You are on page 1of 7

Apa itu Pentaksiran (Assessment)?

Definisi
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)

Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).

Tujuan Pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran


instrumen kumpulan yang ditaksir respon kumpulan pentaksir skor

Contoh
Dalam kelas Sains, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses P&P dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.

You might also like