You are on page 1of 29

494

PAPAN MAGNETIK BUGANO


B56
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBUNDAR NOMBOR

YUSAIRI BIN HJ. OTHMAN

Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Parit Buntar Perak.

NOR RAZANA BT ISMAIL

Sekolah Kebangsaan Dato’ Mas’ud, Bagan Serai, Perak.

Abstrak

Pembundaran nombor merupakan salah satu topik yang dipelajari oleh murid bermula dari

tahun tiga lagi. Walaubagaimana pun pelajar mengalami kesulitan untuk membundarkan

nombor kepada nilai yang terhampir terutama pelajar yang lemah. Inovasi Papan magnetik

“Bugano” ini adalah bertujuan untuk membantu guru dan murid sekolah rendah

menyelesaikan masalah membundarkan nombor kepada nilai tempat terhampir.

Penggunaannya juga dapat membantu murid untuk mempercepatkan kefahaman mereka

dalam menentukan kedudukan sebarang nombor apabila nombor tersebut dibundarkan

kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu dan ratus ribu yang terhampir. Kajian keberkesanan

penggunaan papan magnetik Bugano ini telah dijalankan terhadap 46 orang murid yang

lemah dalam tajuk membundar nombor di tiga buah sekolah rendah dalam Daerah Kerian.

Kaedah temubual, pemerhatian serta Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan untuk melihat

keberkesanan penggunaan papan magnetik Bugano ini. Data daripada ujian pra dan ujian pos

terhadap sampel kajian dibandingkan untuk menentukan kesan penggunaan Papan magnetik

Bugano terhadap kefahaman murid. Hasil data yang perolehi menunjukkan terdapat

peningkatan kefahaman murid dalam membundarkan nombor (KBAR) dan dapat

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
495

menentukan kedudukan sebarang nombor apabila nombor tersebut dibundarkan kepada

sebarang nilai tempat terhampir (KBAT) dalam ujian pos berbanding ujian pra.

Keywords: Bundar nombor, BUGANO, Nilai tempat terhampir, Inovasi, KBAR, KBAT.

Abstract

Round off numbers is one of the sub topics in mathematics’ syllabus in primary school since

year three. However, teachers found that a big number of pupils had difficulty to round off

the numbers to the nearest place. “Bugano Magnetic Board” is created to help the teachers

and pupils in primary school to overcome this problem. This study involved 46 learned-

challenged pupils as respondents in three different primary schools in Kerian District. This

study involved interview session, observation and pre and post test to observe the impact of

the implementation of “Bugano Magnetic Board”. The data collected from the samples were

compared to find the impact of pupils’ understanding. It shows that “Bugano Magnetic

Board”, had improved the pupils understanding and skills in rounding off numbers to the

nearest place (Lower Thinking Order) and also had helped them to find the numbers in the

range that could be rounded off to the place values according to the number given (Higher

Thinking Order).

Keywords: Round off numbers, BUGANO Magnetic Board, Place Value, Innovation,

Lower Thinking Order, Higher Thinking Order.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
496

1.0 Pendahuluan

Numerasi dalam matematik berkait rapat dengan keupayaan pelajar untuk melakukan operasi

asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian (Kementerian Pelajaran

Malaysia 2010). Numerasi merupakan istilah baharu dalam pendidikan matematik di

Malaysia. Perhatian kepada numerasi mula di beri dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) untuk pendidikan sekolah rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sebagai penambahbaikan kepada

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menyentuh hal numerasi (Ministry of Education

Malaysia, 2013).

Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual

individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak.

Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan

masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik. Pembelajaran Matematik

menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami

keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian

meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik di luar bilik

darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi. Matlamat Kurikulum Standard Sekolah

Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang

konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah

dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara

berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian (Kurikulum Standard Sekolah

Rendah Matematik Tahun 6, 2014).

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
497

Empat operasi asas dalam matematik adalah tambah, tolak, darab dan bahagi. Seseorang

murid perlu menguasai keempat-empat operasi ini sebelum menguasai kemahiran konsep

atau topik matematik yang lain. Selain daripada empat operasi asas ini, pemahaman terhadap

nombor bulat juga penting. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam

topik nombor bulat ialah konsep pembundaran. Walaupun ia dianggap mudah, namun

pemahaman terhadap konsep dan kemahiran membundar perlu ditekankan dan dikuasai oleh

murid kerana mempunyai kaitan dengan topik yang lain seperti topik wang dan perpuluhan.

Topik pembundaran terkandung dalam bidang pembelajaran nombor dan operasi.

Persediaan alat-alat mengajar adalah satu aspek bantuan yang boleh menolong

melahirkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan (Nik Ahmad Nik Yaacob, 1984).

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Papan Magnetik BUGANO satu inovasi yang

dicipta khas untuk membantu murid dalam memahami konsep dan proses pembundaran

nombor yang lebih mudah dan boleh di gunapakai untuk menyelesaikan masalah harian

melibatkan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

2.0 Permasalahan Kajian

Berdasarkan analisis item soalan Ujian Bulan Mac, penyelidik mendapati peratus murid yang

gagal menjawab soalan pembundaran nombor agak tinggi berbanding peratus murid yang

dapat menjawab soalan operasi asas matematik. Ini kerana murid-murid sering melakukan

pelbagai kesalahan untuk mendapatkan jawapan. Murid adakalanya tidak membulatkan

tempat yang betul, tidak tahu nilai tempat, menyalin semula jawapan yang salah dan tidak

tahu samada hendak menambah dengan 1 ataupun tidak. Keadaan ini menjadi rumit apabila

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
498

sub topik membundarkan nombor terdapat di dalam topik nombor bulat, nombor perpuluhan

dan wang.

Oleh itu, penyelidik mengambil pendekatan menggunakan Papan Magnetik

BUGANO bagi menyelesaikan masalah yang wujud di dalam topik nombor bulat iaitu

pembundaran nombor bulat kepada nilai tempat terhampir bermula dari nilai tempat puluh,

ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta terhampir. Murid juga mengalami masalah apabila

diberikan soalan berbentuk KBAT seperti apakah kemungkinan nombor apabila dibundarkan

kepada puluh terhampir menjadi 3450. Ini menjadikan murid menghadapi masalah apabila

terpaksa melukis garis nombor berulangkali dan terpaksa menghafal syarat-syarat

pembundaran. Hal ini juga sukar untuk murid mencari apakah kemungkinan nombor apabila

sesuatu nombor dibundarkan kepada nilai tempat terhampir (KBAT) seperti yang terdapat

dalam buku teks matematik Tahun 3 pada muka surat 15 (Buku Teks Matematik Tahun 3

Sekolah Kebangsaan Jilid 1, 2014).

3.0 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencari kaedah baru bagi menyelesaikan masalah pembundaran

nombor dalam kalangan murid sekolah rendah. Ia berfokuskan kepada peningkatan

kefahaman konsep asas pembundaran nombor dan meningkatkan kemahiran murid Tahun 5

dan Tahun 6 untuk membundarkan nombor bulat.

4.0 Rasional Kajian

Usaha ini dibuat agar murid lebih memahami dan boleh mengaplikasikan soalan

pembundaran nombor sama ada beraras rendah mahupun beraras tinggi. Ini kerana kemahiran

membundarkan nombor adalah bermula dari Tahun 3 lagi dan merupakan asas matematik

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
499

yang penting apabila masuk ke Tahun 6 bagi persiapan UPSR. Kelemahan murid

membundarkan nombor diharapkan dapat diatasi melalui inovasi yang akan dikupas dan

diguna pakai dalam kajian ini.

5.0 Objektif Kajian

5.1 Objektif Umum

Membantu murid meningkatkan kefahaman membundarkan sebarang nombor kepada

nilai tempat yang ditetapkan.

5.2 Objektif Khusus

5.2.1 Murid berkemahiran membaca skala garis nombor dengan menggunakan

Papan Magnetik BUGANO

5.2.2 Murid berkemahiran menentukan kedudukan nombor pada garis nombor

Papan Magnetik BUGANO

5.2.3 Murid berkemahiran membundarkan sebarang nombor kepada nilai tempat

terdekat menggunakan Papan Magnetik BUGANO

2.2.4 Murid berkemahiran menyatakan nilai nombor yang dijangkakan berada dalam

lingkungan nombor yang telah dibundarkan kepada nilai tempat tertentu

(KBAT) menggunakan Papan Magnetik BUGANO.

6.0 Soalan Kajian

Untuk mencapai tujuan kajian, penyelidikan telah dijalankan untuk menjawab soalan-soalan

kajian yang berikut:

1. Adakah murid mahir membaca skala pada garis nombor papan magnetik

BUGANO?

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
500

2. Adakah murid boleh menentukan kedudukan sebarang nombor pada garis nombor

papan magnetik BUGANO?

3. Adakah murid faham kaedah membundarkan nombor kepada nilai tempat yang

ditetapkan?

4. Apakah murid boleh menyelesaikan soalan aras KBAT melibatkan pembundaran

nombor?

7.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini adalah melibatkan 46 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 di tiga

buah sekolah rendah iaitu SK Dato’ Mas’ud, SK Gunung Semanggol dan SK Parit Haji

Aman di Daerah Kerian. Mereka dipilih berdasarkan markah ujian pra yang telah dijalankan

iaitu mendapat markah kurang daripada 10 betul daripada 20 soalan yang telah diberikan.

Terdapat juga responden dalam kalangan murid di kelas yang pandai namun murid yang

terpilih bagi kajian ini adalah mereka yang sederhana dan lemah dalam matematik serta

perlukan penumpuan yang lebih di dalam pengajaran dan pembelajaran.

8.0 Kajian Literatur

Suraya binti Othman (2006) telah menjalankan kajian pembundaran nombor bulat dengan

menggunakan ‘kit nombor’ dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 Prihatin. Responden yang

dipilih adalah pelajar yang menjalani program intervensi selama 2 bulan kerana mereka tidak

boleh membaca. Hasil kajian beliau mendapati bahawa apabila diperkenalkan ‘Kit Nombor’

dalam pengajaran, pelajar merasa gembira dan menunjukkan pencapaian yang

memberangsangkan pada ujian pos. Daripada 10 soalan yang diberikan hanya 2 orang yang

memperolehi 5 markah manakala yang lain mendapat 8 markah ke atas.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
501

Nor Salhana Mohd Arshad (2015) juga menjalankan kajian tindakan bertajuk meningkatkan

kemahiran membundar dengan kaedah Jabal (Bukit). Beliau melaksanakan kajian ini kepada

10 orang murid Tahun 3 Genius. Pengkaji mendapati pembundaran menggunakan garis

nombor adalah sukar dan mnegambil masa yang panjang. Aplikasi Kaedah Jabal dalam

proses pembundaran nombor telah menarik minat, sikap dan pencapaian murid dalam

matematik. Semua murid yang dipilih sebagai responden telah dapat menjawab soalan

pembundaran nombor dengan tepat dan cepat.

Reney Pantun (2016) telah menggunakan teknik nyanyian dalam meningkatkan

kefahaman murid Tahun 2 dalam topik pembundaran nombor. Kajian tindakan beliau

menggunakan ujian pra dan ujian pos serta kaedah pemerhatian yang dijalankan ke atas 9

orang murid tahun 2. Pengkaji menggunakan teknik nyanyian yang memuatkan lirik lagu

menggunakan melodi lagu kanak-kanak yang sudah sebati dengan kehidupan kanak-kanak

serta mengandungi lirik lagu yang mudah berdasarkan langkah-langkah dalam proses

membundarkan nombor bulat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman murid Tahun

2 dalam topik pembundaran meningkat apabila menggunakan teknik nyanyian. Ia juga

menimbulkan sikap positif dalam kalangan murid Tahun 2 semasa proses Pengajaran dan

Pembelajaran berlangsung.

Yusairi bin Othman (2009) telah melaksanakan kajian tindakannya yang bertajuk

Meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat, nombor perpuluhan dan wang bagi

15 orang murid Tahun 5 melalui Teknik ‘d’ dan Rajah Tulang Ikan. Pengkaji mendapati

murid menghadapi masalah memahami konsep pembundaran nombor bermula dari Tahun 3

lagi dan menjadi sukar apabila diuji pada Tahun 6 iaitu soalan berkaitan pembundaran

nombor dalam UPSR. Masalah yang dikenalpasti oleh beliau adalah tidak tahu nilai tempat,

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
502

tidak membulatkan pada nilai tempat yang betul, menyalin semula jawapan yang salah dan

tidak tahu sama ada hendak menambah dengan 1 ataupun tidak. Apabila teknik ‘d’ dan Rajah

Tulang Ikan diperkenalkan kepada responden kajian, ia telah meningkatkan kemahiran murid

membundarkan sebarang nombor dalam 3 topik penting iaitu, topik nombor bulat, nombor

perpuluhan dan wang.

Karen Major (2011) telah melaksanakan kajian mengenai Pengetahuan Pelajar

Terhadap Konsep Nilai Tempat. Kajian ini mendapati pelajar menghadapi masalah dalam

mengenal nilai tempat dan menjadi halangan kepada pembelajaran matematik

keseluruhannya. Pengkaji menggunakan konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

terhadap kefahaman murid tentang nilai tempat di tujuh buah sekolah. Penyelidik telah dapat

membina suatu alat pengukuran untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap nilai tempat.

9.0 Metodologi Kajian

9.1 Pemerhatian

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian iaitu dibuat semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah, respon kepada soalan-soalan yang diajukan,

semakan kerja rumah, latihan bertulis dan pra ujian.

9.2 Temubual

Kaedah ini digunakan adalah untuk mengetahui respon murid yang mengalami masalah

matematik secara verbal sepanjang proses pengajaran. Temubual ini secara langsung

dapat mengetahui tentang minat murid terhadap matematik seterusnya peka kepada

pengetahuan asas sedia ada serta kaitannya dengan pengajaran semasa.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
503

9.3 Ujian Pra

Ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pencapaian murid

menguasai sub topik membundarkan nombor bulat. Ia dijalankan sebelum sesi bimbingan

bermula. Kajian ini menggunakan data daripada Ujian Pra untuk memilih responden

kajian.

10. Pelaksanaan Kajian

10.1 Analisa Tinjauan Masalah

10.1.1 Pemerhatian

Pengajaran & Pembelajaran di Bilik Darjah

Tumpuan ketika P&P berjalan

Nama Sangat memberi Kurang memberi Tidak memberi

tumpuan tumpuan tumpuan

Murid 1 √

Murid 2 √

Murid 3 √

Murid 4 √

Murid 5 √

Murid 6 √

Murid 7 √

Murid 8 √

Murid 9 √

Murid 10 √

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
504

Jadual 1: Tumpuan murid ketika P&P berjalan

Berdasarkan kepada Jadual 1 di atas didapati bahawa 60% daripada keseluruhan murid

kurang memberi perhatian ketika P&P berjalan. Manakala 40% murid tidak memberikan

tumpuan di dalam kelas ketika P&P. Keadaan ini menunjukkan murid kurang bersedia untuk

menerima pelajaran pada hari tersebut. Disamping itu mereka kelihatan kurang berminat

terhadap sub topik pembundaran nombor.

Respon Soalan

Respon kepada soalan semasa P&P

Nama Sangat bersedia Kurang bersedia Tidak bersedia

menjawab soalan menjawab soalan menjawab soalan

Murid 1 √

Murid 2 √

Murid 3 √

Murid 4 √

Murid 5 √

Murid 6 √

Murid 7 √

Murid 8 √

Murid 9 √

Murid 10 √

Jadual 2: Respon murid terhadap soalan ketika P&P

Daripada kajian didapati 50% murid kurang bersedia menjawab soalan dan selebihnya tidak

bersedia menjawab soalan (Jadual 2). Ini mempunyai kaitan dengan kurang memberi

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
505

tumpuan dan tidak berminat ketika P&P. Kebanyakan murid yang ditanya tidak memahami

konsep membundarkan nombor dan tidak tahu teknik yang mudah diingat untuk

membundarkan nombor.

10.1.2 Temubual

Berikut adalah soalan-soalan yang ditanya :

i. Apabila anda membaca soalan ini, apakah yang anda bayangkan?

ii. Apakah tindakan pertama yang anda buat apabila anda mendapat soalan ini?

iii. Adakah anda melakar sesuatu untuk membantu anda membundarkan nombor?

iv. Apakah fahaman anda tentang nombor yang dibulatkan tersebut ? Adakah

nombor itu sebagai rujukan atau yang perlu di ubah ?

Melalui hasil temubual di atas, penyelidik dapat mengesan masalah pembelajaran seperti

berikut:

i. murid mengalami masalah untuk mengingat jadual rujukan pembundaran

nombor

ii. Murid tidak tahu menggunakan jadual pembundaran nombor tersebut.

iii. Murid keliru dengan nombor rujukan samada perlu dikekalkan atau ditambah.

iv. Murid bersikap sambil lewa dengan menyalin semula nombor di belakang.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
506

10.1.3 Pra Ujian

Responden SK Dato’ Mas’ud

Bil Nama Murid Ujian Pra

1 Murid 1 3/20

2 Murid 2 8/20

3 Murid 3 0/20

4 Murid 4 5/20

5 Murid 5 1/20

6 Murid 6 3/20

7 Murid 7 2/20

8 Murid 8 9/20

9 Murid 9 7/20

10 Murid 10 0/20

Jadual 3: Ujian Pra SK Dato’ Mas’ud Jadual 4: Ujian Pra SK Parit Hj. Aman

Responden SK Gunung Semanggol

Bil Nama Murid Ujian Pra

1 Murid 1 0/20

2 Murid 2 0/20

3 Murid 3 0/20

4 Murid 4 2/20

5 Murid 5 2/20

6 Murid 6 1/20

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
507

7 Murid 7 1/20

8 Murid 8 1/20

9 Murid 9 0/20

10 Murid 10 1/20

11 Murid 11 3/20

12 Murid 12 4/20

13 Murid 13 5/20

14 Murid 14 0/20

15 Murid 15 0/20

16 Murid 16 0/20

17 Murid 17 1/20

18 Murid 18 1/20

19 Murid 19 2/20

20 Murid 20 2/20

21 Murid 21 4/20

22 Murid 22 5/20

23 Murid 23 9/20

Jadual 5: Ujian Pra SK Gunung Semanggol

Hasil daripada Pra ujian di atas mendapati bahawa pelajar yang mendapat markah bawah 10

markah daripada keseluruhan soalan iaitu 20 markah akan dipilih sebagai responden kajian.

Sebanyak 11 orang responden (24 %) yang tiada kefahaman langsung berkaitan pembundaran

nombor iaitu mendapat 0 markah. Manakala murid dalam kategori lemah iaitu mendapat

markah (1-5 markah) adalah sebanyak 26 orang daripada keseluruhan iaitu 57% . Selebihnya

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
508

iaitu 19% responden berada pada aras sederhana iaitu mendapat markah (6-9 markah)

daripada keseluruhan.

10.2 Tindakan Yang Dijalankan

10.2.1 Aktiviti 1: Menghasilkan Papan Magnetik BUGANO

KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI

BIL BAHAN KOS

1 Zink RM 1.50

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
509

2 Binding Tape RM 1.00

3 Double Side Tape RM 0.20

4 Photo Paper RM 0.20

5 Kertas Warna RM 0.10

6 Magnetic Colour Strip RM 1.00

7 Magnetic Button RM 1.50

8 Laminating Film RM 2.00

9 Printing (Ink) RM 0.50

Jumlah RM 8.00

KELEBIHAN PAPAN MAGNETIK BUGANO

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
510

10.2.2 Aktiviti 2: MENGENAL NILAI TEMPAT

Guru bertanya kepada murid nilai tempat sebarang nombor iaitu daripada nilai

tempat sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta.

Guru meminta murid menandakan nilai tempat terdekat yang dinyatakan dalam

soalan atau lisan guru.

10.2.3 Aktiviti 3:MEMBUNDAR NOMBOR MENGGUNAKAN PAPAN

MAGNETIK BUGANO

Guru mempamerkan soalan seperti di bawah dan murid perlu bulat nilai tempat

terhampir dan menuliskan nilai terhampir dalam puluh, ratus, ribu, puluh ribu dan

ratus ribu.

Bundarkan 127 kepada puluh terhampir


20 30 (lihat dalam garis nombor BUGANO)
25

Langkah 1: Bulat nombor (nilai tempat puluh)

Langkah 2: Buat 2 kaki di bawah bulatan dan tuliskan puluh terhampir

Langkah 3: Murid meletakkan anak panah magnetik pada kedudukan nilai nombor

27 pada papan BUGANO

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
511

Langkah 4: Murid melihat kedudukan angka 27 berada menghampiri 20 atau 30 .

Langkah 5: Murid menulis jawapan akhir iaitu sama ada 120 atau 130. Jawapan

pilihan murid untuk contoh ini adalah 130.

Langkah ini diulangi untuk mencari ratus terhampir, ribu terhampir, puluh ribu

terhampir dan ratus ribu terhampir.

10.2.4 Aktiviti 4:MENYELESAIKAN SOALAN PEMBUNDARAN

MELIBATKAN SOALAN KBAT MENGGUNAKAN PAPAN

MAGNETIK BUGANO

Contoh: Apakah nombor yang menjadi 52300 apabila dibundarkan kepada

ratus terdekat?

Langkah 1:

Rujuk kepada Papan Magnetik Bugano pada nilai tempat ratus terdekat atau terhampir

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
512

Langkah 2:

Letakkan magnetik button pada nilai digit 300

Langkah 3:

Rujuk Papan Magnetik Bugano dan tandakan apitan titik tengah yang berdekatan 300

iaitu (250 hingga 349 apabila dibundarkan kepada ratus terhampir menjadi 300) .

Langkah 4:

Tuliskan kembali ribu dan puluh ribu diikuti oleh sebarang nombor dalam lingkungan

250 hingga 349.

Contoh jawapan: 52 250 atau 52 273 atau 52 301 atau 52 320 atau 52 349

10.2.5 Aktiviti 5: MENYELESAIKAN SOALAN PEMBUNDARAN

MELIBATKAN SOALAN KBAR DAN KBAT TANPA

MENGGUNAKAN PAPAN MAGNETIK BUGANO DI

DALAM PEPERIKSAAN

Contoh soalan KBAR : Bundarkan 34 605 kepada ribu terhampir

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
513

Langkah 1:

Lukiskan anak panah ke arah bawah pada sebelah kiri dan kanan digit 4 iaitu menjadi

4000 atau 5000.

Langkah 2:

Lukis garis lurus di antara 4000 hingga 5000 dan letakkan titik tengah iaitu 4500 pada

garisan tersebut.

Langkah 3:

Lukiskan satu garis anak panah yang menunjukkan kedudukan 4605 pada garis lurus

di antara 4000 hingga 5000.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
514

Langkah 4:

Jawapan akhir di tulis dengan menyalin kembali digit 3 (nilai tempat puluh ribu)

diikuti oleh 5000

Contoh Soalan KBAT: Apakah nombor yang dibundarkan kepada ratus terhampir

menjadi 3500 ?

Langkah 1:

Lukiskan satu garis lurus dan buat 3 garisan. Tuliskan nilai 500 (ditengah), 450 di

kanan dan 550 di kiri garisan

Langkah 2:
Jadi , nombor yang dibundarkan
kepada ratus terhampir menjadi
Tandakan garisan sempadan pada
500 ialah bermula dari 450 hingga
549.
450 hingga 549
Kemungkinan jawapan akhir
ialah: 3450, 3455, 3449, 3510,
3530, 3549

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
515

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
516

11. Dapatan Kajian

(UJIAN PRE TEST DAN POST TEST)

SK Dato’ Mas’ud

BIL NAMA PRE TEST POST TEST PENCAPAIAN

MURID

1 Murid 1 03/20 09/20 Meningkat

2 Murid 2 08/20 13/20 Meningkat

3 Murid 3 0/20 16/20 Meningkat

4 Murid 4 05/20 14/20 Meningkat

5 Murid 5 01/20 16/20 Meningkat

6 Murid 6 03/20 14/20 Meningkat

7 Murid 7 02/20 10/20 Meningkat

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
517

8 Murid 8 09/20 17/20 Meningkat

9 Murid 9 07/20 12/20 Meningkat

10 Murid 10 0/20 14/20 Meningkat

Jadual 6: Keputusan Ujian dan dan Ujian Pos SK Dato’ Mas’ud

(UJIAN PRE TEST DAN POST TEST)

SK Parit Hj. Aman

BIL NAMA KELAS PRE TEST POST TEST PENCAPAIAN

MURID

1 Murid 1 5 PINTAR 3/20 15/20 Meningkat

2 Murid 2 5 PINTAR 0/20 9/20 Meningkat

3 Murid 3 5 PINTAR 8/20 14/20 Meningkat

4 Murid 4 5 PINTAR 1/20 13/20 Meningkat

5 Murid 5 5 PINTAR 7/20 15/20 Meningkat

6 Murid 6 5 PINTAR 2/20 14/20 Meningkat

7 Murid 7 5 PINTAR 7/20 14/20 Meningkat

8 Murid 8 6 PINTAR 2/20 18/20 Meningkat

9 Murid 9 6 PINTAR 4/20 18/20 Meningkat

10 Murid 10 6 PINTAR 0/20 19/20 Meningkat

11 Murid 11 6 PINTAR 7/20 19/20 Meningkat

12 Murid 12 6 PINTAR 6/20 18/20 Meningkat

13 Murid 13 6 PINTAR 1/20 19/20 Meningkat

Jadual 7: Keputusan Ujian dan dan Ujian Pos SK Parit Hj. Aman

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
518

(UJIAN PRE TEST DAN POST TEST)

SK Gunung Semanggol

BIL NAMA KELAS PRE TEST POST TEST PENCAPAIAN

1 Murid 1 5 AK 0/20 10/20 Meningkat

2 Murid 2 5 AK 0/20 12/20 Meningkat

3 Murid 3 5 AK 0/20 18/20 Meningkat

4 Murid 4 5 AK 2/20 6/20 Meningkat

5 Murid 5 5 AK 2/20 5/20 Meningkat

6 Murid 6 5 AK 1/20 5/20 Meningkat

7 Murid 7 5 AK 1/20 10/20 Meningkat

8 Murid 8 4C 1/20 3/20 Meningkat

9 Murid 9 5 AK 0/20 8/20 Meningkat

10 Murid 10 5 AK 1/20 10/20 Meningkat

11 Murid 11 5 AK 3/20 17/20 Meningkat

12 Murid 12 5 AK 4/20 18/20 Meningkat

13 Murid 13 5 AK 5/20 17/20 Meningkat

14 Murid 14 6 AK 0/20 3/20 Meningkat

15 Murid 15 6 AK 0/20 5/20 Meningkat

16 Murid 16 6 AK 0/20 4/20 Meningkat

17 Murid 17 6 AK 1/20 14/20 Meningkat

18 Murid 18 6 AK 1/20 10/20 Meningkat

19 Murid 19 6 AK 2/20 16/20 Meningkat

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
519

20 Murid 20 6 AK 2/20 8/20 Meningkat

21 Murid 21 6 AK 4/20 11/20 Meningkat

22 Murid 22 6 AK 5/20 14/20 Meningkat

23 Murid 23 6 AK 9/20 20/20 Meningkat

Jadual 8: Keputusan Ujian dan dan Ujian Pos SK Gunung Semanggol

Daripada dapatan ujian pra dan ujian pos menunjukkan bahawa penggunaan Papan Magnetik

Bugano telah memberikan peluang dan rangsangan kepada murid untuk meminati topik

pembundaran nombor ini sekaligus meningkatkan kemahiran membundar nombor pada

sebarang nilai tempat yang diberikan. 100% responden kajian telah menunjukkan

peningkatan markah dalam markah ujian pos seperti jadual 6,7 dan 8.

Daripada pemerhatian, mendapati bahawa murid mula mahir membaca skala pada garis

nombor di papan magnetik BUGANO. Murid juga telah dilatih untuk menentukan kedudukan

nombor pada garis nombor Papan Magnetik BUGANO. Apabila murid telah menguasai

konsep nilai tempat nombor yang hendak dibundarkan maka, responden kajian telah dapat

membundarkan nombor bermula daripada nilai tempat terhampir yang terkecil iaitu puluh

terhampir sehingga ratus ribu terhampir dengan tepat.

Keyakinan murid dalam menyelesaikan soalan KBAT juga telah meningkat iaitu 40 %

daripada responden kajian telah berjaya memahami dan menguasai soalan berbentuk KBAR

dan KBAT iaitu mendapat 15 markah ke atas.

12. Cadangan Kajian Seterusnya

Hasil dapatan kajian telah membantu saya sebagai pengkaji dan guru-guru memahami

masalah murid yang memerlukan bahan bantu belajar agar ilmu yang dipelajari lebih

difahami dan bermanfaat. Penghasilan inovasi Papan Magnetik BUGANO ini diharapkan

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
520

dapat disebarluaskan penggunaannya kepada semua guru dan panitia matematik sekolah-

sekolah di Malaysia. Saya bercadang untuk menghasilkan satu inovasi baharu dalam kajian

tindakan seterusnya iaitu Blended Learning Kreatif Kit PA21 untuk membantu guru

menyelesaikan masalah sukar menyediakan bahan rangsangan murid ke arah murid aktif dan

kreatif.

Bibliografi

Abdul Latib Abd Rahman, Nor Azam Ariffin, Anas Suray (2017). Panduan penulisan

Laporan Penyelidikan Tindakan. Comtech Multisystem.

Asiahwati Awi (2015). Tahap Numerasi Dan Strategi Penyelesaian Masalah Dalam Bidang

Nombor Bagi Pelajar Lepasan Menengah. Tesis PhD. Universiti Sains Malaysia.

Buku Teks Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jilid 1(2016). Kementerian Pendidikan

Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Buku Teks Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Jilid 1(2011). Kementerian Pendidikan

Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Buku Teks Matematik Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Jilid 1(2014). Kementerian Pendidikan

Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Buku Teks Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (2013). Kementerian Pendidikan

Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Buku Teks Matematik Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Jilid 1(2014). Kementerian Pendidikan

Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Buku Teks Matematik Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (2015). Kementerian Pendidikan

Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
521

Engelbrecht, Nancy and others. Rounding Decimal Numbers to a Designated Precision

Fundamentals of Occupational Mathematics, Modul 2.

Karen Major (2011). The Development of an Assessment Tool: Student Knowledge of the

Concept of Place Value. University of Auckland.

Nor Salhana Mohd Arshad (2015). Meningkatkan Kemahiran Membundar Dengan Kaedah

Jabal (Bukit). Kajian Tindakan. Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam.

Reney Pantun (2016). Penggunaan Teknik Nyanyian Dalam Meningkatkan Kefahaman Murid

Tahun Dua Dalam Topik Pembundaran. International Seminar on Generating Knowledge

Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 Oktober 2016.

Suraya Othman (2006). Meningkatkan Kemahiran Membundarkan Nombor Bulat Dengan

Menggunakan Kit Nombor Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Prihatin. Kajian

Tindakan. SMK Dato’ Mohd. Yunos Sulaiman.

Yusairi Othman (2009). Meningkatkan Kemahiran Membundarkan Nombor Bulat, Nombor

Perpuluhan dan Wang Bagi 15 Orang Murid Tahun 5 Melalui Teknik ‘d’ dan Rajah

Tulang Ikan. Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018
522

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 10-12 July 2018

You might also like