You are on page 1of 1

Mohd Aidilfitri bin Ramelan

SK La Salle (1) Brickfields


Jalan Tun Sambathan
50470 Kuala Lumpur

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 3 Julai 2017

Guru Besar
SK La Salle (1) Sentul
51000 Kuala Lumpur

Tuan,

PERMOHONAN PENANGGUHAN TARIKH BERTUGAS

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada surat JPWP 500-3/6/7 Jld. 19 (37) bertarikh 16 Jun 2017 yang
menyatakan bahawa saya, Mohd Aidilfitri bin Ramelan telah diarah bertukar ke sekolah tuan
berkuatkuasa pada 19 Jun 2017.

3. Untuk makluman pihak tuan, dalam sesi penyerahan surat arahan bertukar pada
23 Jun 2017 oleh Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan JPWPKL. Timbalan Pengarah
JPWPKL telah memaklumkan bahawa kami dibenarkan untuk melapor diri di sekolah baharu
pada 3 Julai 2017 dan seterusnya bertugas ditempat baharu pada 10 Julai 2017 bagi
menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyerahan tugas ditempat bertugas
yang lama.

4. Justeru, saya dengan ini memohon jasa baik tuan guru besar untuk membenarkan saya
menangguhkan tugas sehingga tarikh 10 Julai 2017 bagi menyelesaikan urusan serahan tugas
tersebut.

5. Keperihatinan pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah.

(MOHD AIDILFITRI BIN RAMELAN)


GPK Kokurikulum
SK La Salle (1) Brickfields
Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

You might also like