You are on page 1of 20

2.0 Ujian Pentaksiran 2.

1 Konsep Pentaksiran Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Menurut Martin Hanley (2006), pentaksiran ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pelaksanaan prosedur ini dengan baik boleh membantu pengurusan bilik darjah. Pentaksiran ini boleh dilaksanakan di mana-mana peringkat dan tidak semestinya di hujung pengajaran. Menurut John W. Santrock (2008) , pentaksiran mempunyai dua proses yang terlibat, iaitu pengukuran dan penilaian. Pengukuran ialah penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitaf atau maklumat tentang pencapaian pembelajaran individu. Maklumat ini boleh diperoleh secara informal melalui pemerhatian ketika murid berbincang atau menyelesaikan masalah di dalam kelas. Selain itu, pengukuran boleh dikumpul secara formal melalui kuiz, latihan, amali, projek, ujian lisan atau ujuian bertulis. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), penilaian ialah proses membuat keputusan selepas pengukuran dilaksanakan. Hasil daripada pengukuran, guru boleh membuat penilaian sama ada pemberian gred, sijil atau membuat keputusan sama ada murid memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan. Bedasarkan penilaian ini juga, murid boleh dikelaskan mengikut tahap pencapaian masing-masing. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakal menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

[Type text]

Page 1

2.2 Objektif Ujian Pentaksiran Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: i. ii. iii. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. iv. v. vi. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. Mengesan keberkesanan pengajaran. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

2.3 Tujuan Pentaksiran i. ii. iii. Mengesan keberkesanan pengajaran. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv. v. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. vi. vii. viii. ix. x. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Ciri-ciri dan Bentuk Pentaksiran Pentaksiran yang berkesan harus mempunyai dua ciri iaitu kesahan dan kebolehpercayaan ( John W. Santrock, 2008). Kesahan disifatkan sebagai keberkesanan suatu alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ketekalan atau sejauh manakah ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali pada masa yang berbeza. Kedua-dua aspek ini jika tidak diamalkan, guru akan menghadapi kesukaran dalam menterjemahkan keputusan pentaksiran dan akhirnya tidak dapat memberikan maklum balas terhadap murid.
[Type text] Page 2

Terdapat dua bentuk pentaksiran, iaitu formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif dilaksanakan sebelum dan semasa pengajaran. Pentaksiran ini bukan bertujuan untuk pengredan, tetapi bertujuan untuk mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai. Malah pentaksiran ini turut membantu guru merancang aktiviti berikutnya. Manakala pentaksiran sumatif pula dilaksanakan pada hujung semester atau penggal untuk meperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil.

[Type text]

Page 3

3.0 Pembelajaran Matematik 3.1 Konsep Pembelajaran Matematik Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Matematik. Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Justeru itu, penyelesaiaan masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan utama semua pembelajaran dan aktiviti matematik. Oleh yang demikian, penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang berasingan tapi satu proses yang meliputi seluruh program pengajaran.

3.2 Kemahiran Matematik Kemahiran asas pra-nombor Kemahiran asas pra-nombor dalam matematik terdiri daripada : Warna Saiz Bentuk Jenis

Kemahiran komputasi Kemahiran komputasi merujuk kepada pengiraan dalam matematik. Pengiraan dalam matematik ini melibatkan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Kemahiran komputasi ini terdapat dalam setiap bidang pembelajaran matematik yang utama iaitu :

[Type text]

Page 4

1. Nombor nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang, peratus 2. Ukuran masa dan waktu, panjang, timbangan berat, isipadu cecair 3. Bentuk dan ruang bentuk dua matra, bentuk tiga matra 4. Statistik purata, perwakilan data Komputasi pula bertujan untuk menilai kebolehan daripada operasi-operasi arithmatik secara tradisi seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian kepada operasi yang memerlukan kepakaran melibatkan keempat-empatnya secara serentak di dalam sesuatu penyelesaian. Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah dalam matematik digunakan dalam kehidupan harian. Aplikasi Terdapat empat sub topik utama dalam aplikasi : 1) Ukuran penilaian memerlukan pengenalan dan penggunaan ukuran unit biasa secara praktikal ke atas ukuran panjang, berat dan suhu 2) Pembacaan graf dan jadual Penilaian memerlukan pembacaan graf dan jadual untuk penyelesaian masalah-masalah yang berkaitan. 3) Masa Penilaian mengenal pasti perbezaan masa, percutian dan musim-musim.

4) Belanjawan dan kewangan memerlukan murid mengapliksikan kemahiran dan konsep Matematik dalam penyelesaian masalah kewangan. Murid-murid dapat membuat penaksiran secara logik. Dengan ini pelajar boleh menaksir apa yang telah dibelanja mengikut belanjawan yang telah ditetapkan dan boleh menyediakan akaun serta menyemak semula akaun tersebut. Penyelesaian masalah

[Type text]

Page 5

Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam matematik kerana ianya menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak secara logik. Terdapat empat jenis penyelesaian masalah iaitu : o memerlukan satu langkah operasi Matematik o memerlukan dua langkah operasi Matematik o membezakan informasi yang diperlukan dan yang tidak o menunjukkan pemikiran secara logik di mana elemen-elemen yang tidak lengkap diberikan.

[Type text]

Page 6

4.0 Pentaksiran Matematik Pentaksiran dalam Matematik bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam kemahiran seperti mengira, menyelesaikan masalah dalam matematik, dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat pentaksiran pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi. Jika murid-murid mengalami masalah pembelajaran dalam matematik dapat dibantu dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah ayat matematik memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya muridmurid dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah ayat matematik disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira. Penyelesaian masalah pemahaman ayat matematik dalam soalan penyelesaian masalah boleh dipraktikkan menggunakan Model Polya, iaitu dengan melalui peringkat-peringkat berikut; i. ii. iii. iv. Memahami Masalah Merancang Strategi Melaksanakan Strategi Menyemak Jawapan Keempat-empat kemahiran di atas mempunyai perkaitan yang kuat dengan sistem pentaksiran. Pentaksiran yang berkesan dalam Matematik harus merangkumi aspek-aspek penyelesaian masalah di atas. Namun begitu, tahap keberkesanannya haruslah berlandaskan ketepatan guru dalam mengikut landasan ciri-ciri pentaksiran yang betul. Selian itu, guru juga harus mengikuti prosedur ujian pentaksiran secara telus agar objektif pentaksiran Matematik dapat dicapai.
[Type text] Page 7

Menurut Jamil Adimin (1992), transformasi kaedah penyelesaian masalah pemahaman ayat matematik dalam ujian objektif aneka pilihan ialah dengan mengubah format jawapan daripada jawapan akhir kepada langkah pengiraan. Disebabkan kaedah ini belum pernah digunakan dalam peperiksaan di Malaysia, adalah mustahak untuk mengetahui kesesuaiannya sebagai alat pengujian pencapaian pelajar. Bagi mencapai tujuan tersebut, pentaksiran merupakan salah satu kaedah yang boleh diungkayahkan.

[Type text]

Page 8

5.0 Detik Permulaan Saya dan Pentaksiran Matematik

[Type text]

Page 9

6.0 Pentadbiran Pentaksiran Matematik di SK Bukit Tinggi

[Type text]

Page 10

7.0 Modul Pentaksiran

[Type text]

Page 11

8.0 Proses Pentadbiran Pentaksiran Matematik i) Sebelum Pentaksiran Guru Matematik merancang kekerapan ujian dan peperiksaan dalam satu penggal atau semester Tarikh ujian dan peperiksaan Guru Matematik menggubal soalan ujian. Bentuk soalan ujian ditentukan dengan merujuk kepada Jadual Penentu Ujian (JPU). Ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Soalan ujian haruslah merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan. Bincang dengan guru-guru yang mengajarkan subjek yang sama di kelas laian sama ada mereka bersetuju dengan topik yang hendak diuji. Guru Matematik merancang tempoh masa ujian atau peperiksaan Maklumkan tarikh ujian dan topik yang terlibat kepada murid Cuba biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan. Sediakan persekitaran yang selesa. Pastikan kerusi, meja, kipas dan lampu dalam keadaan yang baik. Elakkan daripada menggunakan kelas yang berhampiran dengan kawasan yang bising atau kawasan yang boleh mnarik perhatian murid. Benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing. Tulis mata pelajaran, tempoh waktu ujian/peperiksaan dengan jelas pada papan putih. Sediakan jam dinding dan letakkannya pada kedudukan supaya murid boleh muridnya. Guru memberikan arahan serta peraturan kepada murid tentang prosedur ujian/peperiksaan.

ii) Semasa Pentaksiran Guru boelh mencatatkan kehadiran murid bagi mengenalpasti murid yang hadir atau tidak hadir untuk menjawab ujian atau peperiksaan. Guru perlu sentiasa mengawas semasa ujian dan memberikan perhatian sekiranya terdapat murid yang memerlukan sesuatu seperti kertas jawapan tambahan dan sebagainya.

[Type text]

Page 12

Guru juga perlu memaklumkan kepada murid jumlah masa yang tinggal sekurangkurangnya 15 minit sebelum ujian berakhir. Beri arahan berhenti menulis apabila masa tamat. Memaklumkan kepada mrid bahawa mereka tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan sehingga semua skrip jawapan telah dikumpul dan bilanganya adalah sama dengan kehadiran murid. iii) Selepas Pentaksiran Semak semula sama ada murid melengkapkan ruangan maklumat murid pada skrip jawapan mereka. Semak sama ada nama, kelas, dan bilangan murid yang diajar sama dengan maklumat murid yang ada pada guru. Semak japawapan berdasarkan skema jawapan yang telah disediakan. Jika terdapat langkah pengiraan yang berbeza namun jawapannya sama, bincang bersama guru Matematik yang lain sama ada langkah pengiraan tersebut boleh diterima ataupun tidak. Semak jawapan murid sekurang-kurangnya dua kali bagi mengelakkan kesilapan memberi markah berlaku. Masukkan markah murid ke data murid. Analisis pencapaian murid dan lihat bahagaian mana yang murid masih lemah. Lakukan tindakan susulan.

[Type text]

Page 13

9.0 Tindakan Susulan Pentaksiran Matematik Selepas pentaksiran dijalankan, guru Matematik harus membuat satu analisa berdasarkan pencapaian yang telah murid tunjukkan. Selepas membuat analisa, guru harus membuat refleksi berdasarkan pentadbiran ujian/ peperiksaan yang telah mereka jalankan. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap muird. Pentadbiran yang baik akan menekankan kepentingan ujian dan peperiksaan dan memberi murid satu persepsi yang serius terhadap aktiviti ini yakni mendorong murid mengambil berat tentang pentaksiran yang dilaksanakan. Maka guru haruslah menyediakan satu refleksi berdasarkan pentadbiran yang telah dijalankan. Guru akan membuat pertimbanga kepada fasa pentadbiran sebelumnya sama ada berjaya atau tidak. Melalui tindakan refleksi ini, guru juga dapat menilai penggunaan dan kesesuaian stretegi pentaksiran yang telah digunakan serta membuat keputusan berkaitan kemajuan dan perubahan pengajaran dan penilaian pada masa akan datang. Sebaik sahaja guru Matematik mendapat keputusan penuh murid, buat satu analisa pencapaian murid. Dalam analisa ini, guru harus menyemak semula topik yang murid masih belum kuasai sepenuhnya. Dalam penganalisaan ini, guru harus menilai keseluruhan murid dan seterusnya kepada setiap individu murid. Dalam penganalisaan keseluruhan murid, guru harus menilai topik yang majoriti muridnya masih belum kusai sepenuhnya. Manakala bagi penganalisaan secara individu, guru harus melihat murid mana yang paling lemah dan perlu diberikan perhatian serta bimbingan yang lebih. Guru juga perlu berbincang bersama dengan murid jawapan bagi soalan peperiksaan di dalam kelas. Setelah selesai menyemak skrip jawapan, guru perlu membuat perbincangan bersama muridnya jawapan yang telah diberikan. Dalam perbincangan tersebut, guru menerangkan terlebih dahulu jawapan yang terdapat dalam skema. Guru juga

bertanggungjawab untuk menerengkan mengapa langkah pengiraan yang betul dan konsep yang tepat. Selepas itu guru memberikan peluang kepada murid untuk bertanya dan berbincang jawapan yang telah mereka berikan. Amalan ini dinamakan sebagai satu amalan demokrasi. Guru juga perlu menyemak semula kaedah pengajaran mereka. Guru harus menilai sendiri jika terdapat kesilapan dan kelemahan semasa mengajar. Sebolehnya, guru menyediakan satu borang soal selidik kepada murid tentang tahap pengajaran dan
[Type text] Page 14

pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui jawapan soal selidik tersebut, guru boleh menilai sendiri sama ada kaedah merka selama ini bersesuaian ataupun tidak. Maka guru boleh mengukayahkan alternatif lain bagi merancang corak pengajaran dan pembelajaran yang baru. Corak pengajaran dan pembelajaran yang baru perlu merangkumi dan menitikberatkan aspek penambahbaikan.

[Type text]

Page 15

10.0 Kelebihan Pentaksiran

Pentaksiran membolehkan guru mewujudkan bilik darjah yang seimbang. Murid mempunyai hak untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan guru mempunyai hak untuk mengajara tanpa gangguan (Lee dan Marlene Canter). Bagi memenuhi hak kedua-dua pihak ini, maka suasana di dalam bilik darjah perlulah seimbang. Guru mewujudkan suasana positif untuk menggalakan iklim bagi pembelajaran matematik. Peraturan dan kerjasama sentiasa diutamakan di mana pelajar yang cerdas membimbing pelajar yang lemah. Hubungan di antara guru dan pelajar pula berada dalam suasana harmoni dan saling membantu dalam pelbagai perkara. Guru juga boleh merancang perancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih berkesan. Menurut Kovalik (2002), pentaksiran di dalam bilik darjah memberikan maklumat yang membolehkan guru mengubahsuai prosedur pengajarannya agar memenuhi keperluan muridnya. Seseorang guru memerlukan pentaksiran tentang kesilapan pengajaran yang lepas dalam menghubungkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik matematik. Satu perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran guru malah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan pelajar Selain itu, melalui pentaksiran guru boleh menyediakan maklum balas dan insentif. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), kemahiran penilaian membantu guru mengetahui jika hasil pembelajaran telah dicapai. Melalui pentaksiran, guru boleh meneliti kembali masalah yang murid hadapai sehiingga menyukarkan mereka untuk mencapai hasil pembelajaran. Guru dapat menyediakan satu maklum balas yang segera bagi mengatasi kelemahan murid. Maklumat pentaksiran dapat dibuat dengan merujuk buku aktiviti dan latihan pelajar. Disamping itu juga kuiz, ujian bulanan dan polio matematik boleh digunakan untuk melihat kemajuan dan kebolehan pelajar. Maklum balas ini dapat mengubah dan meningkatkan pembelajaran matematik pelajar. Di samping itu, pentaksiran memberikan ruang kepada guru untuk mengenalpasti masalah murid. Menurut Rudolf Dreikurs, guru perlu mengenal pasti punca salah laku murid. Guru perlu menyiasat terlebih dahulu mengapa murid tersebut lemah dalam subjek matematik. Murid yang mempunyai tahap pencapain yang rendah dalam sesuatu subjek mungkin disebabkan oleh beberapa masalah tertentu. Sebgai contoh mungkin murid tersebut sengaja untuk menarik perhatian guru dengan menunjukkan kekurangan. Apabila masalah
[Type text] Page 16

pembelajaran pelajar sudah dikenal pasti, program diagnostik boleh dijalankan ke atas pelajar tersebut. Masalah pembelajaran matematik dapat dikesan dan tindakan segera dapat dilakukan bagi mengurangkan masalah pelajar. Guru boleh membuat penilaian dan pengredan kemajuan murid melalui pentaksiran. Setelah selesai pemberian markah, guru memasukkan markah murid di dalam data atau rekod kemajuan murid. Penilaian seseorang pelajar dilakukan berdasarkan kepada rekod kemajuan pembelajarannya. Penilaian dibuat bagi merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkanaktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan. Rujukan norma yang melibatkan perbandingan kemajuan pelajar digunakan bersama rujukan kriteria yang tidak membandingkan perbezaan itu. Pengredan juga dilakukan untuk membuat keputusan tentang pemilihan pelajar yang berbakat dan pelajar yang akan mengikuti pendidikan khas. Hasil daripada pentaksiran, guru dapat membuat penempatan kelas yang tepat kepada murid. Penempatan yang sesuai penting untuk murid supaya mereka mendapat perkhidmatan yang khusus. Sebuah sekolah dan bilik darjah yang berkesan memberikan perhatian kepada perbezaan dalam kalangan individu ini termasuklah kanak-kanak yang berkeperluan khas. Menurut Individuals With Disabilities Act (IDEA), kanak-kanak berkeperluan khas termasuklah mereka yang menunjukkan satu atau beberapa keadaan yang memerlukan pendidikan serta perkhidmatan khas. Dalam kes pentaksiran, murid yang berkeperluan khas adalah murid yang sentiasa menunjukkan skor pencapaian yang rendah. Murid ini mungkin dikategorikan sebagai murid yang bermasalah pembelajaran seperti slow learner. Guru boleh menempatkan mereka di kelas pendidikan khas supaya mereka mendapatkan bimbingan yang khusus dan tidak tercicir dalam pembelajaran.

[Type text]

Page 17

11.0 Kelemahan Pentaksiran Pentaksiran menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan refleksi penilaian terhadap individu murid sekiranya jumlah murid adalah terlalu ramai bagi sesebuah kelas. Pentaksiran adalah bertujuan untuk merekodkan pencapaian murid secara keseluruhannya dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid. Namun begitu, kaedah pentaksiran ini kurang berkesan jika jumlah muridnya terlalu ramai. Seorang guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap setiap individu murid yang mempunyai masalah kerana guru juga mempunyai lebih daripada sebuah kelas untuk dinilai. Pentkasiran dapat dijalankan
namun begitu refleksi terhadap setiap murid sukar dibuat. Pentaksiran hanya melahirkan murid-murid yang berorientasikan peperiksaan dengan menghafal isi pelajaran tertentu dan bukan memahaminya secara mutlak. Pentaksiran dibahagikan kepada dua iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Ujian sumatif berorientasikan sistem peperiksaan. Guru telah menetapkan dan memaklumkan kepada murid topik yang akan dimuatkan dalam kertas pepriksaan. Murid secara automatiknya hanya akan mengulangkaji topik peperiksaan. Mereka akan menghafal fakta yang perlu dengan tanpa memahaminya. Impaknya sebaik sahaja peperiksaan tamat, segala fakta yang dihafal oleh mereka akan hilang begitu sahaja. Selain itu, murid-murid tidak dapat dibahagikan kepada kelas, kumpulan atau kelompok yang khusus berdasarkan keputusan ujian formatif kerana keputusannya didapati melalui ujian yang tidak formal dan tidak direkodkan. Keputusan ujian formatif tidak dapat digunakan kerana keputusan tersebut tidak disimpan dan hanya dinilai di dalam bilik darjah sahaja. Guru tidak boleh membuat keputusan kerana berkemungkinan murid yang pendiam di dalam kelas merupakan murid yang pandai namun malu untuk menunjukkan kebolehannya. Seterusnya, ujian yang formal pula hanya

dilaksanakan pada masa yang singkat dan menguji sebahagian kecil unit atau sesuatu kemahiran yang diajar pada ketika itu. Pencapaian murid semasa ujian formal mungkin juga dipengaruhi oleh faktor kesihatan mereka. Ujian pentaksiran juga tidak berjaya mewujudkan semangat persaingan antara murid untuk berusaha mendapatkan keputusan yang terbaik. Pentaksiran turut bertujuan untuk menguji sejauh manakah kefahaman murid dalam mengusai sesuatu topik. Maka pencapaian murid hanya bertujuan menguji kefahaman mereka dan tidak berlaku perbandingan dengan kelompok atau individu murid lain. Murid akan beranggapan bahawa ujian salah satu wadah buat mereka untuk menunjukkan kefahaman masing-masing. Impaknya mereka tidak mempunyai rasa ingin bersaing antara satu sama lain. Murid juga akan belajar atas kepentingan masing-masing dan tidak membantu rakan-rakan yang lain.

[Type text]

Page 18

Ujian pentaksiran memberi tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru untuk memastikan murid-murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk meningkatkan gred pencapaian sekolah. Ujian pentaksiran merupakan satu platform bagi mengukur kecemerlangan murid dan juga sekolah. Hal ini telah memberikan tekanan kepada ibu bapa dan guru serta murid bagi memastikan pencapaian mereka sentiasa berada di paras yang memberangsangkan.

[Type text]

Page 19

12.0 Langkah Penambahbaikan

[Type text]

Page 20

You might also like