You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA.

KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA.

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PERGURUAN


(PDPP)

KUIZ 2 (10 Markah)


TOPIK2: PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
INDIVIDU

KOD KURSUS: EDUP2082


KURSUS: PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH: ROHANA BINTI KHALID

NAMA NOR RUBIANA AFINI BINTI SHALEH


KUMPULAN PDPP BAHASA MELAYU KUMPULAN 2
AMBILAN JUN 2021
TARIKH HANTAR 26 JUN 2021

PSIKOLOGI PENDIDIKAN (EDUP 2082)

1
KUIZ 2 (10 Markah)
TOPIK2: PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN INDIVIDU

BAHAGIAN A:
Jawab SEMUA soalan (5 markah)
1. Pertumbuhan ialah perubahan yang bersifat __________.
A. konkrit
B. kuantitatif
C. kualitatif
D. abstrak

2. Perkembangan ialah perubahan yang bersifat _________.


A. jelas
B. ganjil
C. kuantitatif
D. kualitatif

3. Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan


seorang kanak-kanak iaitu _________ dan ___________.
A. ibu…bapa
B. masa tidur…. masa makan
C. tingkahlaku… emosi
D. endogen…eksogen

4. Berikut merupakan contoh-contoh faktor endogen KECUALI____________.


A. baka
B. kesihatan ibu
C. sekolah
D. emosi ibu

5. Berikut merupakan contoh-contoh faktor eksogen KECUALI_____________.


A. sekolah
B. kesan X-ray
C. pemakanan
D. media

BAHAGIAN B:

2
Jawab SEMUA soalan (5 markah)

1. Nyatakan 2 perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan. (2 markah)

(i) Pertumbuhan ialah perubahan yang bersifat kuantitatif yang dapat diukur
mengikut peringkat dan ketentuan masa manakala perkembangan ialah
perubahan yang bersifat kualitatif yang mana berlaku daripada peringkat
permulaan percambahan sel hingga akhir hayat. (1 markah)

(ii) Dari segi aspek mental, pertumbuhan ialah keupayaan berfikir yang
bertambah termasuk perkara yang subjektif manakala perkembangan ialah
kemahiran menggunakan bahasa, perkataan, angka pemikiran serta
ingatan. (1 markah)

2. Nyatakan 3 implikasi yang boleh guru gunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif – Jean
Piaget. (3 markah)

(i) Pada peringkat pra operasi (2-7 tahun), guru boleh menggunakan bahan
bantu mengajar yang konkrit sebagai contoh murid menggunakan bahan-
bahan maujud seperti batu, batang aiskrim atau batu untuk belajar
kemahiran menambah dan menolak. 1 markah)

(ii) Pada peringkat pra operasi (2-7 tahun), guru boleh memberi peluang
kepada murid untuk melakukan "hands-on" terhadap sesuatu kemahiran
agar dapat meningkatkan keyakinan murid terhadap diri mereka sebagai
contoh membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf. (1
markah)

(iii) Pada peringkat operasi konkrit (7-11 tahun), guru menggunakan contoh-
contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman murid untuk
mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Contohnya mengaitkan
pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemar atau
pengalaman seharian mereka dengan pengajaran. (1 markah)

TAMAT

You might also like