You are on page 1of 10

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

107

PENGGUBALAN DAN PENGESAHAN STANDARD KUALITI


PENDIDIKAN TAHFIZ AL-QURAN MENGGUNAKAN APLIKASI
FUZZY DELPHI METHOD

Muhammad Hafiz bin Saleh


Zawawi bin Ismail
Zaharah binti Hussin

ABSTRAK

Pendidikan tahfiz al-Quran di Nusantara semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat pada hari ini. Begitu
ramai ibu bapayang teruja dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menempatkan anak-anak mereka
di sana untuk mempelajari dan menghafal al-Quran. Namun persoalannya adalah, adakah setiap hafiz al-Quran
yang dilahirkan berjaya mencapai matlamat pendidikan tahfiz al-Quran yang sebenar?Para ulama telah
menggariskan bahawa matlamat pendidikan tahfiz adalah melahirkan para huffaz yang mengingati keseluruhan
al-Quran dengan lancar dan mantap serta mampu memelihara kesucian al-Quran daripada sebarang perubahan
dan penyelewengan? Bagi menjawab persoalan tersebut, satu standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran perlu
digubal sebagai satu kayu ukur untuk menilai sama ada para huffaz yang dilahirkan berjaya mencapai matlamat
pendidikan tahfiz al-Quran yang sebenar atau sebaliknya. Untuk tujuan itu, para pengkaji di dalam kajian
initelah menggubal standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran dengan menggunakan kaedah analisis dokumen
dan aplikasi Fuzzy Delphi Method. Kesimpulannya, 29 standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran telah
digubal dan mendapat pengesahan daripada pihak yang pakar dalam bidang pendidikan tahfiz al-Quran.

Kata kunci: Fuzzy Delphi Method; Pendidikan Tahfiz al-Quran

PENDAHULUAN

Pendidikan tahfiz al-Quran adalah proses pembelajaran al-Quran menerusi kaedah hafalan.Setiap ayat di dalam
al-Quran dihafal agar al-Quran sentiasa terpelihara daripada sebarang perubahan, penambahan dan pengurangan
(al-Sayyid, 1992). Berdasarkan kepada sejarah dan perkembangan pendidikan al-Quran, pendidikan tahfiz al-
Quran bermula pada zaman Rasulullah dan disambung oleh para sahabat dan para Tabiin. Mereka mempunyai
matlamat yang sama iaitu; menyebarkan al-Quran dari satu generasi kepada generasi yang berikutnya (al-Sayuti,
1987)serta melahirkan para huffaz(penghafal al-Quran) yang mengingati keseluruhan al-Quran dengan lancar
dan mantap (Syukri & al-Auratani, 2003) serta mampu memelihara kesucian al-Quran daripada sebarang
perubahan dan penyelewengan (al-Rahman, 2010).

Selain daripada itu, matlamat pendidikan tahfiz al-Quran adalah untuk menunaikan tuntutan fardhu kifayah (al-
Mulhim, 2009) dan mengekalkan jumlah penyampai al-Quran secara mutawatir (al-Sayuti, 1987). Selain itu,
matlamat pendidikan tahfiz al-Quran juga adalah untuk melahirkan para huffazyang mampu membaca al-Quran
secara bertajwid (al-Shabuni, 1996) dan memahami isi kandungan al-Quran serta mengamalkannya dalam
kehidupan seharian (al-Sayuti, 1987). Dengan itu, adalah diharapkan agar para huffazyang dilahirkan memiliki
akhlak yang mulia dan menjadi contoh tauladan yang baik (al-Mulhim, 2009).

Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang dijalankan mendapati prestasi pelajar tahfiz al-Quran di Malaysia
masih berada di tahap sederhana dan belum mencapai matlamat yang disasarkan. Hasil kajian yang dijalankan
oleh Shahrulkarnain (2014) mendapati prestasi hafalan al-Quran pelajar-pelajar yang mengikuti Program Sijil
Tahfiz al-Quran Darul Quran UIAM sangat lemah. Daripada 60 orang pelajar yang terlibat dengan kajian ini,
43.3% daripada mereka gagal dalam ujian hafalan yang dijalankan. Manakala kajian yang dijalankan oleh Azmil
(2010) mendapati prestasi pelajar tahfiz Darul Quran sangat lemah. Berdasarkan kepada ujian Syafawi yang
dijalankan, 51% peratus daripada pelajar yang mengikuti ujian tersebut telah gagal.

Untuk memetik artikel ini:


Saleh, M. H., Ismail, Z., & Hussin, Z. (2017). Penggubalan dan pengesahan standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran menggunakan
aplikasi fuzzy deplhi method. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
108

Kajian-kajian tersebut menggambarkan bahawa wujud kelemahan dalam sistem pendidikan tahfiz al-Quran di
Malaysia. Situasi ini juga dapat membayangkan bahawa para huffaz yang dilahirkan masih belum berupaya
mengusai keseluruhan al-Quran menerusi hafalan dan belum berjaya sampai ke tahap mampu memelihara al-
Quran daripada sebarang bentuk penyelewengan dan perubahan.

Memandangkan isu prestasi pelajar tahfiz al-Quran di Malaysia adalah amat serius dan membimbangkan,
amatlah wajar satu standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran digubal sebagai satu kayu ukur dan instrumen
penilaian agar matlamat pendidikan tahfiz al-Quran dapat dilihat dengan lebih jelas dan lebih mudah untuk
dicapai. Justeru, para pengkaji di dalam kajian ini akan menggubal standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran
menerusi kaedah analisis dokumen dan mengesahkannya menggunakan aplikasi Fuzzy Delphi Method.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan satu standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran agar matlamat
pendidikan tahfiz al-Quran dapat dilihat dan difahami dengan lebih jelas. Setelah standard kualiti pendidikan
tahfiz al-Quran tersebut dibangunkan, ia akan dinilai dan disahkan oleh pakar dalam bidang pendidikan tahfiz
al-Quran menggunakan aplikasi Fuzzy Delphi Method. Dengan itu, setiap pihak yang terlibat dengan pendidikan
tahfiz al-Quran seperti pihak pendtadbiran, guru, ibu bapa dan pelajar tahfiz al-Quran mampu berusaha ke arah
matlamat pendidikan tahfiz al-Quran yang sebenar.

METODOLOGI KAJIAN

Pada peringkat pertama, analisis dokumen akan dilakukan bagi mengeluarkan standard kualiti pendidikan tahfiz
al-Quran berdasarkan kepada pelbagai sumber rujukanseperti kitab-kitab tahfiz al-Quran yang muktabar,
penyelidikan-penyelidikan dan jurnal-jurnal yang berkaitan. Standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran yang
dibangunkan adalah berdasarkan kepada matlamat pendidikan tahfiz al-Quran yang pernah dilalui oleh kurun-
kurun yang terbaik iaitu pada zaman Rasulullah, sahabat dan tabiin. Selain daripada itu, pandangan-pandangan
daripada ulama kontemporari dalam bidang tahfiz al-Quran juga akan dijadikan sebagai panduan. Standard
kualiti pendidikan tahfiz al-Quran yang telah dikumpulkan seterusnyadibahagikan mengikutaspek-aspek yang
telah ditetapkan. Setelah itu, standard tersebut akan diinterpretasi ke dalam bentuk soal selidik yang kemas,
bersistematik dan mampu difahami oleh pihak pakar yang akan membaca dan menilainya. Jumlahaspek dan
item yang dihasilkan menerusi kaedah analisis dokumen yang dijalankan adalah sebanyak enamaspek dan
mengandungi 30 item dalam bentuk skala Likert.

Jadual 1.1. Standard Kualiti Pendidikan Tahfizal-Quran

No Aspek Jumlah Item


1 Hafalan al-Quran 7
2 Penjagaan al-Quran 4
3 Ilmu Tajwid 6
4 Kepekaan Ayat al-Quran 4
5 Kefahaman al-Quran 4
6 Keterampilan 5
Jumlah 30 Item

Setelah borang soal selidik disiapkan, peringkat kedua pula akan dijalankan iaitu proses mengesahkan standard
kualiti pendidikan tahfiz al-Quran melalui Kaedah Fuzzy Delphi. Kaedah Fuzzy Delphi merupakan satu kaedah
yang digunakan dalam penyelidikan untuk mendapatkan pendapat dan kesepakatan daripada pihak pakar
terhadap sesuatu yang dikaji dalam penyelidikan (Ridhuan, Siraj, Hussin, Noh, & Arifin, 2014). Untuk tujuan
tersebut, para pengkajitelah menubuhkan satu pasukan penilai untuk menilai dan memberi pandangan terhadap
standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran yang telah digubal. Pasukan yang dipilih terdiri daripada 14 orang
pakar dalam bidang tahfiz al-Quran seperti guru-guru tahfiz al-Quran, mudir institusi tahfiz al-Quran, penggubal
kurikulum tahfiz al-Quran, hakim pertandingan hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan
ahli akademik daripada Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Pengkaji telah menghubungi pakar-pakar yang dipilih terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan daripada
mereka untuk menjadi pakar dan menetapkan tarikh yang sesuai untuk berjumpa. Setelah mendapatkan

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
109

persetujuan dengan mereka, pengkaji telah menghantar surat rasmi untuk berjumpa dengan mereka secara
bersemuka. Pengkaji memilih untuk berjumpa dengan mereka secara bersemuka kerana pakar-pakar yang dipilih
terdiri daripada negara yang berbeza. Di dalam pertemuan yang ditetapkan, pengkaji telah memberi taklimat
terlebih dahulu berkenaan kajian yang dijalankan iaitu berkenaan objektif kajian dan tatacara menjawab borang
soal selidik yang diberikan kepada mereka. Di dalam taklimat tersebut, pengkaji telah menerangkan bahawa
para setiap pakar dikehendaki menyatakan aras persetujuan terhadap setiap item sama ada Sangat Setuju, Setuju,
Kurang Setuju, Tidak Setuju atau Sangat Tidak Setuju.

Setelah pengkaji bersemuka dengan setiap pakar yang dilantik, pengkaji mengumpulkan kesemua borang soal
selidik yang telah siap diisi olehmereka. Kemudian data Skala Likert yang diperolehi daripada pasukan penilai
telah diterjemahkan ke dalam bentuk data nombor Fuzzy dan dianalisa menggunakan perisian Microsoft Excel.
Hasil dapatan daripada analisa data-data tersebut akan digubal sebagai standard kualiti pendidikan tahfiz al-
Quran yang sewajarnya menjadi rujukan dan panduan kepada institusi-instutusi tahfiz al-Quran.

ANALISIS DATA MENGGUNAKAN FUZZY DELPHI METHOD

Fuzzy Delphi Method adalah satu teknik penyelidikan yang diperkenalkan oleh Murray, Pipino dan Gigch
(1985). Ia merupakan kombinasi di antara teknik Delphi dan teori set fuzzy. Teknik Delphi adalah satu teknik
penyelidikan yang diperkenalkan oleh Olaf Holmer dan Norman Dalkey dari RAND Corporation pada tahun
1953 (Lang, 2000). Secara asasnya, Teknik Delphi merupakan salah satu kaedah penyelidikan untuk
mendapatkan data secara berstruktur berdasarkan kepada kesepakatan pakar (Yousuf, 2007). Manakala Set
Fuzzy pula adalah diperkenalkan oleh Lotfi A. Zadeh pada tahun 1965 sebagai lanjutan daripada Teori Set
Klasik di mana setiap elemen dalam satu set dinilai berdasarkan kepada set Binari (Ya atau
Tidak)(Gottwald).Hasil gabungan di antara teknik Delphi dan teori set fuzzy oleh Murray, Pipino dan Gigch
pada tahun 1985, maka terhasillah Fuzzy Delphi Method (Ridhuan, Siraj, Hussin, Noh, & Arifin, 2014).

Setiap pengkaji yang ingin menggunakan Fuzzy Delphi Method perlu mengetahui bahawa terdapat 2 perkara
utama iaitu Pernomboran Segitiga Fuzzy (Triangular Fuzzy Numbers) dan Defuzzification Process.
Pernomboran Segitiga Fuzzy adalah nilai purata nombor fuzzy iaitu m1, m2 dan m3 dan kebiasaannya ia
diwakilkan dalam bentuk (m,m,m). M mewakili nilai minimum (smallest value), manakala m pula mewakili
nilai paling munasabah (most plausible value) dan m mewakili nilai maksimum (maximum value). Ketiga-tiga
nilai di dalam Triangular Fuzzy Numbers dapat diwakili dalam Rajah 1 yang menunjukkan graf segitiga min
melawan nilai triangular.

Rajah 1. Graf segitiga min melawan triangular

Manakala Defuzzification Process pula adalah satu proses untuk menentukan keutamaan (ranking) bagi setiap
pembolehubah dan sub pembolehubah. Tujuan proses ini adalah untuk membantu pengkaji melihat aras
kepentingan, keperluan dan tahap bagi pembolehubah dan sub pembolehubah yang diperlukan. Proses
penentuan keutamaan (ranking) akan mempamerkan data mengikut keutamaan berdasarkan kepada konsensus
pakar yang bertindak sebagai responden kajian (Ridhuan, Siraj, Hussin, Noh, & Arifin, 2014).

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
110

RASIONAL APLIKASI FUZZY DELPHI METHOD

Aplikasi Fuzzy Delphi Method digunakan di dalam kajian ini untuk mendapatkan pendapat dan kesepakatan
daripada pihak pakar terhadap standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran yang dibangunkan. Di samping itu,
aplikasi Fuzzy Delphi Method turut digunakan kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos mengendalikan
borang soal selidik jika dibandingkan dengan teknik Delphi yang biasa.

KONSENSUS PAKAR FUZZY DELPHI TERHADAP STANDARD KUALITI


PENDIDIKAN TAHFIZ AL-QURAN
Hasil dapatan daripada persetujuan pihak pakar berdasarkan kepada pembahagian aspek yang lepas adalah
seperti dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2. Hasil dapatan daripada item-item bagi aspek hafalan al-Quran

Aspek: Hafalan al-Quran

Peratus
Susunan Nilai d Average
Setiap Nombor
Mengikut Item Setiap of Fuzzy
Item d Item Asal
Keutamaan Item Number
0.2
Seorang Hafiz al-Quran mampu
1 membaca seluruh al-Quran tanpa 0.137 93 0.743 1
melihat mushaf.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
1 mengetahui cara menjaga hafalan 0.125 100 0.743 7
lama dengan betul.
Seorang Hafiz al-Quran mampu
menyambung mana-mana ayat al-
3 0.156 93 0.729 3
Quran yang dikemukakan kepadanya
apabila disoal.
Sekiranya sepotong ayat dibaca,
seorang Hafiz al-Quran mampu
3 0.156 93 0.729 4
mengenalpasti kedudukan Surah bagi
ayat tersebut.
Sekiranya sepotong ayat dibaca,
seorang Hafiz al-Quran mampu
3 0.156 93 0.729 5
mengenalpasti kedudukan Juzuk bagi
ayat tersebut.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
6 mengetahui kaedah menghafal al- 0.150 100 0.714 6
Quran yang betul.
Seorang Hafiz al-Quran mampu
7 menulis seluruh al-Quran tanpa 0.150 86 0.629 2
melihat mushaf.

Berdasarkan kepada Jadual 1.2, kesemua item di dalam aspek hafalan al-Quran mendapat nilai threshold (d) <
0.2, peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi setiap item melebihi 75% dan nilai defuzzification bagi setiap
item melebihi nilai a-cut = 0.5. Ini menunjukkan bahawa item-item yang telah dianalisis dalam aspek hafalan al-
Quran telah mendapat konsensus daripada kumpulan pakar. Item-item ini akan dijadikan sebagai standard untuk
mengukur sejauh mana pelajar-pelajar tahfiz al-Quran mencapai standard Hafiz al-Quran dari sudut hafalan al-
Quran. Jadual 1.2 turut menunjukkan bahawa item 2 dan item 6 telah mendapat persetujuan daripada kumpulan
pakar dengan peratusan sebanyak 100%. Ini menunjukkan bahawa seorang Hafiz al-Quran mestilah mengetahui
kaedah menghafal al-Quran dengan betul dan mesti mengetahui cara menjaga hafalan lama dengan betul. Jadual
1.3 pula menunjukkan item dari aspek penjagaan al-Quran.

Jadual 1.3. Hasil dapatan daripada item-item bagi aspek penjagaan al-Quran

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
111

Aspek: Penjagaan al-Quran

Peratus
Susunan Nilai d Average
Setiap Nombor
Mengikut Item Setiap of Fuzzy
Item d Item Asal
Keutamaan Item Number
0.2
Sekiranya terdengar al-Quran dibaca
dengan salah, seorang Hafiz al-Quran
1 0.041 100 0.786 1
mampu mengenalpasti kesilapan yang
berlaku pada bacaan tersebut.
Sekiranya terdengar al-Quran dibaca
dengan salah, seorang Hafiz al-Quran
2 0.103 100 0.757 2
mampu memperbetulkan kesilapan
yang berlaku pada bacaan tersebut.
Sekiranya terlihat al-Quran ditulis
dengan salah, seorang Hafiz al-Quran
3 0.150 100 0.714 3
mampu mengenalpasti kesilapan yang
terdapat pada penulisan tersebut.
Sekiranya terlihat al-Quran ditulis
dengan salah, seorang Hafiz al-Quran
3 0.150 100 0.714 4
mampu memperbetulkan kesilapan
yang terdapat pada penulisan tersebut.

Berdasarkan kepada Jadual 1.3, kesemua item di dalam aspek penjagaan al-Quran mendapat nilai threshold (d) <
0.2, peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi setiap item melebihi 75% dan nilai defuzzification bagi setiap
item melebihi nilai a-cut = 0.5. Ini menunjukkan bahawa item-item yang telah dianalisis dalam aspek penjagaan
al-Quran telah mendapat konsensus daripada kumpulan pakar. Item-item ini akan dijadikan sebagai standard
untuk mengukur sejauh mana pelajar-pelajar tahfiz al-Quran mencapai standard Hafiz al-Quran dari sudut
penjagaan al-Quran. Jadual 1.3 turut menunjukkan bahawa kesemua item telah mendapat persetujuan daripada
kumpulan pakar dengan peratusan sebanyak 100%. Ini menunjukkan bahawa keempat-empat perkara tersebut
menjadi standard Hafiz al-Quran yang mesti dicapai oleh setiap Hafiz al-Quran. Kesepakatan pakar terhadap
aspek ini sekaligus menunjukkan bahawa setiap Hafiz al-Quran mestilah mempunyai kemampuan untuk
memelihara al-Quran daripada sebarang kesilapan dan penyelewengan. Jadual 1.4 pula menunjukkan item dari
aspek penguasaan ilmu tajwid.

Jadual 1.4. Hasil dapatan daripada item-item bagi aspek penguasaan ilmu tajwid

Aspek: Penguasaan Ilmu Tajwid

Peratus
Susunan Nilai d Average
Setiap Nombor
Mengikut Item Setiap of Fuzzy
Item d Item Asal
Keutamaan Item Number
0.2
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
1 mampu membaca al-Quran secara 0.000 100 0.800 1
bertajwid.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
2 mengetahui tanda-tanda Tajwid di 0.140 100 0.729 3
dalam mushaf.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
3 mampu menerangkan hukum tajwid 0.150 100 0.714 4
kepada orang lain.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
4 0.153 100 0.700 2
memahami ilmu tajwid secara teori.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
5 mampu membaca al-Quran dengan 0.187 86 0.657 5
Lahjah Arabiyyah.

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
112

Seorang Hafiz al-Quran mestilah


6 mampu membaca al-Quran secara 0.122 86 0.586 6
berlagu.

Berdasarkan kepada Jadual 1.4, kesemua item di dalam aspek penguasaan ilmu tajwid mendapat nilai threshold
(d) < 0.2, peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi setiap item melebihi 75% dan nilai defuzzification bagi
setiap item melebihi nilai a-cut = 0.5. Ini menunjukkan bahawa item-item yang telah dianalisis dalam aspek
penguasaan ilmu tajwid telah mendapat konsensus daripada kumpulan pakar. Item-item ini akan dijadikan
sebagai standard untuk mengukur sejauh mana pelajar-pelajar tahfiz al-Quran mencapai standard Hafiz al-Quran
dari sudut penguasaan ilmu tajwid. Jadual 1.4 turut menunjukkan bahawa item 1-4 telah mendapat persetujuan
daripada kumpulan pakar dengan peratusan sebanyak 100%. Kesepakatan pakar terhadap kempat-empat item
tersebut sekaligus menunjukkan bahawa setiap Hafiz al-Quran mestilah mengusai ilmu tajwid secara teori dan
amali serta mampu menyampaikan ilmu tajwid kepada orang lain. Jadual 1.5 pula menunjukkan item bagi aspek
kepekaan terhadap ayat Mustasyabihat dalam al-Quran.

Jadual 1.5. Hasil dapatan daripada item-item bagi aspek kepekaan terhadap ayat-ayat Mustasyabihat di dalam
al-Quran

Aspek: Kepekaan Terhadap Ayat-Ayat Mustasyabihat Di Dalam Al-Quran

Peratus
Susunan Nilai d Average
Setiap Nombor
Mengikut Item Setiap of Fuzzy
Item d Item Asal
Keutamaan Item Number
0.2
Seorang Hafiz al-Quran dapat
mengelakkan diri daripada kesalahan
1 bacaan ketika bertembung dengan 0.175 93 0.700 3
ayat-ayat mutasyabihat di dalam al-
Quran.
Seorang Hafiz al-Quran mampu
2 mengenalpasti ayat-ayat mutashabihat 0.175 93 0.686 1
di dalam al-Quran.
Seorang Hafiz al-Quran mampu
3 membandingkan kedudukan ayat-ayat 0.168 93 0.671 2
mutasyabihat di dalam al-Quran.
Sekiranya berlaku kesilapan ketika
mengulang al-Quran secara hafalan,
4 seorang Hafiz al-Quran mampu 0.196 86 0.671 4
membetulkan bacaannya sendiri tanpa
melihat mushaf.

Berdasarkan kepada Jadual 1.5, kesemua item di dalam aspek kepekaan terhadap ayat-ayat Mustasyabihat di
dalam al-Quran mendapat nilai threshold (d) < 0.2, peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi setiap item
melebihi 75% dan nilai defuzzification bagi setiap item melebihi nilai a-cut = 0.5. Ini menunjukkan bahawa
item-item yang telah dianalisis dalam aspek kepekaan terhadap ayat-yat Mustasyabihat di dalam al-Quran telah
mendapat konsensus daripada kumpulan pakar. Item-item ini akan dijadikan sebagai standard untuk mengukur
sejauh mana pelajar-pelajar tahfiz al-Quran mencapai standard Hafiz al-Quran dari sudut kepekaan terhadap
ayat-yat Mustasyabihat di dalam al-Quran. Kesepakatan pakar terhadap kempat-empat item tersebut sekaligus
menunjukkan bahawa setiap Hafiz al-Quran perlu peka terhadap ayat-yat Mustasyabihat di dalam al-Quran agar
terhindar daripada sebarang kesilapan ketika membaca al-Quran dan sekaligus menjadikan hafalan al-Quran
lebih mantap. Jadual 1.6 pula menunjukkan item bagi aspek kefahaman al-Quran.

Jadual 1.6. Hasil dapatan daripada item-item bagi aspek kefahaman al-Quran

Aspek: Kefahaman al-Quran

Susunan Nilai d Peratus Average


Nombor
Mengikut Item Setiap Setiap of Fuzzy
Item Asal
Keutamaan Item Item d Number

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
113

0.2

Seorang Hafiz al-Quran mestilah


1 mengetahui terjemahan ayat-ayat di 0.122 86 0.614 1
dalam al-Quran.
Seorang Hafiz al-Quran mampu
1 menjelaskan maksud ayat-ayat al- 0.162 79 0.586 2
Quran yang dikemukakan kepadanya.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
3 memahami hukum hakam yang 0.122 86 0.614 3
terdapat di dalam al-Quran.
Seorang Hafiz al-Quran mampu
mengemukakan ayat-ayat al-Quran
DITOLAK 0.131 57 0.600 4
berdasarkan kepada tema yang
dikemukakan kepadanya.

Berdasarkan kepada Jadual 1.6, hanya item nombor 1 hingga 3 dalam aspek kefahaman al-Quran mendapat nilai
threshold (d) < 0.2, peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi setiap item melebihi 75% dan nilai defuzzification
bagi setiap item melebihi nilai a-cut = 0.5. Ini menunjukkan bahawa nombor 1 hingga 3 dalam aspek kefahaman
al-Quran telah mendapat konsensus daripada kumpulan pakar. Manakala item nombor 4 item mendapat nilai
threshold (d) > 0.2 dan tidak mencapai 75 kesepakatan kumpulan pakar sekaligus menyebabkan item tersebut
dibuang. Item-item yang mendapat kesepakatan daripada kumpulan pakar akan dijadikan sebagai standard untuk
mengukur sejauh mana pelajar-pelajar tahfiz al-Quran mencapai standard Hafiz al-Quran dari sudut kefahaman
al-Quran. Kesepakatan pakar terhadap ketiga-tiga item tersebut sekaligus menunjukkan bahawa setiap Hafiz al-
Quran perlu mengetahui terjemahan ayat-ayat di dalam al-Quran dan mampu menjelaskan maksud ayat-ayat al-
Quran yang dikemukakan kepadanya serta memahami hukum hakam yang terdapat di dalam al-Quran. Jadual
1.7 pula menunjukkan item bagi aspek keterampilan hafiz al-Quran.

Jadual 1.7. Hasil dapatan daripada item-item bagi aspek keterampilan Hafiz al-Quran

Aspek: Keterampilan Hafiz al-Quran

Peratus
Susunan Nilai d Average
Setiap Nombor
Mengikut Item Setiap of Fuzzy
Item d Item Asal
Keutamaan Item Number
0.2
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
1 sentiasa mempamerkan akhlak yang 0.000 100 0.800 1
mulia.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
2 sentiasa menjaga adab-adabnya 0.153 100 0.700 5
bersama al-Quran.
Seorang Hafiz al-Quran mampu
3 0.150 100 0.714 3
mengimamkan solat jemaah.
Seorang Hafiz al-Quran mampu
4 mengajar orang lain menghafal al- 0.150 100 0.686 2
Quran.
Seorang Hafiz al-Quran mestilah
5 0.103 100 0.757 4
sentiasa berpakaian kemas.

Berdasarkan kepada Jadual 1.7, kesemua item di dalam aspek keterampilan Hafiz al-Quran mendapat nilai
threshold (d) < 0.2, peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi setiap item melebihi 75% dan nilai defuzzification
bagi setiap item melebihi nilai a-cut = 0.5. Ini menunjukkan bahawa item-item yang telah dianalisis dalam aspek
keterampilan Hafiz al-Quran telah mendapat konsensus daripada kumpulan pakar. Item-item ini akan dijadikan
sebagai standard untuk mengukur sejauh mana pelajar-pelajar tahfiz al-Quran mencapai standard Hafiz al-Quran
dari sudut keterampilan mereka. Jadual 1.7 turut menunjukkan bahawa kesemua item telah mendapat
persetujuan daripada kumpulan pakar dengan peratusan sebanyak 100%. Ini menunjukkan bahawa kelima-lima
perkara tersebut menjadi standard Hafiz al-Quran yang mesti dicapai oleh setiap Hafiz al-Quran. Kesepakatan

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
114

pakar terhadap aspek ini sekaligus menunjukkan bahawa setiap Hafiz al-Quran mestilah mempunyai
keterampilan yang sangat baik dari sudut pakaian dan akhlaknya. Setiap Hafiz al-Quran juga seharusnya
berkemampuan untuk mengajar orang lain membaca dan menghafal al-Quran serta mengimamkan solat secara
berjemaah.

Hasil daripada analisa menggunakan Fuzzy Delphi Method, dapat disimpulkan bahawa kesemua item telah
mendapat persetujuan daripada kumpulan pakar kecuali 1 item sahaja iaitu item nombor daripada aspek
kefahaman al-Quran. Item tersebut perlu dibuang memandangkan nilai threshold (d) melebihi 0.2 dan tidak
mencapai 75% kesepakatan kumpulan pakar. Proses mendapat konsensus daripada kumpulan pakar
menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method dianggap sebagai proses kesahan kandungan.

Setelah setiap aspek dihuraikan menggunakan aplikasi Fuzzy Delphi Method, item-item bagi setiap aspek pula
disusun mengikut keutamaan. Jadual 1.8 menunjukkan hasil Defuzzificatian Process bagi aspek-aspek yang
telah dibincangkan iaitu objektif kurikulum tahfiz al-Quran, persediaan menghafal, proses menghafal, penjagaan
hafalan, adab-adab menghafal al-Quran hafalan al-Quran, penjagaan al-Quran, penguasaan ilmu tajwid,
kefahaman al-Quran, kepekaan terhadap ayat-ayat mutashabihat dan keterampilan Hafiz al-Quran mengikut
keutamaan.

Jadual 1.8. Standard Kualiti Pendidikan Tahfizal-Quran

ASPEK 1: HAFALAN AL-QURAN


1 Seorang Hafiz al-Quran mampu membaca seluruh al-Quran tanpa melihat mushaf.
2 Seorang Hafiz al-Quran mestilah mengetahui kaedah menjaga hafalan lama dengan betul.
Seorang Hafiz al-Quran mampu menyambung mana-mana ayat al-Quran yang dikemukakan kepadanya
3
apabila disoal.
Sekiranya sepotong ayat dibaca, seorang Hafiz al-Quran mampu mengenalpasti kedudukan Surah bagi ayat
4
tersebut.
Sekiranya sepotong ayat dibaca, seorang Hafiz al-Quran mampu mengenalpasti kedudukan Juzuk bagi ayat
5
tersebut.
6 Seorang Hafiz al-Quran mestilah mengetahui kaedah menghafal al-Quran yang betul.
7 Seorang Hafiz al-Quran mampu menulis seluruh al-Quran tanpa melihat mushaf.
ASPEK 2: PENJAGAAN AL-QURAN
Sekiranya terdengar al-Quran dibaca dengan salah, seorang Hafiz al-Quran mampu mengenalpasti kesilapan
1
yang berlaku pada bacaan tersebut.
Sekiranya terdengar al-Quran dibaca dengan salah, seorang Hafiz al-Quran mampu memperbetulkan
2
kesilapan yang berlaku pada bacaan tersebut.
Sekiranya terlihat al-Quran ditulis dengan salah, seorang Hafiz al-Quran mampu mengenalpasti kesilapan
3
yang terdapat pada penulisan tersebut.
Sekiranya terlihat al-Quran ditulis dengan salah, seorang Hafiz al-Quran mampu memperbetulkan kesilapan
4
yang terdapat pada penulisan tersebut.
ASPEK 3: PENGUASAAN ILMU TAJWID
1 Seorang Hafiz al-Quran mestilah mampu membaca al-Quran secara bertajwid.
2 Seorang Hafiz al-Quran mestilah mengetahui tanda-tanda Tajwid di dalam mushaf.
3 Seorang Hafiz al-Quran mestilah mampu menerangkan hukum tajwid kepada orang lain.
4 Seorang Hafiz al-Quran mestilah memahami ilmu tajwid secara teori.
5 Seorang Hafiz al-Quran mestilah mampu membaca al-Quran dengan Lahjah Arabiyyah.
6 Seorang Hafiz al-Quran mestilah mampu membaca al-Quran secara berlagu.
ASPEK 4: KEPEKAAN TERHADAP AYAT-AYAT MUSTASYABIHAT
Seorang Hafiz al-Quran dapat mengelakkan diri daripada kesalahan bacaan ketika bertembung dengan ayat-
1
ayat mutasyabihat di dalam al-Quran.
2 Seorang Hafiz al-Quran mampu mengenalpasti ayat-ayat mutashabihat di dalam al-Quran.
3 Seorang Hafiz al-Quran mampu membandingkan kedudukan ayat-ayat mutasyabihat di dalam al-Quran.
Sekiranya berlaku kesilapan ketika mengulang al-Quran secara hafalan, seorang Hafiz al-Quran mampu
4
membetulkan bacaannya sendiri tanpa melihat mushaf.
ASPEK 5: KEFAHAMAN AL-QURAN

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
115

1 Seorang Hafiz al-Quran mestilah mengetahui terjemahan ayat-ayat di dalam al-Quran.


2 Seorang Hafiz al-Quran mampu menjelaskan maksud ayat-ayat al-Quran yang dikemukakan kepadanya.
3 Seorang Hafiz al-Quran mestilah memahami hukum hakam yang terdapat di dalam al-Quran.
ASPEK 6: KETERAMPILAN HAFIZ AL-QURAN
1 Seorang Hafiz al-Quran mestilah sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia.
2 Seorang Hafiz al-Quran mestilah sentiasa menjaga adab-adabnya bersama al-Quran.
3 Seorang Hafiz al-Quran mampu mengimamkan solat jemaah.
4 Seorang Hafiz al-Quran mampu mengajar orang lain menghafal al-Quran.
5 Seorang Hafiz al-Quran mestilah sentiasa berpakaian kemas.

DAPATAN KAJIAN

Dalam aspek yang pertama iaitu hafalan al-Quran, perkara yang menjadi keutamaan adalah seorang Hafiz al-
Quran seharusnya mampu membaca keseluruhan al-Quran tanpa melihat mushaf. Ini bertepatan dengan apa
yang ditegaskan oleh Abdullah (2011) bahawa seorang Hafiz al-Quran adalah seseorang yang mampu
mengingati setiap huruf dan kalimah di dalam al-Quran dengan ingatan yang kuat dan mampu membacanya
serta menulisnya menerusi hafalannya tanpa lupa sesuatupun daripadanya. Manakala seorang Hafiz al-Quran
yang tidak mampu membaca keseluruhan al-Quran melalui hafalan dan tidak perasan ketika melakukan
kesilapan ketika membaca al-Quran tidak layak digelar Hafiz al-Quran walau pun sebelum ini mereka telah
menghafal keseluruhan al-Quran (Syukri & al-Auratani, 2003).

Selain daripada itu, seorang Hafiz al-Quran juga seharusnya mampu menyambung bacaan al-Quran yang
diajukan kepadanya tanpa mengira mana-mana juzuk atau surah (Bilal, 2003). Lebih daripada itu, dia mampu
menyatakan ayat yang diperdengarkan kepadanya daripada surah apa atau juz berapa. Justeru, dapat
disimpulkan daripada aspek hafalan al-Quran bahawa seorang Hafiz al-Quran seharusnya mengingati setiap
huruf dan kalimah di dalam al-Quran dengan ingatan yang kuat dan mampu membacanya serta menulisnya
menerusi hafalannya tanpa lupa sesuatu pun daripadanya (al-Bukhari, 2011).

Dalam aspek kedua iaitu aspek penjagaan al-Quran, perkara yang menjadi keutamaan adalah seorang Hafiz al-
Quran seharusnya mampu mengenalpasti kesilapan bacaan yang berlaku sekiranya mendengar al-Quran dibaca
dengan salah. Ini kerana matlamat utama pendidikan tahfiz al-Quran adalah memelihara al-Quran daripada
sebarang penyelewengan. Disebabkan itulah para ulama menegaskan bahawa Hafiz al-Quran mestilah peka
terhadap al-Quran yang dihafal sehingga mampu menyedari kesilapan atau apa-apa perubahan yang berlaku
dengan tujuan penyelewengan terhadap al-Quran (al-Rahman, 2010). Sekiranya seorang Hafiz al-Quran mampu
mencapai tahap ini, maka dia telah berjaya mencapai matlamat pendidikan tahfiz al-Quran yang utama.

Dalam aspek ketiga iaitu aspek penguasaan ilmu Tajwid, perkara yang menjadi keutamaan adalah seorang Hafiz
al-Quran seharusnya mampu membaca al-Quran secara bertajwid. Ini kerana matlamat pendidikan tahfiz al-
Quran antara lain adalah untuk melahirkan golongan yang mampu membaca al-Quran secara bertajwid dengan
menepati cara sebutan huruf dari sudut makhrajnya dan sifatnya sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah
(al-Shabuni, 1996). Selain daripada itu, para ulama turut bersepakat bahawa membaca al-Quran secara bertajwid
adalah wajib (al-Hamid, 2009). Justeru, penguasaan Ilmu Tajwid bagi setiap Hafiz al-Quran dianggap sebagai
standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran yang telah disepakati oleh pakar-pakar yang dilantik di dalam kajian
ini.

Dalam aspek keempat iaitu aspek kepekaan terhadap ayat-ayat mustasyabihat (ayat yang mempunyai persamaan
atau hampir sama dengan ayat lain) di dalam al-Quran, perkara yang menjadi keutamaan adalah seorang Hafiz
al-Quran mampu mengelakkan diri daripada tersalah baca ketika bertembung dengan ayat-ayat mutasyabihat di
dalam al-Quran. Ini kerana kesilapan yang sering berlaku pada seorang Hafiz al-Quran ketika mengulang bacaan
al-Quran adalah tersalah baca atau keliru ketika bertembung dengan ayat-ayat mustasyabihat. Perkara ini sering
berlaku memandangkan jumlah ayat-ayat mustasyabihat yang terdapat di dalam al-Quran sangat banyak (Bilal,
2003). Disebabkan itu, seorang Hafiz al-Quran perlu sentiasa mengulang hafalan al-Quran sehingga mantap
sehingga mampu mengenalpasti ayat-ayat mustashabihatdi dalam al-Quran dan tidak lagi tersilap ketika
bertembung dengannya.

Dalam aspek kelima iaitu aspek kefahaman al-Quran, perkara yang menjadi keutamaan adalah seorang Hafiz al-
Quran seharusnya mampu mengetahui terjemahan ayat-ayat di dalam al-Quran. Ini kerana matlamat pendidikan

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
116

tahfiz al-Quran menjangkau lebih daripada hafalan semata-mata kepada aspek kefahaman al-Quran yang
merangkumi ilmu akidah, syariah dan akhlak untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Dengan
memahami isi kandungan al-Quran, seseorang mampu memerhatikan perintah suruhan dan larangan di dalam al-
Quran serta berusaha untuk menerima dan mengamalkannya (al-Sayuti, 1987). Justeru, seorang Hafiz al-Quran
perlu berusaha untuk memahami isi kandungan al-Quran dengan cara merujuk kepada kitab-kitab terjemahan al-
Quran dan juga tafsir al-Quran agar mampu memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Bermula
dengan cara itu, isi kandungan al-Quran dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Dalam aspek terakhir iaitu aspek keterampilan, perkara yang menjadi keutamaan adalah seorang Hafiz
al-Quran seharusnya mempamerkan akhlak yang mulia dan menjaga adab-adabnya bersama al-Quran pada
setiap masa. Ini kerana seseorang yang menghafal al-Quran di dalam dadanya adalah orang yang paling utama
untuk mencontohi akhlak dan keperibadian Rasulullah (al-Mulhim, 2009). Bukan itu sahaja, seorang Hafiz al-
Quran juga harus sentiasa memuliakan al-Quran kerana setiap hari mereka berinteraksi dengan al-Quran. Oleh
itu, setiap Hafiz al-Quran perlu sentiasa meletakkan al-Quran pada tempat yang bersih dan sesuai dengan
kemuliannya, memegang al-Quran dalam keadaan berwuduk, membaca al-Quran secara bertajwid, mengelakkan
diri daripada ketawa dan berborak ketika sedang membaca al-Quran, melaksanakan sujud tilawah apabila
membaca ayat-ayat al-Sajadah dan sebagainya (al-Nawawi, 1994; al-Dakhil, 2008).

KESIMPULAN

Kajian ini telah mengemukakan 29 standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran yang selari dengan matlamat
utama pendidikan tahfiz al-Quran. Standard tersebut digubal berdasarkan kepada kaedah analisis dokumen dan
mendapat pengesahan daripada pakar dalam bidang pendidikan tahfiz al-Quran menggunakan kaedah Fuzzy
Delphi. Kesimpulannya, setiap institusi tahfiz al-Quran perlu mengambil berat dan berusaha untuk melahirkan
para huffaz yang mampu menepati standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran yang telah dibincangkan di dalam
kajian ini. Sekiranya kesemua standard kualiti pendidikan tahfiz al-Quran yang telah digubal dan mendapat
pengesahan daripada pakar di dalam kajian ini dapat dipenuhi, maka matlamat pendidikan tahfiz al-Quran yang
utama iaitu melahirkan para Huffaz al-Quran para huffaz yang mengingati keseluruhan al-Quran dengan lancar
dan mantap serta mampu memelihara kesucian al-Quran daripada sebarang perubahan dan penyelewengan dapat
terlaksana.
Rujukan

al-Dakhil, D. b. (2008). Iqra' al-Quran al-Karim. Jeddah: Markaz al-Dirasat wa al-Ma'lumat al-Quraniyyah bi
Ma'had al-Shatibiy.
al-Hamid, H. b. (2009). Hady al-Majid fi Ahkam al-Tajwid. Riyadh: Maktabat al-Rusyd.
al-Mulhim, A. (2009). Haqqiq Hilmika fi Hifz al-Quran. Kuwait: al-Ibda' wa al-Fikr.
al-Nawawi, Y. b. (1994). Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran. (M. al-Hajjar, Ed.) Beirut: Dar Ibn Hazm.
al-Rahman, Y. A. (2010). Ulum al-Quran al-Karim. Beirut: Dar al-Ma'rifah.
al-Sayyid, A. A. (1992). Al-Bayan fi Tilawat al-Quran. Cairo: Maktabah al-Zahra'.
Bilal, M. T. (2003). I'anat al-Huffaz lil Ayat al-Mutashabihat al-Alfaz. Jeddah: Dar Nur al-Maktabat.
Gottwald, S. (n.d.). The Logic of Fuzzy Set Theory: A Historical Approach.
Huffaz, P. D. (2016, November 2). Senarai Institut Tahfiz di Seluruh Malaysia. Retrieved November 2, 2016,
from Darulquran:
http://www.darulquran.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=106&Itemid=151
Ridhuan, M., Siraj, S., Hussin, Z., Noh, N. M., & Arifin, A. (2014). Pengenalan Asas Kedah Fuzzy Delphi
Dalam Penyelidikan Rekabentuk Pembangunan. Bangi: Minda Intelek Agency.
Syukri, A., & al-Auratani, F. (2003). I'anat al-Murid li Hifz al-Quran al-majid. Amman: Jam'iyyah al-
Muhafazah ala al-Quran al-Karim.
Yousuf, M. I. (2007). The Delphi Technique. Essays in Education, 80-89.

Penggubalan dan Pengesahan Standard Kualiti Pendidikan Tahfiz al-Quran Menggunakan Aplikasi Fuzzy Deplhi Method

You might also like