You are on page 1of 3

Tujuan Pentaksiran

Kenapa kita perlu mentaksir murid?”. Jawapan yang lazim ialah untuk menentukan sama adamurid
‘memahami’ atau boleh ‘lakukan sesuatu kemahiran. ‘Memahami’ditafsirkan sebagai
murid dapat mengingat kembali apa yang diajar. Ini ditentukan sama ada murid berkenaan
dapatmemberi jawapan yang betul. Adalah lebih tepat jika kita mengatakan bahawa tujuan
pentaksiranialah untuk menentukan sejauh manakah objektif pembelajaran atau hasil pembelajaran
tercapai.Lihat Rajah 1.2 yang menunjukkan beberapa tujuan pentaksiran murid (Linn & Gronlund,
2000).

Kesahan

Kesahan ditakrifkan sebagai sejauh mana sesuatu ujian mengukur apa yang ia patut diukur.Sekiranya ia
tidak mengukur apa yang ia patut mengukur, maka ujian itu tidak bolehdigunakan kerana interpretasi
yang dibuat berasaskannya tidak sah atau relevan
(Nutall,1987). Contohnya, ujian yang sepatutnya
mengukur ‘keupayaan murid Tahun
6 berfikir secarakritis
’ tidak mengukur ‘keupayaan
berfikir secara kritis’, maka ujian tersebut bukanlah sebuah ujian yang sah.

Kesahan Konstruk
ialah sama ada ujian yang digubal mengukur konstruk atau ciri atau fenomena
yang ingin diukur. Contohnya, jika anda ingin menentukan tahap kemahiranmembaca murid, anda
perlu memastikan ujian yang digubal mengukur kefahamanmembaca, penguasaan kosa kata, membaca
untuk maksud literal dan membaca untukmaksud inferens. Bagaimana guru dapat menentukan ujian
yang digubal mempunyaikesahan konstruk yang tinggi?

Satu cara ialah dengan membanding atau menkorelesasi ujian pembinaan gurudengan sesuatu ujian
yang mengukur konstruk yang sama. Contohnya, guru bolehmembandingkan markah yang diperolehi
dalam ujian yang digubal oleh gurudengan ujian lain yang diberikan kepada sampel
murid yang sama. Sekiranyamarkah bagi kedua-dua ujian tersebut berkorelasi tinggi, maka guru
bolehmembuat kesimpulan bahawa ujian yang digubal oleh guru mempunyai kesahankonstruk yang
tinggi.

2) KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan
merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorangcalon mendapat markah sebanyak
80 peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama danmendapat markah yang sama atau hampir sama
tiga hari kemudian atau selepas seminggu,maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.
Dengan perkataan lain,
kebolehpercayaan menunjukkan konsistensi sesuatu ujian dengan bertanya ‘adakah
mendapat skor atau markah yang sama sekiranya mereka mengambil ujian yang sama pada
sekali lagi?’. Sekiranya, markah yang diperolehi tidak konsisten, maka guru boleh
merumuskan bahawa ujian itu juga tidak sah kerana kandungan yang diuji tidak tepat. Berikutini ialah
beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menentukankebolehpercayaan sesuatu ujian:
1.
Uji-Uji Semulan (Test-Retest)
yang sama sekali lagi. Markah yang diperolehi
dalam pentadbiran ujian pertama dikorelasikan dengan markah yang diperolehi dalam pentadbiran
kedua ujian tersebut. Sekiranya korelasi di antara kedua-dud markah tersebutadalah tinggi maka ujian
tersebut boleh dikatakan mmempunyai kebolehpercyaan yangtinggi. Namun begitu, teknik uji-uji
semula agak sukar dilaksanakan kerana muridmungkin enggan mengambil ujian yang sama dua kali.
Juga, murid mungkin dapatmengingat kembali soalan-soalan ujian pertama.
2.

Ujian Setara (Equivalent Test) -


Bagi teknik ini, dua ujian yang setara ditadbirkankepada kumpulan murid yang sama. Kedua-dua ujian
ini tidak serupa tetapi setara. Iaitu,kedua-dua ujian mempunyai soalan-soalan berlainan tetapi mengukur
konstruk
(iaitu pengetahuan, kemahiran atau sikap) yang sama. Markah atau skor yang perolehi dalamkedua-dua
ujian dikorelasikan dan jika angka korelasi adalah tinggi, kebolehpercayaanujian disifatkan sebagai
tinggi. Kelebihan teknik ini ialah tidak ada pengaruh muridmengingat kembali soalan-soalan. Suatu
masalah dengan teknik ini ialah guru perlumenghasilkan begitu banyak soalan.

1. apakah jenis kesahan dan kebolehpercayaan yang paling releven untuk dipraktikkan oleh guru di sekolah
dalam aktiviti pentaksiran yang dijalankan. Berikan justifikasi anda mengapa anda menyatakan sedemikian.

2. berikan contoh bagaimana untuk mempraktikkan jenis kesahan dan kebolehpercayaan seperti yang anda
nyatakan di 1. dalam konteks guru melaksanakan aktiviti pentaksiran di sekolah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Apakah jenis kesahan dan kebolehpercayaan yang paling relevan untuk dipraktikkan oleh
guru di sekolah dalam aktiviti pentaksiran yang dijalankan. Berikan justifikasi anda mengapa
anda menyatakan sedemikian.

Kesahan menurut Nutall, 1987 ditakrifkan sebagai sejauh mana sesuatu ujian mengukur apa
yang ia patut diukur. Sekiranya ia tidak mengukur apa yang patut diukur maka ujian itu tidak
boleh digunakan kerana interpretasi yang dibuat berasaskannya tidah sah atau relevan.

Pada pendapat saya kesahan yang relevan untuk dipraktikkan oleh guru di sekolah dalam
aktiviti pentaksiran ialah kesahan konstruk. Kesahan konstruk ialah sama ada ujian yang
digubal mengukur konstruk atau ciri atau fenomena yang ingin diukur. Sebagai contoh, jika
guru tersebut ingin menentukan tahap kemahiran membaca murid, maka guru tersebut perlu
memastikan ujian yang digubal mengukur kefahaman membaca, iaitu penguasaan kosa kata,
membaca untuk maksud literal dan membaca untuk maksud inferens. Guru dapat
menentukan ujian yang digubal mempunyai kesahan konstruk yang tinggi dengan
membanding atau menkorelasi ujian pembinaan guru dengan sesuatu ujian yang mengukur
konstruk yang sama. Contohnya, guru boleh membandingkan markah yang diperolehi dalam
ujian yang digubal oleh guru dengan ujian lain yang diberikan kepada sampel murid yang
sama. Sekiranya markah bagi kedua-dua ujian tersebut berkolerasi tinggi, maka guru boleh
membuat kesimpulan bahawa ujian yang digubal oleh guru tersebut mempunyai kesahan
konstruk yang tinggi.

Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Dengan perkataan lain
ketekalan prestasi murid iaitu pencapaian dalam kedua-dua ujian yang sama tetapi ditadbir
pada masa yang berlainan. Kebolehpercayaan pengukuran berulang (Test-Retest) ialah
pengambilan ujian yang sama sekali lagi. Markah yang diperolehi dalam pentadbiran ujian
pertama dikorelasikan dengan markah yang diperoleh dalam pentadbiran kedua ujian
tersebut. Sekiranya korelasi di antara kedua-dua markah tersebut adalah tinggi maka ujian
tersebut boleh dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

2. Berikan contoh bagaimana untuk mempraktikkan jenis kesahan dan kebolehpercayaan


seperti yang anda nyatakan di 1 dalam konteks guru melaksanakan aktiviti pentaksiran di
sekolah.

Terdapat pelbagai faktor dan perkara yang perlu di ambilkira untuk mempraktikkan kesahan
konstruk dan kebolehpercayaan pengukuran berulang dalam melaksanakan aktiviti
pentaksiran di sekolah. Pertama, guru tersebut perlulah memastikan sesuatu ujian yang
dibina benar-benar menguji atribut yang ingin diukur. Kemudian, guru tersebut perlu
menghantar ujian yang dibina kepada pakar bidang seperti guru cemerlang dan ketua panitia
untuk mengesahkan item ujian tersebut. Bagi meningkatkan kebolehpercayaan, semakin
banyak bilangan tugasan atau item dalam suatu pentaksiran, semakin tinggi
kebolehpercayaan. Ini menjadikan faktor atau peluang tekaan itu berkurang. Guru juga boleh
menambah item sukar dalam sesuatu ujian. Ini adalah kerana semakin besar serakan skor
semakin tinggi kebolehpercayaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Saya setuju dengan pendapat saudari, kesahan konstruk merupakan kesahan yang relevan
untuk dipraktikkan dalam aktiviti pentaksiran di sekolah. Kesahan konstruk iaitu ujian yang
digubal mengukur konstruk atau ciri atau fenomena yang ingin diukur. Guru dapat
menentukan ujian yang digubal mempunyai kesahan konstruk yang tinggi dengan
membanding atau menkorelasi ujian pembinaan guru dengan sesuatu ujian yang mengukur
konstruk yang sama.

You might also like