You are on page 1of 15

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru
membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan
hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat
kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu
mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan


menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain
menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan
data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau
temubual.
Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang
berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan
maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C,
D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau
gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan
dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan
cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama,
iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi
ukuran.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan


pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan
peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan
dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagaibagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan
dan pencapaian pelajar.
Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan
Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan, berakhlak mulia
dan berilmu. Atas dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau
benchmark yang menetapkan satu sistem yang dapat diguna pakai dan
diaplikasikan dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara (Mak Soon
Sang:1988).
Ujian atau sistem peperiksaan adalah kayu ukur bagi menyukat sejauh manakah
keberkesanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) dalam melahirkan pelajar yang seimbang dalam
segenap aspek yang

dicita-citakan. Kecemerlangan system penilaian

dan

peperiksaan akan dapat meletakkan negara pada landasan yang betul untuk
merealisasikan wawasan 2020 dengan lahirnya generasi yang berwibawa dan
seimbang dalam semua aspek kehidupan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah
satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu.

Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah
satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah
kurikulum.

Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang
bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat
pencapaian hasildaripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif.
Contohnya, Nazrin yang mendapat markah sebanyak 90% dalam sesuatu
kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah
pula yang mendapat jumlah markah sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada
pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang, baik,sederhana, lemah
atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah
penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat
yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif.
Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang
berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh
melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul,
disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih
mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak
mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan
tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin telah
menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa.
Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat
keputusan

berkenaan

dengan

kemajuan,

perkembangan,

penguasaan

dan

pencapaian murid dalam pembelajaran. Penilaian adalah sebahagian daripada


proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penilaian boleh
dijalankan secara formatif dan sumatif.
Oleh yang demikaian, guru memainkan peranan penting dalam mengesan
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran
yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis
maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti
penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Definisi penilaian
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of
delineating, obtaining, andproviding useful information for judging decision
alternatives.
Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih
daripadapengujian dan pengukuran. Definisi lain pula mengklasifikasikan penilaian
sebagai pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan
seseorang membuat pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga,
penilaian boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk
mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi menentukan setakat
mana pelajar mencapai objektif pengajaran.
Terry D. TenBrink (1974:8), pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai dan menaksir (Kamus
Dewan,1994:930). Justeru penilaian ialah suatu proses yang berterusan bagi
mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada pelajar
dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan
sempurna (Abu Bakar Nordin,1990:4). Proses ini amat penting bagi mengetahui
kekuatan dan kelemahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain
memastikan para pelajar tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan mata pelajaran
yang telah ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar mencakupi segala
aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang
dijalankan

dapat

memenuhi

kehendak

dan

aspirasi

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaaan. Oleh itu penilaian merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan
bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran
(P&P).
Dalam konteks dunia pendidikan, prosese penilaian membabitkan banyak perkara
kerana terangkum di dalamnya proses ujian, peperiksaan, pengukuran yang
bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menguasai apa yang telah dipelajari di

dalam kelas. Phopham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah


mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara
menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran,
program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
Penilaian juga merupakan satu proses memperolehi maklumat secara bersistem
dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang paling wajar.
Justeru penilaian yang dilakukan di sekolah adalah satu usaha berstruktur dan
bersistem bagi mengkaji perubahan, penguasaan, pencapaian para pelajar dalam
ujian dan peperiksaan yang diadakan bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum
pelajar menduduki peperiksaan sebenar kelak (Gay:1985).
Penilaian Formatif
Penilaian

dijalankan

secara

berterusan

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi


maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi
seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga
boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang
tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir
semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang
murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat
memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.
Tujuan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan

penilaian

adalah

untuk

mengetahui

sejauh

mana

konsep-konsep

yangdisampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah
yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan
diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka

dalam mata pelajaran yang berkenaan. Ujian juga digunakan untuk menilai
pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh
menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai
atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku.
Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara
dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan
ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada
ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru,
mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan
dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya.
Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar
pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak
membaiki

cara

pengajarannya.

Oleh

itu,

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut:


i.

Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang

sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian
seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah
guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang
seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru
tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan
pengajaran.
ii.

Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar

mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya
itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk
menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.
iii.

Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-

teman sekelasnya

atau dengan

peringkat kelas yang

sama di

sekolah.

Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang
individu.
iv.

Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang

subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau
kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerjakerja pemulihan dan sebagainya.
v.

Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat

lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan
pengayaan.
vi.

Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap

pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan
pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke
jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains,
sasteradan teknikal.
vii.

Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa


dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.
1. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya
mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
Kesimpulan
Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya
dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem
peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem
pendidikan kita diiktiraf dunia.
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara
numerik

(melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri


yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran
ialah proses menentukansejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi
seseorangindividu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya,
Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi
Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur
pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh.
Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ciri tertentu seseorang
individu/pelajar mengikut alat yang digunakan.
Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan,
sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita
boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu
ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan
salah satu daripada kaedah tersebut.
Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental
seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian
fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan
menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya,
seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali
ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda
45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap
sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru.
Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat
sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru,
seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang
tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sud

Mok Soon Sang (2009) telah dipetik berkata pengukuran ialah suatu proses atau
sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara
atau keadaan.
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng(1996) telah dipetik berkata pengujian biasanya
melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang
diperoleh dalam bentuk nombor. Walaubagaimanapun, dalam bilik darjah,
pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang
diperoleh.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata dalam pendidikan,
pengukuran merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran.
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata pengukuran
membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran bermaksud
sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka
tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu cirri yang diukur
dengan menggunakan instrumen.
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di atas, dapat
disimpulkan bahawa pengukuran merupakan suatu proses yang melibatkan alat
untuk mengukur secara kuantitatif pencapaian murid dalam sesuatu perkara.
Pengukuran hanya berfokus kepada penentuan status atau tahap murid. Ianya tidak
melibatkan proses penilaian.pengukuran merupakan sesuatu yang tidak bersifat
mutlak kerana pengukuran lebih menumpukan kepada penentuan status atau tahap
dalam bentuk kuantitatif, berfokus kepada pengumpulan data secara numerikal dan
mengkategori.
Secara kuantitatif: peratus markah seperti 90%, 30% dan 39%
Secara kategori : murid lemah, sederhana dan pandai.

konsep pengujian
R.M Gagne dalam Mok Soon Sang(2009) telah dipetik berkata pengujian
ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku
seseorang individu.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata pengujian
merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan
sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu
terhadap pembelajarannya.
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng(1996) telah dipetik berkata pengujian
bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan
bersistem
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata bahawa
pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu
murid.
Cronbach(1970) dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah
dipetik berkata ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk
memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
membuat huraian dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem
yang berkategori
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di
atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian melibatkan suatu proses yang
berlaku secara sistematik. Oleh itu, pelbagai perkara yang berlaku di
dalam bilik darjah boleh dikategorikan sebagai pengujian selagi mana
ianya dilaksanakan secara bersistem dan mengikut sesuatu prosedur yang
ditetapkan. Sebagai contoh, guru meminta murid untuk menulis hobi dan
makanan kegemaran masing-masing di dalam borang khusus.
Maka, perkara ini turut dilihat sebagai pengujian kerana dilaksanakan
secara bersistem dan mengikut prosedur khusus iaitu mengisi borang
selain mempunyai instrumen tersendiri iaitu borang.

Pengujian dilihat sebagai suatu proses yang terhad dan merujuk kepada
suatu teknik untuk mendapatkan maklumat mengenai perubahan tingkah
laku individu. Alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian murid
dalam sesuatu pengujian adalah ujian dan pemerhatian. Ia biasanya
dilaksanakan bermula dari peringkat persediaan diikuti dengan peringkat
perlaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan. Kebiasaannya,
pengujian dilaksanakan untuk mengenalpasti kemampuan murid dan
pencapaian murid terhadap sesuatu kemahiran atau ilmu yang dipelajari.
Walaubagaimanapun, pengujian merupakan suatu perkara yang tidak
mutlak. Pengujian ketinggian mental seseorang tidak dapat di nisbahkan
dan dikuantitikan secara kuantitatif.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) dan Mok Soon Sang (2009)
menyatakan bahawa tujuan perlaksanaan pengujian ini adalah seperti
berikut :
1) mengenalpasti pencapaian murid dalam sesuatu kemahiran atau isi
pelajaran yang telah diajar.
2) Menentukan dan mengenalpasti perubahan tingkah laku murid-murid.
3) Mengelaskan murid kepada kumpulan lemah, sederhana dan bijak
mengikut keputusan pengujian yang dilakukan sekaligus melakukan
penggredan kepada murid-murid.
4) Pengujian bertindak sebagai motivasi ekstrinsik kepada murid-murid untuk
terus mengulangkaji pelajaran.
5) Memilih murid-murid untuk tugas tertentu seperti mewakili sekolah dalam
sesuatu pertandingan atau kuiz pendidikan.

Bibliografi

(n.d.).

Retrieved

May

6,

2012,

fromhttp://unitpeperiksaanipgkt.blogspot.com/2012/02/terry-d.htmCronbach,L.J.
(1970).Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper & Row
Dr Abu Bakar Nordin (1987): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan
Firma, P. (2003). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Petaling Jaya: Penerbit Firma
Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and Measurement.Competencies for
analysis and application 2nd ed.
Konsep

Penilaian.

(n.d.).

Charles E.Merril
Retrieved

May

4,

2012,

from

http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=61
Mok Soon Sang (2003), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman
Sdn Bhd
Mengapa Pelajaran Pendidikan seni Perlu melalui Proses penilaian? Apakah aspek
yang

perlu

dinilai?

(2009,

August

8).

Retrieved

May

6,

2012,

from http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/mengapa-pelajaranpendidikan-seni-perlu.html
Pengertian

dan

Konsep.

(n.d.).

Retrieved

May

4,

2012,

fromhttp://ipks.edu.my/index.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=248&tmpl=component&format=raw&Itemi
d=41Pentaksiran Bahasa Melayu: Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. (n.d.).
Retrieved May 6, 2012,fromhttp://www.scribd.com/doc/51807095/6/Kepentingan-Penilaiandalam-Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran-

Pentaksiran, Pengujian & Penilaian. (2011, Jan 4). Retrieved May 6,


2012, fromhttp://www.joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1-pdfPopham,W.J (2000). Testing: What every parent should know about
school tests. London: Allyn & Bacon
Stufflebeam,

D.L. et. al. (1971). Educational Evaluation and Decisionmaking. Ithaca, Illinois: Peacock
CIRI - CIRI PENTAKSIRAN

Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;


i) Keobjektifan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara
berpusat
atau berasaskan sekolah.
iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor,
mendiskrimasikan calon, menepati
tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
iv) Kekomprehensifan mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif
yang penting

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang


dalam pembelajarano
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajarano
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik
bersesuaian

Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai

Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki


kelemahan pembelajaran murid.

Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek


intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Memastikan prinsip asas penilaian diikuti:


o

tujuan penilaian

bidang yang dinilai

calon yang hendak dinilai

teknik yang akan digunakan dalam penilaian

DEFINISI KONSEP PENTAKSIRAN

Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh
mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai.
Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala

slang. Beliau membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan


menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David
Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003,
pentaksiran

ialah

integrasi

proses

mengumpul

maklumat,

menginterpretasi

maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan
berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian
pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran
Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat
penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah

pengukuran, pengujian dan

penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran


melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau
piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran
dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang
tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru
dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

You might also like