You are on page 1of 2

Soalan:Apakah yang dimaksudkan dengan etika penyelidikan?

Bincangkan langkah- langkah yang perlu diambil oleh seseorang penyelidik agar etika dalam
penyelidikan dipatuhi.

Isu Etika penyelidikan:


Penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman.
Kaedah pengumpulan data dalam sesetengah kajian pula menyentuh sahsiah, emosi, hak, hal peribadi, dan
kebenaran subjek kajian.

Responden mempunyai maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh diketahui oleh orang lain.
Apabila didedahkan atau diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pihak-pihak
tertentu,pengkaji perlu mengetahui etika penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian.

Etika diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Ethos’ yang bermaksud budi
perkerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik berkenaan konsep nilai
‘baik’,’tidak  baik’, ’betul’ dan ‘salah’. Konsep yang disebut ini menjadi perhatian dalam
kehidupan seharian manusia termasuk para professional termasuk peguam, doctor, guru dean lain-lain
termasuklah penyelidik.

Pengkaji perlu melihat dua perkara utama dalam etika penyelidikan:

1.Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan:


a. penyertaan sukarela: responden adalah subjek sukarela. Pengkaji boleh menyediakan borang jaminan
kajian dan surat persetujuan menjadi responden.
b. Penentuan diri: pengkaji perlu mengetahui individu yang responden mempunyai hak untuk menilai
maklumat kajian sebelum membuat keputusan sebelum memutuskan untuk mengambil bahagian atau
tidak.
c. Kecerdasan fizikal dan psikologi/mental: pengkaji berusaha untuk memastikan keselamatan
d.rahsiah peribadi:3jenis rahsia peribadi(Diener dan Grandall,1978)
kepekaan maklumat yang diberi-merujuk kepada darjah keperibadian atau potensi ancaman atau ugutan
terhadap responden setelah maklumat didedahkan.
keadaan persekitaran responden-persekitaran khas responden seperti tempat tinggal, kenderaan, tempat
bekerja, dan tempat-tempat yang sering dilawati yang berkaitan dengan kewangan dan hak harta benda.
keupayaan menyebarkan maklumat- keupayaan sesuatu maklumat responden disebarkan.

e. Identiti pengkaji: perlu diberitahu kepada responden secara ikhlas dan jujur sebelum meminta kebenaran
responden untuk mengambil bahagian dalam kajian.
f. Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak mengenali siapakah subjek kajian yang membekalkan
data atau maklumat kajian. Pengkaji perlu merahsiakan segala maklumat yang dibekalkan oleh pembekal
maklumat.
g. Perjanjian sulit: Segala maklumat responden haruslah dirahsiakan.
h. Pembelotan: kejadian pecah amanah harus dielakkan oleh pengkaji.
i. Pengabui mata dan penipuan: Pengkaji harus memberitahu maklumat yang benar danmengelakkan
maklumat palsu.
 j. Hak cipta: Pengkaji menggunakan hasil kerja pengkaji lain dengan kebenaran bertulis . jadual:

Prinsip etika penyelidikan:


Prinsip
Ciri-ciri kesamaan
Tidak memutar-balikkan data
Humanistik 
Pertimbangan perasaan dan emosi responden
Kebebasan
Subjek membuat keputusan
Sulit
Maklumat responden tidak didedahkan
Ketanpanamaan
Nama tidak diberitahu
Keadaan asal responden
Tidak menimbulkan kesan – ve/+ve responden
Kejujuran
Data dianalisis dengan tepat dan jujur
Plagiarism
Data dipungut sendiri

You might also like