukuhan dan pengayaan di
dalam instrumen penilaian Pendidikan Islam tahun 4. Antara elemen yang ingin saya ketengahkan adalah
menekankan pembelajaran abad ke 21 yang berteraskan konsep (4K dan 1N) iaitu amalan kolaboratif,
komunikasi, pemikiran kritis, kreativiti dan nilai murni sepanjang menggunakan j-BOX ini.
Menurut Abdul Rahman Abd Majid (2007), setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan
intelek yang berbeza-beza. Dalam pembelajaran jawi, saya menerapkan unsur berdaya saing, bekerjasama
dan saling menghormati. Secara tak langsung, konsep kolaboratif sesama ahli kumpulan berlaku ketika
murid bermain bahan inovasi j-Box. Menurut Abdullah Hassan & Bainon Mohd (2011), bermain menjadi
fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Oleh itu, pendidikan yang menekankan
pendekatan belajar melalui bermain dan mengandungi elemen didik hibur akan mudah diikuti oleh murid.
Melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman
secara langsung dan semulajadi. Mengikut pandangan Imam Al-Ghazali, bermain dapat mengembangkan
sifat semula jadi kanak-kanak, menyihatkan tubuh, menguatkan otot, mendatangkan kegembiraan dan
kerehatan selepas penat belajar. Penghasilan inovasi j-BOX adalah berdasarkan Model Montessori dalam
pendidikan awal kanak-kanak yang muncul dalam abad ke 20. Seperti Piaget, teori perkembangan
Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau menekankan kepada kaedah mengajar yang sesuai dengan
masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlu mempunyai sifat-sifat khas
supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.

3.0 Sorotan Literatur


Banyak teknik mengeja jawi yang telah diperkenalkan oleh para guru di seluruh negara. Antaranya
teknik “CUT” and “ WRITE” yang dihasilkan oleh Ustazah Hafizah binti Mohamed dari Sekolah
Kebangsaan Lahar Yooi, Tasek Gelugor, SPU, Pulau Pinang. Berdasarkan kajian yang beliau lakukan ke
atas murid, teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak
yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara. Ini menunjukkan teknik yang dilaksanakan sangat
bersesuaian dan berkesan. Murid semakin yakin untuk menjawikan perkataan menggunakan teknik “CUT”
and “WRITE”. Hasil tinjauan yang dibuat, murid telah faham dan mengikuti teknik yang dipelajari.
Terdapat juga beberapa inovasi jawi yang telah dihasilkan. Antaranya inovasi SOFY yang
diasaskan oleh Ustazah Supiyaton Mokti dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua Negeri Sembilan. Inovasi
beliau menggunakan magnet untuk mencantumkan papan huruf jawi. Antara kaedah yang beliau gunakan
adalah mengingat huruf tunggal dengan gaya dan menyebut suku kata dengan nyanyian.
Penghasilan teknik AWJAD (Awal Jawi) dan kad Dalil Jawi oleh Ustazah Dalilah Desa dari SK
Labuan, Sabah juga banyak membantu murid. Teknik AWJAD membolehkan murid mengenal huruf-huruf
jawi dengan baik. Kad Dalil Jawi pula, menjadi rujukan yang memudahkan murid untuk mengeja jawi dan
menulis jawi dengan betul.

4.0 Objektif Kajian


Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid dapat mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran murid untuk membaca tulisan jawi.

ii. Objektif Khusus


- Murid dapat mengingati padanan huruf jawi dan rumi.
- Murid dapat mengeja perkataan jawi.
- Murid boleh menukar perkataan rumi kepada jawi.
- Murid boleh menyambung huruf tunggal jawi menjadi perkataan.

2
5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 4 Ibnu Sina yang terdiri daripada 6 murid lelaki dan 4
murid perempuan.

6.0 Pelaksanaan Kajian


Untuk mengatasi masalah yang dihadapi, beberapa tindakan telah diambil untuk menambah baik
amalan pengajaran sebelum ini. Pelaksanaan kajian ini adalah seperti berikut:

6.1 Tinjauan Awal Masalah


Dalam proses mengumpul data pada peringkat awal, pengkaji telah melakukan tinjauan melalui
tiga pendekatan iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian pra.

6.1.1 Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian untuk melihat sejauh mana sikap murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Ada yang tidak membawa buku latihan dan buku teks yang dibekalkan oleh
sekolah. Terdapat 4 orang murid yang langsung tidak boleh mengeja perkataan jawi. Seramai 10 orang
murid pula masih tidak faham cara menyambung huruf jawi tunggal menjadi perkataan.

6.1.2 Temu Bual


Temu bual dibuat secara rawak.Soal jawab secara lisan dengan 10 murid tentang menukar huruf
rumi kepada jawi. Namun separuh daripada mereka tidak mengingat padanan huruf jawi dan rumi dengan
baik.

6.1.3 Ujian Pra


Pengkaji telah menjalankan ujian pra. Ujian ini direka sendiri oleh pengkaji,yang mana soalan bagi
ujian ini dapat menentukan murid mengeja jawi dengan betul atau sebaliknya. Dapatan ujian pra adalah,
tidak ada seorang pun daripada 10 murid yang dapat menjawab kesemua soalan jawi dengan betul.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah


Dalam proses mengumpul data pada peringkat akhir, pengkaji telah melakukan analisis tiga
pendekatan yang sama iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian pra juga ujian post.

6.2.1 Pemerhatian
Pemerhatian pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mendapati, 8 daripada 10 murid 4
Ibnu Sina yang kelihatan gelisah telah berkurang menjadi hanya 2 orang. Di dapati juga, kebanyakan
mereka sudah mula menunjukkan minat dengan jawi.

6.2.2 Temu Bual


Berdasarkan temubual awal ke atas 10 murid 4 Ibnu Sina, didapati bahawa 9 daripada 10 murid
merasa keliru untuk memberikan jawapan yang tepat ketika guru bertanyakan soalan berkaitan ejaan jawi.
Namun setelah murid menggunakan j-BOX, hanya 2 daripada 10 murid tersebut, yang masih keliru.

6.2.3 Ujian Pra dan Post


Pengkaji menggunakan ujian pra dan post yang mana soalan yang sama digunakan untuk
mengukur samada wujud peningkatan markah selepas penggunaan inovasi kotak huruf jawi (j-BOX). Bagi
analisis ujian post, didapati berlaku peningkatan peratus iaitu 100% setelah sebulan murid menggunakan j-
BOX.

3
6.3 Tindakan Yang Dijalankan
Penggunaan inovasi kotak huruf jawi (j-BOX)

i. Guru membantu murid mengingat padanan huruf rumi dengan huruf jawi yang terdapat pada setiap
kotak.
ii. Guru menerangkan kepada murid cara menggunakan kotak huruf jawi( j-box) yang mengandungi
huruf tunggal (ungu), huruf awal (kuning), huruf tengah (biru) dan huruf akhir (oren).
iii. Warna yang berlainan diberikan untuk setiap muka kotak supaya murid mudah mengingat bentuk
huruf.
iv. Sticker berwarna merah juga ditampal di atas kotak bagi 7 huruf yang tidak boleh sambung
menggunakan kaedah RODAZVZ. Sticker hijau ditampal pada semua huruf yang lain
menunjukkan bahawa huruf tersebut boleh disambung.
v. 10 orang murid yang terpilih dibahagikan kepada 2 kumpulan.Setiap kumpulan diberi j-box untuk
menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
vi. Murid berbincang untuk menyusun kotak huruf, menyambung huruf dan menukar perkataan jawi
kepada rumi begitu juga sebaliknya.
vii. Murid boleh scan QR code untuk mengenal huruf jawi dan melihat cara penggunaan j-BOX.

4
6.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian
i. Guru menyemak setiap jawapan murid dan membetulkan ejaan yang salah. Semua murid
membuat pembetulan.
ii. Latih tubi membaca dan mengeja diberikan dari semasa ke semasa.
iii. Murid yang masih tidak menguasai, diberi peluang menggunakan j-BOX secara individu.
iv. Murid boleh menyemak jawapan ejaan jawi menggunakan program ejawi2u yang telah dimuat
turun di telefon pintar.

CONTOH UJIAN PRA DAN POST YANG DIHASILKAN OLEH PENGKAJI.


SOALAN PRA (j- BOX) SOALAN POST (j-BOX)
TUKARKAN PERKATAAN RUMI KE JAWI: TUKARKAN PERKATAAN RUMI KE JAWI:
1) SATU : .....................…. 1) SATU : .....................….
2) BUDI : ......................….. 2) BUDI : ......................…..
3) JASA : ......................….. 3) JASA : ......................…..
4) PROGRAM : ............….… 4) PROGRAM : .............…..
5) BESTARI: ................…… 5) BESTARI: ................……
MARKAH UJIIAN PRA :…………… MARKAH UJIAN POST:………………

Jadual 1
Analisis Ujian Pra & Post
BIL NAMA MARKAH PRA MARKAH PRA MARKAH MARKAH
MURID (RUMI KE (JAWI KE RUMI) POST POST
JAWI) (RUMI KE (JAWI KE
JAWI) RUMI)
1. Murid 1 20 30 30 50
2. Murid 2 20 30 40 50
3 Murid 3 30 30 40 50
4. Murid 4 30 40 40 50
5. Murid 5 30 40 40 50
6. Murid 6 30 40 40 50
7. Murid 7 40 40 50 55
8. Murid 8 40 50 50 50
9. Murid 9 40 50 50 50
10. Murid 10 50 50 50 50
Peratus 60% 70% 90% 100%
Lulus
Peratus 40% 30% 10% -
Gagal

Berdasarkan jadual di atas, didapati jumlah murid dari kelas 4 Ibnu Sina yang memperolehi markah
lulus ( markah lulus 40% ke atas ) dalam ujian pra ialah seramai 6 orang iaitu 60% manakala peratus gagal
pula ialah sejumlah 40% yang mewakili seramai 4 murid. Bagi ujian post pula, semua murid memperolehi
markah lulus dalam ujian tersebut ialah seramai 10 orang iaitu 100% manakala tiada peratus gagal.
Peningkatan peratus tahap pencapaian ini dapat dilihat selepas guru menjalankan ujian pos bagi sepuluh
murid yang sama dan menggunakan soalan yang sama. Ini membuktikan, penggunaan bahan inovasi j-Box
dapat meningkatan kemahiran mengeja jawi dalam tempoh sebulan sahaja.

5
Analisa Ujian Murid Pra dan Pos (%)
120
100
80
60
40
20
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9

10
id id id id id id id id id
ur ur ur ur ur ur ur ur ur

id
ur
M M M M M M M M M

M
Ujian Pra R-J Ujian Pos R-J Ujian Pra J-R Ujian Pos J-R

Graf 1: peningkatan murid yang lulus selepas menggunakan j-BOX

6.5 Refleksi Kajian


Secara keseluruhan, inovasi ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid
semakin baik sehingga mencapai 100%. Usaha ini akan diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh
menjawikan perkataan dengan betul dan membantu mereka menjawikan perkataan berimbuhan dan
seterusnya teks mudah sesuai dengan silibus Jawi itu sendiri. Saya juga akan menggunakan teknik ini untuk
membimbing murid-murid lain dalam penulisan Jawi. Ini kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk
menjawikan teks dengan betul. Sebagai kesimpulan, inovasi yang saya hasilkan ini sangat memberi manfaat
kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk
memperbaiki pengajaran amnya.
Setelah kajian ini dilaksanakan, berlaku perubahan sikap murid terhadap matapelajaran jawi.
Masalah ketidakhadiran murid datang ke sekolah dapat dikurangkan. Kehadiran sepuluh murid ini
meningkat selepas belajar jawi menggunakan j-BOX. Tidak ada lagi murid yang mengantuk dan tidur di
dalam kelas. Tidak ada lagi isu, murid tidak membawa buku ke sekolah. Murid lebih aktif dan yakin
menjawab soalan yang diberikan oleh guru berbanding sebelum menggunakan j-BOX.
Bagi menilai keberkesanan inovasi yang dihasilkan saya telah mendapatkan maklum balas daripada
murid menerusi beberapa siri ujian dan temubual secara langsung daripada mereka. Menerusi temu bual
yang dilakukan, antara respon yang diberikan oleh murid 4 Ibnu Sina SK Rumbia adalah seperti berikut:

Ustazah : Tahniah ustazah ucapkan. Prestasi kamu sangat baik. Skor markah kamu juga positif dan
meningkat setelah belajar menggunakan j-BOX.
Murid 1 : Ya ustazah. Kami dah faham bagaimana hendak menjawikan perkataan dengan betul.
Permainan ini sangat membantu kami, ustazah! Saya suka. Dulu saya tak minat belajar
jawi. Sekarang macam kalau boleh, hari-hari nak belajar jawi.

Ustazah :Nampaknya markah awak bertambah bagus. Banyak peningkatan ketara selepas
menggunakan j-BOX. Awak masih ada masalah untuk mengeja jawi lagi?
Murid 2 :Tidak ustazah, saya dah tahu dan faham bagaimana hendak membaca jawi dengan
baik.Yang saya paling tak sangka, saya juga sudah boleh menulis jawi dengan betul
dengan adanya alat bantu belajar j-BOX.

6
Hasil soal jawab, murid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk menjawikan perkataan. Saya
dapati murid sangat seronok apabila saya memberitahu bahawa hari ini kami akan membuat latihan imlak
jawi menggunakan j-BOX. Tiada lagi rungutan yang kurang enak didengari daripada murid-murid saya.
Sebagai seorang guru, saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya dapat melihat peningkatan
markah murid-murid saya yang lemah. Kajian dan inovasi j-BOX sangat membantu murid membaca dan
menulis jawi seterusnya meningkatkan minat mereka. Pada pandangan saya, murid ini mampu melakukan
sesuatu perkara dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan alat bantu belajar yang betul.
Bagi guru pula,usaha menghasilkan j-BOX benar-benar memberi satu kepuasan apabila murid
sudah mula minat untuk mempelajari jawi.Murid yang dahuu langsung tidak boleh membaca, akhirnya
menunjukkan peningkatan dalam membaca dan mengeja perkataan dan teks jawi.Guru semakin
bersemangat untuk membanyakkan penghasilan set j-BOX supaya lebih ramai murid dapat
menggunakannya. Guru berasa sangat puas hati dengan adanya inovasi j-BOX, sangat memudahkan proses
PdPc guru, Murid-murid semakin fokus di dalam kelas. Guru telah dapat membaiki kelemahan dalam
pengajaran dan pembelajaran jawi.Guru mendapati murid murid lebih bersemangat untuk menggunakan
bahan inovasi kerana ianya amat menyeronokkan. Murid dapat belajar secara sendiri dan secara
berkumpulan, ini memudahkan guru untuk memantau murid murid di dalam aktiviti PdPc. Guru mendapati
pembelajaran menjadi lebih efektif dengan adanya bahan inovasi. Satu teknik dan pedagogi yang terbaru
dan sesuai diaplikasikan oleh semua Guru Pendidikan Islam di seluruh Malaysia.

7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Inovasi j-BOX telah saya daftarkan sebagai Harta Intelek di MyIpo (LY20200001333). Saya
berharap inovasi ini boleh diguna pakai oleh rakan-rakan Guru Pendidikan Islam yang lain. Melihatkan
kejayaan hasil kajian ini dalam membaca dan mengeja perkataan jawi, saya bercadang untuk meluaskan
lagi penggunaan inovasi ini kepada menyusun perkataan jawi menjadi ayat yang lengkap. Permainan yang
melibatkan ejaan jawi akan dipertingkatkan seiring dengan ledakan teknologi dalam Revolusi Industri 4.0
dan kehendak pasaran.
Inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.j-BOX
dibina berdasarkan keperluan murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.Produk ini sangat
berpotensi untuk disebarluaskan bukan hanya di sekolah rendah malah dari peringkat pra sekolah KPM. Ini
kerana, lagi awal kanak-kanak memahami konsep padanan huruf, lagi mudah baginya untuk mengeja dan
membaca tulisan jawi.Murid SJK Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahan inovasi ini kerana telah
terbukti murid murid di SK Rumbia yang menggunakan j-BOX, telah meningkat prestasi akademik dalam
matapelajaran Bahasa Arab.Harga bagi bahan inovasi ini, mampu dimiliki oleh murid.
Hasil dari inovasi ini banyak memberi kesan dan impak yang positif kepada anak anak murid saya.
Semua murid yang terlibat dalam kajian inovasi menyatakan tahap minat yang tinggi terhadap jawi. Saya
berkongsi apa yang telah diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran anak anak murid kerana ianya
memberi kesan yang positif kepada murid yang lemah jawi .Saya berharap penyebarluasan penggunaan j-
BOX, akan dipanjangkan bukan setakat di dalam Melaka bahkan ke seluruh Malaysia. Saya telah membuat
perkongsian inovasi j-BOX kepada pihak lain. Antaranya ialah:
-Mesyuarat & PLC Panatia Pendidikan Islam SK Rumbia.
-Kem Cemerlang Jawi SK Rumbia.
-70 Peserta Pertandingan Kajian Tindakan Daerah Alor Gajah (mendapat tempat ketiga dalam
pembentangan kajian tindakan peringkat Daerah Alor Gajah).
-Peserta Bengkel Membina Bahan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dan pensyarah IPG Raja
Melewar Negeri Sembilan.
-Peserta pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Melaka di Kolej Unipal
-200 Peserta Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Melaka.

7
8.0 Rumusan
Melalui inovasi ini, murid lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti permainan yang
dilakukan. Murid mengggunakan koordinasi mata tangan sepenuhnya, murid-murid melakukan aktiviti
memilih huruf, memegang, memusing,mengeja dan menulis perkataan. Secara tidak langsung ia membantu
untuk murid mudah memahami dan menguasai perkra asas dalam mengeja jawi. Justeru itu, murid-murid
mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
baik.
Selain itu, sahsiah yang baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat-
menghormati dan bersedia menerima kekalahan. Dengan kata lain, semasa mereka bermain, konsep-konsep
pembelajaran dan perkembangan diri kanak-kanak dapat diserapkan. Murid-murid tidak akan cepat bosan
mempelajari sesuatu malah dapat meningkatkan lagi minat belajar. Melalui bermain, kanak-kanak belajar
berkomunikasi, menyesuaikan diri dengan persekitaran, berinteraksi dengan rakan dan mengenali benda-
benda di sekelilingi mereka. Jadi belajar sambil bermain sangat penting kerana membantu murid dalam
aspek perkembangan kognitif dan perkembangan psikomotor.

Rujukan

Abdullah Hassan & Bainon Mohd (2011), Guru Sebagai Pendorong dalam Darjah, Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Abdul Rahman Abd Majid (2007), Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn Bhd.
Lee Saw Im, Nurhaiza Che Mat,Ku Mahani Ku Desa (2019), Prosiding Persidangan Profesionalisme
Guru Malaysia Peringkat Kebangsaan, Majlis Guru Cemerlang Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

8
AMALAN TERBAIK PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN (PDPC) ABAD KE 21 “JAWABLAH
SAYANG”
Noraini Bajoori
Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Kedah
Emel : hani.nb67@gmail.com
Abstrak
Pengajaran abad ke-21 merupakan aspirasi kementerian pendidikan bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar
untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, ini memberi satu
tamparan yang hebat dari segi bebanan kerja yang berat kepada warga pendidik. Tambahan lagi, pelajar
sering membuat spekulasi awal bahawa mata pelajaran Sejarah sangat membosankan. Pelajar sering tidur
sewaktu di dalam kelas setiap kali mata pelajaran Sejarah. Sebaik sahaja mata pelajaran dijadikan mata
pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), segalanya sekadar menemui jalan buntu. Natijahnya,
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang menjadi salah sebuah sekolah brperstasi rendah di daerah
Kuala Muda Yan, Kedah. Setelah setahun berlalu, pelopor beransur menemui cara yang dapat meringankan
beban guru untuk membuat bahan pengajaran dan pembelajaran berteraskann abad ke-21. Segala beban
guru dapat diringankan apabila alat bantu mengajar yang mudah dan menjimatkan kos diperkenalkan.
Perancangan menjurus format SPM turut dipraktikkan ditambah dengan program peningkatan prestasi
calon SPM. Pelopor akhirnya telah mencipta satu amalan terbaik abad ke-21 yang dipanggil “JAWABLAH
SAYANG”.

Kata kunci : JAWABLAH SAYANG, pengajaran abad ke 21, pelajar

1.0 Refleksi Pengajaran Lalu


Pelajar sebelum ini lebih takut apabila diperkenalkan dengan mata pelajaran sejarah. Setelah
mendengar ura dan hebahan tentang Inovasi Jawablah Sayang 4.0, pelajar kelihatan lebih bersemangat
berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Komunikasi pelbagai hala yang berlaku di dalam kelas lebih
efektif. Pelajar mula untuk tidak tidur dan memberikan perhatian kepada aktiviti yang dijalankan sewaktu
PdPC. Bagaimanapun, aktiviti baru perlu ditambah supaya semuanya tidak tertumpu kepada aktiviti yang
sama. Pada masa yang sama, aktiviti yang dibuat lebih pelbagai.

2.0 Isu Keperihatinan


Terdapat banyak aspek yang difokuskan sehingga tercetusnya Inovasi Jawablah Sayang 4.0. Sudah
pasti kajian ini tertumpu kepada satu mata pelajaran yang sering dianggap sukar untuk lulus. Fokus kajian
adalah mengenalpasti masalah pelajar tidak mempamerkan keputusan yang memberansanglan sewaktu
ujian peringkat sekolah dilakukan dan memberikan kaedah yang lebih sesuai untuk digunakan oleh pelajar
bagi menjawab soalan SPM. Hal ini akan memberi lebih peluang kepada pelajar untuk mendapat markah
yang lebih baik dalam setiap ujian.

3.0 Objektif Kajian


Bagi kajian ini terdapat objektif umum dan objektif khusus iaitu:
3.1 Objektif Am
Objektif am kajian ini dijalankan adalah bagi menerapkan pendekatan Inovasi Jawablah Sayang
4.0 dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar terutama kepada calon SPM.

9
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus adalah seperti berikut;
i) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif pelbagai hala.
ii) Menggalakkan aktiviti Pendidikan Abad Ke-21 yang pelbagai selain daripada teknik
tradisional syarahan.
iii) Memperkenalkan konsep IPTAS yang mudah diingat serta modul-modul pembelajaran
berteraskan teknologi.
iv) Meningkatkan peratusan murid lulus Sejarah dan mengeluarkan SMK Dulang dari sekolah
yang berprstasi rendah daerah Kuala Muda, Yan, Kedah.
4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan Sasaran dalam kajian ini ialah golongan remaja yang terdiri daripada 126 calon SPM
SMK Dulang, Yan, Kedah Darul Aman. Calon SPM terdiri 70 murid perempuan dan 56 lelaki yang
berumur lingkungan 17 tahun. Kajian Inovasi Jawablah Sayang 4.0 memfokuskan calon SPM kerana ingin
mengeluarkan SMK Dulang dari sekolah yang berprestari rendah. Jadual dibawah menunjukkan bilangan
pelajar lelaki dan perempuan bagi tingkatan 5 sekolah tersebut.

Jadual 4.0
Enrolmen pelajar tingkatan 5 SMK Dulang 2019
Tingkatan 5 Jumlah
Lelaki 56 orang
Perempuan 70 orang
Jumlah 126 ang

5.0 Perlaksanaan Kajian


Berikut merupakan kronologi tercetusnya idea Inovasi Jawablah Sayang 4.0 dan pelaksanaannya
secara berperingkat.

5.1 Tinjauan Masalah


Seteleh menelusuri satu per satu, penyelidik banyak membuat pemerhatian sewaktu PdPC
berlangsung. Hasil ujian-ujian yang dijalankan di sekolah juga kurang memberansangkan. Penyelidik
mendapati bahawa:
i) Pelajar sukar untuk fokus ketika PdPC berlangsung
ii) Pelajar menganggap mata pelajaran sejarah membosankan dan sukar untuk lulus
iii) Pelajar sering tidur sewaktu PdPC berlangsung
iv) Pelajar enggan berhadapan dengan bahan rujukan sejarah yang terlalu tebal, besar dan sukar
dibawa
v) Pelajar kurang motivasi untuk belajar dan tidak menguasai teknik menjawab SPM Sejarah
yang sebenar.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Isu-isu utama telah dikenalpasti oleh penyelidik secara holistik. Data yang diperoleh daripada
tindakan dan reaksi pelajar sewaktu PdPC direkodkan oleh penyelidik dalam bentuk jadual seperti berikut:

10
Jadual 5.2
Tindakan dan reaksi pelajar yang mencetuskan kewujudan Inovasi Jawablah Sayang 4.0
Pemerhatian penyelidik Tindakan dan reaksi pelajar
Pelajar sukar untuk fokus ketika PdPC Pelajar sering berbual bersama rakan
berlangsung (15%) Pelajar termenung di salam kelas
Pelajar menganggap mata pelajaran sejarah Sering mengatakan soalan sejarah terlalu susah
membosankan dan sukar untuk lulus (32%) Tidak mahu membaca, menulis dan menjawab soalan
Berputus asa apabila soalan latih tubi diberikan
Meniru jawapan rakan
Meminta rakan berkongsi jawapan
Pelajar sering tidur sewaktu PdPC Tidur sewaktu PdPC berlangsung
berlangsung (15%) Ponteng kelas dan lepak bersama rakan

Pelajar enggan berhadapan dengan bahan Sering meninggalkan buku teks di rumah
rujukan sejarah yang terlalu tebal, besar dan Buku teks matapelajaran sejarah telah hilang
sukar dibawa (24%) Tidak membeli buku rujukan
Buku rujukan sejarah terlalu tebal dan berat

Pelajar kurang motivasi untuk belajar (14%) Pakaian seragam yang kurang kemas
Tidak mementingkan etika dan adab berguru

5.3 Tindakan yang dijalankan


Penyelidik telah memilih alternatif dengan mewujudkan satu teknik khusus untuk memupuk minat
pelajar dalam PdPC. Teknik telah direka khas dengan nama yang tersendiri iaitu Inovasi Jawablah Sayang.
Hari demi hari, Inovasi Jawablah Sayang tampil dengan wajah baru. Bermula dengan Inovasi Jawablah
Sayang 1.0, inovasi ini sekadar menempatkan aktiviti menarik sewaktu PdPC.
Inovasi Jawablah Sayang kemudian telah dinaiktaraf menjadi Inovasi Jawablah Sayang 2.0 dengan
menggalakkan penggunaan akronim yang dipanggil konsep IPTAS, modul yang terdiri daripada nota dan
latihan belajar serta penggunaan Qr-Code. Perkongsian teknik menjawab secara meluas dengan
penambahan modul-modul terkini telah direkodkan sebagai kewujudan terbaru Inovasi Jawablah Sayang
3.0.
Inovasi Jawablah Sayang 4.0 merupakan penampilan terbaru dan terkini setakat ini.
Penambahbaikan yang diterapkan adalah penggunaan Qr-Code yang lebih meluas melalui bookmark dan
keychain. Imbasan boleh dibuat dimana-mana pada bila-bila masa sahaja. Pelajar bolek mengakses 7 modul
yang terdiri daripada nota dan latihan ringkas tanpa membawa bahan rujukan yang besar dan berat. Bukan
itu sahaja, pelajar boleh mendapatkan informasi-informasi terkini berkenaan Inovasi Jawablah Sayang 4.0.
Inovasi turut memperkenalkan tanda pagar yang tersendiri iaitu #jelajahjawablahsayang #sejarahizfun.
Berikut disenaraikan aktiviti utama Inovasi Jawablah Sayang sewaktu PdPC mata pelajaran sejarah:
i) Aktiviti bola beracun
ii) Aktiviti kuiz bingo
iii) Aktiviti peta minda (peta alir, peta bulatan dan sebagainya)
iv) Aktiviti pembentangan
v) Aktiviti pemberian insentif dan peneguhan positif
vi) Memperbanyakkan Latihan menggunakan konsep IPTAS (akronim mudah ingat)
5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
Sepanjang mengaplikasikan Inovasi Jawablah Sayang 4.0 ini, pelajar kelihatan berminat untuk
terus belajar. Pelajar yang sebelum ini kelihatan tidak mahu membaca, menulis, menjawab soalan semua
berubah ke arah yang lebih positif meskipun tidak drastik. Pelajar tidak akan mendengar syarahan semata-
mata akan tetapi terlibat secara langsung dalam PdPc mata pelajaran sejarah. Bakat kepimpinan dipupuk

11
dengan pemilihan ketua kumpulan secara rawak, bakat berkomunikasi dipupuk semasa perbincangan
sesama pelajar dan guru serta banyak lagi.
Terapi muzik turut diterapkan bagi menggalakkan suasana yang lebih girang sewaktu aktiviti
dijalankan. Pelajar juga tidak mudah mengantuk sebaliknya terlibat sama dalam aktiviti yang dijalankan
sewaktu PdPC. Pelajar tidak merasa jurang sesama pelajar kerana kumpulan dibahagikan secara rawak
tanpa mengira jantina, kaum dan sebagainya. Sesi soal jawab antara pelajar dan guru juga berjalan dengan
baik tanpa rasa segan. Pelajar juga turut termotivasi untuk turut serta apabila melihat rakan yang lain mula
memainkan peranan masing-masing.
Di tambah pula dengan kewujudan Galeri Sejarah SMK Dulang, pelajar dapat meluangkan masa
beriadah di taman tersebut. Tiada sebarang paksaan dalam belajar dilakukan, sebaliknya mereka gemar
membawa lembaran modul Inovasi Jawablah Sayang 4.0 yang lebih ringkas dan padat sambil bersantai
bersama rakan. Pelajar juga giat menjalankan aktiviti bercucuk tanam memeriahkan Galeri Sejarah SMK
Dulang. Mereka juga kelihatan jauh lebih baik daripada yang sebelum ini.

5.5 Refleksi Kajian


Inovasi Jawablah Sayang 4.0 telah mendatangkan banyak kegunaan kepada sejagat. Sesiapa sahaja
boleh mempraktikkan kaedah yang sama samada sewaktu PdPC ataupun pelaksanaan modul dalam bentuk
nota dan latihan di luar waktu PdPC. Terdapat banyak efek positif terutama kepada mata pelajaran sejarah
sendiri setelah mengaplikasikan inovasi ini.
Setelah menggunakan akronim IPTAS, pelajar kelihatan lebih menikmati suasana di dalam kelas,
mudah mengingat fakta, lebih berani dan termotivasi serta banyak lagi. Peratusan lulus sejarah SPM
akhirnya meningkat daripada 68.72% pada tahun 2017 kepada 70.29 % pada tahun 2018 dan akhirnya
melonjak naik kepada 80.80% pada tahun 2019. Peratusan lulus sejarah ini dapat dilihat dalam rajah yang
berikut:

82%
80%
78%
76%
74%
72%
70%
68%
66%
64%
62%
2017 2018 2019

Tahun

Rajah 5.5 : Peratusan Lulus Sejarah SPM SMK Dulang

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Inovasi Jawablah Sayang 4.0 telah mendatangkan banyak perubahan kepada masyarakat baik dari
segi sosial mahupun intelek. Meskipun Inovasi Jawablah Sayang 4.0 telah mencapai tahap yang maksima,
masih banyak cadangan yang perlu diterapkan untuk kajian yang seterusnya. Antara cadangan untuk kajian
seterusnya adalah seperti berikut:

12
i) Memuat naik lebih banyak tips untuk memperoleh A dalam mata pelajaran sejarah
ii) Memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan Inovasi Jawalah Sayang 4.0 dengan lebih
meluas
iii) Meneroka lebih banyak aktiviti yang menarik dan bermanfaat bagi menggalakkan penglibatan
pelajar
iv) Mewujudkan alternatif atas talian bagi membantu pelajar untuk lebih maju seiring dengan
kecanggihan teknologi

7.0 Kesimpulan
Artikel ini ditulis dengan seribu harapan pengkaji yang menggunakan penyelidikan tindakan dapat
melihat betapa pentingnya aspek kesejagatan yang ditekankan dalam Inovasi Jawablah Sayang 4.0. Inovasi
ini merupakan solusi terkini yang mampu membentuk evolusi nilai pendidikan guru. Pendidikan yang
ditekankan bukanlah dalam bentuk mengajar semata-mata sebaliknya mendidik dan melahirkan modal
insan yang berkepentingan pada masa yang akan datang. Inovasi Jawablah Sayang 4.0 dalam laporan
mencatatkan kejayaan dan perubahan prestasi pelajar yang sangat memberansangkan. Peratusan yang
meningkat dari semasa ke semasa membuktikan evolusi nilai pendidikan yang menggabungkan kaedah
tertentu seperti konsep akronim IPTAS, kecintaan terhadap alam sekitar dengan pelaksanaan Galeri
Sejarah, terapi pengurusan diri dengan penghayatan muzik, latih tubi melalui modul-modul sedia ada,
penggunaan nota maya dan Qr-code dan banyak lagi. Pembelajaran guru dalam mencari makna baru adalah
suatu aspek yang membanggakan dalam melahirkan individu yang berpengetahuan luas. Perkongsian ilmu
baru sangat dituntut bagi memperbaiki kelemahan sedia ada dalam aspek pendidikan dan membentuk satu
alternatif baru bagi memenuhi kriteria abad ke-21. Pada masa yang sama setiap satunya dapat menghasilkan
penyelidikan yang bernilai kepada dan penggunanya.

Rujukan

NCREL: enGauge 21st Century Skills. (2002). Jurnal Pendidikan, 30: 129-139.
Robiah K. Hamzah. (2004). Digital Literacies For A Digital Age.
http://www/ncrel/org/engauge/skills/skills. htm [Diakses pada 25/05/2014]
Sawchuk, S. (2009). Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Kepimpinan. Gombak: PTS Publication.
Zamri Mahamod. (2011). Backers of ‘21st Century Skills’ take plak. Education Week, 2823: 1-2
Memperkasa guru, Mempercekap pelajar: Pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21.

13
TEKNIK LaLaBi: KETEPATAN BACAAN
PENGUKURAN DENGAN MENGGUNAKAN
MIKROMETER DALAM KALANGAN MURID KELAS
MEKANIKAL
Md Nasser Samsudin
Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang

Abstrak
Metrologi Industri adalah salah satu subjek sokongan yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan,
terutamanya kejuruteraan mekanikal. Metrologi biasa dipanggil Sains Pengukuran adalah disiplin ilmu
yang mengkaji jenis alat pengukur kejuruteraan, kaedah pengukuran, penentukuran dan ketepatan dalam
industri dan Sains dan teknologi. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran murid
dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan mekanikal menggunakan multimedia sebagai alat
penyampaian persembahan bahan. Berdasarkan jumlah kes yang masih berlaku ramai muird tidak
memahami konsep dan aplikasi pengukuran linear dan pengukuran sudut. Dengan menggunakan model
reka bentuk Kurt Lewin, subjek kajian yang digunakan adalah murid Kejuruteraan Mekanikal seramai 18
orang murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam pencapaian pembelajaran murid dalam fasa pertama
melalui aktiviti amali adalah 64.81%, selepas fasa kedua kadar pencapaian meningkat kepada 88.9%. Tahap
pemahaman menggunakan alat Ukuran juga meningkat, dari 59.3% pada fasa pertama menjadi 88.9%
selepas fasa kedua.

Kata kunci : LaLaBi, Kejuruteraan Mekanikal, Pengukuran

1.0 Refleksi PdPc Yang Lalu


Pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu guru dapati sebilangan murid di kelas Mekanikal
tidak dapat menguasai sepenuhnya bacaan laras bawah.
Implikasi yang jelas sering dilihat sekiranya murid tidak menguasai sains pengukuran adalah di
makmal kerja di makmal. Sebagai contoh, dalam sesi amali pemesinan, masih banyak sebilangan murid
yang tidak faham cara membaca mikrometer. Sebenarnya, alat pengukur ini adalah yang paling banyak
sering digunakan semasa amali. Tidak mungkin murid dapat menghasilkan produk pemesinan yang
ketepatan mengikut lukisan kerja sekiranya tidak menguasai bacaan mikrometer. Dalam itu juga sering
dijumpai ketika amali pemesinan dalam dijalankan, kaedah pengukuran dibuat dengan tidak betul,
contohnya: menggoreskan tepi mikrometerr pada permukaan benda kerja, kedudukan pengukuran sensor
tidak tegak lurus terhadap permukaan pengukuran atau kedudukan pengukuran condong sehingga boleh
menimbulkan ralat paralaks.
Masalah yang dikenal pasti ialah kesilapan murid semasa mengambil bacaan pada mikrometer
menyebabkan berlakunya ketidaktepatan ukuran yang dihasilkan pada projek amali. Hal ini dapat dilihat
dari latihan dalam kelas dan soalan kuiz yang diberi sebaik sahaja tamat PdPc.

2.0 Isu Keperihatinan


Murid-murid kurang memahami konsep membaca mikrometer dalam bab metrologi tingkatan 4.
Kebolehan menguasai konsep amat penting kepada seorang jurutera atau mereka yang terlibat dengan
kejuruteraan. Ini kerana mikrometer adalah sebahagian daripada topik yang penting dalam pengukuran.

14
3.0 Objektif
3.1 Objektif Umum
Murid dapat menggunakan mikrometer dengan betul dan membaca ukuran dengan tepat

3.2 Objektif Khusus


(i) Murid dapat membaca senggatan yang terdapat pada laras atas mikrometer dengan betul
(ii) Murid dapat membaca dengan tepat setiap senggatan yang terdapat laras bawah mikrometer.
(iii) Murid dapat membaca dengan tepat setiap senggatan yang terdapat pada bidal mikrometer.
(iv) Murid dapat mengira dengan tepat dan betul ketiga-tiga bacaan tersebut serta
memberikan nilainya.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal.

5.0 Perlaksanaan Kajian


Dibuat berdasarkan pemerhatian dan temu bual. Terdapat murid keliru dengan bacaan pada laras
bawah mikrometer dan masih tidak dapat memahami hasil tambah ketiga-tiga laras. Kaedah dilaksanakan
dalam dua fasa iaitu satu fasa mengandungi dua waktu.
Fasa satu iaitu pengukuran linear dengan menggunakan alat ukur mikrometer dan membincangkan
penggunaan mikrometer.
Fasa dua kaedah penggunaan mikrometer. Komposisi bahan yang dijelaskan dalam kaedah seperti
berikut:
a. Cara melakukan penentukuran mikrometer yang betul
b. Kaedah menggunakan alat pengukur yang betul
c. Cara membaca keputusannnya

Jadual 1
Jadual Penentukuran Mikrometer dan Angkup Vernier fasa satu
Murid Angkup Vernier Tolok Dalam Mikrometer Micrometer luar Jumlah
Ujian 1 Ujian 2 Ujian 1 Ujian 2 Ujian 1 Ujian 2 Skor
1 / / 33.3
2 / / 50.0
3 / / / 50.0
4 / / / / / / 100.0
5 / / / / 66.7
6 / / / 50.0
7 / / / / 66.7
8 / 16.7
9 / / / / 66.7
10 / / / / 66.7
11 / / / 50.0
12 / / / / / / 100.0
13 / / / 50.0
14 / / / 50.0
15 / / / 50.0
16 / / / / / / 100.0
17 / / / 50.0
18 / / / 50.0
Jumlah besar 59.3

15
Temu bual
Kumpulan sasaran telah dipanggil untuk menemubual permasalahan yang timbul. Kumpulan
sasaran berkenaan memberitahu masalah tentang jumlah nilai senggatan pada alat tersebut menimbulkan
kekeliruan.
Analisis dari pemerhatian dan temubual yang tela dijalankan terhadap kumpulan sasaran murid
mula yakin dan faham tentang penggunaan alat tersebut.

Tindakan yang dijalankan


Untuk mengatasi masaalah ini saya akan fokuskan kepada ’Teknik LaLaBi’
(Laras Atas, Laras Bawah, Bidal) yang diharapkan dapat membantu mereka mengambil bacaan
dengan lebih tepat.
Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut :

AKTIVITI LANGKAH PELAKSANAAN


TINDAKAN

Kedudukan mata semasa mengambil bacaan mestilah pada kedudukan


yang betul. 10 minit

AKTIVITI 1

16
AKTIVITI LANGKAH PELAKSANAAN TINDAKAN
1. Murid mengambil bacaan di laras atas secara analogi satu
senggatan bersamaan RM1.
2. Murid mengambil bacaan di laras bawah secara analoginya jika
kelihatan senggatan selepas laras atas bersamaan RM0.50 sen.
Jika tidak abaikan.
3. Murid mengambil bacaan pada bidal secara analogi satu
senggatan bersamaan 1sen. 10 minit
4. Murid menjumlahkan hasil tambah duit yang dikumpul
daripada tiga langkah yang di atas.

AKTIVITI 2

AKTIVITI LANGKAH PELAKSANAAN TINDAKAN


Murid melakar semula bentuk pada senggatan
Mikrometer yang telah dilaraskan oleh guru.

1. Membuat bacaan berdasarkan lakaran tersebut. 10 minit

AKTIVITI 3

17
6.0 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian
Dijalankan dalam tempoh seminggu ( 4 waktu), didapati konsep ini banyak membantu kumpulan
sasaran di mana kumpulan ini akan menggunkan teknik LaLaBi boleh setiap kali menggunakan alat
tersebut. Mereka lebih berkeyakinan mula menunjukkan perhatian dalam kelas. Dengan perubahan yang
positif aktiviti pembelajaran pelajar dapat membantu penguasaan bahan pengajaran, ini dapat dilihat dari
peningkatan skor pada kemampuan menggunakan skor ujian dan pembacaan alat ukur.
Pada fasa pertama hanya 3 orang murid mampu mengendalikan dan membaca alat ukur dengan
betul dan betul (16.7%), sementara itu pada fasa kedua terdapat 11 orang murid yang mampu melakukannya
dengan tepat dan betul (61.1%).

7.0 Refleksi Kajian


Hasil yang wujud selepas kajian ini, murid dapat membaca bacaan pada laras bawah mikrometer
dan dapat memahami hasil tambah ketiga-tiga laras. Masalah yang dihadapi mereka ini, jika tidak
diselesaikan menyebabkan murid tidak terampil dengan tugasan yang diberi.

Jadual 2
Jadual Penentukuran Mikrometer fasa 2
Murid Mikrometer Dalam Micrometer luar Jumlah Skor
Ujian 1 Ujian 2 Ujian 1 Ujian 2
1 / / - / 75.0
2 / / / / 100.0
3 / / / / 100.0
4 / / / / 100.0
5 / / / / 100.0
6 / - / / 75.0
7 / / / / 100.0
8 / / - / 75.0
9 - / / / 75.0
10 / / / / 100.0
11 - / / / 75.0
12 / / / / 100.0
13 / / / / 100.0
14 - / - / 50.0
15 / / / / 100.0
16 / / / / 100.0
17 - / / / 75.0
18 / / / / 100.0
Jumlah 88.9

Setelah melalui dua fasa dalam empat waktu ternyata menjadi peningkatan positif dalam aktiviti
pembelajaran muird pada fasa kedua. Sekiranya dibandingkan data dalam Jadual 1 dan Jadual 2
menunjukkan peningkatan positif dalam aktiviti pembelajaran murid dari segi pelaksanaan amali, iaitu dari
59.3% ke 88.89%. Kes negatif, seperti murid acuh tidak acuh, kurang memberi tumpuan kepada bahan
PdPc yang disediakan oleh guru telah menjadi kurang. Selain itu suasana bilik darjah bertambah baik
dengan sejumlah soalan berkaitan dengan bahan, telah dikemukakan oleh murid. Maklumbalas murid juga
cukup baik, ini dapat dilihat dari jawapan yang mereka sampaikan setelah diberi soalan oleh guru berkaitan
dengan bahan PdPc.

18
8.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Kaeadah memudahkan murid mengenalpasti bahagian alat dengan mudah dan hubungkait dengan
had terima. Perubahan yang positif pada fasa kedua ini berlaku selepas pembetulan dan medium yang lebih
baik, bahasa yang lebih mudah difahami oleh murid. Beberapa gambar animasi dan ilustrasi sederhana
dipaparkan untuk memudahkan pemahaman murid. Di samping itu, beberapa video ditayangkan supaya
murid lebih senang memahami bentuk sebenar proses pengukuran itu secara langsung. Semakin memahami
ke arah bahan PdPc tentu akan membantu murid dalam latihan mengikut helaian amali kerja makmal atau
bengkel. Jadi aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih baik dan konsisten.

Rujukan

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal T 4, Dewan Bahasa Dan Pustaka


www.wikipedia.com
https://www.stefanelli.eng.br/en/simulator-virtual-micrometer-hundredths-millimeter/

19
PENGGUNAAN MODEL BAR DALAM PENGUASAAN
PENAAKULAN BERKADAR
Ng Yan Mei1 , Effandi Zakaria2 , Mohd Effendi @ Ewan Mohd. Matore3
1,2,3
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Emel: yanmei_30@hotmail.com

Abstrak
Penaakulan berkadar merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid di peringkat sekolah
rendah. Kemahiran ini penting dan merupakan asas kepada pembelajaran algebra dalam Matematik di
peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti penguasaan penaakulan berkadar
murid tahun 6 dalam topik Nisbah dan Kadaran dengan menggunakan model bar. Kajian ini berpandukan
model kajian tindakan model oleh Stephen Kemmis. Sebelas orang murid dari sebuah sekolah di Kamunting,
Perak telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data dikumpul
dengan menggunakan analisis dokumen, kaedah pemerhatian dan temu bual. Data analisis dokumen
dianalisis berdasarkan bilangan soalan yang dijawab betul dalam lembaran kerja. Data pemerhatian
direkodkan dengan menggunakan senarai semak mengikut tingkah laku murid semasa menjawab lembaran
kerja dan dianalisis berdasarkan kekerapan tingkah laku. Data temu bual direkodkan secara transkripsi dan
audio. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan model bar dapat memberikan kesan positif dan
meningkatkan penguasaan penaakulan berkadar murid. Model bar juga sesuai dicadangkan untuk
menyelesaikan masalah yang melibatkan kemahiran matematik serta topik-topik matematik yang lain.

Kata kunci: model bar, penaakulan berkadar, tahun 6, nisbah dan kadaran, matematik

1.0 Pengenalan
Sejak tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk memastikan murid alaf
ini dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven untuk memenuhi keperluan semasa
serta menghadapi cabaran abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Penambahan tajuk
Nisbah dan Kadaran ke dalam kurikulum matematik sekolah rendah jelas membuktikan keperluan dan
kepentingan murid menguasai kemahiran asas ini sejak kecil (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
Namun begitu, murid mengalami kesukaran semasa mempelajari topik Nisbah dan Kadaran menyebabkan
mereka lemah dalam penguasaan penaakulan berkadar. Oleh itu, guru Matematik perlulah menggunakan
amalan pengajaran yang sesuai untuk membimbing murid supaya mereka dapat menguasai penaakulan
berkadar dengan lebih baik dan berkesan.

2.0 Refleksi Pengajaran Lalu


Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 6, murid perlu
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nisbah dan kadaran yang mudah
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014). Walaupun murid dapat mengenal pasti dan menyebut nisbah
dengan tepat semasa Tahun 5, mereka masih tidak dapat menguasai penaakulan berkadar yang memerlukan
pemahaman murid semasa menjawab soalan. Keadaan ini telah dibuktikan bahawa Noor et al. (2017)
menyatakan murid di peringkat sekolah menengah sering kali menghadapi kesukaran semasa mempelajari
topik Nisbah dan Kadaran yang melibatkan konsep gandaan, apatah lagi bagi murid sekolah rendah.
Kajian lepas oleh Lobato et al. (2011), Jitendra et al. (2016) dan Im et al. (2018) mempunyai
persamaan dapatan iaitu penyelesaian soalan penaakulan berkadar adalah tugas yang sangat sukar bagi
kebanyakan murid. Maka, perkembangan penaakulan berkadar adalah salah satu aspek yang paling
mencabar pemikiran matematik pelajar. Berdasarkan latihan yang diberikan, murid tidak menguasai
penaakulan berkadar. Kegagalan menjawab soalan penaakulan berkadar yang rutin juga membebankan

20
murid untuk menjawab soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Rajah 1 menunjukkan
kegagalan murid menjawab soalan penaakulan berkadar.

育才学校有 35 个图书管理员。男图书管理员与全部图书管理员的比是 3:7。计算男图


书管理员的人数。
Sekolah Yuk Choi mempunyai 35 orang pengawas pusat sumber. Nisbah bilangan
pengawas pusat sumber lelaki kepada jumlah pengawas pusat sumber ialah 3:7. Hitung
bilangan pengawas pusat sumber lelaki.

Rajah 1: Kegagalan murid menjawab soalan penaakulan berkadar

3.0 Fokus Kajian


Model bar melibatkan pelajar melukis model bergambar berdasarkan masalah yang diberikan untuk
mewakili jumlah yang diketahui, tidak diketahui dan hubungan antara mereka. Model bergambar membantu
pelajar, terutamanya pelajar visual, memahami konsep-konsep empat operasi asas, pecahan, nisbah,
peratusan, dan menyelesaikan masalah berayat (Kho et al., 2014). Terdapat empat model utama dalam
Model Bar yang mewakili hubungan kuantitaitf antara tiga pembolehubah. Model bar yang digunakan
dalam kajian ini ialah model perbandingan (darab dan bahagi). Rajah 2 menunjukkan model bar (model
perbandingan) yang digunakan dalam kajian ini. Model perbandingan terdiri daripada dua jenis kuantiti
yang berbeza, iaitu Kuantiti Besar dan Kuantiti Kecil.

Kuantiti besar

Kuantiti kecil

j
Rajah 2: Model perbandingan (darab dan bahagi)

Penaakulan berkadar pula merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah
rendah sebagai persediaan dalam pembelajaran matematik di peringkat yang lebih tinggi. Murid yang
berkebolehan berfikir secara perkadaran menunjukkan mereka memahami hubungan gandaan antara dua
kuantiti (Lamon, 2007). Berdasarkan standard pembelajaran yang dinyatakan dalam DSKP Matematik
Tahun 6 (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014), menguasai kemahiran menyelesaikan masalah harian
yang melibatkan nisbah dan kadaran yang mudah juga bermaksud menguasai penaakulan berkadar. Dua
jenis soalan yang kerap digunakan dalam penaakulan berkadar ialah masalah missing-value dan masalah
membandingkan nisbah (Ben-Chaim et al., 1998; Heller et al., 1990).

21
4.0 Objektif Kajian Dan Soalan Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan penaakulan berkadar murid tahun 6
dalam topik Nisbah dan Kadaran dengan menggunakan model bar. Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk
menguji bagaimanakah model bar dapat meningkatkan penguasaan penaakulan berkadar murid tahun 6
dalam topik Nisbah dan Kadaran.

5.0 Kumpulan Sasaran


Responden yang dipilih adalah melalui teknik pensampelan bertujuan. Murid tahun 6 yang sudah
menguasai operasi asas matematik tetapi lemah dalam penaakulan perkadaran sahaja yang akan dipilih
dalam kajian ini. Sebelas orang murid Tahun 6 telah dipilih berdasarkan prestasi menjawab 5 soalan
penaakulan perkadaran yang melibatkan Nisbah dan Kadaran di dalam kelas. Tiga orang murid yang
berpencapaian sederhana dan lapan berprestasi lemah dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
di Kamunting, Perak dipilih sebagai responden. Semua responden yang terdiri daripada kaum Cina dan
Melayu sudah menguasai operasi asas matematik tetapi lemah dalam penguasaan penaakulan perkadaran
semasa pembelajaran topik Nisbah dan Kadaran. Maka, sebelas orang responden dipilih untuk membantu
mereka meningkatkan penguasaan penaakulan perkadaran.

6.0 Pelaksanaan Kajian


Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian tindakan. Kajian tindakan ini
dilaksanakan berdasarkan Model Stephen Kemmis (1983) yang terdiri daripada empat langkah utama iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dalam satu kitaran yang lengkap (Mok, 2010; Ting, Ahmad
& Ting, 2013; Ho et al., 2014). Sebelum kajian dimulakan, pengkaji telah melakukan tinjauan awal melalui
refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) lepas untuk mengenal pasti isu dan fokus kajian yang ingin
ditangani. Kajian tindakan ini dilaksanakan sebanyak dua kitaran dan memberikan tumpuan kepada
penaakulan berkadar yang melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah harian yang mudah tentang
nisbah dan kadaran.

6.1 Tindakan yang dijalankan


Kajian tindakan ini dilaksanakan sebanyak dua kitaran berdasarkan empat langkah utama Model
Stephen Kemmis. Dalam Kitaran 1 (K1), penggunaan model bar seperti ditunjukkan dalam Rajah 5 telah
diperkenalkan kepada semua responden. Responden dibimbing untuk melakarkan bar segiempat untuk
mewakili nisbah dan melabelkan bar dengan maklumat yang diberikan. Kemudian, carikan jawapan yang
diingini berdasarkan soalan.

六青班有 18 名男生。该班男生人数和女生人数的比是 3:4。计算六青班的学生总人


数。
Kelas 6 Hijau mempunyai 18 orang murid lelaki. Nisbah bilangan murid lelaki kepada
bilangan murid perempuan ialah 3:4. Carikan jumlah murid kelas 6 Hijau.
18

Lelaki
?
Perempuan
6 4
18 ÷ 3 = 6 3 1 8 7
7 × 6 = 42 1 8 × 6
4 2

Rajah 3: Penyelesaian masalah rutin menggunakan model bar

22
Refleksi daripada hasil kajian K1, didapati murid masih kurang menguasai pemindahan maklumat
ke dalam bar dan keliru terhadap penggunaan operasi berdasarkan model bar. Malahan, prestasi tujuh orang
responden dalam K1 masih boleh dipertingkatkan lagi. Oleh itu, pengubahsuaian amalan pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) melalui cara penyampaian telah dilakukan dan diteruskan ke Kitaran 2 (K2) seperti
dalam Rajah 6. Dalam pelaksanaan kajian ini, senarai semak pemerhatian dan senarai semak temu bual
digunakan secara individu bagi menilai penguasaan penaakulan perkadaran responden. Dua lembaran kerja
dijawab oleh responden dalam K1 dan K2 bagi menilai penguasaan penaakulan perkadaran murid melalui
penggunaan model bar. Semua dapatan kajian telah dicatatkan dan direkodkan.

Menandakan
Melakar bar tanda soal
Melabel Mencari
segiempat Melabel untuk
maklumat nilai untuk
berdasarkan bar maklumat
berangka tanda soal
nisbah yang perlu
dicari

Rajah 4: Pengubahsuaian amalan PdPc dalam Kitaran 2

6.2 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian


Kajian ini telah menggunakan tiga jenis instrumen untuk mengumpul data, iaitu lembaran kerja,
senarai semak pemerhatian dan senarai semak temu bual. Ketiga-tiga instrumen telah disemak oleh dua
orang guru pakar. Dua orang guru pakar ini merupakan guru yang berpengalaman dalam bidang matematik
dan merupakan penyemak kertas matematik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hasil
dapatan kajian telah dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Refleksi dapatan kajian
dibincangkan secara terperinci berdasarkan analisis dapatan kajian yang diperoleh.

6.3 Refleksi Kajian


Analisis lembaran kerja (LK) dapat dilihat dalam Jadual 1. Tafsiran penguasaan adalah berdasarkan
konsep pendekatan masteri, iaitu menguasai sekurang-kurangnya 80% aras masteri yang ditetapkan setiap
unit pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). LK1 adalah bertujuan untuk menguji
penguasaan responden selepas pendedahan model bar. Berdasarkan Jadual 1, dapat dilihat hampir kesemua
responden dapat menjawab LK1 dengan baik setelah pendedahan penggunaan model bar di bawah
bimbingan guru.
Bagi LK2 pula, hanya R2, R3, R5, R8 dan R10 sahaja yang telah menguasai penaakulan berkadar
dengan menjawab betul sekurang-kurangnya empat daripada lima soalan. R1, R4, R6, R7, R9 dan R11
ditafsir tidak menguasai penaakulan berkadar kerana menjawab betul kurang daripada empat soalan.
Keadaan ini mungkin disebabkan responden mula menjawab tanpa bimbingan guru dan melakukan
kecuaian semasa menjawab. Walaupun R2 telah ditafsir menguasai penaakulan berkadar, R2 masih
diteruskan ke K2 bersama dengan enam orang responden yang tidak menguasai kerana dipercayai bahawa
penguasaan penaakulan berkadar R2 masih boleh dipertingkatkan lagi melalui model bar.
Selepas penambahbaikan cara penyampaian menggunakan langkah penyelesaian di K2,
penguasaan penaakulan berkadar responden telah meningkat. Dalam K2, dapat dilihat bahawa semua
responden telah berjaya menguasai penaakulan berkadar melalui model bar. Responden bukan sahaja dapat
memilih operasi yang sesuai mengikut bar, malah tiada kecuaian dilakukan kerana semak semula jawapan
ditekankan.

23
Jadual 1
Analisis Lembaran Kerja 1, 2, 3 dan 4
Bilangan soalan betul (5 soalan)
Responden Kitaran 1 Kitaran 2 Tafsiran
LK1 LK2 LK3 LK4
Tidak Menguasai (K1)
R1 5 2 5 5
Menguasai (K2)
R2 4 4 5 5 Menguasai (K1 dan K2)
R3 5 5 - - Menguasai (K1)
Tidak Menguasai (K1)
R4 5 3 5 5
Menguasai (K2)
R5 5 5 - - Menguasai (K1)
Tidak Menguasai (K1)
R6 5 2 5 5
Menguasai (K2)
Tidak Menguasai (K1)
R7 5 2 5 5
Menguasai (K2)
R8 5 5 - - Menguasai (K1)
Tidak Menguasai (K1)
R9 5 2 5 5
Menguasai (K2)
R10 5 5 - - Menguasai (K1)
Tidak Menguasai (K1)
R11 5 2 5 5
Menguasai (K2)

Bagi analisis senarai semak pemerhatian pula, reaksi dan tingkah laku responden telah diperhatikan
dan dicatatkan sepanjang kajian. Semua responden menumpukan perhatian semasa pengkaji memberikan
penjelasan tentang cara penggunaan model bar dan mereka boleh melakarkan model perbandingan
mengikut nisbah dalam K1. Dalam LK1, semua responden juga dapat menentukan operasi yang betul
mengikut kehendak soalan kerana responden masih boleh dapatkan bantuan dan bimbingan daripada guru
untuk menjawab soalan penaakulan berkadar.
Dalam LK2 pula, lima orang responden (R2, R3, R5, R8 dan R10) berjaya menyelesaikan soalan
menggunakan operasi yang betul. Terdapat enam orang responden (R1, R4, R6, R7, R9 dan R11)
mengalami kekeliruan dan tidak dapat menentukan operasi yang betul berdasarkan kehendak soalan. Dalam
K1, didapati juga R2 melakukan kecuaian dalam pengiraan menyebabkan kegagalannya dalam menjawab
semua soalan penaakulan berkadar dengan betul.
Lima orang responden (R1, R5, R6, R8 dan R10) gigih mengemukakan soalan apabila mengalami
masalah dan ketidakfahaman semasa menjawab LK1. Walau bagaimanapun, bilangan responden yang pasif
untuk bertanyakan soalan didapati berkurangan kepada tiga orang sahaja (R2, R7 dan R9) dalam LK2.
Sepanjang K1, semua responden menunjukkan perasaan seronok dan kelihatan yakin semasa menjawab
soalan menggunakan model bar kecuali R3, R7 dan R9. Namun begitu, keadaan ini bertambah baik dalam
LK2 kerana R3 mula memahami penggunaan model bar dan berjaya menguasai penaakulan berkadar. R7
dan R9 masih tidak yakin dan tidak menunjukkan perasaan seronok mungkin disebabkan mereka murid
Melayu yang tidak fasih dalam bahasa Cina.
Dalam K2 pula, semua responden mula menunjukkan kegigihan dan aktif dalam penggunaan model
bar. Semua responden memberikan tumpuan apabila guru memberikan penjelasan tentang langkah
penggunaan model bar senarai langkah penyelesaian menggunakan model bar. Dengan adanya langkah
penyelesaian yang sistematik, semua responden berjaya menggunakan operasi yang betul mengikut
kehendak soalan penaakulan berkadar. Masalah yang dihadapi juga berkurangan kerana mereka lebih
memahami penggunaan model bar dengan lebih baik.

24
Jadual 2
Analisis senarai semak temu bual
Kitaran 1
Bil. Soalan Responden
1. Dapatkah anda menjawab dengan betul Ya Rsemua
setelah menggunakan model bar?
4. Adakah anda suka kaedah ini? Tidak -
2. Adakah anda berasa bentuk segi empat susah Ya -
dilakar? Tidak Rsemua
3. Sudahkah anda menguasai kaedah ini? R1, R2, R3, R4, R5, R6, R8,
Ya
R10, R11
Tidak R7, R9
5. Adakah anda yakin menggunakan model bar? R1, R2, R3, R4, R5, R6, R8, R9,
Ya
R10, R11
Tidak R7
Kitaran 2
1. Adakah lima langkah penyelesaian lebih Ya Rsemua
membantu anda? Tidak -
2. Sudahkah anda menguasai kaedah ini? Ya Rsemua
Tidak -
3. Adakah anda berasa model bar ini membawa Ya Rsemua
kebaikan kepada anda? Tidak -
4. Adakah anda akan memperkenalkan model Ya Rsemua
bar kepada rakan anda? Tidak -

Jadual 2 menunjukkan analisis temu bual kajian. Dalam kajian ini, temu bual separa berstruktur
mengikut giliran dijalankan sebaik sahaja responden siap menjawab lembaran kerja bagi mendapatkan
maklum balas yang asli. Analisis menunjukkan bahawa semua responden berpendapat model bar dapat
membantu mereka menjawab soalan penaakulan berkadar dengan betul. Walaupun pada mulanya R4
mengalami kekeliruan dan ketidakpastian, akhirnya R4 memberikan maklum balas yang positif kerana
mendapati cara ini lebih senang dan soalan yang berjaya dijawab bertambah setelah penggunaan model bar.
Semua responden juga suka akan bentuk segiempat kerana senang dilakar dalam model perbandingan.
K1 menunjukkan sembilan orang responden telah menguasai model bar dalam menjawab soalan
penaakulan berkadar dan tidak menghadapi sebarang kekangan. R7 dan R9 pula mengalami kekeliruan dan
ketidakpastian sama ada mereka telah menguasai model bar kerana tidak tahu jalan kerja yang sesuai dan
tidak pasti untuk menjawab soalan setelah melihat bar-bar yang dilakar. Selain itu, semua responden suka
dan berasa yakin akan model bar yang dapat membantu mereka memahami dan menjawab soalan
penaakulan berkadar dengan lebih baik. Hanya R7 yang dilihat kekurangan keyakinan kerana takut berlaku
kecuaian pada dirinya sendiri.
Analisis temu bual dalam K2 mempamerkan semua responden memberikan respon yang baik
kerana mereka telah menguasai model bar dan beranggapan model bar telah membawa kebaikan kepada
mereka. Mereka akan memperkenalkan model bar kepada rakannya kerana berpendapat model bar ini
mudah difahami dan dapat membantu dalam pemahaman soalan penaakulan berkadar. Melalui hasil analisis
berkenaan, didapati semua responden menunjukkan peningkatan penguasaan penaakulan berkadar selepas
perubahan amalan pengajaran menggunakan model bar.
Penguasaan responden dapat dilihat melalui contoh penyelesaian soalan penaakulan berkadar yang
ditunjukkan dalam Rajah 4. Hasil analisis daripada pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja telah
menunjukkan respon positif setelah tindakan penambahbaikan yang dilakukan dalam K2. Semua responden
telah berjaya menguasai penaakulan berkadar melalui model bar. Dapatan kajian ini juga disokong oleh
kajian Osman et al. (2018) serta Ramasamy dan Puteh (2018, 2019).

25
3. 郑太太买了 6 个红苹果,她所买的红苹果和青苹果数量的比是 3:2。她共买了多少个苹
果?
Puan Teh membeli 6 biji epal merah. Nisbah bilangan epal merah kepada epal hijau yang dibeli
oleh Puan Teh ialah 3: 2. Berapakah biji epal yang dibeli olehnya?

Rajah 5: Contoh penyelesaian daripada R9

7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Setiap jenis model dalam model bar mempunyai kegunaan yang berbeza dan unik terhadap soalan
yang berbeza. Pembaca perlulah memilih model yang sesuai semasa mengaplikasikan model bar. Selain
penguasaan penaakulan perkadaran, model bar juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan kemahiran pendaraban dan pembahagian. Rajah 9 menunjukkan contoh penggunaan model bar
dalam penyelesaian masalah pendaraban. Selain kemahiran mendarab dan membahagi, model bar juga
boleh digunakan dalam topik lain untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Rajah 10
menunjukkan contoh penggunaan model bar dalam penyelesaian masalah topik Peratus.

1
Pada tahun 2015, sebuah kilang mengeluarkan 5 juta kg minyak masak untuk dieksport.
Sasaran pengeluaran pada setiap tahun berikutnya adalah 2 kali jisim minyak masak itu
berbanding tahun sebelumnya. Berapakah jisim, dalam kg, minyak masak yang
dikeluarkan pada tahun 2019?
1
Penyelesaian: juta = 200 000
5
Tahun Jisim (kg)
200 000
2015
2016
2017
2018
2019
16 × 200 000 = 3 200 000
Rajah 6: Contoh penggunaan model bar dalam pendaraban

26
Rajah 7: Contoh penggunaan model bar dalam topik peratus.

8.0 Implikasi Kajian


Pembelajaran murid sekolah rendah lebih bergantung kepada visual. Penggunaan model bar dapat
membantu murid memvisualisasikan soalan matematik dengan lebih baik kerana mereka dapat melihat
hubungan antara bar dan seterusnya menyelesaikan masalah matematik dengan lebih berkesan. Hal ini
memberikan implikasi yang positif kepada murid sekolah rendah kerana murid dapat menguasai penaakulan
perkadaran menggunakan model bar dengan baik dan berkesan. Kajian ini juga mendedahkan satu lagi
kaedah alternatif kepada guru sekolah rendah untuk mengubah amalan pengajaran tradisional kepada
penggunaan model bar. Model bar bukan sahaja berupaya menyelesaikan masalah operasi matematik,
malah juga dapat diaplikasi dalam soalan penyelesaian masalah. Oleh itu, guru dicadangkan agar memilih
kaedah alternatif untuk membantu murid menguasai sesuatu kemahiran matematik dengan lebih berkesan
Justeru, penggunaan model bar wajarlah dikongsi bersama antara pendidik kerana dapat membantu murid
menguasai konsep dan kemahiran asas matematik dengan lebih kukuh dan baik.

9.0 Kesimpulan
Kajian tindakan ini berjalan sebanyak dua pusingan dan data telah dikumpul secara terperinci.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan model bar dalam penguasaan penaakulan perkadaran
murid mendatangkan kesan yang positif. Hal ini kerana model bar telah membantu murid
memvisualisasikan masalah yang rumit dan abstrak menjadi mudah dan konkrit. Maka, murid menyukai
dan yakin bahawa model bar dapat membantu mereka menguasai penaakulan perkadaran dengan lebih baik.
Model bar juga berpotensi dan sangat wajar untuk diterapkan dalam pengajaran bagi membolehkan murid
menyusun maklumat dan menggambarkan soalan Matematik berayat dengan lebih jelas.

Rujukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Tahun 6:
Matematik. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ben-Chaim, D., Fey, J. T., Fitzgerald, W. M., Benedetto, C., & Miller, J. (1998). Proportional reasoning
among 7th grade students with different curricular experiences. Educational Studies in
Mathematics. 36: 247-273.

27
Heller, P. M., Post, T. R., Behr, M., & Lesh, R. (1990). Qualitative and numerical reasoning about fractions
and rates by seventh- and eighth-grade students. Journal for Research in Mathematics Education
21(5): 388-402.
Ho, H. T., Rahmah, M., Gan, W. L., Zaliha, M., Ahap, A., Lee, H. Y., … Stanley, A.. (2014). Asas
penyelidikan tindakan teori dan amalan. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak.
Im, S., Jitendra, A. K., Harwell, M. R., Karl, S. R. & Slater, S. C. (2018). The Impact of a Research-Based
Intervention on the Proportional Reasoning of Seventh-Grade Students with Mathematics
Difficulties: A Regression Discontinuity Analysis. SREE Spring Conference (612): 1–7.
Jitendra, A. K., Harwell, M. R., Karl, S. R., Slater, S. C., Simonson, G. R. & Nelson, G. (2016). A
Replication Study to Evaluate the Effects of Schema-Based Instruction on Middle School Students’
Proportional Problem-Solving Performance. SREE Spring Conference (612): 1–10.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Soalan lazim kurikulum standard sekolah rendah (KSSR).
Diperoleh dari http://www.moe.gov.my/my/ soalan-lazim-view?id=146&
Kho, T. H., Yeo, S. M. & Fan, L. (2014). Model method in singapore primary mathematics textbooks.
Proceedings of the International Conference on Mathematics Textbook Research and
Development, 275–282.
Lamon, S. J. (2007). Rational numbers and proportional reasoning: Toward a theoretical framework for
research. Charlotte, NC: Information Age Publishing.
Lobato, J., Hawley, O., Druken, B. & Jacobson, E. (2011). Middle School Teachers ’ Knowledge of
Proportional Reasoning for Teaching March: 1–14.
Mok, S.S. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tindakan.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Noor, M. F., Zamri, S. N. A. S. & Leong, K. E. (2017). Pemahaman informal murid tahun lima tentang
perkadaran. Sains Humanika 9(1–2): 47–50.
Osman, S., Che Yang, C. N. A., Abu, M. S., Ismail, N., Jambari, H. & Kumar, J. A. (2018). Enhancing
students’ mathematical problem-solving skills through bar model visualisation technique.
International Electronic Journal of Mathematics Education 13(3): 273–279.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran masteri. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Ramasamy, R. & Puteh, M. (2018). Bar model method for higher order thinking skills questions in
mathematics for dual language program pupils. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences 8(9): 1456–1462.
Ramasamy, R. & Puteh, M. (2019). The effectiveness of bar model to enhance hots in mathematics for year
4 pupils. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development
8(2): 200–204.
Ting, L. S., Ahmad, S. O. & Ting, H. Y. (2013). Penyelidikan tindakan dalam pendidikan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn Bhd.

28
KAEDAH LOCUS IN CARTESIAN PLANE :
MENGGUNAKAN PENDEKATAN `HANDS ON` DALAM
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID 3 CEKAL
DALAM KONSEP LOKUS DALAM DUA DIMENSI
Ruhaya Mohamed1 dan Minah Selamat2
1,2
SMK Air Tawar, Johor
Emel: ruhayamohamed@yahoo.com,

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid 3 Cekal dalam menjawab soalan
yang berkaitan masalah Lokus Dalam Dua Dimensi . Seramai 22 orang murid Tingkatan 3 Cekal yang
terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan dan dua orang guru terlibat dalam
kajian ini. Murid Tingkatan 3 Cekal adalah murid dalam kumpulan yang sederhana dan lemah. Melalui
temubual secara tidak formal saya dapati mereka sukar memahami konsep dan melukis lokus mengikut
syarat yang diberikan. Ini telah menimbulkan masalah untuk mereka menjawab soalan yang berkaitan
dengan persilangan dua lokus. Tinjauan awal daripada ujian pra, saya dapati, terdapat 19 orang murid tidak
menguasai aspek menentukan lokus mengikut syarat tertentu manakala seramai 14 orang murid tidak
menguasai aspek persilangan dua lokus. 8 orang murid sahaja yang mendapat markah lulus iaitu 40% dan
ke atas. Guru telah mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan memperkenalkan kaedah
LOCUS IN CARTESIAN PLANE bagi memahami dan mevisualisasikan konsep Lokus Dalam Dua
Dimensi. Selepas 2 minggu menggunakan kaedah ini, ujian pos telah dijalankan. Keputusan ujian pos telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid meningkat daripada markah purata 6% kepada markah purata
75 % . 12 orang murid telah mendapat markah gred A (80-100%). Oleh itu saya dapati, penggunaan kaedah
LOCUS IN CARTESIAN PLANE dapat meningkatkan kemahiran murid 3 Cekal untuk menguasai topik
Lokus Dalam Dua Dimensi.

Kata kunci: LOCUS IN CARTESIAN PLANE , lokus dalam dua dimensi, visualisasi

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Lalu


Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tingkatan 3
Cekal. Tingkatan 3 Cekal merupakan kelas sederhana . Murid- muridnya berpotensi untuk mendapat
sekurang-kurangnya Gred D dalam PT3. Pada pendapat saya murid boleh mendapat gred yang lebih baik
jika murid berminat ketika belajar Matematik . Minat ini mungkin boleh diwujudkan sekiranya bahan bantu
belajar yang bersifat `hands on` disediakan.
Pendekatan ‘hands on’ adalah satu kaedah arahan di mana murid dibimbing untuk mendapat
pengetahuan dengan pengalaman di mana murid diberi peluang untuk memanipulasi objek yang mereka
sedang belajar. Cecilia O. Ekwueme, Esther E. Ekon1 & Dorothy CEzenwa-Nebife (2015), menyatakan
bahawa pendekatan pembelajaran secara ‘hand on’ melibatkan pengalaman pembelajaran yang dapat
meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kritikal. Pendekatan ‘hands on’ telah
dicadangkan sebagai satu cara untuk meningkatkan pencapaian akademik murid dan pemahaman konsep
saintifik dengan memanipulasi objek yang boleh membuat pengetahuan abstrak menjadi lebih konkrit dan
lebih jelas.
Topik Lokus Dalam Dua Dimensi adalah salah satu dipelajari murid di Tingkatan 3. Melalui
refleksi pengajaran dan pembelajaran tahun-tahun yang lepas, saya dapati murid sukar mengingat dan
mengaplikasikan konsep-konsep dalam lokus dua dimensi. Murid sukar menggambarkan pergerakan titik-

29
titik yang terbentuk berdasarkan situasi yang diberikan dan akhirnya gagal melukis lokus dengan betul
dalam soalan yang dikemukan kepada mereka.
Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran
dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta
merealisasikan harapan dan cita-cita mereka untuk memperolehi keputusan PT3 yang cemerlang dalam
mata pelajaran Matematik

2.0 Fokus Kajian


Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan dengan baik kerana mereka
tidak dapat menggambarkan lintasan titik-titk yang terbentuk, melukis lokus mengikut syarat-syarat tertentu
dan menentukan titik persilangan antara dua lokus.
Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid kerana murid tidak dapat menyelesaikan masalah
matematik yang diberikan oleh guru dan murid hanya boleh membuat latihan apabila menyelesaikan
masalah tersebut bersama guru. Ini mungkin disebabkan oleh sikap murid yang tidak minat matematik dan
malas berfikir. Sikap tidak minat Matematik mungkin berpunca daripada anggapan bahawa matematik
adalah sesuatu yang abstrak dan tidak maujud. Sikap malas berfikir mungkin juga berpunca daripada guru
yang kurang menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan murid.
Justeru itu, saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan menyediakan suasana pembelajaran yang
lebih aktif dengan aktiviti `hands on` dalam mengatasi masalah mengingati dan memahami konsep lokus.

3.0 Objektif
3.1 Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatan kemahiran murid 3 Cekal menjawab soalan topik
Lokus Dalam Dua Dimensi.

3.2 Objektif Khusus:

1. Murid dapat memahami dan melukis lokus bagi suatu titik yang memenuhi syarat-syarat
berikut:
i. Berjarak tetap dari suatu titik tetap
ii. Berjarak sama dari dua titik tetap
iii. Berjarak sama dari dua garis selari

2. Murid dapat menentukan persilangan dua lokus dengan melukis lokus yang memenuhi syarat
kedua-dua lokus.
3. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
4. Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

4.0 Kumpulan Sasaran


Murid Tingkatan 3 Cekal seramai 22 orang murid iaitu 11 orang murid lelaki dan 11 orang
murid perempuan.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Ujian Pra


Ujian pra telah dijalankan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid mengenai konsep lokus
dalam dua dimensi. Soalan ujian pra terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A (melukis lokus
mengikut situasi atau syarat tertentu) dan Bahagian B (menentukan persilangan dua lokus).

30
5.1.2 Temu bual
Guru menjalankan sesi temubual bersama beberapa orang murid iaitu 8 orang murid yang mendapat
markah dalam julat 0 – 39 setelah ujian pra dijalankan. Soalan yang diajukan adalah untuk mengesan
mengapa mereka tidak dapat menguasai topik ini.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


5.2.1 Ujian Pra
Analisis dapatan daripada soalan ujian pra ,markah purata murid ialah 33%. Saya dapati terdapat
14 orang murid gagal iaitu mendapat markah bawah 40% ,6 orang murid mendapat gred D(40-49) dan 2
orang murid orang mendapat gred C(50-64). Analisis item telah dijalankan. Maklumat yang diperolehi
adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1
Analisis Item Ujian Pra
Aspek Bil Murid Tidak Bil Murid
Menguasai Menguasai
Melukis lokus mengikut situasi atau syarat tertentu 19 3
Menentukan persilangan dua lokus 14 8

5.2.1 Ujian Pra


Guru telah menjalankan sesi temubual dengan 8 orang murid yang mendapat markah dalam julat 0
– 39 setelah ujian pra dijalankan. Jawapan kepada soalan tersebut adalah hampir sama. Berikut adalah
sebahagian daripada contoh soalan dan jawapan murid daripada sesi temubual.
Soalan Contoh jawapan pelajar
S1 Adakah kamu minat matematik Tidak minat
Minat sedikit sahaja
Minat tapi tak faham
S2 Mengapa kamu tidak minat Saya rasa bosan
matematik Saya tak faham apa yang cikgu ajar
Masa cikgu ajar saya faham, tapi
bila cikgu
bagi soalan saya tak tahu nak jawab.
S3 Adakah anda tahu maksud lokus Tahu sikit-sikit.
dalam dua dimensi Tak tahu
Entahlah cikgu.
Tahu (jawapan salah)
S4 Adakah anda tahu bagaimana Tahu sikit-sikit
nak melukis lokus dalam dua Tahu (ada jawapan betul dan ada
dimensi mengikut syarat tertentu? jawapan
salah)

5.3 Tindakan yang dijalankan


Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pengajaran menggunakan kaedah `Locus In
Cartesian Plane’. Aktiviti yang dilaksanakan ialah :
i. Aktiviti mesra set ’Cartesian Plane’
ii. Aktiviti membina lokus menggunakan set ‘Cartesian plane’
iii. Menjalankan ujian pos
iv. Menjalankan temubual

31
5.3.1 Aktiviti 1: Aktiviti mesra set ’Cartesian Plane’
Di dalam aktiviti ini guru membekalkan satu maker pen, satu set ` Cartesian Plane ` (Rajah 1). Satu
set ’Cartesian Plane’ terdiri daripada satu ‘Cartesian Plane’, 2 garis nombor berlubang, 2 garis nombor
beralur, 2 set klip butang dan 1 segi empat beralur.

Garis nombor
berlubang Klip butang

Cartesian
Plane
berlubang Garis nombor
Segi empat
beralur beralur

Rajah 1: Set ‘Cartesian Plane’


5.3.2 Aktiviti 2: Aktiviti membina lokus menggunakan set ’Cartesian plane’

5.3.2.1 Aktiviti membina lokus yang berjarak tetap dari satu titik tetap
Murid dikehendaki meletakkan satu butang pada satu titik berlubang di ’Cartesian Plane’.
Kemudian satu garis nombor berlubang diletakkan di atas butang. Murid dikehendaki memilih satu nombor
pada garis nombor berlubang tersebut dan meletakkan pen marker di lubang yang terdapat pada garis lurus
tersebut. Pen marker tersebut digerakkan. Aktiviti ini diteruskan dan akhirnya terbentuk suatu bulatan. Ini
bermakna lokus bagi suatu titik yang berjarak tetap dari satu titik tetap adalah bulatan.

5.3.2.2 Aktiviti membina lokus yang berjarak sama dari dua titik tetap
Murid meletakkan dua butang pada dua lubang di ’Cartesian Plane’. Kemudian murid meletakkan
dua garis nombor beralur pada kedua-dua klip butang tersebut. Garis nombor beralur dilaraskan pada
bahagian tengah. Pelarasan adalah dengan meletakkan pen marker pada nombor yang sama pada kedua-
dua garis nombor beralur. Murid menanda dengan pen marker pada titik persilangan pada kedua-
dua garis lurus bernombor. Pada langkah ini nombor pada kedua-dua garis lurus bersilang hendaklah
sentiasa sama. Seterusnya murid diminta untuk menyambungkan titik-titik tersebut dengan menggerakkan
pen marker ke arah bawah. Guru bertanyakan murid apakah bentuk yang terhasil dari aktiviti tersebut.
Guru menegaskan semula bahawa lokus bagi suatu titik yang bergerak dalam keadaan sentiasa berjarak
sama dari dua titik tetap adalah garis lurus yang merupakan pembahagi dua sama serenjang bagi dua titik
tersebut.

32
5.3.2.3 Aktiviti membina lokus yang berjarak sama dari dua garis selari
Murid melukis dua garis lurus yang selari pada ’Cartesian Plane’ iaitu garis lurus AB dan CD .
Kemudian murid meletakkan segi empat beralur di atas ’cartesian plane’. Alur pada segi empat diletakkan
pada kedua-dua garis selari tersebut. Seterusnya murid mencari alur yang berada di tengah-tengah antara
dua garis selari dan menandakan dengan pen maker pada alur tersebut. Murid mengalihkan segi empat
beralur dan terlihat hasilnya iaitu satu garis lurus yang selari dan berada di tengah-tengah antara dua garis
selari tersebut. Garis tersebut merupakan lokus bagi suatu titik yang sentiasa berjarak sama dari dua garis
selari.

5.3.2.4 Refleksi Aktiviti 2


Murid merasa sangat seronok dapat menggunakan set ’Cartesian Plane’ ini. Walaupun terdapat
murid yang masih perlukan bimbingan pada awalnya, akhirnya murid dapat membina lokus dengan sendiri
apabila titik-titik tetap tersebut diubah-ubahkan.

5.3.4 Menjalankan ujian pos


Guru mengadakan ujian pos selepas dua minggu kaedah Locus in Cartesian Plane diperkenalkan.
Soalan ujian pos terdiri daripada soalan subjektif . Analisis dapatan daripada soalan ujian pos ,markah
purata murid telah meningkat daripada 33% kepada 76.1% . Saya dapati tiada murid yang gagal, 2 orang
murid mendapat markah gred D(40-49), 1 orang murid mendapat markah gred C(50-64), 6 orang murid
mendapat markah gred B(65 – 79) dan 13 orang murid mendapat markah gred A(80-100). Analisis item
telah dijalankan didapati maklumat yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2
Analisis Item Ujian Pos
Aspek Bil Murid Tidak Bil Murid
Menguasai Menguasai
Melukis lokus mengikut situasi atau syarat tertentu 0 22
Menentukan persilangan dua lokus 4 18

33
5.3.5 Menjalankan temu bual
Guru menemubual secara rawak seramai 4 orang murid bagi mengetahui keberkesanan dan
kesesuaian kaedah yang dilaksanakan

Soalan1: Apakah pandangan anda tentang kaedah menggunakan set ‘Cartesian Plane’ yang baru
lakukan?
Jawapan1: ia adalah sangat menarik dan penuh dengan keseronokan kerana kita boleh mengubah-
gubah jarak dalam menghasilkan bentuk yang sama tetapi saiz berbeza. Kita juga dapat buktikan
bahawa lokus pada jarak tetap dari satu titik adalah sebuah bulatan.

Soalan 2: Adakah anda dapat menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan set
‘Cartesian Plane’?
Jawapan 2: Ya. Kerana saya nampak dengan jelas bagaimana lintasan titik-titik itu terbentuk bagi
suatu lokus. Malah saya masih boleh menjawab soalan tersebut walaupun tanpa menggunakan set
tersebut dalam soalan yang lain .

Soalan 3: Kaedah yang manakah anda lebih suka samada belajar lokus dengan terus
menggunakan pensil, pembaris dan jangka lukis sahaja atau kamu didedahkan dahulu dengan
menggunakan set ‘Cartesian Plane’ ?
Jawapan3 : Saya lebih suka kaedah menggunakan set ‘Cartesian Plane’ terlebih dahulu sebab
apabila telah faham lokus, barulah mudah melukis lokus dengan jangka lukis.

Secara umumnya kebanyakan murid menyukai kaedah ini kerana ia lebih menarik dan konsep
matematik dapat diperlihatkan dengan lebih ‘real’

6.0 Refleksi Kajian


6.1 Refleksi kajian terhadap murid
Secara keseluruhan kaedah ‘Locus in Cartesian Plane’ dapat meningkatkan penguasaan murid
tentang topik Lokus Dalam Dua Dimensi. Kaedah ini juga menimbulkan keseronokkan kepada murid
kerana murid belajar secara aktif dan terdapat unsur `hands on` semasa pembelajaran. Kemahiran berfikir
murid dirangsang dengan soalan-soalan yang mencabar mindanya dengan menggunakan kaedah ‘Locus in
Cartesian Plane’ ini. Malah akhirnya setelah selesai aktiviti pembelajaran ,murid boleh meramal bentuk
lokus tanpa menggunakan ‘Cartesian Plane’.

6.2 Refleksi kajian terhadap guru


Guru merasa puashati apabila kaedah ini dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan
murid tentang topik Lokus Dalam Dua Dimensi. Walaupun masih terdapat seorang orang murid yang belum
menguasai topik ini tetapi jika murid ini diberi masa yang lebih panjang , mereka mungkin dapat
menguasainya. Guru merasa puashati kerana terdapat 13 orang yang mendapat gred A. Ini secara tidak
langsung dapat menyuntik motivasi murid untuk belajar matematik dan berjaya dengan cemerlang dalam
pelajaran.

6.3 Refleksi terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang telah dijalankan secara
keseluruhan
Proses PdP berjalan dengan lancar dan dapat memenuhi kepuasan kedua-dua belah pihak, sama ada
guru mahupun murid. Ia juga menimbulkan suasana pembelajaran yang aktif, `hands on’ dan
menyeronokkan kerana murid belajar melalui pengalaman semasa menggunakan set ’Cartesian Plane’.
Sesungguhnya hasil daripada kajian tindakan yang dilaksanakan ini benar-benar memberikan kepuasan
kepada diri saya. Hasil daripada kajian tindakan ini juga telah membangkitkan semangat saya untuk
membantu murid- murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Saya yakin bahawa setiap masalah

34
pasti ada penyelesaiannya seperti mana yang telah saya buktikan dalam kajian tindakan ini. Saya turut yakin
bahawa minat murid terhadap pembelajaran Matematik dapat ditingkatkan kerana adanya aktiviti `hands
on`. Pendekatan ‘hands on’ penting bagi murid-murid memahami konsep yang abstrak tentang masalah
yang terdapat dalam buku teks Matematik.

7.0 Cadangan Kajian Seterusnya


Oleh kerana kajian ini menunjukkan peningkatan prestasi murid. Saya akan menggunakan kaedah
‘Cartesian Plane’ untuk topik Koordinat.

Rujukan

Koo Seng Her, Chong Geok Chuan, Lam Yat San, Heng Sook Khirm dan Rahimah Bin
Jantan.(2012).Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Matematik Tingkatan 2. Pekan Ilmu
Publications Sdn. Bhd.
http://homeschooling.about.com/cs/basicmath/a/handsonmath.htm
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi
Ketiga. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chiu Kam Choon, Vincent De Selva A/P Santhanasamy, Punithah Krishnan dan Raja Devi Raja Gopal.
(2018).Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Matematik Tingkatan 3. Pustaka Yakin Sdn. Bhd.

35
KAJIAN AWAL: DATA STORAGE SYSTEM FOR
MATERIALS RESEARCH AND INNOVATION AT
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR (DaSRnI)

Norzahirah Zainuddin1, Siti Soraya Mohd Sapuan2 dan Sharifah Nadiyah Razali3
1,2,3
Kolej Komuniti Selandar, Melaka
Emel : zahirah7884@yahoo.com

Abstrak
Teknologi terkini dalam bidang pengkomputeran di abad 21 kini makin menjadi keutamaan dalam semua
bidang bukan sahaja industri tetapi di dalam bidang pendidikan juga. Platform pengurusan data adalah
menjadi keutamaan untuk mengurangkan ancaman pada data tersebut. Permasalahan berlaku apabila tiada
medium penyimpanan yang sesuai untuk data penyelidikan dan inovasi di Kolej Komuniti Selandar untuk
jangka masa yang panjang. Data meliputi penulisan abstrak, kertas kerja penulisan, kertas penulisan jurnal
dan laporan akhir inovasi yang perlu untuk dijadikan rujukan dan galeri data. Oleh sebab itu, metodologi
kertas kerja ini menjurus kepada kajian awal mengenai Data Storage System for Materials Research and
Innovation at Kolej Komuniti Selandar (DaSRnI) perlu dibangunkan agar membantu penulis dan
pembangun produk inovasi menyimpan data secara teratur dan terjamin. DaSRnI merupakan sistem
berasaskan web yang berfungsi sebagai medium penyimpanan data meliputi penyelidikan dan inovasi yang
telah dijalankan oleh warga Kolej Komuniti Selandar di semua peringkat penyertaan mereka. Sistem akan
dipecahkan kepada aras capaian pengguna pelajar, pensyarah dan kakitangan. Kaji selidik telah dijalankan
kepada 100 orang respondan dan temubual kepada 5 orang peserta. Analisa keputusan kajian ini telah
menunjukkan bahawa penggunaan desktop adalah paling tinggi sekaligus membuktikan keperluan system
ini perlu dibangunkan pada peringkat seterusnya.

Kata kunci: DaSRnI, Data Storage System, Framework Yii2, Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti
Selandar

1.0 Refleksi Pengajaran Lalu


Dewasa ini, penggunaan teknologi terkini kian meluas kepada semua aspek sama ada pendidikan
terutama dalam pengajaran dan pembelajaran. Semua aspek telah disistemkan supaya menjadi sesuatu yang
baru dan berteknologi tinggi. Capaian yang mudah akan menjadikan tarikan kepada penggunaan sistem.
Inovasi adalah satu ciptaan produk baru, mengemaskini produk sedia ada atau memberikan sesuatu yang
lebih baik kepada sistem pengurusan. Bagi Kolej Komuniti Selandar, pada setiap tahun akan diadakan
pertandingan inovasi dengan pelbagai kategori inovasi berserta laporan penuh dan abstrak lengkap. Penulis
dan pembangun produk perlu menghantar laporan abstrak dan laporan penuh sebelum proses pembentangan
dan pertandingan. Bagi simpanan data pula, kita telah mencapai cara penyimpanan yang baik seperti
penggunaan cloud storage seperti google drive, icloud dan dropbox.
Hasil kajian awal tertumpu kepada perancangan menggunakan jenis sistem peyimpanan data dan
kaedah pengaturcaraan sebelum melaksanakan aplikasi sebenar. Pada tahun (Uskov, 2017) telah
menerangkan kepentingan sistem penyimpanan data dalam kajian telemedicine berasaskan inovasi, sistem
dan teknologi pintar. Selain itu keselamatan pemindahan data dan penyimpanan data dalam aplikasi
telemedicine sangat penting untuk pembangunan aplikasi telemedicine untuk menyedari risiko bahawa
maklumat dapat diubah jika penyelesaian buruk digunakan untuk mendapatkan data. Aplikasi telemedicine
mesti mempunyai dasar yang kuat untuk memastikan maklumat pesakit tidak dapat dibaca, diubah suai atau
dimatikan (Uskov dan lain-lain, 2017). Perbagai kaedah pengaturcaraan digunakan seperti waterfall dan
PhP Framework Yii2. Berdasarkan kelebihan menggunakan PhP Framework Yii2 dapat dilihat dalam

36
kajian (Zarlis dan lain-lain 2019, Jannah dan lain-lain 2015, Sari dan lain-lain 2018). Antara kelebihan
PhP Framework Yii2 ialah penggunaan yang mudah, dokumentasi serta rujukan yang lengkap dan
mempunyai kod generatornya sendiri. Selain itu, PhP Framework Yii2 adalah sebuah software yang
berfungsi sebagai kerangka kerja php yang mempunya komponen asas teknologi tinggi untuk pembuatan
sebuah aplikasi web bersekala besar, PhP Framework Yii2 juga menyediakan kapasiti maksimum dalam
pemrograman Web dan mampu mengakselerasi proses pengembangan secara signifikan. PhP Framework
Yii2 dianggap sebagai salah satu yang paling berorientasikan keputusan, sumber terbuka dan rangka kerja
yang selamat yang kini tersedia di pasaran. Justeru, tidak menghairankan penyelidik dan kebanyakan
syarikat sedia menawarkan perkhidmatan pembangunan PhP Framework Yii2 mereka pada hari ini untuk
aplikasi yang pintar selaras dengan arus pemodenan masakini.
Penyimpanan data yang besar dan kaedah pengaturcaraan yang mudah dapat aplikasikan kepada
keperbagaian sistem untuk mempercepatkan urusan kerja. Antara contoh aplikasi yang berkaitan dua
perkara tersebut ialah rangka kerja metodologi untuk pemindahan inovasi kepada SMEs oleh Caputo pada
tahun 2002 (Caputo dan lain-lain, 2002). Kajian berkenaan adalah pemindahan inovasi teknologi dan
pengurusan kepada perusahaan kecil dan sederhana. Rangka kerja komprehensif, mengenal pasti seni bina
rangkaian di mana kategori yang berlainan (universiti, pusat R & D lain, syarikat perundingan, Kesatuan
Eropah, kerajaan negara, pentadbiran awam tempatan) berinteraksi. Dari itu sistem yang lebih teratur dibina
dan dianalisa. Selain itu ada juga kajian lain yang bersesuaian seperti Katalog Perpustakaan Generasi
Selanjutnya (Fitriansyah dan lain-lain, 2019) dan juga Aplikasi Sistem Penilaian Ujian Berdasarkan Rangka
Kerja YII di Pendidikan Tinggi (Zarlis dan lain-lain, 2019). Dari rujukan-rujukan tersebut, kertas kerja ini
bermula dengan kajian awal iatu kaji selidik beserta analisa pemasalahan dan seterusnya membuat aplikasi
sebenar pada masa akan datang.

2.0 Fokus Kajian


Fokus kajian ini adalah untuk membuat kajian awal terhadap kaedah sedia ada penyimpanan bahan
inovasi pensyarah dan pelajar.

3.0 Objektif Kajian


Kajian awal ini menjurus kepada penyimpanan data dan akan dibangunkan Data Storage System
for Materials Research and Innovation at Kolej Komuniti Selandar (DaSRnI) untuk peringkat seterusnya.
Berikut adalah objektif kajian ini iaitu:
a. Untuk mengenal pasti kaedah penyimpanan data sedia ada
b. Untuk mengenal pasti kepentingan menyimpan bahan inovasi
c. Mengenal pasti persepsi responden terhadap penyimpanan data secara atas talian

4.0 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah 100 responden terdiri daripada 52 orang pensyarah dan
48 orang pelajar pada tahun 2018 dan 2019.

5.0 Pelaksanaan Kajian


Kajian awal Data Storage System for Materials Research and Innovation at Kolej Komuniti
Selandar (DaSRnI) ini menggunakan kajian deskriptif sebagai alat pengukur. Penyelidik telah mengedarkan
borang soal selidik menggunakan platform Google Form. Data telah direkodkan menggunakan Microsoft
Excel 2010. Penyelidik telah menggunakan pendekatan kajian tindakan melalui model Kemmis & Mc
Taggart (1988) iaitu dengan membuat tinjauan awal, merancang tindakan, memerhati dan membuat refleksi
kajian. Rajah 1 menunjukkan model bagi kajian tindakan DaSRnI dimana menggunapakai model Kemmis
& Mc Taggart (1988).

37
Penyelidik membuat tinjauan awal dengan mengenalpasti masalah kepada sistem sedia ada,
seterusnya menyediakan soalan kaji selidik dan membuat analisis terhadap kepada keseluruhan soalan.

TINJAUAN AWAL
Tinjauan awal
terhadap
DaSRnI dengan
mengenalpasti
masalah

MEREFLEK MERANCANG
Membuat TINDAKAN
Membuat rancangan
refleksi kepada kepada DaSRnI
DaSRnI dengan
menyediakan
kaji selidik

PEMERHATIAN
Membuat
analisis dan
pemerhatian
kepada soalan
kaji selidik
DaSRnI

Rajah 1: Model Kajian tindakan bagi DaSRnI

5.1 Tinjauan Masalah


Kajian awal menggunakan secara kualitatif dengan menemubual 5 orang peserta di Unit
Penyelidikan dan Inovasi di Kolej Komuniti Selandar, penyelidik mendapati terdapat beberapa masalah
berkaitan penyimpanan data inovasi bagi pelajar dan pensyarah. Selain itu kaedah capaian juga sukar
apabila ia berbentuk hardcopy dalam kuantiti yang banyak. Soalan temubual adalah seperti jadual 1 di
bawah:

Jadual 1
Soalan temubual
Soalan Temubual Ya Tidak
1. Adakah laporan inovasi dihantar dalam bentuk /
hardcopy?
2. Adakah memerlukan ruang penyimpanan besar /
bagi penyimpanan bahan dalam bentuk hardcopy?
3. Perlukah dibangunkan sistem yang bersesuaian /
dengan penyimpanan bahan
4. Adakah kaedah capaian sedia ada mudah dalam /
proses carian

Berdasarkan soalan temubual, didapati 5 peserta telah setuju dengan soalan tersebut dan mendapati
masalah timbul dalam proses carian semula dan ruang penyimpanan.

38
5.2 Analisis
Kajian awal ini adalah secara kuantitatif iaitu menggunakan kaji selidik dan diedarkan kepada 100
orang pensyarah dan pelajar dari pelbagai latar belakang pendidikan. Tujuan kaji selidik ini dijalankan
adalah untuk melihat bagaimana mereka menyimpan data inovasi yang telah dihasilkan. Soalan kaji selidik
ini adalah sebanyak 10 soalan yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu demografi dan kaedah penyimpanan
data. Borang kaji selidik ini diagihkan kepada lebih daripada 100 responden yang terlibat dan sebanyak
100 responden telah menjawab soalan. Berdasarkan Rajah 2 di bawah didapati bahawa 9 orang respondan
terdiri daripada lelaki bagi pensyarah manakala 43 orang respondan daripada perempuan bagi pensyarah.
Bagi pelajar pula pada Rajah 3 masing-masing bagi lelaki adalah 20 responden dan 28 responden
perempuan.

Responden Responden
Kategori Kategori Pelajar
Pensyarah Bilangan

Bilangan 28
43 20
9

Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

Rajah 2: Responden kategori pensyarah Rajah 3: Responden kategori pelajar

Tindakan Yang Dijalankan

Penyelidik telah menjalankan kajian secara deskriptif dengan menyediakan 10 soalan kaji selidik
kepada 100 orang respondan dan juga telah menjalankan temubual kepada 5 orang respondan.

5.3 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian


Dalam kajian ini, fokus kajian adalah kepada 100 responden untuk mengkaji kaedah penyimpanan
data sedia ada dan kepentingan simpanan data tersebut. Melalui Rajah 4 responden telah menggunakan
desktop atau laptop, email, external hard disk, google drive, pendrive dan lain-lain (smartphone) sebagai
medium penyimpanan. Sebanyak 45% daripada 100 responden masing memilih untuk menyimpan di
desktop/laptop dan pendrive. Selain itu, 6% menggunakan kaedah email, 2% menggunakan external hard
disk dan selebihnya kaedah google drive dan smartphone. Merujuk kepada gambar 5 di bawah, telah
menunjukkan bahawa 100% responden penyarah dan pelajar mengetahui bahawa inovasi adalah penting
untuk disimpan. Manakala Rajah 6 pula menunjukkan bahawa 52 responden dari kategori pensyarah
berminat untuk mengetahui tentang sistem inovasi dan 47 responden dari kategori pelajar juga menyatakan
minat. Jadi, 99% responden berminat untuk belajar tentang sistem inovasi yang bakal dibangunkan.

39
Pensyarah Pelajar
30 29

15 16

4 2 1 1 1 0 0 1

Rajah 4: Kaedah penyimpanan sedia ada

Saya tahu data inovasi penting untuk Saya berminat untuk belajar tentang
simpanan sistem berkaitan penyimpanan bahan
inovasi
Peratusan
Bilangan
100% 100% 52
47

Pensyarah Pelajar Pensyarah Pelajar

Rajah 5: Kepentingan menyimpan bahan inovasi Rajah 6: Minat untuk belajar tentang sistem
penyimpanan
5.4 Refleksi Kajian
Secara rumusan, kajian ini adalah untuk mendapati bahawa 100% responden tahu bahawa data
inovasi ini adalah penting dan perlu disimpan. Ini adalah kerana data inovasi boleh dijadikan rujukan
kepada orang lain pada masa yang akan datang. Mengikut soal selidik yang telah dijalankan juga, dapatlah
dikenalpasti dari [soalan 8: Saya tahu bahawa bahan inovasi boleh dijadikan rujukan masa depan], 100%
responden telah bersetuju dengan kenyataan tersebut. Responden juga memberikan 100% bersetuju untuk
belajar jika diberikan peluang tentang sistem inovasi. Ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan bahan
untuk disimpan dan penyelidik membuat kesimpulan perlu di bangunkan satu sistem berasaskan web iaitu
Data Storage System for Materials Research and Innovation at Kolej Komuniti Selandar (DaSRnI).

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Rentetan daripada ini, penyelidik telah mendapati perlu diwujudkan sistem penyimpanan secara
berkumpulan dan mempunyai data penyimpanan yang teratur dari segi carian dan terjamin dari segi
simpanan data iaitu Data Storage System for Materials Research and Innovation at Kolej Komuniti Selandar
(DaSRnI). Bagi pembangunan sistem DaSRnI ini, penyelidik akan membangunkan berasaskan web
menggunakan web server Apache dan PHP sebagai bahasa aturcara. Selain itu, akan menggunakan
Framework Yii2 versi terkini dan web browser google chrome sebagai kaedah test dan run sistem akan
datang. Seperti Rajah 7 Framework Yii2 akan menerapkan struktur Model-View-Controller (MVC) secara
keseluruhan pembangunan sistem. Sistem DaSRnI akan menggunakan metodologi waterfall iaitu
mempunyai fasa perancangan, analisa, rekabentuk, pembangunan dan pengujian. Penyelidik berharap
dengan dapatan daripada kajian awal ini , dapatlah sistem DaSRnI ini dibangunkan dengan teratur dan
mesra pengguna.

40
Rajah 7: Struktur MVC bagi Framework Yii2
Rujukan

Uskov, Vladimir L., Jeffrey P. Bakken, Robert J. Howlett, and Lakhmi C. Jain, eds. Smart universities:
concepts, systems, and technologies. Vol. 70. Springer, 2017.
Zarlis, Muhammad, Eka Purnama Harahap, and Lina Naelal Husna. "Test Appraisal System Application
Based on YII Framework as Media Input Student Value Final Project and Thesis Session at Higher
Education." Aptisi Transactions On Technopreneurship (ATT) 1, no. 1 (2019): 73-81.
Jannah, Erliyah Nurul, Mukhammad Masrur, and Siti Asiyah. "Penerapan Framework Yii dalam
Pembangunan Sistem Informasi Asrama Santri Pondok Pesantren sebagai Media Pencarian Asrama
Berbasis Web." Journal of Information Systems Engineering and Business Intelligence 1, no. 2
(2015): 49-58.
Sari, D., 2018. Aplikasi Pemesanan Barang Dengan Menggunakan Framework Yii (Studi Kasus Usaha Sub
Agen Jaya Mandiri Kota Samarinda) (Doctoral dissertation, STMIK AKAKOM
YOGYAKARTA).
Caputo, Antonio C., Fratocchi Cucchiella, Luciano Fratocchi, Pacifico Marcello Pelagagge, and Federica
Scacchia. "A methodological framework for innovation transfer to SMEs." Industrial Management
& Data Systems (2002).
Fitriansyah, Mohammad Rifqi, and Yanuar Yoga Prasetyawan. "Studi Komparatif “Next Generation
Library Catalog” antara SLiMS dan INLis Lite." Jurnal Ilmu Perpustakaan 6, no. 3 (2019): 241-
250.

41
USING SCREENCASTIFY APPLICATION AS A
MEDIUM OF FEEDBACK FOR STUDENTS
Norkhalilie Zulkifli
Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilang
Emel : nurkhalilie@mara.gov.my

Abstract
Teachers’ feedback on their students’ work is really important for students’ learning. However, teachers
often have to work in a limited time to give their feedback using the traditional written approach. This
study explores the effects and students’ perceptions on the usage of the online screen recorder application
named Screencastify as an alternative to the time consuming written feedback to students. This practise was
conducted on a small group of IB Diploma students in Kolej MARA Seremban. It reports on their reactions
on the recorded feedback videos on their assignments. All of them found the videos to be accessible and
can be replayed at anytime. They valued the constructive comments and found this method to be time-
saving. However, the background noises and slow internet connection are its drawbacks. Overall, this
application offers a time-efficient alternative for teacher in giving feedback to students.

Keywords : Feedback; Screen recording

1.0 Reflection From Previous Teaching And Learning


Giving feedback using the traditional way has been a challenging task for me. I have been teaching
Biology in the International Baccalaureate Diploma Programme for almost nine years. The challenge is
when students are required to complete an individual written assignment for the subjects they are taking in
the exam which is a requirement in the Diploma programme., It is compulsory for the students to conduct
a Biology-based experiment at the beginning of the semester and submit the report of the project in the
final semester. Periodically during the duration of the experiment, the students have to consult the
supervisor on the progress of their work. As their supervisor I find it an arduous task to provide them with
the necessary comments and feedback on their work due to the limited time available for both the students
and me.
As the Head of the Sciences Department, I have numerous matters to deal with in the management
and administration units. Hence, time has become limited for me to physically meet each of my students
and to discuss their work during the working hours. My supervisory responsibilities on a certain number of
students at a time has forced me to spend more time checking on their assignments and monitoring their
progress. Each personal consultation would normally take a minimum of one hour and this is normally
scheduled in the late afternoons; after their academic sessions. It would take longer for students who need
more attention and comments in their essays. In other words, longer sessions are essential for the moderate
and low achieving students. More comments and suggestions need to be verbally explained to them as each
project is unique and this would limit the time for other students.
The challenge in giving feedback has been more obvious in the comments I had to make for them.
It is not a difficult task for the high achieving students but it has become very challenging for the type of
students which I have mentioned earlier. Before I used this approach, I provided them with written
comments on their essays. I used symbols and equipped them with short comments wherever possible
before returning their papers. However, I noticed that many of them could neither recall nor make use of
the comments that were made to improve on their work. Since the feedback given were normally plentiful,
they seemed to frequently miss many of the important points I provided in their work. As a consequence,
they did not show much improvement in their work in the next meeting. Often, they would submit their
work with poor or minimal correction. This indicates that the feedback did not work effectively for these

42
students. Looking at this situation, I had to come up with another approach to provide a more effective
feedback to my students so that they would be able to progress.

2.0 Research Focus


As the supervisor, I felt it was very important for me to find and use other approaches to help me
overcome these problems; the limitation of time and providing effective feedback. I needed to consider the
different learning styles of my students and to use the appropriate tools to help enhance their learning.
According to Kolb and Kolb (2005) the framework of the learning space plays an important role to students’
learning styles in higher education learning. The implementation of tailored teaching and learning
approaches based on the students’ preferential learning situation may result in a richer learning experiencing.
(Pashler et al., 2008)
In this research I focused on the students which I could not physically meet frequently during
consultation due to my tight schedule. There are those whom I considered needed more attention and longer
comments on their writings. Many of these students would normally show up with minimal progress on
their work even after several earlier personal consultations. These were the reasons why I made the
decision to use Screencastify, to comment on their work and help them in their learning process.
My students who are digitally literate find this approach highly fitting because this tool enables
them to replay the video to read, watch and understand all the comments made. Therefore, the learning can
be constructed at anytime and anywhere. To put this in simpler words, this type of feedback would work
on the time limitation issue and also, they could create learning at their own pace.

3.0 Research Objectives


3.1 General Objective
This small study is aimed to help solve the time limitation in giving feedback for students’
assessment and to accommodate the type of students with different learning styles be they visual or auditory.

3.2 Specific Objectives


i) To enable the teacher/supervisor to use an online effective feedback tool
ii) Students can use this feedback as a reference to help them complete their Biology written
assignment.
iii) Students can access and use this feedback approach without having to meet the supervisor
frequently.
iv) To enable students to improve on their learning at their own pace and capability.
v) To enable the teacher to analyze the effectiveness of using this online video feedback on
students’ learning and completing the written assignment.
4.0 Target Group
This research sample consisted of five students taking Biology subject in the International
Baccalaureate Diploma Programme in Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan in 2019. They were in
their final semester of the two-year programme before pursuing their university degree.

5.0 Problem Statement


For the reasons stated earlier, I felt that I had to come up with an alternate way to supervise my
students that would be helpful for both parties. Time constraint became a critical matter and was more
obvious during their third semester in 2019. At the same time, I was more involved in the administrative
work and managing the department. I was not be able to organize frequent face-to-face meetings with these
students to justify the comments made and give meaningful feedback on their written reports.
As previously mentioned, I observed slow and poor progress in their written work before I used
this approach. My students submitted substandard reports with insignificant improvement from the previous
meetings. This was especially evident among the low-achieving students whose work indicated minimal
understanding of their projects with vague reports and inaccuracies.

43
Some of the students were shy and did not come with many questions after I had commented on
their work during the verbal consultations. I identify them as the introverts who were unable to respond
adequately during our face-to-face meetings. Therefore, I could not clearly understand the ideas and points
that they were trying to write in their reports.
For this research I adopted the McNiff and Cliff Action Research Cycle Model which I found
applicable in my role as an educator.

Modify Observe

Evaluate Reflect

Act
Diagram 1 An Action-reflection cycle by McNiff, J. (2017)

6.0 Analysis Of The Problem


After identifying the problem, I used several approaches to have my data collected for this small
study, namely through a checklist and document analysis.

6.1 Using Checklist


I made an observation of the time of work submission from these students after the previous
consultation. Initially, I scheduled personal consultation for each of them and discussed their writing drafts.
Many of them did not manage to submit the revised and amended work on the given date due to some
constraints; I had to cancel the appointments and they had difficulties in continuing on writing their reports
at that stage.

Table 1
Checklist of the observation
Cancelled appointment for students Failed to submit work on given date

4 students (A, B, C and D) 1 student (E)

6.2. Document Analysis


For this attempt, I used a checklist for their writing assessment, provided by the International
Baccalaureate Organization, IBO. In order to gain good marks, the report must contain all the listed criteria
in Table 2 which brings the total number of 24 marks. However, all students A, B, C, D and E obtained low
marks for these.

44
Table 2
Criteria of the assessment

Number Criteria Mark


1. Personal Engagement 2
2. Exploration (Methods and approach) 6
3. Analysis 6
4. Evaluation 6
5. Communication 4
Total 24

7.0 Action Taken


After the observation is made using the stated approaches, I used a free online tool from Google
named Screencastify. As an educator who is interested in using technologies in my teaching career, I have
found this tool to be really helpful for the problem I was having as it is accessible and works well with
Google Classroom; another free web service that I have been using.
Initially, the students were required to share their work in the shared Google Folder that I have
created specifically for this assignment. Then, I downloaded each of their essays and used this tool to create
an online recorded video screen. Each video contains a recorded screen of the Word document with both
my verbal and written comments using the built-in tools. I highlighted the important points using different
color schemes while the audio was recorded and used the mouse pointer accordingly to emphasize the parts
that needed amendments. (Diagram 2).

Diagram 2: An example of the printed screen using Screencastify tool

This online tool keep all the recorded videos in an automatically created folder with the same name
as Screencastify in my Google Folder. Thus, it was easy for me to refer to all the files whenever I needed
them. I informed and shared the videos with the students via the link provided in Google and Whatsapp
Application to increase their chances to efficiently access the source. All of my students were able to
retrieve the commented essays using the students’ Google account of Kolej MARA Seremban. This would

45
serve as their formal accounts once they have registered here. Therefore, they were be able to access the
videos and check all the feedback at their own pace.

8.0 Evaluation
I estimated a time of three weeks to see the progress from each of the students. This timeline is
considered to be sufficient for them to make use of the videos and amend their work. As a result, I noticed
some positive improvements on the data collection based on these listed criteria. All findings are concluded
in Table 3.

Table 3
the results after the feedback tool has been used within four weeks

Submission on time •All of the students managed to submit their final drafts of
essay on the given date.

•Four out of five of the students managed to present all


Meeting the assessment criteria
required criteria accordingly.

•A majority of the students have demonstrated a better


Maturity in writing
constructed essays in presenting their ideas.

In order to gain more insights and their perceptions on this feedback tool, I conducted an online
semi-structured interview using the Whatsapp phone application to each of the students. I used this method
as it is practical (Besma, 2014) and feasible (Kaufmann and Peil, 2019) for the participants in providing me
the response. This approach was conducted at the end of the stage that is when they submitted the essays.
A majority of their responses were written in English and some were expressed in Bahasa Malaysia. I made
a thematic analysis from their written responses and categorized them as below:

Table 4
Students’ responses from the Whatsapp application
Questions on Responses
The efficiency on the way the All of the students have expressed their highest satisfaction of
feedback are made using the tool.

“…the comments were very helpful in a way that it cleared


up any misunderstandings that I had during our earlier
discussions. and since the video can show each part in the
document that were needed to be amended, it made things
very direct and simple.”

“You commented one by one starting from the intro, method


and so on which is good because I don’t get confused. You
also explained further what I needed to focus on and why, plus
you gave detailed comment.”

46
“It was really helpful that time and easily understood, I
understood it better using this video form.”

High satisfaction of using the All of the students valued the accessibility of this tool in
feedback tool as a reference helping them completing with assignments.

“I find them helpful sebab boleh play balik kalau tak faham
[can be replayed if I don’t get them] and it's very easy to refer
to.”

“…very beneficial. I can also repeat video multiple times to


comprehend and improve the task that was given without
having to disturb teacher’s time.”

“…overall the feedback and comments using the video helped


me a lot in order to finish my IA, easier to recall and wouldn’t
be lost compared to note taking huhu (crying) and also its
good that teachers could comment immediately while taking
a look at the IA than waiting for students to come, user
friendly and flexible I like it very much (smiley emoji).”

From their responses, the students have clearly indicated their satisfaction in using this online
feedback tools. Their positive views were evident in their comments that the tools have helped them in
improving their understanding of all concepts related to their research and thus enhanced their writing skills
as well. From the remarks which they have provided me with, I would describe that this approach suits the
majority of their learning styles. Their comments portrayed them as having the dominant visual and auditory
preferences. By looking at all the progress and findings, I must say that the Screencastify tool is flexible
and appropriate in helping my students’ learning.

9.0 Reflection
I found that using this feedback tool has given me an alternative method in managing my students’
progress especially for individual work or commonly known as the Internal Assessment (IA). In contrast to
the traditional approach, this tool has helped me to eliminate the time-consuming issue which has been my
greatest obstacle these past years. As discussed in Norashimah and Chia (2016) heavy workload and time
constraint are part of the challenges faced by teachers and this was the reason I decided to find a way to
overcome the problem affecting many of us in the teaching profession. As a teacher it is very important for
me to make sure that my students have the optimum learning experience and develop themselves and
become independent learners. This technology has indeed played its role (Kirkwood, 2003).
No research is free from any shortcoming. One matter that was pointed out by the students when
using this app is the background interference. The interference caused a slight difficulty in retrieving the
comments that I had made. I realized that this was true since I had recorded the video in my office during
working hours. The sound must have come from the surrounding since the room is adjacent to the door of
the main staff room. Consequently, I recorded the next videos in a quieter room available in the building
and during a more convenient time when there were less people.
Upon making the comments I had to produce a script to guide me on the items that I needed to
highlight in the videos. This is important to make sure that I would not miss any important key points as
well as to provide a clear feedback. I started with a framework that was individually designed for each

47
student. I had to ensure clarity on the points that I would like to comment on from the beginning until the
last concluding point. This technique proved to be very helpful and many of the students’ comments
emphasized on the clarity of the videos.
Another drawback that was identified was the slow speed of the internet connection. At the
beginning, I used the wireless networking provided by the college. However, the connection was frequently
interrupted and I assumed that this was caused by the active use of others as it was done during the business
hours. Realizing this, I proceeded this action in the late afternoon after 5 pm and eventually I managed to
overcome the issue. I also recorded the videos at home using my personal internet access with faster and
smoother connection.

10.0 Recommendation For Further Research


The reactions from these students have sparked an interest in me to explore how other teachers and
educators minimize this issue in their work. I would like to conduct an action research among the post-
secondary education teachers in using this as a supporting tool in building the students’ independent
learning. It would be interesting to know how an effective feedback framework can be constructed upon
using any online feedback tools in monitoring students’ work. The ability in using digital technologies is
one of the criteria in the 21st Century teaching and learning and it is important for both the teachers and
students to be able to acquire the skill.

References

Kirkwood, A. (2003). Understanding Independent Learners’ Use of Media Technologies. Open Learning:
The Journal of Open, Distance and e-Learning, 18(2), 155–175.
https://doi.org/10.1080/02680510307412.
Kolb, A. Y., & Kolb, D. A. (2005). Learning styles and learning spaces: Enhancing experiential learning in
higher education. Academy of Management Learning & Education, 4(2), 193-212.
Pashler, H., McDaniel, M., Rohrer, D., & Bjork, R. (2008). Learning styles: Concepts and evidence.
Psychological science in the public interest, 9(3), 105-119.
Allagui, Besma. (2014). Writing through WhatsApp: An evaluation of students writing performance.
International Journal of Mobile Learning and Organisation. Retrieved from
https://www.inderscienceonline.com/doi/abs/10.1504/IJMLO.2014.067022.
Norasmah, O., & Chia, S. Y. (2016). The challenges of action research implementation in Malaysian
schools. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 24(1), 43-52.
McNiff, J.(2017).Action Research All You Need to Know. Retrieved from
https://pdfs.semanticscholar.org/4941/65c53e8eae3597a3d2a6b7f0be9e952464e6.pdf.
Kaufmann, K., & Peil, C. (2020). The mobile instant messaging interview (MIMI): Using WhatsApp to
enhance self-reporting and explore media usage in situ. Mobile Media & Communication, 8(2),
229–246. https://doi.org/10.1177/2050157919852392.

48
PENGGUNAAN TEKNIK ‘MAGIC BOX’ DALAM
MENGIMBANGI PERSAMAAN KIMIA DENGAN
BETUL
Nur Afiqah Yahaya
SMK Convent Taiping, Perak
Emel : nafiqah823@yahoo.com

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan teknik ‘Magic Box’ dalam
mengimbangi persamaan Kimia. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 15 orang pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Convent Taiping. Setiap pelajar diberi empat soalan persamaan Kimia yang perlu
diseimbangkan bagi ujian pra dan pasca. Selepas selesai setiap ujian, setiap pelajar diberi borang soal selidik
yang menggunakan skala 5-poin Likert bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap teknik ‘Magic Box’ yang
digunakan dalam mengimbangi persamaan Kimia. Dapatan data dianalisis menggunakan deskriptif
kekerapan dan peratusan. Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kimia di semua sekolah di seluruh Malaysia.

Kata kunci: Persamaan Kimia, Magic Box

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)


Pada tahun 2017, masih segar dalam ingatan saya peristiwa kegagalan saya dalam mengajar satu
subtopik yang paling kecil tetapi sangatlah penting dalam silibus Kimia iaitu mengimbangi persamaan
Kimia. Pada ketika itu saya diamanahkan sebagai guru Kimia yang mengajar kelas 4S1 dan 4S2.
Pada pertama kali saya menyampaikan konsep mengimbangi persamaan Kimia di hadapan pelajar
4S1, motivasi saya turun mendadak apabila kesemua pelajar langsung tidak memahami konsep yang saya
ajar selama tempoh dua waktu PdP berlangsung iaitu kira-kira 80 minit. Walhal mengikut kiraan logik,
subtopik ini boleh difahami dalam tempoh 15-30 minit sahaja bergantung kepada prestasi pelajar kelas yang
saya ajar. Jika diambil kira tahap akademik pelajar 4S1, mereka boleh menguasai konsep dengan lebih
pantas berbanding dengan kelas-kelas lain kerana mereka ialah pelajar kelas pertama yang puratanya
memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran Sains Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Saya berasa sangat rendah diri pada para pelajar 4S1 dan kecewa dengan diri saya kerana gagal
memberi kefahaman kepada pelajar 4S1 lebih-lebih lagi apabila pelajar yang terkenal sebagai pelajar paling
pintar dalam kelas bernama Lim Shern Ruth, langsung tidak memahami konsep yang saya ajar. Lebih
mengecewakan saya apabila kelas bertukar menjadi bising dan terdapat pelajar yang sudah hilang motivasi
untuk belajar sehingga ada dalam kalangan mereka yang sudah hilang fokus.
Sepanjang hari, saya dihantui perasaan bersalah atas kegagalan PdPc tersebut. Pelbagai persoalan
menerjah dalam fikiran saya. Antara persoalan tersebut ialah punca kesukaran pelajar 4S1 untuk
memahami kaedah tersebut sedangkan cara yang saya ajar sama seperti kebanyakan guru Kimia lain.
Malahan, cara inilah saya belajar sejak saya di bangku sekolah lagi selaku pelajar yang mengambil mata
pelajaran Kimia.
Namun memikirkan tugas saya sebagai guru iaitu selaku pemudah cara, maka saya berusaha untuk
mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini. Hampir tiga jam saya mencuba pelbagai teknik
akhirnya saya berjaya menemui teknik baharu yang saya beri nama teknik ‘Magic Box’ dalam
mengimbangi persamaan Kimia.
Memang sungguh ajaib apabila saya mengaplikasikan teknik ini kepada pelajar 4S1 dan kelas-kelas
lain, hanya beberapa minit mereka berjaya mengimbangi persamaan Kimia dengan betul. Mereka
meraikannya dengan bersorak sebagai tanda gembira kerana akhirnya mereka memahami konsep

49
mengimbangi persamaan Kimia dengan betul dan tepat. Keadaan ini memberikan saya motivasi sehingga
menyebabkan saya tidak risau lagi untuk mengajar subtopik ini terutamanya untuk kelas yang lemah.

2.0 Fokus Kajian


Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada kemahiran mengimbangi persamaan Kimia dengan
betul melalui teknik ‘Magic Box’. Kajian ini sangat penting memandangkan subtopik ini umpama nyawa
bagi seorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Kimia. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika mereka
gagal mengimbangi persamaan Kimia maka ini akan memberi kesan kepada subtopik lain seperti pengiraan.
Malahan, kemahiran yang dipelajari dalam bab 3 tingkatan 4 ini akan terus diaplikasi untuk bab-bab lain
seperti bab 7. Situasi ini terjadi kerana pelajar akan diuji membina persamaan Kimia yang melibatkan asid
dan alkali seterusnya mereka perlu mengira berdasarkan persamaan yang dibina.

3.0 Objektif Kajian


3.1: Objektif Am:
1. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan kertas Kimia SPM

3.2 Objektif Kursus:


1. Pelajar dapat mengimbangi persamaan Kimia dengan betul dan tepat
2. Pelajar dapat meningkatkan motivasi positif terhadap mata pelajaran Kimia

4.0 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 15 orang pelajar dari kelas 4S3. Saya memilih
kelas ini kerana kelas ini satu-satunya kelas tingkatan empat yang saya tidak mengajar. Oleh itu, saya boleh
berkongsi faedah dan manfaat penggunaan teknik ini dengan mereka. Hal ini bertujuan untuk membantu
mereka yang rata-rata mempunyai pencapaian yang agak lemah dalam Kimia.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah

Jadual 1
Kaedah Mengumpul Data
Langkah Cara Penilaian Tujuan
Langkah 1 Ujian Pra dan Soal Selidik Mengenal pasti tahap kebolehan pelajar mengimbangi
Pra persamaan Kimia menggunakan pengetahuan sedia adanya.
Langkah 2 Sesi PdPC menggunakan Pelajar diajar teknik ‘Magic Box’dalam mengimbangi
teknik ‘Magic Box’ persamaan Kimia.
Langkah 3 Ujian Pasca dan Soal Mengenal pasti tahap kebolehan pelajar mengimbangi
Selidik Pasca persamaan Kimia setelah teknik ‘Magic Box’ diajar.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Langkah : 1
Cara Penilaian : Ujian Pra dan Soal Selidik Pra
Tujuan :
a) Pelajar diberi 4 soalan persamaan Kimia yang perlu diseimbangkan bagi menguji kemahiran sedia
ada mereka dalam mengimbangi persamaan Kimia.
b) Selepas itu pelajar diberi borang soal selidik bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar dalam
mengimbangi persamaan Kimia menggunakan pengetahuan sedia ada.
c) Borang soal selidik ini menggunakan skala 5-poin Likert yang terdiri daripada Sangat Tidak

50
Bersetuju (STB), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS).
d) Sepanjang proses ini dijalankan terutama dalam mengimbangi persamaan Kimia, pelajar-pelajar ini
mempunyai tahap motivasi sangat rendah, mereka seolah-olah tidak berminat dan cepat berputus
asa apabila gagal memahami kehendak soalan.
e) Hal ini disokong melalui respons negatif dalam borang selidik yang dijawab oleh mereka.

Langkah :2
Cara Penilaian : Sesi PdPC menggunakan teknik ‘Magic Box’
Tujuan :
a)Pelajar diajar teknik ‘Magic Box’dalam mengimbangi persamaan Kimia dengan menggunakan
beberapa contoh persamaan Kimia yang belum seimbang.
b) Suasana pelajar ketika itu sangat aktif, pelajar berani bertanya dan mencuba.
c) Malahan pelajar mempunyai keyakinan sebagai guru muda kepada rakan-rakan mereka.

Langkah : 3
Cara Penilaian : Ujian Pasca dan Soal Selidik Pasca
Tujuan :
a) Pelajar diberi 4 soalan persamaan Kimia yang perlu diseimbangkan .
b) Selepas itu pelajar diberi borang soal selidik bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar
dalam mengimbangi persamaan Kimia menggunakanTeknik ‘Magic Box’.
c) Borang soal selidik ini juga menggunakan skala 5-poin Likert yang terdiri daripada Sangat
Tidak Bersetuju (STB), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju
(SS).
d) Hasilnya menunjukkan peningkatan yang begitu drastik, hampir 80% pelajar lulus berbanding ujian
pra iaitu 100% gagal menjawabnya.
e) Malahan respons yang dikemukakan dalam borang soal selidik juga menunjukkan pelajar sangat
positif terhadap persamaan Kimia dan teknik ini.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Berdasarkan tinjuan awal yang telah dijalankan, pelajar memang sangat lemah dalam mengimbangi
persamaan Kimia. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka keliru untuk meletakkan angka atau dalam
istilah Kimia dipanggil stoikiometri dalam persamaan Kimia. Contohnya:

H2SO4 + 2KOH -> K2SO4 + 2H2O

Stoikiometri dalam persamaan di atas ialah nombor dua di hadapan KOH dan H2O. Nilai ini tidak
boleh dihafal kerana persamaan akan berubah bergantung kepada bahan tidak balas (sebelum tanda anak
panah) yang digunakan. Bagi kes di atas bahan tindak balas ialah H2SO4 dan KOH.
Oleh sebab itu, kemahiran ini sangat perlu difahami dan dikuasai pelajar. Jika tidak, tahap motivasi
mereka terhadap mata pelajaran Kimia akan menurun dan akhirnya mereka menganggapkan mata pelajaran
Kimia sangat sukar untuk dikuasai. Kelemahan menguasai kemahiran ini akan menyebabkan subtopik yang
lain terutamanya pengiraan yang melibatkan persamaan Kimia tidak dapat diselesaikan.
Oleh itu, saya berasa sangat bertanggungjawab dalam memastikan para pelajar saya menguasai
teknik ini. Maka dengan itu, terciptalah Teknik ‘Magic Box’ dalam mengimbangi persamaan Kimia.
Berikut merupakan langkah menggunakan Teknik ‘Magic Box’ dalam mengimbangi persamaan
Kimia.

51
Langkah 1 Pelajar akan membina jadual dengan seperti di bawah

Langkah 2 Kemudian pelajar akan memasukkan persamaan Kimia yang belum seimbang
pada bahagian persamaan Kimia

Langkah 3 Langkah seterusnya pelajar akan memasukkan bahan tindak balas dan hasil tindak
balas dalam ruangan yang betul. Contohnya bagi persamaan NaOH + H2SO4 ->
Na2SO4 +H2O. NaOH dan H2SO4 diletakkan pada bahagian bahan tindak balas
manakala Na2SO4 dan H2O diletakkan pada bahagian hasil tindak balas. Bagi
memudahkan pelajar kelas yang lemah, guru boleh menyatakan kepada pelajar
bahawa bahan tidak balas adalah sebelum tanda anak panah iaitu di sebelah kiri
persamaan manakala hasil tindak balas di sebelah kanan persamaan iaitu selepas
anak panah.

Langkah 4 Sebaik sahaja selesai menetapkan bahan tindak balas dan hasil tindak balas, pelajar
akan membina garis putus-putus bagi memisahkan setiap kumpulan bahan. Contoh
dalam persamaan NaOH + H2SO4 -> Na2SO4 +H2O, NaOH dan H2SO4 ialah bahan
tindak balas. Justeru, garisan putus-putus dibina bagi memisahkan kedua-dua
bahan. Begitu juga bahagian hasil tindak balas Na2SO4 dan H2O dipisahkan dengan
garisan putus-putus.

52
Langkah 5 Seterusnya, pelajar akan memasukkan unsur yang terdapat dalam persamaan Kimia.
Pelajar hanya perlu menulis sekali sahaja bagi unsur yang berulang. Contohnya,
kedua-dua formula kimia NaOH dan Na2SO4 mempunyai unsur Na tetapi ditulis
sekali sahaja.

Langkah 6 Sebelum melakukan proses mengimbangkan persamaan Kimia, pelajar perlu


memasukkan bilangan unsur mengikut lajur dan baris yang betul.

Langkah 7 Bagi proses mengimbangi persamaan Kimia, pelajar hanya dibenarkan mendarab
dengan sebarang pekali nombor bulat kecuali 0 dan 1. Pelajar tidak dibenarkan
menggunakan operasi selain darab seperti tambah, tolak mahupun bahagi. Pelajar
juga perlu diingatkan untuk memberi keutamaan untuk mengimbangi unsur selain
Hidrogen dan Oksigen kecuali jika sudah tiada pilihan.

53
Contoh dalam kes ini Na didahulukan kerana pada bahagian bahan tindak balas
hanya satu manakala bahagian hasil tindak balas ialah dua. Justeru untuk
mengimbangi Na, unsur Na pada bahagian bahan tindak balas akan didarabkan
dengan dua. Akibatnya semua unsur yang berada pada bahagian NaOH akan
‘dipaksa’ darab dengan dua juga. Proses ini diulang beberapa kali sehingga apabila
disemak, semua unsur mempunyai bilangan yang sama pada bahagian bahan tindak
balas dan hasil tindak balas.
Langkah 8 Akhir sekali pelajar akan membulat pekali tersebut dan menulis pekali itu pada
bahagian hadapan formula kimia

54
Bahan dan Alatan:
Peralatan yang diperlukan untuk teknik ini hanyalah kertas dan peralatan menulis.

5.4 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Penilaian


5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Bagi memastikan penyampaian teknik ‘Magic Box’ ini berkesan, saya memberi kertas edaran
kepada pelajar iaitu pelajar diberi beberapa contoh persamaan Kimia yang belum seimbang. Kemudian
pelajar diajar cara mengimbangi persamaan Kimia langkah demi langkah bagi soalan pertama dan kedua.
Bagi soalan seterusnya, pelajar diberi masa untuk mencuba sendiri mengimbangi persamaan Kimia dengan
menggunakan teknik ‘Magic Box’.
Refleksi saya sepanjang aktiviti dijalankan pelajar kelihatan sangat seronok, malahan pelajar sangat
yakin untuk mengimbangi persamaan Kimia secara kendiri. Pelajar juga secara sukarela dan berani
membentangkan jawapan mereka di hadapan pelajar-pelajar lain. Jika terdapat kesilapan yang dilakukan
oleh pelajar lain, mereka sendiri boleh membetulkan jawapan rakan mereka dengan tepat.

5.5 Refleksi Kajian


5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
Ujian Pra dan Pasca terdiri daripada 4 soalan subjektif. Setiap ujian, pelajar dikehendaki untuk
mengimbangi persamaan Kimia dalam tempoh masa 10 minit. Hasil analisis data dalam bentuk jadual
ditukar ke dalam bentuk graf. Berikut merupakan gambaran perbezaan peratus bilangan pelajar dengan gred
yang diperoleh bagi ujian pra dan pasca.

Graf peratus bilangan pelajar melawan Gred


150.00
PERATUS BILANGAN

100
100.00
46.67
PELAJAR

50.00 20.00 13.33 20.00 Pra Ujian


0.00 0.00 0.00 0.000.00
0.00 Pasca Ujian
A B C D E
GRED

Analisis Perbezaan Peratus Pelajar Mengikut Gred Bagi Ujian Pra dan Pasca

Menerusi analisis data yang diperoleh, jelas menunjukkan berlaku perbezaan yang ketara prestasi
yang ditunjukkan oleh pelajar. Hasil ujian pra yang dijalankan didapati, 15 orang pelajar (100%) mencapai
tahap paling rendah. Namun, apabila proses rawatan dilakukan menggunakan teknik ‘Magic Box’ berlaku
perubahan yang drastik terhadap prestasi pelajar. Sebanyak 7 orang pelajar (46.67%) mencapai gred A, 3
orang pelajar (20.00%) mencapai gred B, 2 orang pelajar (13.33%) mencapai tahap gred C dan selebihnya
mencapai tahap gred E.

5.5.2 Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan


5.5.2.1 Persepsi pelajar dalam mengimbangi persamaan Kimia menggunakan pengetahuan sedia ada
pelajar dan ‘Magic Box’

Analisis telah dijalankan menggunakan skala 5-poin Likert yang terdiri daripada Sangat Tidak
Bersetuju (STB), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS) bagi mengetahui
bagaimana persepsi pelajar terhadap Persamaaan Kimia.

55
Berdasarkan persepsi pelajar terhadap kemahiran mengimbangi persamaan Kimia, didapati dalam
ujian pra, pelajar menunjukkan motivasi yang sangat rendah. Majoriti pelajar menunjukkan respons negatif
(Tidak Pasti (TP), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS) pada soalan yang dikemukan.
Namun, apabila teknik ‘Magic Box’ diaplikasikan didapati persepsi majoriti pelajar berubah sangat
positif. Pelajar memberi reaksi yang positif seperti Sangat Setuju (SS) dan Setuju (S). Hal ini menujukkan
tahap keyakinan pelajar sudah meningkat dalam mengimbangi persamaan Kimia selepas menggunakan
teknik ‘Magic Box’. Berikut rumusan analisis yang telah dijalankan:

Analisis Perbezaan Persepsi pelajar dalam mengimbangi persamaan Kimia menggunakan teknik tradisional
dan Teknik ‘Magic Box’ terhadap 15 pelajar 4S3.
Bil Item PRA PASCA
Majoriti Minoriti Majoriti Minoriti
1 Saya yakin untuk mengimbangi 5 Tidak Pasti 1 Sangat 7 Sangat Setuju 1 Tidak
persamaan Kimia aras rendah 5 Setuju Setuju 7 Setuju Pasti
2 Saya yakin untuk mengimbangi 5 Tidak Pasti 2 Setuju 7 Sangat Setuju 2 Tidak
persamaan Kimia aras tinggi Pasti
3 Saya seronok apabila diminta untuk 7 Tidak Pasti 1 Sangat 8 Setuju 1 Tidak
mengimbangi persamaan Kimia Setuju Pasti
4 Saya sentiasa bersedia untuk 6 Sangat 2 Tidak 8 Setuju 1 Tidak
mengimbangi persamaan Kimia Tidak Setuju Pasti Setuju
5. Saya yakin untuk memberi tunjuk ajar 6 Sangat Tidak 2 Tidak 6 Sangat Setuju, 1 Tidak
mengimbangi persamaan Kimia jika Setuju Pasti 6 Sangat Setuju Setuju
diminta
6. Saya rasa mengimbangi persamaan 6 Tidak Setuju 2 Setuju 8 Setuju 1 Tidak
Kimia adalah sesuatu yang sangat Setuju
senang dilakukan
.

5.2.2.2 Persepsi pelajar dalam mengimbangi persamaan kimia menggunakan teknik 'Magic Box'
Analisis ini lebih berfokus kepada teknik ‘Magic Box’. Analisis ini juga menggunakan skala 5-
poin Likert yang terdiri daripada Sangat Tidak Bersetuju (STB), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju
(S) dan Sangat Setuju (SS).

Bil Item Jawapan Mojoriti


1. Teknik ini mudah untuk dikuasai 11 orang sangat Setuju
2. Teknik ini mudah difahami 11 orang sangat Setuju
3. Teknik ini menyeronokkan 12 orang sangat Setuju
4. Teknik ini meningkatkan keyakinan saya terhadap mata pelajaran Kimia 11 orang sangat Setuju

Hasil daripada soal selidik, data dianalisis menggunakan deskriptif kekerapan dan peratusan. Hasil
dapatan jelas menujukkan 73.33% pelajar menyokong bahawa teknik ini mudah dikuasai, difahami, dan
meningkatkan keyakinan mereka terhadap mata pelajaran Kimia. Lebih mengujakan apabila 80% pelajar
menyatakan teknik ini menyeronokkan.

56
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Saya mencadangkan kajian dilakukan terhadap penggunaan teknik ini dalam pengiraan persamaan
Kimia agar pelajar dapat menyedari kepentingan persamaan Kimia dalam pengiraan dan seterusnya
membantu pelajar membina rangkaian kemahiran yang mantap dan sistematik.

Rujukan

Adeline Leong Suk Yee & Lay Yoon Fah. (2014). Sikap dan Kebimbangan Kimia Dalam Kalangan
Pelajar Aliran Sains: Satu Pendekatan Pemodelan Persamaan Struktural (STEM) Jurnal Pemikir
Pendidikan (Journal for Educational Thinkers) Vol. 5, 99-117.
file:///C:/Users/Acer/Downloads/jpp5_6%20(6).pdf
Chin Kui Kyun. (2010). Pengenalpastian Masalah Pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Dalam
Mempelajari Tajuk Bentuk Piawai Dengan Menggunakan Kaedah Diagnosis: Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2010_9470_8dea52e3f2a447ef82ea0
8fe5edd9145.pdf
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2011) Kimia Tingkatan 4. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Mohd Nor bin Bakar dan Nor Hidayah binti Alias. (2011). Masalah Pembelajaran Tajuk
Persamaan Kimia Dalam Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah: Journal of Science & Mathematics Education. pp. 1-8.
https://core.ac.uk/download/pdf/11787306.pdf
Suziyana Bt Hassim. (2015). Wow Gesture Cungkil Kefahaman Pelajar: SMK King Edward,
Taiping, Kementerian Pelajaran Malaysia.

57
PENGGUNAAN YOUTUBE MENINGKATKAN MINAT
DAN KEFAHAMAN FAKTA SAINS DI KALANGAN
MURID BUMIPUTERA DI SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN CINA
Law Sie Tung1 dan Wong Chung Ching2
1,2
SJKC Kwang Chien Sarikei, Sarawak
Emel : lawsietung@gmail.com

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Bumiputera Tahun 3
Biru dalam Sains KSSR Semakan. Kumpulan sasaran terdiri daripada 30 orang murid Tahun 3 Biru di
mana ia terdiri daripada 24 murid bumiputera dan 6 murid Cina. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
keberkesanan penggunaan YouTube dalam meningkatkan minat dan kefahaman murid Bumiputera dalam
pembelajaran sains Tahun 3 di mana Bahasa Cina yang digunakan dalam proses pembelajaran Sains.
Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu ujian pra, ujian pos,
soal selidik dan juga berbentuk kualitatif melalui pemerhatian dengan memfokuskan Sains Topik 2 hingga
3 Tahun 3. Hasil daripada tinjauan, didapati murid menghadapi beberapa kelemahan dalam memahami
fakta sains dalam Bahasa Cina terutama berkaitan gigi manusia dan haiwan serta fungsinya. Hasil
pemerhatian semasa kajian dijalankan telah mendapati murid telah berubah sikapnya dan menjadi minat
semasa atmosfera pembelajaran dan pengajaran diubahsuaikan dengan menggunakan YouTube sebagai
media perantaraan PdPc. Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di
antara tahap penguasaan murid dari tahap 2 ke tahap 4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah di bawah KSSR
semakan baharu ini.

Kata kunci : YouTube, sains, KSSR

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Mata Pelajaran Sains di perkenalkan di Tahap 1 Sekolah Rendah semasa pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Semakan 2017. Pada permulaan pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR ), Subjek Dunia Sains dan Teknologi ( DST ) diajar di Tahun 1 hingga Tahun 3 di
Sekolah Rendah. Bermulanya 2017 KSSR Semakan, maka Subjek Dunia Sains dan Teknologi berubah
menjadi Subjek Sains bagi Tahun 1 hingga 3. Kelas Tahun 3 Biru ini telah melalui dua tahun di bawah
KSSR Semakan. Selepas dua tahun Pengajaran dan Pembelajaran Sains, saya dapati murid -murid
Bumiputera di Kelas Biru tidak mempunyai minat yang tinggi dalam pembelajaran Sains. Mereka aktif
dalam menjalankan aktiviti dalam Buku Teks. Walaubagaimanapun , saya dapati pengajaran saya dan
pembelajaran mereka adalah kurang berkesan. Saya mendapati murid-murid bumiputera Tahun 3 Biru
kurang menguasai pengetahuan dan konsep Sains yang diajar . Mereka tidak mempunyai minat yang tinggi
tetapi aktif menjalankan aktiviti , akan tetapi apabila sampai ke bahagian penilaian , kebanyakan mereka
tidak menguasainya .Saya telah berdaya upaya untuk mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran saya.
Kaedah seperti video, bercerita, projek mudah, kuiz, main peranan dan lain-lain. Selepas setiap pengajaran
yang dijalankan, saya membuat refleksi terhadapnya. Saya dapati setiap kaedah mempunyai kebaikannya,
akan tetapi saya dapati kaedah menggunakan YouTube paling memberangsangkan dan impaknya paling
ketara . Oleh itu, untuk mengatasi masalah dalam pemahaman pengetahuan dan konsep sains murid-murid
bumiputera Tahun 3 Biru, saya menggunakan Pengajaran dengan menggunakan aplikasi YouTube.

58
2.0 Isu /Fokus Kajian
Persoalan utama ialah murid kurang faham dalam pengetahuan dan konsep Sains. Jika masalah ini
tidak diselesaikan, lama-kelamaan ia akan menjadikan murid cepat berputus asas untuk mempelajari Sains
. Sains merupakan Mata Pelajaran Teras di sekolah Rendah . Ia akan dinilai dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) pada Tahun 6. Jadi untuk mendapat keputusan yang cemerlang, Sains tidak boleh
dilepaskan. Pembelajaran Sains juga penting untuk pembangunan masa depan negara dalam era zaman
Digital ini. Oleh itu murid mesti menguasai pengetahuan dan konsep sains yang diajar di setiap Tahun.
Oleh itu fokus dalam kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan pemahaman pengetahuan dan
konsep sains.

3.0 Objektif Kajian


3.1 Objektif Umum
Mengenal pasti keberkesanan penggunaan YouTube dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
Sains Tahun 3 bagi Topik Haiwan dan Tumbuhan.

3.2 Objektif Khusus


Meningkatkan pemahaman pengetahuan dan konsep sains bagi Topik Haiwan dan Tumbuhan.
Meningkatkan Tahap Penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ).

4.0 Kumpulan Sasaran


Pemilihan sampel untuk kajian ini terdiri daripada murid Tahun 3 Biru SJKC Kwang Chien Sarikei
iaitu seramai 30 orang pelajar. Murid Tahun 3 Biru ini terdiri daripada 17 orang lelaki dan 13 orang
perempuan. Daripada 30 murid ini, 18 murid ialah kaum Iban , 6 orang kaum Cina dan 6 orang murid
Melayu. Oleh itu kumpulan sasaran utama ialah murid bumiputera .

5.0 Pelaksanaan Kajian


Dalam zaman era Digital hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi berkembang dengan laju
dan meluas telah memberi kesan kepada semua aspek kehidupan termasuk Pendidikan. Oleh itu , ia telah
mengubah cara murid belajar. Penggunaan media di dalam proses pendidikan akan menambah proses
pemahaman murid lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih pelbagai . Video telah
digunakan dengan pelbagai cara bagi menyokong pembelajaran pelajar. Video ditakrifkan sebagai media
yang mempersembahkan audio dan grafik secara serentak . Video pada asasnya adalah menyamai siaran
televisyen Video pembelajaran merupakan salah satu media yang boleh membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan video dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi murid
dalam mempelajari sains.
Hasil kajian Shaples (2000) mendapati bahawa penggunaan video dapat meningkatkan penglibatan
dan motivasi pelajar dalam mempelajari sesuatu. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menggunakan video
dari YouTube sebagai medium pengajaran saya.

5.1 Tinjauan Masalah


Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu ujian pra,
ujian pos, soal selidik dan juga berbentuk kualitatif melalui pemerhatian dengan memfokuskan Sains Tahun
3 tajuk Haiwan dan Tumbuhan. Ianya lebih banyak ke arah perbincangan dan kupasan hasil daripada
pemerhatian, serta hasil pentaksiran dalam murid yang terlibat.

5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung sebelum dan selepas kajian. Saya telah menggunakan borang penilaian untuk menilai hasil
kerja murid. Sebelum Kajian dijalankan, murid kurang minat dan tetapi aktif dalam menjalankan aktiviti
Sains. Kebanyakan murid akan berasa bosan terhadap memahami dan mengingat fakta Sains dalam kelas.

59
Mereka akan sentiasa minta bantuan dari guru serta sentiasa minta guru memberi tunjuk ajar. Lama-
kelamaan ini akan jadi satu sikap yang negatif bagi murid terhadap Sains ini.

5.1.2 Soal Selidik


Soal selidik diberi kepada murid selepas rawatan untuk mengesan penggunaan YouTube dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Sains . Tujuan ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah
penggunaan YouTube dalam pembelajaran dapat memupuk minat dan keyakinan murid terhadap
penguasaan pengetahuan dan fakta Sains bagi tajuk Haiwan dan Tumbuhan Tahun 3.

5.1.3 Ujian Pra


Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan
penguasaan pengetahuan dan konsep Sains bagi Tajuk Haiwan dan Tumbuhan Sains Tahun 3. Dalam ujian
pra ini, saya telah mendapati murid sukar mengingat fakta Sains terutama istilah dan fungsinya. Dengan
ini, saya telah memperkenalkan YouTube untuk membantu murid mengetahui fakta dan pengetahuan Sains.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


5.2.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:
a. Kebanyakan murid akan berasa bosan terhadap menjawab soalan dalam bentuk lembaran
kerja di kelas. Mereka akan sentiasa minta bantuan dari guru serta sentiasa minta guru memberi
tunjuk ajar.
b. Murid sukar mengingat dan memahami istilah dan fungsinya dalam tajuk Haiwan dan
Tumbuhan.

Sebelum Penggunaan YouTube Murid


Perkara Tahun 3 Biru
Ya Tidak
Minat terhadap Sains 10 20
Mengingat fakta Sains 4 26
Memahami pengetahuan Sains 4 26

5.2.2 Analisis Ujian Pra


Keputusan ujian pra dalam bentuk lembaran kerja membuktikan segala yang disangka adalah betul.
Berikut ialah pencapaian yang diperolehi.

Jadual 1
Analisis Ujian Pra
Tahap Penguasaan Bilangan Murid
1 2
2 10
3 15
4 3
5 0
6 0
Jumlah 30

60
16
14
12 1
10 2
8
3
6
4
4
5
2
0
Ujian Pra

Dapatan daripada Jadual 1 dipaparkan dalam carta bar dan ia membuktikan bahawa prestasi murid
terhadap Sains masih kurang memuaskan dan masih mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan prestasi
mereka.

5.3 Tindakan Yang Dirancangkan


Selepas menjalani ujian pra, saya telah mengubah kaedah pengajaran saya dengan menggunakan
video daripada YouTube. Murid memahami fakta sains melalui video dari YouTube . Video dari YouTube
ini saya akan membuat sedikit “editing” supaya ia lebih sesuai terhadap pengajaran dan pembelajaran
murid.

1. Aktiviti 1: Fasa Induksi

Haiwan makan apa?

2. Aktiviti 2 : Fasa Perkembangan


兔子只吃植物
Arnab makan tumbuhan
sahaja

61
3. Aktiviti 3 : Fasa Penutup

兔子是草食动物
Arnab ialah Herbivor

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian


Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 5 minggu. Semasa menjalankan kajian ini
saya membuat pemerhatian terhadap tingkah laku dan juga Pentaksiran Bilik Darjah yang dijalankan.

5.4.1 Profil Responden


Kajian ini melibatkan 30 orang murid dari Kelas 3 Biru SJKC Kwang Chien, Sarikei ,sebuah
sekolah di kawasan Luar Bandar. Murid-murid terdiri daripada lelaki dan perempuan. Taburan keseluruhan
responden mengikut etnik ialah 18 orang (60.00 peratus) pelajar kaum Iban , 6 orang(20.00 peratus) murid
kaum Cina, 6 orang (20.00 peratus) murid kaum Melayu.

Jadual 2
Profil Responden Kajian
Kaum Bilangan Peratus
Iban 16 60.00
Melayu 6 20.00
Cina 6 20.00

5.4.2 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 3
Ujian Pra dan Ujian Pos
Bilangan Murid
Tahap Penguasaan
Ujian Pra Ujian Pos
1 2 0
2 10 0
3 15 6
4 3 20
5 0 4
6 0 0
Jumlah 30 30

Merujuk kepada jadual 3 Ujian Pra dan Ujian Pos, dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian
murid terhadap Sains pada ujian pra tidak memuaskan. Hanya 10 peratus (3) murid mendapat Tahap
Penguasaan Baik iaitu Tahap Penguasaan 4 mengikut Pentaksiran Bilik Darjah dan 50 peratus (15) murid
mendapat Tahap Penguasaan yang minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dan 12 murid mendapat Tahap
Penguasaan 1 dan 2 di mana ia adalah tidak menguasai penguasaan minimum . Setelah menggunakan
Youtube, peningkatan yang begitu ketara berlaku terhadap pencapaian murid semasa ujian pos diberikan.

62
Jumlah pelajar yang mendapat Tahap Penguasaan 3 hanya 20 peratus (6), Tahap Penguasaan 4 meningkat
ke 60 peratus (20), dan terdapat 13.33 peratus (4) mencapai Tahap Penguasaan 5 Peningkatan ini telah
membuktikan bahawa strategi pembelajaran menggunakan “YouTube” sangat merangsangkan murid.
Kesimpulannya, Kajian tindakan ini mendapati penggunaan YouTube yang diberikan dalam
pembelajaran dan pengajaran adalah merupakan faktor utama kepada peningkatan tersebut. Ini bermakna
seseorang murid harus diberi bimbingan dan tunjuk ajar serta pertukaran atmosfera dalam pembelajaran
dan pengajaran dapat memperolehi pencapaian yang tinggi jika murid itu turut diberi motivasi. Minat murid
pun dapat meningkat dan terus membuktikan peningkatan dalam Tahap Penguasaan mereka .

Jadual 4
Analisis Soal Selidik
Skala Likert
Bil Perkara
1 2 3 4 5
1 Kesan pengajaran penggunaan YouTube sangat 0 0 0 0 30
merangsangkan saya
2 Saya berpuas hati dengan kaedah pengajaran penggunaan 0 0 0 0 30
YouTube
3 Saya bersetuju kaedah pengajaran penggunaan YouTube 0 0 0 5 25
dapat meningkatkan keyakinan saya terhadap mata
pelajaran Sains
4 Saya bersetuju sekiranya kaedah pengajaran penggunaan 0 0 0 5 25
YouTube seterusnya dapat meningkatkan pencapaian
keputusan Sains saya
5 Setelah kaedah ini diperkenalkan, minat saya bertambah 0 0 0 0 30
terhadap mata pelajaran Sains
Jumlah 0 0 0 10 140
Peratus 0 0 0 6.67 93.33

Daripada jadual 4 analisis soal selidik didapati secara amnya, semua murid amat berpuashati dan
sangat bersetuju dengan kaedah pengajaran penggunaan YouTube yang dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mengikut skala likert yang diperolehi min skala likert telah
menunjukkan skala 4 menghasilkan 6.67 peratus pelajar menyatakan bersetuju manakala skala 5
menghasilkan 93.33 peratus pelajar menyatakan sangat bersetuju.
Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati:
a. Murid Tahun3 Biru yang belajar Sains lebih berkeyakinan untuk mempelajari fakta dan
pengetahuan sains .
b. Murid lebih berdedikari dan berminat melakukan aktiviti Sains dan menjawab soalan sains
dengan lebih baik
5.5 Refleksi Kajian
Hasil daripada kajian yang dijalankan dengan penggunaan YouTube sebagai medium pengajaran
dan Pembelajaran ternyata dapat meningkatkan pembelajaran dan penguasaan pengetahuan sains melalui
ujian pra dan ujian pos iaitu murid yang menguasai tahap penguasaan 4 meningkat dari 10.00 peratus ( 3 )
orang murid ke 60.00 peratus ( 20) orang murid.
Ini membuktikan bahawa kaedah ini amat berkesan. Dengan menggunakan video dari YouTube,
prestasi murid meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Buktinya
terdapat kesan signifikan terhadap kaedah ini berbanding kaedah tradisional. Terdapat juga banyak
kelebihan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana dapat menjadikan kaedah ini
lebih menarik seperti pelajar akan lebih berfikir, lebih faham, lebih minat, lebih yakin, lebih berkemahiran

63
sosial, dan lebih seronok semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam ataupun di
luar kelas.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Memandangkan kajian tindakan ini mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan seperti
bilangan responden di kalangan murid yang terhad kepada sesebuah kelas di sekolah, maka berikut
dikemukakan cadangan untuk kajian seterusnya.
Kajian ini hanya dijalankan di sebuah kelas sahaja. Segala dapatan kajian hanya boleh
dibincangkan dalam konteks di mana kajian di buat. Adalah dicadangkan supaya kajian yang lebih meluas
dengan melibatkan populasi yang lebih ramai dijalankan pada masa akan datang bagi mendapatkan hasil
kajian yang benar-benar menyeluruh agar dapat memberi satu gambaran yang lebih jelas atau tepat
mengenai keberkesanan pengajaran penggunaan YouTube dalam pembelajaran dan pengajaran Sains.

64
SIMULASI HANDS ON SiMoPTek DALAM TOPIK
PERGERAKAN PLAT TEKTONIK
Iwana Ivy Abdullah
SMK Kolombong Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
Emel : aivie1008@gmail.com

Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pemahaman murid terhadap konsep
mekanisme pergerakan plat tektonik bumi dengan menggunakan simulasi model secara hands-on iaitu
SiMoPTeK melalui persekitaran yang menyeronokkan. Topik pergerakan plat tektonik merupakan topik
baru dalam sukatan KSSM sains tingkatan 1 yang tidak mempunyai amali.Sasaran kajian terdiri daripada
43 orang murid dari tingkatan 1 Daisy. Berdasarkan tinjauan awal guru, murid sukar memahami
mekanisme pergerakan plat tektonik. Penelitian terhadap kertas jawapan ujian pra menunjukkan ramai
murid tidak dapat menjawab separuh(50%) daripada soalan yang diberikan dengan betul.Kutipan data
adalah berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca, borang soalselidik maklumbalas murid, temubual murid
dan pemerhatian guru semasa PdPc. Ujian pasca pula merangkumi 2 jenis iaitu ujian bertulis dan hands on.
Ujian pra dan pasca , serta borang soalselidik dianalisis secara kuantitatif manakala pemerhatian dan
temubual secara kualitatif. Hasil analisis kajian menunjukkan peningkatan bilangan murid yang dapat
menjawab soalan dengan betul daripada ujian pra (56%) dan pasca (98%) dalam tajuk pergerakan plat
tektonik. Ini membuktikan simulasi secara hands on SiMoPTeK dapat membantu meningkatkan
pemahaman murid terhadap mekanisme pergerakan plat tektonik yang tidak biasa dilihat dalam kehidupan
harian mereka. Daripada analisis soalselidik dan temubual pula semua murid (100%) memberikan respon
seronok belajar selepas SiMoPTeK diperkenalkan, Ini membuktikan SiMoPTek secara hands on juga dapat
meningkatkan minat murid untuk belajar dengan persekitaran yang menyeronokkan.Aktiviti ini juga
berjaya menukarkan kaedah biasa mengajar secara teori yang berpusatkan guru kepada kaedah berpusatkan
murid secara hands on. Bagi kajian seterusnya, SiMoPTeK akan ditambahbaik supaya boleh
dihubungkaitkan dengan penggunaan teknologi dan lebih interaktif.

Kata kunci : simulasi hands on, hands on

1.0 Pengenalan
Kajian ini dijalankan semasa bertugas di SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 2019.
SiMoPTek adalah satu model Alat Bantu Mengajar(ABM) yang dihasilkan oleh guru(pengkaji) untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran(PdPc) bagi menerangkan mekanisme pergerakan plat
tektonik dalam matapelajaran sains tingkatan 1. Murid menggunakan model SiMoPTek secara hands on
untuk mensimulasikan pergerakan plat tektonik bumi. Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti
berpura-pura atau berbuat seakan-akan seperti situasi sebenar cuma dalam bentuk yang lebih ringkas
berkaitan isu yang ingin diketengahkan.Penggunaan model adalah salah satu contoh simulasi. Melalui
simulasi penggunaan model , murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami
konsep dan prinsip yang dipelajari(DSKP BPK, 2015).Kajian yang lepas membuktikan bahawa
pembelajaran menggunakan simulasi secara hands on mampu mengatasi salah konsep yang biasanya selalu
berlaku dalam matapelajaran yang abstrak atau sukar dilihat dengan mata kasar seperti sains.(Wan Nur
Fatin, 2016.). Pergerakan bumi ini adalah di luar jangkauan mata kasar manusia dalam kehidupan
seharian.(Nurhayati, 2017).Maka guru merasakan penggunaan model SiMoPTeK secara simulasi hands on
adalah bertepatan untuk menerangkan topik plat tektonik yang tidak mempunyai aktiviti amali. Menurut
(Jarold et.al, 2020) kaedah pengajaran secara hands on dapat membantu murid memahami konsep dengan
lebih baik ).

65
Plat tektonik merupakan topik baru dalam sukatan pelajaran sains Kurikulum Standard Sekolah
Menengah(KSSM) di mana elemen dalam subjek geografi dimasukkan(DSKP BPK, 2015). Merujuk
aktiviti sekolah yang lepas, topik ini pernah dibincangkan dalam program TIMSS 2019 yang merupakan
pentaksiran antarabangsa dan melihat murid tidak dapat menguasai topik ini . Murid juga kelihatan bosan
dan tidak berminat semasa guru mengajar secara teori menggunakan gambarajah dan video. Maka tercetus
idea untuk mencipta bahan bantu mengajar iaitu model SiMoPTek. Model yang dibuat mengunakan bahan
slime buatan sendiri di mana salah satu bahan permainan yang digemari oleh murid masa kini. Murid boleh
bermain sambil belajar(Fun Learning) dan ini menimbulkan persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan seterusnya meningkatkan minat murid untuk belajar. Pengalaman melalui aktiviti hands-
on dapat mempengaruhi dalam meningkankan minat murid (N.Holstermann, 2009). Penekanan nilai STEM
(Sains , Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta pembelajaran abad ke-21) di kalangan murid juga
diterapkan melalui aktiviti ini(STEM BPK, 2016).

2.0 Refleksi Pengajaran Lalu


Dapatan daripada kajian dan pengajaran lalu, murid tidak fokus semasa topik ini diperkenalkan.
Sebahagian mereka tidur dan menganggu kawan. Murid bosan dan kurang berminat kerana tidak
memahami proses/mekanisme yang mereka tidak biasa lihat dalam kehidupan harian mereka.Topik ini tidak
ada amali dan PdPc dijalankan menggunakan video dan gambarajah sahaja.Guru mendapati murid suka
melakukan aktiviti hands on seperti amali. Maka guru menggunakan minat mereka untuk mencari sesuatu
yang boleh mereka melakukan aktiviti secara hands-on.

3.0 Isu Keprihatinan (Fokus Kajian)


Oleh kerana murid tidak memahami bagaimana plat tektonik bergerak sehingga menyebabkan
berlakunya perubahan bentuk muka bumi, maka kajian ini memberi fokus terhadap peningkatan penguasaan
pemahaman murid berkaitan pergerakan plat tektonik dengan memperkenalkan model SiMoPTeK secara
simulasi hands on. Menurut Confucius (551SM-479SM) melalui BrainyQuote.com(2020)
menyatakan;“Apa yang saya dengar, saya lupa. Apa yang saya lihat, saya ingat. Apa yang saya lakukan
saya faham”.

4.0 Objektif Kajian


4.1 Objektif Umum
Meningkatkan penguasaan pemahaman murid terhadap mekanisme pergerakan plat tektonik

4.2.1 Objektif Khusus


i. Meningkatkan bilangan murid yang boleh memahami mekanisme pergerakan plat
tektonik bagi mengelakkan salah konsep.
ii. Menarik minat murid dalam mempelajari sains dengan suasana yang menyeronokkan .

5.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan seramai 43 orang murid dari tingkatan 1 Daisy

6.0 Perancangan Tindakan Dan Perlaksanaan Kajian


6.1 Tinjauan masalah
i. Guru telah membuat tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti iaitu melalui refleksi
pengajaran ,pemerhatian dan temubual murid semasa PdPc dijalankan .
ii. Ujian pra turut dijalankan dengan memilih soalan yang memerlukan murid diuji berkaitan topik
pergerakan plat tektonik untuk menguji tahap pemahaman murid.

66
6.2 Analisis tinjauan masalah
i. Berdasarkan analisis ujian pra yang telah dibuat isu yang dikenal pasti iaitu murid tingkatan 1
Daisy kurang memahami konsep pergerakan plat tektonik.
ii. Penelitian terhadap kertas jawapan ujian pra murid menunjukkan ramai murid tidak dapat
menjawab sebahagian besar soalan yang diberikan dengan betul
iii. Daripada pemerhatian dalam PdPc juga menunjukkan murid tidak berminat dan kurang fokus
semasa guru memberi penerangan secara teori berkaitan plat tektonik. Gambar diambil sebagai
evidens
iv. Apabila ditanya murid mengatakan mereka tidak dapat memahami bagaimana plat tektonik
bergerak
v. Murid juga tidak terlibat dengan aktif dan PdPc adalah berpusatkan guru.

6.3 Tindakan yang dijalankan

TARIKH AKTIVITI / TINDAKAN


Mei 2019 Tinjauan Masalah/Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lepas
26-29 Mei 2019 Menghasilkan RPH dan ABM /inovasi
Penghasilan model SiMoPTeK
30-31 Mei 2019 Penggubalan soalan ujian Pra
12 Jun 2019 Aktiviti 1
Pelaksanaan Ujian Pra (Bertulis)
SiMoPTeK diperkenalkan masa PdPc 1 Daisy(Hands-On)
Ujian Pasca 1 (Hands on & Bertulis)
13 Jun 2019 Analisis Data
14-16 Jun 2019 Penambahbaikan model SiMoPTeK
19 Jun 2019 Aktiviti 2
Ujian Pasca 2 (hands-on & simulasi)
Borang soalselidik
Temubual
20-22 Jun 2019 Analisis data
Jun- Julai 2019 Refleksi kajian dan pelaporan

6.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian/penilaian


PdPc sebelum SiMoPeK diperkenalkan, murid kelihatan agak bosan, mengantuk dan kurang fokus
kerana perlu mempelajari topik yang mereka tidak biasa nampak dalam kehidupan harian mereka

Murid kurang fokus dan tidak berminat dengan topik yang dibincangkan

67
6.4.1 Ujian Pra

Ujian bertulis
Murid telah mempelajari teori plat tektonik dalam proses endogen pada PdPc sebelumnya sebelum
ujian pra bertulis dijalankan. Soalan diberi dalam bentuk aneka pilihan

Murid menjawab ujian pra. J awapan murid

Aktiviti hands-on

- Simulasi SiMoPTeK diperkenalkan.


SiMoPTeK ialah model yang direka khas untuk mensimulasikan pergerakan plat tektonik
secara hands on
- Tiga jenis pergerakan yang boleh disimulasikan ialah pertembungan, pencapahan dan
perselisihan).
- Guru melakukan demostrasi dahulu untuk menunjukkan penggunaan model SiMoPTeK
dengan teknik yang betul
- Demonstrasi guru dipancarkan terus pada skrin projektor menggunakan teknologi mirroring
supaya semua murid dapat melihat dengan jelas pada skrin

Demonstrasi Guru

68
6.4.2 Ujian pasca 1

Murid menjalankan aktiviti dan diuji semula selepas bimbingan

Simulasi secara hands – on

Perselisihan

Pertembungan Pencapahan

Ujian bertulis pasca 1

6.4.3 Ujian pasca 2

Simulasi secara hands – on

Pembentukan lurah (Plat mencapah) Plat menumpu antara satu sama lain
(pertembungan)

69
Perselisihan Fun learning

Murid mempraktikkan simulasi plat tektonik yang diperkenalkan. Murid seronok (Fun Learning)
melaksanakan aktiviti simulasi secara hand-on ini sambil melihat gambar mereka terpapar di skrin
projektor

Ujian bertulis pasca 2

6.5 Refleksi kajian


6.5.1 Analisis keputusan ujian pra dan pasca serta soalselidik

Ujian Bertulis

Bilangan Murid
Markah Ujian Ujian Ujian
Pra Pasca 1 Pasca 2
0-2 4 2 0
3-4 15 9 1
5-6 12 15 18
7-8 12 17 24
Jadual 1: Markah Ujian Bertulis Pra dan Pasca Graf Ujian Bertulis Pra dan Pasca bagi Bilangan
Murid Vs Markah yang diperolehi

70
Graf Bilangan Murid Vs Maklum Balas Murid

Temubual murid

6.5.2 Huraian data/Perbincangan


Jumlah murid dalam kajian adalah seramai 43 orang dalam tingkatan Daisy di mana 24 orang
adalah perempuan dan 19 orang adalah lelaki . Seramai 40 orang dari kelas ini merupakan bumiputera , 1
orang berbangsa cina, 1 orang berbangsa Indonesia sementara 1 orang lagi berbangsa Pakistan. Kutipan
data adalah berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca, borang soalselidik maklumbalas murid, temubual
murid dan pemerhatian guru semasa PdPc. Ujian pasca pula merangkumi 2 jenis iaitu ujian bertulis dan
hands on. Ujian pra dan pasca , serta borang soalselidik dianalisis secara kuantitatif manakala pemerhatian
dan temubual secara kualitatif.
Dapatan daripada analisis ujian pra dan pasca, menunjukkan peningkatan bilangan murid mendapat
markah betul 5 ke atas di mana markah penuh adalah 8. Pada peringkat ujian pra seramai 24 orang murid
atau 56% mendapat markah 5 ke atas , Pasca 1 seramai 32 orang murid atau 74 % mendapat markah 5 ke
atas manakala dalam ujian pasca 2 seramai 42 orang murid atau 98% mendapat markah 5 ke atas. Pada
pasca 2 juga, tidak ada murid yang mendapat markah kurang daripada 3 berbanding ujian pra dan pasca 1
seramai 4 dan 2 orang masing-masing mendapat markah kurang daripada 3.Ini membuktikan semakin ramai
murid dapat menjawab dengan betul dan menunjukkan peningkatan terhadap pemahaman mereka bagi
topik pergerakan plat tektonik. Daripada analisis soalselidik dan temubual pula semua murid (100%)
memberikan respon seronok belajar selepas SiMoPTeK diperkenalkan, berbanding sebelum SiMoPTeK

71
didedahkan murid kelihatan bosan dan mengantuk semasa PdPc. Ini membuktikan SiMoPTek secara hands
on juga dapat meningkatkan minat murid untuk belajar dengan persekitaran yang menyeronokkan.

6.5.3 Maklum balas guru matapelajaran(pengkaji)


Pelaksanaan dijalankan hampir dua minggu untuk memastikan peningkatan bilangan murid yang
dapat menjawab soalan berkaitan pergerakan plat tektonik dan boleh mensimulasikan secara hands-on.
Semasa ujian pasca 1, masih ramai lagi murid yang tidak dapat menjawab sebahagian besar soalan yang
diberikan dengan betul dan disebabkan kekangan masa PdPc dan ketidakhadiran murid, tidak semua sempat
diuji secara hands-on semasa ujian pasca 1. Bimbingan diteruskan pada sesi PdPc seterusnya untuk
meningkatkan bilangan murid yang boleh menjawab soalan dengan betul dan mensimulasikan secara
hands-on (Pasca 2). Dapatan daripada analisis pasca 2 menunjukkan peningkatan bilangan murid yang
ketara boleh menjawab dengan betul dalam ujian pasca bertulis. Murid juga seronok menjalankan aktiviti
hands-on secara fun learning .

6.5.4 Maklum balas guru lain semasa perkongsian

Cikgu Donna-guru sains


Bahan senang digunakan, murid dapat melaksanakan hands-on, senang dibawa
dan visual learning

Cikgu Orlen- guru geografi


Aktiviti yang menarik dan murid tidak bosan dengan adanya aktiviti. Sekiranya masa
mengizinkan murid mungkin boleh diberi peluang untuk menghasilkan model sendiri

6.5.5 Perubahan Sikap Murid


Perubahan yang jelas ialah murid tidak lagi mengantuk, bosan kerana ada aktiviti yang menarik
minat mereka untuk dijalankan dalam kelas/makmal. Keyakinan dan kefahaman murid juga meningkat
semasa diuji . Peningkatan pencapaian murid telah meningkatkan motivasi dan minat mereka untuk
mempelajari sains

6.5.6 Maklum Balas Murid

“Saya seronok menjalankan simulasi ini terutama semasa mengendalikan slime. Aktiviti ini
dapat dapat menunjukkan bagaimana kejadian pembentukan gunung lipat, lurah dan gempa
bumi” (Ernest Vick Vincent)

“aktiviti ini dapat membantu saya memahami dan menggambarkan 3 jenis proses pergerakan plat
tektonik secara umum.
(Cecilia Melicie Gallus)

“Saya seronok belajar sambil bermain bersama slime. Aktiviti ini menjadikan saya minat terhadap
matapelajaran sains kerana banyak aktiviti yang seronok boleh dijalankan semasa belajar.”
(Brenda)

6.5.7 Kesimpulan
Analisis ujian pra dan pasca berjaya membuktikan penggunaan SiMoPTeK secara simulasi hands
on dapat membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap mekanisme pergerakan plat tektonik .
Bilangan murid yang dapat menguasai konsep pergerakan plat tektonik selepas SiMoPTeK diperkenalkan
meningkat.Selain itu simulasi secara hands on juga dapat menarik minat murid untuk belajar melalui
persekitaran yang menyeronokkan (melalui soalselidik dan temubual) selepas SiMoPTeK di perkenalkan.
Kajian ini juga menemukan satu pendekatan baru yang mengantikan kaedah biasa mengajar secara teori

72
dan berpusatkan guru kepada kaedah berpusatkan murid secara hands on dan interaktif bagi topik plat
tektonik.

7.0 Cadangan Kajian Seterusnya


Bagi kajian seterusnya, kutipan data dan analisis akan ditambahbaik supaya lebih terperinci lagi.
Model SiMoPTeK akan ditambahbaik supaya boleh dihubungkaitkan dengan penggunaan teknologi dan
lebih interaktif.

Rujukan

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (2015) , Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Sains Tingkatan 1. Terbitan Kementerian Pendidikan malaysia. Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Jarold et.al (2020,April 17). How Hands-on Activities Affect The Learning of Engineering
Concepts.https://digitalcommons.northgeorgia.edu/ngresearchconf/2020/posters/20/.
Mary,T.M.Y(2012)Kesan Penggunaan Aktiviti “hands-on” Dalam Proses Pembelajaran Sains
TahunEmpat.http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/15.%20%20MA
RY%20TAN%20MUI%20YEE.pdf
Holstermann, N., Grube, D. & Bögeholz, S.(2010) Hands-on Activities and Their Influence on Students’
Interest. Res Sci Educ 40, 743–757. https://doi.org/10.1007/s11165-009-9142-0
Confucius Quotes. (n.d.). BrainyQuote.com. (Retrieved May 7, 2020), from BrainyQuote.com Web site:
https://www.brainyquote.com/quotes/confucius_136802
Vengadesh et.al(2016)Sains Tingkatan 1 KSSM.Kementerian Pendidikan Malaysia.Karangkraf network
sdn.bhd.
Learning port interactive(2018-2019) Malaysia's best e-learning for SPM, PT3, Lower Primary, UPSR and
English. Extensive Question Banks with over 20000 questions for exam preparation
BPK(2016).Panduan Pelaksanaan Sains , Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik(STEM) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sabanti(2018,May 7).Kesan pergerakan kerak bumi ting 1.https://www.slideshare.net/sabanti/kesan-
pergerakan-kerak-bumi-ting-1

73
VidMap-Q: MENINGKATKAN KEMAHIRAN
KONSEPTUAL BAGI TOPIK IMMUNE RESPONSE
Zulkefli Shahruddin1, Afiqah Mohamed2, Fatimah Ismail3 dan
Aidawati Maruddin4
1
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Negeri Sembilan
2,3,4
Kolej Matrikulasi Melaka, Melaka
Emel: zulkefli.shah@kmns.matrik.edu.my

Abstrak
Kajian yang dijalankan bagi mengkaji penggunaan VidMap-Quizlet (VidMap-Q) bagi meningkatkan
kemahiran konseptual dalam topik Immune Response. Sampel kajian melibatkan 36 orang pelajar Program
Dua Tahun (PDT) Modul III yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan
yang terlibat dalam penggunaan VidMap-Q. Intervensi kajian terbahagi kepada dua iaitu pertama
penggunaan VidMap di mana video yang memaparkan urutan dalam tindak balas immuniti secara visual
diikuti Quizlet yang merupakan salah satu komuniti pembelajaran atas talian (Online Learning Community)
yang menguji kefahaman pelajar secara online berdasarkan isi kandungan topik yang telah ditonton dalam
VidMap. Ujian pra, ujian pos dan borang soalselidik persepsi pelajar terhadap penggunaan Vidmap dan
Quizlet telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan analisis inferensi (t-
test) untuk menunjukkan perbezaan min antara ujian pra dengan ujian pos. Hasil kajian menunjukkan
terdapat peningkatan min yang ketara di antara ujian pra (min=17.045) dengan ujian pos (min=23.933).
Perbezaan yang tertinggi adalah sebanyak 90% di mana menunjukkan peningkatan yang begitu cemerlang
setelah dirawat menggunakan VidMap-Q tersebut. Ini menunjukkan VidMap-Q dapat membantu pelajar
dalam mengingat konsep-konsep asas dalam tindakbalas Immune Response dengan baik seterusnya dapat
menyumbang kepada prestasi cemerlang dalam PSPM II nanti.

Kata kunci: VidMap-Q, kemahiran konseptual, Immune Response, Immunity

1.0 RefleksiPengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Immunity merupakan topik yang dipelajari oleh pelajar pada Semester IV Program Matrikulasi
Dua Tahun (PDT) bagi setiap sesi pembelajaran. Immunity merupakan topik yang melibatkan pembelajaran
dari segi Immune Response yang berlaku di dalam badan organisma hidup terutamanya manusia. Topik ini
juga telah dimasukkan sebagai salah satu komponen penilaian berterusan (PB) iaitu kuiz 4 yang membawa
markah sebanyak 10%.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji sewaktu di dalam kelas tutorial, didapati kebanyakan pelajar
menyatakan topik Immunity adalah suatu topik yang sukar. Ini dapat dibuktikan melalui latihan yang
diberikan sewaktu di dalam kelas tutorial di mana kebanyakan pelajar masih tidak menguasai konsep
Immune Response walaupun telah dipelajari di dalam kuliah. Pelajar tidak dapat mengenalpasti jenis sel
dan juga tidak mengetahui fungsi bagi setiap sel yang terlibat di dalam Immune Response System. Faktor
ini telah menimbulkan kerisauan yang amat mendalam di dalam diri pengkaji.
Perbincangan secara tidak formal juga telah dilaksanakan dalam kalangan pensyarah yang
mengajar topik yang sama bagi kumpulan pelajar Program Satu Tahun (PST) dan mendapati maklum balas
yang sama. Pelajar kurang mahir dalam menerangkan urutan peristiwa, serta keliru tentang fungsi setiap
sel yang terlibat dalam tindak balas immuniti tersebut.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada hasil refleksi PdPc, pengkaji telah memilih penggunaan
video dan kuiz online (VidMap-Q) dalam pelaksanaan P&P untuk membantu pelajar memahami konsep
yang terlibat di dalam tindakbalas Immune Response System seterusnya dapat meningkatkan pencapaian
markah penilaian berterusan (PB) pelajar pada akhir semester nanti.

74
2.0 Fokus Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada penggunaan VidMap-Q dalam
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mekanisma tindakbalas immuniti iaitu Cell Mediated Immune
Response dan Humoral Immune Response serta dapat membantu pelajar menerangkan kedua-dua
mekanisma yang terlibat dalam Immune Response tersebut. Dalam masa yang sama pengkaji juga
memperkenalkan kuiz online iaitu Quizlet bagi menguji pemahaman pelajar terhadap konsep Immune
Response di mana ianya dapat membantu pelajar dalam mengenalpasti jenis sel dan fungsi sel yang terlibat
secara spesifik segaligus dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam menjawab soalan berkaitan Cell
Mediated Immune Response dan Humoral Immune Response sama ada secara lisan atau bertulis.
Sehubungan itu, pengkaji memperkenalkan pembelajaran secara visual bagi mengukuhkan lagi
konsep pemahaman pelajar dalam topik Immunity terutamanya Immune Response. Penggunaan teknologi
ICT ini bertepatan dengan anjakan ke -7 dalam pembelajaran abad ke -21 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM), iaitu memanfaatkan ICT dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Ahmad
Nazir Muhammad Ali (2006), menyatakan penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi yang
amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses pembelajaran. Cara ini adalah dijalankan dengan
berpandukan pelbagai jenis bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak. Penggunaan video
(VEC) adalah sesuai dan berkesan untuk membantu pelajar dalam membayangkan dan memahami sesuatu
proses dengan baik (Mulyani Muhamad Effendi, Zulkefli Shahruddin & Noor Aini Kamin, 2014).
Manakala Ahmad Rizal Madar (2009), dalam kajian tentang “Kesan Penggunaan Koswer Terhadap
Tahap Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif Field Independence-Dependence” mengatakan
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran masa kini telah banyak berubah dan mengalami evolusinya
sendiri. Sebelum ini, penggunaan lisan dan tulisan sudah menjadi kebiasaan dalam pengajaran, kini
teknologi telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih canggih seperti penggunaan
komputer, video, dan pelbagai peralatan lain lagi yang menggabungkan elemen visual, audio dan teks.

3.0 Objektif Kajian


3.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran konseptual pelajar dalam topik Immune Response.

3.2 Objektif Khusus


Kajian ini dilakukan untuk:
a. Meningkatkan kemahiran konseptual pelajar dalam topik Immune Response dengan
menggunakan VidMap-Q.
b. Membantu pelajar-pelajar dalam:
i. mengenalpasti jenis dan fungsi sel yang terlibat.
ii. mengingat dan menamakan terma-terma yang betul.
iii. menerangkan mekanisma tindakbalas immuniti iaitu Cell Mediated Immune Response
dan Humoral Immune Response dengan menggunakan VidMap-Q.
c. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam PB semester IV sesi 2016/2017.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 36 orang pelajar Program Dua Tahun (PDT) Modul III Semester IV Sesi
2016/2017 yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan di mana kumpulan
ini akan terlibat secara langsung dalam penggunaan VidMap-Q.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sewaktu pelaksanaan kelas tutoran, pengkaji mendapati
sebahagian besar para pelajar (melebihi 50%) tidak dapat menjawab soalan yang dibincangkan berkaitan
topik Immune Response. Selain daripada itu, temu bual telah dilaksanakan di antara pengkaji dan para

75
pelajar mendapati mereka kurang faham mengenai urutan peristiwa di dalam kedua-dua jenis Immune
Response iaitu Humoral Immune Response dan Cell-Mediated Immune Response.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Ujian Pra telah dilaksanakan oleh pengkaji sewaktu kuliah setelah sesi Pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) bagi topik Immune Response disampaikan. Seramai 36 orang pelajar telah
menjawab ujian yang terdiri daripada satu soalan stuktur (10 markah) dan satu soalan esei (10 markah)
selama 30 minit. Pengkaji mendapati 90% pelajar tidak dapat menjawab kedua-dua soalan dengan baik.
Temu bual telah dilaksanakan bersama beberapa pelajar untuk mendapatkan maklum balas mereka
berkenaan soalan yang ditanyakan di dalam ujian pra. Salah seorang daripada pelajar telah memberitahu
bahawa dia tidak dapat melengkapkan kesemua soalan yang diberikan kerana keliru dengan kehendak
soalan serta tidak pasti sama ada soalan bertanyakan tentang Humoral Immune Response ataupun Cell-
mediated Immune Response.
Di samping itu, terdapat juga seorang pelajar yang memberi maklum balas bahawa dia dapat
memahami isi kandungan kuliah yang disampaikan tetapi gagal untuk mengenalpasti jenis dan fungsi sel-
sel immuniti yang terlibat sewaktu menjawab soalan yang diberikan.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


5.3.1 Pembinaan VidMap
Berdasarkan tinjauan awal seperti yang dinyatakan di atas, pengkaji mendapati sebilangan besar
pelajar menghadapi masalah dalam memahami topik Immune Response terutamanya dalam mengenalpasti
jenis dan fungi sel-sel yang terlibat di dalam kedua-dua respon immuniti tersebut.
Oleh yang demikian, para pengkaji telah memperkenalkan penggunaan video yang dinamakan
sebagai VidMap di mana video tersebut bukan sahaja memaparkan urutan dalam tindak balas immuniti
tetapi beserta penerangan dan grafik yang diharapkan dapat membantu para pelajar untuk meneliti setiap
urutan dalam tindak balas immuniti terutamanya mengenalpasti jenis dan fungsi sel-sel yang terlibat seperti
macrophage, helper T cell, B cell dan cytotoxic T cell.

5.3.2 Pembinaan Quizlet


Quizlet merupakan salah satu komuniti pembelajaran atas talian (Online Learning Community)
yang boleh digunakan secara percuma oleh pendidik dan pelajar secara online untuk menguasai pelbagai
topik pembelajaran. Ianya membantu para pelajar menguasai apa yang dipelajari dengan pelbagai aktiviti
yang menarik seperti flashcards, learns, spell dan test. Ia juga menyediakan dua aktiviti permainan iaitu
match dan gravity yang membantu pelajar menarik minat untuk mencabar diri memahami topik yang
disediakan. Kelebihan Quizlet ini adalah ianya boleh di download dengan mobile apps di App Store atau
Google Play secara percuma.
Untuk membina Quizlet, pensyarah perlu mendaftar secara percuma di laman web
http://quizlet.com. Setelah itu pensyarah boleh menetapkan diri sebagai teacher dan boleh membina kelas
pembelajaran. Kemudian pensyarah boleh mula mengisi 15 terms and definition bagi topik Humoral and
Cell-mediated Immune Response. Setelah di bina set tersebut, pensyarah perlu save dan dapatkan pautan
untuk diberikan kepada pelajar untuk diakses selepas rawatan menggunakan VidMap dijalankan.
Quizlet ini dibina bagi mengukuhkan pemahaman pelajar bagi terms yang terlibat dalam topic
Humoral and Cell-mediated Immune Response selepas mereka menonton VidMap yang telah diberikan.
Pelajar perlu membuat screenshot atau mencetak keputusan ujian dari Quizlet untuk rujukan penyelidik.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian


5.4.1 Pengenalan VidMap dan Quizlet kepada pelajar
Pengkaji telah menerangkan kepada para pelajar sewaktu sesi kuliah tentang tatacara penggunaan
VidMap dan Quizlet yang telah dibina. Para pelajar telah diberikan dengan link bagi kedua-dua aplikasi

76
yang boleh diakses di atas talian. Tempoh bagi VidMap adalah 19 minit 15 saat manakala aktiviti Quizlet
dapat diakses oleh pelajar mengikut keselesaan tempoh masa pelajar sendiri.

5.4.2 Penggunaan VidMap dan Quizlet


Pelajar diberi tempoh masa selama 4 hari untuk menonton VidMap yang telah dimuat turun serta
menyiapkan aktiviti Quizlet mengikut kadar masa tersendiri. Pelajar juga boleh menonton VidMap dan
melaksanakan aktiviti Quizlet berulang kali mengikut kehendak masing-masing.

5.4.3 Pemantauan pelaksanaan Quizlet oleh pelajar


Dalam tempoh 4 hari yang telah ditetapkan, pelajar yang telah berjaya menonton VidMap dan
melaksanakan aktiviti Quizlet diminta menghantar markah yang diperolehi untuk soalan kuiz yang
disertakan di dalam Quizlet.

5.4.4 Pelaksanaan Ujian Pos


Bagi melihat keberkesanan aktiviti yang telah dilaksanakan, ujian pos telah dilaksanakan
berdasarkan format yang sama dengan ujian pra. Soalan berbentuk struktur (10 markah) dan satu soalan
esei (10 markah) telah diberikan kepada para pelajar selama 30 minit dan dilaksanakan sewaktu kuliah.
Markah daripada ujian pos direkodkan.

5.4.5 Pelaksanaan soal selidik


Satu soal selidik telah dibuat dan diedarkan kepada para pelajar setelah menjawab ujian pos bagi
mendapatkan maklum balas daripada para pelajar berkenaan keberkesanan VidMap-Q yang digunakan.
Skala yang digunakan dalam soal selidik ini adalah skala Likert 4 markah: Sangat Tidak Setuju (STS),
Tidak Setuju (TS), Setuju (S) dan Sangat Setuju(SS).

5.5 Analisis Kajian


Data kajian dikumpul melalui ujian pra dan ujian pos. Ujian pra dijalankan bagi mengenalpasti
pemahaman pelajar terhadap topik yang telah dipelajari didalam kuliah sebelum ini manakala ujian pos
bertujuan untuk melihat peningkatan prestasi pelajar setelah rawatan pengajaran dan pembelajaran melalui
VidMap-Q di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
Analisis kajian dibuat dengan menggunakan Microsoft Excell dan Perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 22.0 (Wan Muhamad Amir W. Ahmad, Nor Azlida Aleng @ Mohamad &
Puspaliza Ghazali, 2015). Analisa diskriptif perbezaan min dan ujian t telah digunakan untuk mengenalpasti
terdapat peningkatan prestasi pelajar dalan ujian pra dan ujian pos sebelum dan selapas VidMap-Q
dijalankan.

5.5.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos


Rajah 1 menunjukkan taburan markah bagi ujian pra dan ujian pos bagi 36 orang subjek kajian.
Terdapat peningkatan yang ketara di antara taburan markah ujian pra dan ujian pos selepas rawatan dengan
menggunakan VidMap-Q. Dalam ujian pra, markah yang paling tinggi ialah 75% (15/20) manakala yang
terendah adalah 5% (1/20). Markah ujian pos pula menunjukkan markah yang paling tinggi ialah 95%
(19/20) manakala markah terendah adalah 3/20 (15%). Ini menunjukkan terdapat kepelbagaian markah
yang ditunjukkan di dalam ujian pra dan ujian pos selepas dirawat dengan menggunakan VidMap-Q.

77
100
90
80
Jumlah Markah

70
60
50
40 UJIAN PRA
30 UJIAN POS
20
10
0
1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29 31 33 35
Subjek Kajian

Rajah 1: Taburan markah ujian pos berbanding ujian pra.

Rajah 2 menunjukkan perbezaan markah di antara ujian pra dengan ujian pos. Ini menunjukkan
perbezaan yang ketara dengan nilai min sebanyak 30.69%. Perbezaan yang tertinggi adalah sebanyak 90%
di mana menunjukkan peningkatan yang begitu cemerlang setelah dirawat menggunakan VidMap-Q
tersebut. Ini menunjukkan VidMap-Q dapat membantu pelajar dalam mengingat konsep-konsep asas dalam
topik Immune Response dengan baik.

Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


120

100

80

60

40

20

0
P1 P3 P5 P7 P9 P11 P13 P15 P17 P19 P21 P23 P25 P27 P29 P31 P33 P35
-20

-40

Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) Perbezaan (%)

Rajah 2: Perbezaan Peratusan Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pos.

5.5.2 Taburan Statistik Ujian Pra dan Ujian Pos.


Jadual 1 menunjukkan perbandingan skor min ujian pra dan ujian pos yang dijalankan ke atas
subjek kajian. Ini bertujuan untuk mengenalpasti terdapatnya peningkatan prestasi pelajar dalam memahami
konsep Immune Response dengan menggunakan VidMap-Q.

78
Jadual 1
Taburan Statistik Ujian Pra dan Ujian Pos

Sisihan
Min N Minimum Maksimum Min Ralat Piawai
Piawai
Ujian Pra 29.58 36 5 75 17.045 2.841
Ujian Pos 60.28 36 15 95 23.933 3.989

Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min antara ujian pra (M=17.045, SP=2.841)
dengan ujian pos (M=23.933, SP=3.989). Perbezaan purata min adalah 6.888, ini menunjukkan
peningkatan yang ketara antara ujian pra dengan ujian pos setelah VidMap-Q digunakan.

5.5.3 Ujian t
Ujian t bagi satu sampel berpasangan (Paired samples t-test) telah dilaksanakan untuk menilai
kesan terhadap hasil intervensi ke atas markah pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2
Statistik Ujian t
Perbezaan Berpasangan
Sig.
Purata Sisishan Purata 95% Perbezaan Selang
(2-
Piawai Ralat Keyakinan
hujung)
Piawai Bawah Atas t df
Ujian Pra – -
23.548 3.92516 -38.662 -22.727 -7.821 35 .000
Ujian Pos 30.694

Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan markah yang signifikan secara statistik berdasarkan nilai p <
0.05 seperti dalam Jadual 4. Berdasarkan nilai p=0.000 yang diberikan, Ho adalah ditolak yang membawa
maksud terdapat perbezaan markah ujian pra dengan ujian pos. Ini menunjukkan terdapat peningkatan
pencapaian pelajar selepas menjalani proses intervensi dengan menggunakan VidMap-Q.

5.6 Refleksi Kajian/Kesimpulan


Bagi mengukuhkan lagi dapatan daripada analisis ujian pra dan pos, borang soalselidik telah
diedarkan kepada setiap pelajar untuk melihat persepsi mereka tentang penggunaan VidMap-Q dalam
membantu mengukuhkan pemahaman konsep mengenai Immune Response. Dapatan menunjukkan pelajar
juga lebih menumpukan perhatian dalam kelas yang diajar dengan VidMap dengan peratusan sebanyak
78.79%. Selain itu, majoriti pelajar juga bersetuju bahawa penggunaan VidMap telah meningkatkan
keyakinan serta motivasi untuk menjawab soalan dan melonjakkan prestasi dalam ujian. Pelajar juga sangat
bersetuju (60.61%) bahawa VidMap dan Quizlet perlu diaplikasikan dalam topik lain untuk meningkatkan
pemahaman pelajar. Dapatan ini juga di sokong oleh temubual bersama pelajar yang menyatakan grafik
dan animasi dalam VidMap membantu pelajar dalam memahami topik yang diajar oleh pensyarah.
Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan penggunaan VidMap-Q sangat membantu pelajar dalam
mengukuhkan pemahaman konsep mekanisma tindakbalas Immune Response System bagi topik Immunity.
Pelajar dapat melihat video yang dihasilkan secara berulang-ulang untuk mengigati proses-proses yang
berlaku dibantu pula dengan Quizlet dimana pelajar boleh menguji pembelajaran mereka melalui video
yang diberikan. Kaedah ini boleh diaplikasikan kepada topik-topik lain yang memerlukan pelajar
menerangkan proses-proses biologi yang dipelajari dengan penuh minat dan memenuhi kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pembelajaran abad-ke21.

79
6.0 Cadangan Kajian
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
i. Mengembangkan kaedah VidMap-Q untuk topik-topik lain
ii. Memuatnaik video VidMap ke dalam laman YouTube agar boleh dikongsi dan
dimanfaatkan bersama kolej-kolej lain dan masyarakat luar. Dengan ini maklum balas juga
dapat diperolehi untuk menambah baik kualiti video yang dihasilkan
iii. Menggabungkan video yang dihasilkan beserta dengan soalan untuk memudahkan pelajar
membuat penilaian kendiri tentang tahap pemahaman mereka terhadap konsep yang
dinyatakan di dalam video.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, didapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan
pengajaran pensyarah dan amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses PdP lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan seterusnya meningkatkan pencapaian
pelajar dalam peperiksaan PSPM Semester IV nanti.

Rujukan

Ahmad Nazir Muhammad Ali. (2006). Penyelidikan Tentang Pembelajaran Visual Dalam
Mempertingkatkan Pemahaman Murid.
Ahmad Rizal Madar. (2009). Kajian tentang Kesan Penggunaan Koswer Terhadap Tahap Pencapaian
Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif Field Independence-Dependence.
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2048/1/KESAN_PENGGUNAAN_KOSWER_TERHAD
AP_AHMAD_RIZAL_MADAR_2009.pdf
Mulyani Muhamad Effendi, Zulkefli Shahruddin & Noor Aini Kamin. (2014). Prosiding Seminar
Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Peringkat Kebangsaan ke-8 Tahun 2014.
Putrajaya: BMKPM.
Quizlet Inc. (2016). Quizlet: Simple free learning tools for students and teachers. Dirujuk pada 13-16 April
2017, dari http://quizlet.com/.
Wan Muhamad Amir W. Ahmad, Nor Azlida Aleng @ Mohamad & Puspaliza Ghazali. (2015). Simple
Introduction For Data Analysis Using SPSS Version 22. K. Terengganu: UMT

80
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN D-Minus
DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK MURID
SEKOLAH RENDAH
Goh Kok Ming
SJK (C) Chi Sheng (2), Perak
Emel : kokming888@gmail.com

Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah perisian D-Minus dapat meningkatkan
kemahiran dan kecekapan murid sekolah rendah dalam menyelesaikan masalah operasi pembahagian.
Perisian D-Minus merupakan kaedah yang mengaplikasi perisian multimedia (aplikasi Visual Basics dan
aplikasi GeoGebra) dan sebagai kaedah alternatif bagi guru matematik. Seramai 4 orang murid telah dipilih
sebagai responden kajian yang mempamerkan kelemahan dalam penambahan dengan mengumpul semula.
Instrumen kajian meliputi Ujian Pra, Ujian Pasca, lembaran kerja dan pemerhatian digunakan untuk
mengumpul data. Hasil analisis data dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan peningkatan prestasi
pencapaian bagi setiap responden. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah D-Minus dapat
meningkatkan kemahiran dan kecekapan murid Tahap 2 dalam menyelesaikan operasi pembahagian.
Cadangan bagi kajian seterusnya ialah pengintegrasian perisian ini dengan sistem Android melalui aplikasi
Android Studio.

Kata kunci: Operasi Pembahagian, Visual Basics, GeoGebra, D-Minus, Multimedia

1.0 Pendahuluan
Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar murid bagi mata pelajaran Matematik dan mengajar
subtopik Nombor Bulat, iaitu kemahiran operasi bahagi sama ada berbaki atau tidak. Menurut Schneider &
Stern (2010), “procedural knowledge would allow people to solve problems in a quick and effective ways
as it can be easily automatised”. Oleh itu, pengkaji telah memulakan pengajaran operasi pembahagian den
gan menggunakan kaedah bentuk lazim atau kaedah tradisional iaitu bentuk algoritma menegak. Pengkaji
mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat melakukan operasi pembahagian secara betul dengan
menggunakan kaedah algoritma tradisional. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak memahami
proses pembahagian yang kompleks dengan baik dan menghadapi masalah membina sifir darab dengan
betul dan tepat. Oleh yang demikian, keadaan sebegini amat membimbangkan pengkaji kerana kelemahan
murid ini akan menjurus kepada pelbagai kesilapan yang mengakibatkan kesulitan sepanjang tempoh
pembelajaran di sekolah (Anghiler, 2000).
Mahpop & Sivasubramaniam (2010) menyatakan bahawa murid-murid lazimnya boleh membuat
pembahagian yang biasa, misalnya 12 dibahagi dengan 3. Namun masalah pembelajaran akan berlaku
apabila pembahagian tersebut melibatkan nilai digit yang lebih besar, seperti 9897 dibahagi dengan 3.
Murid juga didapati mengalami masalah untuk memahami nilai tempat sewaktu melakukan proses
pembahagian (Mohd Nor Amri & Effandi, 2016). Dalam kajian Santos & Patton (2016), mereka telah
mengemukakan bahawa berdasarkan laporan murd Gred 3, murid-murid menghadapi masalah berkaitan
dengan beberapa konsep matematik termasuk pembahagian. Walaupun sebelum ini, mereka tersebut telah
banyak didedahkan dengan bahan manipulatif yang konkrit seperti pembilang, bongkah asas 10 dan
sebagainya yang berkaitan.
Namun begitu, pengkaji juga mendapati kajian Santos & Patton (2016) tersebut hanya
menggunakan bongkah asas 10 dan tidak melibatkan pengintegrasian sebrang unsur multimedia. Jadi,
keadaan ini telah memperlihatkan jurang perbezaan antara amalan kebiasaan dan nilai kepercayaan
pengkaji. Pengkaji memperkenalkan intervensi dan mengaplikasi perisian D-Minus berbantukan aplikasi
Visual Basics dan disokong dengan perisan GeoGebra untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan

81
operasi bahagi dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian-kajian lepas seperti kajian Habibah, et.al. (2004),
kajian Ismail (2012) dan lain-lain telah membuktikan bahawa penggunaan unsur multimedia berupaya
meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pencapaian akademik dan tahap penguasaan kemahiran
yang difokuskan. Perisian D-Minus ini dapat menstrukturkan idea dan memperkukuh kefahaman
konseptual dan prosedural murid tentang operasi pembahagian dengan lebih berkesan.

2.0 Fokus Kajian


Tinjauan yang dibuat terhadap murid-murid sekolah rendah menunjukkan bahawa terdapat seramai
4 orang responden yang lemah pada tahap penguasaan operasi bahagi. Perisian yang direka oleh pengkaji
berilhamkan pembacaan pengkaji terhadap beberapa sumber yang diyakini relevan dan hasil analisis
terhadap beberapa kaedah yang biasa digunakan. Untuk itu, pengkaji telah membuat inovasi terhadap
kaedah ini agar lebih mudah dan interaktif bagi murid memahami dan menguasai operasi bahagi.
Terdapat dua aspek telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu kebolehtadbiran dan kepentingan.
Aspek kebolehtadbiran ini berfungsi untuk menjadikan sesuatu proses kajian berjalan dengan lancar.
Kaedah Perisian D-Minus diperkenalkan melalui perisian multimedia, iaitu membina aplikasi interaktif
yang menggunakan kod pengaturcaraan Visual Basics dan disediakan dalam Microsoft PowerPoint.
Jamalludin & Zaidatun (2003), menegaskan bahawa pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan
pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. Reka bentuk sesuatu perisian
multimedia yang sesuai perlu mengandungi tutorial, latih tubi dan permainan pendidikan. Oleh itu, pengkaji
dapat menunjukkan proses pembahagian secara interaktif melalui kaedah ini dengan menggunakan perisian
multimedia yang direka oleh pengkaji. Kajian ini telah dilakukan di bilik khas pada waktu selepas
persekolahan agar pentadbiran kajian ini tidak menganggu proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
harian murid.
Aspek kepentingan merupakan aspek kedua bagi kajian ini. Kajian ini penting bagi meningkatkan
penguasaan dan kecekapan responden dalam kemahiran membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 1
000 dengan sebarang satu digit nombor. Penggunaan perisian multimedia merupakan salah satu teknik
pendidikan yang berkesan kerana perisian multimedia dapat merangsang mod pembelajaran responden dan
menyampaikan pengajaran dalam mod interaktif (Elissavet & Economidas, 2003). Perisian multimedia ini
telah dirancang dan direka khas oleh pengkaji untuk memenuhi keperluan para murid mengikut kebolehan,
pengetahuan dan jangka masa tertentu (Mohamad Sani et.al., 2001). Kajian ini juga penting disebabkan
masalah pembelajaran ini akan menjurus kepada pelbagai kesilapan yang mengganggu sepanjang tempoh
pembelajaran di sekolah (Anghiler, 2000). Selain itu, perisian ini juga membolehkan responden membuat
pembelajaran kendiri tanpa bantuan guru (Gagne, 1985). Justeru itu, kajian ini bukan sahaja dapat dijadikan
rujukan untuk kegunaan masa depan kepada pendidik bagi meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan
pemudahcaraan, malah juga sebagai panduan kepada pendidik atau pembina perisian bagi menghasilkan
perisian multimedia yang mesra pengguna berpandukan Model ADDIE (Babbitt, 2000).

3.0 Objektif Kajian


1. Menguji penggunaan perisian D-Minus dalam meningkatkan kemahiran murid Tahun 3
membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 1 000 dengan sebarang satu digit nombor.
2. Menguji penggunaan perisian D-Minus dalam meningkatkan kecekapan murid Tahun 3
membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 1 000 dengan sebarang satu digit nombor dari
segi masa penyelesaian.

4.0 Persoalan Kajian


1. Adakah perisian D-Minus dapat meningkatkan kemahiran membahagi sebarang nombor dalam
lingkungan 1 000 dengan sebarang satu digit nombor dalam kalangan murid Tahun 3?
2. Adakah perisian D-Minus dapat meningkatkan kecekapan murid Tahun 3 membahagi sebarang
nombor dalam lingkungan 1 000 dengan sebarang satu digit nombor dari segi masa
penyelesaian?

82
5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 4 orang murid Tahun 3 Jingga yang terdiri daripada 1 orang lelaki dan 3
orang perempuan. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 9 tahun, beragama Islam dan berbangsa
Melayu. Kelas 3 Jingga merupakan satu kelas sahaja bagi darjah tersebut dan bercantum dengan Kelas 2
Merah. Maka, pencapaian murid secara puratanya adalah lemah. Selepas Ujian Diagnostik dan pemerhatian
awal dijalankan, 4 orang murid ini telah dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran kajian ini disebabkan
mereka memperoleh skor yang amat rendah dan menghadapi masalah ketika menjawab soalan yang
melibatkan operasi pembahagian sebarang nombor dalam lingkungan 1 000 dengan sebarang satu digit
nombor. Keputusan pemilihan responden kajian ini adalah berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik dan
hasil pemerhatian awal yang telah dilakukan. Jadual 1 telah menyenaraikan butiran-butiran kesemua
responden dalam kajian ini.

Jadual 1
Maklumat responden

Pencapaian
Sifat
Nama Tahun Umur Responden
Responden
(Ujian Diagnostik)
A 3 9 Pasif dan tidak menjawab soalan guru E
B 3 9 Aktif tetapi selalu melakukan kesalahan D
C 3 9 Pasif dan cuai ketika menjawab soalan D
D 3 9 Pasif dan tidak menjawab soalan guru E

6.0 Metodologi / Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan yang mengukur pencapaian responden melalui
instrumen seperti Ujian Pra, Ujian Pasca, lembaran kerja dan pemerhatian. Kajian ini adalah berdasarkan
model Lewin (1948) yang mengandungi empat langkah, iaitu merefleks (reflecting), merancang (planning),
membuat tindakan (acting) dan memerhati (observing) dalam satu kitaran seperti Rajah 1.

Rajah 1. Proses kajian tindakan Model Lewin (1948)

83
7.0 Proses Kajian

Langkah-langkah Tindakan

Pengkaji telah merancang dan melaksanakan sebanyak lima langkah yang diubah suai daripada
kajian Aloraini (2012), iaitu mengenal perisian D-Minus, membina maklumat ke perisian D-Minus,
membina sifir darab, dan latihan intensif dalam kajian ini. Pengkaji mengetahui kesediaan perkembangan
(developmental readiness) responden dan memberi scaffolding kepada mereka melalui bahasa, gambar,
model manipulatif dan simbol (Lesh, Post & Behr, 1987). Pelbagai pilihan menu yang memerlukan
responden mengikut langkah demi langkah juga turut disediakan bagi memudahkan responden mengikuti
kaedah atau perisian D-Minus. Langkah-langkah tindakan adalah seperti berikut:-

Langkah 1: Mengenal Perisian D-Minus

Responden telah diperkenalkan dengan kaedah perisian D-Minus semasa proses intervensi
dilaksanakan oleh pengkaji. Pengkaji mendedahkan paparan perisian ini kepada semua responden dengan
berdasarkan aplikasi perisian interaktif komputer yang telah direka cipta oleh pengkaji. Melalui aplikasi
ini, pengkaji membimbing responden menggunakan perisian D-Minus. Pada permulaan perisian D-Minus,
responden akan dipaparkan dengan paparan kata laluan seperti Rajah 2. Pada paparan ini, responden perlu
menaipkan kata laluan responden pada ruangan kotak putih yang disediakan lalu mengklik pada butang
“Masuk”. Sekiranya responden tidak memasukkan kata laluan pada ruangan yang disediakan atau silap kata
laluan maka responden tidak akan dapat masuk dan melihat paparan seterusnya.

Rajah 2. Paparan utama perisian D-Minus berbantukan aplikasi Visual Basics

Apabila selesai, paparan seterusnya akan memaparkan ucapan selamat datang dan terima kasih
kepada responden. Kemudian akan muncul satu paparan menu utama bagi perisian ini seperti Rajah 3.
Responden perlu mengklik pada perkataan yang dipaparkan pada paparan menu utama mengikut keperluan
responden.

84
Rajah 3. Paparan Ucapan Selamat Datang dan paparan Menu Utama perisian D-Minus

Pada paparan menu utama, terdapat empat butang pilihan iaitu butang Pengenalan, butang Objektif,
butang Perisian dan butang Latihan. Rajah 4 menunjukkan paparan pengenalan dan objektif perisian.
Responden boleh menamatkan sesi pembelajaran berbantukan perisian ini dengan mengklik ikon “Tamat”
yang berfungsi sebagai butang Keluar.

Rajah 4. Paparan Pengenalan dan paparan Objektif bagi perisian D-Minus

Langkah 2: Pembinaan Sifir Darab dengan Cara 4 T 3 B

Cara 4 T 3 B diperkenalkan kepada murid disebabkan pengajaran yang menegaskan konsep darab
telah dilakukan di mana pengguaan bahan konkrit dan kad-kad gambar objek telah digunakan sebelum itu
tetapi dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa cara ini tidak membantu murid menguasai darab
dengan baik. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pengulangan aktiviti tersebut yang sangat terhad
menyebabkan murid tidak dapat mengingati apa yang dipelajari dengan baik. Oleh yang demikian, cara 4
T 3 B diperkenalkan dalam perisian kaedah D-Minus bagi tujuan mengatasi masalah ini. Cara pembinaan
sifir darab yang mudah dengan melibatkan operasi tambah adalah ditunjukkan dalam Rajah 5.

85
Rajah 5. Paparan cara membina sifir darab dalam perisian D-Minus

Langkah 3: Perpindahan Maklumat ke Papan Perisian D-Minus

Schuller & Wittich (1978) menyatakan bahawa grafik adalah terdiri daripada bahan visual yang
meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan,
lambang dan gambar-gambar. Responden dibimbing untuk memindahkan maklumat dari ayat matematik
ke dalam papan perisian D-Minus. Pengaplikasian kod-kod Visual Basics ini dapat membolehkan
responden memasukkan input ke dalam bentuk 2 Dimensi (2D) dalam perisian interaktif seperti Rajah 6
dan Rajah 7. Responden mudah memahami proses pembahagian dan bermotivasi untuk belajar serta
menguasai kemahiran ini kerana “moving easily from a presented subject to another provides a good chance
for questions and learning” (Hadmin, 2000).

Rajah 6. Paparan Butang Masukkan Nama ke dalam perisian ini

Rajah 7. Paparan papan perisian membina sifir darab dan papan D-Minus

86
Langkah 4: Pembahagian Nombor

Setelah memasukkan input numerikal ke dalam perisian, responden perlu membuat pengiraan
mengikut soalan yang diberikan. Proses pembahagian dan hasil pembahagian perlu dibuat mengikut nilai
tempat. Bagi proses pembahagian tanpa berbaki, responden menolak mengikut palang berwarna sama
seperti 1 - 0 dan bakinya perlu dinaikkan ke palang sebelah seperti Rajah 8. Proses penolakan ini diulangi
sehingga semua nilai tempat telah diselesaikan. Kemudian, responden akan menperoleh jawapan akhir
dengan tanpa berbaki seperti yang ditunjukkan pada Rajah 8. Jadi, 12 345 ÷ 3 = 4 113. Sehubungan dengan
itu, responden dapat memahami konsep bahagi merupakan proses penolakan secara berturut-turut.

Rajah 8. Cara penyelesaian pembahagian tanpa berbaki.

Manakala bagi proses pembahagian tanpa berbaki, responden menolak mengikut palang berwarna
sama seperti 1 - 0 dan bakinya perlu dinaikkan ke palang sebelah seperti Rajah 9. Proses penolakan ini
diulangi sehingga semua nilai tempat telah diselesaikan. Kemudian, responden akan menperoleh jawapan
akhir dengan tanpa berbaki seperti yang ditunjukkan pada Rajah 9. Jadi, 12 346 ÷ 3 = 4 113 berbaki 1.

Rajah 9. Cara penyelesaian pembahagian dengan berbaki

Langkah 5: Betulkah Saya?

Responden dapat menentukan jawapan dengan perisian D-Minus secara berinteraktif. Setelah klik
butang Semak Jawapan, responden perlu memasukkan input pertama, iaitu 12 345 ke dalam kotak input
pertama. Kemudian, responden memasukkan input kedua, iaitu 3 ke dalam kotak input kedua. Suatu
paparan akan muncul untuk mendapatkan respons daripada responden dan kemudian jawapan akan muncul.
Dengan cara ini, responden dapat menyemak jawapan yang telah dibuat secara interaktif. Hubungan
kolaboratif antara perisian D-Minus dengan responden diwujudkan.

87
Langkah 6: Latihan Intensif

Pengkaji telah menyediakan beberapa set latihan intensif dengan memanfaatkan aplikasi Visual
Basics dan perisian sokongan yang lain, iaitu perisian GeoGebra seperti Rajah 10. Set latihan ini disediakan
berdasarkan Standard Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan responden boleh
mengeklik pada setiap latihan untuk mengukuhkan kemahiran pembahagian sama ada berbaki atau tidak
berbaki secara ansur maju dalam perisian D-Minus ini. Oleh itu, soalan latihan boleh dibina dengan
mengklik butang-butang nombor interaktif yang terdapat papan papan perisian D-Minus seperti Rajah 11
mengikut keperluan dan tahap penguasaan responden. Dengan ini bermaksud responden dapat membina
pelbagai soalan dan mengukuhkan kemahiran mereka melalui latihan berdasarkan apa yang telah dipelajari.

Rajah 10. Set-set latihan Rajah 11. Contoh latihan 3

8.0 Dapatan Kajian


8.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca
Pengkaji telah mentadbir Ujian Pra dan Ujian Pasca kepada responden dalam kajian tindakan ini.
Data Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk menjawab persoalan pertama bagi kajian ini. Ujian Pra
ditadbir sebelum pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan dengan perisian D-Minus. Ujian
Pra bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian responden sebelum intervensi diperkenalkan kepada
responden. Kemudian penilaian pencapaian responden adalah dilakukan berdasarkan keputusan Ujian
Pasca setelah intervensi didedahkan kepada responden. Untuk itu, pengkaji telah membina peratusan
pencapaian responden berdasarkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul dan tepat. Skor responden
bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dianalisis dan dipaparkan dalam Jadual 2 serta diterjemahkan kepada
bentuk graf bar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12.

Jadual 2
Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Perbezaan Ujian Pra dan


Responden Skor Ujian Pra (%) Skor Ujian Pasca (%) Pasca
( - / +)
A 10 100 +90 %
B 20 100 +80 %
C 30 100 +70 %
D 30 100 +70 %

88
Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca
150

Skor Ujian (%)


100

50 Ujian Pra
Ujian Pasca
0
A B C D
Responden

Rajah 12. Graf perbandingan skor bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peningkatan yang jelas dari segi skor bagi kedua-dua ujian setiap responden dapat dipaparkan
berdasarkan Jadual 2 dan graf bar. Seramai 4 orang responden telah memperoleh markah penuh. Pengkaji
mendapati bahawa responden A menunjukkan peningkatan pencapaian yang paling tinggi, iaitu +90% bagi
perbezaan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca berbanding dengan responden lain. Responden C dan D
menunjukkan peningkatan pencapaian yang paling rendah, iaitu +70% bagi perbezaan antara Ujian Pra dan
Ujian Pasca. Keputusan hasil analisis ini membuktikan bahawa perisian D-Minus dapat meningkatkan
kemahiran pembahagian sebarang nombor dalam lingkungan 1 000 dengan sebarang satu digit nombor
dalam kalangan murid Tahun 3.

8.2 Analisis Dokumen: Lembaran Kerja Responden


Pengkaji telah menjalankan analisis dokumen terhadap lembaran kerja responden semasa
menjalankan kajian. Dokumen yang dianalisis termasuk Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.
Lembaran kerja yang disediakan oleh pengkaji berperanan sebagai latihan pengukuhan kepada responden
agar responden memahami dan menguasai proses penambahan berbantukan kaedah D-Minus dengan
berkesan. Data termasuk skor dan masa menjawab setiap responden bagi kedua-dua lembaran kerja telah
direkodkan dan dipaparkan dalam Jadual 3. Jadual 3 menunjukkan bahawa pencapaian responden yang
memberangsangkan dan juga diterjemahkan dalam bentuk graf bar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
13. Hasil analisis ini membuktikan bahawa responden telah menguasai kemahiran yang difokuskan dengan
menggunakan kaedah perisian D-Minus ini dengan berkesan.

Jadual 3
Skor dan Masa Menjawab Bagi Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2

89
Perbandingan Masa Menjawab bagi
Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2
40
Masa Menjawab (minit)
30

20
Lembaran Kerja 1
10 Lembaran Kerja 2
0
A B C D
Responden

Rajah 13. Graf perbandingan masa menjawab responden

Berdasarkan Jadual 3, pengkaji mendapati 100% atau 4 orang responden telah berjaya menjawab
sekurang-kurangnya 6 soalan daripada 10 soalan dengan betul. 25% orang responden menjawab semua
soalan dengan betul, 25% orang responden menjawab 8 soalan dengan betul, dan 50% orang responden
menjawab 6 soalan dengan betul.
Berdasarkan Rajah 13, pengkaji mendapati bahawa masa menjawab soalan responden adalah
semakin singkat dan menunjukkan perbezaan masa menjawab yang signifikan antara Ujian Pra dan Ujian
Pasca. Sebanyak 25% orang responden telah mengurangkan masa menjawab yang paling banyak, iaitu -14
minit, 50% orang responden mengurangkan masa menjawab sebanyak -12 minit manakala 25% orang
responden hanya mengurangkan masa menjawab sebanyak -11 minit. Justeru, pengkaji mendapati bahawa
kaedah D-Minus dapat meningkatkan kecekapan menyelesaikan soalan pembahagian sebarang nombor
dalam lingkungan 10 000 dengan sebarang nombor satu digit dalam kalangan murid Tahun 3.

8.3 Pemerhatian
Pemerhatian dari segi masa menjawab responden telah dilakasanakan dalam kajian ini. Hasil
analisis data pemerhatian menunjukkan bahawa responden dapat menjawab soalan dalam Lembaran Kerja
1 dan Lembaran Kerja 2 dengan pantas dan betul. Masa yang semakin singkat digunakan semasa menjawab
soalan merupakan indikator kecekapan responden dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan
pembahagian sebarang nombor dalam lingkungan 10 000 dengan sebarang nombor satu digit dalam
kalangan murid Tahun 3.

9.0 Perbincangan
Pembahagian merupakan salah satu kemahiran asas dalam pembelajaran matematik selain
penambahan, penolakan dan pendaraban yang harus dikuasai oleh setiap murid (Mohd Nor Amri & Effandi,
2016). Empat kemahiran asas ini sangat penting sewaktu murid berada di bangku sekolah rendah
terutamanya semasa tahun satu hingga tahun tiga dan harus dikuasai oleh setiap murid untuk keperluan
masa depan (NCTM, 2000).
Wilkinson (1986) menyatakan bahawa kesulitan pembelajaran ini telah mendorong pendidik
menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang moden untuk memenuhi keperluan murid yang
pelbagai dan mewujudkan pembelajaran bermakna kepada semua murid. Prosedur-prosedur pengajaran
yang diamalkan oleh guru masih lagi terikat dengan kepatuhan, tingkah laku yang baik, dan juga pemikiran
secara tradisional yang akan menghalang kreativiti seseorang (Saracho, 2012). Oleh itu, kaedah
penyelesaian masalah penambahan dengan mengumpul semula murid boleh diatasi dengan
memperkenalkan sesuatu intervensi yang berbantukan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

90
(TMK) seperti aplikasi Visual Basics dan perisian GeoGebra. Buktinya, kajian Bagui (1998), Muhammed
Salleh (2007) dan Othman & Raini Pakar (2011) telah menunjukkan bahawa penggunaan Multimedia
seperti perisian pengajaran mampu meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam akademik berbanding
dengan kaedah tradisional.
Dalam kajian ini, responden dibimbing untuk menguasai konsep bahagi dan langkah-langkah
pembahagian yang betul berbantukan perisian D-Minus yang berperanan sebagai kaedah alternatif.
Pengetahuan dan kemahiran responden dapat diperkukuh melalui langkah-langkah yang disediakan dan
mereka dapat mempraktis apa yang dipelajari secara interaktif. Kesimpulannya, perisian D-Minus dapat
meningkatkan kemahiran pembahagian sebarang nombor dalam lingkungan 1 000 dengan sebarang nombor
satu digit dalam kalangan murid Tahun 3 serta meningkatkan kecekapan murid dari segi masa menjawab
soalan.

10.0 Cadangan Kajian Seterusnya


Terdapat beberapa perkara telah dikenal pasti sebagai cadangan penambahbaikan untuk kajian
seterusnya. Penambahbaikan yang pertama ialah responden perlu membina papan D-Minus secara berdikari
tanpa bergantung pada templat atau perisian D-Minus yang telah disediakan oleh pengkaji agar murid
mampu menjawab soalan mengaplikasi kaedah ini dalam ujian yang lain pada masa depan secara berkesan.
Cadangan seterusnya ialah adalah melaksanakan kaedah ini pada subtopik Nombor Bulat yang melibatkan
operasi pembahagian yang melibatkan sebarang dua nombor pembahagi. Sekiranya kaedah ini
diperkenalkan lebih awal kepada murid, maka mudahlah bagi murid memahami dan menguasai proses
penolakan yang akan dipelajari pada masa depan.

11.0 Kesimpulan
Penghasilan perisian D-Minus memerlukan perancangan yang terperinci dan bersistematik dalam
aplikasi bahasa pengarangan dan mempunyai masa yang mencukupi untuk memastikan perisian yang
dibangunkan menepati kehendak pengguna. Walaupun perisian ini hanya dibina dengan aplikasi Visual
Basics dalam Microsoft PowerPoint, perisian ini dapat dijadikan sebagai kaedah alternatif kepada guru
matematik untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran pembahagian. Justeru itu, perisian D-
Minus ini sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran kendiri atau sesuatu kaedah alternatif untuk guru
kerana dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang positif dalam kalangan murid.

Rujukan

Anghiler, J. (2000). Teaching number sense. London: Continuum.


Babbitt, B.C. (2000). Tips for software selection for math instruction. Bachelor Pendidikan
(Bimbingan dan Kaunseling). Fakulti Pengajian.
Bagui, S. (1998). Reasons for increased learning using multimedia. Journal of Educational
Multimedia and Hypermedia, 7(1), 3-18
Elissavet, G. & Economides, A. A. (2003). An evaluation instrument for hypermedia courseware.
Educational Technology & Society, 6(2), 31-44
Faizah A. Karim, Rafidah Sinone, Juliyana Baharudin, Norashikin Sahadan. (2005). Keperluan
pembelajaran berasaskan multimedia bagi subjek sistem elektronik 1: satu kajian rintis di
Politeknik Pasir Gudang. Universiti Teknologi Malaysia
Gagne, R. (1985). The conditiona of learning (4th ed.). New York: Holt, Renechart and Winston.
Gagne, R.M., Wager, W.W., Golas, K.C., & Keller, J.M. (2005). Principles of instructional design
(5th ed.). Wadsworth: Thomson Learning
Hadmin, D. (2000). The world of Multimedia. Dimuat turun daripada
http://vml.hqadmin.doe.govAQMULTI.html.
Ibrahim Alfar. (2009). Preparation and production of interactive multimedia software. Delta
Computer Technology, Tanta, Egypt.

91
Ismain Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Mahpop, H. Bin, & Sivasubramaniam, P. (2010). Addition of whole numbers with regrouping using
the “Soroban”. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 8(5), 50-56
Mohd Nor Amri Mohd Nasir & Effandi Zakaria. (2016). Penggunaan kaedah “ladder” berbantukan
ICT dalam menyelesaikan masalah penambahan dengan mengumpul semula. Proceeding of
ICECRS, 1(2016), 611-618.
Mohammed Sani Hj Ibrahim, Jamalul Lail Abdul Wahab & Mohd Izham Mohd Hamzah (2001). Kajian
keberkesanan program latihan guru bestari dan impaknya terhadap pembelajaran pelajar.
Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Kali Ke-14. Universiti Kebangsaan
Malaysia, 363-394
Muhammed Salleh A. (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan komputer
(penggunaan perisian PowerPoint interaktif terhadap peningkatan penguasaan konsep
Sains dalam tajuk sel untuk Sains Tingkatan Satu). Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
NCTM. (2000). Principles and standards for school mathematics. Reston, VA: NCTM.
Percival, F., Ellington, H. I., & Race, P. (1993). Handbook of Eduational Technology (3rd ed.). Dalam
Kogan Page, Chapter 8 provides a broad review of educational evaluation. London.
Robert E. Reys, Mary M. Lindquist, Diana V. Lambdin, Nancy L. Smith & Marilyn N. Suydam. (2012).
Helping children learn mathematics. United States: John Wiley & Sons, Inc.
Sara Aloraini. (2012). The impact of using multimedia on students’ academic achievement in the College
of Education at King Saud University. Journal of King Saud University, King Saud
University.
Santos, E. P. D. L., & Patton, B. A. (2016). Using concrete and abstract models to help a special needs
third grader master whole number addition, 5(1). 800-806.

92
PENGGUNAAN APLIKASI ZOOM UNTUK
MENYELESAIKAN MASALAH KETIDAKHADIRAN
GURU MELALUI PEMBELAJARAN PERSIDANGAN
VIDEO
Wan Noor Meeraisha Wan Jamaluddin1 dan Dani Asmadi Ibrahim2
1,2
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Negeri Sembilan
Emel : meeraisha135@gmail.com

Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran kerap terganggu sekiranya guru dan pelajar matrikulasi terpaksa berada di
luar kolej atas pelbagai sebab. Kajian ini melaporkan penyelesaian kepada masalah ini melalui penggunaan
aplikasi Zoom yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara persidangan video.
Kajian ini melibatkan 34 orang pelajar matrikulasi sains daripada dua kelas berbeza. Kajian turut dijalankan
untuk mencapai objektif khusus berikut: mengatasi masalah pengajaran dan pemudahcaraan semasa
ketiadaan guru menggunakan sidang video, menentukan sejauh mana pembelajaran secara sidang video
dapat membantu menyelesaikan ketidakhadiran guru dan pandangan pelajar terhadap pengalaman
pembelajaran sidang video. Soal-selidik skala Likert sepuluh soalan dan satu soalan terbuka digunakan
untuk mendapatkan maklum balas pelajar tentang aplikasi tersebut. Umumnya pelajar sangat setuju dengan
penggunaan aplikasi tersebut di mana skor penerimaan pelajar adalah purata 3.24 daripada maksimum 4.
Daripada 34 maklum balas terbuka diterima 32 menyatakan secara eksplisit bahawa penggunaan aplikasi
Zoom dan pembelajaran secara persidangan video adalah sesuatu yang positif. Namun begitu, pelajar-
pelajar turut menyatakan sambungan internet yang kurang baik merupakan masalah utama yang perlu
diatasi. Kesimpulannya aplikasi Zoom dan lain-lain aplikasi seumpamanya dapat memberi guru alternatif
untuk mengatasi masalah ketidakhadiran guru dengan baik dan betul justeru penggunaannya secara meluas
wajar dipertimbangkan.

Kata kunci: Matrikulasi, pendidikan biologi, e-learning, aplikasi pembelajaran dan PAK21

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Sebagai seorang pendidik kerap kali saya terpaksa meninggalkan tempat mengajar untuk
berkursus dan menghadiri mesyuarat. Apabila ini berlaku prosedur biasa di kolej matrikulasi adalah
samada: 1. Saya perlu menggantikan kelas lebih awal atau selepas saya kembali ataupun 2. Meminta rakan
lain yang mengajar subjek yang sama menggantikan saya untuk mengajar kelas yang dijadualkan. Biarpun
kedua-dua pilihan ini sedikit sebanyak membantu supaya pembelajaran pelajar tidak terganggu, ia bukanlah
penyelesaian yang ideal. Secara peribadi, saya lebih selesa mengajar anak-anak didik saya dan kurang
gemar kelas saya diajar guru lain. Sebaliknya jika saya ingin menggantikan sendiri kelas saya bukanlah
mudah kerana saya perlu menempah bilik tutorial dan dewan kuliah lebih awal. Ini juga menyukarkan
pelajar saya kerana perlu menghadiri kelas pada waktu malam atau lewat malam. Oleh yang demikian
terdapat keperluan untuk saya mencari penyelesaian kepada masalah ini atau setidak-tidaknya mencari
alternatif selain dua alternatif yang sedia ada pada saya. Suatu penyelesaian mungkin adalah melalui
penggunaan teknologi mudah selaras dengan realiti BYOD (Bring Your Own Device) di kolej matrikulasi,
di mana setiap pelajar memiliki telefon pintar.

2.0 Fokus Kajian


Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dibincangkan kajian tindakan ini akan memfokuskan
kepada sejauh mana penggunaan aplikasi sidang video Zoom dapat digunakan untuk melancarkan proses
pengajaran dan pemudahcaraan di kolej matrikulasi secara umumnya dan mengatasi masalah

93
ketidakhadiran guru secara khususnya. Kajian tindakan ini penting bagi pelajar kerana melindungi waktu
instruksional adalah penting bagi memastikan pembelajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kegagalan
pelajar untuk mendapatkan waktu pengajaran guru dalam kuantiti dan kualiti ditetapkan boleh
menyebabkan pencapaian hasil-hasil pendidikan yang ditetapkan tidak tercapai.

3.0 Objektif
3.1 Objektif Am
Kajian dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pemudahcaraan semasa ketiadaan guru
menggunakan sidang video.

3.2 Objektif Khusus


Kajian dijalankan bagi mencapai objektif-objektif berikut:
1. Menentukan sejauh mana pengajaran dan pemudahcaraan secara sidang video dapat
membantu menyelesaikan ketidakhadiran guru.
2. Menentukan pandangan pelajar terhadap pengalaman pembelajaran sidang video.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran terdiri daripada 32 orang pelajar program matrikulasi sains sesi 2019/2020. Saya
mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar di bawah tanggungjawab saya kerana
pembelajaran merekalah yang terjejas apabila saya tidak dapat mengadakan kelas bersama mereka
sekiranya saya terpaksa cuti atau pergi berkursus.

5.0 Tinjauan Masalah


Tinjauan masalah dibuat berdasarkan keperluan semasa para pensyarah dan pelajar dalam
memastikan Student Learning Time (SLT) pelajar ditepati. SLT pelajar telah ditetapkan oleh Malaysian
Qualification Agency (MQA) dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pensyarah perlu
menggantikan kelas sekiranya pensyarah tidak dapat hadir ke kelas samada kerana berkursus atau
sebagainya. Penggantian perlu dijalankan samada secara face to face ataupun non-face to face mengikut
jam kredit pelajar tersebut. Walaubagaimanapun antara 3 kaedah pembelajaran tersebut, kaedah face to face
lebih memberi kesan terhadap pelajar kerana bersifat dua hala secara langsung dan pensyarah dapat
memberi penerangan yang lebih jelas sekiranya pelajar tidak faham.
Oleh yang demikian, terdapat kekangan daripada pihak pelajar dan pensyarah terutamanya untuk
mencari masa supaya pembelajaran berlangsung secara face to face. Ini kerana pensyarah juga terlibat
dengan kerja-kerja sampingan di kolej termasuklah kerja-kerja pendokumentasian. Bagi pelajar pula,
penggantian di waktu lain akan mengambil dan mengganggu SLT pelajar.
Masalah seterusnya adalah, pelajar juga tidak dapat memenuhi SLT mereka sekiranya mereka tidak
dapat hadir ke kelas atas sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh apabila mereka perlu menghadiri program
lain seperti acara kokurikulum di kolej lain . Ia melibatkan beberapa hari cuti dan menyebabkan pelajar
tersebut tertinggal pelajaran.

6.0 Tindakan Yang Dijalankan


Pensyarah mengaplikasikan penggunaan aplikasi Zoom bersama pelajar ketika bercuti lama dan
kerap mengambil cuti kerana perlu menjaga ibu yang sedang sakit. Ini bagi memastikan SLT pelajar
dipenuhi pada waktu yang sepatutnya dalam menyelesaikan masalah pensyarah menjalankan tugas
pengajaran dengan sempurna.
Persediaan awal pelajar, pensyarah telah memaklumkan kepada pelajar untuk menaik turun dan
mendaftar ke dalam aplikasi Zoom ke komputer riba atau telefon masing-masing sehari sebelum
pelaksanaan kelas menggunakan aplikasi Zoom. Kemudian pensyarah menghantar pautan jemputan untuk
memasuki kelas Zoom tersebut ke dalam kumpulan Whatsapps. Pelajar hanya perlu menekan “join

94
meeting” untuk menyertai kelas tersebut. Pada paparan aplikasi Zoom tersebut pensyarah dapat
mengenalpasti bilangan pelajar yang telah memasuki kelas.
Sebelum memulakan Zoom meeting, pelajar dan pensyarah perlu memastikan mendapat capaian
talian internet. Bagi pelajar, mereka mendapat talian internet samada menggunakan Wifi yang disediakan
oleh pihak kolej, data plan telefon sendiri atau menggunakan hotspot daripada rakan-rakan. Setelah
memastikan semua pelajar masuk ke dalam aplikasi Zoom, pensyarah akan memulakan pengajaran.
Pensyarah boleh menggunakan pelbagai alat bantu mengajar yang terdapat di dalam aplikasi
tersebut contohnya Powerpoint. Pensyarah boleh menunjukkan Powerpoint sambil menyampaikan
kandungan tajuk yang disampaikan. Terdapat juga papan putih pada aplikasi tersebut untuk pensyarah
melukis gambar atau menulis jika perlu. Ini kerana pembelajaran Biologi banyak menggunakan gambar.
Pelajar juga dapat bertanya secara bertaip di ruangan chat atau secara terus semasa sesi pembelajaran
berlangsung dengan dengan memastikan butang mikrofon dalam keadaan aktif. Pelajar dapat menconteng
bahagian yang mereka tidak faham. Pembelajaran menggunakan aplikasi ini sangat mesra pengguna dan
memungkinkan pembelajaran dua hala dapat berlaku biarpun ianya berlangsung secara maya.

7.0 Pemerhatian
Bagi menjalankan kajian tindakan ini, satu sesi pembelajaran selama 1 jam dengan aplikasi
dilaksanakan bagi tajuk Fermentation, pelajar-pelajar menjawab Ujian Pos untuk menentukan tahap
pencapaian tajuk tersebut. Purata skor Ujian Pos adalah 16.6% dengan sisihan piawai 3.7% (Jadual 1). Skor
purata ini boleh dianggap sederhana baik lantaran setara dengan gred B- (berdasarkan sistem gred di kolej
matrikulasi). Pencapaian begini dianggap baik kerana pelajar baru diperkenalkan tajuk ini pada sesi satu
jam ini dan belum sempat memperkukuhkan kefahaman mereka dengan pembelajaran kendiri dan
perbincangan tutorial lanjutan.

Jadual 1
Peratusan Skor Ujian Pos Pelajar
Skor Purata Sisihan Piawai
Skor Ujian Pos (%) 16.6 3.7
Peratus Skor Ujian Pos 55.3 12.4
Skor Tahap Penerimaan (maksimum 4) 3.24 0.44

Aplikasi Zoom ini sebenarnya telah digunakan beberapa kali sebelum kajian tindakan ini bersama
pelajar bagi mengatasi ketidakhadiran guru dan pelajar. Ianya juga telah digunakan oleh saya untuk
meneruskan kelangsungan sesi konsultasi bersama pelajar. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar-
pelajar untuk mendapatkan maklum balas mereka dan menentukan sama ada tindakan yang dijalankan
mencapai objektif kajian. Kesemua 32 orang pelajar melengkapkan soal selidik. Berdasarkan rumusan
soalselidik dalam Jadual 2 beberapa perkara boleh disimpulkan:
i. Secara keseluruhannya, pelajar bersetuju penggunaan aplikasi Zoom dan pembelajaran
secara persidangan video merupakan sesuatu yang positif. Ini diperlihatkan oleh purata
skor penerimaan pelajar adalah 3.24 berbanding skor maksimum 4.0.
ii. Pernyataan item soal selidik 4, 7 dan 9 menunjukan peratus setuju yang paling tinggi, iaitu
masing-masing 97%. Ini bermakna hampir semua pelajar bersetuju penggunaan aplikasi
Zoom dapat membantu mereka sekiranya tidak dapat hadir ke kelas, sesuai untuk
pembelajaran di luar kelas, membolehkan pembelajaran dua hala berlaku.
iii. Pelajar juga secara umumnya bersetuju (94%) aplikasi Zoom mudah digunakan dan
menjadikan pembelajaran Biologi lebih menarik (91%).
iv. Dan akhir sekali, daripada item 2, 5, 6 dan 10, lebih kurang 75% pelajar bersetuju, aplikasi
Zoom meningkatkan fokus mereka dalam pembelajaran, meningkatkan minat, menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan membolehkan tajuk lebih cepat difahami.

95
Jadual 2
Rumusan soal selidik pelajar tentang penggunaan aplikasi Zoom
Sangat
tidak Tidak Sangat %
setuju setuju Setuju setuju Setuju
1. Saya suka menggunakan aplikasi Zoom bagi
menggantikan kelas. 0 5 14 14 85%
2. Aplikasi Zoom menjadikan saya lebih fokus untuk
memahami tajuk ini. 0 8 21 4 76%
3. Aplikasi Zoom mudah digunakan.
0 2 15 16 94%
4. Dengan menggunakan aplikasi Zoom memudahkan
saya jika saya tidak dapat hadir ke kelas. 0 1 11 21 97%
5. Aplikasi Zoom meningkatkan minat saya untuk
belajar. 0 10 17 6 70%
6. Pembelajaran menggunakan aplikasi Zoom
menjadikan pembelajaran lebih menarik. 0 7 17 9 79%
7. Pembelajaran menggunakan aplikasi Zoom
merupakan pembelajaran dua hala 0 1 14 18 97%
8. Penggunaan aplikasi Zoom menjadikan subjek Biologi
lebih menarik 0 3 21 9 91%
9. Aplikasi Zoom sesuai digunakan pelajar untuk
pembelajaran kendiri di luar bilik darjah. 0 1 11 21 97%
10. Aplikasi Zoom membolehkan saya memahami tajuk
ini dengan lebih cepat. 0 8 19 6 76%

Berdasarkan soal selidik soalan terbuka, secara umumnya pelajar-pelajar menyatakan bahawa
penggunaan aplikasi Zoom memberi kesan positif kepada pembelajaran mereka. Didapati 30 daripada 32
pelajar telah menyatakan sedemikian. Antara pandangan pelajar yang membawa maksud ini adalah seperti
berikut:

“Penggunaan aplikasi Zoom amat seronok dan sesuai untuk menggantikan kelas kerana mudah untuk
dilaksanakan di mana-mana sahaja”

“Saya sokong dengan inisiatif untuk menggunakan aplikasi Zoom sebagai satu medium untuk
pembelajaran di luar bilik darjah”

“Zoom memudahkan kerana jika perlu mengganti kelas yang terlalu banyak dan kelas terlalu padat ,
melalui Zoom pelajar dan pensyarah tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat dan masa yang
kosong untuk menggantikan kelas”

“Saya dapat belajar walau di mana jua berada dan mudah digunakan. Sangat berpuas hati”

“Saya amat bersetuju dengan cara pembelajaran menggunakan aplikasi Zoom. Dengan adanya
kemudahan maju seperti ini, saya dapat mengikuti pembelajaran walaupun saya tidak dapat
menghadirkan diri ke kelas. Penggunaan aplikasi Zoom ini, sewajarnya dipraktikkan oleh setiap guru
pada era ini kerana sesungguhnya cara pembelajaran ini amat berkesan”

“Mudah digunakan dan boleh disertai ramai”

96
Terdapat juga pelajar yang menghuraikan kekurangan dan masalah yang dihadapi semasa
pembelajaran menggunakan aplikasi Zoom. Masalah utama adalah berkaitan sambungan internet yang
kurang memuaskan yang menganggu kelancaran penyampaian audio dan video. Terdapat bilangan kecil
pelajar secara eksplisit menyatakan mereka lebih selesa dengan pembelajaran bersemuka. Antara komen-
komen berkaitan adalah seperti berikut:

“Aplikasi sesuai digunakan untuk menggantikan kelas dimana-mana sahaja tetapi menyebabkan saya
kurang fokus kerana saya lebih cenderung untuk belajar secara berdepan dengan pensyarah. Ini kerana
ada ketikanya talian internet yang tidak memberi kerjasama dan menyebabkan suara kedengaran kurang
jelas”

“Penggunaan aplikasi Zoom amat seronok dan sesuai untuk menggantikan kelas kerana mudah untuk
dibuat di mana-mana sahaja. Namun, aplikasi ini juga memberikan tekanan kepada saya kerana tidak
boleh fokus dengan sepenuhnya kerana talian internet yang lambat dan tidak boleh dengar suara
pensyarah dengan jelas. Saya lebih cenderung pembelajaran secara berdepan dengan pensyarah”

“Aplikasi Zoom memudahkan sesi pembelajaran di luar kelas tetapi, bagi saya penggunaan aplikasi Zoom
untuk mata pelajaran Biologi menyebabkan saya kurang fokus kerana talian yang tidak memberi
kerjasama, tidak dapat berkomunikasi bersama pensyarah secara langsung”

“Mudah untuk ganti kelas. Senang untuk digunakan walaupun di luar. Kesukaran, mikrofon ataupun talian
kekadang tidak berapa jelas atau lagging”

“Mudah digunakan tetapi agak sukar jika tiada sambungan internet”

Jika dilihat daripada maklumbalas pelajar-pelajar di atas, pelajar lebih suka untuk belajar secara
berdepan dengan pensyarah berbanding belajar di atas talian. Walaubagaimanapun, dapatan pada masa
sama menujukkan aplikasi Zoom masih sangat membantu pensyarah untuk menjalankan kelas secara
bersemuka walaupun secara maya. Berbanding hanya memberi tugasan kepada pelajar untuk menajalankan
pembelajaran secara tidak bersemuka bagi memenuhi SLT pelajar.

8.0 Refleksi
Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui terutama semasa PdPc. Selepas
kajian saya dapat melihat perubahan yang besar pada pelajar saya antaranya:
i. Perubahan sikap pelajar dan saya sendiri terhadap penggunaan telefon pintar dalam
pembelajaran. Perubahan sikap dapat dilihat di mana sebelum ini adalah telefon pintar
lazimnya dianggap sebagai alat yang mengganggu tumpuan pelajar terhadap pembelajaran
di dalam dan di luar kelas kini menjadi alat yang memperkasakan pembelajaran kendiri
dan komunikasi.
ii. Kajian tindakan ini dapat menyelesaikan masalah pembelajaran akibat ketidakhadiran guru
dan pelajar. Dengan penggunaan teknologi guru dapat memastikan kesinambungan
pembelajaran tidak terganggu sekiranya guru atau pelajar tidak berada di kolej. Ia turut
membuka minda pelajar dan guru bahawa perhubungan guru dan pelajar tidak hanya
berlaku dalam kelas sahaja.

9.0 Cadangan Tindakan Seterusnya


Memandangkan penggunaan aplikasi Zoom ini sangat membantu untuk memenuhi kehendak SLT
pelajar sekaligus membantu pensyarah yang mempunyai kekangan masa. Aplikasi Zoom ini boleh dijadikan
sebagai pembelajaran secara face to face. Ini kerana pembelajaran berlaku secara dua hala dan juga dikira

97
secara bersemuka kerana antara penyampai dan penerima dapat melihat apa yang berlaku ketika
pembelajaran tersebut.
Aplikasi Zoom ini juga boleh digunakan untuk menjalankan sesi konsultasi bersama pelajar. Oleh
yang demikian, tiada alasan bagi setiap pelajar tidak dapat datang ke kelas dan konsultasi bersama
pensyarah. Oleh yang demikian, pihak kementerian perlu menyediakan wifi atau talian internet yang
secukupnya di dalam kolej supaya aplikasi ini dapat digunakan sepenuhnya untuk memastikan
pembelajaran berlangsung dalam apa keadaan sekalipun. Pihak berwajib juga perlu menyediakan data
percuma terhad dan talian internet yang lancar kepada pelajar bagi memastikan pelajar dapat belajar
walaupun berada di luar kawasan kolej.

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Melindungi Masa Instruksional Kembali Kepada Yang
Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar Dan Murid Belajar.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia:
Deakin University Press.
McNiff, J. (1988). Action research: Principles and practice. Basingstoke: Macmillan.
Zoom (2020 Januari 8). Why Zoom? Our Customers Love Us. Diperolehi daripada http//zoom/customer/all.

98
PENGGUNAAN GAMIFIKASI DALAM
PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH
Mohd Fadli Ahdon2 dan Hasniza Harun2
1
Kolej Komuniti Arau, Perlis
2
Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya, Kedah
Emel: fadlie187@gmail.com

Abstrak
Pendekatan gamifikasi yang menggunakan elemen permainan dapat merangsang dan memberikan motivasi
kepada pelajar agar pengajaran dapat diintegrasi dalam bentuk permainan. Pendekatan yang menggunakan
kaedah permainan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Justeru
itu satu aplikasi gamifikasi berasaskan web telah dibangunkan sebagai salah satu alternatif agar pelajar
dapat belajar tanpa batasan masa dan tempat bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan
Haji Wan Yahya (SKHWY), Sanglang Kedah. Ini berdasarkan daripada hasil kajian rintis yang mendapati
72.4% pelajar SKHWY mengalami kesukaran untuk memahami konsep penulisan yang terdapat dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana kekurangan perbendaharaan kata dan masalah tatabahasa. Tujuan
utama aplikasi gamifikasi ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar serta merangsang minat bagi
mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan mewujudkan pengalaman menarik kepada pelajar.
Satu kajian tindakan turut dilaksanakan ke atas 30 orang pelajar tahun 6 di SKHWY yang mempelajari
mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi melihat sejauh mana sikap serta motivasi pelajar terhadap penggunaan
aplikasi permainan ini. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang
telah diperoleholehi responden sebelum dan selepas aplikasi ini digunakan. Setelah kedua-dua ujian ini
dijalankan, dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 30.4% dari 55.60% dalam ujian pra ke
86% dalam ujian pasca. Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan aplikasi gamifikasi
ini dapat menjadi satu alternatif sebagai alat pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris ke
arah Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) dalam menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan
interaktif.

Kata kunci: gamifikasi, bahasa inggeris, PAK21

1.0 RefleksiPengajaran Lalu


Mata pelajaran Bahasa Inggeris merupakan subjek teras yang wajib diikuti oleh pelajar tahun enam
di seluruh rendah seluruh negara. Mata pelajaran yang menekankan kepada kemahiran pemahaman dan
tatabahasa menumpukan kepada empat hasil pembelajaran utama iaitu Listening, Speaking, Reading dan
Writing. Namun begitu berdasarkan kajian Attewell (2014), tidak semua pelajar dapat memahami dengan
mudah konsep-konsep ini berikutan banyak penerangan dalam bentuk teori yang memerlukan daya
pemahaman yang tinggi. Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya,
Sanglang Kedah, sebanyak 72.4% pelajar mengalami kesukaran untuk memahami konsep-konsep yang
terdapat dalam subjek Bahasa Inggeris kerana kesukaran memahami tatabahasa dan pembentukan ayat.
Lantaran kurangnya kefahaman di dalam kelas, para pelajar memerlukan waktu tambahan belajar di luar
waktu kelas untuk membuat pembelajaran kendiri bagi meningkatkan lagi kefahaman dalam mata pelajaran
ini.
Selain itu, antara dilema yang sering dialami guru pada awal persekolahan tahun enam ketika kelas
Bahasa Inggeris ialah persepsi awal pelajar terhadap matapelajaran ini iaitu sukar untuk difahami dan susah
untuk lulus. Antara keluhan yang biasa didengari adalah:
“Bahasa Inggeris fuhhh subjek membunuh ni”
“Susahnya nak belajar Bahasa Inggeris Nak guna di mana nanti benda ni..”
“Apa tujuan saya belajar Bahasa Inggeris.. tak menarik langsung!”

99
Kebanyakan pelajar telah membuat tanggapan awal tentang matapelajaran ini sedangkan mereka
belum lagi melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Sikap ini terus terbawa-bawa sehinggalah mereka
mengikuti mata pelajaran ini sehingga akhir tahun. Ini secara tidak langsung menyebabkan minat mereka
untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris ini terjejas. Kurangnya minat, sikap dan motivasi pelajar
yang rendah terhadap mempelajari matapelajaran ini menyebabkan para guru menghadapi masalah dalam
menarik minat pelajar dalam memahami mata pelajaran Bahsa Inggeris ini.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah juga dengan sikap yang
ditunjukkan oleh pelajar yang mempelajari mata pelajaran ini. Sekiranya mereka tidak berusaha dan tidak
menunjukkan minat dalam mempelajari matapelajaran ini, ia akan menjejaskan pencapaian penilaian
berterusan mereka sepanjang tahun mahupun di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) kelak.
Berdasarkan Pemerhatian yang dijalankan semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang lalu
bagi mata pelajaran ini, Grammar dan Sentence merupakan antara topik-topik yang sering menjadi masalah
kepada pelajar. Kegagalan pelajar memberi perhatian terhadap kelas dan perbincangan yang dijalankan juga
mempengaruhi kefahaman mereka terhadap sesebuah topik yang diajar di dalam matapelajaran ini.

2.0 Kajian Literatur


Pendekatan gamifikasi yang menggunakan elemen permainan dapat meransang dan memberikan
motivasi kepada pelajar agar pengajaran dapat diintegrasi dalam bentuk permainan. Pendekatan yang
menggunakan kaedah permainan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
interaktif ke arah pembelajaran abad ke 21 (PAK21). Ini termasuklah melibatkan penggunaan alatan
teknologi mudah alih dan pegang tangan, seperti PDA, telefon bimbit, komputer riba dan teknologi
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut Bob Litke (2012), proses P&P kini
menjangkaui ruang fizikal bilik kuliah dan lebih bersifat globalisasi dan sepanjang hayat. Ini mendorong
pelbagai kajian untuk menerokai potensi teknologi dan peralatan mudah alih untuk menyokong proses P&P
tanpa had ruang dan sempadan (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko, dan Yang, 2003).
Kajian terdahulu menunjukkan gamifikasi dapat memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong
pengajaran dan pembelajaran (Zurita & Nussbaum, 2004). Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat
penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang
digital dalam kalangan negara-negara membangun. Ini menunjukkan penggunaan gamifikasi dalam P&P
memberikan kesan yang postif dalam memudahkan proses pembelajaran berlaku tanpa dibatasai ruang
masa dan lokasi.
Sebagai pelajar di sekolah khususnya di Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya, para pelajar
berpeluang menggunakan kemudahan makmal di sekolah yang dilengkapi kemudahan internet dan
komputer. Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk mengubah bentuk kaedah
pembelajaran dengan mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan manusia pada
masa nyata ataupun dunia maya. Perkembangan teknologi mudah alih pada masa kini menjadikan proses
pembelajaran tidak terhad dalam tembok fizikal bilik darjah tetapi bergerak keluar ke persekitaran
pembelajaran pelajar dan bentuk pembelajaran menjadi lebih bersituasi, personal, berkerjasama dan
sepanjang hayat (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Penggunaan gamifikasi membantu
dalam meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan kemahiran mengorganisasi, menggalakkan perasaan
tanggungjawab, mengggalakkan pembelajaran secara kolaboratif, dan membantu memantau kemajuan
pelajar dengan lebih cepat dan cekap (Savill-Smith & Kent, 2013). Ini menunjukkan penggunaan gamifikasi
dapat mendorong ke arah pembelajaran kendiri dengan menyelitkan unsur motivasi dalam membina minat
dan sikap positif kepada pelajar.
Motivasi penting dalam menarik minat pelajar untuk terus menggunakan peralatan mudah alih
sebagai platform pembelajaran. Menurut Greenberg dan Baron (2004) motivasi ditakrifkan sebagai suatu
proses yang mendorong, mengarahkan, memelihara perilaku manusia kearah pencapaian suatu tujuan.
Motivasi juga membuat kita bergerak untuk melakukan sesuatu dan membantu kita untuk
menyelesaikannya. Dalam konteks kajian ini, motivasi merujuk kepada kesediaan seseorang pelajar untuk

100
belajar menggunakan kaedah gamifikasi dengan penuh minat dan menyiapkan tugasannya dengan berusaha
keras hasil daripada peningkatan motivasi di dalam diri.
Manakala sikap adalah suatu keadaan dimana seseorang mempunyai perhatian terhadap sesuatu
dan disertai keinginan untuk mengetahui dan mempelajari bagi membuktikan sesuatu dengan lebih lanjut
lagi dalam proses pembelajaran menggunakan gamifikasi. Dalam konteks kajian ini, sikap juga berkait
rapat dengan motivasi dalaman yang akan meningkat menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti
pembelajaran yang menarik yang tersedia dalam pembelajaran menggunakan gamifikasi. Kecekapan
kendiri (Self Efficacy) pula adalah merujuk secara saintifik kepada sejauh mana individu memilih keyakinan
terhadap kemampuan dirinya dalam mencapai satu-satu matlamat. Dalam pembelajaran mobil, ianya
merupakan penilaian terhadap kebolehan untuk mengorganisasi dan menyempurnakan urutan persembahan
tinghkah laku yang diperlukan untuk memperolehi matlamat yang dituju. Dalam konteks kajian ini, ianya
merujuk kepada keyakinan pelajar dalam menggunakan gamifikasi sebagai alatan pembelajaran kendiri
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

3.0 Objektif Kajian


Kajian ini cuba mengkaji penggunaan gamifikasi sebagai alat pembelajaran menerusi penggunaan
permainan dalam medium pembelajaran komputer untuk topik Grammar dan Sentence di dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya.
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengkaji kesan pengunaan gamifikasi di antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen
terhadap sikap pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
ii. Mengkaji kesan pengunaan gamifikasi di antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen
terhadap motivasi pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
iii. Mengkaji pengunaan gamifikasi di antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen terhadap
kecekapan kendiri pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
Aplikasi gamifikasi yang dibangunkan boleh digunakan untuk semua pelajar tahun enam bagi
mendalami topik Grammar dan Sentence dengan lebih terperinci menerusi penggunaan elemen grafik dan
interaktiviti yang disediakan. Peranti yang diperlukan untuk penggunaan gamifikasi adalah semua
komputer dan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, pembantu peribadi digital (PDA), dan tablet.

4.0 Perlaksanaan Kajian


Kerangka kerja konseptual seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 menerangkan bahawa
pengkaji menggunakan pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya, sebagai sampel kajian
terhadap keberkesanan penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6. Terdapat
tiga pembolehubah yang ingin dilihat oleh pengkaji iaitu kesan kepada sikap pelajar terhadap penggunaan
gamifikasi, kesan kepada motivasi pelajar terhadap penggunaan gamifikasi dan kesan kepada kecekapan
kendiri pelajar terhadap penggunaan gamifikasi.

101
Rajah 4.1: Kerangka Kerja Konseptual

Untuk melihat keberkesanan penggunaan gamifikasi, satu kajian telah dilaksanakan terhadap dua
kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan eksperimen yang terdiri daripada 20 orang pelajar tahun
enam bagi kelas 6 Mutiara dan 20 orang pelajar tahun enam bagi 6 Berlian di Sekolah Kebangsaan Haji
Wan Yahya Arau yang mengambil mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan merujuk kepada
model Kurt Lewin sebagai panduan melaksanakan kajian. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah
utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat
kesan tindakan, dan membuat Refleksi ke atas segala tindakan. Dalam mengenal pasti aspek amalan, para
pengkaji telah mengenal pasti aspek amalan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menemubual pelajar
yang mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris secara tidak rasmi, menjalankan Pemerhatian semasa
proses P&P dan menganalisis markah peperiksaan sebelum ini. Selepas masalah dikenal pasti, satu pelan
tindakan bagi mengatasi masalah telah direkabentuk.
Dalam pelaksanaan kajian ini, beberapa kaedah digunakan untuk pengumpulan data iaitu
Pemerhatian, ujian pra dan pasca, soal selidik serta temubual bersemuka dengan kumpulan eksperimen.
Pemerhatian terhadap tingkah laku dan tindak balas pelajar telah dibuat semasa proses P&P bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Adalah didapati pelajar menunjukkan tindakbalas yang minima dan minat yang
kurang terhadap pembelajaran di bilik darjah ketika sesi soal jawab dilaksanakan.
Ujian pra diberikan kepada kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 20 orang pelajar untuk
mengesan sejauh mana kefahaman dan kecekapan kendiri mereka mengenai topik Grammar dan Sentence
di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui pembelajaran konvensional di dalam bilik darjah. Selepas
pelajar menjawab soalan ujian pra, markah mereka direkodkan dan kertas jawapan pelajar tidak
dipulangkan. Seterusnya, para pelajar didedahkan pula dengan kaedah pembelajaran menggunakan
gamifikasi. Pelajar kemudiannya diberikan ujian pasca dengan set soalan yang sama untuk menguji
kefahaman dan ingatan mereka mengenai topik-topik yang diajar. Daripada keputusan, para pengkaji dapat
membuat analisa untuk menilai keberkesanan penggunaan gamifikasi di dalam proses P&P.
Borang soal selidik tadbir sendiri turut disediakan dan diedarkan kepada pelajar dalam kumpulan
eksperimen. Untuk tujuan ini, instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi 4 konstruk Ujian
Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) digunakan. Selain itu, kaedah temubual bersemuka
dilakukan selepas soal selidik dijalankan bertujuan untuk mengesahkan maklum balas berkaitan
pembelajaran pelajar menggunakan gamifikasi. Temubual ini hanya dilaksanakan ke atas beberapa pelajar

102
dari kumpulan sasaran yang dipilih secara rawak. Selain itu, temubual bersemuka juga dilakukan kepada
guru yang mempunyai mahupun yang tidak mempunyai latar belakang di dalam mengajar mata pelajaran
Bahasa Inggeris untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai penggunaan gamifikasi sebagai alat
pengajaran kepada pelajar.

5.0 Dapatan Dan Perbincangan Kajian


Berdasarkan objektif serta faktor yang mempengaruhi kajian ini, beberapa hipotesis telah
dibangunkan untuk diuji bagi mendapatkan keputusan kajian yang lengkap. Hipotesis tersebut adalah:
a) Ho1: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor Min kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen terhadap sikap pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya kesan daripada
penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
b) Ho2: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor Min kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen terhadap motivasi pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya kesan daripada
penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
c) Ho3: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor Min kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen terhadap kecekapan kendiri pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya kesan
daripada penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Hasil analisis Ujian-t bagi menjawab soalan kajian adalah seperti dalam Jadual 5.1, Jadual 5.2 dan
Jadual 5.3

Jadual 5.1
Ujian-t Perbandingan Skor Min Ujian Pra Antara Kumpulan Eksperimen Dengan Kumpulan Kawalan
Terhadap Sikap Pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya Kesan Daripada Penggunaan Gamifikasi
Dalam Mata pelajaran Bahasa Inggeris
Tahap
Kumpulan Bilangan Skor Min Sisihan lazim Nilai-t
Signifikan
Kawalan 40 48.5 18.590
1.902 0.061
Eksperimen 40 41.100 16.127
*Signifikan pada tahap p<0.05 **Signifikan pada tahap p<0.01

Jadual 5.1 menunjukkan Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan untuk menjawab hipotesis (a). Berdasarkan jadual tersebut nilai t bagi perbandingan
skor ujian min ujian pra terhadap sikap pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya kesan daripada
penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah t=1.902. Tahap signifikan tersebut
adalah lebih besar dari 0.05, (p>0.05). Oleh itu tidak dapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min
ujian pra terhadap sikap pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya.

Jadual 5.2
Ujian-t Perbandingan Skor Min Ujian Pra Antara Kumpulan Eksperimen Dengan Kumpulan Kawalan
Terhadap Motivasi Pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya Kesan Daripada Penggunaan
Gamifikasi Dalam Mata pelajaran Bahasa Inggeris
Tahap
Kumpulan Bilangan Skor Min Sisihan lazim Nilai-t
Signifikan
Kawalan 40 40.9 20.244
-1.316 0.192
Eksperimen 40 46.3 16.226
*Signifikan pada tahap p<0.05 **Signifikan pada tahap p<0.01

Jadual 5.2 menunjukkan Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan untuk menjawab hipotesis (b). Berdasarkan jadual tersebut nilai t bagi perbandingan

103
skor ujian min ujian pra terhadap motivasi pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya kesan daripada
penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah t=-1.316. Tahap signifikan tersebut
adalah lebih besar dari 0.05, (p>0.05). Oleh itu tidak dapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min
ujian pra terhadap motivasi pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya.

Jadual 5.3
Ujian-t Perbandingan Skor Min Ujian Pra Antara Kumpulan Eksperimen Dengan Kumpulan Kawalan
Terhadap Kecekapan Kendiri Pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya Kesan Daripada Pembelajaran
Mobil Dalam Mata pelajaran Bahasa Inggeris
Tahap
Kumpulan Bilangan Skor Min Sisihan lazim Nilai-t
Signifikan
Kawalan 40 44.500 19.222
0.883 0.380
Eksperimen 40 41.200 13.714
*Signifikan pada tahap p<0.05 **Signifikan pada tahap p<0.01

Jadual 5.3 menunjukkan Ujian-t perbandingan skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan untuk menjawab hipotesis (c). Berdasarkan jadual tersebut nilai t bagi perbandingan
skor ujian min ujian pra terhadap kecekapan kendiri pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya kesan
daripada penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah t=0.883. Tahap signifikan
tersebut adalah lebih besar dari 0.05, (p>0.05). Oleh itu tidak dapat perbezaan yang signifikan terhadap
skor min ujian pra terhadap kecekapan kendiri pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Wan Yahya.
Selain itu, berdasarkan Pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan eksperimen,
pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru ketika proses pembelajaran dan
pengajaran dilaksanakan. Suasana pembelajaran di dalam kelas juga menjadi lebih aktif dan
memberangsangkan berikutan pemahaman yang lebih jelas terhadap konsep yang diajar oleh guru di dalam
bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Manakala dapatan dari ujian pra dan pasca, daripada 40
sampel yang mengambil kedua-dua ujian, hasilnya pengurangan sebanyak 7.5% terhadap bilangan pelajar
yang mendapat markah di bawah 5 berjaya dilakukan pada ujian. Bilangan pelajar yang mendapat markah
penuh di dalam ujian pasca juga meningkat daripada seorang ketika ujian pra kepada 11 orang.
Berdasarkan temubual yang dilakukan kepada 10 orang responden, 80% mengakui bahawa
penggunaan gamifikasi membantu menarik minat mereka untuk mempelajari topik Grammar dan Sentence
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Seramai 7 orang responden bersetuju bahawa penggunaan
gamifikasi membantu meningkatkan kefahaman mereka mengenai konsep Grammar dan Sentence. Namun,
50% responden berpendapat bahawa konsep Grammar dan Sentence bukanlah sesuatu yang mudah untuk
dipelajari tanpa penerangan secara terus di dalam bilik darjah.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Pendekatan pembelajaran melalui gamifikasi mendorong pelajar untuk sentiasa mencari ilmu untuk
memenuhi rasa ingin tahu mereka dan untuk kepuasan diri. Secara tidak langsung, ia turut membangunkan
kemahiran kognitif dan motor pelajar yang seterusnya meningkatkan kemahiran pelajar dalam memberikan
pengalaman kepada pelajar untuk melalui proses penguasaan dan melibatkan mereka dalam situasi yang
sukar, serta menyediakan beberapa alternatif untuk proses penyelesaian. Pemerkasaan penggunaan
gamifikasi dalam kalangan pelajar, pendidik dan pereka bentuk bahan pengajaran perlu selangkah ke
hadapan dalam memilih elemen dan mengaplikasikan bahan kandungan ke dalam konteks pendidikan
dalam memastikan penyampaiannya agar lebih berkesan. Sekiranya gamifikasi dalam mata pelajaran
Bahasa Ingeris dapat dilaksanakan dengan teliti, ia akan menjadi satu strategi yang kuat dalam
meningkatkan program pendidikan negara sekaligus mencapai objektif pembelajaran dengan
mempengaruhi tingkah laku pelajar dalam persekitaran P&P dalam usaha memartabatkan lagi strategi
pendidikan.

104
7.0 Kesimpulan
Hasil daripada dapatan yang diperolehi, penggunaan gamifikasi dalam pembelajaran bahasa
inggeris sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. Kemudahan kaedah pendidikan yang serba moden dan
mudah alih ini perlulah diuji secara kolektif untuk memastikan para pelajar khususnya di sekolah dapat
merasai keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had tempat dan waktu. Selain itu,
faedah-faedah yang dapat diperolehi dengan penggunaan gamifikasi boleh dijadikan motivasi dalam
menjayakan transformasi pengajaran ini. Kesan- kesan positif ini jika dapat diterapkan di dalam suasana
pembelajaran di sekolah rendah di Malaysia khususnya di Sekolah Kebangsaan haji Wan Yahya semestinya
dapat meningkatkan prestasi seseorang pelajar dalam semua aspek yang ingin dicapai.

Rujukan

Attewell, J. (2014). Mobile Technologies and Learning: A technology update and m-learning project
summary. Learning and Skills Development Agency. London.
Bob Little (2012). Effective and efficient mobile learning: issues and tips for developer. Dicapai pada Feb
20, 2020 dari http://www.emeraldinsight.com/doi/abs/10.1108/00197851211267983
Baker, A., Krull, G., & Mallinson, B. (2005). A proposed theoretical model for m-learning adoption in
developing countries. Kertas Kerja dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning.
Cape Town, South Africa.
Freitas, S. de., & Levene, M. (2003). Evaluating the development of wearable devices,personal data
assistants and the use of other mobile devices in further and higher education institutions. JISC
Technology and Standards Watch Report: Wearable Technology.
Liu, T. C., Wang, H. Y., Liang, J. K., Chan, T. W., Ko, H. W., & Yang, J. C. (2003).Wireless and mobile
technologies to enhance teaching and learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3), 371-
382.
Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G., & Sharples, M. (2004). NESTA Futurelab Report 11: Literature
review in mobile technologies and learning. Bristol, UK: NESTA Futurelab.
Saedah Siraj (2005). Pembelajaran Mobile dalam kurikulum masa depan. Jurnal Pendidikan, Journal on
Isues of Education, 27, 115-126.
Saedah Siraj (2005). M-Learning dalam pembangunan sekolah berteknologi di Malaysia: prospek
pelaksanaan. Seminar Kebangsaan JPPG. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Savill-Smith, C., & Kent, P. (2013). The use of palmtop computers for learning: a review of the literature.
London, UK: Learning and Skill Development Agency.
Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computer &
Education, 34, 177-193.
Sharples, M., D. Corlett, and O. Westmancott (2002), The design and implementation of a mobile learning
resource. Personal and Ubiquitous Computing, 2002. 6(3): p. 234.
Sharples, M. (2006). Forward. Dalam M. Sharples (Eds.), Big issues in mobile learning (ms.4-5). The
University of Nottingham, UK: LSRI.
Triantafillou, E., Georgiadou, E., Economides A. A. (2006). The design and evaluation of a computeriaed
adaptive test on mobile devices. Science Direct (pp. 1319-1330). Elservier.
Wood, K. (2003). Introduction to mobile learning (m-learning). Dicapai pada 22 Julai 2018 dari
http://ferl.becta.org.uk/display.cfm?page=65&catid=192&resid=5194
Zurita, G. & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported by a wireless
handheld network. Journal of Computer Assisted Learning 20(4), 235–243.

105
PENGGUNAAN SIMULATOR SIFAT GAS UNTUK
MENYELESAIKAN MASALAH MEMAHAMI TAJUK
GAS PELAJAR MATRIKULASI
Amal Harun1 dan Dani Asmadi Ibrahim2
1
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
2
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Negeri Sembilan
Emel : amalgiga@gmail.com

Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk sifat gas melalui
penggunaan aplikasi Simulator Sifat Gas, suatu aplikasi pembelajaran mudah-alih. Tinjauan awal ke atas
dokumen pengajaran dan pembelajaran semasa menunjukkan penekanan pada aras simbolik kimia
sebaliknya kurang penekanan diberikan pada aras submikroskopik kimia. Ini menjadikan kimia sukar
difahami, menggalakkan miskonsepsi dan pembelajaran hafalan. Bagi mengatasi masalah ini tindakan
dirancang adalah penggunaan Simulator Sifat Gas sebagai alat pembelajaran. Kajian tindakan ini
melibatkan 62 orang pelajar dan dijalankan dalam dua gelung. Gelung pertama adalah sesi pembelajaran
kendiri menggunakan aplikasi tersebut. Didapati 58 orang pelajar mencapai gred A selepas ujian pos. Baki
pelajar yang tidak mendapat A menjalani sesi pembelajaran tambahan, kali ini dengan bimbingan guru. Ini
membentuk gelung kedua kajian tindakan dan pelajar-pelajar ini juga mendapat gred A selepas sesi ini.
Soal-selidik skala likert sepuluh soalan dan satu soalan terbuka diguna untuk mendapatkan maklum balas
pelajar tentang aplikasi tersebut. Umumnya pelajar sangat setuju dengan penggunaan aplikasi tersebut di
mana skor penerimaan pelajar adalah purata 3.6 daripada maksimum 4. Daripada 62 maklum balas terbuka
diterima 58 adalah positif. Kesimpulannya Simulator Sifat Gas dapat membantu pelajar memahami dan
menjelaskan sifat gas dengan baik dan betul dan membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan
penerangan aras submikroskopik lebih terperinci. Justeru penggunaannya secara meluas wajar
dipertimbangkan.

Kata kunci: Matrikulasi, pendidikan kimia, sifat gas, aplikasi pembelajaran, PAK21

1.0 Pendahuluan
Menurut Correia, (2019) kajian-kajian mengenai penaakulan pelajar berkaitan sifat dan hukum gas
secara tekal menunjukkan pelajar tidak mampu menghubungkan konsep dan proses dalam memahami sifat
gas pada tiga aras makroskopik, submikoskopik dan simbolik. Ini mungkin berlaku kerana pembelajaran
kimia pada peringkat lepasan menengah menekankan pembelajaran aras simbolik semasa tutorial dan
kuliah manakala pembelajaran makroskopik pula diberi penekanan semasa kelas amali. Pembelajaran aras
submikroskopik yang sangat penting bagi memahami sifat gas kerap kali diabaikan. Ditambah pula
pengajaran dan pengujian kimia bertumpu pada aras simbolik (Dani Asmadi, 2014), pelajar lebih cenderung
mempelajari algoritma penyelesaian soalan peperiksaan berbanding mendalami sesuatu konsep.
Mempelajari kimia pada aras submikroskopik dianggap tidak penting kerana kurang diuji dalam
peperiksaan. Satu lagi sebab mengapa pembelajaran konsep aras submikroskopik diabaikan adalah kerana
ia sukar dilakukan. Secara tradisi sekiranya guru kimia ingin menunjukkan aras submikroskopik sesuatu
fenomena, guru terpaksa bergantung kepada paparan imej statik dan kadangkala jika ada kesempatan dan
peralatan, video animasi pula digunakan untuk menggambarkan pergerakan molekul gas. Namun begitu,
kedua-dua kaedah ini kurang berkesan kerana imej statik tidak dapat menunjukkan pergerakan zarah
manakala menunjukkan video adalah bersifat satu hala.
Suatu cara untuk membantu pelajar memperolehi kemahiran menggambarkan pergerakan dan
interaksi zarah pada aras submikroskopik adalah melalui pengunaan simulator. Simulator mempunyai
kelebihan berbanding imej statik dalam media cetak dan skrin kerana visual simulator beranimasi atau

106
bergerak. Berbanding video animasi pula, simulator mempunyai kelebihan kerana ia interaktif. Ini
bermaksud jika menggunakan video pelajar hanya menonton pergerakan molekul gas, tetapi jika
menggunakan simulator pelajar boleh melihat kesan perubahan yang mereka lakukan pada model visual.
Sifat interaktif ini dapat menerapkan unsur inkuiri dan eksperimentasi dalam pembelajaran menggunakan
simulator.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu


Berdasarkan pengalaman mengajar kimia selama hampir 10 tahun yang lalu, saya dapati saban
tahun ada saja pelajar yang boleh menjawab soalan ujian kimia dengan baik tetapi tidak begitu memahami
konsep di sebalik apa yang dipelajari. Bagi pelajar ini mereka lebih menekankan pembelajaran
berorientasikan peperiksaan. Apa yang menarik perhatian mereka adalah apabila guru membincangkan cara
menjawab soalan, soalan apa yang keluar peperiksaan dan langkah menjawab soalan yang perlu dihafal.
Bagi mereka yang paling penting semasa mempelajari kimia adalah mendapat jawapan yang betul dan gred
yang baik. Biarpun tidak salah dan baik juga pelajar berpandangan sebegini demi masa depan mereka,
pembelajaran sebegini tidak lagi memadai dalam dunia serba mencabar ini. Terdapat keperluan untuk saya
sebagi guru berusaha menambah baik pengajaran supaya bersifat lebih mendalam dan dalam masa sama
memperbaiki sikap terhadap pelajaran dan pembelajaran. Langkah ke hadapan adalah dengan meneliti
semula kerangka pengajaran dan pembelajaran kursus sedia ada dan memperkenalkan kaedah pembelajaran
yang lebih baik dan bersifat menyeluruh.

1.2 Fokus Kajian


Kajian terhadap pembelajaran Struktur Atom (Dani Asmadi, 2010) dan Keseimbangan Ion (Dani
Asmadi, 2014) dalam kurikulum matrikulasi menunjukkan pengajaran dan pembelajaran kimia yang
dilaksanakan menekankan aras simbolik jirim. Persoalan timbul adakah tajuk lain menunjukkan ciri serupa.
Berdasarkan kerangka pembelajaran kimia yang di cadangkan Johnstone (2006), ketiga-tiga aras
makroskopik, simbolik dan submikrospik perlu diberi perhatian seimbang dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan konsep kimia sukar difahami dan seterusnya
membawa kepada miskonsepsi dan kecenderungan pelajar belajar secara hafalan. Sebagai contoh, Tsaparlis
& Papaphotis, (2008) melaporkan pelajar didapati mempelajari kimia dan menjawab soalan kimia
berdasarkan algoritma tanpa memahami konsep di sebaliknya. Untuk mengatasi masalah ini (Wickham et
al, 2016) mencadangkan penggunaan simulator dan model interaktif untuk memperkasakan pembelajaran
aras submikroskopik yang mampu memperkukuhkan kefahaman konsep. Justeru kajian ini dijalankan untuk
meninjau pembelajaran Sifat Gas berdasarkan kerangka makroskopik, submikroskopik dan simbolik jirim
dan menentukan sejauh mana penggunaan aplikasi Simulator Sifat yang memfokuskan unsur-unsur
pembelajaran interaktif dan pembelajaran submikroskopik dapat memperbaiki pembelajaran Sifat Gas.
Penambahbaikan disasarkan adalah dari segi tahap pencapaian dan penambaikan sikap terhadap pelajaran
dan pembelajaran menggunakan aplikasi berkenaan.

1.3 Objektif Kajian Am


Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar dalam tajuk Sifat Gas
melalui penggunaan Simulator Sifat Gas serta memperbaiki sikap pelajar terhadap pelajaran dan
pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian Khusus


Kajian dijalankan bagi mencapai objektif-objektif khusus berikut:
1. Mencirikan pengajaran dan pembelajaran Sifat Gas semasa berdasarkan analisis dokumen
kursus.
2. Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar selepas menggunakan Simulator Sifat Gas
3. Menentukan pandangan pelajar terhadap penggunaan Simulator Sifat Gas kimia.

107
2.0 Perlaksanaan Kajian
2.1 Tinjauan Awal
Tinjauan awal bagi kajian ini adalah analisis dokumen ke atas bahan kursus yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Sifat Gas. Analisis dokumen ini bertujuan mencirikan pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku berdasarkan bahan pengajaran yang digunakan. Dua jenis analisis dokumen
dijalankan:

2.2.1 Analisis dokumen Spesifikasi Kurikulum bagi tajuk Sifat Gas


Analisis berdasarkan tema-tema makroskopik, submikroskopik dan simbolik. Hasil pembelajaran
yang disenaraikan dalam spesifikasi kurikulum dikelaskan berdasarkan tiga aras pembelajaran kimia. Hasil
pembelajaran yang melibatkan huraian fenomena yang diperhatikan lima deria dikelaskan sebagai
makroskopik. Hasil pembelajaran yang melibatkan penjelasan fenomena berdasarkan teori zarah jirim
dikelaskan sebagai submikroskopik. Akhir sekali hasil pembelajaran yang melibatkan penggunaan
persamaan, formula dan simbol-simbol dikelaskan sebagai simbolik.

2.2.2 Analisis dokumen Nota Kursus bagi tajuk Sifat Gas


Analisis berdasarkan tema-tema makroskopik, submikroskopik dan simbolik. Tajuk slaid dan tajuk
kecil slaid dalam nota-nota kuliah dikelaskan berdasarkan aras pembelajaran sebagaimana dilakukan ke
atas spesifikasi kurikulum. Di samping itu, soalan contoh dan latihan dalam nota kursus tersebut juga
dikelaskan mengikut aras pembelajaran. Soalan-soalan dikelaskan kepada; soalan yang memerlukan
kefahaman dan huraian kepada aras makroskopik, soalan yang melibatkan penjelasan aras submikroskopik
dan soalan-soalan aras simbolik yang melibatkan penggunaan persamaan dan formula.

2.2 Kumpulan Sasaran.


Kumpulan sasaran terdiri daripada 62 orang pelajar tiga kumpulan praktikum iaitu S1BP4, S1BP5
dan S3AP5. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar di bawah
tanggungjawab saya agar semua pelajar ini dalam kelas ini mendapat faedah dan manfaat kerana Simulator
Sifat Gas ini boleh meningkatkan pencapaian pelajar.

2.3 Intervensi yang dicadangkan


Berdasarkan Refleksi pengajaran lepas dan perbincangan sesama pengkaji, diputuskan bahawa
penggunaan Simulator Sifat Gas (SSG) berpotensi dijadikan alat intervensi sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapi. Tindakan dicadangkan adalah tutoran di mana pelajar menjalani pembelajaran kendiri
berkaitan Sifat Gas menggunakan SSG. Langkah perjalanan kelas adalah seperti berikut:
1) Guru memperkenalkan sifat gas dan memberi taklimat ringkas perjalanan kelas. Setelah berkongsi
pautan ke laman sesawang SSG dengan pelajar, guru akan memberi panduan penggunaan aplikasi.
2) Pelajar akan mula mengakses SSG dengan telefon pintar masing-masing dan memulakan tutorial
sifat gas secara atas talian. Pelajar akan belajar secara kendiri dan guru hanya melibatkan diri jika
pelajar memerlukan bantuan dan panduan.
3) Setelah pelajar melalui tutorial yang disediakan, pelajar akan mengambil ujian pos yang disediakan
dan melengkapkan soal selidik pos.
4) Pelajar yang tidak mendapat gred A dalam ujian pos, akan menjalani sesi perbincangan ringkas
dengan guru untuk mengenalpasti masalah sebenar yang mereka hadapi.
5) Pelajar akan mengulang sesi pembelajaran ini sekali lagi (pada hari lain) dengan bimbingan rapat
guru sehingga mereka juga mencapai gred A.

2.4 Simulator Sifat Gas


Simulator Sifat Gas (SSG) adalah suatu aplikasi pendidikan mudah alih berbentuk simulator yang
boleh didapati percuma di internet. Ia diperolehi daripada laman web www.simbucket.com (Simbucket,
2019). Simulator Sifat Gas terdiri daripada dua bahagian, iaitu tutorial interaktif dan kuiz interaktif.
Bahagian tutorial ini terdiri daripada turutan 36 slaid berkaitan tajuk Sifat Gas. Slaid ini terdiri daripada:

108
Slaid nota statik – 11, Slaid animasi interaktif – 18, Slaid soalan – 7. Bahagian kuiz (ujian pos) terdiri
daripada 15-18 soalan. Soalan disemak sebaik sahaja dijawab. Paparan SSG ditunjukkan Rajah 1.
Simulator Sifat Gas ini sangat berguna untuk pengajaran dan pembelajaran Sifat Gas mempunyai
ciri-ciri berikut:
1. Simulator menghasilkan model visual beranimasi Teori Molekul Kinetik bagi membolehkan
pelajar memahami konsep Sifat Gas pada aras submikroskopik.
2. Simulator ini bukan sahaja beranimasi, ia juga interaktif. Pelajar boleh membuat perubahan
kepada parameter seperti suhu, bilangan molekul dan isipadu dan pelajar serta-merta boleh melihat
kesannya pada parameter lain seperti suhu dan halaju molekul.
3. Pembelajaran Sifat Gas dengan simulator ini diselangi soalan interaktif bagi membolehkan
pengguna memantau kemajuan pembelajaran mereka.

Slaid nota statik Slaid animasi interaktif

Slaid ujian formatif Slaid ujian pos


Rajah 1: Jenis-jenis slaid yang dipaparkan Simulator Sifad Gas.

2.5 Instrumen Kajian


Suatu ujian diperlukan untuk bagi menentukan tahap pencapaian pelajar setelah aktiviti
pembelajaran dijalankan. Bagi kajian ini, skor kuiz yang sedia ada dalam Simulator Sifat Gas digunakan
untuk menentukan tahap pencapaian pelajar. Kuiz ini dijana oleh aplikasi dengan susunan dan bilangan
soalan berubah bagi setiap pengguna. Setelah pelajar melaksanakan semua tugasan dan kuiz dalam
Simulator Sifat Gas, pelajar akan menghantar “screenshot” yang menunjukkan nama pengguna dan skor
diperolehi kepada guru mereka melalui aplikasi WhatsApp.
Bagi menentukan pandangan pelajar terhadap sesi pengajaran pembelajaran menggunakan aplikasi
dikaji, Soal Selidik Penggunaan SSG digunakan. Soal selidik ini terdiri daripada 10 soalan berskala Likert
1 hingga 4 (sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju) tentang pengalaman pelajar
menggunakan aplikasi dan satu soalan terbuka untuk memperolehi pandangan tambahan pelajar. Soalan ini

109
diedarkan kepada pelajar melalui pautan soal-selidik Google Form yang dikongsi dalam WhatsApp
kumpulan praktikum pelajar.

3.0 Dapatan Dan Perbincangan


3.1 Tinjauan Masalah
Senarai hasil pembelajaran untuk tajuk Sifat Gas dipetik dari spesifikasi kurikulum dikelaskan
berdasarkan tema makroskopik, submikroskopik dan simbolik. Keputusan ditunjukkan dalam Jadual 1.
Empat daripada lima hasil pembelajaran yang tersenarai dalam spesifikasi kurikulum adalah merujuk
kepada aras simbolik. Hanya satu merujuk kepada aras submikroskopik. Ini menunjukkan penekanan
spesifikasi kurikulum terhadap aras simbolik berbanding makroskopik dan submikroskopik.

Jadual 1
Pengelasan hasil pembelajaran berdasarkan tiga aras pembelajaran kimia
HASIL PEMBELAJARAN PENGELASAN
a) Explain qualitatively the basic assumptions of the kinetic molecular Submikroskopik
theory of gases for an ideal gas.
b) Define gas laws:
i. Boyle’s law Simbolik
ii. Charles’s law Simbolik
iii. Avogadro’s law Simbolik
c) Sketch and interpret the graphs of Boyle’s and Charles’s laws. Simbolik

Analisis dokumen serupa turut dijalankan ke atas nota kursus bagi tajuk Sifat Gas. Berdasarkan
bilangan slaid nota yang diperuntukkan untuk setiap aras pembelajaran (Jadual 2), didapati penekanan di
antara aras-aras pembelajaran kimia adalah tidak seimbang. Pembelajaran aras simbolik diperuntukkan 28
slaid, jauh lebih tinggi daripada kedua-dua aras submikroskopik dan aras makroskopik yang masing-masing
diperuntukkan dua dan tujuh slaid. Terdapat juga slaid dalam nota yang menggabungkan pembelajaran
lebih daripada satu aras tetapi bilangannya masih kecil berbanding bilangan slaid keseluruhannya.

Jadual 2
Pengelasan slaid nota berdasarkan tiga aras pembelajaran kimia
Aras pembelajaran utama slaid Bilangan slaid
Simbolik 28
Submikroskopik 7
Makroskopik 2
Simbolik dan submikroskopik 7
Simbolik dan makroskopik 2
Submikroskopik, simbolik dan makroskopik 2

Berdasarkan bilangan soalan-soalan latihan dalam nota kursus juga jelas menunjukkan penekanan
terhadap pembelajaran aras simbolik. Kebanyakan soalan-soalan adalah jenis pengiraan yang boleh
diselesaikan oleh pelajar dengan memahami algoritma penyelesaian, seperti bagaimana menggunakan
Persamaan Gas Ideal. Ini menunjukkan soalan-soalan dalam nota kursus menekankan hasil pembelajaran
aras simbolik. Implikasinya adalah sekiranya tajuk ini jika dipersembahkan sedemikian, maka pelajar akan
membuat kesimpulan bahagian paling atau lebih penting dalam mempelajari Sifat Gas adalah kebolehan
menyelesaikan soalan pengiraan melibatkan persamaan Gas Ideal dan rumus-rumus berkaitan.
Analisis kedua-dua dokumen iaitu spesifikasi kurikulum dan nota kuliah menunjukkan kedua-dua
menekankan pembelajaran aras simbolik dan tidak cukup perhatian diberikan kepada pembelajaran aras
submikroskopik. Pembelajaran aras submikroskopik adalah penting bagi membolehkan pelajar memahami

110
konsep kimia khususnya dalam tajuk gas di mana penjelasan sifat gas adalah bersandarkan Teori Kinetik
Molekul dan Hukum Gas Ideal. Oleh yang demikian, terdapat keperluan pengajaran dan pembelajaran
tajuk ini ditambahbaik dengan menambah unsur-unsur pembelajaran aras submikroskopik dalam
pembelajaran tajuk Sifat Gas. Salah satu cara ia boleh dilakukan adalah dengan menggunakan aplikasi
seperti Simulator Sifat Gas oleh. Simulator ini mampu menunjukkan model interaktif dan beranimasi bagi
menghuraikan pergerakan dan interaksi molekul-molekul gas. Dengannya, pengalaman pelajar dalam
mempelajari sifat gas tidak lagi terhad kepada gambarajah molekul statik dan formula matematik tetapi
turut diperkasakan animasi dinamik dan ciri interaktif dalam simulator.

3.2 Tahap Pencapaian Selepas Penggunaan Simulator Sifat Gas


Selepas pembelajaran dengan SSG dilaksanakan, pelajar-pelajar menjawab Ujian Pos untuk
menentukan tahap pencapaian Sifat Gas. Purata skor Ujian Pos adalah 89% dengan sisihan piawai 9%. Skor
purata ini boleh dianggap sangat baik lantaran setara dengan gred A (berdasarkan sistem gred di kolej
matrikulasi). Daripada 62 pelajar yang menjawab Ujian Pos, 58 orang pelajar mendapat gred A (skor 70%
dan ke atas). Pelajar-pelajar ini boleh dianggap telah mencapai tahap pencapaian disasarkan bagi Sifat Gas.
Baki empat orang pelajar lain biarpun lulus dianggap masih belum menguasai tajuk ini. Berdasarkan
temubual pengkaji dengan pelajar yang mendapat skor rendah ini, didapati sebab utama mereka tidak
mendapat A adalah kerana mereka kurang faham cara menggunakan simulator tersebut. Oleh yang
demikian, semasa kelas pengukuhan seterusnya (Gelung 2) guru memberi taklimat khusus menerangkan
antaramuka aplikasi dan tatacara penggunaan aplikasi sebelum pelajar menggunakan aplikasi untuk kali
kedua. Hasilnya pada akhir gelung kedua, empat pelajar ini juga mendapat gred A.
Pelajar-pelajar juga dapat menjalani aktiviti pembelajaran menggunakan Simulator Sifat Gas ini
dalam purata masa 42.8 minit (sisihan piawai 14.2 minit). Ini menunjukkan aktiviti Simulator Sifat Gas
mengambil masa yang singkat dan sesuai digunakan semasa kelas tutoran berbanding 1 jam bagi pengajaran
sebelum ini. Tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan Simulator Sifat Gas juga sangat tinggi.
Berdasarkan respons sepuluh soalan dalam Soal Selidik Penggunaan Simulator Sifat Gas purata skor
diperolehi adalah 3.62 daripada maksimum 4.

3.3 Pandangan pelajar terhadap pembelajaran menggunakan Simulator Sifat Gas


Kesemua 62 orang pelajar melengkapkan soal selidik. Secara keseluruhannya, berdasarkan maklum
balas pelajar berkaitan soalan 2, 3, 9 dan 10 didapati penggunaan aplikasi SSG ini memberi kesan positif
kepada pembelajaran Sifat Gas. Lebih 90% bersetuju bahawa aplikasi ini mudah digunakan dan sesuai
digunakan untuk pembelajaran kendiri, di samping membolehkan mereka memahami tajuk dengan lebih
cepat.
Bedasarkan maklum balas pelajar berkaitan soalan 1, 5, dan 8 didapati penggunaan aplikasi
memberi kesan positif kepada sikap pelajar. Lebih 90% pelajar menyatakan mereka suka menggunakan
aplikasi ini dan bersetuju aplikasi ini meningkatkan minat mereka terhadap tajuk sifat gas dan pembelajaran
kimia. Akhir sekali, berdasarkan maklum balas pelajar berkaitan soalan 4, 6 dan 7 didapati lebih 90%
pelajar menyatakan ciri interaktif aplikasi, animasi pergerakan molekul menjadikan konsep lebih mudah
dibayangkan dan difahami. Keputusan terperinci soal selidik maklum balas pelajar ditunjukkan dalam
Jadual 5

111
Jadual 5
Rumusan soal selidik penggunaan simulator sifat gas
Pernyataan 1 2 3 4 % setuju
1. Saya suka menggunakan aplikasi SSG bagi 0% 4% 30% 66% 96%
mempelajari tajuk ini.
2. SSG memudahkan saya memahami konsep tajuk 0% 2% 38% 61% 98%
ini.
3. SSG mudah digunakan. 0% 4% 34% 63% 96%
4. Dengan menggunakan SSG Gas pergerakan 0% 2% 30% 68% 98%
molekul gas mudah saya bayangkan.
5. SSG meningkatkan minat saya terhadap tajuk ini. 0% 9% 32% 59% 91%
6. Pembelajaran menggunakan animasi molekul- 0% 2% 27% 71% 98%
molekul bergerak membantu saya memahami tajuk
dipelajari.
7. Pembelajaran dengan SSG yang interaktif 0% 5% 32% 63% 95%
membantu saya memahami tajuk dipelajari.
8. SSG menjadikan pembelajaran kimia menarik 0% 4% 25% 71% 96%
9. SSG sesuai digunakan pelajar untuk pembelajaran 0% 2% 30% 68% 98%
kendiri di luar bilik darjah.
10. SSG membolehkan saya memahami tajuk ini 0% 2% 38% 61% 98%
dengan lebih cepat.

Sebagai rumusan, dapatan soal selidik skala Likert ini boleh digunakan menyokong penggunaan
aplikasi Simulator Sifat Gas. Dapatan menunjukkan aplikasi ini bukan sahaja memberi kesan positif aspek
kognitif pelajar (tahap pencapaian Sifat Gas), ia juga memberi kesan positif pada sikap dan minat pelajar
terhadap pelajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan soal selidik soalan terbuka, secara umumnya pelajar-pelajar menyatakan bahawa
penggunaan aplikasi Simulator Sifat Gas memberi kesan positif kepada pembelajaran tajuk Sifat Gas.
Didapati 58 daripada 62 pelajar telah menyatakan sedemikian. Antara pandangan pelajar yang membawa
maksud ini adalah seperti berikut:

“Looking forward to using it in future because it is fun.”


“Saya lebih memahami konsep gas dengan menggunakan simulator ini.”
“Simulator ini amat menarik dan membolehkan saya untuk bayangkan movement of the gas particles in
different factors (number of atoms, temperature, volume) dan conclusion dalam tutorial sangat direct dan
lebih mudah untuk mengukuhkan konsep di dalam minda saya.”

4.0 Refleksi Kajian


Dari perspektif seorang guru, tahap pencapaian yang diperolehi selepas satu jam tutoran ini sangat
memuaskan. Ini mengambil kira hakikat lebih 90% pelajar menguasai tajuk ini selepas satu jam tutoran.
Berdasarkan pengalaman saya, pengkaji kedua dan perbincangan dengan guru lain berkaitan tajuk ini, rata-
rata menyatakan pelajar lazimnya hanya benar-benar memahami tajuk ini selepas menjalani beberapa jam
tutoran. Ini menunjukkan penggunaan Simulator Sifat Gas mampu mencapai dalam satu jam tutoran, apa
yang dahulunya memerlukan sekurang-kurangnya dua jam, Dari segi kos pula Simulator Sifat Gas adalah
percuma dan mempunyai kelebihan tambahan boleh digunakan untuk pembelajaran kendiri lantaran
aplikasi boleh dicapai dengan telefon pintar pada bila-bila masa.

112
Namun begitu kelebihan utama penggunaan Simulator Sifat Gas adalah ia membolehkan pelajar
mendapat gambaran bagaimana zarah gas bergerak dan berinteraksi antara satu sama lain berdasarkan teori
kinetik molekul gas. Ini tidak dapat dilakukan sebelum ini kerana guru tidak mempunyai peralatan dan
kesempatan untuk menunjukkan simulasi sebegini kepada pelajar. Perkembangan terkini teknologi baik
dari segi peralatan (telefon pintar) dan dari segi perisian (aplikasi HTML) membolehkan kemampuan
simulasi interaktif yang dahulunya terhad kepada komputer desktop kini berada di tangan pelajar.
Sekalung penghargaan juga patut diberikan kepada pasukan di Simbucket.com yang membina Simulator
Sifat Gas kerana berjaya menghasil bahan pembelajaran interaktif yang bermutu tinggi ini dan juga kerana
kesudian mereka berkongsi bahan ini secara percuma.

Rujukan

Correia, A., Koehler, N., Thompson. A & Phye, G. (2018): The application of PhET simulation to teach
gas behavior on the submicroscopic level: secondary school students’ perceptions, Research in
Science & Technological Education,
Dani Asmadi Ibrahim, Rokiah Jusoh & Kamisah Osman (2010). Pengajaran tajuk Model Atom Bohr
peringkat matrikulasi dan tiga aras pembelajaran kimia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan
Negara Kali Ke 4. UKM, Bangi, Malaysia. 563-577.
Dani Asmadi Ibrahim (2014). Ionic equilibria: An analysis on order of thinking skills and achievement of
chemistry course objectives. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaaan
Kali Ke 8 Program Matrikulasi.
Johnstone, A. H. (2006). Chemical education research in Glasgow in perspective. Chemistry Education
Research and Practice, 2006, 7(2), 49-63.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin
University Press.
Simbucket.com (2019). Chemthink - Behavior of Gases (HTML5 Version)
https://www.simbucket.com/simulation/chemthink-gases
Tsaparlis, G. & Papaphotis, G. (2008). Conceptual versus algorithmic learning in high school chemistry:
the case of basic quantum chemical concepts. Part 1. Statistical analysis of a quantitative study.
Chemistry Education Research and Practice, 9, 323–331.
Wickham, C. M., Garvin, C. & Tangney, B. (2016). Constructionism and microworld as part of a 21st
century learning activity to impact student engagement and confidence in physics. Constructionism
in Action 2016, Conference Proceedings.33-41.

113
PENGGUNAAN PAPAN DART ATOM DALAM
MENINGKATKAN KEBOLEHAN PELAJAR
MENJAWAB DAN MELUKIS STRUKTUR ELEKTRON
ATOM BAGI TOPIK STRUKTUR ATOM, JADUAL
BERKALA DAN IKATAN KIMIA
Hairunnisa Khalid
Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, Kuala Lumpur
Emel : hairunnisakhalid84@gmail.com

Abstrak
Kajian ini dijalankan terhadap 20 orang pelajar tingkatan 5 Eta yang mengalami masalah untuk melukis
struktur elektron atom dalam topik Struktur Atom dan juga berkait dengan topik Jadual Berkala dan Ikatan
Kimia. Pelajar-pelajar ini dikesan menghadapi kesukaran untuk menguasai topik-topik ini selepas gagal
menjawab soalan bahagian essei dalam Ujian Pertengahan Penggal 1. Selepas sesi perbincangan bersama
pelajar-pelajar ini dijalankan, masalah ini dikesan berpunca daripada faktor lupaan dan gangguan retroaktif.
Masalah ini perlu diatasi kerana penggunaannya sangat penting dalam topik Struktur Atom, Jadual Berkala
dan Ikatan Kimia. Dalam kajian ini, permainan Papan Dart Atom digunakan untuk meningkatkan minat
dan membantu pelajar menguasai kefahaman terhadap topik Struktur Atom, Jadual Berkala dan Ikatan
Kimia. Permainan ini yang dijalankan menerusi beberapa fasa intervensi iaitu Sit and Draw, Ujian GF dan
Pin and Point. Hasil daripada permainan Papan Dart Atom ini, pelajar berjaya menguasai srtruktur atom
dan kepentingannya dengan memperoleh pencapaian 100%. Kajian ini membuahkan hasil yang positif
kerana mencapai objektif yang digariskan serta memenuhi keperluan khusus pelajar.

Kata kunci: Struktur Atom, Papan Dart Atom

1.0 Pendahuluan
Struktur atom merupakan suatu subtopik penting dalam bab 2 tingkatan 4 iaitu Struktur Atom.
Sejarah pembinaan atom ini telah diperkenalkan tokoh sejarah iaitu John Dalton, J.J Thomson, Ernest
Rutherford, Neils Bohr dan James Chadwick. Oleh itu, topik Struktur Atom yang diajar di peringkat
menengah atas sehingga ke institusi pengajian tinggi secara umumnya berasaskan kepada kaedah dan
prinsip yang diperkenalkan oleh ahli sains yang telah dinyatakan.
Struktur atom merupakan topik yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah atas.
Di dalam topik Struktur Atom, pelajar-pelajar diajar mengenai jirim, struktur atom, isotop dan
kepentingannya serta struktur elektron atom. Pelajar-pelajar perlu menguasai topik ini kerana ia merupakan
konsep asas dalam subjek Kimia dan berkait dengan topik seterusnya iaitu Jadual berkala dan Ikatan Kimia.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Sebagai seorang guru kimia yang mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5, cabaran terbesar bagi saya
adalah bagi memastikan pelajar-pelajar menguasai topik Struktur Atom, terutama sekali Struktur Elektron
Atom. Penguasaan yang dimaksudkan di sini bukanlah penguasaan yang bersifat sementara hanya semata-
mata untuk menjawab soalan peperiksaan, bahkan saya berpendirian pelajar-pelajar mesti menguasai topik
ini memandangkan iainya berkait rapat dengan topik-topik seterusnya dan digunakan sehingga ke peringkat
matrikulasi dan universiti.
Pengalaman saya semasa berada di dalam kelas sebelum ini menyaksikan segelintir pelajar
menghadapi masalah yang agak kritikal dalam menulis dan melukis struktur elektron atom. Walaupun telah
diajar berkali-kali, tetapi pelajar-pelajar ini masih melakukan kesalahan dalam menjawab soalan. Paling

114
ketara adalah soalan dari Ujian Pertenggahan Penggal 1, daripada 22 orang pelajar kelas 5 Eta, 20 orang
masih lagi tidak mencapai markah yang dikehendaki bagi soalan struktur atom.
Ini sangat merisaukan saya kerana topik ini berkait dengan topik Jadual Berkala dan Ikatan Kimia.
Sekiranya pelajar masih lagi tidak dapat menguasai topik tersebut, maka ia akan memberi kesukaran kepada
pelajar-pelajar itu dalam peperiksaan akan datang.
Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini telah mencabar diri saya untuk melakukan suatu
langkah bermakna yang dapat membantu mereka yang berpotensi tinggi untuk berjaya seiring dengan
rakan-rakan sekelasnya. Oleh itu saya cuba pendekatan baru dalam pengajaran dan pemudahcaraan PdPc
bagi menarik minat pelajar-pelajar ini untuk memahami topik Struktur Atom dengan memperkenalkan
permainan Papan Dart Atom.

Gambar 1:

Soalan dan jawapan esei kimia pelajar kelas


tingkatan 5 Eta

2.0 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian


2.1 Masalah Lupaan Pelajar
20 orang pelajar ini didapati mengalami masalah lupaan terhadap cara melukis struktur atom,
menulis susunan elektron, menentukan bilangan proton daripada nombor nukleon serta konsep isotop yang
diberikan dalam soalan. Hal ini dikeruhkan lagi dengan soalan-soalan dalam topik seterusnya iaitu Jadual
Berkala dan Ikatan Kimia yang melibatkan penggunaan struktur atom.

2.2 Gangguan Retroaktif


Gangguan retroaktif didefinasikan apabila isi pelajaran baharu telah mengganggu isi pelajaran yang
lama sehingga menyebabkan sebahagiannya hilang dari ingatan, terutama sekali jika pembelajaran
dilakukan dalam tempoh yang singkat dan kurang aktiviti pengukuhan. Pelajar akan mudah keliru dan
memberi jawapan yang salah.
Kedua-dua isu yang dinyatakan di atas telah menjejaskan tahap keyakinan diri pelajar-pelajar
tersebut. Sekiranya kedua-dua isu ini dapat ditangkis dengan berkesan, pelajar tidak akan menghadapi
masalah untuk memahami topik Struktur Atom dengan baik.

115
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap struktur susunan elektron atom.

3.2 Objektif Khusus


Kajian ini dijalankan dengan objektif khusus iaitu :
(i) Mengukuhkan daya ingatan pelajar untuk menguasai pemahaman terhadap struktur susunan
elektron atom dalam topik Struktur Atom
(ii) Meningkatkan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan soalan yang berkait dengan struktur
elektron atom dalam topik Struktur Atom, Jadual Berkala dan Ikatan Kimia.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini mensasarkan sebanyak 20 orang murid tingkatan 5 Eta yang mendapat markah kurang
memuaskan bagi Ujian Pertengahan Penggal 1 yang telah diadakan pada bulan Februari 2019.

5.0 Perlaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah
Daripada tinjauan yang dilaksanakan secara Pemerhatian di dalam kelas, didapati pelajar
menganggap topik Struktur Atom adalah mudah dan senang dikuasai. Jadi pelajar merasa yakin untuk
menjawab soalan peperiksaan yang akan dijalankan tanpa melakukan ulangkaji. Daripada pemeriksaan
buku latihan juga didapati mereka kurang melakukan latihan dan mengaku tidak menyiapkan soalan yang
diberikan bagi topik tersebut. Tingkah laku pelajar yang dilihat semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan berlangsung juga kurang memberangsangkan. Mereka kurang mengambil bahagian dan
tidak bersungguh-sungguh di dalam aktiviti PdPc yang dijalankan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Daripada keputusan Ujian Pertengahan Penggal 1, soalan 7(a)(i) pada Bahagian B yang
merangkumi topik Struktur Atom, jawapan pelajar kurang memberangsangkan. Pelajar tidak dapat melukis
struktur atom dan menulis simbol isotop dengan baik. Pelajar juga tidak dapat menyatakan maklumat
berkaitan bilangan proton, neutron dan elektron suatu atom. Dalam soalan 9(b) pada Bahagian B essei pula,
pelajar tidak dapat memilih unsur bagi pembentukan sebatian kimia pada Jadual Berkala yang diberikan,
lalu pelajar-pelajar tidak dapat melukis susunan elektron atom bagi sebatian tersebut.

Jadual 1
Analisis Guru Terhadap Jawapan Pelajar Bahagian Essei (Respondan 2)
SSoalan Jawapan Jawapan Ulasan
Sebenar Pelajar 2 Guru

7 (a) Karbon-14 adalah satu Pelajar tidak dapat


isotop karbon. Ia melukis struktur
mempunyai 8 neutron. atom dengan baik.
(i) Lukis dan huraikan struktur Huraian terhadap
karbon-14 mempunyai nukleus pada Ia mempunyai 14 subatom juga tidak
tengah atom elektron betul.
-nukleusnya mengandungi 6 mempunyai 2 petala
protons dan 8 neutron.
-mempunyai 2 petala yang
diisi elektron
-4 elektron valens

116
(ii) Berikan satu contoh lain Pelajar tidak dapat
isotop karbon. mengenalpasti
Tuliskan simbol bagi isotop nombor nukleon dan
itu dlm bentuk zX nombor proton.
A

9 (b) Pilih dua unsur yang boleh Gambarajah yang


membentuk sebatian ionik. dilukis tidak
Lukis susunan elektron untuk menjawab
sebatian tersebut. kehendak soalan.

Daripada Soalan Kimia Esei, Ujian Pertengahan Penggal 1, Februari 2019

5.3 Tindakan yang dijalankan


5.3.1 Menyediakan Papan Dart Atom Natrium dan Atom Klorin.
Saya telah menyediakan lakaran struktur atom Natrium dan atom Klorin dalam bentuk lukisan
suatu permainan Dart menggunakan aplikasi digital ink di dalam surface. Lakaran ini dinamakan Dart
Atom Natrium dan Dart Atom Klorin. Dalam setiap lukisan Dart Atom tersebut, saya telah nyatakan nama
atom, bilangan petala yang berisi elektron, susunan elektron dan simbol unsur bagi atom tersebut. Selepas
itu, saya mencetak lukisan tersebut kepada 10 helaian, seterusnya menampal lukisan Dart Atom di papan
bulat yang bersaiz 2’ x 2’.

Rajah 1: Papan Dart Atom

5.3.2 Instrumen Kajian.


Dalam kajian ini, saya menggunakan 3 fasa intervensi iaitu Sit and Draw (SD), Google Form (GF),
dan Pin and Point (PP). Sebelum saya membimbing pelajar bermain Papan Dart Atom, saya menerangkan
dahulu serba sedikit tentang peraturan permainan seperti di bawah,

117
Langkah 1: Pelajar yang terlibat diminta untuk Sit and Draw iaitu duduk dan lukis dalam keadaan
berpasangan. Dalam langkah ini, pelajar dikehendaki menghuraikan struktur atom Natrium dan atom
Klorin dengan melabelkan kedudukan dan bilangan proton, elektron dan neutron mengikut kreativiti
masing-masing pada Papan Dart Atom yang diberikan.

Gambar 2: Langkah 1- Sit and Draw

Langkah 2: Kemudian pelajar dikehendaki menjawab denagn betul 10 soalan berkaitan struktur elektron
atom yang melibatkan topik Struktur Atom, Jadual Berkala dan Ikatan Kimia menggunakan Google Form
(GF).

Gambar 3 : Langkah 2 - Menjawab Soalan dalam Google Form

Langkah 3: Seterusnya, jawapan yang betul tadi akan dikira sebagai ganjaran pada bilangan balingan
untuk permainan dart ini secara Pin and Point pada Papan Dart Atom yang disediakan. Pelajar yang
membaling tepat ke arah mana-mana elektron (lorekan hitam) dalam masa yang ditentukan akan dikira
sebagai pemenang.

Gambar 4: Langkah 3 - Pin and Point

118
5.4 Perlaksanaan Kajian dan Pemerhatian/Penilaian
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu. Semasa saya menjalankan kajian
ini saya telah menyempurnakan sukatan pelajaran kimia. Saya telah memperuntukkan dua waktu PdPc
untuk membimbing pelajar belajar sambil bermain menggunakan Papan Dart Atom. Tujuan permainan ini
diadakan bagi memupuk minat pelajar terhadap topik Struktur Atom, Jadual Berkala dan Ikatan Kimia.
Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai kajian terhadap pelajar munggunakan Papan
Dart Atom kepada rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan.
Berdasarkan Pemerhatian saya Teknik Papan Dart Atom berjaya membantu pelajar meningkatkan
pencapaian di dalam subtopik Struktur Atom. Pelajar berlumba–lumba hendak menyiapkan lukisan atom
dan menjawab soalan dari Google Form melalui imbasan QR kod yang disediakan, lebih berkeyakinan dan
mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan percubaan dari negeri–negeri lain. Saya berasa
lebih seronok, tidak lagi marah- marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas 5 Eta. Rakan–rakan
guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan terhadap usaha saya. Malah
beberapa orang guru turut bermain bersama.

Gambar 5: Guru-guru menjawab soalan dalam Google Form melalui imbasan QR Kod

5.5 Refleksi Kajian


Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Permainan Papan Dart Atom ini banyak membantu
pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping
menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan. Kajian ini ternyata menampakkan perubahan
peningkatan pencapaian pelajar khususnya responden yang dipilih. Responden ternyata lebih mudah untuk
memilih jawapan dan melukis sturktur atom.

Jadual 2
Analisis Peratusan Pelajar Menjawab Betul Soalan Kimia
Topik Ujian Pra Ujian Pasca
Bil. Purata Peratus Bil. Purata Peratus
Markah Jawapan Jawapan Markah Jawapan Jawapan
Betul Betul Betul Betul
Struktur Atom 7 2 28.57 7 7 100.00
Jadual Berkala 2 0 0 2 2 100.00
Ikatan Kimia 3 1 33.33 3 3 100.00
Jumlah 12 3 25.00 12 12 100.00
Daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Topik Struktur Atom, Jadual berkala dan Ikatan Kimia

119
Ujian Pra Ujian Pasca

120.00%
100% 100% 100%
100.00%

80.00%

60.00%

40.00% 33.33%
28.57%

20.00%
0
0.00%
Struktur Atom Jadual Berkala Ikatan Kimia

Rajah 2 : Carta perbandingan pencapaian purata pelajar menjawab soalan

Dalam kajian ini juga dapat dilihat responden bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang
diberikan untuk mengumpul mata bagi permainan Papan Dart Atom. Ini secara tidak langsung
mempengaruhi sikap dan tingkahlaku responden di mana proses mengulangkaji bagi sesuatu topik dapat
dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar.
Keseluruhan daripada kajian ini, saya amat berpuas hati kerana dapat membantu pelajar belajar
secara aktif dan membuatkan suasana pembelajaran yang lebih harmoni. Pelajar juga dapat meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap konsep struktur atom ini dan diharap dapat menjawab soalan
peperiksaan akan datang dengan lebih yakin.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Cadangan saya untuk kajian seterusnya guru terus menggunakan permainan Papan Dart Atom
sebaik sahaja habis mengajar bab Struktur Atom. Guru juga boleh meminta pelajar membina lakaran atom
lain seperti pembentukan ion dari satu atom atau pembentukan sebatian ion dan sebatian kovalen daripada
unsur logam dan bukan logam. Guru boleh menyediakan satu modul lukisan atom, ion dan pembentukan
sebatian ion dan kovalen dalam PdPc secara lebih terancang dan teratur. Selepas bermain Papan Dart Atom
ini, pelajar dibekalkan lagi dengan soalan-soalan yang dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman
dan daya ingatan.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi
amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan
dan menjadikan proses PdPc lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Rujukan

Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Curriculum Development Division. (2016). Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM). Putrajaya: Ministry of Education.

120
PROGRAM SUPER 5 - UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENERANGKAN ELEKTROLISIS
LARUTAN AKUEUS
Lee Saw Im
SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
Emel : sawim27@gmail.com

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan Program Super 5 dalam meningkatkan
pencapaian murid-murid 5S5 dalam pembelajaran berkaitan dengan elektrolisis larutan akueus. Kajian ini
melibatkan 19 orang murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra dan temu bual dengan 5
orang murid. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid tidak dapat menyenaraikan ion-ion dalam
elektrolit, menerangkan pemilihan ion dinyahcas di elektrod, menulis persamaan setengah di elektrod dan
meramal Pemerhatian di elektrod. Instrumen keputusan kajian terdiri daripada ujian-ujian pra dan pasca
dan soal-selidik. Perancangan kajian tindakan ini difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran
menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan elektrolisis larutan akueus melalui Super 5. Program Super
5 mengitergrasikan Modul Cabaran, Kit Padan, Pilih dan Papar (3P) dan perbentangan secara Strike and
Stay. Program Super 5 menggalakkan pembelajaran aktif yang memerlukan minds on and hands on yang
berpusatkan murid. Kajian ini diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Adalah terbukti bahawa Program
Super 5 berkesan kerana min daripada Ujian Pra telah meningkat 42.1% dan Peningkatan paling tinggi iaitu
6 markah sebanyak 26.3 % (Jadual 2 dan Rajah 8). Kumpulan murid ini telah meningkat dari skor terendah
11 dalam Ujian Pra kepada skor tertinggi 20 dalam Ujian Pasca. Pada keseluruhannya keputusan telah
menunjukkan bahawa selepas perlaksanaan Program Super 5, 100% murid mendapat peningkatan yang
sangat ketara (Jadual 2). Soal selidik juga menunjukkan sebanyak 88% murid lebih memahami, mudah
mengingat, mahir menganalisis dan seronok dalam menjawab soalan-soalan tentang elektrolisis larutan
akueus melalui aktitviti dalam Program Super 5.

Kata kunci: Elektolisis , Elektrolisis larutan akueus, Elektrolit, Seabtian ionik, Redoks

1.0 Refleksi Am
Semasa sesi ulangkaji pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid Kelas 5S5, saya
mendapati mereka adalah agak pasif dan mengambil masa yang lama untuk menulis jawapan soalan huraian
tentang soalan tajuk Elektolisis. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian (Md. Nor Bakar & Tay Chien Wei,
2008) yang menyatakan masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah pemahaman konsep asas yang lemah,
penulisan persamaan yang seimbang dan menghuraikan proses elektrolisis. Sekiranya masalah ini tidak
diberi perhatian, maka mereka akan menghadapi masalah untuk menulis esei tentang eletrolisis larutan
akueus.

2.0 Isu Keperihatinan/ Fokus Kajian


2.1 Isu keperihatinan
Pelajar tingkatan empat menghadapi masalah yang agak rumit semasa mempelajari tajuk
elektrokimia (Mohd Nor Bakar & Tay Chien Wei, 2008). Pembelajaran kimia dapat menyediakan asas
pendidikan kimia untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke bidang kimia, bidang yang memerlukan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan kimia serta kerjaya yang berkaitan dengan sains dan
teknologi kimia (Mohd Nor Bakar & Mohd Izham Mukhtar, 2008. Pembelajaran masteri merupakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
diajar (Bloom 1968). Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran masteri

121
suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang
seterusnya. Bagi menangani masalah pembelajaran tajuk elektrokimia yang penting untuk menyediakan
murid melanjutkan pelajaran ke bidang kimia, maka konsep pembelajaran masteri akan diterap dalam kajian
ini.

2.2 Fokus Kajian


Pelajar menghadapi masalah- masalah menulis persamaan kimia elektrolisis leburan, masalah
menerbitkan formula kimia dalam sebatian leburan, pelajar tidak memahami dengan jelas konsep proses
elektrolisis dan kekeliruan dalam menulis simbol-simbol kimia (Mohd Nor Bakar & Mohd Izham Mukhtar,
2008). Untuk mengatasi masalah mereka, Program Super 5 yang melibatkan hands on dan minds on telah
dilaksanakan.

3.0 Objektif Kajian


3.1 Objektif Am
Objektif kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan Program Super 5 bagi meningkatkan
kemahiran murid menerangkan tindak balas elektrolisis larutan akueus.

3.2 Objektif Khusus


Di akhir kajian murid boleh
1. menyenaraikan ion-ion dalam larutan akueus
2. menerangkan pemilihan ion dinyahcas di katod dan anod
3. menulis persamaan setengah di katod dan anod
4. meramal Pemerhatian di katod dan anod
5. menanam budaya yakin boleh dan meningkatkan jati diri di kalangan murid
6. mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 19 orang murid dari kelas 5S5. Mereka terdiri daripada 7 orang murid lelaki
dan 12 orang murid perempuan.

5.0 Perlaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat dengan tujuan untuk memahami masalah
tersebut dengan lebih mendalam. Temu bual dijalankan secara rawak ke atas 5 orang murid untuk
mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh murid selepas ujian memeriksa latihan mereka.
Pemerhatian dijalankan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung bertujuan melihat sikap ingin tahu dan minat mereka tentang kimia.
Saya telah membuat Pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian murid kurang menunjukkan respons
dan tiada keyakinan kepada soalan yang diajukan.
Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman dan kemahiran
mereka menerangkan tindak balas elektrolisis larutan akueus. Item ujian pra merupakan soalan struktur.
Analisa ujian pra adalah seperti berikut:

122
Jadual 1
Analisa Ujian Pra
Item Peratus
Item 1 : Menyenarikan ion-ion dalam larutan akueus 37.89%
Item 2: Menerangkan pemilihan ion dinyahcas di elektrod 50.00%
Item 3: Menulis persamaan setengah di elektrod 55.26%
Item 4: Meramal Pemerhatian di elektrod 57.89%

Semua murid telah ditemu bual untuk mengumpul punca masalah yang dihadapi oleh mereka dalam
pembelajaran mengenai Elektrolisis. Soal selidik juga dilakukan untuk mendapatkan maklum balas murid
tentang Elektisis selepas Program Super 5 diperkenalkan. Saya juga meminta pandangan daripada rakan-
rakan guru tentang Program Super 5.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Dapatan hasil pemeriksaan jawapan murid ialah murid tidak tahu menganalisis bagaimana memilih
ion untuk dinyahcas, tidak dapat memberi penjelasan mengapa ion tertentu terpilih untuk dinyahcas, tidak
dapat menulis persamaan setengah yang betul dan meramal Pemerhatian di elektrod.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Program Super 5 melibatkan aktiviti seperti berikut:
Aktiviti 1 : My members
Aktiviti 2 : Positive gain Negative loss
Aktiviti 3 : Which to discharge?
Aktiviti 4 : Smart guess!
Aktiviti 5 : Strike and Stay

6.0 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian


6.1 Aktiviti 1 : My members
Murid-murid menyenaraikan ion-ion dalam larutan akueus dan mengkelasifikasinya kepada kation
dan anion berdasarkan elektrolit-elektrolit yang diberikan dengan menggunakan Kit 3P dan latihan cabaran.

Rajah 1: Kit 3P

123
Rajah 2: Latihan Cabaran dalam My members

6.2 Aktiviti 2 : Positive gain Negative loss


Murid-murid berbincang untuk menulis persamaan setengah di katad dan anod. Pengukuhan
konsep nyahcas ion dengan menggunakan Positive gain Negative loss dengan bantu Kit BoCaps.

Rajah 4: Positive Gain Negative Loss

6.3 Aktiviti 3 : Which to discharge?


Murid-murid berbincang untuk menentukan ion yang akan dinyahcas dikatod dan anod berdasarkan
jenis elektrod, kepekatan larutan akueus dan kedudukan ion pada Siri Elektrokimia (ECS) dengan bantuan
Kit 3P dan Tips 123 pemilihan ion adalah seperti berikut:

124
Rajah 5: Which to discharge? Rajah 6: Kit 3P - Smart guess

6.4 Aktiviti 4 : Smart guess !


Murid-murid berbincang untuk meramal hasil tindak balas daripada pelbagai situasi yang dibentuk
oleh mereka sendiri dengan menggunakan Kit 3P. Mereka bebas memilih jenis elektrod dan jenis larutan
akueus dan kemudian berbincang untuk meramal hasil tindak balas yang berkaitan. Mereka berkomunikasi
dan berkolaborasi menganalisis situasi yang dipilih bagi meramal hasil tindak balas elektrolisis larutan
akueus dengan betul.

6.5 Aktiviti 5 : Strike and Stay


Murid-murid bekerjasama dalam kumpulan menyediakan bahan untuk membentangkan proses
tindak balas elektrolisis. Perbentangan dijalankan dengan menggunakan kaedah Strike and Stay.

Rajah 7: Aktiviti Strike and Stay

7.0 Data Dan Analisis


Jadual 2 dan Rajah 8 menunjukkan keputusan Ujian pra dan pasca bagi murid-murid Kelas 5S5
yang telah mengikut Program Super 5. Adalah terbukti Program Super 5 berkesan kerana min telah
meningkat dari 11.32 kepada 16.95 iaitu sebanyak 5.63.

125
Jadual 2
Perbezaan Antara Ujian Pra dan Ujian Post
No Nama* Ujian Pra Ujian Post +/ -
1 P1 11 15 +4
2 P2 10 16 +6
3 P3 11 20 +9
4 P4 13 19 +6
5 P5 13 19 +6
6 P6 14 19 +5
7 P7 10 17 +7
8 P8 10 14 +4
9 P9 11 19 +8
10 P10 11 18 +7
11 P11 12 17 +5
12 P12 10 15 +5
13 P13 11 14 +3
14 P14 10 14 +4
15 P15 10 16 +6
16 P16 10 17 +7
17 P17 11 17 +6
18 P18 12 17 +5
19 P19 15 19 +4
Min 11.32 16.95 +5.63
Bilangan murid yang menunjukkan peningkatan 19
Bilangan murid yang tidak hadir 0
Bilangan murid yang menunjukkan kemerosotan 0

Rajah 8: Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 9 menunjukkan analisa peningkatan murid selepas tindakan. Peningkatan paling tinggi ialah
6 adalah sebanyak 26.3%. Pada keseluruhannya keputusan telah menunjukkan bahawa selepas penggunaan
Program Super 5, 100% murid mendapat peningkatan. (Jadual 3).
Dapatan Ujian Pasca menunjukkan terdapat peningkatan yang mendadak dari segi pencapaian
murid. Minat, kepuasan diri dan semangat ingin belajar murid-murid ini jelas meningkat. Murid-murid

126
meminta saya untuk merancang lagi teknik-teknik istimewa untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman
mereka dalam topik-topik seperti Garam dan Sebatian Karbon.
Jadual 3 dan Rajah 9 menunjukkan analisa peningkatan murid selepas tindakan. Seramai 5.3%
murid mendapat peningkatan terendah iaitu sebanyak 3 markah. Peningkatan paling tinggi iaitu 9 adalah
sebanyak 5.3%. Kumpulan murid ini telah melonjat skor terendah 11 dalam Ujian Pra kepada skor tertinggi
20 dalam Ujian Pasca. Pada keseluruhannya keputusan telah menunjukkan bahawa selepas penggunaan
Program Super 5, 100% murid mendapat peningkatan.

Jadual 3
Analisa Peningkatan Selepas Tindakan
Peningkatan Bilangan Peratus
3 markah 1 5.3%
4 markah 4 21.1%
5 markah 4 21.1%
6 markah 5 26.3%
7 markah 3 15.8%
8 markah 1 5.3%
9 markah 1 5.3%
Jumlah 19 100%

Analisa Peningkatan Selepas Tindakan Program Super 5


30.0%
26.3%
25.0%
21.1% 21.1%
20.0%
15.8%
Peratus

15.0%

10.0%
5.3% 5.3% 5.3%
5.0%

0.0%
+3 +4 +5 +6 +7 +8 +9
Peningkatan markah
Rajah 9: Analisa Peningkatan Selepas Tindakan Program Super 5

8.0 Perbincangan
8.1 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
Berdasarkan Pemerhatian saya dan data dalam terkumpul , Program Super 5 berjaya membantu
murid meningkatkan kemahiran menyenaraikan ion-ion dalam larutan akueus, menerangkan pemilihan ion
dinyahcas di katod dan anod, menulis persamaan setengah di katod dan anod dan meramal Pemerhatian di
katod dan anod.

127
Satu soal selidik juga dijalankan kepada murid-murid dan dapatannya adalah seperti berikut:
Skala Likert:
1 – sangat tidak setuju
2 – tidak setuju
3 – kurang setuju
4 – setuju
5 – sangat setuju

Dapatan kajian dan kesan daripada Program Super 5G menunjukkan bahawa terdapat perubahan
dalam pencapaian dan penguasaan kemahiran murid dalam menjawab soalan kimia dalam Bengkel
Akademik anjuran Unit Akademik sekolah. Di samping itu terdapat perubahan sikap yang positif
ditunjukkan oleh murid dalam pembelajaran kimia. Perlaksanaan program ini juga dapat menanam budaya
yakin boleh dan meningkatkan jati diri di kalangan murid kerana mereka sekarang lebih yakin mencuba
soalan dan lebih berani untuk bertanya soalan dan seterusnya telah mewujudkan interaksi mesra guru
dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid.

Jadual 3
Soal Selidik Penggunaan Program Super 5G
No Skala 1 2 3 4 5
1 Kimia merupakan satu subjek yang mudah 0 3 8 7 0
2 Saya lebih suka teknik menghafal saya daripada Program Super 5G 0 0 3 10 5
Proses elektrolisis merupakan satu tajuk yang mudah dipelajari
3 7 6 5 0 0
walaupun tanpa Program Super 5G
Saya mudah memahami prose elektrolisis selepas guru
4 0 0 2 6 10
memperkenalkan Program Super 5G
Saya mudah menulis persamaan tindak balas dalam elektrolisis ion
5 0 0 3 4 11
selepas guru memperkenalkan Program Super 5G
Saya berasa lebih seronok belajar elektrolisis menggunakan Program
6 0 0 0 9 9
Super 5G
Program Super 5G membantu saya menghilangkan fobia untuk
9 0 0 3 8 7
menjawab soalan tentang proses elektrolisis
Program Super 5G membantu saya meningkatkan kemahiran
10 0 0 1 8 9
menerangkan prose elektrolisis
Jumlah 7 9 25 52 51

Rakan guru juga telah memberikan komen membina, dorongan dan sokongan terhadap usaha saya.
Selepas menjalankan kajian ini, saya berasa amat berpuas hati dan bangga yang tidak terhingga. Kelainan
gaya routin pdp memberi impak yang besar kerana murid menujukkan minat dan semangat belajar yang
sangat tinggi semasa dan selepas kajian ini.

9.0 Cadangan Untuk Tindakan Seterusnya


Untuk kajian yang akan datang, saya bercadang untuk mengekalkan kaedah ini bagi topik-topik
yang bersesuaian. Topik-topik yang sesuai menggunakan Program Super 5 adalah seperti tajuk aloi,
perbandingann kekuatan asid dan alkali, tindakan sabun sebagai pencuci. Keseronokan belajar dapat
menyediakan murid untuk meneruskan pembelajaran ke aras yang lebih tinggi.

128
Rujukan

Bakar, Mohd Nor., & Chien Wei, Tay. (2008). Masalah Pembelajaran Pelajar Tingkatan Empat Dalam
Mata Pelajaran Kimia Khususnya Tajuk Elektrokimia. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, Johor.
Bakar, Mohd Nor., & Alias, Nor Hidayah (2008). Masalah Pembelajaran Tajuk Persamaan Kimia Dalam
Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi
Malaysia, Johor.
Mohd Nor Bakar & Mohd Izham Mukhtar. (2008). Masalah Yang Dihadapi Dikalangan Pelajar Tingkatan
4 Dalam Proses Pembelajaran Elektrolisis Leburan Berdasarkan Matapelajaran Kimia KBSM.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Bloom B. S. . (1968). Learning of Mastery: Evaluation Comment. UCLA-CSIEP
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar. (2006). Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar. (2006). Pembelajaran Masteri. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia
Meyers, C. & Jones, T. . (1993). Promoting active learning: Strategies for the college classroom. Jossey-
Bass Inc

129
MODEL ENZIM & GRAF: MENINGKATKAN
PENGUASAAN MURID 4 SAINS DALAM KONSEP
TINDAKAN ENZIM
Minah Selamat
SMK Air Tawar, Johor
Emel : minahselamat@gmail,com

Abstrak
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu didapati murid sukar membuat inferen kepada Pemerhatian
yang mereka perolehi melalui aktiviti eksperimen. Pemerhatian seperti masa yang diambil untuk ampaian
albumen bertukar menjadi jernih berkurang merupakan aspek makroskopik manakala inferen kepada
Pemerhatian seperti semakin bertambah molekul enzim, semakin bertambah tapak aktif enzim, semakin
bertambah kompleks enzim substrat terbentuk dan semakin bertambah kadar aktiviti enzim adalah
merupakan aspek mikroskopik. Model Enzim & Graf merupakan kombinasi bahan bantu mengajar dan
bahan bantu murid yang mengaplikasikan aktiviti hands on. Model Enzim & Graf ` mampu
menvisualisasikan konsep tindakan enzim yang abstrak.. Bahan ini terdiri daripada model enzim dan model
substrat yang diperbuat daripada kertas warna serta kertas graf. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4 Sains dalam menjawab soalan yang berkaitan masalah
tindakan enzim seperti mengapa kepekatan enzim menjadi menjadi faktor penghad atau mengapa kepekatan
substrat menjadi faktor penghad serta mengapa kadar tindakbalas enzim meningkat apabila substrat
bertambah. Seramai 25 orang murid iaitu enam orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan terlibat
dalam kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan program Microsoft Excel bagi mendapatkan nilai
min markah yang diperolehi oleh murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid meningkat
(daripada 30.86% dalam min ujian pra kepada 83.14 % dalam ujian pos). Murid juga telah dapat
menerangkan bentuk graf yang diperolehi dengan menggunakan model enzim. Kesimpulan kajian ini,
penggunaan `Model Enzim & Graf telah dapat meningkatkan minat dan penguasaan murid tingkatan 4
Sains dalam konsep tindakan enzim.

Kata kunci: model enzim, graf , mikroskopik,makroskopik, hand on

1.0 RefleksiPengajaran Dan Pembelajaran Lalu.


Saya merupakan seorang guru mata pelajaran Biologi yang bertugas di SMK Air Tawar. Saya telah
diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Biologi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bagi kelas 4 Sains. Murid-murid ini merupakan lepasan PT3 yang memperolehi sains dengan gred C
seramai enam orang dan selebihnya ialah gred D. Murid boleh mendapat gred yang lebih baik dalam SPM
jika murid berminat ketika belajar biologi. Minat ini mungkin boleh diwujudkan sekiranya bahan bantu
belajar yang bersifat `hands on` disediakan. Lazimnya saya mengajar dengan melaksanakan aktiviti amali
dikuti perbincangan hasil dapatan amali dengan menggunakan teori yang diperolehi daripada buku teks.
Murid boleh belajar sains dan matematik dengan lebih berkesan apabila pengajaran dan pembelajaran
menggunakan aktiviti berorientasikan aktiviti hands on. (Okebukota in Cecilia O. Ekwueme, Esther E. Ekon
& Dorothy C. Ezenwa-Nebife 2015)
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan, saya dapati ramai murid gagal
membuat inferen bagi Pemerhatian yang mereka perolehi melalui aktiviti ekspermen yang telah mereka
jalankan walaupun mereka boleh memperolehi melalui pembacaan dalam buku teks, Ini kerana pengajaran
dan pembelajaran sains melibatkan tiga aras konsep sains iaitu makroskopik , mikroskopik dan simbol(
A.H. Johnstone, 1991). Murid mudah memahami konsep makroskopik yang boleh dilihat dengan
pancaindera seperti ampaian albumen bertukar menjadi jernih apabila dicampur dengan enzim pepsin

130
manakala konsep mikroskopik pula bersifat abstrak iaitu enzim pepsin telah menghidrolisiskan protein
kepada polipeptida
Topik Tindakan enzim merupakan subtopik di dalam tajuk komposisi Kimia dalam Biologi
Tingkatan 4. Daripada Refleksi pengajaran dan pembelajaran tahun-tahun yang lepas, didapati murid sukar
menghubungkan konsep makroskopik iaitu masa yang diambil untuk iodin berhenti menjadi biru tua atau
masa yang diambil untuk ampaian albumen menjadi jernih dengan konsep mikroskopik iaitu tindakan
enzim.
Bagi mengatasi masalah pembelajaran murid, saya perlu bijak meneroka pelaksanaan proses PdP
berdasarkan tahap keupayaan murid untuk belajar. Justeru itu, saya perlu merancang dan melaksanakan
aktiviti dan kemahiran proses PdP secara profesional. Dalam usaha untuk mengubah tahap penguasaan
pembelajaran yang kurang memuaskan, saya perlu memberi penekanan kepada aspek mikroskopik yang
bersifat abstrak dengan menggunakan model bagi menvisualkan konsep tindakan enzim yang abstrak.
Sekiranya kajian ini berjaya, ia akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke
arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan
harapan dan cita-cita mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

2.0 Fokus Kajian


Saya telah menganalisis soalan Biologi mendapati bahawa item mengenai enzim dan tindakan
enzim merupakan item yang kerap keluar samada dalam soalan kertas 1 , kertas 2 dan kertas 3. Masalah
utama yang sering dihadapi oleh murid dalam subtopik enzim ialah:
a. Tidak dapat melukis struktur molekul enzim dan substrat yang terlibat dalam tindak balas.
b. Tidak dapat menyatakan hubungan antara kepekatan substrat dengan kadar tindak balas
c. Tidak dapat menerangkan mengapa kadar tindak balas enzim meningkat apabila kepekatan
substrat meningkat.
d. Tidak dapat menerangkan mengapa kadar tindak balas enzim menjadi malar apabila kepekatan
substrat telah optimum/sangat tinggi.
e. Tidak dapat menerangkan mengapa sesuatu enzim hanya bertindak balas dengan substrat
tertentu sahaja
f. Tidak dapat menerangkan mengapa kadar tindak balas menurun dengan kehadiran perencat
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid berlaku kerana mereka sukar memahami konsep
sains , sikap murid yang malas membaca, malas berfikir dan hendak cepat siap dalam menjawab
soalan.Sikap malas berfikir mungkin juga berpunca daripada guru yang kurang menggemukakanan soalan
yang merangsang murid untuk berfikir manakala sukar memahami konsep sains mungkin disebablan PdP
guru yang tidak menggunakan model bagi menerangkan konsep sains yang abstrak atau bersifat
mikroskopik. Jika perkara ini tidak ditangani , murid akan terus.melakukan kesilapan semasa menjawab
soalan berkaitan tindakan enzim akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana topik ini
termasuk dalam sukatan muridan biologi tingkatan 4.
Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba menyediakan suasana pembelajaran yang lebih
aktif dengan aktiviti `hands on` dalam mengatasi masalah mengingati dan memahami konsep tindakan
enzim.

3.0 Objektif
3.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini secara amnya akan dapat meningkatan penguasaan murid tingkatan 4 sains dalam
topik tindakan enzim.

3.2 Objektif Khusus:


Tujuan kajian secara khusus ialah :-
1. Murid dapat mengenalpasti tapak aktif enzim.
2. Murid dapat menghasilkan kompleks enzim substrat kompleks

131
3. Murid dapat menyatakan hubungan antara kepekatan substrat dengan kadar tindak balas
4. Murid menerangkan mengapa kadar tindak balas enzim meningkat apabila kepekatan substrat
meningkat.
5.Murid dapat menerangkan mengapa kadar tindak balas enzim menjadi malar apabila kepekatan
substrat telah optimum/sangat tinggi.
6.Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
7. Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

4.0 Sampel Kajian


Kajian ini melibatkan murid tingkatan 4 sains seramai 25 orang iaitu 6 orang lelaki dan 19 orang
perempuan

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1. Tinjauan Masalah
5.1.1 Ujian Pra
Ujian pra di jalankan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid mengenai fakta –fakta yang
terdapat dalam enzim. Soalan ujian pra terdiri daripada soalan struktur.

5.1.2. Temubual
Sesi temubual bersama lima orang murid yang mendapat markah yang yang terendah dalam ujian
pra dijalankan. Soalan yang diajukan adalah untuk mengesan mengapa mereka tidak menguasai topik ini.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


5.2.1 Ujian Pra
Analisis dapatan daripada soalan ujian pra, markah purata murid bagi ialah 30.86 % dengan 14
orang murid telah gagal iaitu mendapat markah bawah 40% . Lima orang murid telah mendapat markah
40-49 dan lima orang murid telah mendapat markah 50-60. Analisis item untuk ujian pra telah dijalankan
dan berikut adalah maklumat yang diperolehi dalam Jadual 1.

Jadual 1
Analisis Item Ujian Pra
Bilangan murid
Aspek yang menguasai
Melukis struktur molekul kompleks enzim substrat kompleks apabila kepekatan
substrat ditambah pada kepekatan substrat yang rendah 10
Menyatakan kesan penambahan kepekatan substrat ke atas kadar tindak balas pada
kepekatan substrat yang rendah. 7
Menerangkan kesan penambahan kepekatan substrat ke atas kadar tindak balas pada
kepekatan substrat yang rendah 12
Cara meningkatkan kadar tindak balas(lakar graf) 4
Melukis struktur molekul kompleks enzim substrat kompleks apabila kepekatan
substrat ditambah pada kepekatan substrat yang tinggi 9
Menyatakan kesan penambahan kepekatan substrat ke atas kadar tindak balas pada
kepekatan substrat yang tinggi 4
Menerangkan kesan penambahan kepekatan substrat ke atas kadar tindak balas pada
kepekatan substrat yang tinggi 9

132
5.2.2 Temu Bual
Temu bual telah dijalankan terhadap lima orang murid yang mendapat markah terendah . Tujuan
temubual adalah untuk mengetahui punca masalah yang mereka hadapi semasa menjawab soalan . Berikut
adalah sebahagian daripada contoh soalan dan jawapan murid daripada sesi temubual seperti di dalam
jadual 2.

Jadual 2
Analisis Temu bual
Soalan Contoh jawapan murid
S1:Adakah kamu minat biologi? Tidak minat
Minat sedikit sahaja
Minat tapi tak faham
S2:Mengapa kamu tidak minat biologi? Saya rasa bosan
Saya tak faham apa yang cikgu ajar.
Masa cikgu ajar saya faham, tapi bila cikgu
bagi soalan saya tak tahu nak jawab.
Banyak sangat nak kena baca
S3:Guru mempamerkan satu gambar rajah Warna kelabu( )
Warna hijau ( )
Warna biru ( )
Warna merah( )

Antara berikut yang manakah merupakan molekul


enzim?
S4: Mengapa awak menyatakan molekul tersebut adalah Sebab bentuknya sama dari awal sampai
enzim. akhir
Tak tahu( )
S5:Apa yang anda faham tentang tapak aktif? Tempat substrat melekat
Tak tahu( )

Hasil dari temubual tersebut dapat disimpulkan bahawa :

a. Murid tidak minat biologi


b. Murid minat tapi tak faham
c. Murid tidak dapat mengenalpasti enzim
d. Murid tidak dapat mengenalpati tapak aktif enzim.
e. Murid tidak tahu kepentingan tapak aktif enzim dalam tindakan enzim

5.3. Tindakan Yang Dijalankan


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan menggunakan kaedah ` Model Enzim
& Kertas Graf `.Berikut adalah aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu :
i. Aktiviti Model Enzim dan beberapa substrat.
ii. Aktiviti Model Enzim dan Kertas Graf
iii. Menjalankan ujian pos
iv. Menjalankan temubual

133
5.3.1. Aktiviti 1: Aktiviti Membina Model Enzim .
Di dalam aktiviti ini guru membekalkan 2 kertas warna untuk melukis enzim dan substrat dan
digunting gambar tersebut. Murid dikehendaki
1. Mengenal pasti tapak aktif enzim .
2. Memilih substrat yang sepadan dengan enzim yang dibina.
3. Membentuk kompleks enzim substrat.
4. Membina produk yang mungkin terhasil.

Refleksi daripada Aktiviti 1 ialah murid dapat membina enzim, substrat, kompleks enzim substrat
dan melukis produks yang mungkin terhasil..

5.3.2. Aktiviti 2: Aktiviti Mengkaji Tindakan Enzim Menggunakan Model Enzim & Kertas Graf
5.3.2.1 Aktiviti Mengkaji Tindakan Enzim Dalam Kepekatan substrat Yang Berbeza Menggunakan Model
Enzim & Kertas Graf.
Guru membekalkan setiap kumpulan dengan model enzim dan kertas graf berlaminate. Murid
dibekalkan dengan 20 molekul enzim, 20 molekul substrat. Murid dikehendaki mengkaji kesan kepekatan
substrat melawan kadar tindakbalas enzim. Kadar tindak balas enzim diukur dengan bilangan kompleks
enzim substrat yang terbentuk. Kepekatan substrat pula merujuk kepada bilangan substrat yang hadir.
Dalam setiap kajian kepekatan enzim dimalarkan iaitu merujuk kepada bilangan molekul enzim. Berikut
adalah prosedur kajian ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
1. Ambil 4 molekul enzim dan 1 molekul substrat
2. Bina kompleks enzim substrat
3. Catatkan bilangan kompleks enzim substrat yang terbentuk dalam jadual
4. Ulang kajian diatas dengan menggunakan
i. 4 molekul enzim dan 2 molekul substrat
ii. 4 molekul enzim dan 3 molekul substrat
iii. 4 molekul enzim dan 4 molekul substrat
iv. 4 molekul enzim dan 5 molekul substrat
v. 4 molekul enzim dan 6 molekul substrat
5. Plotkan graf kadar tindak balas enzim melawan kepekatan substrat dimana kadar tindakbalas enzim
diwakili oleh bilangan molekul kompleks enzim substrat manakala kepekatan substrat diwakili oleh
bilangan molekul substrat
6. Murid menerangkan graf yang terbentuk

Murid menjalankan kajian dan merekodkan bilangan Murid menjalankan kajian dan merekodkan bilangan
kompleks enzim substrat terbentuk dalam jadual kompleks enzim substrat terbentuk dalam jadual

134
Murid memplotkan graf berdasarkan jadual yang Murid menerangkan graf dengan menggunakan
telah dibina model enzim

Rajah 1: Murid sedang menjalankan Aktiviti 2

Semasa menjawab soalan yang diberikan, murid dapat menghubungkan dapatan graf dengan dapatan
daripada model enzim yang dibina,(Rajah 2)

Apa terjadi kepada kadar Apa terjadi kepada kadar


tindak balas enzim apabila tindak balas enzim selepas
kepekatan substrat mencapai maksima,
bertambah?(Rujuk graf) apabila kepekatan substrat
Kadar tindak balas enzim bertambah?(Rujuk Graf)
bertambah Kadar tindak balas enzim
menjadi malar/tetap/tidak
Terangkan mengapa (Rujuk berubah
Model Enzim) Terangkan mengapa
Bilangan molekul substrat Kertas graf berlaminate (Rujuk Model enzim)
bertambah Semua enzim telah terikat
Peluang perlanggaran antara dengan molekul substrat
molekul substrat dan tapak /Tapak aktif enzim telah
aktif enzim bertambah penuh terikat dengan
Pembentukan kompleks molekul substrat
enzim substrat bertambah kepekatan enzim menjadi
Penghasilan produk faktor penghad
bertambah Pembentukan kompleks
enzim substrat menjadi
Model Enzim malar
Penghasilan produk
menjadi malar/tetap/tidak
berubah

Rajah 2 : Hubungan antara aspek makroskopik dan mikroskopik daripada Aktivi 2

5.3.2.2 Aktiviti 3 : Mengkaji Tindakan Enzim Dalam Kepekatan Enzim Yang Berbeza Menggunakan
Model Enzim & Kertas Graf.
Murid mengulang aktiviti seperti di atas tetapi dengan memalarkan molekul substrat dan
memanipulasikan bilangan molekul enzim. Refleksi daripada Aktiviti 3 mendapati murid semakin teruja
untuk menggunakan model enzim dan kertas graf. Murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan
baik dengan memanipulasikan model.

135
5.3.4. Menjalankan ujian pos
Guru mengadakan ujian pos selepas dua minggu Model Enzim dan Graf diperkenalkan. Soalan
ujian pos terdiri daripada satu soalan pelbagai aras. Analisis dapatan daripada soalan ujian pos, markah
purata murid telah meningkat daripada 30.86% kepada 83.14 % .Terdapat 3 orang murid mendapat Gred
B(71 –84) dan 22 orang murid mendapat markah gred A(85-100). Jadual 3 menunjukkan prestasi markah
calon mengikut aspek iaitu terdapat peningkatan semua aspek .

Jadual 3
Perbandingan ujian pra dan ujian pos mengikut aspek
Bilangan murid yang
menguasai
Aspek ujian pra ujian pos
Melukis struktur molekul kompleks enzim substrat kompleks apabila
kepekatan substrat ditambah pada kepekatan substrat yang rendah 10 25
Menyatakan kesan penambahan kepekatan substrat ke atas kadar tindak
balas pada kepekatan substrat yang rendah. 7 25
Menerangkan kesan penambahan kepekatan substrat ke atas kadar tindak
balas pada kepekatan substrat yang rendah 12 25
Cara meningkatkan kadar tindak balas(lakar graf) 4 15
Melukis struktur molekul kompleks enzim substrat kompleks apabila
kepekatan substrat ditambah pada kepekatan substrat yang tinggi 9 25
Menyatakan kesan penambahan kepekatan substrat ke atas kadar tindak
balas pada kepekatan substrat yang tinggi 4 19
Menerangkan kesan penambahan kepekatan substrat ke atas kadar tindak
balas pada kepekatan substrat yang tinggi 9 22

5.3.4. Menjalankan temu bual


Guru menemu bual secara rawak seramai 4 orang bagi mengetahui keberkesanan dan kesesuaian
kaedah yang dilaksanakan .

Soalan1: Apakah pandangan anda tentang kaedah menggunakan Model enzim & Graf yang telah anda
lakukan?
Jawapan1: ia adalah sangat menarik dan penuh dengan keseronokan kerana kita mengubah-gubah
bilangan substrat apabila kita hendak mengkaji kesan menambahkan bilangan substrat ke atas kadar
tindak balas.

Soalan 2: Adakah kefahaman anda tentang konsep tindakan enzim menjadi lebih jelas?
Jawapan 2: Ya kerana kita dapat menerangkan mengapa kadar tindakbalas meningkat dengan
menggunakan model begitu juga dengan soalan mengapa kadar tindak balas menjadi malar dengan hanya
melihat model enzim.

Soalan 3: Adakah anda yakin untuk menjawab soalan kertas 3 yang bertanyakan tentang inferen dan
menerangkan ramalan jika soalan tersebut berkaitan tentang enzim.
Jawapan 3: InsyaAllah kerana telah faham tentang tindakan enzim .

Soalan 4: Kaedah yang manakah anda lebih anda sukai samada mendapatkan jawapan terus daripada buku
teks atau mendapatkan jawapan berdasarkan model graf & model enzim?
Jawapan 4 : Saya lebih suka kaedah ini dan digabungkan dengan buku teks . Ini kerana model enzim
dapat memahamkan saya apa yang cuba diterangkan oleh buku teks..

136
Secara umumnya kebanyakan murid menyukai kaedah ini kerana ia menarik dan konsep sains
adalah adalah nampak lebih real.

5.4 Refleksi Kajian


5.4.1. Refleksi Kajian Terhadap Murid
Secara keseluruhan kaedah `Model Enzim & Graf” dapat meningkatkan penguasaan murid tentang
topik tindakan enzim .Kaedah ini juga menimbulkan keseronokkan kepada murid kerana murid belajar
secara aktif dan terdapat unsur `hands on` semasa pembelajaran. Kemahiran berfikir murid dirangsang
dengan soalan-soalan yang mencabar mindanya dan murid menggunakan kaedah Model Enzim & Graf”
ini. Malah akhirnya setelah selesai aktiviti pembelajaran, murid boleh menyelesaikan masalah tindakan
enzim.

5.4.2. Refleksi Kajian Terhadap Guru


Guru merasa berpuashati apabila kaedah ini dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan
murid tentang konsep tindakan enzim. Walaupun masih hanya terdapat sembilan orang murid sahaja yang
menguasai 100% topik ini tetapi jika murid ini diberi masa yang lebih panjang , mereka pasti dapat
menguasainya. Ini secara tak langsung dapat menyuntik motivasi murid untuk belajar sains dan berjaya
dengan cemerlang.

5.4.2. Refleksi Tentang Proses PdP Yang Telah Dijalankan Secara Keseluruhan.
PdP berjalan dengan lancar dan dapat memenuhi kepuasan kedua-dua belah pihak, sama ada guru
mahupun murid. Ia juga menimbulkan suasana pembelajaran yang aktif, bersifat `hands on` dan
menyeronokkan kerana murid belajar melalui pengalaman semasa menggunakan `Model Enzim & Graf” .
Sesungguhnya hasil daripada kajian tindakan yang dilaksanakan ini benar-benar memberikan kepuasan
kepada saya. Hasil daripada kajian tindakan ini juga telah membangkitkan semangat saya untuk membantu
murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran biologi. Saya yakin bahawa setiap masalah pasti ada
penyelesaiannya .Saya turut yakin bahawa minat murid terhadap pembelajaran sains dapat ditingkatkan
kerana adanya aktiviti `hands on`. Aktiviti hands on dapat meningkat pencapaian murid dan penglibatan
murid dalam aktiviti sains .

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya


Oleh kerana kajian ini menunjukkan peningkatan prestasi murid. Atas kesedaran dan keyakinan
yang telah saya peroleh daripada hasil kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian
tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh murid.
Oleh kerana kajian ini menunjukkan peningkatan dalam prestasi murid. Saya bercadang meneruskan kaedah
yang sama ini bagi biologi tingkatan 4 bagi topik kesan suhu ke atas kadar tindak balas.

Rujukan

A.H.Johnstone (1991) Why is science diffulct to learn? Things are seldom they seem ,Journal of Computer
Assisted Learning volume 7,Issues 2 pages 75-83
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Manual Kajian Tindakan.
Cecilia O. Ekwueme, Esther E. Ekon & Dorothy C. Ezenwa-Nebife 2015 The Impact of Hands-On-
Approach on Student Academic Performance in Basic Science and Mathematics Higher Education
Studies; Vol. 5, No. 6; 2015

137
TEKNIK KaTa-G DALAM MENJANA IDEA MEMBINA
AYAT DENGAN CEPAT DAN EFEKTIF
Mohd Sallehudin Mohd Hailani
SMPK Vokasional Indahpura Kulai,Johor
Emel: sallehudinhailani85@gmail.com

Abstrak
Teknik ‘KaTa-G’ diperkenalkan kepada murid Pendidikan Khas untuk melihat keberkesanan mereka dalam
membina ayat berdasarkan gambar yang diberi dengan pendekatan didik hibur. ‘KaTa-G’ adalah akronim
daripada perkataan (Ka) bagi ‘Kata’, (Ta) bagi ‘Tanya’, dan (G) merujuk kepada ‘Gambar’. Reka bentuk
penyelidikan ini berdasarkan kajian ke atas murid-murid Pendidikan Khas di salah sebuah sekolah dalam
negeri Johor. Murid telah dilatih untuk menjana idea dalam membina ayat lengkap dengan bantuan grafik,
penggunaan suara dan juga video. Ujian pasca dilakukan bagi menilai keberkesanan penggunaan teknik
‘KaTa-G’ dalam membina ayat lengkap. Dapatan kajian menunjukkan teknik ‘Kata-G’ dengan bantuan
grafik ini sangat berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat lengkap dengan
lebih cepat dan efektif. Teknik ini perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
bagi menarik minat murid dan membantu murid yang lemah dalam pembelajaran terutamanya murid
Pendidikan Khas.

Kata kunci: akronim, didik hibur, efektif, grafik, PdPc

1.0 Refleksi Pengajaran Lalu


Pada bulan Januari 2020, pengkaji telah mengajar murid tingkatan 4 Perkhidmatan Estetik (4PE)
di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Johor yang mengikuti kursus Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) di sini. Terdapat seramai empat orang murid perempuan di dalam kelas 4E ini.
Kategori masalah murid-murid ialah seorang slow learner (lembam) dan tiga orang murid lagi mempunyai
masalah dalam pembelajaran. Sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang telah
dijalankan selama lima minggu, pengkaji mendapati murid-murid tersebut menghadapi masalah untuk
membaca, menulis dan membina ayat lengkap dengan betul. Walaupun begitu, murid-murid ini dapat
membaca ayat pendek tanpa bimbingan guru, namun masih wujud masalah membina ayat dengan betul
dalam kalangan mereka. Menurut Abdul Aziz (2009), kemahiran membina ayat memainkan peranan yang
penting untuk menguasai kemahiran penulisan karangan. Berdasarkan Pemerhatian yang dijalankan, murid
juga didapati sering melakukan kesalahan ejaan ketika menulis. Misalnya, perkataan KV + KVKK seperti
“musang menjadi musan” dan “sarang menjadi serang”. Hal ini menyebabkan pengkaji berpendapat bahawa
masalah ini perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan timbulnya masalah-masalah lain. Namun
begitu, pengkaji juga mendapati sebutan dan intonasi suara murid sangat baik dan jelas.
Selain itu, murid juga akan berbincang dengan rakan bersebelahan untuk memastikan mereka dapat
menulis dengan betul tanpa sebarang kesalahan ejaan. Sikap kebergantungan ini menyebabkan murid tidak
dapat menguasai kemahiran menulis perkataan, seterusnya membina ayat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dengan baik (Tee & Boon, 1992). Di samping itu, pengkaji juga mendapati murid sering mengambil
masa yang lama untuk membina sesuatu ayat. Mereka juga berasa tidak yakin dan berasa takut setiap kali
diminta untuk mencuba membina ayat. Melalui bimbingan pengkaji, beberapa orang murid dilihat dapat
menulis ayat berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan. Berdasarkan ayat yang telah ditulis, pengkaji dapat
mengesan kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kesalahan yang paling ketara adalah berkaitan dengan
struktur dan tatabahasa ayat. Sebagai contoh, seorang murid telah menulis ayat “Saya sekolah pergi” dan
“Surat baca ayah”. Ayat ini jelas menunjukkan kesalahan dari segi sintaksis iaitu tidak mengikut pola ayat
dasar yang betul. Ayat yang sepatutnya ditulis adalah “Saya pergi ke sekolah” dan “Ayah membaca surat
khabar”. Selain itu, murid sering kali membina ayat berdasarkan ingatan bukannya kefahaman mereka.

138
Masalah ini bukan sahaja dikenal pasti daripada ujian diagnostik yang telah dijalankan malah melalui temu
bual guru kelas dan Pemerhatian semasa proses PdPc. Murid selalu merujuk pengkaji semasa membina ayat
dengan bantuan kad gambar dalam tempoh masa yang agak lama. Murid akan memastikan bahawa setiap
perkataan yang dibina adalah betul dari segi ejaan dan struktur ayat. Hal ini dapat dikesan oleh pengkaji
melalui ujian menulis yang dilaksanakan pada setiap hari Khamis. Sepanjang lima minggu proses
pengajaran, pengkaji mendapati murid menghadapi masalah untuk menstrukturkan perkataan kepada ayat
mudah.
Berdasarkan hasil temu bual dan analisis keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2019 juga, pengkaji
mendapati murid-murid mempunyai tahap menjana idea yang lemah terutama dalam pembinaan ayat
mudah. Murid didapati mendapat markah yang rendah dalam pembinaan ayat mudah kerana mereka
didapati sukar mengeluarkan idea yang bernas disamping mereka gagal mengembangkan idea yang
diperolehi. Antara punca yang dilihat menyumbang kepada masalah ini ialah amalan pengajaran guru yang
dilihat kurang berkesan iaitu mengajar menggunakan kaedah konvensional. Kaedah konvensional tersebut
adalah dengan mengisi ruangan kosong di dalam ayat disamping guru hanya mengajar berpandukan buku
teks tanpa penglibatan yang aktif dari murid. Kaedah ini lebih berpusatkan guru dan ini menyebabkan murid
terlalu bergantung kepada guru dalam mengeluarkan isi-isi penting dan idea untuk membina ayat. Ini juga
menyebabkan topik menjadi tidak menarik, disamping membuatkan murid tidak dapat menumpukan
perhatian kepada penulisan pembinaan ayat.

2.0 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian


Kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan kepada :

Murid Pendidikan Khas: Hasil kajian dapat membantu murid berkeperluan khas untuk
meningkatkan kemahiran membaca dan menulis ayat mudah sekaligus membantu mengembangkan potensi
dan meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.

Guru: Hasil kajian ini dapat membantu pihak sekolah dan juga guru dalam melaksanakan pelbagai
program untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid terhadap kemahiran
membaca dan menulis ayat lengkap.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Kajian ini boleh dijadikan sebagai penambahbaikan
dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan. Perkongsian pintar antara KPM dan pihak-pihak lain dalam
meningkatkan profesion keguruan seperti latihan dan kursus berfokus mengikut kategori murid
berkeperluan khas agar guru-guru lebih berilmu dan mahir dalam pedagogi.

3.0 Objektif Kajian


Dalam kajian yang dijalankan, objektif umum adalah untuk mengenal pasti masalah dalam
kemahiran menulis dan membina ayat murid-murid di kalangan murid Pendidikan Khas.

3.1 Objektif Am
a) Meningkatkan peratus kelulusan dalam Bahasa Melayu.
b) Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran topik-topik lain yang berkaitan dengan menulis
dan membina ayat.
c) Membentuk kaedah yang sesuai dengan keupayaan murid.

3.2 Objektif Khusus


a) Meningkatkan penguasaan membaca dan menulis ayat berdasarkan teknik ‘KaTa-G’.
b) Murid dapat menyelesaikan semua tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan.
c) Murid dapat lulus ujian pasca yang melibatkan penulisan membina ayat.

139
4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri daripada empat orang murid tingkatan 4 Perkhidmatan Estetik (4PE) di
Sekolah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura yang menghadapi masalah dalam membina ayat. Daripada
Pemerhatian, mereka adalah murid yang paling memerlukan bantuan untuk meningkatkan kemahiran
membina ayat. Pengkaji mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas murid-murid ini untuk
mengenal pasti keberkesanan teknik ‘KaTa-G’ dalam menjana idea penulisan membina ayat dengan cepat
dan efektif. Seorang daripada mereka adalah dari kategori lembam manakala selebihnya mempunyai
masalah dalam pembelajaran.

5.0 Perlaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan masalah

Reka Bentuk Kajian.


Kajian ini menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) seperti di (Rajah
1). Tindakan ini dimulakan dengan membuat tinjauan mengenai masalah yang dihadapi oleh murid
seterusnya merancang strategi pengajaran menggunakan kaedah menggunakan grafik/gambar. Setelah itu
pelaksanaan kaedah tersebut dijalankan dengan diperincikan lagi menggunakan teknik ‘KaTa-G’ dalam
menjana idea penulisan membina ayat dengan cepat dan efektif. Data yang diperoleh termasuk keputusan
pra dan pasca ujian kemudian dikumpulkan untuk dianalisis. Akhirnya, hasil dapatan dan Refleksi kajian
perlu dilakukan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah 'KaTa-G' dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid dalam membina ayat dengan menggunakan gambar.

Rajah 1: Model kajian tindakan yang melibatkan beberapa kaedah di sepanjang kajian.

140
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Dalam menjalankan kajian tindakan ini, penyelidik telah melaksanakan analisis mengikut model
kajian yang telah ditetapkan.

i. Membuat tinjauan dan temu bual terhadap kelemahan murid dalam membina ayat.
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan temu bual dengan guru yang
mengajar dan analisis dokumen (post-mortem) bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2019. Pengkaji juga telah
menjalankan pra ujian bagi menentukan tahap kemahiran membaca murid dan mengeluarkan idea dalam
membina ayat lengkap.

A. Temu bual
Pengkaji telah melakukan temu bual bersama guru lain yang mengajar. Temu bual ini dilakukan
untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah pengajaran guru, mengetahui masalah yang dihadapi murid
serta mendapat pandangan guru mengenai tahap penguasaan murid kelas 4PE. Hasil daripada temu bual,
guru tersebut telah menyenaraikan beberapa orang murid yang lemah pencapaian dalam membina dan
menulis ayat. Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah mengenal pasti masalah utama yang
dihadapi oleh semua murid iaitu kesukaran mereka untuk menjana idea untuk membina dan menulis ayat
lengkap.

B. Analisis Dokumen
Berdasarkan analisis dokumen daripada Peperiksaan Akhir Tahun 2019 (Jadual 1), didapati tahap
pencapaian murid kelas 4PE kurang memberansangkan terutamanya dalam pembinaan ayat lengkap
termasuk penggunaan ayat majmuk, ayat tunggal dan ayat satu perenggan. Melalui skema pemarkahan,
kebanyakan hasil pembinaan ayat lengkap murid berada pada tahap sederhana dan lemah. Didapati faktor
utama yang menyumbang kepada kelemahan tersebut ialah murid dilihat kurang mempunyai idea kerana
kurang membaca dan gagal mengembangkan idea-idea kerana murid kekurangan penguasaan kosa kata
bagi menghasilkan ayat yang lengkap dan berkualiti.

Jadual 1
Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2019 Bahasa Melayu (Pembinaan Ayat)
BIL MURID MARKAH AYAT AYAT AYAT SATU ISI
MEMBINA TUNGGAL MAJMU PERENGGAN TEMPAT
AYAT /10 K /10 KOSONG
/10 /10
1 A 8/40 2 1 1 4

2 B 8/40 4 2 0 2

3 C 10/40 2 1 1 6
4 D 7/40 2 0 2 3

C. Pra ujian
Tujuan pra ujian ini hanya untuk melihat bagaimana murid boleh mengeluarkan idea-idea penting
seterusnya menghuraikan idea tersebut menjadi ayat lengkap. Ayat lengkap itu berkisarkan punca-punca
berlakunya kemalangan jalan raya. Ujian ini mengambil masa selama 40 minit (1 masa pengajaran) dan ia
dilakukan sebelum rawatan (penggunaan teknik ‘KaTa-G’) diberikan.

141
5.3 Tindakan yang dijalankan

ii. Merancang strategi pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran membaca murid dan
mengeluarkan idea dalam membina ayat dengan menggunakan gambar.
Hasil dari temu bual serta analisis keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2019 (Jadual 1), pengkaji
telah dapat mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh murid iaitu mereka lemah dalam mengeluarkan
idea untuk membina ayat lengkap. Hal ini disebabkan oleh tahap kemahiran yang lemah dalam
mengeluarkan idea serta menghuraikan idea menjadi ayat yang lengkap dan berkualiti. Selain itu, cara
pengajaran yang berpusatkan guru menyebabkan murid malas dan terlalu bergantung kepada guru dalam
mengeluarkan idea-idea penting dalam membina ayat. Bagi merawat masalah tersebut, pengkaji telah
menyenaraikan beberapa strategi yang boleh digunakan seperti strategi berpusatkan murid, strategi
pemusatan bahan dan strategi berasaskan tugasan. Pengkaji telah memfokuskan untuk mengunakan strategi
berpusatkan murid iaitu melalui penggunaan teknik ‘KaTa-G’ dalam meningkatkan kemahiran murid dalam
mengeluarkan idea-idea penting seterusnya membina ayat lengkap tersebut.
‘KaTa-G’ adalah akronim daripada perkataan (Ka) bagi ‘Kata’, (Ta) bagi ‘Tanya’, dan (G) merujuk
kepada ‘Gambar’. Melalui penggunaan teknik ‘KaTa-G’, ia dapat mempertingkatkan kreativiti murid
melalui paparan grafik iaitu daripada maklumat yang terdiri daripada gambar, gambar rajah, simbol untuk
menyampaikan sesuatu idea dan ini termasuklah penggunaan suara dan video. Selain itu juga, penggunaan
teknik ‘KaTa-G’ dilihat dapat memperkembangkan kemahiran menganalisis, memudahkan pembacaan dan
pemahaman murid disamping turut mengalakkan pembelajaran berbentuk koperatif.
Pengkaji telah menggunakan teknik ‘KaTa-G’ dalam pembinaan ayat lengkap yang telah dijalankan
selama lima minggu dimana pengkaji mengambil 2 masa sesi PdPc bagi membina ayat lengkap setiap
minggu iaitu selama 80 minit. Langkah pertama yang diambil oleh pengkaji termasuklah mengajarkan
semula murid menggunakan kaedah mengisi ruangan kosong dalam ayat. Kemudian pengkaji menjalankan
pra ujian sebelum membina ayat menggunakan kaedah rawatan (teknik ‘KaTa-G’). Pengkaji telah
merangka borang grafik bergambar dan jadual untuk murid mencatat idea-idea penting semasa proses PdPc
menggunakan paparan grafik yang menarik, penggunaan video dan penggunaan suara. Pengkaji
menerangkan serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja dan bagaimana untuk
memahami teknik ‘KaTa-G’ ini. Seterusnya pengkaji membimbing murid menggunakan kaedah teknik
‘KaTa-G’ dan paparan grafik untuk memudahkan proses menyusun dan mengingati maklumat yang
diterima. Murid dilatih untuk mengeluarkan idea-idea penting dan kemudian mengembangkan idea itu
menjadi ayat lengkap secara individu. Murid kemudian diberi ujian pasca bagi melihat keberkesanan
penggunaan teknik ‘KaTa-G’ dalam membina ayat lengkap.

5.4 Perlaksanaan tindakan dan Pemerhatian / penilaian

iii. Melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah 'KaTa-G' mengikut
perancangan.

Dalam perlaksanaan tindakan, pengkaji telah memilih untuk mengajarkan kembali kaedah
konvensional yang digunakan para guru iaitu mengisi ruangan kosong di dalam ayat, Selepas pengajaran
selesai, murid menjalankan ujian pra seterusnya dengan melakukan kaedah rawatan. Pengkaji menjalankan
dua peringkat pembelajaran mengunakan teknik ‘KaTa-G’ iaitu peringkat pertama dengan menghasilkan
peta minda dalam bentuk perbincangan secara berkumpulan yang dianggotai seramai dua orang murid
manakala pada peringkat yang kedua teknik ‘KaTa-G’ telah dihasilkan secara individu. Pengkaji telah
melakukan pelbagai aktiviti PdPC yang menggunakan teknik ‘KaTa-G’ (Jadual 2). Murid juga telah diminta
mengisi maklumat penting pada borang grafik yang telah disediakan.

142
Jadual 2
Aktiviti yang dijalankan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan
Tempoh Perlaksanaan
Minggu pertama Pengkaji mengajarkan aktiviti mengisi ruangan kosong
30 Januari 2020 dalam ayat kepada murid-murid.
Pengkaji melaksanakan ujian pra untuk melihat tahap
kemahiran murid dalam mengeluarkan dan menghuraikan
idea-idea penting.
Tajuk pembinaan ayat lengkap bagi ujian pra ialah punca-
punca berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia.
Murid hanya diminta untuk mengeluarkan idea-idea yang
penting dalam membina ayat lengkap.
Minggu kedua Memperkenalkan dan menerangkan kaedah teknik ‘KaTa-
6 Februari 2020 G’.
Menerangkan kepentingan teknik ‘KaTa-G’ dalam
pembinaan ayat lengkap.
Membuat contoh teknik ‘KaTa-G’ menggunakan soalan dari
ujian pra di mana murid digalakkan untuk mengeluarkan
idea-idea penting dan kemudian bersama-sama
mengembangkan menjadi ayat lengkap.
Murid diminta mengisi maklumat penting pada borang
grafik yang disediakan.
Pengkaji melakukan Refleksi bagi sesi pengajaran yang
berlaku bagi melihat sebarang masalah yang timbul dan
memperbaikinya.
Minggu ketiga: Menerangkan kembali konsep teknik ‘KaTa-G’ kepada
13 Februari 2020 murid.
Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana setiap
kumpulan terdiri dari 2 orang ahli.
Setiap kumpulan diberikan tajuk membina ayat yang
berlainan dan mereka diminta mengeluarkan 3 idea yang
penting dan kemudian menghuraikan menjadi ayat lengkap.
Murid digalakkan untuk mencari sebanyak mungkin
maklumat yang boleh digunakan dan berbincang di dalam
kumpulan.
Murid dibimbing oleh pengkaji dalam mengeluarkan idea-
idea penting.
Setiap kumpulan akan membentangkan teknik ‘KaTa-G’
dan lembaran grafik yang dihasilkan di hadapan kelas.
Pengkaji memantau dan membetulkan kesalahan murid.
Murid dari kumpulan yang lain digalakkan memberikan
pendapat serta boleh menambah idea-idea yang dirasakan
sesuai untuk tajuk kumpulan tersebut.
Murid menyalin contoh ayat-ayat lengkap yang telah
dibincangkan.
Di akhir sesi, pengkaji membuat rumusan mengenai
pengajaran pada hari tersebut

143
Pengkaji melakukan Refleksi bagi setiap sesi pengajaran
yang berlaku bagi melihat sebarang masalah yang timbul
dan memperbaikinya.
Minggu keempat. Murid diberi tajuk dan diminta untuk membina teknik
20 Februari 2020 ‘KaTa-G’ secara individu.
Pengkaji memantau hasil teknik ‘KaTa-G’ dan lembaran
grafik yang dihasilkan oleh murid. Pengkaji membetulkan
kesalahan murid.
Pengkaji membuat rumusan pengajaran pada hari tersebut.
Hasil kerja murid akan diperiksa dan hasil yang terbaik
(cemerlang) akan dikongsikan di hadapan kelas serta akan
dipamerkan untuk dijadikan contoh.
Pengkaji melakukan Refleksi bagi sesi pengajaran yang
berlaku bagi melihat sebarang masalah yang timbul dan
memperbaikinya.
Minggu kelima. Mengadakan ujian pasca dan soal selidik mengenai
27 Februari 2020 keberkesanan pengajaran
Murid menjawab soalan ujian selama 40 minit.
Murid diperuntukkan selama 5 minit untuk menjawab soal
selidik.
Pengkaji melakukan Refleksi bagi sesi pengajaran yang
berlaku bagi melihat sebarang masalah yang timbul dan
memperbaikinya.

iv. Mengumpulkan data dari ujian pra dan pasca serta membuat analisis.
Data dikumpulkan dengan menggunakan dua kaedah:
I. Menjalankan ujian pra dan pasca untuk mengetahui tahap pencapaian dan kefahaman
murid dalam penggunaan teknik ‘KaTa-G’ untuk membina ayat lengkap (Jadual 3).
II. Menjalankan soal selidik untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan teknik ‘KaTa-G’
dalam membina ayat (Jadual 4).

Jadual 3
Markah ujian pra dan pasca yang telah dilakukan ke atas 4 orang murid.
MARKAH MARKAH
BIL MURID MARKAH MARKA HURAIAN MARKAH MARKA HURAIAN
UJIAN H IDEA PEMBINAAN UJIAN H IDEA PEMBINAAN
PRA AYAT BAGI PASCA AYAT BAGI
/10 SETIAP IDEA /10 SETIAP IDEA
/30 /30
1 A 8/40 2 6 29/40 7 21
2 B 12/40 3 9 36/40 9 27
3 C 8/40 2 6 24/40 6 18
4 D 8/40 2 6 24/40 6 18

144
Jadual 4
Borang soal selidik tahap penerimaan murid terhadap penggunaan teknik ‘KaTa-G’ dalam pembinaan
ayat dalam Bahasa Melayu

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklum balas mengenai tahap penerimaan murid
terhadap penggunaan teknik ‘KaTa-G’ untuk membina ayat lengkap.
Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan jujur. Segala maklum balas yang diberikan akan
DIRAHSIAKAN.
Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.
Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang diberikan.

1 Sangat Tidak Setuju 4 Setuju


2 Tidak Setuju 5 Sangat Setuju
3 Kurang Setuju

Bil Perkara
Borang soal selidik tahap penerimaan murid terhadap penggunaan teknik ‘KaTa-G’ dalam
pembinaan ayat dalam Bahasa Melayu
1 Pengajaran menggunakan teknik ‘KaTa-G’membuatkan saya 1 2 3 4 5
lebih ingin belajar dan berjaya dalam pembinaan ayat.
2 Saya suka membina ayat menggunakan teknik ‘KaTa-G’. 1 2 3 4 5
3 Saya lebih mudah mengingati fakta dalam membina ayat dengan 1 2 3 4 5
penggunaan teknik ‘KaTa-G’.
4 Pengajaran guru dengan menggunakan teknik ‘KaTa-G’ lebih 1 2 3 4 5
menarik.
5 Saya suka membuat latihan menggunakan teknik ‘KaTa-G’. 1 2 3 4 5
6 Saya dapat mengeluarkan idea yang bernas dalam pembinaan 1 2 3 4 5
ayat dengan menggunakan teknik ‘KaTa-G’.
7 Pembelajaran berbentukan teknik ‘KaTa-G’ amat 1 2 3 4 5
menyeronokkan, mudah dan realistik.
8 Penggunaan teknik ‘KaTa-G’ kurang berguna dalam proses 1 2 3 4 5
pembelajaran.
9 Teknik ‘KaTa-G’ perlu digunakan oleh semua murid. 1 2 3 4 5
10 Kadang-kadang penggunaan teknik ‘KaTa-G’ menyusahkan 1 2 3 4 5
saya dalam pembinaan ayat.

Berdasarkan keputusan soal selidik yang telah dijalankan, semua murid menyokong penggunaan teknik
‘KaTa-G’ dalam pembinaan ayat.

145
6.0 Refleksi Kajian
Membuat Refleksi keberkesanan penggunaan kaedah 'KaTa-G' dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid dan mengeluarkan idea dalam membina ayat dengan menggunakan gambar. Membuat
keputusan sama ada ingin meneruskan tindakan pada relung yang kedua.
Analisis perbandingan keputusan latihan yang diberikan kepada murid dari kelas tersebut didapati
murid yang didedahkan dengan teknik ‘KaTa-G’ ini berjaya mencatatkan prestasi yang lebih tinggi
berbanding penilaian sebelumnya. Prestasi mereka secara keseluruhan juga didapati lebih baik berbanding
penilaian sebelumnya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik ‘Kata-G’ dan paparan
grafik banyak membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat lengkap disamping menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.

7.0 Cadangan Tindakan Seterusnya


Dapatan kajian menunjukkan teknik ‘Kata-G’ dengan bantuan grafik ini sangat berkesan dalam
membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat lengkap dengan lebih cepat dan efektif. Teknik
ini perlu diaplikasikan oleh para guru dalam proses PdPc bagi menarik minat murid dan membantu murid
yang lemah dalam pembelajaran terutamanya murid Pendidikan Khas. Kajian tindakan dalam penggunaan
teknik ‘Kata-G’ ini akan diteruskan dengan kerjasama guru dan murid pada gelungan seterusnya dengan
memberikan berbagai pendekatan seperti kontekstual, kaedah kecerdasan pelbagai, ICT, kajian masa depan
dan sebagainya.

Rujukan

Abdul Aziz, S. H. (2009). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.
Kemmis. S. & McTaggaer. R. (1988). The action research planner. Deakin University Press. Geelong.
Victoria, Australia.
Tee, T. C & Boon, B. K (1992). Pendidikan khas dan pemulihan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
lumpur.

146
STONES AND STICKS: MENINGKATKAN
PENGUASAAN OPERASI TAMBAH DAN TOLAK
INTEGER SERTA ALGEBRA DALAM KALANGAN
MURID TINGKATAN 4B
Maslihah Hashim
SMK Bukit Kapar, Selangor
Emel: masredza@yahoo.com

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan teknik STONES AND STICKS dalam
meningkatkan kemahiran tambah dan tolak integer serta algebra dalam kalangan murid Tingkatan 4B.
Kajian ini melibatkan 20 orang murid.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra dan temubual 5
orang murid. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid tidak dapat menjawab dengan betul soalan yang
melibatkan penambahan dan penolakan integer. Instrumen keputusan kajian terdiri daripada ujian pra dan
ujian pasca serta soal selidik. Perancangan kajian tindakan ini difokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan kemahiran menambah dan menolak nombor integer serta algebra yang selalu digunakan
semasa murid menyelesaikan masalah matematik melalui teknik STONES AND STICKS. Teknik STONES
AND STICKS menggunakan kayu aiskrim dan bebola benang yang dilekatkan magnet sebagai simulasi
nombor positif dan negatif. Teknik STONES AND STICKS dapat menggalakkan pembelajaran aktif yang
memerlukan minds on dan hands on yang berpusatkan murid. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh
1 minggu. Adalah terbukti bahawa teknik STONES AND STICKS berkesan kerana min markah murid
telah meningkat daripada 5.2 kepada 17.6 iaitu meningkat sebanyak 12.4. Keputusan ujian pasca juga telah
menunjukkan bahawa 100% murid menunjukkan peningkatan dan didapati taburan markah bagi murid 4B
telah tertumpu antara 15 hingga 20 markah berbanding 1 hingga 10 sebelum teknik STONES AND STICKS
diperkenalkan. Soal selidik juga menunjukkan murid lebih mudah dan seronok dalam menjawab soalan
tentang tambah dan tolak integer serta algebra menggunakan teknik STONES AND STICKS.

Kata kunci: Integer, Algebra, STONES AND STICKS

1.0 Refleksi Awal Pengajaran Dan Pembelajaran


Saya merupakan seorang guru yang baru berpindah ke SMK Bukit Kapar, Klang bermula sesi
persekolahan 2019. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matematik Tingkatan 4, tajuk Ungkapan dan
Persamaan Kuadratik, suasana pembelajaran sangat pasif dan murid jarang bertanyakan soalan. Saya
berpendapat, mungkin pengajaran saya tidak dapat menarik perhatian mereka dan alat bantu mengajar yang
saya gunakan tidak dapat membantu mereka memahami konsep yang diajar sepenuhnya.
Saya juga ada bertanya rakan – rakan guru sekolah lain tentang masalah ini, ternyata mereka juga
mempunyai masalah yang sama. Masalah ini juga adalah masalah global apabila Ketterlin-Geller,(2015)
menyatakan bahawa masalah pengajaran dan pembelajaran algebra tetap berlaku di peringkat antarabangsa,
dan penyelidikan tersebut masih berlanjutan.
Oleh itu saya telah menjalankan Pemerhatian tidak berstruktur dalam pengajaran dan pembelajaran
saya. Saya dapati mereka tidak mahir untuk menambah dan menolak integer serta algebra tanpa bantuan
mesin kira. Jawapan yang diberi ternyata salah dan mereka keliru meletakkan tanda positif atau negatif
pada jawapan mereka.

147
2.0 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi merupakan pemangkin kepada agenda transformasi
negara. Dalam konteks Pendidikan, proses kreativiti dan inovasi berjalan secara seiring dan menjadi elemen
penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat
apabila murid suka menyoal dan mencari jawapan, menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat
hubung kait, meneroka idea, membuat spekulasi tentang kemungkinan, sentiasa membuat Refleksi secara
kritikal tentang idea, tindakan dan hasil serta boleh berfikir secara lateral (KPM, 2012).
Sememangnya mata pelajaran Matematik perlu berbeza pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan mata pelajaran lain. Jika kaedah dan cara pengajaran yang sesuai dapat digunakan,
maka mata pelajaran tersebut akan lebih mudah dikuasai dan kemahira tertentu akan dapat dikembangkan
(Utusa Malaysia, 3 Oktober 1994). Pengubahsuaian dan perubahan strategi pengajaran Pendidikan
matematik diperlukan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan Kemahiran asas.
(Sabri Ahmad, 2006).
Dalam kajian ini, saya hanya memfokuskan untuk meningkatkan kemahiran murid menambah dan
menolak integer serta algebra. Secara khususnya, murid 4B menghadapi masalah untuk menambah dan
menolak integer serta algebra. Saya cuba menghasilkan satu inovasi berbentuk hands on dan minds on yang
dikenali sebagai STONES AND STICKS. Alat ini dicipta hanya menggunakan kayu aiskrim dan bebola
benang yang dilekatkan magnet sebagai simulasi nombor positif dan nombor negatif. Diharapkan STONES
AND STICKS ini dapat membantu meningkatkan kefahaman murid Tingkatan 4B tentang bagaimana untuk
mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan yang melibatkan operasi tambah dan tolak integer serta
algebra.

3.0 Objektif Kajian


3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan teknik STONES AND STICKS bagi
membantu murid menguasai kemahiran menambah dan manolak integer serta algebra yang melibatkan nilai
positif dan negatif atau kedua – duanya sekali.

3.2 Objektif Khusus


Diakhir kajian, murid boleh
a) menambah dan menolak integer dengan betul
b) menambah dan menolak integer serta algebra dengan betul

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 20 orang murid dari kelas 4B. Mereka terdiri daripada 10 murid lelaki dan
10 murid perempuan SMK Bukit Kapar.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah – langkah yang seterusnya diambil, saya telah membuat tinjauan terhadap
masalah yang dikenal pasti supaya saya dapat memahami masalah tersebut dengan lebih jelas dan terang.
Tinjauan masalah yang saya lakukan termasuklah ujian pra dan dan ujian pasca.

5.1.1 Pemerhatian Awal


Saya telah membuat Pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung sebelum dan selepas kajian. Saya juga membuat semakan buku latihan murid untuk
mengenalpasti tahap penguasaan mereka.

148
5.1.2 Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu 20 orang murid 4B untuk mengesan sejauh
mana kefahaman konsep mengenai penambahan dan penolakan integer. Item ujian pra merupakan item
yang dibina bagi menguji kefahaman murid.

5.1.3 Ujian Pasca


Ujian Pasca diberikan selepas teknik STONES AND STICKS diperkenalkan. Murid menjawab
soalan yang sama dengan soalan ujian pra. Murid dan guru membandingkan markah yang diperolehi oleh
murid sebelum dan selepas teknik ini diperkenalkan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Analisis telah dibuat untuk kesemua tinjauan masalah supaya data yang saya perolehi sahih dan
dapat dirumuskan bagi membuat kesimpulan keberkesanan Teknik STONES AND STICKS dalam
kalangan murid tingkatan 4B.

5.2.1 Analisis Pemerhatian Awal


Berdasarkan Pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran, didapati bahawa
murid kurang memberi respon dan tidak yakin dengan jawapan yang mereka berikan semasa ditanya oleh
guru. Mereka menjawab dengan suara yang perlahan dan ada yang tidak memberi sebarang jawapa

5.2.2 Analisis Ujian Pra


Seramai 20 orang murid 4B terlibat untuk menjawab soalan ujian pra yang melibatkan tambah dan
tolak integer. Jadual 1 menunjukkan pencapaian yang diperolehi oleh 20 orang murid 4B. Hasil dapatan
Ujian Pra membuktikan bahawa 80% daripada murid kelas ini tidak menguasai kemahiran tolak dan tambah
nombor integer serta algebra dan saya perlu membantu mereka menggunakan Teknik STONES AND
STICKS.

Jadual 1
Pencapaian Ujian Pra bagi 20 orang murid 4B
PENCAPAIAN MURID
GRED MARKAH
BIL PERATUS (%)
A 80 – 100 0 0
B 70 – 79 0 0
C 60 – 69 1 5
D 50 – 59 1 5
E 40 – 49 2 10
F 0 – 39 16 80

5.2.3 Analisis Ujian Pasca


Ujian Pasca dijalankan selepas murid diperkenalkan teknik STONES AND STICKS. Soalan ujian
pasca adalah soalan yang sama seperti soalan ujian pra. Murid membandingkan markah yang diperolehi
sebelum dan selepas mereka menggunakan teknik STONES AND STICKS

149
Jadual 2
Pencapaian Ujian Pasca bagi 20 orang murid 4B

PENCAPAIAN MURID
GRED MARKAH
BIL PERATUS (%)
A 80 – 100 14 70
B 70 – 79 6 30
C 60 – 69 0 0
D 50 – 59 0 0
E 40 – 49 0 0
F 0 – 39 0 0

Melalui analisis yang diperolehi, didapati bahawa teknik STONES AND STICKS telah berjaya
memberi kefahaman kepada 20 orang murid 4B mencari jawapan untuk soalan yang melibatkan operasi
tambah dan tolak integer serta algebra.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Berdasarkan tinjauan masalah, didapati murid tidak dapat menambah dan menolak integer serta
algebra dengan betul.Untuk mengatasi masalah ini, saya bertanggungjawab untuk memperkenalkan teknik
STONES AND STICKS kepada mereka dalam melaksanakan kajian ini. Rajah 1 di bawah menunjukkan
tindakan - tindakan yang telah saya lakukan untuk menjalankan kajian.

• Menyediakan model Stone iaitu bebola benang yang bermagnet untuk


1 mewakili nilai negatif. Stone mewakili – 1 (negatif satu )

• Menyediakan model Sticks iaitu kayu aiskrim yang bermagnet untuk


2 mewakili nilai positif. 1 Stick mewakili + 1 (positif satu )

• Menyediakan papan bermagnet untuk menjadi ruang untuk mengira


3 dan menyimpan Stones dan Sticks.

• Memberi taklimat kepada murid cara penggunaan Stones and Sticks


4 semasa kajian.

• Menjalankan aktiviti - aktiviti intervensi.


• a) Inkuiri Stones And Sticks.
5 • b) Sensori Stones And Sticks
• c) Masteri Stones And Sticks

Rajah 1 : Tindakan - tindakan menjalankan kajian.

150
STONES AND STICKS merupakan alat bantu mengajar yang direka khas untuk menjalankan operasi
tambah dan tolak integer. Jadual 3 menunjukkan nilai yang diwakili oleh Stone dan Stick. Satu bebola
benang mewakili satu Stone dan nilainya ialah negatif satu manakala satu kayu aiskrim mewakili satu
Sticks dengan nilai positif satu. Bagi pasangan Stone dan Stick pula membawa nilai sifar (0).

Jadual 3
Nilai yang diwakili oleh Stone dan Stick

Bebola Benang = Stone Kayu Aiskrim = Stick Stone and Stick


Mewakili integer negatif Mewakili integer positif Mewakili 0

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian


5.4.1 Aktiviti 1: Inkuiri STONES AND STICKS
Murid – murid diperkenalkan dengan cara penggunaan kit STONES AND STICKS dan murid
diminta menentukan setiap nilai Stones dan Sticks yang diberikan guru.

PENGGUNAAN kit STONES AND STICKS

Soalan 1 : Selesaikan – 5 + 3 =

Langkah 1 : Sediakan 5 Stones untuk nilai – 5.

Langkah 2 : Sediakan 3 Sticks untuk nilai +3.

5 Stones mewakili nilai – 5

3 Sticks mewakili nilai +3

151
Langkah 3 : Gabungkan secara berpasangan Stones dan Sticks supaya nilainya menjadi 0.

Langkah 4 : Nilai Stones atau Sticks yang tiada pasangan diambil sebagai nilai jawapan
untuk soalan tersebut.

3 pasangan Stones
dan Sticks bernilai 0.

Jawapan adalah – 2 kerana terdapat dua biji Stones yang tiada pasangan.

PEMERHATIAN
Murid teruja dan berjaya mencari jawapan bagi soalan yang melibatkan operasi tambah dan tolak
integer. Murid berpeluang melakukan aktiviti hands on dalam suasana yang ceria untuk mendapatkan
jawapan dengan betul dan seronok. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid untuk mencipta soalan
mereka sendiri.

REFLEKSI
Seramai 20 orang murid telah menguasai kemahiran tambah dan tolak integer. Saya berasa sangat
seronok kerana mereka telah berjaya menguasai kemahiran tambah dan tolak integer yang selama ini
dianggap susah dan beranggapan jawapan hanya boleh diperolehi daripada kalkulator sahaja.

5.4.2 AKTIVITI 2 : SENSORI STONES AND STICKS


Aktiviti Sensori Stones and Sticks ini pula merupakan aktiviti pengukuhan tanpa menggunakan kit
STONES AND STICKS. Aktiviti ini hanya memerlukan sebatang pen atau pensel dan sehelai kertas.
Dengan menukarkan bebola benang kepada tanda ( θ ) mewakili nilai negatif dan kayu aiskrim ditukarkan
kepada tanda ( / ) mewakili nilai positif , teknik STONES AND STICKS masih boleh digunakan semasa
murid menjawab soalan peperiksaaan tanpa menggunakan kit mahupun kalkulator.

152
Soalan 2 : Selesaikan – 2 + 5 =
Langkah 1 : Lukiskan 2 Stones untuk nilai – 2.

Langkah 2 : Lukiskan 5 Sticks dan pasangkan Stones dan Sticks yang sesuai dengan
bilangannya.

Langkah 3 : Nilai Stones atau Sticks yang tiada pasangan diambil sebagai jawapan.

Jawapan adalah 3 kerana


terdapat tiga Sticks yang tiada
pasangan.

PEMERHATIAN
Murid lebih pantas untuk mendapatkan jawapan. Murid dilihat lebih yakin untuk menambah dan
menolak integer. Murid didapati sangat aktif dan berlumba – lumba untuk menjadi murid terawal yang
memberikan jawapan yang betul.

REFLEKSI
Saya sangat teruja kerana mereka dapat memberikan jawapan kepada soalan yang melibatkan
operasi tambah dan tolak integer. Murid sangat yakin dan pantas memberikan jawapan. Saya yakin
kemahiran yang diperolehi dapat membantu mereka menyelesaikan masalah matematik yang lain.

5.4.3 AKTIVITI 3 : MASTERI STONES AND STICKS


Aktiviti Masteri STONES AND STICKS pula merupakan aktiviti penambahan dan penolakan
melibatkan algebra. Teknik STONES AND STICKS masih digunakan dalam aktiviti ini.
Soalan 3 : Selesaikan −2𝑥 − 3𝑥 − 2𝑦 + 4𝑦 =

Langkah 1 : Lukiskan 2 kotak untuk mewakili ruang sebutan x dan sebutan y.

Langkah 2: Lukiskan simbol Stones dan Sticks pada ruang yang sepadan dan selesaikan
menggunakan teknik STONES AND STICKS.

Langkah 3: Semua nilai yang tiada pasangan di setiap ruang diambil sebagai jawapan.

Jawapan adalah −5𝑥 + 2𝑦


kerana terdapat 5 stones dalam
ruang sebutan x dan 2 sticks
dalam ruang sebutan y.

153
PEMERHATIAN
Murid lemah agak keliru sedikit pada permulaannya. Walau bagaimanapun lama kelamaan mereka
dapat memberikan jawapan dengan betul dan lebih yakin untuk menambah dan menolak algebra.

REFLEKSI
Murid – murid sangat kagum dengan diri mereka sendiri. Mereka juga telah menunjukkan minat
untuk menjawab soalan melibatkan tambah dan tolak integer dan algebra.

6.0 Refleksi Kajian


6.1 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian
Kajian ini telah dilaksanakan selama 1 minggu. Selepas ujian Pasca, saya telah menguji 20 orang
4B tersebut secara spontan di dalam kelas. Berdasarkan Pemerhatian saya, teknik STONES AND STICKS
telah berjaya membantu murid menguasai kemahiran menambah dan menolak integer serta algebra. Murid
dapat menjawab soalan dengan keyakinan yang tinggi. Rakan guru juga telah memberikan komen yang
membina, dorongan dan sokongan terhadap usaha saya.

KEPUTUSAN
Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid selepas ujian pra, saya telah mencipta
teknik STONES AND STICKS bersama kit yang boleh digunakan oleh semua aras murid. Teknik STONES
AND STICKS memberi impak yang tinggi kepada murid 4B berdasarkan graf taburan markah murid yang
dipaparkan dalam graf 1 dan graf 2 di bawah.

Graf 1: Taburan markah murid 4B dalam ujian pra

Taburan Markah Murid Ujian Pra


5
BILANGAN MURID

4
3
2
1
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Ujian Pra 1 2 4 3 1 2 3 2 1 1
MARKAH MURID

Graf 1 menunjukkan taburan markah murid dalam ujian pra tertumpu kepada nilai markah kurang
daripada 10.

154
Graf 2: Taburan markah murid 4B dalam ujian pasca.

Taburan Markah Murid Ujian Pasca


9
8
BILANGAN MURID

7
6
5
4
3
2
1
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Ujian Pasca 3 3 1 2 2 1 8
MARKAH MURID

Graf 2 menunjukkan taburan markah murid dalam ujian pasca tertumpu kepada nilai markah yang lebih
tinggi iaitu antara 14 hingga 20 markah.

Daripada analisis data yang diperolehi terbukti bahawa teknik STONES AND STICKS dapat
menigkatkan penguasaan operasi tambah dan tolak integer serta algebra dalam kalangan murid 4B. Saya
sangat gembira kerana dapat membantu mereka menguasai kemahiran ini. Sikap murid juga telah
menunjukkan bahawa mereka gembira dan seronok semasa berada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Malah ada murid yang meminta saya menghasilkan teknik magik sebegini lagi untuk tajuk – tajuk yang
akan datang. Situasi ini telah memberi motivasi kepada murid untuk terus meminati mata pelajaran
matematik dan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Untuk kajian yang akan datang, saya bercadang untuk mengaplikasikan kaedah STONES AND
STICKS ini dalam aplikasi atas talian dan membina satu permainan yang boleh dilayari oleh murid – murid
untuk dijadikan sebagai latihan pengukuhan. Selain itu, penambahbaikan juga boleh dilakukan untuk
meluaskan penggunaannya sebagai teknik untuk menyelesaikan masalah berkaitan nombor pecahan dan
nombor perpuluhan.

Rujukan

Azhari Mariani , Zaleha Ismail, (2007). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke Atas Amalan Pengajaran Kreatif.
Bloom B.S (1968), Learning of Mastery; Evaluation Comment ( UCLA – CSIEP)
JURNAL Penyelidikan Pendidikan KPM, Jilid 18 (2017). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ketterlin-Geller (2015), Southern Methodist University, Dallas,USA ,Measuring Middle School Students’
Algebra Readiness: Examining Validity Evidence for Three Experimental Measures
https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/1534508415586545
Lee Saw Im, Nurhaiza Bt Che Mat, Ku Mahani Bt Ku Desa (2019), Posiding Persidangan Profesionalisme
Guru Malaysia Peringkat Kebangsaan . Majlis Guru Cemerlang WPKL
Sabri Ahmad (2006), Jabatan Matematik, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Isu
– isu dalam Pendidikan Matematik.
http://kllibrary.dbkl.gov.my/client/en_US/pkl/search/detailnonmodal/ent:$002f$002fSD_ILS$002f0$002f
SD_ILS:64991/one?qu=Tengku+Zawawi+Tengku+Zainal&ps=300

155
KAEDAH MENGHAFAL IMBUHAN DENGAN
MENGGUNAKAN LAGU “PREFIXES SONG” UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGIRAAN
PERTUKARAN UNIT DALAM MATA PELAJARAN
FIZIK
Wan Suharti Wan Kamaruddin
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut, Pahang
Emel : wansuharti@yahoo.com

Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar mengingati nilai faktor kuasa bagi subtajuk
Imbuhan dalam sukatan pelajaran Fizik Tingkatan 4. Faktor kuasa imbuhan ini adalah asas kepada
pengiraan pertukaran unit yang lazimnya digunapakai untuk menyelesaikan beberapa soalan penyelesaian
masalah mata pelajaran Fizik. Seramai 17 orang pelajar daripada Kelas 5 Cambridge terlibat dalam kajian
ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan untuk menghafal imbuhan. Tinjauan awal
mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam penguasaan hafalan imbuhan telah dijalankan dengan
menganalisis jawapan pelajar semasa Ujian Topikal Bab 1 Tingkatan 4. Berdasarkan analisis tersebut,
didapati bahawa pelajar sukar menghafal faktor kuasa imbuhan. Bagi menangani masalah itu, pelajar telah
diperkenalkan satu kaedah menarik untuk menghafal imbuhan iaitu dengan menggunakan lagu “Prefixes
Song”. Kaedah ini merupakan inovasi guru yang menggunakan irama petikan lagu iklan yang popular
sekitar tahun 1990-an iaitu Lagu Iklan Gula-gula Nano. Inovasi ini dilakukan sebagai kaedah alternatif
untuk menghafal susunan imbuhan mengikut simbol dan faktor imbuhan. Kaedah ini telah diperkenalkan
kepada pelajar untuk membantu mereka mengingati faktor kuasa imbuhan berserta dengan simbol dan
seterusnya memudahkan pelajar menyelesaikan masalah pengiraan berkaitan dengan pertukaran unit.
Perbandingan Data Ujian Pra dan Ujian Pasca yang menunjukkan peningkatan merupakan eviden
keberkesanan intervensi ini. Peningkatan keputusan Ujian Pasca juga membuktikan bahawa proses
intervensi ini sesuai dijalankan kepada pelajar. Justeru, inovasi ini berpotensi membantu pelajar menghafal
imbuhan di samping mewujudkan satu sesi pembelajaran yang menarik kepada pelajar.

Kata kunci : Prefixes Song, Fizik, SMK Jerantut, Imbuhan

1.0 Refleksi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PDPC)


Selepas guru menyemak kertas peperiksaan Ujian Topikal Bab 1 Tingkatan 4 (UT B1 T4), didapati
bahawa majoriti pelajar agak lemah untuk mengingati semula turutan imbuhan, simbol imbuhan dan faktor
kuasa imbuhan. Apabila pelajar tidak dapat menguasai hafalan imbuhan asas ini, pelajar menghadapi
masalah untuk menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah bagi subtajuk yang berikutnya.

2.0 Fokus Kajian


Dalam kajian ini, guru memfokuskan kaedah alternatif bagi pelajar untuk menghafal simbol
imbuhan, turutan imbuhan dan faktor kuasa imbuhan. Selepas peperiksaan UT B1 T4, beberapa kelemahan
pelajar telah dikenalpasti semasa menjawab soalan ujian subtajuk Imbuhan iaitu:
1. Pelajar tidak dapat menghafal simbol imbuhan.
2. Pelajar tidak dapat menghafal faktor kuasa imbuhan mengikut turutan.
3. Pelajar tidak faham cara untuk menukarkan unit semasa menjawab soalan berbentuk penyelesaian
masalah.

156
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan satu kaedah khusus supaya supaya kelemahan-
kelemahan pelajar yang disenaraikan di atas dapat dikurangkan ke tahap paling minimum. Hal ini dapat
membantu pelajar supaya lebih menguasai subtajuk Imbuhan dengan lebih baik.

3.0 Latar Belakang Kajian


Selepas mengkaji Refleksi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) subtajuk Imbuhan, didapati
bahawa pelajar telah diajar bab ini secara terus menggunakan Kaedah “Chalk and Talk” sahaja tanpa
menekankan kaedah menghafal yang khusus. Peringkat awal kajian ialah mengesan kelemahan pelajar
menjawab soalan berasaskan imbuhan berdasarkan keputusan UT B1 T4. Guru telah membantu pelajar
dengan memperkenalkan satu inovasi PdPc hasil gabungan lagu tema iklan dan kandungan mata pelajaran
Fizik.

4.0 Pernyataan Masalah


Isu yang timbul ialah pelajar sukar menghafal faktor imbuhan dan tidak dapat menguasai kemahiran
asas pengiraan dalam mata pelajaran Fizik. Rentetan daripada masalah ini, pelajar sukar menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan penggunaan faktor imbuhan. Justeru, kemahiran asas
ini perlu dimantapkan seawal pengenalan mata pelajaran Fizik kepada semua pelajar aliran sains.

5.0 Objektif Kajian


5.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian ini ialah untuk memastikan pelajar dapat menguasai asas pengiraan
penyelesaian masalah dalam mata pelajaran Fizik. Untuk menguasai kemahiran asas pengiraan ini, pelajar
terlebih dahulu perlu menguasai subtajuk Imbuhan supaya pelajar tidak mengira dengan salah.

5.2 Objektif Khusus


Objektif khusus bagi kajian ini ialah :
i) Membantu pelajar dapat menghafal imbuhan dengan turutan yang betul.
ii) Membantu pelajar dapat menghafal simbol imbuhan.
iii) Membantu pelajar dapat menghafal faktor kuasa imbuhan mengikut turutan.
iv) Membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengiraan pertukaran unit semasa
menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah.

6.0 Kumpulan Sasaran


Semua pelajar aliran sains Tingkatan 5 di SMK Jerantut, Jerantut, Pahang yang mengambil mata
pelajaran Fizik iaitu pelajar Kelas 5 Cambridge seramai 17 orang.

7.0 Pelaksanakan Tindakan


7.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal mendapati dua daripada 17 orang pelajar yang mengambil kertas Fizik semasa
menduduki UT B1 T4 memperoleh markah sifar bagi soalan menyatakan simbol dan faktor kepada
Imbuhan dalam Instrumen Penilaian Item A. Terdapat lapan daripada 17 orang pelajar memperoleh markah
kurang daripada 50%. Kebanyakan pelajar tidak menghafal simbol dan faktor kuasa imbuhan dengan baik
dan seterusnya tidak boleh menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah dalam Instrumen Penilaian
Item B.

157
% Ujian Gred % Ujian Pra Mengikut
Sampel Kumpulan Gred
Pra Ujian Pra Kumpulan Gred
Pelajar 1 80 A A+ hingga B 8
Pelajar 2 24 G C+ hingga E 4
Pelajar 3 32 G G (Gagal) 5
Pelajar 4 44 E Jumlah Pelajar 17
Pelajar 5 4 G
Pelajar 6 80 A % Ujian Pra
Pelajar 7 48 D Mengikut Kumpulan Gred
Pelajar 8 8 G
Pelajar 9 60 B
Pelajar 10 84 A G (Gagal)
Pelajar 11 72 A- 29%
Pelajar 12 84 A (A+,A,A-
Pelajar 13 20 G B+,B)
Pelajar 14 48 D 47%
Pelajar 15 52 C
Pelajar 16 88 A
Pelajar 17 80 A (C+,C,D,E)
24%
Jadual 1 : Markah Ujian Pra dan Pecahan Peratus Prestasi Pelajar Mengikut Kumpulan Gred

7.2 Perancangan Tindakan


Tindakan yang dirancang untuk mengatasi masalah ini ialah dengan merangka satu proses
intervensi yang boleh mengatasi kelemahan pelajar berdasarkan Refleksi peperiksaan UT B1 T4. Proses
intervensi ini perlu diselaraskan berdasarkan keputusan peperiksaan sebelum (Ujian Pra) dan selepas (Ujian
Pasca) kaedah ini diperkenalkan kepada pelajar.

7.3 Persampelan
Persampelan bertujuan telah dijalankan dengan menjadikan semua pelajar 5 Cambridge yang
mengambil Fizik sebagai sampel. Jumlah sampel ialah seramai 17 orang. Persampelan ini dilakukan tanpa
mengira pencapaian markah yang pelajar peroleh melalui peperiksaan yang lalu.

7.4 Instrumentasi dan Penilaian


Terdapat dua instrumen yang digunakan semasa kajian dilakukan iaitu Instrumen Item A dan
Instrumen Item B. Kedua-dua item ini mempunyai spesifikasi ujian yang berlainan kerana kemahiran yang
diuji adalah berbeza. (Rujuk Lampiran)

7.5 Pelaksanaan Aktiviti


Terdapat empat langkah telah dilakukan semasa aktiviti PdPc berlangsung. Ringkasan pelaksanaan
aktiviti ini adalah seperti berikut :

158
Langkah Aktiviti Kaedah Pelaksanaan
• Simbol dihafal berdasarkan huruf pertama
Menghafal Simbol
1 imbuhan dengan menulis kembali simbol
Imbuhan
mengikut turutan

Langkah Aktiviti Kaedah Pelaksanaan


• Faktor imbuhan dihafal berdasarkan
Menghafal Faktor
2 gandaan tiga dan konsep paksi koordinat
Imbuhan
Cartesan

• Faktor kuasa dihafal berdasarkan


sifir tiga dan konsep paksi
koordinat Cartesan.
• Sifir 3 : 3, 6, 9, 12

Positif

Negatif
• Paksi koordinat Cartesan

159
Langkah Aktiviti Kaedah Pelaksanaan
Menghafal turutan Simbol
• Menggunakan petikan irama lagu “Iklan
Imbuhan dengan
3 Gula-gula Nano” (irama pada 10-15 saat
Menyanyikan lagu
pertama)
“Prefixes Song”

• Sumber video :
http://www.youtube.com/watch?v=NIWyW9S6Okw

Langkah Aktiviti Kaedah Pelaksanaan


• Menulis susunan simbol daripada nilai
Menyanyikan lagu
paling besar hingga paling kecil sambil
“Prefixes Song” sambil
menyanyikan lagu “Prefixes Song”
4 mengulangi Langkah 1
• Menentukan faktor imbuhan menggunakan
dan Langkah 2 secara
konsep gandaan tiga dan konsep paksi
serentak
koordinat Cartesan
8.0 Dapatan Kajian
Data yang dikumpul menunjukkan perbezaan skor markah yang diperoleh sampel pelajar bagi
kedua-dua Item A dan Item B semasa Ujian Pra UT B1 T4 dan Ujian Pasca UT B1 T4.

8.1 Analisis Data


Berdasarkan perbezaan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca UT B1 T4, analisis bagi kedua-dua
item menunjukkan lebih banyak pelajar yang mengalami peningkatan markah.

160
% Ujian Gred % Ujian Pasca Mengikut
Sampel Kumpulan Gred
Pasca Ujian Pasca Kumpulan Gred
Pelajar 1 92 A+ A+ hingga B 15
Pelajar 2 60 B C+ hingga E 1
Pelajar 3 88 A G (Gagal) 1
Pelajar 4 76 A- Jumlah Pelajar 17
Pelajar 5 12 G
Pelajar 6 96 A+ % Ujian Pasca
Pelajar 7 84 A Mengikut Kumpulan Gred
Pelajar 8 44 E G (Gagal)
Pelajar 9 80 A 6%
Pelajar 10 92 A+
Pelajar 11 84 A
Pelajar 12 100 A+
Pelajar 13 64 B (A+,A,A-
Pelajar 14 76 A- B+ B)
Pelajar 15 64 B (C+,C,D,E) 88%
Pelajar 16 84 A 6%
Pelajar 17 88 A

Jadual 2 : Markah Ujian Pasca dan Pecahan Peratus Prestasi Pelajar Mengikut Kumpulan Gred

Skor Gred Ujian Pra Ujian Pasca Catatan


A+ (90 - 100) 0 4
A (80 - 89) 6 6 % kumpulan pelajar yang mendapat
A- (70 - 79) 1 2 gred sederhana (B, B+) dan
B+ (65 - 69) 0 0 cemerlang (A-, A, A+) meningkat
B (60 - 64) 1 3
C+ (55 - 59) 0 0
C (50 - 54) 1 0 % kumpulan pelajar yang mendapat
D (45 - 49) 2 0 gred minima (E, D, C, C+) berkurang
E (40 - 44) 1 1
G (0 - 39) 5 1 % kumpulan pelajar gagal berkurang
TH (Tidak Hadir) 0 0
Jumlah Pelajar 17 17
Jadual 3 : Perbezaan Bilangan Pelajar Mengikut Gred ketika Menduduki Ujian Pra dan Ujian Pasca

8.1.1 Analisis Item A


Selepas Ujian Pasca, tiada pelajar yang mendapat markah sifar dan bilangan pelajar yang mendapat
markah penuh meningkat.

161
% Bilangan Pelajar
turun
6% sama
(0)
0%
sama
(1-10)
29% naik
65%
Rajah 1: Carta Pai dan Graf Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Item A

Sampel Pra Pasca Beza Indikator Nilai Indikator Bilangan


Pelajar 1 10 10 0 Sama (1-10) 1 Naik 11
Pelajar 2 1 7 6 Naik 2 Sama (1-10) 5
Pelajar 3 5 10 5 Naik 4 Sama (0) 0
Pelajar 4 6 9 3 Naik 3 Turun 1
Pelajar 5 0 3 3 Naik Jumlah Pelajar 17
Pelajar 6 10 10 0 Sama (1-10)
Pelajar 7 5 10 5 Naik Markah Pra Pasca
Pelajar 8 0 6 6 Naik 0 2 0
Pelajar 9 7 9 2 Naik 1 2 0
Pelajar 10 10 10 0 Sama (1-10) 2 0 0
Pelajar 11 10 10 0 Sama (1-10) 3 0 1
Pelajar 12 9 10 1 Naik 4 0 0
Pelajar 13 1 10 9 Naik 5 2 0
Pelajar 14 10 10 0 Sama (1-10) 6 1 1
Pelajar 15 7 8 1 Naik 7 2 1
Pelajar 16 10 9 -1 Turun 8 0 1
Pelajar 17 9 10 1 Naik 9 2 3
10 6 10
Jumlah 17 17
Jadual 4 : Analisis Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Item A

Indikator Perbezaan
Bilangan
Markah Ujian Pra dan Kesimpulan Umum Pencapaian Pelajar
Pelajar
Ujian Pasca
Pelajar dapat menghafal imbuhan, simbol imbuhan
Meningkat 11
dan faktor imbuhan dengan turutan yang betul
Pelajar hanya dapat menghafal sama ada imbuhan
Sama (Bukan nilai sifar) 5 atau simbol imbuhan atau faktor imbuhan dengan
turutan yang betul
Pelajar tidak dapat menghafal imbuhan, simbol
Sama (Sifar) 0 imbuhan dan faktor imbuhan dengan turutan yang
betul
Menurun 1 Pelajar lupa
Jadual 5 : Analisis Kesimpulan Umum Bagi Item A

162
8.1.2 Analisis Item B
Selepas Ujian Pasca, tiada pelajar yang mendapat markah sifar dan bilangan pelajar yang mendapat
markah penuh meningkat.

% Bilangan Pelajar
turun
12% sama
(0)
sama 0%
(1-5)
12%
naik
76%

Rajah 2 : Carta Pai dan Graf Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Item B

Sampel Pra Pasca Beza Indikator Nilai Indikator Bilangan


Pelajar 1 3 5 2 Naik 1 Naik 13
Pelajar 2 2 3 1 Naik 2 Sama (1-5) 2
Pelajar 3 0 4 4 Naik 4 Sama (0) 0
Pelajar 4 2 3 1 Naik 3 Turun 2
Pelajar 5 1 0 -1 Turun Jumlah Pelajar 17
Pelajar 6 5 5 0 Sama (1-5)
Pelajar 7 4 5 1 Naik Markah Pra Pasca
Pelajar 8 0 3 3 Naik 0 2 1
Pelajar 9 2 5 3 Naik 1 3 0
Pelajar 10 4 5 1 Naik 2 5 0
Pelajar 11 2 5 3 Naik 3 1 4
Pelajar 12 4 5 1 Naik 4 3 4
Pelajar 13 2 4 2 Naik 5 3 8
Pelajar 14 1 4 3 Naik Jumlah 17 17
Pelajar 15 1 3 2 Naik
Pelajar 16 5 4 -1 Turun
Pelajar 17 5 5 0 Sama (1-5)

Jadual 6 : Analisis Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Item B

163
Indikator Perbezaan Bilangan
Kesimpulan Umum Pencapaian Pelajar
Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Pelajar
Pelajar menguasai kemahiran pengiraan
pertukaran unit setelah dapat menghafal
Meningkat 13
imbuhan, simbol imbuhan dan faktor imbuhan
dengan turutan yang betul
Tahap penguasaan pelajar adalah sama (Pelajar
Sama (Bukan nilai sifar) 2
dapat markah penuh)
Pelajar langsung tidak tahu menggunakan faktor
Sama (Sifar) 0
kuasa imbuhan dalam pengiraan pertukaran unit
Menurun 2 Pelajar lupa
Jadual 7 : Analisis Kesimpulan Umum Bagi Item B

8.2 Refleksi Tindakan


Selepas melakukan kajian ini, pelajar dapat menghafal simbol imbuhan dan faktor imbuhan lebih
baik. Berdasarkan analisis data, peningkatan bilangan pelajar yang mendapat markah penuh dan
pengurangan bilangan pelajar yang mendapat markah sifar menunjukkan bahawa kaedah menghafal
imbuhan dengan menggunakan lagu “Prefixes Song” ini berkesan untuk membantu pelajar meningkatkan
daya ingatan seterusnya membantu meningkatkan kemahiran pengiraan penyelesaian masalah pertukaran
unit.

9.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Berdasarkan Analisis Item B, didapati bahawa lebih separuh daripada sampel pelajar masih lemah
untuk menguasai kemahiran pengiraan pertukaran unit. Menghafal simbol imbuhan dan faktor kuasa
imbuhan boleh mengurangkan pelajar yang mendapat markah sifar. Namun, kaedah ini masih perlu
diperluaskan supaya hafalan simbol imbuhan dan faktor kuasa imbuhan dapat diaplikasikan dengan kaedah
yang lebih spesifik dalam kemahiran pertukaran unit penyelesaian masalah. Untuk cadangan kajian yang
seterusnya, lagu “Prefixes Song” boleh ditambah nilai serta ditambah baik untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran yang diuji dalam Item B.
Selaras dengan pelaksanaan silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), tajuk
Imbuhan dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 telah diserap ke dalam silibus Sains Tingkatan 1. Justeru,
guru-guru Sains juga masih boleh mengubahsuai dan mengunakan lagu “Prefixes Song” ini untuk
mengukuhkan asas kemahiran pengiraan pertukaran unit bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1.

10. Kesimpulan
Inovasi PdPc secara pendedahan kaedah menghafal yang menarik kepada pelajar membantu
mereka mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas kepada satu mata pelajaran yang tertentu. Kaedah
menghafal menggunakan lagu nyanyian petikan iklan juga merupakan idea baru yang menarik sebagai
alternatif menghafal simbol imbuhan dan faktor imbuhan. Di samping itu juga, susasana PdPc akan menjadi
lebih ceria dengan unsur-unsur nyanyian yang menarik minat pelajar untuk menguasi mata pelajaran
tersebut.

Rujukan

Prosiding Kolokium Guru Cemerlang Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018 (2018)
Koleksi Amalan Baik & Inovasi Guru Cemerlang WPKL, Percetakan Kam Heng SDN. BHD.
Mohd Khairul Anuar Bin Md Mustafa (2017) Bahan Bantu Belajar Fizik Edisi Guru.

164
Vengadesh Perisamy, Noraini Binti Abdullah, Et all (2016) Buku Teks Sains Tingkatan 1, Karangkraf
Network SDN. BHD.
SMK Elopura (2012) Kompilasi 1 Staf 1 Projek : Edisi 2012, Syarikat Sunshine Printing SDN. BHD.
Badariah Binti Hamzah, Cham You, Et all (2005) Buku Teks Fizik Tingkatan 4, Zeti Enterprise.

LAMPIRAN

Lampiran Kandungan Subtopik Imbuhan

Simbol Imbuhan dan Faktor Imbuhan yang Perlu Dihafal Serta Contoh Penulisan Imbuhan

Contoh Soalan Penyelesaian Masalah Melibatkan Kemahiran Pengiraan Pertukaran Unit dalam
Bab 1 Fizik Tingkatan 4

165
Lampiran Instrumen

Instrumen Item A

Instrumen Item B

166
APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN SMART SINGING
DALAM MEMPERTINGKATKAN KOSA KATA DAN
PRESTASI PENCAPAIAN BAHASA ARAB – SATU
KAJIAN TINDAKAN BAGI MURID TAHUN 5 OMAR
Mohd Riduan Nazarudin dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff

Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan di mana pengkaji menfokuskan murid tahun lima Omar yang
bersekolah di SRA Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras Kuala Lumpur. Pengkaji mendapati bahawa
prestasi pencapaian markah murid tahun lima Omar sangat rendah terutama pada tajuk tasrif fi’il madhi.
Ini dilihat dari hasil keputusan ujian prestasi bulanan mereka. Ujian pra dan ujian pos dijalankan kepada
murid berkenaan untuk mengenal pasti tanggapan pengkaji pada peringkat awal. Di dapati bahawa
keputusan ujian pra bagi tajuk tasrif fi’il madhi sangat mendukacitakan. Oleh itu pengkaji mengambil
langkah dengan aplikasi pengajaran smart singing kepada murid- murid berkenaan. Pengajaran smart
singing merupakan metod pengajaran berbentuk nyanyian hiburan. Untuk menguji sejauh mana
keberkesanan aplikasi smart singing tersebut, pengkaji menggunakan analisis statistik inferensi pada ujian
pra dan pos. Statistik inferensi dilihat dari statistik asas, statistik kolerasi dan ujian T. Dari hasil dapatan
tersebut mendapati bahawa aplikasi pengajaran dengan menggunakan smart singing telah berjaya
meningkatkan prestasi murid dalam pencapaian markah mereka. Akhir kata, pengkaji berharap agar setiap
warga guru dapat membuat kajian tindakan bagi memperoleh hasil pengajaran yang lebih baik.

Kata kunci: smart singing, prestasi, bahasa Arab

1.0 RefleksiPengajaran Lalu


Setiap kali memulakan sesi pengajaran bahasa Arab di kelas, pengkaji mendapati murid-murid
kurang berminat untuk belajar bahasa Arab. Kaedah nahu dan terjemah yang sering diajar oleh guru bahasa
Arab membuatkan mereka telah terbiasa menulis makna pada setiap perkataan bahasa Arab yang terdapat
di dalam buku teks. Penekanan kosa kata juga kurang diterapkan oleh guru kerana sekian lama sudah
terbiasa dengan teknik nahu dan terjemah.
Dalam situasi ini, pengkaji menguji murid yang di ajar dengan bertanyakan beberapa perkataan di
dalam bahasa Arab, malangnya mereka tidak dapat menjawab sedangkan soalan yang diajukan merupakan
soalan yang terdapat di dalam sukatan pelajaran. Bagaimana sekian lama mereka belajar bahasa Arab tetapi
kosa kata mereka sangat lemah?. Bahkan ada yang tidak tahu membaca. Teknik dan pengajaran bahasa
Arab seharusnya perlu dilakukan perubahan. Kerana ini akan melibatkan masa depan murid yang kian lama
tidak berminat untuk belajar bahasa Arab.
Di dalam kelas, pengkaji kerap memerhatikan tindakan murid ketika sesi belajar bahasa Arab,
dengan kaedah tradisional mereka belajar seolah-olah terpaksa. Ada juga ketika sesi membaca beramai-
ramai sebahagian dari mereka berbual dan bermain. Bahasa Arab merupakan bahasa yang agar sukar untuk
dipelajari jika tiada minat terhadapnya. Sebagai guru, pengkaji perlu lakukan perubahan kepada murid
berkenaan. Perlu wujudkan rasa keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
pembelajaran cara lama tidak memberi apa-apa kesan minat pada mereka. Bahkan ada segelintir yang
mengatakan rasa tidak seronok belajar dan mengantuk.
Dalam permasalahan yang pengkaji hadapi, pengkaji melihat beberapa faktor kesukaran yang
dengan ini ianya perlu melakukan satu anjakan pengajaran antaranya:

167
1. Murid tidak menguasai kosa kata dengan baik terutama pada bahagian sarf iaitu tasrif fi’il. Dan
mereka telah terbiasa dengan kaedah baca dan tulis makna.
2. Aras kosa kata yang terkandung di dalam buku teks tahun lima agak sukar ini dapat dilihat dari
hasil pencapaian murid melalui ujian pertengahan dengan keputusan yang tidak memuaskan.
2.0 Isu Keperihatinan Fokus Kajian
Kaedah smart singing bertujuan untuk menarik minat murid dalam pembelajaran bahasa Arab
darjah lima terutama dalam tajuk tasref fi’il yang merupakan salah satu topik dalam pembelajaran tahun
lima.
Tujuan khusus kaedah ini dijalankan adalah seperti berikut:
1. Menarik minat murid dalam aktiviti belajar sambil berhibur
2. Melatih kemahiran membaca dan menghafal murid dalam bentuk nyanyian
3. Meningkatkan prestasi pencapaian murid di dalam peperiksaan.

3.0 Objektif Kajian


1. Menentukan keberkesanan pengajaran kaedah smart singing terhadap peningkatan kosa kata
murid
2. Menentukan keberkesanan pengajaran kaedah smart singing terhadap prestasi pencapaian murid

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini menfokuskan kepada murid darjah lima omar di Sekolah Rendah Agama Al-Mubarakah
Cheras. Seramai 30 orang murid dijadikan subjek kajian ini. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang
menggunakan instrumen ujian pra dan pos bagi memperoleh hasil dapatan yang seimbang sebelum dan
selepas pengajaran. Kaedah pengajaran smart singing dilaksanakan selepas ujian pra dijalankan.
Perbandingan markah ujian pra dan pos responden untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran
dengan menggunakan smart singing terhadap penguasaan kosa kata dan prestasi pencapaian murid yang
terlibat.

5.0 Perlaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah
Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang dianggap sebagai subjek sukar di kalangan murid. Ia
disebabkan Antara lainnya faktor pengajaran guru yang memberi kesan kepada minat murid terhadap mata
pelajaran bahasa Arab. Kajian di MRSM Ulul Albab, Kota Putra yang dibuat oleh Mohammad Abdillah
Samsuiman, Miss Asma Benjaman dan Zamri Ariffin (2014) mendapati bahawa kecenderungan minat
murid dengan kualiti pedagogi guru bahasa Arab mempunyai signifikan.
Oleh itu, guru bahasa Arab hendaklah meningkatkan kualiti pedagogi dengan mempraktikkan
kepelbagaian kaedah pengajaran yang merangsang minat murid terhadap pembelajaran bahasa Arab. Guru
bahasa Arab hendaklah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid.
(Atoh, Ramli & Hamat 2014).
Antara faktor utama yang menjadi masalah pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab adalah
kekurangan aktiviti bahasa dalam pengajaran bahasa Arab. Permasalahan ini menyebabkan murid kurang
minat di dalam bahasa Arab dan tidak mahir membina ilmu yang berterusan.
Ia berpunca dari faktor kualiti guru bahasa Arab yang tidak memberangsangkan Atoh, N., Ramli,
S. H., & Hamat, M. Z. A. (2014). Kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak
mencapai aras pengajaran komunikatif yang melahirkan murid berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa Arab dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, penggunaan teknik soal jawab, teknik dengar tutur dan
teknik-teknik yang lain kurang dilakukan oleh guru (Ismail, Tamuri, Yusoff & Othman 2011).

168
6.0 Tindakan Yang Dijalankan
Pengkaji menggunakan ujian pra dan pos bagi melihat keberkesanan pengajaran teknik smart
singing yang diajar. Kemudian dari hasil markah ujian pra dan pos dianalisis dengan menggunakan statistik
inferensi ujian T sampel berpasangan ( paired samples T-test). Data dihuraikan dalam jadual statistik asas,
statistik kolerasi dan statistik ujian T bersandar. Hasil tersebut akan dihuraikan dalam bentuk pernyataan.
Bagi menguji keberkesanan pengajaran kaedah smart singing terhadap peningkatan kosa kata
murid, pengkaji menilai dari aspek ujian yang dijalankan kerana ujian tersebut tidak mempunyai pilihan
jawapan. Murid perlu menguasai kosa kata dalam bentuk hafalan melalui teknik pengajaran smart singing.
Dan dari ujian tersebut, murid yang menguasai kosa kata akan dapat menjawab ujian tersebut dengan baik.

Jadual 1
Markah pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos bagi mata pelajaran Bahasa Arab pada topik fi’il
madhi (gelungan pertama).
Murid Ujian pra Ujian pos
1 0 69
2 38 85
3 0 62
4 0 100
5 23 92
6 30 61
7 0 92
8 0 69
9 50 100
10 0 85
11 30 100
12 0 92
13 8 100
14 15 85
15 15 92
16 0 85
17 0 100
18 0 54
19 0 62
20 8 85
21 53 100
22 0 100
23 0 92
24 15 100
25 0 100
26 0 92
27 0 100
28 0 100
29 15 100
30 0 92

169
7.0 Analisis Dapatan Inferensi Bagi Ujian Pra Tasrif Fi’il Madhi

Statistik asas
Min N Sisihan piawai Min ralat
piawai
ujian pra tasrif fi’il madhi 10.00 30 15.658 2.859
ujian pos tasrif fi’il madhi 88.20 30 14.194 2.591

Statistik asas di atas menunjukkan min pencapaian markah ujian pra tasrif fi’il madhi ialah 10
manakala min pencapaian markah ujian pos tasrif fi’il madhi ialah 88.20. Jurang di antara ujian pra dan
ujian pos ialah 78.20.

Statistik Kolerasi
N Kolerasi Sig.
ujian pra tasrif fi’il madhi
& ujian pos tasrif fi’il 30 .179 .345
madhi

Statistik kolerasi di atas menunjukkan kolerasi ujian pra dan ujian pos tasrif fi’il madhi .179 dan
aras signifikan pada( p > 0.05). Terdapat hubungan linear positif yang lemah tidak signifikan. Ini
menunjukkan pelajar yang memperoleh hasil markah yang rendah pada ujian pra berkecenderungan
memperoleh markah yang tinggi pada ujian pos dan begitu juga sebaliknya.

Statistik ujian T bersandar


Perbezaan pasangan t df Sig (2
Min Sisihan Min ralat tailed)
piawai piawai
Ujian pra
pelajar - -78.200 19.164 3.499 -22.350 29 .000
Ujian pos
pelajar

Statistik ujian T bersandar pada jadual di atas menunjukkan nilai t adalah signifikan (t= -22.350, df
=29, p<0.05). Ini menunjukkan bahawa pendekatan dalam proses pengajaran guru dengan menggunakan
kaedah pengajaran smart singing telah menjadikan pencapaian pelajar lebih baik. Ia sekali gus
meningkatkan kefahaman murid dan prestasi pada markah murid. Kaedah pengajaran ini merupakan
pendekatan untuk murid mudah mengingat dan menghafal kosa kata di dalam tasrif fi’il madhi. Ini
menjadikan satu kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji membuahkan hasil yang baik.

8.0 CADANGAN
Kajian ini dijalankan dari hasil Pemerhatian pengkaji yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab
di kelas 5 Omar. Hasil dapatan kajian dan data-data telah dihuraikan pada bab 4 secara terperinci. Di akhir
kajian ini, terdapat beberapa saranan dan cadangan yang dianggap perlu dilaksanakan oleh guru dalam
proses pengajaran mereka:
1. Pengajaran Berkonsepkan Didik Hibur
2. Pengajaran Dengan Menggunakan Teknologi
3. Pengajaran Menggunakan laman sesawang
4. Pengajaran Menggunakan Media Sosial
5. Pengajaran Menggunakan Gajet

170
Rujukan

Abdul Razak Mukhtar Mahmud T.Th. Aghani Wa Anasheed Al-Atfal: Ta’rifuha Wa Wadzaifuha Wa
Khasaisuha. Http://Www. Horoof.Com/Dirasat/Anasheed.Htm [10 April 2011].
Abdul Razif Zaini. Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Melayu Di Peringkat
Kolej Universiti, (Tesis) Fakulti Bahasa Dan Linguistik Universiti Malaya, 2015.
Arman Md Rusoff. 2008. Hala Tuju Pengajaran Bahasa Arab Dalam Program J-Qaf Di Malaysia. Prosiding
Seminar Pengajaran Bahasa Dan Kesusasteraan Arab Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
Sebaka. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Atoh, N., Ramli, S. H., & Hamat, M. Z. A. (2014). Guru Bahasa Arab Yang Berkualiti: Satu Tinjauan Awal,
1–7.
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan, Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Fatimah Jamal. 2006. The Effectiveness Of Using Song And Music In The Teaching Learning Vocabulary
In Form One Classroom. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan: Open University Malaysia.
Gardner, H. 1993. Multiple Intelligences: The Theory In Practice. New York: Basic Books.

171
PENGGUNAAN KIT SMART WUDUK 2.0 BAGI
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGAT DAN
PENAAKULAN RUKUN WUDUK MURID 1 POSITIF SK
KAMPUNG TUN RAZAK, MELAKA
Nur Azeeyatty Abdul Rahim
Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak, Melaka.
Emel: azeecute@gmail.com

Abstrak
Kit Smart Wuduk 2.0 adalah satu pendekatan dan inisiatif Bahan Bantu Mengajar yang terkini bercirikan
pembelajaran moduler dalam penambahbaikan untuk meningkatkan kefahaman dan tahap penaakulan
murid terutamanya bab Rukun Wuduk selain memiliki ciri-ciri DIDIK HIBUR yang melibatkan visual,
auditori dan kinestetik sejajar pembelajaran PAK 21. Kajian ini berfokuskan kepada ibadah wuduk kerana
kesempurnaan wuduk menentukan kesahan solat yang dikerjakan oleh seseorang muslim. Pada masa yang
sama, pengkaji mendapati wujudnya masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami konsep Rukun
Wuduk dengan baik terutamanya dalam aspek pelaksanaannya. Menurut kajian Ahmad Mohd Salleh (2004),
menegaskan bahawa aktiviti bermain sesuai untuk murid sekolah rendah kerana aktiviti bermain
menjadikan pengajaran lebih menarik dan praktis. Kit Smart Wuduk 2.0 terhasil daripada idea konsep
explosion book yang mana ia mengandungi 7 perkara asas wuduk iaitu erti wuduk, rukun wuduk, lafaz niat
wuduk, anggota wuduk yang wajib, perkara yang sunat dan membatalkan wuduk serta perkara yang
makhruh dalam wuduk yang didatangkan dengan pelbagai latihan kendiri seperti latihan padanan,roda
impian dan soalan-soalan KBAT. Pengkaji melaksanakan pengumpulan data dengan tiga cara aitu
Pemerhatian, analisa dokumen (ujian pra dan pos) dan temubual berdasarkan latihan iaitu task-based
interview. Kajian ini melibatkan seramai 25 orang murid 1 Positif yang terdiri daripada 17 orang murid
lelaki dan 8 orang murid perempuan. Setelah intervensi ini digunakan, didapati Kit Smart Wuduk 2.0
terhasil dapat meningkatkan penguasaan mengingat dan menaakul konsep wuduk dengan lebih mudah dan
berkesan selain keseronokan belajar.

Kata kunci : Kit Smart Wuduk 2.0, wuduk, interaktif buku bermagnet, QR code

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu


Pengalaman mengajar tajuk-tajuk dalam Ulum Syariah terutamanya tajuk berkaitan wuduk dan
solat, pengkaji mendapati masalah besar yang dihadapi oleh murid adalah kurangnya penguasaan
mengingat dan kefahaman di kalangan murid yang sederhana dan lemah. Ini berkemungkinan kerana
kaedah pengajaran tradisional yang pengkaji laksanakan selain sikap murid yang kurang berminat belajar
pendidikan Islam. Walaupun murid memberi perhatian ketika pengkaji mengajar namun eksperasi kerut
wajah, ada yang tidur, bermain sendirian dan kerja /latihan tidak siap dapat dilihat oleh pengkaji ,bahkan
setiap soalan yang dikemukakan dijawab dengan jawapan yang mudah iaitu “tak tahulah.. tak
ingatlah,ustazah.. ” itulah antara jawapan yang diluahkan oleh murid-murid apabila soalan sebutkan Rukun
Wuduk dengan tertib yang diutarakan oleh pengkaji.
Hasil temu bual secara langsung bersama beberapa orang murid mendapati mereka sukar untuk
membezakan anggota-anggota yang wajib dan sunat ketika berwuduk dengan yakin. Masalah yang timbul
menyebabkan sebahagian murid tidak dapat menguasai isi pelajaran dengan baik. Malah sepanjang
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) berlangsung murid didapati berasa bosan kerana terlalu banyak
fakta (syarat pelaksanaan, hukum-hakam) yang dibincangkan sehingga adakalanya mereka tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya. Berdasarkan masalah tersebut, pengkaji mula memikirkan bagaimana

172
hendak merangsang minat murid selain memastikan mereka dapat menguasai isi pelajaran dengan baik.
Hasil daripada masalah tersebut maka tercetuslah idea pengkaji untuk menghasilkan simulasi Rukun
Wuduk berfokuskan kaedah didik hibur sebagai kaedah pengajaran efisien dan mampu menyelesaikan
masalah yang dihadapi bagi tajuk tersebut.

2.0 Fokus Kajian


Rentetan dari Refleksi yang lalu, pengkaji mendapati murid tidak menyiapkan latihan yang diberi
selain tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan merupakan murid yang mempunyai daya ingatan
yang sederhana dan lemah. Pengkaji memfokuskan rukun wuduk kerana ia adalah satu bab yang
mengesahkan kesahan solat seseorang. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, maka ia akan menyebabkan
solat seseorang itu batal. Ia akan berterusan hingga ke alam dewasa sekiranya tidak dibenteras awal. Dengan
menggunakan Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0 berfokuskan rukun wuduk, didapati sikap murid
berubah ke arah positif iaitu boleh bekerjasama dengan ahli kumpulan, dapat mengingat dan memahami isi
penting dengan baik sekali.

3.0 Objektif Kajian


Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif am dan objektif khusus.

3.1 Objektif Am
Meningkatkan penguasaan mengingat dan kefahaman murid-murid 1 Positif dalam bab wuduk bagi
matapelajaran Pendidikan Islam.

3.2 Objektif Khusus


1. Menarik minat murid terhadap Rukun Wuduk dengan menggunakan Intervensi KIT SMART
WUDUK 2.0
2. Meningkatkan mengingat Rukun Wuduk secara tertib
3. Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri murid
4. Meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Pendidikan Islam

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan seramai 25 orang murid 1 Positif yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki
dan 8 orang murid perempuan.

5.0 Perlaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Awal Masalah
Hasil daripada Pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang
perlu diatasi iaitu sikap murid yang leka, menggaru kepala dan tumpuan murid ketika mengikuti PdPC
kaedah tradisional yang pengkaji jalankan selain kurangnya teknik belajar bagi murid menguasai isi
pelajaran yang dipelajari.
Pada peringkat awal murid-murid memberi perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan, namun
apabila sesi perbincangan dalam kumpulan pada bahagian rukun wuduk, murid-murid didapati tidak dapat
menyusun rukun wuduk dengan tertib. Keadaan yang sama turut timbul semasa pengkaji melakukan
pengajaran bagi tajuk wuduk khususnya pada perbezaan anggota wuduk yang wajib dan yang sunat.
Seterusnya, pengkaji membuat pentaksiran lisan untuk mendapatkan respon awal murid tentang
kemampuan mereka mengingati konsep. Malah perkara ini dibuktikan lagi semasa pengkaji melakukan soal
jawab yang dijalankan dalam kelas di mana ramai dari kalangan mereka tidak dapat memberikan jawapan
dengan tepat. Walaupun ada dari kalangan mereka yang cuba untuk menjawab namun jawapan yang
diberikan adalah tidak tepat dan sering kali berlaku kesilapan dengan memberi jawapan yang lain.
Dari aspek teknik belajar (mengingati fakta) murid-murid didapati menggunakan kaedah
menghafal tanpa menggunakan teknik yang mudah untuk mengingati fakta tersebut. Setelah selesai

173
pengajaran pengkaji memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk membaca semula semua isi
pelajaran sebelum soal jawab dilakukan. Namun masa yang diambil adalah lama malah ramai dari kalangan
murid tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat semasa sesi soal jawab dilakukan. Menurut Sabri
(2005) kegagalan murid menguasai isi pelajaran adalah disebabkan mereka tidak menggunakan teknik
belajar yang berkesan.

5.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah


Sepanjang Pemerhatian pengkaji, murid-murid didapati sering menguap,menggaru kepala,
menjawab soalan dengan jawapan yang salah ketika kaedah PdPc tradisional dijalankan. Ini kerana murid-
murid yang mempunyai daya kefahaman yang lemah, kurang fokus terhadap pelajaran selain membuat hal
sendiri. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah memperkenalkan intervensi Kit Smart Wuduk 2.0
sebagai penambaikan intervensi yang melibatkan visual,auditori dan kinestetik sejajar pembelajaran PAK
21.
Secara tidak langsung, kaedah Didik Hibur bab Rukun Wuduk ini dapat membantu murid-murid
menguasai mengingati dan memahami fakta mahupun isi pelajaran dengan lebih cepat selain dapat
merangsang minat mereka untuk terus belajar dan mempunyai keyakinan diri. Penggunaan teknik ini
memberi fokus terhadap konsep PdPc yang menyeronokkan selain menitikberatkan kaedah simulasi bagi
membantu murid mengingati isi pelajaran yang dipelajari dengan mudah. Teknik ini didapati amat berkesan
dan bersesuaian dengan keaktifan murid ketika berada dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, intervensi
Kit Smart Wuduk 2.0 yang diperkenalkan ini dapat membantu murid-murid dapat menguasai isi pelajaran
yang dipelajari dengan cepat dan pantas.

5.2.1 Analisi Pemerhatian


Dari Pemerhatian yang pengkaji jalankan, murid- murid yang terlalu lemah tidak mampu
mengingat isi penting yang pengkaji ajarkan. Ia dapat dilihat dari sikap murid –murid yang tidak dapat
menyelesaikan soalan yang diberikan melalui lembaran kerja yang diberikan.

5.2.2 Analisis Temubual


Pentaksiran lisan yang pengkaji laksanakan mendapati murid-murid memberikan jawapan yang
salah apabila soalan ditujukan. Temubual ini berkisar tentang Rukun Wuduk.

5.2.3 Tinjauan awal Pemerhatian


Untuk mengenalpasti penguasaan murid dalam mengingat rukun wuduk,satu ujian bertulis
dijalankan dan keputusannya adala seperti berikut:

Jadual 1
Pencapaian murid dalam Ujian Pra
Gred Ujian Pra
Bil. Peratus
A 0 0
B 10 40
C 10 40
D 3 12
E 2 8
Jumlah 25 100

Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat seramai 2 orang (8%) murid gagal dalam menjawab soalan
subjektif yang merangkumi bab Rukun Wuduk. Hanya 10 orang murid (40%) mendapat B,10 orang murid
(40%) mendapat C, 3 orang murid (12%) mendapat D. Tiada seorang pun murid yang mendapat gred A
dalam Ujian Pra tersebut.

174
5.3 Tindakan yang dijalankan
Ujian Pra yang dijalankan mendapati murid masih tidak dapat menguasi tajuk dengan baik. Untuk
mengatasi masalah ini, pengkaji mencari satu idea untuk membantu murid-murid dapat mengingati dan
menaakul rukun wuduk dengan betul dan tertib. Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0 merupakan
intervensi baharu pengkaji dalam menarik minat murid-murid mencintai bab wuduk. Ia dibina berdasarkan
kaedah didik hibur dengan menggunakan elemen permainan dan rekabentuk kreatif Revolusi Industri 4.0
QR Code untuk menyokong gaya pembelajaran yang berbeza berbanding kaedah tradisional atau dikenali
sebagai kaedah linear yang pengkaji lakukan sebelum ini. Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0 boleh
dimainkan dengan cara kaedah modular dengan teknik Gallery walk.
Kelebihan Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0 adalah ia boleh diceraikan kepada 5 bahagian.
Setiap bahagian mempunyai tajuk tersendiri berdasarkan silibus bab wuduk . Setiap bahagian KIT SMART
WUDUK 2.0 akan diberikan kepada setiap kumpulan. Murid dalam kumpulan diminta mencari jawapan
dari soalan yang terdapat pada setiap bahagian dalam tempoh 10 minit. Setelah selesai, ketua kumpulan
akan berkongsi dapatan dari hasil perbincangan dalam kumpulan. Hasil tersebut kemudiannya ditampal
pada setiap dinding kelas. Begitulah juga yang akan dilakukan oleh kumpulan yang seterusnya sehingga
selesai tajuk dalam KIT SMART WUDUK 2.0.
Pengkaji mendapati dengan penggunaan KIT SMART WUDUK 2.0 secara keseluruhan, semua
tajuk wuduk yang sepatutnya diajar selama sebulan dapat dihabiskan dalam masa 2 jam sahaja dengan
mudah, cepat dan interaktif mengikut arah pusingan tawaf.

5.3.1 Pentaksiran
Setelah selesai bermain KIT SMART WUDUK 2.0, pengkaji membuat pentaksiran lisan kepada
semua murid yang terlibat terutamanya bab rukun wuduk. Didapati 25 murid yang terlibat dapat
menjawab menyebut dan menulis rukun wuduk dengan betul dan secara tertib. Pentaksiran penaakulan
secara lisan terhadap tertib rukun wuduk juga dapat dijawab dengan betul. Ketertiban rukun wuduk
merupakan kesahan wuduk seseorang muslim. Sekiranya, rukun wuduk tidak dilaksanakan secara tertib,
maka terbatallah solat seseorang muslim.

5.4 Refleksi Kajian


5.4.1 Pemerhatian
Dari aspek Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, dapat dilihat beberapa sikap dan tingkah
laku murid-murid sebelum menggunakan KIT SMART WUDUK 2.0. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Murid lupa rukun wuduk apabila ditanya.
2. Murid menggaru kepala.
3. Kerja rumah tidak diselesaikan dengan baik.
Setelah pengkaji memperkenalkan KIT SMART WUDUK 2.0, murid-murid didapati seronok
semasa PdPC berlangsung. Sekiranya sebelum ini para murid tidak dapat mengingati isi pelajaran dengan
baik namun dengan menggunakan Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0, mereka didapati lebih mudah
mengingatinya dan memahami setiap tajuk wuduk dengan baik. Kesan positif yang ditunjukkan oleh murid
ialah semasa sesi soal jawab dilakukan, ramai dari kalangan mereka berlumba-lumba untuk menjawab
soalan tersebut.
Penglibatan aktif dari kalangan murid menimbulkan keseronokkan bagi diri pengkaji sendiri
khususnya semasa aktiviti kuiz berkumpulan dan soal jawab. Rata-rata dari kalangan murid berusaha untuk
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pengkaji. Malah persaingan yang sihat ini telah
menyebabkan mereka menguasai dengan baik isi pelajaran yang mana sebelum ini sukar untuk mereka
mengingatnya. Perkara ini secara tidak langsung bukan hanya menimbulkan keseronokkan dalam diri murid
bahkan diri pengkaji sendiri.
Pencapaian yang memberangsangkan juga menunjukkan bahawa penggunaan Intervensi KIT
SMART WUDUK 2.0 ini berjaya membantu murid menguasai isi pelajaran dengan baik. Setiap kali ujian
dijalankan murid dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk memberikan jawapan yang terbaik. Apabila
kertas jawapan diagihkan, ada dari kalangan mereka yang mengeluh “ala…… salah sikit jeee”, “pehhh…

175
tertukar pulak” malah ada dari kalangan mereka yang melahirkan kepuasan “yes….berjaya” dan
sebagainya. Melihat kepada perubahan tersebut, pengkaji berasa seronok dan kagum dengan pencapaian
yang diperolehi oleh murid.
Lebih memuaskan hati pengkaji apabila ada ibubapa yang menghantar pesanan ringkas
mengucapkan terima kasih kerana anak beliau dapat mengingati rukun wuduk dengan cepat.

5.4.2 Analisis Pencapaian Murid


Jadual 1 menunjukkan pencapaian murid dalam ujian pos. Markah ini direkodkan untuk mengesan
perubahan dalam pencapaian murid.

Jadual 1
Pencapaian murid dalam Ujian Pos
Gred Ujian Pos
Bil. Peratus
A 20 80
B 4 16
C 1 4
D 0 0
E 0 0
Jumlah 25 100

Analisis Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam kalangan
murid. Tiada murid yang gagal dalam ujian tersebut. Seramai 20 orang murid lulus (80 %) dan mendapat
A. Manakala 4 orang murid lulus (16%) dan mendapat B. Seorang murid berjaya mendapat C (4%).
Daripada jumlah keseluruhan tiada seorang murid mendapat gred,D dan E dalam ujian yang dijalankan.
Berdasarkan kepada hasil ujian yang dilakukan, didapati Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0
dalam PdPc ibadah Pendidikan Islam memberi impak positif terhadap prestasi akademik murid secara
keseluruhannya. Pencapaian skor yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa pendekatan Intervensi
KIT SMART WUDUK 2.0 membantu murid menguasai isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.

5.4.3 Analisis Soal Selidik


Kajian soal selidik dilaksanakan dengan mengira min (purata) untuk setiap item. Analisis data
yang diperolehi adalah berdasarkan jadual interpretasi skor min Nunnaly (1972). Keputusannya adalah
seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2
Interpretasi Skor Min
Skor min Interpretasi
4.01 – 5.00 Tinggi
3.01 – 4.00 Sederhana tinggi
2.01 – 3.00 Sederhana rendah
1.00 – 2.00 Rendah
Sumber: Nunnaly (1972)

176
Jadual 3
Analisis Keberkesanan Penggunaan Invertensi KIT SMART WUDUK 2.0
Bil. Item Min Interpretasi
F1. Pengajaran Rukun Wuduk menerusi Intervensi KIT 4.92 Tinggi
SMART WUDUK 2.0 menarik minat saya untuk belajar.
F2. Pengajaran menggunakan Intervensi KIT SMART 5.00 Tinggi
WUDUK 2.0 adalah menyeronokkan.
F3. Saya lebih bersemangat ketika belajar dengan 5.00 Tinggi
menggunakan Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0
F4. Saya dilibatkan secara aktif dalam pengajaran yang 4.88 Tinggi
disampaikan oleh guru.
F5. Saya lebih mudah memahami isi pelajaran yang 5.00 Tinggi
disampaikan oleh guru menerusi Intervensi KIT SMART
WUDUK 2.0
F6. Semua isi pelajaran yang sukar untuk diingat dapat saya 5.00 Tinggi
kuasai dengan baik menerusi Intervensi KIT SMART
WUDUK 2.0
F7. Masalah-masalah hukum berkaitan dengan tajuk 4.84 Tinggi
pembelajaran dapat saya selesaikan menerusi Intervensi
KIT SMART WUDUK 2.0
F8. Saya suka dengan gaya pengajaran yang disampaikan oleh 5.00 Tinggi
guru.
Min Keseluruhan 4.96 Tinggi

Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0 kaedah Didik Hibur memberi kesan positif terhadap
penguasaan murid dalam isi pembelajaran yang sukar diingat dan menaakul sebelum ini. Berdasarkan
analisis dalam Jadual 3 di atas kebanyakan murid sangat bersetuju penggunaan Intervensi KIT SMART
WUDUK 2.0 adalah menyeronokkan dan dapat menarik minat mereka. Malah majoriti dari kalangan
murid amat menyukai gaya pengajaran guru menerusi pendekatan yang diperkenalkan. Sementara itu murid
juga menunjukkan respon yang positif di mana mereka bersetuju dengan pernyataan bahawa penggunaan
Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0 membuatkan mereka lebih mudah memahami dan dapat menguasai
isi pelajaran yang disampaikan, mampu menyelesaikan masalah hukum yang dihadapi, melibatkan diri
secara aktif dalam proses PdPC serta memiliki motivasi untuk belajar berbanding sebelum ini.

6.0 Penambahbaikan
Intervensi KIT SMART WUDUK 2.0 sebagai satu kaedah pengajaran didik hibur yang bersifat
Modular yang dapat membantu murid menguasai tajuk wuduk yang pada awalnya sukar untuk dikuasai.
Namun dalam masa sejam murid-murid dapat menguasainya berbanding secara pengajaran Linear yang
mengambil sebulan untuk menghabiskan tajuk-tajuk dalam bab wuduk. Kini, KIT SMART WUDUK 2.0
dipertingkatkan dengan permainan Digital Learning yang boleh dimuat turun melalui apps store. Adalah
diharapkan agar intervensi yang diperkenalkan ini memberi manfaat yang menyeluruh bukan hanya kepada
diri pengkaji bahkan kepada semua guru Pendidikan Islam yang lain dan khususnya buat murid-murid itu
sendiri. Untuk PdPC pada masa hadapan,pengkaji akan membuat kajian tentang kelemahan murid-murid
mengingati 13 rukun solat dan cara mengatasinya menerusi intervensi yang dapat membantu murid-murid
menguasai bab ibadah dengan mudah.

177
Rujukan

Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Ghazali Darusalam. 2004. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Nunnaly, Jum C. 1972. Educational Measurement and Evaluation. New York. Mc-Graw Hill.
Sabri Ahmad. 2003. Kemahiran belajar berkesan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sabri Ahmad. 2005. Melakar kejayaan dalam belajar. Sintok Kedah: Universiti Utara Malaysia.

178
LAMPIRAN

179
Cara permainan Kit Smart Wuduk 2.0

180
Aplikasi QR kod menerusi Mobile Apps

181
182
183
MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN DAN
MENARIK MINAT MURID UNTUK MELIBATKAN DIRI
DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
BAHASA ARAB TERHADAP TOPIK TANDA BARIS
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
“UNIQUE GLOVE”
Siti Salia binti Mohd Ali
SK Senawang, Negeri Sembilan.
Emel : salia_baha@yahoo.com
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kefahaman dan menarik minat murid untuk melibatkan
diri dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Bahasa Arab bagi topik Tanda Baris dengan
menggunakan kaedah “Unique Glove”. Saya merupakan Guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan selama
10 tahun. Saya memulakan perkhidmatan di SK Senawang pada 1 Januari 2020 dan mengajar Mata
Pelajaran Bahasa Arab tahun 2 Kreatif, 3 Kreatif, 3 Inisiatif, 4 Inovatif dan 6 Efektif. Masalah utama yang
saya dapati di sini ialah, lebih 90% murid dari setiap kelas yang saya ajar sekarang tidak mengetahui sebutan
tanda baris di dalam Bahasa Arab. Oleh yang demikian saya telah mengambil seramai 35 orang murid tahun
3 kreatif terlibat dalam kajian pertama saya.Tinjauan awal telah dilaksanakan menggunakan kaedah
pemerhatian serta pengajaran dan pembelajaran “Chalk & Talk”. Hasil tinjauan menunjukkan 100% murid
tahun 3 kreatif tidak boleh menjawab pertanyaan saya. . Maka, kaedah “Unique Glove” telah digunakan
bagi meningkatkan kefahaman murid-murid untuk memahami tanda baris dalam sebutan Bahasa Arab.
Kaedah ini juga dapat menarik minat murid serta meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap topik ini.
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid lebih tertarik dengan
pengajaran menggunakan kaedah “Unique Glove”. Kaedah “Unique Glove” telah membantu murid untuk
mengatasi masalah mereka seterusnya meningkatkan tahap kefahaman terhadap topik Tanda Baris.

Kata kunci : Bahasa Arab, Unique Glove

1.0 Refleksi Pengajaran Lalu


3 Kreatif merupakan kelas sederhana daripada 5 buah kelas yang terdapat di SK Senawang,
Seremban. Murid-muridnya dikalangan mereka yang berpotensi untuk mendapat Tahap Penguasaan 3
secara keseluhurannya di dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab. Penggunaan kaedah tradisional iaitu kaedah
“Chalk and Talk” yang digunakan sekarang hanya berpusatkan guru, menyebabkan murid-murid merasa
bosan dan tidak dapat menarik perhatian mereka.
Hasil daripada pemerhatian, murid lebih berminat dengan aktiviti belajar yang menggunakan
kaedah psikomotor. Berdasarkan konsep “Taksonomi Bloom” yang diperkenalkan oleh Benjamin, S.
Bloom “Psikomotor adalah domain yang meliputi perilaku gerakan dan koordinasi jasmani, ketrampilan
motorik dan ketrampilan fisik seseorang”. Dipetik dari laporan tesis Nabilah binti Abu Bakar,
pembelajaran dan pengajaran yang baik adalah mempunyai kriteria berunsurkan aktiviti
atau hands on. Kemahiran membuat sesuatu (hands on) adalah antara cabang proses dalam 7 domain
psikomotor. Kemahiran ini dikenalpasti apabila seseorang murid berusaha meningkatkan kualiti
pergerakan dalam amali kemahiran dengan melakukan pergerakan tersebut berulang kali (Selamat,
2000). Ini bermakna, dengan pergerakan psikomotor secara berulang kali di dalam pengajaran dan
pemudahcaraan secara tidak langsung dapat memberi input yang positif di dalam minda murid. Jika guru
masih menggunakan kaedah “ Chalk and Talk” sudah pastilah kebanyakan murid akan berasa bosan.

184
Rentetan dari masalah kebosanan ini akan menimbulkan rasa tidak berminat dengan mata pelajaran yang
diajar.
Sebagai seorang guru, saya berpendapat guru seharusnya mengambil inisiatif untuk meningkatkan
kualiti pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, Kajian Tindakan digunakan sebagai satu alat yang dapat
membantu untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pemudahcaraan guru di dalam kelas, seterusnya
dapat menarik minat dan mencapai objektif pembelajaran secara optimum. Richard dan Lorchart (1994)
berpendapat bahawa “ Kajian Tindakan merupakan satu kajian bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik
untuk mempertingkatkan pemahaman pengetahuan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah
serta mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Justeru, kajian Tindakan biasanya melibatkan
projek-projek kajian secara kecilan yang dilakukan oleh guru bilik darjah.”
Di dalam proses pembelajaran Bahasa Arab, topik Tanda Baris adalah merupakan antara
topik yang paling asas. Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri telah menekankan di dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Semakan dari Tahun 1 hingga Tahun 3. Ini bermaksud
murid sepatutnya telah mahir dan faham mengenai topik Tanda Baris cuma ianya berbeza huruf mengikut
tahun. Melalui pemerhatian dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan saya pada minggu pertama,
keseluhuran murid tahun 3 kreatif tidak dapat menyebut sebutan Tanda Baris di dalam sebutan Bahasa
Arab. Agak memeranjatkan !.

2.0 Isu Keperihatinan/Fokus Kajian


Merujuk kepada refleksi yang lalu, saya dapati:
a)Tahap kefahaman murid mengenai Tanda Baris di dalam sebutan Bahasa Arab adalah
sangat lemah.
b) Murid tiada minat untuk belajar Bahasa Arab.
Dua masalah di atas adalah berpunca dari kaedah pengajaran yang digunakan tidak dapat menarik
minat murid. Justeru itu menjadi tanggungjawab saya sebagai guru dan pendidik untuk mencari kaedah atau
alternatif lain yang lebih menarik dan mampu membuatkan pelajar mencapai objektif pembelajaran.
Merujuk kepada permasalahan yang timbul, guru-guru tidak seharusnya terlalu bergantung kepada
kaedah “Chalk and Talk”. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan apabila guru dapat
mengabungkan 3 aspek utama yang di cetuskan oleh Benjamin Bloom iaitu Kognitif , Afektif dan
Psikomotor.
Dengan kata lain, guru-guru perlu mengambil inisiatif lain bagi menjadikan pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih unik, lebih bermakna dan lebih memberi kesan bagi meningkatkan minat
pelajar untuk belajar. Ini sekaligus meningkatkan tahap penguasaan mereka dan membuatkan mereka lebih
yakin untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, saya mengambil inisiatif untuk
menterjemah idea saya iaitu “Unique Glove”. Objektifnya hanyalah satu iaitu membantu murid-murid
mencapai objektif pembelajaran.
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji sama ada kaedah “Unique Glove” boleh
meningkatkan minat murid SK Senawang terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan tahap
kefahaman murid terhadap topik Tanda Baris. Bagi murid yang lemah dalam Bahasa Arab adalah satu
perkara yang amat sukar untuk menyebut Tanda Baris di dalam bahasa Arab. Saya telah mengaplikasikan
teknik ini di beberapa buah sekolah yang pernah saya berkhidmat dahulu antaranya Sekolah Kebangsaan
Simpang 4, Muar dan Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Muar. Hasil
dari pemerhatian di 2 buah sekolah tersebut, 98 % murid dapat menguasai topik ini. Kini, tiba masanya
untuk saya melakukannya di Sekolah Kebangsaan Senawang. Diharap kaedah ini dapat membantu
meningkatkan kefahaman murid mengenai topik Tanda Baris dan menarik minat murid-murid untuk belajar
Bahasa Arab.

185
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum
i. Meningkatkan tahap kefahaman penguasaan murid terhadap topik Tanda Baris
ii. Menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan.
3.2 Objektif Khusus

i. Murid boleh memahami dan mengenal Tanda Baris di dalam Bahasa Arab.
ii. Murid dapat melibatkan diri sekiranya terdapat sesi soal jawab berlangsung ketika
proses pengajaran dan pembelajaran.
iii. Murid boleh mengelaskan huruf -huruf mengikut Tanda Baris.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian dilaksanakan ke atas 35 orang murid tahun 3 Kreatif di SK Senawang. Sebahagian besar
murid di dalam kelas ini kurang berminat terhadap pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Arab. Kelas ini
adalah kelas ketiga daripada 5 buah kelas.

5.0 Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah


Sebelum kajian ini dilaksanakan, tinjauan terhadap masalah telah dilaksanakan secara terperinci
bagi tujuan memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh murid bagi topik ini. Berikut
adalah alat atau medium yang digunapakai bagi mengutip data dan maklumat.

PEMERHATIAN
Saya telah menjalankan pemerhatian secara tingkah laku semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan .iaitu sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid seperti tidak berminat
untuk turut serta di dalam pengajaran dan pemudahcaraan. Mereka juga tidak mampu menjawab pertanyaan
yang diajukan oleh saya. Selepas kajian dilaksanakan murid seperti tidak sabar untuk memulakan sesi
pengajaran dan pemudahcaraan dan mereka sudah memahami dan mengenal Tanda Baris di dalam Bahasa
Arab.

UJIAN PRA DAN UJIAN POS


Ujian Pra telah dilaksanakan selepas Pengajaran dan Pemudahcaraan “ Chalk & Talk“ dilaksanakan
ke atas murid-murid.Manakala Ujian Pos pula dilaksanakan selepas Kaedah “ Unique Glove “ di
perkenalkan kepada murid-murid. Ujian Pos telah dilaksanakan dengan cara seperti di bawah :
1) Soal jawab secara lisan dengan kaedah “ Hot Seat”
2) Lembaran kerja .

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

ANALISIS PEMERHATIAN.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dijalankan, hanya 20 % murid yang melibatkan diri
dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan sebelum kaedah “ Unique Glove” dilaksanakan .
Manakala tiada murid yang dapat menjawab soalan tanda baris yang diajukan kepada mereka.
Setelah kaedah “Unique Glove” dilaksanakan analisis pemerhatian adalah seperti jadual 1 di
bawah:

186
Jadual 1
Perbandingan Pemerhatian sebelum dan selepas Kaedah “Unique Glove” dilaksanakan.

Butiran “Chalk & Talk” “Unique Glove”


Penglibatan Pengajaran dan Pemudahcaraan 20% 75%
Kefahaman 0% 51%

ANALISIS UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Setelah dianalisis Ujian Pra yang dilaksanakan selepas pengajaran dan pemudahcaraan “Chalk
& Talk”, kesemua murid gagal menjawab sama ada secara lisan atau bertulis. Hasil ujian ini jelas
menunjukkan bahawa, murid tidak boleh menguasai tahap kefahaman dengan kaedah “ Chalk & Talk”.
Murid lebih minat untuk belajar dengan aktiviti psikomotor. Oleh yang demikian, kaedah “Unique Glove”
dilaksanakan bagi membantu murid-murid menguasai topik ini.
Jadual 2(a) di bawah adalah hasil keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos (Lisan), manakala Jadual 2(b)
menunjukkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos (Lembaran Kerja).

Jadual 2(a)
Keputusan Ujian Pra (“Chalk & Talk”) dan Ujian Pos (“ Unique Glove”) secara lisan.
Butiran “Chalk & Talk” “ Unique Glove”
Menjawab semua betul 0 7 orang
Menjawab 1 salah 2 orang 3 orang
Menjawab 2 salah 0 0
Menjawab semua salah 8 orang 0

Hasil kajian berdasarkan soal jawab secara lisan ke atas 10 orang murid 3
Kreatif

Jadual 2(b)
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos ( Lembaran Kerja)
Butiran Ujian Peratus Ujian Pos Peratus
Pra Ujian Pra Ujian Pos
Menjawab semua betul 0 0% 18 orang 51%
Menjawab 1 salah 5 orang 14% 10 orang 29%
Menjawab 2 salah 8 orang 23% 5 orang 14%
Menjawab semua salah 22 orang 63% 2 orang 6%

Hasil kajian berdasarkan Lembaran Kerja ke atas 35 orang murid 3 Kreatif

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Kumpulan sasaran yang terdiri daripada murid 3 Kreatif akan dibawa ke Bilik PAK 21 untuk belajar
topik yang sama iaitu Tanda Baris menggunakan kaedah “Unique Glove”.

(a) Aktivti 1:Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Kaedah “ Unique Glove”

Murid akan diajar semula topik tanda baris menggunakan kaedah ”Unique Glove“ pada awal
Pengajaran dan Pemudahcaraan.
Langkah 1 : Guru menyebut tanda baris dan murid - murid mengikut secara kelas dan
berkumpulan.

187
Langkah 2 : Guru menyarung sarung tangan “ Unique Glove” yang mempunyai warna
berbeza kiri dan kanan. Tangan Kiri berwarna hitam sebagai palang manakala tangan kanan
berwarna kuning berfungsi sebagai Tanda Baris. Konsep warna warni di gunakan bagi
menarik perhatian murid.
Langkah 3 : Guru mengerakkan sarung tangan “ Unique Glove” dan menyebut tanda baris
berulang kali dan diikuti murid -murid secara kelas, kumpulan dan individu. Murid
melakukan pergerakkan yang sama seperti guru. Beberapa orang murid dipilih secara rawak
untuk diuji.

(b) Aktiviti 2 :Kaedah “ Unique Glove “ digunakan oleh murid

Langkah 1 : Guru menerapkan PDPC PAK 21 “ Hot Seat “. Beberapa orang murid di pilih
secara rawak untuk menggunakan “ Unique Glove “
Langkah 2 : Murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan menggunakan “ Unique
Glove”. Persembahan dilakukan di hadapan kelas.

(c) Aktiviti 3: Ujian Pos (menjawab lembaran kerja)

Ujian Pos (Lembaran Kerja) dilaksanakan pada minggu kedua kaedah “ Unique Glove”
diperkenalkan.

5.4 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian /Penilaian


Kajian tindakan ini di laksanakan dalam tempoh 2 minggu. Setiap kali memasuki waktu mata
pelajaran Bahasa Arab, saya akan memulakan pengajaran dan pemudahcaraan dengan menyebut tanda baris
menggunakan kaedah “ Unique Glove”. Murid -murid telah menjalankan ujian Pra tiga hari sebelum
diperkenalkan kaedah “ Unique Glove”. Manakala ujian pos dilaksanakan pada minggu kedua kaedah
“ Unique Glove’ dilaksanakan. Jadual di bawah menunjukkan tempoh masa kajian dilaksanakan.

Waktu pertama Waktu kedua minggu Waktu pertama Waktu kedua minggu
minggu pertama pertama minggu kedua kedua
Kaedah “Chalk & Pengenalan Kaedah “Unique Ujian Pos
Talk” Kaedah “Unique Glove”
Ujian Pra. Glove”

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, didapati murid lebih mudah untuk memahami
topik tanda baris.Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat 51% peningkatan pemahaman
murid mengenai topik tanda baris dengan menggunakan kaedah “ Unique Glove”.

Rujuk Jadual 2(a) : Keputusan Ujian Pra (“Chalk & Talk”) dan Ujian Pos (“ Unique Glove”) secara
lisan.

Rujuk Jadual 2(b) : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos ( Lembaran Kerja)

5.5 Refleksi Kajian


Berdasarkan kepada keputusan ujian-ujian dan pemerhatian dari analisis yang telah dijalankan,
saya dapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dari segi tahap kefahaman murid serta penglibatan
murid dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
Justeru, kaedah “Unique Glove” merupakan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan yang menarik
dan unik sehingga mampu memberi impak positif terhadap tahap kefahaman dan penglibatan murid dalam
sesi pengajaran dan pemudahcaraan.

188
Peningkatan penglibatan murid ketika sesi pengajaran dan pemudahcaraan menggunakan kaedah
“Unique Glove” amat menggembirakan saya. Tambahan pula, penglibatan aktif mereka ini secara tidak
langsung menaikkan tahap pemahaman mereka untuk mencapai objektif pembelajaran. Hasil kajian
tindakan ini membuktikan bahawa terdapat peningkatan dalam perkembangan psikomotor dan kognitif
pelajar.
Lanjutan daripada kajian tindakan ini, saya berpendapat bahawa setiap guru perlu sentiasa proaktif
dalam mengubah kaedah pengajaran dan pemudahcaraan, bersesuaian dengan peredaran masa. Sepertimana
meningkatnya teknologi cara mengajar juga perlu dipertingkatkan. No more Chalk and Talk.Harapan saya
agar masalah minat murid untuk bergiat aktif dalam kelas dan tahap kefahaman murid yang lemah terutama
bagi topik yang agak sukar untuk difahami dapat diatasi.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Berikut merupakan beberapa cadangan penambahbaikkan yang boleh diimplementasikan
dalam pengajaran dan pemudahcaraan menggunakan kaedah “Unique Glove”.

a) Kaedah ini boleh dilaksanakan untuk semua peringkat murid.


b) Kaedah ini sesuai digunakan untuk topik yang lain seperti Tanda Bacaan dan Cara Bacaan.
c) Penyediaan “Unique Glove” pada kuantiti yang banyak agar semua murid dapat menggunakan
“Unique Glove”
d) Kaedah ini boleh digunakan sebagai suatu pendekatan untuk menarik minat murid iaitu
melibatkan pergerakan Psikomotor dalam pengajaran dan pemudahcaraan.
e) Kajian-kajian yang akan datang haruslah dijalankan dalam jangka masa yang lebih panjang
supaya boleh mendapat dapatan kajian yang lebih tepat dan mempunyai nilai hasil dan kefahaman
yang lebih tinggi.
Rujukan
Pelaksanaan Kajian Tindakan, http://cikguyassinbm.blogspot.com/p/pelaksaan-kajian.html.
Kajian Tindakan Daerah Kota Tinggi, “ SATU GURU SATU KAJIAN (2011),
http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html
Nabilah bintiAbu Bakar ( 2015), LaporanTesis Penerapan Domain Psikomotor Dalam Pelaksanaan
Pengajaran Amali Di Kolej Vokasional,
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8733/1/Nabilah_binti_Abu_Bakar.pdf
Presentation kajian tindakan, http://www.slideshare.net/hajizul/presentation-kajian-tindakan

189
TERIMA KASIH

PERSATUAN GURU STEM MALAYSIA

190
191

You might also like