You are on page 1of 2

KAEDAH MENGUJI KEBOLEHPERCAYAAN

Bab ini menjelaskan beberapa kaedah untuk menilai ujian kebolehpercayaan : ujian semula , bentuk
alternatif dan kaedah konsisten dalaman. Kebolehpercayaan inter-rater juga dibincangkan.

Penilaian ujian kebolehpercayaan

Penilaian ujian kebolehpercayaan dinilai dengan melakukan ujian yang sama berulangkali
kepada kumpulan orang yang sama. Markah bagi dua sesi ujian yang dijalankan adalah saling berhubung
antara satu sama lain dan perhubungan itu memberi kesan kepada indeks kebolehpercayaan. Selang
masa di antara dua ujian sangat penting dan perlu dilaporkan bersama dengan pekali kebolehpercayaan.
Apabila selang masa ujian terlalu hampir, kes kebolehpercayaan kemungkinan lebih tinggi berbanding
kes di mana selang masa yang panjang.

Kaedah penilaian ujian kebolehpercayaan dilihat sebagai pendekatan paling jelas kerana
kebolehpercayaan ada hubungkait dengan tempoh masa yang konsisten. Terdapat beberapa masalah
melibatkan tatacara penilaian kebolehpercayaan. Pertama,responden perlu diuji berulangkali yang
memerlukan masa yang panjang dan melibatkan kos yang tinggi. Kedua terdapat juga pengalaman ujian
kali pertama memberi kesan kepada pencapaian individu pada ujian kedua. Dengan meningkatkan
selang masa di antara dua ujian berkemungkinan dapat mengurangkan kesan ini tetapi dengan selang
masa ini juga pengalaman atau pengetahuan baru yang diperolehi boleh mengakibatkan kesan kepada
prestasi responden. Secara umumnya dicadangkan selang masa ujian semula tidak melibihi 6 bulan.
Disebabkan oleh masalah berkaitan kaedah ujian dan ujian semula, kaedah ini dianggap bukan ukuran
matlamat kepada kebolehpercayaan di dalam pendidikan dan psikologi. Ianya mungkin berguna tetapi
sukar untuk menggabungkan bersama kaedah lain untuk menilai ujian kebolehpercayaan.

Bentuk Alternatif kebolehpercayaan

Bentuk alternatif kebolehpercayaan boleh didapati apabila sekumpulan pemeriksa


menghasilkan dua borang dan dua set markah (daripada dua bentuk ujian) mempunyai hubungkait di
antara satu sama lain. Kaedah penilaian kebolehpercayaan bergantung kepada anggapan pemeriksa jika
responden diuji dua kali dengan dua borang alternatif ujian yang sama, pastinya markah yang diperolehi
untuk kedua-dua borang adalah sama. Untuk ujian dan ujian semula, kebergantungan pekali
menunjukkan indek kebolehpercayaan. Kedua-dua bentuk ujian perlu menyamai dari segi sifat statistik
(sebagai contoh ; purata dari variasi yang sama dan sesuatu yang ada hubungkait), seperti juga liputan
isi kandungan dan jenis data yang digunakan.

Terdapat dua masalah utama yang melibatkan pengunaan kaedah ujian penilaian
kebolehpercayaan. Pertama ,pemeriksa perlu melakukan ujian dan ujian semula. Kedua, masalah yang
sangat sukar dan selalunya tidak praktikal untuk dibangunkan sebagai bentuk altenatif. Jika tujuannya
untuk menilai ujian kebolehpercayaan secara tunggal borang alternatif perlu digunakan untuk
mendapatkan bentuk ujian kedua. Kebanyakkan syarikat komersial yang menjalankan ujian ini
terutamanya yang membangunkan ujian pencapaian ,menyediakan bentuk alternatif untuk lain-lain
tujuan. Oleh itu, borang ini juga digunakan untuk menilai kebolehpercayaan. Borang alternatif sangat
berguna untuk tujuan keselamatan (contohnya: setiap pelajar mendapat borang yang sama untuk
mengurangkan diciplak atau penipuan). Borang ini juga berguna untuk sebahagian kerja ilmiah apabila
satu borang digunakan untuk pra-ujian dan borang lain sebagai ujian lalu untuk menghapuskan
kemungkinan kesan terhadap pendedahan kepada ujian yang mungkin berlaku terhadap markah ujian
seterusnya.

You might also like