You are on page 1of 6

1

Apakah yang dimaksudkan dengan etika penyelidikan?


Langkah- langkah yang perlu diambil oleh seseorang penyelidik
agar etika dalam penyelidikan dipatuhi.
Isu Etika penyelidikan:
Penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang mempunyai
perasaan dan pengalaman. Kaedah penggumpulan data dalam sesetengah
kajian pula menyentuh rahsiah, emosi, hak, hal peribadi, dan kebenaran
subjek kajian. Responden mempunyai maklumat rahsia atau sesuatu yang
sulit, yang tidak boleh diketahui oleh orang lain. Apabila didedahkan atau
diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pihak-pihak
tertentu, pengkaji perlu mengetahui etika penyelidikan sebelum merancang
dan menjalankan kajian.
Etika diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud Ethos yang
bermaksud budi perkerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik
berkenaan konsep nilai baik,tidak baik, betul dan salah. Konsep yang
disebut ini menjadi perhatian dalam kehidupan seharian manusia termasuk
para professional termasuk peguam, doctor, guru dean lain-lain termasuklah
penyelidik.
Pengkaji perlu melihat dua perkara utama dalam etika penyelidikan:
1. Aspek-aspek penting dalam etika penyelikan
a)

Penyertaan sukarela:responden adalah subjek sukarela. Pengkaji boleh


menyediakan borang jaminan kajian dan surat persetujuan menjadi
reponden.

b)

Penentuan diri:pengkaji perlu mengetahui individu yang responden


mempunyai hak untuk menilai maklumat kajian sebelum membuat
keputusan sebelum memutuskan untuk mengambil bahagian atau

tidak.
c)

Kecerdasan fizikal dan psikologi/mental:pengkaji beusaha untuk


NOTA: ETIKA MENJALANKAN
PENYELIDIKAN

memastikan keselamatan responden terjamin.


d)

rahsiah peribadi:

Jenis rahsia peribadi (Diener dan Grandall,1978)


kepekaan maklumat yang diberi-merujuk kepada darjah keperibadian
atau potensi ancaman atau ugutan terhadap responden setelah
maklumat didedahkan.
keadaan persekitaran responden-persekitaran khas responden seperti
tempat tinggal, kenderaan, tempat bekerja, dan tempat-tempat yang
sering dilawati yang berkaitan dengan kewangan dan hak harta benda.
keupayaan menyebarkan maklumat- keupayaan sesuatu maklumat
responden disebarkan.
e)

Identiti pengkaji: perlu diberitahu kepada responden secara ikhlas dan


jujur sebelum meminta kebenaran responden untuk mengambil
bahagian dalam kajian.

f)
Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak mengenali
siapakah
subjek kajian yang membekalkan data atau maklumat kajian.
Pengkaji
perlu merahsiahkan segala maklumat yang dibekalkan oleh
pembekal
maklumat.
g)

Perjanjian sulit: Segala maklumat responden haruslah dirahsiahkan.

h)

Pembelotan:kejadian pecah amanah harus dielakkan oleh pengkaji.

i)

Pengabui mata dan penipuan:Pengkaji harus memberitahu maklumat


yang benar dan mengelakkan maklumat palsu.

j)

Hak cipta:Pengkaji menggunakan hasil kerja pengkaji lain dengan


kebenaran bertulis.

Jadual: Prinsip etika penyelidikan:


NOTA: ETIKA MENJALANKAN
PENYELIDIKAN

Prinsip

Ciri-ciri

kesamaan

Tidak memutar-balikkan data

Humanistik

Pertimbangan perasaan dan emosi responden

kebebasan

Subjek membuat keputusan

Sulit

Maklumat responden tidak didedahkan

ketanpanamaan

Nama tidak diberitahu

Keadaan asal reponden

Tidak menimbulkan kesan ve/+ve responden

Kejujuran

Data dianalisis dengan tepat dan jujur

Plagiarism

Data dipungut sendiri bukan tiruan

2.Kod etika penyelidikan.


Antara kod etika penyelidikan:
Pengkaji perlu menunjukkan sepenuh identiti dan latar belakangnya
kepada
responden.
Tujuan dan prosedur kajian perlu dijelaskan sepenuhnya kepada responden
kajian.
Kajian yang dijalankan mestilah tidak memberi ancaman kepada
responden.
Dapatan kajian perlu dilaporkan secara asli dan ikhlas.
Rahsia dan kepentingan responden harus dihormati.
Pengaburan mata subjek kajian hanya boleh digunakan sekiranya tidak
NOTA: ETIKA MENJALANKAN
PENYELIDIKAN

mendatangkan kesan negatif kepada responden, dimana ia amat


diperlukan.
Subjek kajian mempunyai hak menarik diri daripada mengambil bahagian
dan hak untuk berhenti menjadi responden.

Senarai semak prosedur penyelidikan.


Meminta kebenaran secara bertulis drp pihak dan individu yang akan
dijadikan sebgai responden.
Menghubungi pihak dan individu responden kajian.
Menyerahkan garis kasar projek kajian kepada pihak responden untuk
menyatakan tujuan prosedur kajian.
Memberi jaminan kepada pihak responden kajian bahawa segala maklumat
mereka adalah sulit.
Reynolds (1979) menyatakan 5 unsur-unsur dalam kod etika
penyelidikan:
1) nilai mengingatkan pengkaji untuk memegang kepada nilai moral
tertentu sebelum, semasa dan selepas kajian.
2) kesedaran diri kesedaran tentang tingkah laku yang dilarang dan
tangunggjawab diri terhadap responden kajian.
3) profesionalisme mengingatkan pengkaji untuk merancang dan
menggunakan kaedah kajian yang tidak mendatangkan kesan negative
kepada responden.
4) kebolehpercayaan mebgingatkan pengkaji agar tidak memanipulasikan
data dan hasil kajian, serta membuat laporan secara jujur dan ikhlas.
5) panduan disiplin mengingatkan supaya pengkaji untuk mematuhi
peraturan-peraturan penyelidikan, bahawa pengkaji tanpa disiplin akan

NOTA: ETIKA MENJALANKAN


PENYELIDIKAN

menghasilka dapatan kajian yang tidak sah.


Etika dan proses penyelidikan
Peringkat pemilihan permasalah kajian.

kajian tersebut tidak melanggar nilai-nilai:tidak melanggar normanorma sejagat.


peniruan kajian lepas tanpa pengiktirafan:menyertakan sumber
rujukan.
sifat objektiviti:menentukan tujuan dan hipotesis yang dibuat.
Peringkat menentukan kaedah penyelidikan

memelihara hak privacy dan dignity responden:subjek tidak


didedahkan daripada sebarang ancaman maruah mereka.
melindungi mereka daripada sebarang ancaman fizikal dan
mental:tidak meninggalkan kesan sosial.

Peringkat penggumpulan data.


penyalahgunaan peranan status pengkaji:menjaga nama baik bidang
kajiannya.
Peringkat penganalisisan data
berasaskan tujuan jujur dan berobjektif:tidak mengubahsuai data untuk
membuktikan hipotesis.
keselamatan data:identitiresponden tidak didedahkan dan data
responden dijaga dengan selamat secara sulit.
Kesimpulan.

NOTA: ETIKA MENJALANKAN


PENYELIDIKAN

Isu penyelidikan sering menjadi perkara yang dititikberatkan dalam proses


menjalankan kajian. Aspek penting, Kod etika penyelidikan dan langkahlangkah haruslah diambil berat dalam setiap kajian agar kajian yang
dilakukan berjalan dengan lancar dan menepati kehendak kajian.
Rujukan:
Tuckman, B. W. (1999). Conducting educational research (5th ed.). Ft. Worth,
TX:HARCOURT
York, R. O. (1998). Conducting social work research: An experiential
approach. Boston:
Allyn & Bacon.

NOTA: ETIKA MENJALANKAN


PENYELIDIKAN

You might also like