You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN HANG TUAH 1


55200 KUALA LUMPUR
TEL/FAX :03 92214494

Ruj. Kami : PIBG SKJHT1/7/1/2022(10)


Tarikh : 5 APRIL 2023

Kepada,

Semua Ibu bapa/ Penjaga


Pelajar Darjah 1-6
SK JALAN HANG TUAH 1

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) KALI KE- 50
SK JALAN HANG TUAH 1 SESI 2023/2024

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketentuan yang berikut :

Tarikh : 8 APRIL 2023

Hari : SABTU

Masa : 9 .00 PAGI

Tempat : Dewan Tun Perak

Pengerusi : Encik Mohammad Norzaidi bin Razak

Pakaian : Rasmi

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


3.1. Ucapan aluan YDP PIBG
3.2. Ucapan Penasihat PIBG
3.3. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke- 49
3.4. Membentang dan Menerima Laporan Tahun 2021
3.5. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG
3.6. Membahaskan Usul-Usul
3.7. Pembubaran AJK 2021/2023
3.8. Pelantikan AJK 2023/2025
3.9. Hal-hal Lain
3.10. Ucapan Penangguhan

Kerjasama dan kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan serta amatlah dialu-alukan supaya
dapat bersama sama memberi buah fikiran dalam mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.


‘MALAYSIA MADANI’
‘BERKHIDMAT UNTUK SEMUA’

Saya yang menjalankan tugas,

....................................................
(AZMI BIN HJ KUSNIN)
Penasihat PIBG
SK Jalan Hang Tuah 1.

You might also like