You are on page 1of 24

STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK:

MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN


GURU MATEMATIK DI SEKOLAH-SEKOLAH
MALAYSIA

GERAN PENYELIDIKAN
JANGKA PENDEK UNIVERSITI
04-15-19-08

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Noor Shah' Saad,
Zulkifley Mohamed, Nor'ain Mohd Tajudin, Muzirah Musa dan Lim Kian Boon kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

15 Oktober 2009

1. Prof Madya Dr. Noor Shah bin Saad


Ketua Penyelidik (Pendidikan Matematik)

2. Dr. Zulkiflcj bin Mohamed


Ahli Penyelidik (Statistik)

3. Dr. Nor'ain Mohd Tajudin


Ahli Penyelidik (Pendidikan Matematik)

4. Cik Muzirah Musa

kpc.

Ahli Penyelidik (Statistik)

5. En. Lim Kian Boon


Ahli Penyelidik (Matematik)

/.

iii

PENGHARGAAN

Pasukan kajian ini ingin mengucapkan ribua terima kasih kepada organisasi-organisasi
dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kajian ini.
Pertamanya, kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah mengeluarkan Geran
Penyelidikan Jangka Pendek Universiti bagi menjalankan kajian ini. Ucapan terima ksih
juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri, pengetua-pengetua

sekolah

menengah serta guru matematik sekolah menengah di semenanjong Malaysia dalam


memberi kebenaran dan sokongan semasa menjalankan kajian ini di sekolah. Kajian ini
tidak dapat dilaksanakan tanpa bantuan dan sokongan daripada sekolah-sekolah dan juga
guru matematik dalam memberi respon kepada soal selidik. Ribuan Terima kasih
diucapkan.

Noor Shah Saad


Ketua Penyelidik
Geran Penyelidikan Jangka Pendek Universiti
04-15-0019-08
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak.
Oktober 2009.

iv

Abstrak

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (PIPP)


2006 - 2010 berhasrat untuk memastikan bukan sahaja dapat melahirkan guru yang
berkualiti malahan untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan
mereka. Bagi mencapai hasrat ini, standard pengajaran yang berkesan dan
berkualiti harus diamalkan di kalangan guru-guru khususnya guru matematik.
Kajian ini melibatkan tiga peringkat. Pertama, kajian literatur secara intensif
tentang standard pengajaran matematik yang diperkenalkan di luar negara seperti
National Council of Teacher of Mathematics (NCTM, 2000), The Australian
Association of Mathematics Teachers (AAMT, 2006) dan Training and
Development Agency for School (TDA, 2007). Di Malaysia, Standard Kualiti
Pendidikan (2003) dan Standard Guru Malaysia (2007) turut diperkenalkan dalam
usaha untuk meningkatkan kualiti guru dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan.
Peringkat kedua melibatkan pembinaan instrumen soal selidik tentang standard
kecemerlangan pengajaran matematik dan disahkan (kesahan muka)oleh pakarpakar-pakar pendidikan matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Empat komponen (konstruk) telah dikenal pasti iaitu Amalan ikhtisas (AI), Atribut
Ikhtisas (ATI), Pengetahuan Ikhtisas (PI), dan Proses Pengajaran Pembelajaran
(PPPI). Instrumen ini telah diuji dalam kajian rintis dan Indek Kebolehpercayaan
Cronbach's Alpha instrumen adalah melebihi 0.85. Seterusnya, pada peringkat
ketiga instrumen (soal selidik) yang diperbaiki dikenali sebagai instrumen Standard
Kecemerlangan Pengajaran Matematik (SET@MATH). Instrumen ini telah
ditadbir secara pos kepada 224 buah sekolah di Semenanjong Malaysia secara
rawak yang melibatkan seramai 1,120 orang guru matematik sekolah menengah.
Seramai 820 guru matematik (73.2 %) telah memberi respon. Dapatan kajian
mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang tiga komponen iaitu
Atribut Ikhtisas (ATI), Amalan Ikhtisas (AI) dan Proses Pengajaran Pembelajaran
Ikhtisas (PPPI). Di samping itu, satu model SET@MATH telah dibina berdasarkan
Model Persamaan Berstruktur menerusi kaedah Kuasadua Terkecil Separa dan
model tersebut dapat disuaikan dan boleh diterima sebagai satu model Standard
Kecemerlangan Pengajaran Matematik.

Kata Kunci: Standard pengajaran matematik, Model Persamaan Berstruktur

Abstract

Formulation of the National Education Blueprint (PIPP) 2006-2010 aspires to


ensure not just quality teachers can be produced but to ensure that those quality
teachers remain in Malaysian education system and maintain their teaching quality
throughout their services. To achieve this aspiration, the effective and quality
teaching standard should be practice among teachers, specifically the mathematics
teachers. This study involved three stages. Firstly, an extensive survey of literature
about the mathematics teaching standards that was established overseas such as The
National Council of Teacher of Mathematics (NCTM, 2000), The Australian
Association of Mathematics Teachers (AAMT, 2006) and the Training and
Development Agency for School (TDA, 2007). In Malaysia, the Education Quality
Standard (2003) and Malaysian Teachers Standard (2007) were also established in
attempt to improve in service and pre-service teachers' quality. The second stage
involved the construction of Standard of Excellent in Teaching Mathematics
standard survey instrument and validated (face-validation) by mathematics
education experts' from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Four
components were identified, namely the Professional Practices (AI), Professional
Attributes (ATI), Professional Knowledge (PI), and Professional Teaching and
Learning Process (PPPI). This instrument was tested in the pilot study and the
reliability index of Cronbach's alpha coefficient was found to be above 0.85.
Furthermore, at the third stage, necessary amendments were made for the
improvement of the instrument and this instrument was called Standard of Excellent
in Mathematics Teaching or SET@MATH. The post-survey was administered to
224 schools in Peninsular Malaysia randomly, which involved 1,120 secondary
mathematics teachers. There were 820 mathematics teachers responded in the
survey. The findings of the study showed that the mathematics teachers' perception
towards three components namely, the Professional Attributes (ATI), the
Professional Practices (AI) and the Professional Teaching and Learning Process
(PPPI) were significantly high. A SET@MATH model was developed based on the
structural equation modeling (SEM) through the partial least squares method and
this model was well fitted and can be accepted as a Model of Standard for Excellent
in Teaching Mathematics.

Keywords: Mathematics Teaching Standard, Structural Equation Modeling

vi

KANDUNGAN

Muka surat

Pengakuan

ii

Penghargaan

iii

Abstrak

iv

Abstract

Senarai Jadual

xi

Senarai Rajah

xiii

Senarai Singkatan

xiv

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN


1.1

Pengenalan

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Tujuan dan Objektif Kajian

1.4

Persoalan Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Batasan Kajian

1.7

Definisi Istilah

vii

TINJAUAN LITERATUR
2.1

Pengenalan

2.2

Standard Pengajaran Matematik

2.2.1 Standard Pengajaran Matematik - The National


Council of Teacher of Mathematics

2.2.2 Standard Pengajaran Matematik di Australia

11

2.2.3 Standard Pengajaran Matematik di United Kingdom 13

2.3

2.4

2.2.4 Standard Pengajaran Matematik di Thailand

15

2.2.5 Standard Pengajaran Matematik di Iowa, USA

18

2.2.6 Standard Guru Malaysia - Bahagian Pendidikan


Guru

21

2.2.7 Standard Kualiti Pendidikan - Jemaah Nazir


Persekutuan Malaysia

24

2.2.8 Ciri-ciri Pengajar daripada Perspektif Islam

24

Model Persamaan Berstruktur (MPB) Berasaskan Kaedah 26


Kuasa Dua Terkecil Separa(KTS)
2.3.1 Model Pengukuran AI, ATI, PI, PPPI dan
SET@MATH

26

2.3.2 Model Berstruktur AI

30

2.3.3 Model Berstruktur PI

31

2.3.4 Model Berstruktur PPPI

32

2.3.5 Model Berstruktur SET@MATH

33

Kesimpulan

34

viii

BAB 3

METODOLOGI
3.1

Pengenalan

35

3.2

Reka Bentuk Kajian

35

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

36

3.4

Instrumen Kajian

37

3.4.1

Item Soal Selidik

38

3.4.2

Kebolehpercayaan Instrumen

39

3.5

Prosedur Kajian

41

3.6

Analisis Data

42

3.7

Kaedah Pembangunan Model Persamaan Berstruktur


(MPB) Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik
(SET@MATH)

43

3.7.1

Sistem Persamaan Berstruktur (SPS) MPB-KTS

45

3.7.2

Sistem Persamaan Pengukuran (SPP) MPB-KTS

46

3.7.3

Sistem Persamaan Pemberat (SPB) MPB-KTS

48

3.7.4

Menganggar Pemberat Model Luaran Bagi Kes


Reflektif dan Formatif

49

3.7.5

Menganggar Pembolehubah Pendam Model


Dalaman

52

3.8

Kesimpulan

55

ix

BAB 4

DAPATAN KAJIAN
4.1

Pengenalan

56

4.2

Perbandingan Standard Pengajaran Matematik

56

4.3

Standard Pengajaran Matematik Mengikut Perspektif


Guru Matematik

60

4.3.1

Profil Responden

60

4.3.2

Persepsi Tentang Komponen SET@MATH

63

4.3.2.1

Persepsi Tentang Komponen Atribut


Ikhtisas (ATI)

64

4.3.2.2

Persepsi Tentang Komponen Amalan


Ikhtisas (AI)

69

4.3.2.3

Persepsi Tentang Komponen


Pengetahuan Ikhtisas (PI)

76

4.3.2.4

Persepsi Tentang Komponen Proses


Pengajaran dan Pembelajaran Ikhtisas
(PPPI)

84

4.4

Pembangunan dan Pengujian Model Persamaan


Berstruktur (MPB) Standard Kecemerlangan Pengajaran
Matematik (SET@MATH)

94

4.5

Kesimpulan

97

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


5.1

Pengenalan

98

5.2

Standard Pengajaran Matematik

98

5.3

Cadangan Kajian Lanjutan

102

5.4

Kesimpulan

103

RUJUKAN

Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C1-C8
Lampiran DI
Lampiran D2
Lampiran E

105

Instrumen soal selidik


Surat EPRD
Surat JPN ( 8 negeri)
Kertas Kerja ICERP
Kertas Kerja PERSAMA
Prototype-CD(flash/excel)

xi

SENARAI JADUAL
Jadual

rauka

surat

3.1

Taburan Persampelan

37

3.2

Deskripsi Skala dalam SET@MATH

38

3.3

Komponen SET@MATH

39

3.4

Indeks Kebolehpercayaan SET@MATH

40

3.5

Tahap Persepsi dan Kategori Pengetahuan SET@MATH

43

4.1

Analisis Perbandingan bagi Komponen SET@MATH

57

4.2

Komponen bagi SET@MATH

58

4.3

Indek Kebolehpercayaan bagi Item-item dalam SET@MATH

60

4.4

Profil Responden

61

4.5

Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Komponen


Atribut Ikhtisas

64

4.6

Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Item-item bagi


setiap Konstruk dalam Atribut Ikhtisas

66

4.7

Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Komponen


Amalan Ikhtisas

69

4.8

Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Item-item bagi


setiap Konstruk dalam Amalan Ikhtisas

71

4.9

Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Komponen


Pengetahuan Ikhtisas

76

4.10

Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Item-item bagi


setiap Konstruk dalam Pengetahuan Ikhtisas

79

4.11

Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Komponen


Proses Pengajaran dan Pembelajaran Ikhtisas

85

xii

4.12

Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Item-item bagi


setiap Konstruk dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Ikhtisas

88

4.13

Nilai Pekali Pengujian Kebolehpercayaan Model Luaran

94

xiii

SENARAI RAJAH
Rajah

muka surat

2.1

Model Berstruktur AI

30

2.2

Model Berstruktur PI

31

2.3

Model Berstruktur PPPI

32

2.2

Model Berstruktur SET@MATH

33

4.1

Model SET@MATH

96

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1

Pengenalan

Kualiti pengajaran pembelajaran di bilik darjah khususnya pengajaran pembelajaran


matematik merupakan aspek utama yang diberi perhatian bagi kebanyakan negara
(Stigler & Hiebert, 1999). Shulman (1986) menegaskan bahawa 'teaching necessarily
begins with a teacher's understanding of what is to be learned and how it is to be
taught

Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh guru sebelum, semasa, dan selepas

pengajaran adalah amat penting untuk pelajar dan juga guru untuk meningkatkan mutu
pengajarannya. Keputusan yang dibuat seharusnya berdasarkan kepada 'professional
guidance' yang mantap.

Terdapat pelbagai standard pengajaran matematik yang digubal di luar negara.


Contohnya,

The National Council for Teachers of Mathematics (NCTM) (1991,

2000) telah memperkenalkan standard untuk pengajaran matematik di Amerika


Syarikat melalui 'The Professional Standards for Teaching Mathematics\ Secara
lebih spesifik, cadangan NCTM ini bertujuan untuk memberi panduan bagaimana
pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya diamalkan di bilik darjah di
seluruh Amerika Syarikat. Ia juga memperjelaskan dua jenis standard iaitu standard
konten untuk tajuk matematik yang spesifik dan standard proses yang melibatkan
pedagogi dan kaedah mengajar. Ini ditegaskan melalui pernyataan, Teachers need to

know and use mathematics for teaching that combines mathematical knowledge and
pedagogical knowledge9 (NCTM, 2000, p. 370).

Terdapat empat peranan guru matematik yang diperjelaskan seterusnya kepada


enam standard bagi pengajaran matematik iaitu: i)

Standard I: Persekitaran

pembelajaran; ii) Standard 2: Tugasan matematik yang bermakna; iii) Standard 3:


Alat untuk mempertingkatkan wacana atau pengajaran; iv) Standard 4: Peranan guru
semasa pengajaran (discourse); v) Standard 5: Peranan pelajar semasa pengajaran;
dan vi) Standard 6: Analisis pengajaran pembelajaran.

Australia juga turut memperkenalkan standard pengajaran matematik yang


dikenali sebagai "Standard for Excellent in Teaching Mathematics in Australian
School" (AAMT, 2006). Standard ini memberi panduan tentang kualiti yang
diperlukan untuk menjadi seorang guru yang efektif, bagaimana melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka dengan baik serta falsafah kendiri mengenai pengajaran
dan pembelajaran matematik di bilik darjah.

Di Malaysia pula, terdapat Standard Kualiti Pendidikan yang di kemukakan


oleh Jemaah Nazir Persekutuan yang melibatkan empat dimensi iaitu hala tuju
kepemimpinan,

pengurusan

organisasi, pengurusan

program pendidikan

dan

kemenjadian murid yang merangkumi 12 elemen. Bagi dimensi pengurusan program


pendidikan, dikemukakan Elemen 9 yang berkaitan dengan standard pengajaran dan
pembelajaran untuk diguna pakai oleh semua mata pelajaran. Dalam dokumen
tersebut, Elemen 9 bagi standard pengajaran dan pembelajaran ini tertumpu kepada
13 aspek dalam membuat penilaian pengetahuan guru semasa pengajaran iaitu: i)
rancangan pengajaran tahunan; ii) rancangan pelajaran harian; iii) set induksi; iv)
penyampaian dan perkembangan pelajaran; v) teknik penyoalan; vi) penglibatan
murid; vii) peneguhan; viii) latihan dan tugasan; ix) pemeriksaan latihan dan tugasan
murid; x) penutupan; xi) hasil kerja murid; xii) pengurusan kelas; dan xiii) perwatakan
guru.

Tiga belas aspek dalam Elemen 9 ini digunakan oleh pihak nazir sekolah
sebagai alat untuk menilai standard kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan skor 0 hingga 4 bagi sesebuah sekolah. Bagi Elemen 9 ini diberi
wajaran 20 peratus (%) daripada wajaran keseluruhan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia. Penilaian bagi Elemen 9 bukanlah dibuat untuk menilai kualiti pengajaran
pembelajaran secara individu tetapi melibatkan keseluruhan sekolah. Oleh itu, agak
kurang wajar untuk menentukan standard pengajaran matematik di kalangan guru
matematik di sekolah dengan hanya berdasarkan kepada wajaran 20 % dan tambahan
pula instrumen ini digunakan bagi menaksir keupayaan guru melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dan bukan untuk menentukan standard pengajaran
matematik.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut


menyenaraikan Standard Guru Malaysia (2007) iaitu Standard 1: Amalan nilai
profesionalisme keguruan; Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman; dan Standard 3:
Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap standard yang dinyatakan disertakan
dengan indikator bagi memberi penjelasan tentang maksud standard-standard tersebut

1.2

Pernyataan Masalah

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat untuk memastikan bukan sahaja


dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk
memastikan mereka yang berkualiti ini kekal dalam sistem pendidikan negara dan
kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan

mereka" {Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan KPM 2007, p. 106). Bagi mencapai hasrat KPM tersebut,
persoalannya, apakah garis panduan yang perlu diikuti oleh guru matematik untuk
mengajar matematik dengan berkesan di Malaysia? dan pihak manakah yang
bertanggungjawab untuk menentukan garis panduan pengajaran matematik yang
berkesan?

Memandangkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2003) dan penekanan


pengajaran pembelajaran matematik dalam kurikulum Matematik KBSM agak
berbeza dari segi tujuan dan matlamatnya maka wajarlah satu kajian secara

menyeluruh untuk menentukan satu kualiti pengajaran pembelajaran matematik yang


lebih jelas untuk diikuti oleh semua guru matematik di negara ini. Malah, kajian ini
dapat dijadikan panduan kepada pendidik guru matematik di institusi pengajian tinggi
untuk melatih dan membimbing guru pelatih ke arah pembentukan kualiti pengajaran
pembelajaran matematik dengan lebih berkesan.

1.3

Tujuan dan Objektif Kajian

Secara amnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti standard pengajaran
matematik di kalangan guru-guru matematik di Malaysia. Secara khususnya objektif
kajian bertujuan untuk:

i.

membanding standard pengajaran matematik yang disarankan di luar dan


dalam Negara;

ii.

mengenal pasti standard pengajaran matematik yang mengikut perspektif


guru matematik sekolah menengah;

iii.

membangunkan model standard kecemerlangan pengajaran matematik; dan

iv.

menguji model standard kecemerlangan pengajaran matematik.

1.4

Persoalan Kajian

Bagi mencapai tujuan kajian, empat persoalan kajian dibentuk, iaitu;

i.

Apakah standard-standard pengajaran matematik yang disarankan di luar dan


dalam negara?

ii.

Apakah standard kecemerlangan pengajaran matematik mengikut perspektif


guru matematik di Malaysia?

iii.

Apakah model standard kecemerlangan pengajaran

matematik sekolah

menengah?
iv.

Dapatkah model standard kecemerlangan pengajaran matematik yang dibina


disuaikan dengan data-data daripada soal selidik?

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan kerana pada masa kini masih tidak ada lagi suatu
standard pengajaran khususnya dalam pengajaran matematik yang boleh dijadikan
panduan guru-guru matematik di Malaysia untuk memperbaiki amalan-amalan di bilik
darjah dan juga mempertingkatkan profesionalisme sebagai seorang guru matematik.
Kajian ini akan meneroka amalan-amalan yang standard yang perlu diamalkan semasa
pengajaran matematik berasaskan standard oleh NCTM, AAMT, TDA, Jemaah Nazir
dan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil kajian akan
mencadangkan satu instrumen Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik
(SET@MATH) untuk guru-guru sekolah menengah di Malaysia dalam meningkatkan
kualiti pengajaran matematik di bilik darjah.

Instrumen soal selidik ini boleh

digunakan bagi menentukan tahap pengetahuan standard kecemerlangan pengajaran


matematik secara berkala bagi meningkatkan kualiti pengajaran matematik.
Justeru itu, dapatan kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada pendidik
matematik di institusi pengajian tinggi untuk melatih dan membimbing guru pelatih ke
arah pembentukan kualiti pengajaran pembelajaran matematik dengan lebih berkesan.

1.6

Batasan Kajian

Kajian dilakukan secara kuantitatif iaitu soal selidik yang telah dibina diedarkan ke
224 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia yang merangkumi sekolah
menengah kebangsaan (SMK), sekolah menengah agama (SMKA), sekolah berasrama
penuh (SBP) dan sekolah menengah teknik (SMT). Pemilihan sekolah-sekolah ini
telah ditentukan melalui persampelan rawak berstrata dan terbatas kepada empat zon
iaitu Zon Utara (Perlis, Kedah, Perak), Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur), Zon
Selatan (Negeri Sembilan, Melaka) dan Zon Timur (Pahang). Sampel kajian ini hanya
terbatas kepada lima orang guru matematik yang mewakili setiap buah sekolah.
Kajian ini berasaskan kepada empat komponen (konstruk) yang dikenal pasti
iaitu komponen Atribut Ikhtisas (ATI), Amalan Ikhtisas (AI), Pengetahuan Ikhtisas
(PI) dan Proses Pengajaran Pembelajaran Ikhtisas (PPPI) bagi menentukan tahap
Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik.

1.7

Definisi Istilah

1.7.1 Standard Pengajaran Matematik

Standard ini merujuk kepada kualiti pengetahuan ikhtisas, atribut ikhtisas, amalan
ikhtisas dan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas yang perlu dimiliki setiap
guru matematik dan mampu melakukan transformasi dan mengimplimentasikan
standard ini sebelum, semasa, dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini menghuraikan tinjauan kajian-kajian yang berkaitan dengan fokus


penyelidikan ini yang merangkumi kajian-kajian di dalam dan di luar negara.
Antaranya adalah tinjauan standard pengajaran Matematik oleh National Council of
Teacher of Mathematics (NCTM), Standard Kecemerlangan dalam Pengajaran
Matematik di Sekolah-sekolah Australia (AAMT), Standard Pengajaran Guru di
United Kingdom (TDA), Thailand, dan Iowa (USA) serta standard kualiti pengajaran
yang disarankan oleh Bahagian Pendidikan Guru Malaysia dan Jemaah Nazir
Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, beberapa perkara
yang berkaitan dengan ciri-ciri seseorang pengajar dan tertib atau adab mengajar
mengikut tuntutan atau perspektif Islam juga dihuraikan. Tinjauan literatur ini
memberi huraian terperinci tentang komponen-komponen dan konstruk yang
disyorkan oleh pakar-pakar dalam bidang matematik dan pendidikan matematik sama
ada di dalam dan di luar negara berkaitan dengan standard kecemerlangan pengajaran
pembelajaran matematik untuk diamalkan oleh guru-guru matematik di sekolah.

Seterusnya, kajian ini dilihat secara statistik bagi pembangunan model


Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik (SET@MATH),

diikuti dengan

pengujian model SET@MATH ini menggunakan Permodelan Persamaan Berstruktur


berasaskan kepada penerokaan Kaedah Kuasadua Terkecil Separa akan dihuraikan
secara terperinci dalam bab ini.

2.2

Standard Pengajaran Matematik

Dalam bahagian ini, beberapa standard pengajaran matematik yang diamalkan di luar
dan dalam negara dibincangkan secara terperinci.

2.2.1 Standard Pengajaran Matematik oleh The National Council of Teachers


of Mathematics

Pengajaran merupakan 'complex endeavor [with] no easy recipes for helping all
students learn or for helping all teachers become effective' (NCTM, 2000, p. 17). Bagi
subjek matematik, tidak ada satu pendekatan pengajaran matematik akan bersesuaian
dengan semua pelajar dalam semua situasi. Daripada perspektif ini, guru menjadi
sebagai penyelesai masalah, membuat keputusan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman, berterusan dan mengemukakan persoalan yang aktif. Dalam Teaching
Principle' yang dikemukakan oleh NCTM (2000), tiga aspek utama bagi pengajaran
yang efektif, iaitu:
a. Pengajaran efektif memerlukan pengetahuan

dan kefahaman

tentang

matematik, pelajar sebagai 'learners' dan strategi pedagogi;


b. Pengajaran efektif memerlukan cabaran dan sokongan

persekitaran

pembelajaran di bilik darjah; dan


c. Pengajaran efektif memerlukan pencarian penambahbaikan berterusan dalam
pengajaran pembelajaran.

Pengajaran efektif memerlukan guru responsif kepada keunikan pelajar


sebagai individu, yang mana boleh mewujudkan variabilis dan juga fleksibiliti dalam
pengajaran mereka dalam konteks keperluan pembelajaran pelajar, pengetahuan sedia
ada yang ada pada pelajar, tahap motivasi pelajar

yang memberi impak dalam

perancangan pendekatan, isi kandungan dan penilaian supaya sepadan dengan


kemampuan pelajar. Seterusnya, variabiliti juga dirujuk sebagai 'malleable' dan
'adaptable'

supaya

dapat

mengubahsuai

terhadap

perancangan

pengajaran

pembelajaran yang dibuat Pengajaran efektif juga membabitkan guru mengambil kira

alternatif dan membuat keputusan sebelum, dan semasa pengajaran bagi menangani
perkara yang tidak diduga dalam bilik darjah.

Di samping itu, membuat keputusan secara pedagogikal (pedagogical decision


making) semasa pengajaran merupakan satu proses yang komplek. Ianya boleh
dirujuk sebagai satu proses pemikiran dan penaakulan yang menjadi asas dan boleh
dijustifikasikan semasa membuat pemilihan tentang pelbagai alternatif yang dapat
menghasilkan pengajaran pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada pelajar
(Rajendran, et al. 2006). Guru membuat pelbagai keputusan semasa pengajaran tetapi
kualiti membuat keputusan yang menentukan kualiti pengajaran pembelajaran di bilik
darjah.

Eraut (1994) membezakan tiga jenis membuat keputusan semasa pengajaran


pembelajaran iaitu membuat keputusan secara intuitif, secara analitikal dan secara
'deliberative'. Membuat keputusan secara intuitif adalah keputusan yang dibuat
dengan mengambil kira tentang gerak hati atau pilihan yang manusabah yang terlintas
dalam pemikiran. Keputusan yang dibuat adalah dengan kadar segera atau secara
pintas tentang tindakan yang akan diambil. Kadangkala pilihan tindakan yang diambil
adalah secara rawak tetapi selalunya berasaskan kepada pengalaman lalu. Membuat
keputusan secara analitikal pula memerlukan masa untuk berfikir dan pilihan yang
dibuat selalunya bergantung kepada maklumat dan pengetahuan yang disusun dengan
menggunakan prinsip-prinsip teoritikal atau 'practical algorithms'- Sebaliknya
membuat keputusan secara 'deliberative' merupakan membuat keputusan secara sedar
dan berfikir secara kritikal bergantung kepada masa dan asas pengetahuan yang
berkaitan pada pembuat keputusan.

NCTM telah mengemukakan standard pengajaran matematik dalam dokumen


Professional Standards for Teaching of Mathematics (1991). Mengikut dokumen
tersebut, dalam standard pengajaran matematik, guru perlu memainkan empat peranan
iaitu;
a.

mewujudkan persekitaran
pembelajaran matematik;

bilik darjah

yang

membantu pengajaran

10

b.

menentukan matlamat dan memilih tugasan matematik yang dapat membantu


pelajar mencapai matlamat pengajaran;

c.

mengurus wacana atau pengajaran di bilik darjah supaya pelajar dan guru jelas
tentang apa yang sedang dipelajari; dan

d.

membuat analisis pembelajaran pelajar, tugasan dan persekitaran untuk tujuan


membuat keputusan pengajaran.

Empat peranan guru matematik ini diperjelaskan seterusnya kepada enam standard
bagi pengajaran matematik iaitu;

i.

Standard 1: Persekitaran pembelajaran


Guru matematik

perlu mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang

menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar dengan menghormati dan


menghargai pendapat pelajar dan cara mereka berfikir, memperuntukkan masa
untuk meneroka matematik dan bergelut dengan idea dan masalah, dan
mewujudkan konteks yang sesuai untuk memperkembangkan keupayaan
matematik.

ii.

Standard 2: Tugasan matematik yang bermakna


Guru memberi tugasan matematik yang sesuai dan signifikan dan memenuhi
bagaimana pelajar belajar matematik. Tugasan-tugasan ini mengambil kira
intelek pelajar, menggalakkan kefahaman konsep dan prosedur, merangsang
pelajar membuat kaitan, penyelesaian masalah dan menggalakkan komunikasi
secara matematik.

iii.

Standard 3: Alat untuk mempertingkatkan wacana atau pengajaran


Menggalakkan dan menerima penggunaan komputer, kalkulator dan lain-lain
alatan teknologi, bahan konkrit sebagai model, gambar, rajah, jadual dan graf,
metaphors, analogi dan cerita, menulis hipotesis, memberi penerangan dan
penaakulan dan persembahan lisan.

11

iv.

Standard 4: Peranan guru semasa pengajaran


Semasa pengajaran guru mengemukakan soalan dan tugasan yang mencabar
pemikiran pelajar, meminta pelajar memberi penjelasan jawapan dan idea,
menentukan kedalaman pengetahuan isi kandungan semasa perbincangan,
memutuskan bila untuk membekalkan maklumat untuk penjelasan dan
kefahaman, memantau penyertaan pelajar dalam perbincangan dan bagaimana
menggalakkan pelajar untuk turut terlibat dalam perbincangan.

v.

Standard 5: Peranan pelajar semasa pengajaran


Guru mewujudkan suasana pengajaran bilik darjah bagi pelajar untuk
memulakan permasalahan dan pertanyaan, membuat konjektur atau tekaan dan
persembahan penyelesaian, respon kepada persoalan dan pertanyaan guru
antara satu sama lain, menggunakan pelbagai alat untuk memberi sebab,
tekaan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi, dan bergantung kepada
bukti matematik dan bantahan untuk kesahan jawapan.

vi.

Standard 6: Analisis pengajaran pembelajaran


Guru membuat analisis berterusan pengajaran pembelajaran dengan membuat
pemerhatian, mendengar dan mengumpul maklumat tentang pelajar apa yang
dipelajari, memeriksa

kesan persekitaran

pembelajaran, tugasan

dan

pengajaran ke atas pengetahuan, kemahiran dan disposisi di kalangan pelajar.

2.2.2

Standard Pengajaran Matematik di Australia (AAMT, 2006)

Persatuan guru mathematics Australia (AAMT) telah mengemukakan standard


pengajaran matematik dalam document Standards for Excellence in Teaching
Mathematics in Australian Schools (2006). Mengikut dokumen tersebut, standard
pengajaran guru matematik terdiri daripada tiga bahagian iaitu pengetahuan ikhtisas,
atribut ikhtisas dan amalan ikhtisas. Bahagian pengetahuan ikhtisas terdiri daripada
tiga elemen iaitu pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan isi kandungan matematik
dan pengetahuan cara pembelajaran pelajar. Bahagian atribut ikhtisas terdiri daripada
tiga elemen iaitu atribut kendiri, perkembangan ikhtisas kendiri dan tanggungjawab

You might also like