You are on page 1of 1

3.

3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Subjek kajian (n = 48) adalah dikalangan pemain badminton lelaki yang terdiri daripada
empat kumpulan kemahiran berbeza dimana sekurang-kurangnya 12 pemain bagi setiap
kumpulan terlibat. Kumpulan 1 mengandungi pemain peringkat nasional, Kumpulan 2 adalah
pemain peringkat negeri, Kumpulan 3 adalah pemain peringkat rekreasi dan Kumpulan 4
adalah pemain novis. Subjek kajian dipilih adalah secara Persampelan Rawak Kelompok
(Cluster random sampling) (Levy, & Lemeshow 2011) yang tertumpu kepada carian subjek
kajian di dalam negara Malaysia. Keutamaan adalah di 12 buah negeri di semenanjung
Malaysia yang mempunyai persatuan badminton negeri serta mempunyai pemain berdaftar.
Kesemua negeri ini diklusterkan mengikut kawasan zon iaitu utara, selatan, timur dan tengah.
12 orang peserta mewakili setiap kawasan dan terdiri daripada 4 tahap kemahiran.

Jadual 3.1 merujuk kepada pembahagian sampel kajian

Tahap Kumpulan Pemain


ZON
Nasional Negeri Rekreasi Novis
Utara 3 3 3 3
Selatan 3 3 3 3
Tengah 3 3 3 3
Timur 3 3 3 3

Peserta kajian bagi kumpulan 1 dan 2 akan diambil mengikut persatuan badminton
nasional dan negeri yang berdaftar. Manakala kumpulan 3 dan 4 akan didapatkan secara
sukarela melalui persatuan sukan pelajar di universiti tempatan berdasarkan lokasi yang
berdekatan dan memudahkan pembahagian subjek disetiap kumpulan kajian. Jurulatih bagi
setiap subjek kajian akan dimaklumkan bagi membantu menyediakan waktu yang sesuai
untuk para pemain terlibat dengan kajian ini.

PERSOALAN
1. Bagaimana ingin di cari formula pengiraan sample size yang
mencukupi?
2. Komen pembaca perlu sertakan pengiraan sample size atau aku perlu
tunjukkan pengiraan yang membuktikan jumlah sample itu mencukupi
bagi taraf kesalahan 5%

You might also like