You are on page 1of 4

Ciri-ciri Pentaksiran

Pembentangan
K1 Kesahan
 Kesahan Isi Kandungan
Merujuk kepada sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat mewakili domain pengetahuan
dan kemahiran yang hendak diukur oleh ujian itu.
 Kesahan telahan/ ramalan
i. Mengambil kira sejauh mana skor ujian dapat meramal kriteria yang diukur.
ii. Ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar seseorang murid untuk
menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan di dalam situasi yang lain.
 Kesahan kandungan
Menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang yang hendak diuji
 Kesahan semasa/ serentak
Merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam
satu ujian lain yang diakui sah.
K2 Kebolehpercayaan
 Merujuk kepada sejauh mana tekalnya (consistent) dua set ukuran yang mengukur
perkara yang sama. Ketekalan bermaksud pangkat (rank) yang terdapat dalam
ukuran yang pertama adalah serupa dengan pangkat (rank) yang dihasilkan bagi
ukuran kedua.
 Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah.
 Dua set pengukuran boleh diperolehi dengan cara:
• Mengulangi ujian yang sama selepas sesuatu masa tertentu.
• Mentadbir secara bergilir-gilir dua ujian yang serupa, yang mengukur domain isi
kandungan yang sama.
• Mentadbir dua ujian yang serupa yang mengukur domain isi kandungan yang sama
selepas sesuatu masa tertentu.

You might also like