You are on page 1of 14

Proses Pembangunan

Instrumen Kajian Kuantitatif


Dr. Yuznaili Binti Saleh
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu
Proses Pembangunan Instrumen Kajian
Instrumen Kajian Instrumen Kajian
Baharu sedia ada
Kesahan Konstruk

Instrumen selain BM
Kesahan Kandungan Kesahan Terjemahan
(Back to back translation)

Kesahan Muka Kesahan Muka

Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan
(Kajian Rintis) (Kajian Rintis)
Proses Pembinaan Soal selidik
Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan
kepada dua.
i. Menentukan objektif alat kajian
ii. Menentukan kandungan alat kajian.

Menentukan objektif alat kajian


Soalan dalam soal selidik perlu dibina mengikut
objektifnya iaitu apakah yang kita ingin tahu tentang
responden kajian kita. Objektif tingkahlaku yang ingin
diukur dinyatakan dengan jelas dan ia hendaklah
boleh dicapai (realistic)
Proses Pembinaan Soal selidik
Menentukan kandungan alat kajian.
Ujian yang berkesan ialah ujian yang mempunnyai
kebolehpercayaan dan kesahan kandungan yang tinggi,
iaitu berupaya mengukur kandungan secara tekal dan
tepat.
Kebolehpercayaan
bermaksud keupayaan ujian mengekalkan skor, sekiranya
seseorang mengambil ujian yang sama beberapa kali.
Kesahan
keupayaan ujian mengukur apa yang hendak diukur
dengan tepat. (cth: berapa tepat ujian kecerdasan
berupaya mengukur kecedasan)
Jenis kebolehpercayaan
Terdapat 3 jenis Kebolehpercayaan
i. Kestabilan (stability)
ii. Kesetaraan (equivalence)
iii. Ketekalan dalaman (internal consistency)
i) Kestabilan
Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan
(consistency) mengikut peredaran masa bagi sampel
yang sama. Iaitu memberi skor yang sama dari
masa ke semasa bagi responden yang sama. Indeks
kebolehpercayaan kestabilan ialah korelasi antara
skor ujian kali pertama dengan skor ujian kali kedua.
Jenis kebolehpercayaan
ii. Kesetaraan (equivalence)
Kebolehpercayaan kesetaraan ialah ukuran
kesetaraan antara skor bagi dua ujian yang setara.
Ujian yang berbeza tetapi mengukur kandungan yang
sama. Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai
akan memberikan skor yang sama sekiranya
responden yang sama mengambil dua ujian
berbeza tetapi setara. Indeks kebolehpercayaan
kesetaraan ialah korelasi antara skor ujian pertama
dengan skor ujian kedua.
Jenis kebolehpercayaan
ii. Ketekalan Dalaman
Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran
ketekalan antara skor separuh daripada ujian
dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang
sama. Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai
akan memberikan skor sama bagi responden sama
sekiranya ujian dibahagikan kepada dua bahagian.
Indeks kebolehpercayaan ketakalan dalaman ialah
korelasi antara skor ujian bahagian pertama dengan
skor ujian bahag.ian kedua
Jenis Kesahan
 Terdapat 4 jenis kesahan
i. Kesahan kandungan (content validity)
ii. Kesahan hubungan kriteria (criterion related
validity)
iii. Kesahan Konstruk (construct validity)
iv. Kesahan muka (face validity)
Jenis Kesahan
i. Kesahan kandungan
Kesahan kandungan ialah ukuran setepat mana
sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang
yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu
ujian adalah penting dalam kajian disebabkan,
sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah
ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan
sebenar responden bagi kandungan yang diukur.
Kesahan kandungan boleh ditingkatkan dengan
membandingkan item-item ujian dengan objektif dan
kandungan bidang.
Jenis Kesahan
ii. Kesahan Hubungan Kriteria
Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua bentuk.
a) kesahan serentak
sejauhmana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor
yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat
lain yang diambil serentak. Cari korelasi antara dua skor ujian.
b) kesahan ramalan
Sejauhmana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor
yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat
lain yang diambil kemudian. Cth: satu ujian dibina untuk mengukur
pencapaian matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM
Bahasa Melayu. Kesahan ramalan dapat meramal keputusan SPM
Bahasa Melayu. Cari korelasi antara dua skor ujian
Jenis Kesahan
ii. Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana
sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu
konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu.
Contohnya alat yang dibina untuk mengukur konstruk
“rajin” sepatutnya dapat mengukur konstruk ini
dengan baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan
dengan memahami maksud konstruk tertentu
(misalnya maksud “rajin”) dan mengetahui ciri-ciri
orang yang mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri
orang yang “rajin”)
Jenis Kesahan
ii. Kesahan Muka
Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang
dijelaskan, tetapi lebih kepada sesuatu alat/ujian
“nampak pada permukaannya” dapat mengukur apa
yang hendak diukur. Contohnya bagi alat yang
mengukur konstruk “rajin”. Kita sepatutnya nampak
item-item yang berkait dengan ciri-ciri orang yang
“rajin”. Kesahan muka akan memberi keyakinan
kepada responden terhadap item-item yang hendak
dijawab, bagaimanapun kesahan muka mempunyai
kelemahan tertentu disebabkan responden boleh
meneka jawapan yang “positif” kepada konstruk yang
hendak diukur.
Kajian Rintis
Kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan
yang bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian
mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang
tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-maslah
yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar
dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan
responden yang setara dengan responden kajnian
sebenar, dari segi lokasi, seting, dan profil responden
(contohnya, umur, jantina dan sebagainya). Selepas
ujian rintis dijalankan, soal selidik perlu dimurnikan
mengikut maklum balas yang diperoleh.
Fungsi Kajian Rintis
 Menyemak kejelasan item-item, arahan dan susun atur (layout)
soal selidik.
 Mendaptkan maklum balas tentang kesahan item-item soal
selidik.
 Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan
format jawapan.
 Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-
item tertutup.
 Mendapatkan maklum balas tentang tentang daya tarikan soal
selidik
 Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
 Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.
 Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data
komputer

You might also like