You are on page 1of 5

Tel: 09 623 5580

SEKOLAH KEBANGSAAN GELUGOR Faks: 09 620 1202


20050 KUALA TERENGGANU

Ruj. Kami : SKG.600 – 3/2/13( )


Tarikh : 4 September 2023

Kepada

1. En. Hisham b. Hashim 7 . Pn. Norazma bt Mat Ghazi


2. Pn. Zuliha bt Ismail 8. Pn. Halimatul Saadiah bt Zakaria
3. Pn. Roslina bt Salleh 9. Pn. Ayu Salina bt Mohamed Zain
4. Pn. Norkastima bt Mohd Kassim
5. Pn. Nurul Izzah bt Nordin
6. Pn. Rohaizan bt Abdul Rahman

Tuan / Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MUZIK KALI KEDUA 2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

1. Untuk makluman pihak tuan / puan , mesyuarat akan diadakan sebagaimana


berikut:

Tarikh : 11 September 2023

Hari : Isnin

Masa :1.30 tengahari

Tempat : Bilik Anggun Gelugor

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Perkara Berbangkit
5. PCG Panitia
6. Hal – hal lain

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

“ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”


“ MALAYSIA MADANI”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
(MAZLAN BIN ISMAIL )
Guru Besar,
Sek. Keb. Gelugor,
20050 Kuala Terengganu.
SEKOLAH KEBANGSAAN GELUGOR
20050 KUALA TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KALI PERTAMA 2023/2024

Tarikh : 11 September 2023


Masa : 1.30 tgh
Tempat : Bilik Anggun Gelugor

Kehadiran:
1. En. Hisham b. Hashim
2. Pn. Zuliha bt Ismail 9. Pn. Norazma bt Mat Ghazi
3. Pn. Roslina bt Salleh
4. Pn. Halimatul Saadiah bt Zakaria
5. Pn. Ayu Salina bt Mohamed Zain
6. Pn. Norkastima bt Mohd Kassim
7. Pn. Nurul Izzah bt Nordin
8. Pn. Rohaizan bt Abdul Rahman

Tidak Hadir:

2. En. Mazlan b. Ismail

Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al -fatihah dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran Penolong Kanan Pentadbiran dan
semua Ajk ke mesyuarat panitia muzik yang pertama bagi tahun 2023
1.2 Pengerusi berharap segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan
baik.
Tindakan : Semua AJK

2.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran


2.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada Panitia
Pendidikan Muzik kerana telah menjemput beliau hadir dalam mesyuarat
pada hari ini.
2.2 Beliau telah menyatakan berlaku perubahan pada jadual waktu mengikut
kesesuaian pada masa sekarang.
2.3 Beliau juga memaklumkan pemantauan akan dibuat oleh beliau sendiri
terutamanya pada pentaksiran yang dibuat oleh guru – guru. Keseragaman
borang transit perlu diselaraskan supaya dapat menyenangkan semua
pihak terutama pada guru yang bukan opsyen.
2.4 PLC perlu dibuat dari masa ke semasa bagi membantu guru yang bukan
opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan : KP dan SU

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1 Minit mesyuarat kali keempat pada tahun 2022 telah dibentangkan oleh
Puan Zuliha selaku Ketua Panitia Muzik.
3.2 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Puan Norkastima dan disokong oleh
Puan Halimatul Saadiah

4.0 Perkara Berbangkit


TIADA

5.0 PCG Panitia


5.1 Pengerusi memaklumkan duit PCG masih ada , dan jika ada guru yang
ingin membeli alat bantu mengajar yang difikir perlu bolehlah
memberitahu beliau untuk tindakan seterusnya .
Tindakan : Semua Guru
6.0 Pertandingan nyanyian lagu kemerdekaan bagi tahap 2
6.1 Sempena sambutan bulan kemerdekaan , panitia muzik akan mengadakan
satu pertandingan nyanyian lagu patriotic bagi murid tahap 2 seperti mana
yang telah dirancang
6.2 Satu jawatankuasa kerja pada hari pertandingan akan dirangka yang
melibatkan ahli panitia sendiri.
6.3 Setiap kumpulan akan menyanyi sebuah lagu sahaja dan minus one akan
disediakan oleh guru masing – masing sebelum diserahkan pada AJK
siaraya pada hari tersebut.

Tindakan : KP dan SU

7.0 Hal – hal lain


7.1 Pengerusi berharap semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………… …………………………
(ROSLINA BT SALLEH) (ZULIHA BT ISMAIL)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Muzik Panitia Muzik

Tarikh :11 September 2023

You might also like