You are on page 1of 2

Sila pilih salah satu contoh pentaksiran dalam tugasan 1, ulaskan aktiviti pentaksiran tersebut

berdasarkan aspek-aspek berikut:

1. Kesahan

2. Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu pengukuran. Pencapaian prestasi


murid dalam kedua-dua ujian yang sama tetapi ditadbir pada masa yang berlainan. Terdapat
faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan seperti bilangan tugasan, pentaksiran atau
item. Semakin banyak bilangan tugasan dalam suatu pentaksiran, semakin tinggi
kebolehpercayaan yang diperolehi. Pengaruh faktor peluang atau tekaan juga semakin
berkurang. Faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan kedua adalah serakan skor.
Semakin banyak serakan skor, semakin tinggi kepercayaan akan diperoleh. Selain itu,
penambahan item sukar dalam suatu ujian juga mempengaruhi serakan skor.

Jika di lihat dari peranan pentaksiran sebagai pembelajaran, kebolehpercayaan adalah sukar
untuk diukur. Ini kerana pentaksiran sebagai pembelajaran dipertanggungjawabkan kepada
pelajar sendiri untuk mengukur pembelajaran mereka. Di sini guru dan murid boleh
merancang hala tuju pembelajaran bersama-sama secara perbincangan.

Namun dalam mengukur kebolehpercayaan, merujuk kepada Hailmi (2018) guru boleh
membantu pelajar menyediakan lembaran pentaksiran kendiri dan refleksi bagi pentaksiran
kendiri. Lembaran ini boleh disediakan menggunakan kaedah senarai semak atau skala
kadar. Manakala bagi pentaksiran rakan sebaya, borang maklumbalas boleh disediakan oleh
guru untuk bagi memudahkan pentaksiran kendiri dilakukan.

3. Keobjektifan

Keobjektifan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud, antaranya
ialah rasional, saksama, adil atau maksud kedua iaitu tujuan, matlamat, sasaran, kehendak,
maksud dan haluan. Keobjektifan merupakan salah satu ciri ujian yang penting kerana
mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian. Keobjektifan yang tinggi diukur
melalui skor yang diperolehi sama ada skor tersebut masih sama walaupun diperiksa oleh
dua orang pemeriksa yang berbeza. Dua aspek keobjektifan yang diberikan perhatian iaitu
keobjektifan dalam memeriksa dan keobjektifan dalam menginterpretasi item ujian.

Pemerhatian yang dibuat melalui pentaksiran sebagai pembelajaran, keobjektifan boleh


diukur jika merujuk kepada lembaran pentaksiran kendiri yang disediakan oleh guru. Ini
kerana pentaksiran ini berasaskan senarai semak atau skala kadar yang memberikan skor
hampir tepat daripada pelajar. Ini bagi memudahkan guru dalam memeriksa pentaksiran
pelajar dan mendapatkan keobjektifan yang tinggi.

Secara keseluruhannya dilihat keobjektifan yang tinggi boleh diperoleh melalui pentaksiran
sebagai pembelajaran jika instrument yang betul digunakan. Bantuan guru atau peranan
guru diperlukan disini bagi menyediakan lembaran pentaksiran yang sesuai agar pelajar
mendapat keobjektifan tinggi tersebut.
Hailmi (2018), 15 Contoh Instrumen PBD Pentaksiran Bilik Darjah.
https://www.cikguhailmi.com/2018/12/15-contoh-instrumen-pbd-pentaksiran-bilik-darjah.html?
m=1

Nurul Syifaa’ (2017), Ciri dan Prinsip Pentaksiran. https://www.slideshare.net/nurulsyifaa4/ciri-dan-


prinsip-pentaksiran

Kamus Dewan Edisi Keempat (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?
keyword=objektif

You might also like