You are on page 1of 20

TOPIK 3

Ciri-Ciri dan Prinsip


Pentaksiran
Hasil Pembelajaran

❑ Mendefinisikan kesahan, kebolehpercayaan,


keobjektifan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran
❑ Menghuraikan ciri-ciri dan prinsip kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan
kemudahtafsiran
❑ Menerangkan faktor yang mempengaruhi kesahan dan
kebolehpercayaan sesuatu ujian

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 3
Ciri dan Prinsip Pentaksiran
yang Baik

❑ Kesahan
❑ Kebolehpercayaan
❑ Keobjektifan
❑ Kemudahtafsiran
❑ Kemudahtadbiran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 4
Kesahan

❑ Kesahan ialah kesesuaian, ketepatan, interpretasi


dan kegunaan keputusan pentaksiran sesuatu
prosedur pentaksiran untuk sekumpulan individu,
bukan prosedur semata-mata (Miller, Linn &
Gronlund, 2009).
❑ Dalam perkataan lain, kesahan merujuk takat
sesuatu pentaksiran itu mengukur secara tepat
apa-apa yang ingin diukur.
❑ Kesahan terdiri daripada kesahan kandungan,
kesahan konstruk, kriteria dan ramalan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 5
Kesahan Kandungan

❑ Kesahan kandungan merujuk proses untuk menentukan tahap


sesuatu ujian dapat menyediakan sampel yang relevan dan
mewakili domain kandungan yang diajarkan dan takat
interpretasi skor ujian dibuat.
❑ Ujian yang disediakan perlu mengandungi topik-topik yang
telah diajar dan jumlah soalan setiap topik akan bergantung
kepada kewajaran masa mengajar setiap topik tersebut dalam
kurikulum.
❑ Kesahan interpretasi skor ujian ditentukan oleh betapa
tepatnya item-item diwakili dalam domain tugasan untuk murid
tersebut.
❑ Satu spesifikasi ujian yang teliti perlu disediakan sebelum
penggubalan item dalam ujian dilaksanakan.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 6
Kesahan Konstruk

❑ Kesahan konstruk merujuk suatu ujian yang boleh


menguji kesemua atribut yang ingin diukur.
❑ Konstruk: satu kualiti psikologikal yang menerangkan
beberapa aspek tingkah laku seperti kreativiti,
kecerdasan, motivasi, kejujuran, kebolehan menaakul,
kefahaman membaca dan sebagainya.
❑ Dua persoalan utama dalam kesahan konstruk:
⮚ Sama ada pentaksiran dapat mewakili konstruk yang
diingini dengan secukupnya ataupun tidak
⮚ Sama ada prestasi dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
tidak relevan kepada konstruk tersebut
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 7
Kesahan Konstruk (sambung…)

❑ Sesuatu ujian yang cuba mengukur daya kreatif


dikatakan sah dari segi konstruk jika ia dapat
membezakan antara mereka yang mempunyai daya
imaginasi dengan yang tidak.
❑ Jika ujian tidak menggambarkan konstruk yang ingin
diukur, maka ujian/instrumen itu tidak sah.
❑ Sesuatu ujian yang digubal untuk mengukur motivasi
intrinsik dalam kalangan murid tidak sah jika item
dalam ujian itu juga boleh mengukur motivasi
ekstrinsik.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 8
Kesahan Ramalan

❑ Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian


meramal kebolehan sebenar seseorang calon untuk
menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada
masa hadapan.
❑ Contohnya, ujian percubaan yang dilaksanakan sebelum
peperiksaan awam.
❑ Berdasarkan ujian percubaan, guru dapat meramal
prestasi murid pada ujian yang sebenarnya.
❑ Ujian dikatakan sah dari segi ramalan jika ia dapat
meramal watak atau perubahan seseorang pada masa
hadapan.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 9
Faktor yang Mempengaruhi
Kesahan

❑ Faktor ujian itu sendiri:


⮚ Arahan kurang jelas
⮚ Perbendaharaan kata dan struktur ayat yang
mengelirukan
⮚ Pernyataan dalam tugasan yang kabur
⮚ Tempoh masa yang tidak mencukupi
⮚ Item ujian tidak sesuai dengan hasil pembelajaran
yang ingin diukur
⮚ Item ujian yang tidak digubal dengan baik
⮚ Ujian yang terlalu pendek
⮚ Susun atur item dalam ujian yang kurang kemas
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 10
Faktor yang Mempengaruhi
Kesahan (sambung…)

❑ Faktor pentadbiran dan penskoran:


⮚ Masa yang tidak mencukupi untuk menyelesaikan ujian
⮚ Ketidakadilan (memberikan bantuan kepada calon
tertentu)
⮚ Penipuan semasa peperiksaan
⮚ Ujian terlalu sukar/panjang dengan tempoh masa yang
tidak berpadanan
⮚ Arahan tidak jelas atau tempoh masa tidak dipatuhi
⮚ Pemarkahan yang tidak boleh dipercayai
❑ Faktor respons murid:
⮚ Gangguan emosi daripada luaran atau dalaman yang
menjejaskan prestasi murid
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 11
Kebolehpercayaan

❑ Kebolehpercayaan merujuk ketekalan sesuatu


pengukuran.
❑ Suatu keputusan yang boleh dipercayai merupakan
suatu yang menunjukkan pencapaian yang sama
pada masa yang berlainan.
❑ Contoh: Calon memperoleh 80 markah dalam satu
ujian dan mendapat skor yang hampir sama apabila
ujian tersebut dilaksanakan pada minggu berikutnya.
Maka ujian itu dikatakan sebagai mempunyai sifat
kebolehpercayaan yang tinggi.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 12
Kebolehpercayaan (sambung…)

❑ Kebolehpercayaan perlu dirujuk kepada keputusan


ujian, bukan ujian itu sendiri.
❑ Anggaran kebolehpercayaan sentiasa dirujuk kepada
jenis ketekalan tertentu.
❑ Kebolehpercayaan adalah perlu tetapi bukan syarat
untuk kesahan.
❑ Kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan
ralat dan skor diperhatikan bersamaan skor sebenar
+ ralat.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 13
Punca Ralat Pentaksiran

Ralat Dalaman (Murid) Ralat Luaran

• Emosi • Arahan peperiksaan


• Pemakanan • Kekaburan item
• Motivasi • Ketidakselesaan di dalam bilik
• Kerisauan peperiksaan
• Kepenatan • Persampelan item
• Kemahiran menghadapi • Perbezaan dari segi pemerhati
peperiksaan • Gangguan semasa ujian
• Kebolehan • Penskoran
• Bias

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 14
Faktor yang Mempengaruhi
Kebolehpercayaan

❑ Bilangan tugasan pentaksiran/item


⮚ Semakin banyak bilangan tugasan dalam suatu
pentaksiran, maka semakin tinggi kebolehpercayaannya.
❑ Serakan skor
⮚ Semakin besar serakan skor, semakin tinggi
kebolehpercayaan.
❑ Objektiviti ujian
⮚ Semakin objektif cara penskoran, semakin tinggi
kebolehpercayaan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 15
Cara untuk Mengganggarkan
Kebolehpercayaan

❑ Uji-ulang uji (test-retest reliability)


❑ Ujian bentuk setara (equivalent forms)
❑ Ujian bahagi dua (split-half reliability)
❑ Koefisien alpha
❑ Konsistensi antara pemeriksa (inter-rater)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 16
Keobjektifan

❑ Keobjektifan ujian merujuk tahap instrumen itu bebas


daripada ralat personal, iaitu subjektiviti pemeriksa.
❑ Keobjektifan penskoran bermaksud seorang atau
banyak pemeriksa yang berlainan akan mencapai
keputusan yang sama untuk skrip ujian pada bila-bila
masa tanpa ada ralat peluang.
❑ Keobjektifan item bermaksud item yang dikemukakan
akan mempunyai satu jawapan yang tetap.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 17
Kemudahtadbiran

❑ Kemudahtadbiran merujuk pentadbiran ujian secara


baik dan berjalan lancer dari segi penyediaan ujian
sebelum, semasa dan selepas ujian.
❑ Hal ini merangkumi:
⮚ Penyediaan dewan peperiksaan, pemberian kertas
ujian, pengawasan dan pengumpulan skrip
jawapan secara sistematik dan cekap
⮚ Arahan yang jelas dan mudah difahami
⮚ Format ujian
⮚ Tempoh masa yang sesuai
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 18
Kemudahtafsiran

❑ Keputusan ujian yang mudah ditafsir untuk


penambahbaikan dan diambil tindakan secara berguna
merupakan satu aspek dalam kemudahtafsiran.
❑ Di dalam bilik darjah, keputusan ujian harus boleh ditafsir
dengan memberikan gambaran umum kepada murid
tentang pencapaian individu berbanding dengan
kumpulan murid; kekuatan dan kelemahan murid serta
punca kelemahan dan kesilapan yang dilakukan.
❑ Tafsiran akan lebih mudah jika guru merancang sebelum
pentaksiran dan cara untuk menggunakan keputusan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 19
Rumusan

❑ Kesahan merupakan pencapaian takat sesuatu pentaksiran itu


mengukur secara tepat apa-apa yang ingin diukur.
❑ Kebolehpercayaan merujuk tahap ketekalan yakni beberapa item
mengukur tret yang sama serta stabil merentasi masa. Ia digunakan
untuk menganggarkan ralat dalam pentaksiran.
❑ Kebolehpercayaan boleh ditambah baik dengan meningkatkan
serakan skor, bilangan item, jumlah dan heterogeniti murid serta
taburan item yang sukar dan mudah.
❑ Kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran sesuatu ujian dapat
memastikan kebolehlaksanaan dan kecekapan pentaksiran.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 20

You might also like