You are on page 1of 2

Aktiviti 1

Dalam kumpulan anda (tidak melebihi tiga orang satu kumpulan), bincangkan bagaimana
pentaksiran boleh digunakan sebagai alat untuk membantu murid mengesan pembelajarannya.

Proses pentaksiran membantu murid mengesan hasil pembelajaran sesuatu topik. Hasil
dapatan murid dalam sesuatu pentaksiran bergantung kepada pencapaian objektif
pembelajaran murid. Oleh itu, murid mendapat maklum balas daripada guru tentang tahap
pencapaian objektif pembelajaran. Guru perlu berkongsi matlamat pembelajaran bersama
murid supaya mereka memahami perkara yang ingin dicapai pada waktu tersebut. Murid juga
akan cuba mencapai kriteria kejayaan pembelajaran. Kriteria kejayaan digunakan untuk
mengetahui bahawa murid sudah mencapai matlamat atau tidak. Melalui pentaksiran, murid
akan menerima maklum balas bagi meningkatkan lagi pembelajaran. Selain itu, guru juga
dapat memahami cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran murid. Pentaksiran perlu dilakukan
supaya guru dapat membantu murid dalam pembelajaran. Akhir sekali, murid juga dapat
mengesan jenis kemahiran yang diperoleh semasa melaksanakan pentaksiran. Keputusan
pentaksiran akan menunjukkan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang
lain.

Aktiviti 02

Dalam kumpulan 2 atau 3 orang, cari maklumat berkaitan tiga konsep pentaksiran ini.

(i) Pentaksiran tentang pembelajaran


- Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat untuk
mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah murid selesai
mengikuti sesuatu unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan.
Pentaksiran tentang pembelajaran ini dilaksanakan pada akhir pengajaran seperti pada
akhir semester atau pada akhir tahun akademik. Tujuan pentaksiran tentang
pembelajaran adalah untuk menentukan sama ada pembelajaran disempurnakan
secukupnya untuk mengalih pelajar ke segmen pengajaran berikut. Ia digunakan untuk
memberi gred kursus atau untuk pensijilan tentang penguasaan pelajar dalam hasil
pembelajaran yang diingini. Selain itu, ia bertujuan untuk menyediakan satu rumusan
penghakiman mengenai apa yang telah dipelajari. Tambahan pula, ia dapat digunakan
untuk menentukan tanda aras mengenai apa yang murid boleh buat dan prestasi
sekolah.

(ii) Pentaksiran untuk Pembelajaran

- Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan. Melalui


pentaksiran ini, murid akan menerima maklum balas bagi mempertingkatkan lagi
pembelajaran. Selain itu, guru juga dapat mengesan cara dan kaedah kebiasaan
pembelajaran murid. Pentaksiran ini membolehkan guru membantu murid dalam
pembelajaran. Guru juga boleh berkongsi matlamat pembelajaran bersama murid
supaya mereka tahu tentang perkara yang ingin mereka capai pada waktu tersebut.
Guru juga boleh membantu murid untuk memahami tentang perkara yang mereka
belajar. Kriteria kejayaan digunakan untuk mengetahui bahawa murid sudah mencapai
matlamat atau tidak. Hal ini penting untuk guru mendapat maklum balas daripada murid.

(iii) Pentaksiran sebagai Pembelajaran


- Pentaksiran sebagai pembelajaran ini menggunakan aktiviti atau latihan untuk mengukur
keupayaan murid. Namun begitu, pentaksiran ini dilakukan oleh murid sendiri.
Penilaian sendiri dan rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan yang ada di dalam diri. Tujuan pentaksiran ini adalah menyediakan ruang
kepada murid dan meningkatkan autonomi murid untuk membaiki kelemahan sendiri
kerana mereka perlu menetapkan matlamat sendiri dan perkara yang ingin dicapai.
Pentaksiran ini boleh dikatakan formatif kerana mengukur sesuatu secara terus dan
spesifik dalam sesuatu perkara tetapi bukan menilai secara keseluruhan topik.

You might also like