You are on page 1of 15

Konsep Penyelidikan

Yuznaili Saleh
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu
Apakah yang anda faham
tentang “penyelidikan?
KONSEP PENYELIDIKAN
Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan
sebagai penyelidikan?
1. Cikgu Maria melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik di sekolah
2. Cikgu Lim menyatakan beliau telah menjalankan kajian
dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat
berkenaan umur murid-murid, pendapatan keluarga
dan jarak sekolah daripada rumah murid.
3. Cikgu Raju menyertai bengkel pedagogi abad ke-21.
Setelah pulang ke sekolah beliau bersama-sama guru
lain mengaplikasikan kaedah dan teknik tersebut.
KONSEP PENYELIDIKAN

Tiada satu pun contoh di atas yang boleh


diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!!

MENGAPA ?

Anda akan tahu apabila anda faham


konsep “penyelidikan”
KONSEP PENYELIDIKAN
Pertimbangkan kes di bawah iaitu satu contoh penyelidikan:
• Guru kanan akademik menerima aduan dari guru bahasa Melayu
bahawa terdapat murid yang gagal mata pelajaran Bahasa Melayu.
• Beliau meneliti markah murid dan mendapati semua murid lulus dalam
ujian kemahiran membaca tetapi 10 %murid gagal ujian kemahiran
menulis.
• Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan
(hipotesis) bahawa terdapat sesuatu faktor yang menyebabkan perkara
tersebut berlaku
• Seterusnya beliau telah membaca jurnal dan buku yang
membincangkan tentang proses otak dalam dua kemahiran tersebut.
Melalui pembacaan beliau mendapati terdapat motor pembelajaran yang
berbeza antara kemahiran membaca dan menulis.
• Beliau kemudian membuat tinjauan dengan melaksanakan
pemerhatian, analisis buku latihan dan temu bual.
Berdasarkan tinjauannya beliau mendapati bahawa guru lebih banyak
memberi fokus kepada PdP kemahiran membaca berbanding
kemahiran menulis. Malahan guru juga beranggapan bahawa murid
berupaya untuk menulis sekiranya mereka boleh membaca.
KONSEP PENYELIDIKAN
Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik
(guru kanan akademik tersebut) telah melalui satu
susunan langkah yang teratur dan sistematik.
• Kedua, penyelidik tidak terus membuat
kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian
atau explorasi yang saintifik sebelum membuat
kesimpulan
• Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah
sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah
explorasi yang saintifik
DEFINISI PENYELIDIKAN

Tuckman (1999)

Penyelidikan adalah kaedah sistematik


untuk mendapatkan jawapan untuk
sesuatu persoalan atau permasalahan
DEFINISI PENYELIDIKAN

Kelinger (1964)

Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik,


terkawal, bercorak empirikal dan kritikal
mengenai perhubungan berdasarkan
fenomena
DEFINISI PENYELIDIKAN
 Mencari fakta atau kebenaran
mengenai sesuatu perkara.
 Mengurus penyelidikan saintifik untuk

menyelesaikan masalah dan menguji


hipotesis
 Membina atau merekacipta produk

yang baru
TUJUAN PENYELIDIKAN
 Mencari fakta atau kebenaran
mengenai sesuatu perkara.
 Mengurus penyelidikan saintifik untuk

menyelesaikan masalah dan menguji


hipotesis
 Membina atau mereka cipta produk

yang baru
LANGKAH PENYELIDIKAN
Penyelidikan dilaksanakan berdasarkan langkah
yang sistematik seperti yang berikut:
1. Memahami masalah yang hendak dikaji dan
2. mengenal pasti bidang pengetahuan yang
berkaitan
3. Membuat sorotan kajian untuk memahami
cara orang lain mendekati atau menguruskan
masalah tersebut
4. Mengumpul data secara tersusun dan
terkawal supaya dapat mencapai keputusan
yang sah
5. Menganalisis data sesuai dengan masalah
yang dikaji
6. Membuat kesimpulan dan generalisasi
CIRI PENYELIDIKAN BERKUALITI

 Berasaskan kepada kerja orang lain


 Boleh direplikasi (duplicated)
 Boleh digeneralisasi ke tempat lain
 Berasaskan kepada rasional yang

logik dan terikat dengan teori


 Mampu untuk dilaksanakan
 Menjana soalan baru
CIRI PENYELIDIKAN BERMASALAH

 Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai.


 Plagiat kerja orang lain
 Memalsukan data untuk membuktikan

sesuatu.
 Maklumat disalahkan dan membawa

pembaca kepada maklumat yang


disalahertikan.
SOALAN YANG PERLU DITANYA
PROSES PENYELIDIKAN

 Mengenal pasti masalah


 Sorotan/ Kajian literatur
 Pembentukan masalah
 Mereka bentuk kajian
 Pengumpulan data
 Pemprosesan data
 Interpretasi data
 Penulisan laporan

You might also like