You are on page 1of 20

PENGUKURAN DAN

RALAT PENGUKURAN

IOX7001 Kaedah Penyelidikan Lanjutan


~Advanced Research Methodology
Ciri-ciri Pengukuran Yang Baik

• Berkaitan dengan sejauh mana sesuatu ujian mengukur


Kesahan
apa yang sebenarnya kita ingin ukur
• Berkaitan dengan ketepatan dan kejituan prosedur
Kebolehpercayaan
pengukuran
Kebolehgunaan • Berkaitan dengan faktor ekonomi, kemudahan dan
(Practicality) kebolehtafsiran
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kestabilan Ujian-ujian Semula

Keboleh
percayaan Setara Bentuk Selari

Antara Pengukur

Goodness
Of
Data Konsistensi Belah-dua
Dalaman
Antara Item

Kesahan

Kesahan Kesahan Kesahan


Kandungan Berasaskan- Kriteria Konstruk

Kesahan
Telahan Selari Menumpu Diskriminan
Muka
Kebolehpercayaan (Reliability)
 Keupayaan sesuatu kajian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila
pengukuran yang sama diulangi.

 Kebolehpercayaan tidak menjamin ketepatan.

 Contoh: Berat individu


◦ Pemerhatian
◦ Guna penimbang

 Contoh: Tahap kepuasan pekerja


◦ Pemerhatian
◦ Temubual/soal selidik
◦ Lihat rekod rungutan
Kebolehpercayaan dalam penyelidikan
kuantitatif

Kaedah
Kaedah ujian konsistensi
pra-pasca dalaman

Kaedah
pemisahan
separa
1. Kaedah ujian pra-pasca
(test-retest reliability)
 Ujian pra
 Ujian pasca
 Jika kedua-dua memberikan keputusan yang
sama, maka ujian tersebut mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
2. Kaedah pemisahan separa
(split-half)
 Dalam kajian ini, item-item dalam kajian dipisahkan
kepada dua kumpulan item rawak dengan mengira jumlah
skor bagi kedua-dua kumpulan item tersebut, seterusnya
menganalisis nilai korelasi di antara kedua-dua kumpulan
skor tersebut.

 Jika nilai korelasi tinggi bagi kedua-duanya, maka


kebolehpercayaan tinggi.
3. Kaedah konsistensi dalaman
(internal consistency approach)
 Mencari nilai korelasi antara skor setiap item dalam ujian
dengan jumlah skor bagi semua item dalam ujian (skor indeks
ujian)

 Item-item yang mempunyai nilai korelasi yang tinggi dengan


skor indeks ujian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
dan sebaliknya.

 Item yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah


disingkir daripada ujian.
Kebolehpercayaan dalam penyelidikan kualitatif
- Kaedah
1. Kaedah triangulasi
a. Gunakan pengkaji yang berbeza untuk menyoal soalan yang
sama pada waktu yang berbeza
b. Melakukan ujian pada masa-masa yang berlainan
c. Melakukan kajian di tempat-tempat yang berlainan

 Jika data tersebut sama, maka kebolehpercayaan adalah


tinggi.
2. Menggunakan pengkaji peserta yang terlatih untuk
membuat pemerhatian dan laporan secara teliti dan
sistematik.

3. Menggunakan pemeriksaan rakan sebaya. Membuat


perbandingan antara data kajian pengkaji dengan pendapat
rakan sebaya.

4. Menggunakan alat pencatat sebagai bukti spt borang


temubual, perakam video, pita video untuk mencatatkan
hasil temubual.
Memperbaiki Kebolehpercayaan
Perbaiki konsistensi
Piawaikan dengan menggunakan
Minimumkan punca
keadaan/situasi penyelidik yang
variasi luaran
pengukuran berpengalaman dan
terlatih

Perbaiki konsistensi
Tambah item dalam dalaman dengan
ukuran atau sampel mengambilkira hanya
nilai ekstreem sahaja
Kesahan (Validity)
 Keupayaan suatu pengukuran yang dipilih mengukur nilai sebenar konsep dalam
hipotesis.
 Kesahan tinggi - apabila instrumen yang dibina benar-benar mengukur konsep yang
dinyatakan dalam hipotesis.
 Kesahan rendah - jika tidak terdapat keselarasan antara definisi konseptual dan definisi
operasional tentang suatu konsep.
 Kesahan pengukuran
◦ Konsep yang dinyatakan = konsep yang diukur
 Contoh:
◦ Jika definisi konseptual IQ ialah kepintaran. Jika pengkaji membuat definisi operasional IQ sebagai
kecerdasan emosi, maka pengkaji akan mengalami masalah untuk meyakinkan orang ramai tentang
kesahan dalam pengukuran konsep kajian.
 Pengkaji perlu mempunyai minda terbuka, objektif, faham konsep, hurai dengan tepat.
Jenis Kesahan
Jenis Definisi
Kesahan muka Sejauh mana pengukuran dibuat dapat mengukur nilai sebenar yang
ingin diukur.
Kesahan kriteria Sejauh mana pengukuran yang dibuat dapat meramal kriteria yang
diukur.
Kesahan gagasan Sejauh mana pengukuran yang dibuat berdasarkan teori-teori.

Kesahan kandungan Sejauh mana pengukuran yang dibuat mewakili aspek kandungan
yang diukur.
Kesahan dalaman Sejauh mana kajian menunjukkan bahawa sesuatu faktor yang dikaji
benar-benar menyebabkan perubahan kepada subjek kajian dan
bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain selain daripadanya.

Kesahan luaran Sejauh mana hasil kajian dapat diaplikasikan kepada kumpulan-
kumpulan lain dalam dunia sebenar.
Kesahan Muka (Face Validity)

 Ciri sesuatu indikator yang menjadikannya sesuai


untuk mengukur sesuatu pembolehubah
Kesahan Kriteria
(Criterion-related Validity)
 Menggunakan analisis korelasi antara instrumen dan kriteria

 Contoh: peperiksaan M-Test dengan prestasi pelatih Maktab


Perguruan

 Contoh: Religiosity – diukur dengan tahap kepercayaan dan


mengaitkannya dengan bukti tahap tersebut – spt. Kekerapan
membaca al-Qur’an dsb.
Kesahan Gagasan
(Construct Validity)
 Berasaskan hubungan logikal/teoretikal antara
pembolehubah

 Contoh: Kajian tentang kebahagiaan rumahtangga


 Bentuk pengukur bagi kebahagiaan rumahtangga
 Bina suatu hubungan hipotetikal tentang bagaimana kebahagiaan
rumahtangga berkait dengan pembolehubah lain
 Cth: kebahagiaan rumahtangga tinggi  bertolak ansur, kurang
menipu pasangan
Kesahan Kandungan
(Content Validity)
 Sama ada indikator empirikal yang digunakan
(ujian, skala, soalan dsb) benar-benar mewakili
domain makna bagi konsep yang sedang dikaji

 Contoh: Ukuran prejudis  adakah ukuran yang


digunakan merangkumi semua aspek (dimensi)
prejudis yang wujud
Kesahan dan Kebolehpercayaan

Reliable but not Valid but not Valid and


valid reliable reliable
Ralat Pengukuran
 Punca:
1. Responden kurang memahami konsep dalam item pengukuran;
2. Pengkaji kurang memahami konsep yang diberikan oleh
responden kajian;
3. Skala pengukuran yang digunakan kurang sesuai;
4. Pengkaji tidak merekodkan data dengan betul/tepat.
Cara mengurangkan ralat pengukuran

1. Mendapat purata beberapa pengukuran;


2. Mendapat nilai indeks bagi variabel yang diukur;
3. Menggunakan prosedur persampelan rawak;
4. Menggunakan alat pengukuran yang mempunyai kesahan yang
tinggi;
5. Mengelakkan penggunaan perkataan/ayat yang mengelirukan;
6. Mengelakkan penggunaan banyak pengkaji dalam
mengendalikan pengukuran;
7. Mengurangkan bilangan subjek kajian;
8. Menyemak data dengan teliti.

You might also like