You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN TEKNIKAL

PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS BM


PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2020

Tarikh : 21 Februari 2020


Tempat : Bilik Gerakan, SMJK Perempuan Perak, Ipoh
Masa : 1.00 petang
Pengerusi : Cik Wong Sook Kuin ( Pengetua SMJK Perempuan Perak)
KEHADIRAN:

1. Cik Hew Foong Lian (PK Pentadbiran SMJK Perempuan Perak)


2. Pn. Yun Wai Ching (PK Kokurikulum SMJK Perempuan Perak)
3. Pn. Chan Pik Kim @ The Pik Kim (GK Bahasa SMJK Perempuan Perak )
4. Pn. Napisah Bt Haji Yahya (GK Kemanusiaan SMJK Perempuan Perak)
5. Pn. Yau Beed Wah (GK S&M SMJK Perempuan Perak )
6. Pn. Norita Bt Mohamed (GK VOKTEK SMJK Perempuan Perak )
7. Pn. Masni Bt Abdul Rahman (PT Drama Komsas)
8. Pn. Fatimah Hanan Bt Ishak ( Wakil SMK Kg Dato’ Ahmad Said)
9. Pn. Nurul Azrienah Bt Hashim ( Wakil Sekolah Tunku Abdul Rahman)
10. Pn. Jorah Bt Ahmad ( Wakil SMK Kg Pasir Puteh)
11. Pn. Nurafiqah Bahiah Bt Saiful Anuar (Wakil SABK MATAQAB)
12. En. Hazmir Md Yusof ( Wakil SMK Tambun)
13. Pn. Mahfuzoh Bt Husin (Wakil SMK Bandar Baru Putra)
13. Pn. Ros Aulani Bt Yahaya ( Wakil SMJK Perempuan Perak)
14. Pn. Liyana Bt Mohd Asri ( Wakil SMJK Perempuan Perak)

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan Pengerusi

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Yun Wai Ching, Penolong Kanan Kokurikulum, SMJK
Perempuan Perak, Ipoh. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jawatan kuasa pelaksana
yang hadir.

2.0 Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Pengurusan Program Peningkatan


Prestasi Koakademik BM SM

2.1 Pengerusi membangkitkan perkara Lampiran 3: Jadual Giliran Acara Peringkat


Saringan yang hanya merekodkan penyertaan lima buah sekolah.

2.2 SMK Bandar Baru Putra tidak mendaftar penyertaan tetapi akan menyertai
pertandingan.
2.3 SMK Perempuan Methodist mendaftar untuk pertandingan tetapi tidak hadir
mesyuarat dan bayaran sudah dibuat. Tuan rumah akan menghubungi pihak SMK
Perempuan Methodist untuk kepastian.

2.4 Sekolah-sekolah yang hadir mesyuarat hari ini memberikan kepastian akan menyertai
pertandingan.

3.0 Tarikh dan Masa Pertandingan

3.1 Tarikh pertandingan telah ditetapkan pada 7 April 2020 (Selasa), manakala masa
pertandingan belum ditetapkan lagi.

3.2 Sekolah tuan rumah akan memohon untuk mengadakan pertandingan ini pada waktu
persekolahan.

3.3 Setiap persembahan drama diperuntukkan masa selama 30 minit.

( Tindakan: Sekolah yang terlibat)

4.0 Nama Sekolah Peserta Pertandingan

1. SMK Kampung Pasir Puteh


2. SMK Dato’ Ahmad Said
3. SMJK Perempuan Perak
4. SMK Tambun
5. SABK Matakab
6. SMK Bandar Baru Putra
7. Sekolah Tunku Abdul Rahman
8. SMK Perempuan Methodist

5.0 Yuran Pertandingan Drama Komsas

5.1 Yuran ditetapkan sebanyak RM70 untuk setiap sekolah. Bayaran hendaklah
dijelaskan pada atau sebelum 27 Februari 2019. Agihan perbelanjaan yuran tersebut
adalah seperti berikut:

5.1.1 Urusetia Pelajar


Makan dan minum tidak lebih daripada 10 orang pelajar

5.1.2 Hakim dan Pegawai Teknikal


Bayaran sebanyak RM30 untuk setiap hakim dan seorang pegawai teknikal.
Lima orang hakim pertandingan akan dilantik.

5.1.3 Hadiah dan Sijil Penyertaan


Hadiah dalam bentuk piala dan sijil pencapaian akan diberikan kepada pemenang
tempat pertama, kedua dan ketiga. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap
peserta yang tidak mendapat kedudukan dalam pertandingan.

( Tindakan: Pihak Pengurusan)


6.0 Selingan

Semasa hakim mengira markah, selingan mungkin disediakan oleh tuan rumah seperti tarian,
nyanyian, dll.

7.0 Tarikh dan Masa Suai Kenal Pentas

7. 1 Tarikh : 2 April 2020


Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Lee Leong Wan Chin (SMJK Perempuan Perak)

7.2 Jadual Suai Kenal Pentas

Bil Masa Sekolah


1. 8.30-9.00 pagi SMK Perempuan Methodist, Ipoh
2. 9.00-.9.30 pagi SMK Pengkalan
3. 9.30-10.00 pagi SMK Kampung Pasir Puteh
4. 10.00-10.30 pagi SABK Mataqab
5. 10.30-11.00 pagi SMK Kampung Dato’ Ahmad Said
6. 11.00-11.30 pagi SMK Rapat Setia
7. 11.30-12.00 tengah hari SMJK Perempuan Perak, Ipoh

( Tindakan: Sekolah yang terlibat)

7.3 Sekolah yang terlibat diminta hadir lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk
suai kenal pentas.

8.0 Penghantaran Borang Pendaftaran Pertandingan

8.1 Tarikh penghantaran borang pendaftaran adalah pada atau sebelum 2 April 2019.

8.2 Pendaftaran bilangan peserta adalah minimum 15 orang.

8.3 Pendaftaran guru pengiring ialah 3 orang bagi setiap sekolah.

9.0 Hal-hal Lain

9.1 Peserta pertandingan diminta untuk menyediakan CD untuk audio, pendrive tidak
diterima. Peserta juga digalakkan membuat salinan CD sebagai ‘back up’

9.2 Semasa hari pertandingan, setiap sekolah perlu menyediakan lima salinan skrip drama
untuk diberikan kepada hakim pertandingan seperti yang dimaklumkan oleh Pegawai
Teknikal.

9.3 Maklumat lain akan disebarkan melalui ‘whatsapp group’ Drama Komsas.
10.0 Taklimat Pegawai Teknikal ( Pn Masni)

10.1 Pn Masni menjelaskan peraturan pertandingan dan wakil-wakil guru yang hadir
diminta merujuk kepada kertas konsep pertandingan.

10.1 Pn Masni juga menyatakan bahawa beliau akan mengusahakan pelantikan hakim
profesional dalam bidang drama.

(Tindakan: Makluman)
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang.

Disediakan oleh , Disemak oleh, Disahkan oleh

……………….. ……………….. ……………………


(LIYANA BT MOHD ASRI) (HEW FOONG LIAN) (WONG SOOK KUIN)
Setiausaha Drama Komsas Pen. Kanan Pentadbiran Pengetua
SMJK Perempuan Perak SMJK Perempuan Perak SMJK Perempuan Perak

You might also like