You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM

NAMA PELAJAR :

Program Ijazah Sarjana Muda


Perguruan (PISMP)

SEMESTER/TAHUN : 1/2015

KOD DAN NAMA KURSUS :


EDU3063 BUDAYA DAN
PEMBELAJARAN
TARIKH MULA

1) Pembentangan:
27/7/2015
hingga
02/10/2015

TARIKH HANTAR

1) Pembentangan:
Pada setiap
minggu selepas
pembentangan
kumpulan

2) Esei: 01/9/2015

2) Esei: 17/9/2015

3) Laporan: 29/6/2015
hingga
10/7/2015

3) Laporan:
24/7/2015

Hasil Pembelajaran Kursus :


1.
2.
3.
4.
5.

Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia.


Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan.
Menganalisis kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
Menghasilkan pelan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya.
Membincangkan langkah-langkah untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan
bahasa di dalam bilik darjah.

Projek ini menilai hasil pembelajaran 1hingga 5.


Objektif Tugasan Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.

Menjalankan sesi perbincangan dalam kumpulan dan menggunakan pelbagai bentuk dan
kaedah persembahan. Hasilan idea semasa aktivti berkumpulan perlu mencerminkan
kemahiran berfikir aras tinggi.

2.

Merujuk kepada kandungan dalam keratan akhbar siaran tahun 2015 melalui laman
sesawang yang membincangkan tajuk yang dipilih. Pelajar guru perlu
membincangkannya secara kritis dan menghubungkaitkannya dengan kandungan yang
bersesuaian yang dibincangkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

3.

Menyediakan laporan pemerhatian dan pengumpulan maklumat semasa pelajar guru


menjalani latihan Praktikum 1 di sekolah masing-masing. Pemerhatian dan pengumpulan
maklumat perlu berdasarkan tajuk yang telah dipilih.

Tugasan Projek (100%)


1.

Pembentangan: Tugasan kumpulan (30%)


1.1 Pensyarah yang mengajar perlu menyediakan dan mengedarkan soalan-soalan
pembentangan berdasarkan 7 tajuk yang disenaraikan dalam Ringkasan Maklumat bagi
kursus EDU3063.
1.2 Setiap pelajar guru diletakkan dalam kumpulan masing-masing. Semua pelajar guru
perlu bekerjasama untuk menghasilkan satu pembentangan yang menarik berdasarkan
soalan-soalan yang telah diberikan.
1.3 Ahli-ahli kumpulan dikehendaki mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan tajuk
pembentangan kumpulan secara terperinci. Hasil daripada analisis, setiap kumpulan
perlu:
1.3.1 menjalankan aktiviti perbincangan dengan semua pelajar guru di dalam kelas
semasa sesi pembentangan mingguan.
1.3.2

menggunakan pelbagai bentuk dan kaedah persembahan yang sesuai untuk


sesi pembentangan dan aktiviti berkumpulan. Aktiviti perlu berfokuskan aplikasi
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Panduan pelaksanaan sesi pembentangan dalam kelas


1. Bilangan pelajar dalam setiap kumpulan ialah 3 orang.
2. Sediakan nota ringkas dalam bentuk grafik (peta minda, carta, rajah dsb)
3. Semua ahli dalam kumpulan harus mengambil bahagian dalam penyediaan nota
dan bahan serta membuat pembentangan dan merancang aktiviti susulan untuk
semua di dalam kelas.
4. Masa pembentangan ialah lebih kurang 30 minit bagi setiap kumpulan. 10 minit
seterusnya diperuntukkan untuk soal-jawab/ perbincangan selepas setiap
pembentangan. Tarikh pembentangan ditetapkan oleh pensyarah masing-masing.
5. Hard copy nota/ pembentangan perlu diserahkan kepada pensyarah seminggu
selepas tarikh pembentangan.
6. Sertakan rujukan/ bibliografi/ lampiran/ muka surat dalam Pelan Pembangunan.
7. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
7.1 Tulisan dan grafik yang menarik dan kreatif serta sesuai dengan kehendak
pembentangan
7.2 Rujukan mengikut format APA
8. Penilaian prestasi ahli semasa pembentangan adalah secara individu.
2.

Penulisan Esei : Tugasan Individu (50%)


Anda diminta untuk merujuk kepada kandungan dalam keratan akhbar siaran tahun 2015
melalui laman sesawang. Kandungan perlu membincangkan salah satu daripada tajuktajuk berikut:
2.1 Pilih salah satu daripada tajuk-tajuk berikut:
a.

Implikasi Kepelbagaian Budaya

b.

Ketaksamaan Peluang Pendidikan

c. Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya


2.2 Membuat rujukan berdasarkan isu-isu yang berkaitan dan mengumpul data yang

bersesuaian dengan tajuk yang dipilih.


2.3 Membuat catatan data yang diperolehi daripada pelbagai sumber.
2.4 Berpandukan hasil kajian dan refleksi anda bagi tajuk yang dipilih:
2.4.1 Memberi pandangan anda secara kritis tentang isu yang berkenaan
2.4.2 Menghubungkaitkan kandungan dalam keratan akhbar dengan kandungan
yang bersesuaian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Panduan Pelaksanaan Penulisan Esei
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Pelajar guru boleh merujuk dan memperoleh maklumat daripada pelbagai
sumber seperti buku rujukan ilmiah, sumber-sumber dalam internet, jurnal,
ensiklopedia dan majalah ilmiah.
3. Semua maklumat yang bersesuaian dengan tajuk tugasan hendaklah dibincangkan
secara kritis. Mutu penulisan perlu menunjukkan kematangan perbincangan yang
ilmiah.

Arahan tambahan
i. Panjang esei adalah 2000 patah perkataan dan tidak melebihi 10 muka surat ( tidak
termasuk bibliografi dan lampiran).
ii. Esei perlu ditaip dengan menggunakan Arial Font, saiz 11, 1 jarak baris.
iii. Tugasan perlu mereflek ciri keaslian, kematangan idea dan berkualiti akademik.
Plagiarisme tidak dibenarkan.
iv. Pensyarah perlu mengagihkan semua tajuk seperti di atas.
v. Kulit hadapan tugasan anda perlu mengandungi butiran seperti berikut:
- Nama :
Ambilan Jun 2013
- Kumpulan:
Tahun 3, Sem 1, (Kuliah Jun-Nov 2015)
- Angka Giliran :
- Kad Pengenalan :
No. H/P:
- Program: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
- Mata Pelajaran : EDU3063 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
- Nama Pensyarah :
- Tarikh hantar :
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Tugasan yang dilengkapkan dengan maklumat yang menyeluruh, tersusun dan
terperinci.
2. Terdapat bukti bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi kandungan penulisan jelas dan koheren.
5. Perbincangan isu yang menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat.
6. Perbincangan isu dikaitkan dengan fakta-fakta yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

3.

Laporan Pemerhatian dan Pengumpulan Maklumat di sekolah : Tugasan Individu


(20%)

Pelajar guru perlu menjalankan sesi pemerhatian dan pengumpulan maklumat semasa
menjalani latihan Praktikum 1 di sekolah. Laporan pemerhatian dan pengumpulan
maklumat adalah berdasarkan salah satu daripada tajuk-tajuk berikut:
3.1

Kemahiran Komunikasi Guru

3.2

Cabaran guru mengajar murid dari pelbagai sosio-budaya

3.3

Pelan tindakan yang menggalakkan persekitaran sekolah mesra budaya

3.4

Ketaksamaan peluang pendidikan di sekolah berkenaan

Arahan tambahan:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Pensyarah-pensyarah perlu mengagihkan tajuk-tajuk secara sama rata untuk


pelajar guru dalam kumpulan masing-masing.
Setiap pelajar guru yang ditempatkan di sekolah yang sama perlu memilih tajuk
yang berlainan daripada rakan mereka.
Pemerhatian dan pengumpulan maklumat perlu dilakukan dalam tempoh masa
yang ditetapkan semasa pelajar guru menjalani latihan Praktikum 1.
Laporan perlu disokong dengan pelbagai bentuk ilustrasi (gambar, lakaran).
Jumlah patah perkataan tidak melebihi 600 patah perkataan.
Jumlah markah ialah 20% sahaja.

Kriteria Pentaksiran:
1.

Projek ini dinilai berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

2.

Tugasan-tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Disediakan oleh:
(SOO HOO SOON TENG)
Penyelaras Kursus EDU3063
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Pulau Pinang
Disahkan oleh:
(CHAN FAN HO)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Pulau Pinang

Disemak oleh:
(MOHD MASHOR B. MUSTAPA)
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Pulau Pinang

You might also like