You are on page 1of 52

CIRI DAN PRINSIP PENTAKSIRAN

EDUP3063
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
PISMP - PAKK
AMBILAN JUN 2019

DR. SHAHRIR AFFANDI BIN DAUD @ MOHAMED


JABATAN PERANCANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
KANDUNGAN MINGGU 2 & 3
2. Peranan dan tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan
•Tujuan Pentaksiran
•Pentaksiran tentang Pembelajaran (Assessment of Learning)
•Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment for Learning)
•Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)

3. Ciri dan Prinsip Pentaksiran


• Kesahan
• Kebolehpercayaan
• Keobjektifan
• Kemudahtadbiran
• Kemudahtafsiran
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir perbincangan guru pelatih dapat:

1. Membincangkan peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan.


□ Tujuan Pentaksiran
□ Pentaksiran tentang Pembelajaran (Assessment of Learning)
□ Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment for Learning)
□ Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)

2. Menerangkan Ciri dan Prinsip Pentaksiran dari aspek:


1. Kesahan
• Kebolehpercayaan
• Keobjektifan
• Kemudahtadbiran
• Kemudahtafsiran
HASIL PEMBELAJARAN
• Membincangkan ciri-ciri dan prinsip pentaksiran.

1. Menghuraikan ciri-ciri dan prinsip kesahan, kebolehpercayaan,


keobjektifan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran

2. Menerangkan faktor yang mempengaruhi kesahan dan


kebolehpercayaan sesuatu ujian
REFLEKSI
Pentaksiran adalah penting bagi mendapatkan maklumat untuk membuat
pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan

Soalan:

Bagaimana pentaksiran berfungsi dalam menentukan hala tuju


pendidikan sama ada dalam kalangan individu. Bincangkan berdasarkan
contoh yang sesuai.
BILA PENTAKSIRAN
❑ BERMULA...
Pentaksiran bermula dengan pengujian
Pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh PENTAKSIRAN
guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang
kemajuan mereka. PENILAIAN

Penilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan PENGUKURAN


atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau
harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Pengukuran merupakan penentuan status atau tahap pelajar. PENGUJIAN

Pengujian bukan satu konsep tetapi satu alat untuk


pengukuran.
PERSOALANNY
A
a) Bagaimana kita dapat pastikan sesuatu ujian itu boleh
dipercayai?

b) Adakah pengukuran yang dibuat itu nanti sahih?

c) Jika tidak, apakah kesannya terhadap penilaian dan seterusnya


pentaksiran tersebut?
CIRI-CIRI UJIAN YANG
BAIK
1. Kesahan (validity)

2. Kebolehpercayaan (reliability)

3. Keobjektifan (objectivity)

4. Kemudahtadbiran (practicability)

5. Kemudahtafsiran (interpretability)
KESAHAN
Definisi (VALIDITY)
❑ Menurut Naapie Mat (2006), kesahan merupakan satu konsep pengukuran yang
merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian.

❑ Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi
sekiranya dapat mengukur secara tepat kebolehan dan keupayaan calon- calon
yang diuji.
KESAHAN
(VALIDITY)
• Merujuk takat sesuatu pentaksiran mengukur secara tepat apa
yang sepatutnya diukur.

• Terbahagi kepada:
❑ kesahan kandungan
❑ kesahan konstruk
❑ kesahan ramalan
❑ kesahan muka
❑ kesahan semasa / serentak
❑ kesahan gagasan
KESAHAN
KANDUNGAN
Kesahan kandungan (Content validity)
❑ Kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak
menyediakan ujian.
❑ Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan,
kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada
tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran, peringkat atau kategori objektif
pelajaran bagi tiap-tiap tajuk.
❑ Ujian yang dibuat benar dan tepat menguji isi kandungan mata pelajaran
mengikut tujuan dan aras kemahiran yang ditentukan.
❑ JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) digunakan untuk memastikan item dibina
mempunyai ciri keesahan isi .
KESAHAN RAMALAN
Kesahan Ramalan (Predictive validity)
❑ Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal
kebolehan atau kelayakan seseorang calon untuk menjalankan
sesuatu tugas pada masa depan.
❑ merujuk kepada ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan
sebenar seseorang murid.
Contoh:
Keputusan percubaan UPSR, PT3 dan SPM dapat meramal prestasi
sebenar seseorang calon dalam peperiksaan sebenar.
KESAHAN
KONSRTUK
Kesahan Konstruk (Construct Validity)
• Didefinisikan sebagai darjah sejauh mana prestasi ujian dapat
diinterpretasikan dalam satu bentuk gagasan psikologi tertentu
• Merujuk suatu ujian yang boleh menguji kesemua atribut yang ingin
diukur
Construct validity refers to how well a test or tool measures the construct that it was
designed to measure.
• Examples:
○ Attitudes, feelings, motivation
○ Learning new skills
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
Kelemahan membina butiran ujian KESAHAN
/ soalan / item seperti berikut :

1. Pembina tidak mengawal aras kesukaran ujian dengan baik (terlalu susah atau
terlalu senang)
2. Penulisan ayat yang kabur sama ada dalam arahan atau soalan.
3. Penggunaan perbendaharaan kata yang tidak sesuai dengan aras umur pelajar.
4. Terdapat petunjuk dalam soalan yang membayangkan jawapan kepada calon.
5. Kesalahan dalam mengenalpasti objektif pentaksiran dalam butiran ujian.
6. Dari segi struktur ujian yang tidak sesuai.
7. Kelemahan pentadbiran ujian yang menjejaskan kesahan ujian.
FIKIRKAN!

When a A Test is Not Valid…..

It is a waste of everyone’s time.


A true judgment (evaluation) cannot be made.
So….what’s the point?
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
1. Faktor ujian KESAHAN
a) arahan kurang jelas,
b) ayat mengelirukan,
c) tugasan kabur,
d) tempoh masa tidak mencukupi,
e) item ujian tidak selaras dengan hasil pembelajaran,
f) item ujian tidak digubal dengan baik, ujian yang terlalu pendek,
g) susun atur item dalam ujian yang kurang kemas.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KESAHAN
2. Faktor pentadbiran dan penskoran
a) masa tidak mencukupi,
b) ketidakadilan seperti memberi bantuan kepada calon tertentu,
c) penipuan semasa peperiksaan,
d) ujian yang terlalu sukar dan panjang dan masa tidak berpadanan,
e) penskoran jawapan calon yang tidak boleh dipercayai,
f) keadaan fizikal dan psikologi yang tidak kondusif.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KESAHAN
3. Faktor respon murid
a) gangguan emosi luaran murid
b) gangguan emosi dalaman murid
KEBOLEHPERCAYAA
Definisi
N
❑ Mokhtar (1995), kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan
antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat
seseorang.

❑ Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), kebolehpercayaan sesuatu


ujian merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian
itu beberapa kali
PROSES PENENTUAN
KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan Merujuk pencapaian yang ada
ketepatan dalam skor-skor ujian
yang diulang

Ketekalan
Melibatkan

Ketepatan
Dipengaruhi
faktor
Sebaran skor
Emosi murid
ujian

Tempoh Lokasi ujian


Suasana dijalankan
ujian
kesihatan persekitaran
KEPENTINGAN
❑ KEBOLEHPERCAYAAN
Merujuk kepada ciri skor dari segi ketepatan dan ketekalan skor itu bagi
menggambarkan perkara yang ditaksir.
❑ Merujuk pada skor dan bukan pada ujian/ instrumen

❑ “…the degree to which a test or measure produces the same scores when
applied in the same circumstances…”

❑ Merujuk kepada ketekalan sesuatu pengukuran.


❑ Menghasilkan ujian yang stabIL dan markah boleh dipercayai.
❑ Maklumat menggambarkan kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajar.
KEBOLEHPERCAYAAN VS

KESAHAN
Kebolehpercayaan yang rendah menunjukkan bahawa darjah kesahan
adalah rendah

❑ TETAPI kebolehpercayaan yang tinggi tidak boleh menjamin darjah


kesahan yang tinggi.

❑ Kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan ralat.

❑ Skor diperhatikan adalah bersamaan dengan skor sebenar + ralat.


PUNCA RALAT
a) Ralat dalaman (murid)
PENTAKSIR
b) Ralat luaran
1. emosi, 1. arahan peperiksaan,
2. pemakanan, 2. kekaburan item,
3. motivasi etc. 3. ketidakselesaan dalam bilik peperiksaan,
4. gangguan semasa ujian,
5. penskoran, bias,
6. persampelan item.
CARA MENGANGGAR
KEBOLEHPERCAYAAN
1) Uji-ulang uji (test retest)

2) Uji bahagi dua (equivalent form)

3) Koefisien alpha

4) Konsistensi antara pemeriksa (inter-rater)


UJI - ULANG UJI (TEST
RETEST)
• Ujian yang sama ditadbir pada sekumpulan sampel yang sama
selepas satu jangka masa
• Korelasi penskoran dicapai daripada dua ujian yang sama.
• Masalahnya : Pengalaman ujian yang pertama memberi kesan
terhadap ujian yang ke dua.
KAEDAH UJI- ULANG UJI (TEST RE
i.
TEST)
Selang masa yang diberi pertimbangan bagi ujian pertama dan kedua adalah
antara satu hari hingga setahun.

ii. Namun masa yang paling sesuai adalah dua hingga tiga bulan.

iii. Sekiranya tempoh yang diberikan pendek, pelajar mungkin akan ingat jawapan
yang diberikan pada jawapan pertama, menyebabkan jawapan tidak benar
kerana menunjukkan konsistenan yang tinggi

iv. Keputusan ujian yang ditadbir adalah tidak benar.


KAEDAH UJI- ULANG UJI (TEST RE
TEST)
v. Apabila tempoh masa yang terlalu panjang pula, faktor-faktor seperti
perkembangan mental, pengalaman pembelajaran dan umur dapat
mempengaruhi perubahan skor ujian. Ini mengurangkan
kebolehpercayaan.

vi. Tempoh yang lama sesuai untuk mengukur dengan tepat sesuatu
sifat. Manakala tempoh yang pendek digunakan bagi mengukur sifat
yang mempengaruhi pengalaman individu tetapi tidak
mempengaruhidaya ingatan ataupun latihan.
UJI - ULANG UJI (TEST
i.
RETEST)
Koefisien kebolehpercayaannya adalah melihat perubahan nilai varian bagi
ujian yang ditadbir dua kali bagi masa yang berlainan.

ii. Perubahan nilai mungkin disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti


tekanan emosi ataupun kesihatan semasa menjawab soalan.

iii. Kebolehpercayaan Test-Retest Method bagi ujian adalah korelasi antara dua
tadbiran, tetapi soalan adalah tetap sama dengan menggunakan pelajar asal
yang mengambil ujian pertama.
KAEDAH UJI- ULANG UJI (TEST RE
TEST)
Kemampuan
Tahu jawapan membaca Kerosakan alat
tapi salah tulis
ketika ujian
TEMPOH MASA
YANG SESUAI DI
AMBIL KIRA

Pengetahuan Masalah
sedia ada kesihatan
KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN
INDEKS
KEBOLEHPERCAYAAN
INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN DAN PENGKELASAN UJIAN
NILAI (r) PENGKELASAN UJIAN

< 0.20 TIDAK BAIK


0.21 - 0.40 KURANG BAIK
0.41 - 0.60 SEDERHANA BAIK

0.61 - 0.80 BAIK


0.81 - 1.00 SANGAT BAIK
FIKIR!
□ Apakah langkah yang perlu dibuat oleh guru berdasarkan nilai (r)?
□ Berikan justifikasi anda
INDEKS
KEBOLEHPERCAYAAN
INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN DAN PENGKELASAN UJIAN

❑ Apabila kolerasi antara skor daripada dua ujian adalah +1.0 bermaksud
jawapan pelajar tidak perlu diragui dan dapat dipercayai 100% berbalik
kepada koefisien korelasinya r = +1.0.

❑ Apabila nilai kebolehpercayaannya kurang daripada +1.0 bermaksud


jawapan yang diberikan tidak boleh dipercayai 100% . Nilai yang kurang
daripada +1.0 ia semakin tidak dapat dipercayai.
INDEKS
KEBOLEHPERCAYAAN
KESIMPULAAN UJI - ULANG UJI (TEST RETEST)

Kaedah uji-ulang uji (Test-Retest Method) menunjukkan tahap yang


sama dari segi kognitif, intelektual, motivasi dan sika individu pada
setiap ujian, maka perlu mencari satu selang masa lain bagi pelajar
ulangan bagi memperoleh kebolehpercayaannya.
KAEDAH BENTUK SETARA (EQUIVALENT
❑ FORM)
requires two testing situation with the same prople. However, the same test is not
given on the second testing but an alternative form of the same test is
administered. These two form of the test are intended to measure the same thing.

❑ Reduces the extent to which individuals memory can inflate the reliability estimate.

❑ – quite difficult to construct alternative forms of a test that are parallel.

❑ To overcome limitation is by randomly dividing a large collection of items in half to


form two randomly parallel test.
KAEDAH BAHAGI DUA (SPLIT
Bahagi dua (split half)
HALF)

• Conducted on one occasion. The total set of items is divided into


halves and the scores of the halves are correlated to obtain an
estimate of reliability. The halves can be considered approximations
to alternative forms.
• Major problem in split halves is that the correlation between the
halves will differ somewhat depending on how the total number of
items is divided into haves.
CRONBACH ALPHA
• Internal consistency method- require only a single test administration
and provide a unique estimate of reliability for a given test
administration. Coefficient ini dipanggil cronbach alpha.
FAKTOR MEMPENGARUHI
❑ KEBOLEHPERCAYAAN
Bilangan tugasan pentaksiran/item- lebih banyak item, lebih tinggi
kebolehpercayaan

❑ Serakan skor – semakin besar serakan skor, semakin tinggi


kebolehpercayaan. Serakan heterogen, kebolehpercayaan adalah
tinggi. Perlu tambah item sukar, untuk meningkatkan skor
heterogen.

❑ Objektiviti ujian – item objektif mempunyai kebolehpercayaan


yang tinggi berbanding ujian esei.
KEOBJEKTIFAN
Keobjektifan sesuatu ujian(OBJECTIVITY)
merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa
jawapan calon secara tekal.
(R. Jeyagobi & S. Subramaniam, 2007).

□ Keobjektifan merujuk keobjektifan penskoran dan keobjektifan item ujian.

□ Keobjektifan berkaitan dengan kemahiran pemeriksa menyemak skrip jawapan


calon.
KEOBJEKTIFAN
□ (OBJECTIVITY)
Bagaimana markah yang sama diberikan kepada skrip jawapan yang sama.

□ Keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (seperti soalan aneka pilihan,
betul-salah, memadan dan sebagainya) berbanding ujian subjektif (seperti ujian esei,
projek dan sebagainya).

□ Kemungkinan besar pemarkahan ujian subjektif dipengaruhi oleh tafsiran atau


perasaan emosi pemeriksa.

□ Sekiranya soalan-soalan objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah


terjamin.
CIRI-CIRI KEOBJEKTIFAN
Keobjektifan yang tinggi jika:
Pemarkahan ujian ini tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan
1 emosi guru yang memeriksa ujian ini.
Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa
2 oleh dua orang pemeriksa
Soalan aneka pilihan dikenali sebagai soalan objektif kerana mempunyai
3 keobjektifan penskoran yang tinggi
Skema penskoran perlu dibuat lebih awal sebelum ujian dijalankan dan
4 perlu disemak oleh beberapa pakar dalam bidang yang diuji
Ujian Subjektif harus disediakan satu jawapan sebagai rangka bagi
5 menetapkan skema pemarkahan
KEOBJEKTIFAN
(OBJECTIVITY)
SOALAN:

BINCANGKAN
KEOBJEKTIFAN DALAM
PEMERIKSAAN MARKAH
BAGI KEDUA-DUA SAMPEL
SOALAN INI.

BERIKAN JUSTIFIKASI
ANDA.
KEMUDAHTADBIRAN
❑ (PRACTICABILITY)
Merujuk pentadbiran ujian secara baik dan berjalan lancar dari segi penyediaan ujian
sebelum, semasa dan selepas ujian.

❑ Merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan dalam masa yang


singkat, memulakan ujian tepat pada masa, arahan dapat disampaikan dengan jelas,
penjimatan kos dan sebagainya.

❑ Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru baharu berbanding
dengan yang lebih berpengalaman.

❑ Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih


mudah diperiksa berbanding ujian subjektif.
KEMUDAHTADBIRAN
❑ (PRACTICABILITY)
Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah
mencukupi. Rujuk jadual yang menunjukkan masa yang dicadangkan untuk setiap
jenis soalan ujian.

❑ Sekiranya murid tidak dapat menjawab pada masa yang ditetapkan, maka kesahan
dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas.
KEMUDAHTAFSIRAN
(INTERPRETABILITY)
Ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana
hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh
memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiannya.
Mok Soon Sang (dalam Muhamad Hanafi,2013)

❑ Merujuk keberkesanan guru untuk mentafsir hasil pencapaian


calon dengan jelas mengikut objektif penilaian yang ditetapkan.
KEMUDAHTAFSIRAN
(INTERPRETABILITY)
Mudah atau sukar sesuatu ujian itu dianalisis dari aspek:

a. Membandingkan antara seseorang individu dengan individu yang lain atau


satu objek dengan objek yang lain.

a. Keputusan peperiksaan boleh ditafsir dengan baik.

b. Perbandingan antara satu konsep & prosedur dengan konsep & prosedur
yang lain.

c. Menilai punca kelemahan.


KEMUDAHTAFSIRAN
(INTERPRETABILITY)
1. Pencapaian seseorang pelajar dalam
kelas
2. Pencapaian objektif P&P
Keputusan itu haruslah
3. Kekuatan dan kelemahan
mudah dikumpulkan dan
pembelajaran murid
ditafsirkan supaya dapat
4. Kesesuaian strategi pengajaran
memberi gambaran yang
5. kesesuaian penggunaan alat bantu
jelas serta tepat.
mengajar
6. kesesuaian aras kesukaran item ujian
7. membandingkan keputusan di antara
ujian-ujian yang dijalankan
CIRI KEMUDAHTAFSIRAN
TINGGI
Data-data keputusan ujian dapat:
❑mudah dikumpul dan ditukarkan dalam angka statistik
❑Dinyatakan dalam jadual atau graf yang boleh memberi pentafsiran yang jelas
SOALAN UNTUK BERFIKIR
1. Manakah antara berikut merupakan 2. ‘maklumat tentang calon berdasarkan skor,
kegunaan tujuan utama pentaksiran? mendisriminasi calon, menepati tujuan
mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran”

A.Mendapat maklumat pelajar


B.Mengukur pencapaian pelajar Penyataan diatas menunjukkan definisi bagi:
C.Menginterpretasi maklumat pelajar
D.Mendapat gambaran prestasi pelajar A.Keobjektifan
B.Kebolehtadbiran
C.Kemudahtafsiran
D.Kebolehpercayaan
SOALAN UNTUK BERFIKIR
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kesahan? 4. Kesahan boleh dibincangkan dalam 4 jenis,
antara yang berikut bukan daripada
A. Sejauhmanakah ujian itu dapat mengukur apa kesahan?
yang sepatutnya mengukur.
A. Kesahan Isi
B. Sejauhmanakan pencapaian calon adalah tekal
apabila mengambil ujian beberapa kali. B. Kesahan Konstruk

C. Sejauhmanakah ketepatan seseorang C. Kesahan Kriteria Tafsiran


memeriksa jawapan-jawapan calon.
D. Kesahan Kriteria Ramalan
D. Sejauhmanakah kelicinan proses pengujian
dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah.
SOALAN UNTUK BERFIKIR
5. Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk 6. Proses pengujian perlu dirancang dengan
meningkatkan kesahan isi? baik dan mengikut tujuan dilaksanakan.
Apakah kaedah yang boleh digunakan
A. Menyediakan semakan pakar dalam bidang. untuk meningkatkan kesahan isi bagi
sesuatu ujian?
B. Menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU).
A. Kesahan
C. Menyediakan satu skima pemarkahan secara
analitik. B. Kebolehpercayaan

D. Menyediakan perancangan supaya peperiksaan C. Kemudahtafsiran


dapat dijalankan dengan lancar.
D. Kebolehtadbiran
SOALAN UNTUK BERFIKIR
7. Cara meningkatkan ciri kemudahtadbiran dan 8. Bagaimana Indeks kebolehpercayaan
kebolehpercayaan ujian adalah: boleh diperolehi?

A. Arahan terutama cara menjawab soalan ujian A. Kaedah kolerasi antara dua set skor
mestilah diberi dengan tepat, jelas dan ringkas. ujian yang sama.

B. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, B. Kaedah korelasi antara dua set skor
serupa dan terkawal. ujian yang berbeza tujuan.

C. Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran C. Kaedah kolerasi antara dua set skor
soalan dengan masa yang diperuntukan untuk ujian yang berbeza mengikut masa
menjawab.
D. Kaedah kolerasi antara dua set skor
D. Elak ganguan kepada murid disebabkan arahan dan ujian yang berbeza topik
soalan tidak jelas.
SOALAN UNTUK BERFIKIR
Soalan 9:
Apakah yang anda faham tentang kesahan dan kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian.
Terangkan berdasarkan satu contoh yang sesuai untuk membezakan antara keduanya.

Soalan 10:
“Suhaila gagal dalam Ujian Percubaan Matematik UPSR yang dilaksanakan disekolah.
Markah yang diperolehi adalah 35% sahaja.

Bincangkan perkara ini dalam aspek pentaksiran yang telah kamu pelajari.

Hantar jawapan anda dalam GC sebelum kelas pada Minggu ke 3

You might also like