You are on page 1of 9

Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling

Menjelaskan konsep keperluan murid Program dibuat selaras dengan kehendak Murid Guru yang mengajar murid tersebut Sekolah yang mengurus keperluan murid Ibubapa yang menjalankan tanggungjawab terhadap murid sekolah tersebut

Menjelaskan konsep keperluan murid guru bimbingan haruslah pula mengambil langkah untuk merancang perkhidmatan bimbingan mereka yang bersesuaian dengan keperluan sekolah dan bersifat lebih proaktif. apabila seseorang guru dilantik menjadi guru bimbingan, selalunya dia akan berfikir apa yang akan dilakukannya, bagaimana, untuk siapa, bila, dan yang paling utama sekali apa langkah pertama yang harus dilakukan untuk mencapai matlamat perkhidmatan yang telah diamanahkan kepadanya.

Menjelaskan konsep keperluan murid

What Is Needs Assessment? A needs assessment is the process of collecting information about an expressed or implied organizational need that could be met by conducting training. The need can be a desire to improve current performance or to correct a deficiency.

Why Conduct a Needs Assessment? The purpose of a needs assessment is to answer some familiar questions: why, who, how, what, and when.

Why Are Needs Assessments Valuable to an Organization? Conducting a needs assessment protects the assets of an organization. Assures that resources set aside to address training issues are conserved and used only for that purpose. Can help determine whether training is the appropriate solution to a performance deficiency. If increasing an employees knowledge and skills will not help resolve a deficiency, then training is not appropriate. Conducting training without assuring there is a training need is a waste of time and resources.

Kajian keperluan Kajian keperluan perlu dijalankan sekiranya personel ingin mendapatkan gambaran sebenar tentang perkhidmatan, program atau aktiviti yang telah ataupun akan dijalankan sesuai atau diperlukan oleh pelanggan (pelajar, guru ataupun ibu bapa). Kajian keperluan adalah kajian akauntabiliti yang digunakan untuk mengenal pasti kekurangan atau ruang kosong dalam perkhidmatan atau program. Kajian keperluan memerlukan sampel yang menyeluruh iaitu terdiri daripada pelbagai lapisan warga sekolah yang menjadi pengguna atau pelanggan. Hasil kajian dapat menentukan apakah bentuk perkhidmatan, program atau aktiviti yang perlu diteruskan ataupun ditangguh atau apakah bentuk perkhidmatan, program atau aktiviti yang perlu ditambah berdasarkan pada keperluan pelanggan (pelajar).

Kajian tinjauan Kajian tinjauan dijalankan bagi mendapatkan bilangan, kuantiti atau data yang melibatkan angka (numerikal). Contoh kajian adalah untuk mendapatkan angka sebenar ataupun peratusan pelajar yang berada di bawah paras kemiskinan, datang ke sekolah tanpa sarapan pagi dan terpaksa bekerja pada hujung minggu untuk menampung keperluan diri ataupun menambah pendapatan keluarga. Kadang-kadang sampel kajian melibatkan seluruh populasi sekolah terutama sekolah kurang murid (SKM) ataupun sekolah yang terletak di kawasan yang mundur. Menjelaskan konsep keperluan murid Dalam usaha kita merancang program bimbingan ini terdapat beberapa peringkat yang harus diambil perhatian kerana setiap peringkat mempunyai kepentingan sendiri. Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti yang berikut:

1 2 3 4 5

Pengumpulan maklumat. Penganalisisan maklumat dan penentuan keperluan. Pembentukan objektif. Pemilihan aktiviti. Penilaian

1. a. b.

Pengumpulan Maklumat Maklumat tentang pelajar, guru-guru,dan sekolah. Maklumat tentang rancangan daripada Kementerian Pendidikan berhubung

dengan perkhidmatan ini dan dasar pelajaran keseluruhannya. c. Maklumat tentang iklim, ekonomi, teknologi,dan perubahan sosial yang

sedang berlaku dalam negara, serta dapat meninjau masa depan agar rancangan yang dibuat tidak ketinggalan zaman apabila dilaksanakan nanti.

Sumber Maklumat Secara amnya,maklumat yang diperlukan ini boleh didapati daripada sumber-sumber yang berikut: Kad peribadi pelajar 001 (M). Surat-surat pekeliling pentadbiran dan polisi kerajaan yang berhubung dengan falsafah pendidikan dan tanggungjawab perkhidmatan bimbingan dalam menolong melaksanakan polisi yang telah ditetapkan serta matlamat pendidikan. Profil guru-guru, kelulusan, ciri-ciri demografi, dan Iain-lain.

Inventori kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah. Bahan-bahan bacaan dan rujukan. Pakar rujuk. Kejadian yang berlaku di kawasan sekitar. Bagaimanakah Maklumat Dikumpul? Pemerhatian Membuat Rujukan Membuat Tinjauan Keperluan a) b) c) d) e) Tinjauan pendapat Pengetua sekolah Tinjauan pendapat guru Tinjau pendapat pakar-pakar perancang pendidikan Tinjauan pendapat ibu bapa Tinjauan pendapat pelajar

Penganalisisan maklumat dan penentuan keperluan utama Duajenis keperluan yang dapat dikenal pasti ialah: 1 2 Keperluan yang disedari. Keperluan yang tak disedari.

Peranan guru bimbingan ialah cuba memahami keperluan-keperluan ini dan membuat analisis untuk mendapatkan keperluan utama yang diperlukan oleh penerima. Dengan adanya penentuan keperluan utama ini barulah objektif perkhidmatan dapat dibentuk.

Pembentukan objektif Objektif ialah satu kenyataan perubahan perlakuan yang perlu dicapai oleh penerima bagi mencapai sesuatu keperluan atau bagi menyelesaikan satu-satu masalah. Setiap aktiviti yang dijalankan perlu mempunyai objektif yang jelas dan kadangkala dinyatakan juga kemungkinan hasil yang akan diperoleh. Objektif yang tepat dan jelas adalah mustahak bagi menentukan arah kerja. Objektif juga boleh dijadikan panduan untuk memilih aktiviti yang sesuai dan menolong dalam proses penilaian program.

Berikut dinyatakan teknik membina objektif yang boleh dijadikan panduan, iaitu: Objektif perlulah ditulis tentang perkara yang perlu dilakukan oleh penerima (pelajar). Objektif haruslah ditulis dengan jelas dan senang difahami. Objektif harusjuga ditulis agar hasilnya senang dikira,dilihat,dan dinilai. Objektif haruslah dipertimbangkan agar objektif ini boleh dicapai. Objektif bimbingan ini juga haruslah mempunyai unsur sejagat (universal) yang boleh digunakan di mana-mana sahaja walaupun cara melaksanakannya mungkin berbeza, iaitu mengikut tempat dan kelompok umum pelajar.

Memilih aktiviti

Aktiviti ialah salah satu daripada proses pembelajaran. Untuk berjaya dalam sesuatu pelajaran, aktiviti haruslah dirancang dengan betul agar bersesuaian dengan pelajar dan dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif. beberapa faktor yang harus difikirkan semasa memilih aktiviti tersebut. Objektif- objektif yang telah dibina merupakan panduan utama yang harus digunakan. Aktiviti ialah pelakuan atau kaedah yang dipilih untuk memenuhi objektif. Latar belakang pelajar - antara maklumat penting ialah umur, jantina, tingkatan/darjah, etnik, prestasi akademik, status sosioekonomi,dan Iain-lain. Latar belakang sekolah dan guru

Pelaksanaan aktiviti Merancang dan memilih cara yang sesuai untuk memberi pengalaman yang perlu kepada pelajar. Kaedah pelaksanaan ini dapat dibahagikan kepada dua Cara Bersemuka Secara individu Secara berkelompok Secara tidak bersemuka

Penilaian Penilaian perlu untuk mendapatkan beberapa maklumat penting berhubung dengan program yang dirancang dan dilaksanakan. Antara faedahnya ialah:

Dapat melihat kesesuaian aktiviti yang dirancang dengan keperluan pelajar. Dapat membaiki program yang telah dirancang agar lebih menepati objektif. Dapat merancang program sambungan untuk mengukuhkan program pertama. Dapat membantu guru-guru bimbingan menilai kemahiran mereka sendiri untuk membolehkan mereka membaiki dan meningkatkan prestasi mereka. Dapat membantu guru bimbingan merancang bagi mendapatkan pertolongan yang lebih khusus untuk kepentingan kemajuan program. Dapat menunjukkan tahap kemajuan yang dicapai.

Penilaian terhadap program bimbingan tidaklah mudah seperti menilai pencapaian akademik yang dapat diukur melalui keputusan peperiksaan. Walaupun begitu,tidaklah bermakna penilaian tidak dapat dibuat. Kesimpulannya, dalam membentuk perkhidmatan bimbingan di sekolah, guru bimbingan haruslah menjalani satu proses perancangan yang teliti. Ini termasuklah proses a) b) c) d) e) mengumpulkan maklumat, menganalisis maklumat tersebut, menentukan keperluan pelajar, membina objektif hasil daripada maklumat yang dikumpul, memilih aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif yang dibina, dan menilai aktiviti yang telah dilaksanakan.

Langkah ini ditunjukkan dalam Rajah 2.

Instrumen berkaitan

SENARAI SEMAK MASALAH PELAJAR Guru Bimbingan dan Kaunseling mengenalpasti masalah pelajar melalui analisis Borang Senarai Semak Masalah Pelajar Satu data operasi mengikut senarai semak masalah pelajar disediakan bagi menentukan kategori pemasalahan pelajar. Program dan aktiviti dirancang berdasarkan senarai semak data operasi masalah pelajar. Senarai semak masalah pelajar dilaksanakan pada awal persekolahan. Guru Bimbingan dan Kaunseling serta PRS boleh membina hubungan bagi mengenali dan membantu pelajar yang memerlukan bantuan dan perhatian.

You might also like