You are on page 1of 4

JUSTIFIKASI ITEM Item bagi soalan matematik yang dibina untuk pelajar darjah 3 selesai ditadbir, pengiraan indeks

kesukaran dan indeks diskriminasi dijalankan. Setelah pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap soalan atau item yang dibina selesai dikira, didapati terdapat soalah atau item yang sesuai bagi disimpan dalam bank item. Daripada 20 soalan yang telah dibina, terdapat 10 item yang berada pada diskriminasi positif yang tinggi dalam indeks diskriminasi dan pada tahap yang sederhana dalam indeks kesukaran. Antara item yang dimaksudkan adalam item bernombor 6, 7, 8, 10, 11, 12, 15, 17, 18, dan 19.

1. Ayat matematik bagi pendaraban berdasarkan gambar di atas ialah a) 7 3 = 21 b) 3 7 = 21 c) 7 3 = 28 2. ____________ - 3641 = 1321 a) b) c) d) 4361 3232 4962 768

3. 72 buah meja disusun secara sama banyak dalam 9 baris. Berapa buahkah meja dalam setiap baris? a) b) c) d) 7 8 9 6

4. Pilih cerakin nombor mengikut rumah yang betul bagi nombor 5984 a) b) c) d) 5000 + 900 + 80 + 4 5900 + 900 + 84 5980 + 40 + 4 324+69+5856
1 2 sama dengan ? 4 2

5. Adakah nilai a) Ya b) Tidak 6. 1345 + 432 a) b) c) d) 1777 2777 1677 6786

7.Selesaikan hasil tambah 13 biji guli yang ada di dalam kotak A dan 24 biji guli di dalam kotak B

a) b) c) d)

37 47 27 34

8. Apakah 2 nombor apabila ditambah dapat menghasilkan nombor 9. a) b) c) d) 5, 7 2,8 4,5 5,2

9. Jika 4+8 =12, 7+ a = 12, nyatakan nilai x a) b) c) d) 3 4 2 12

10. Hasil tambah berikut akan memberikan jawapan 9999 kecuali a) 1369 + 8521 b) 4134 + 5865 c) 6662 + 3337 d) 8989 + 1010

Antara justifikasi yang boleh diberikan dalam item-item di atas adalah, item-item ini mempunyai kesahan yang tinggi. Item ini dapat menjadi pengukur dengan baik tahap dan kebolehan pelajar. Item ini juga bersesuaian dengan tahap bagi sesuatu kumpulan darjah 3 yang diuji. Menurut Naapie Mat (2006), kesahan merupakan satu konsep pengukuran yang merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya dapat mengukur secara tepat kebolehan dan keupayaan calon-calon yang diuji.

Merujuk kepada manual am pentadbiran instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia, Kesahan ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Oleh yang demikian item-item yang dikemukakan hendaklah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

Selain itu, item yang dibina ini turut dapat menjadi bahan pengukur yang baik dengan kebolehtafsiran yang tinggi. Apabila item ini ditadbirkan, guru boleh mengukur dengan lebih spesifik penguasaan dan tahap seseorang murid dalam sesuatu tajuk atau peringkat. Kebolehtafsiran yang tinggi dapat memudahkan juga proses

penambahbaikan dijalankan. Menurut R. Jeyagobi & S.

Subramaniam (2007) pula menyatakan, kebolehtafsiran sesuatu ujian dapat merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaian. Hasil penilaian daripada proses tafsiran, dapat memberi gambaran jelas mengenai pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P), kesesuaian item ujian dan pencapai objektif P&P di dalam kelas.

Selain itu, item-item yang dibina turut tidak terlalu mudah dan tidak terlalu sukar Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah atau yang terlalu sukar tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Oleh itu, pentingnya soalan yang tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah agar pengukuran dapat dijalankan dengan baik terhadap murid.

You might also like