You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Pertandingan ‘Choral Speaking” Peringkat Daerah Penampang

TARIKH : 30/04/2019
TEMPAT : BILIK GERAKAN, SMK DATUK PETER MOJUNTIN
MASA : 1.00 P.M.
HADIR:

1. Su Suek Choo (SMK. Datuk Peter Mojuntin)


2. Ruth Theresa Antin (SMK. Datuk Peter Mojuntin)
3. Yusnita Binti Yusof (SMK. Putatan)
4. Cassey Anak Joneh (SMK. Bahang)
5. Eric G (SM St Micheal)
6. Andrea Agustin (SMK Limbanak)
7. Ray Clare Insing (SMK. Tansau)

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyampaikan
salam maaf daripada penolong Kanan Kokurikulum yang tidak dapat hadir kerana
berada di Stadium Mini DPM untuk menghadiri Liga Bola Sepak KPM.

2. Pembentangan Kertas Konsep Pertandingan

2.1 Hasil perbincangan semua guru yang hadir, tarikh pertandingan yang telah dipersetujui
ialah pada 27 Jun 2019 (Khamis) bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari.

2.2 Setiap pasukan boleh menghantar seramai 30-35 orang peserta dan diiringi oleh 2 orang
guru pengiring.

2.3 Semua guru bersetuju bahawa semua peserta akan memakai uniform sekolah dan
konduktor dibenarkan untuk memakai blazer semasa pertandingan. Diminta semua
sekolah untuk menutup lencana sekolah masing-masing.

3.0 Pengesahan Penyertaan dan Tarikh Penghantaran Borang

3.1 Semua sekolah telah mengesahkan penyertaan pertandingan ‘Choral Speaking”


Peringkat Daerah Penampang dan borang penyertaan kumpulan (K02) beserta satu
salinan skrip akan dihantar sebelum atau pada 24 Jun 2019. Borang individu (K01) akan
dihantar dan disemak pada hari pertandingan, 27 Jun.

4.0 Sumbangan Pertandingan

4.1 Tiada sumbangan pertandingan.

4.2 Setiap sekolah yang menyertai akan menguruskan makanan dan pengangkutan peserta
masing-masing.

5.0 Pemilihan Hakim

5.1 Beberapa cadangan nama hakim telah diberikan semasa mesyuarat dan semua
penama-penama tersebut akan dihubungi melalui telefon dan surat rasmi bagi
menjemput mereka sebagai hakim pertandingan.
6.0 Hal-hal Lain

6.1 En. Ray, pengerusi teknik daerah menyatakan bahawa pertandingan peringkat Negeri
dijangka berlangsung pada 10 – 12 Julai 2019. Berdasarkan pengalaman tahun lepas,
JPN hanya meminta video daripada sekolah/daerah dan 3 pasukan terbaik akan dipilih
untuk bertanding di peringkat negeri. Pemilihan tersebut berkemungkinan akan
diadakan sebelum tarikh pertandingan Daerah Penampang. Oleh itu, setiap sekolah
digalakkan untuk mengambil inisiatif agar dapat mengambil rakaman seawal yang boleh
(sebelum pertandingan) untuk dihantar apabila diminta. Hal ini akan dimaklumkan
apabila ada info lanjut dari JPN.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 p.m.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Ruth Theresa Antin) (Salehan Timin)


Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum

You might also like